Dec 20, 2020

Kereta mewah atau ?

 

Hidup ini bukan nak cari kereta mawah semata mata. Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kebebasan serta kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat.

Pakai kereta mewah takut masuk neraka wang, sebab kos kereta sangat mahal berkadar dengan harga kereta, jika mampu tak apa, tapi jika buat buat mampu itu yang masalah…

Saya Pernah miliki kereta kancil dan kini Axia kompang. Tak kisah orang nak cakap apapun, nobody care, yang penting bagi saya bukan kereta, tapi distinasi.

Jika di malaysia saya dah pernah sampai ke puncak Kinabalu, dan pelbagai puncak gunung, pernah menyelam dalam lautan Cina Selatan, dah sampai hampir ke semua taman tema bersama anak anak, juga ke banyak pulau, kedai makan viral usah cerita, serta pelbagai lokasi pelancongan termasuk ke pesta buku bagi talk dan hotel hotel.

Pesan saya.. Hidup ini jangan fokus beli kereta mahal lepas tu pening kepala dengan kos maintenance dan minyak semua.

Beli jer kereta mampu milik sebab yang penting dalam hidup adalah mampu pergi ke pelbagai destinasi terindah bersama orang tersayang mencipta kenangan yang hangat.

Jika nak mewah sikit, beli rumah, dulu masa pakai kereta kancil saya duduk rumah teres, sekarang pakai axia kompang, duduk rumah banglo sederhana kecil, tak apa rumah mewah sedikit, sebab home sweet home, rumahku syurga ku, dan sungguh antara nikmat hidup adalah sejauh mana kita pergi, lepas tu balik rumah, ada orang tersayang sedang tunggu. Pheeeeweet!

Atau pergi bersama orang tersayang dan ada rumah yang terindah sedang tunggu… Perghhhhh!

Lepas tu ruang tamu biasa biasa jer deco, halaman pun biasa biasa jer, kita tak nak kagumkan jiran atau Tarik perhatian pencuri, tapi dalam bilik yang semua orang tak nampak, biar design macam bilik hotel, ada aircond, ada lampu membaca, ada tilam yang lembut, ada ruang solat tahajjud dan ada tandas personal beserta bilik mandi selesa, agar waktu nak tidur, itulah tempat terindah dalam dunia.

Jadi tips keretamayat, pakai kereta biar mampu milik, sebab yang penting dalam hidup adalah mampu pergi ke pelbagai destinasi terindah bersama orang tersayang mencipta kenangan yang hangat. Dan jika tidak ke mana mana, lepak rumah tetap best kerana rumahku syurgaku.

Waktu PKP awal tahun dahulu, semua kereta tak bergerak, maka rumahlah menjadi taman syurga kita semua.

Namun tak salah jika pakai kereta mewah, asal mampu milik, namun ingat? Apa guna kereta mahal, jika zirah ibu bapa di kampong sebulan sekali pun tak mampu? Apa guna kereta mahal jika pergi ke masjid sehari lima kali sekadar melintas?

Hidup hanya sementara, Jangan lupa untuk hias kubur dengan amalan soleh, dan hias syurga dengan zikrullah.

Pesanan ini di bawakan khas oleh kereta mayat.

Woha!