Mar 22, 2013

Tanya sama Abang Keretamayat –Versi bendera Parti?

(soalan datang dari pembaca FB keretamayat, mulanya malas nak jawab, tapi mungkin ramai yang tak tahu, maka bermanfaatlah ilmu bila dikongsikan walaupun ilmu itu mungkin yang remeh temeh, adohai)

Persona non Grata:
“Nak tanya jugak kat incik kereta mayat.. Ade ke apa-apa dalil sebut bila kita terjatuh dan mati selepas pasang bendera, di kira mati syahid?. Ada ustaz ceramah bagitahu tapi tak sempat nak tanya..,”

Hamka keretamayat:
"Dah takde kerja? agak agaklah nak berjihad pun, adohai.."

Persona non Grata:
“kot itu yang kerja dia dapat buat dengan niat mencari rezeki yang halal kerana Allah atau dia rasa sumbangan kecilnya itu yang mampu dia buat untuk pastikan dia ada jawapan bila Allah tanya apa sumbangannya untuk Islam... yang pasti bukan mati katak la..”

Hamka keretamayat:
“mati katak ni mungkin kena tengok jenis bendera kot, tak gitu Bang?”

Persona non Grata:
“kite  tak rugi pun kalo anggap orang tu syahid,anggap je tu doa, tak salahkan mendoakan kebaikan orang lain, kan?”

Hamka keretamayat:
“ok

Persona non Grata:
"Satu lagi, ada ustaz cakap, mata yang berjaga dimalam hari menjaga bendera dari dipatahkan parti lawan, adalah mata yang diharamkan api neraka? Apa komen?"

Hamka keretamayat: 
“jumpa saf pertama masjid subuh besok, baru aku jawab, adohai.."

Persona non Grata: 
"abang nak hina soalan saya terpulanglah, bagi saya jika jatuh ketika pasang bendera, tetap mati syahid. apa apa yang kita buat kerana ugama adalah jihad."

Hamka keretamayat:
" Bagi aku, lawan bendera siapa paling besar, dan lawan bendara siapa paling tinggi, atau lawan bendera siapa paling banyak, adalah perbuatan bodoh dan pembaziran, kan jelas membazir itu saudara syairtan, kesian duit orang derma, dibelinya kain banyak banyak lepas tu tayang kat sape? kat Tuhan? adohai.., dalam pembaziran begitu, jika jatuh mati syahid? kesian.., orang kapir yang reka domokrasi pun tak membazir melampau-lampau dalam bab gantung bendera tak macam orang islam yang tiru sistem mereka, adohai.."

Ps: JIka orang tu sokong PAS, korang orang UMNO gantunglah bendera besar gajah, tinggi macam KLCC, dan sebanyak bintang di langit, orang tu tetap pangkah Pas, begitulah jugak sebaliknya, tak paham paham lagi? tapi jika kos bendara tu korang tukar kepada wang, dan bagi 'hadiah' atau derma, mungkin ada yang akan berubah fikiran, begitu jugak tenaga gantung bendera tinggi tinggi tu jika diguna untuk berakhlak mulia, pun akan ada yang berubah niat, so marilah menderma dan berakhlak mulia kerana itu adalah alaman yang mulia- Peace.! .

Persona non Grata:
" Tayang bendera salah satu cabang..., macam promo barang gak ...yang orang derma dah halal kan camaner nak gunakan duit dorang..., lagi pun kalau tayang bendera sebelah sini..maknanye myeru kp kbaikan ...Tak ade pembaziran...kalau  tak salah lah!!!”

Hamka keretamayat:
“oK”

Persona non Grata:
“isu pasang bendera, itu dinamakan perang psikologi, sedar atau tidak impaknya tak nampak secara fizikal.... samalah macam samsung buat iklan merata2, naik LRT naik KTM naik keta merata iklan samsung.bukan murah iklan tu.membazir je.baik duit iklan tu guna utk benda lain. apa jadi pd produk samsung?? laku kan.padahal banyak lagi phone yg lebih murah dan punya spek yg sama bagus.tp kenapa samsung?? semuanya psikologi manusia....manusia mudah diubah psikologinya."

Hamka keretamayat:
"Oh jadi selama ni korang kalah sebab bendera lah yer? Woha!”

Persona non Grata:
“bendera tak penting, yang penting panji. zaman Rasulullah pergi berperang bawa panji Islam. tak biarkan panji tu jatuh, si pemegang rebah, yang lain ganti. (dalam hati aku berdoa agar hamka bukan macai, woha!)”

Hamka keretamayat:
“zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu tanda menang, di zaman sekarang, 1000 bendera tegak, siang malam berjaga takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., (Ps: Bila tak sependapat dengan  puak-puak taksub politik ,bersiap sedia la dipanggil macai.. bangang sungguh)

Persona non Grata:
“yalah.. tokey bendera anak tempatan jugak yang kaya time musim mengundi ni. jadilah pengundi yang bijak, wakaka..”

Hamka keretamayat:
“pengundi yang bijak tidak mengundi berdasarkan bendera. Sekian terima kasih.”

End Copy/paste:

Okey, cukuplah aku copy paste beberapa komen dari FB tentang isu ini, kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia misalnya, akhir kata: dalam membuat kerja gantung bendera, utamakan kesalamatan, Safety Firest is Sunnah, now you know.

Ps: Sebelum tu kita layan sajak loghat Terengganu yang bertajuk, Jangan Menebeng! (Jangan Melampau), layan..

Mar 18, 2013

Bagaimana siang ikan guna tangan kosong?

(Lepas baca cerita ini, jika masih tidak faham, sila klik video untuk pengertian yang lebih mendalam, adohai..)

Bini suruh beli ikan, ada tetamu nak datang,

Dari pejabat, aku singgah beli ikan dan aku pulang awal sikit hari ini sebab nak tolong bini masak.

Tapi ada perkara pelik aku buat hari ini.

Sampai rumah, aku siram pokok bunga.

Lepas tu aku angkat baju di ampaian, dan lipat baju di depan rumah, semua jiran kagum melihat aku yang rajin luar biasa.

Belum cukup kagum?, aku basuh kereta pula.

Dan yang lebih mengkagumkan, aku siang ikan depan paip rumah, aku cekik perut ikan guna tangan kosong, awek sebelah rumah senyum senyum sambil hatinya berdoa semoga mendapat suami yang rajin macam aku-mungkin, he he

Aku tak nak cerita panjang, satu sahaja pesan aku:

Sila kagum dari jauh. He he..

Tak lama kemudian, bini aku pula sampai ke rumah dan terus terkejut melihat aku siang ikan depan rumah.

“Kenapa bang?”

“abang lupa bawa kunci rumah hari ni”

Woha!

Ps: Patutlah rajin nak mampos, adohai..

Mar 9, 2013

Islam mendikriminasikan Wanita?


(A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women)

Hari ni ada orang perempuan cakap, islam ni banyak mendikriminasikan wakita, mungkin mereka bandingkan diri mereka dengan kehidupan orang kapir barat wanita yang kelihatan bebas dan seronok. Tapi apa gunanya bebas dan seronok jika mati masuk neraka? Adohai..

Jika nak bandingkan tentang hak wanita, cuba korang rujuk sejarah di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan islam, yang mana wanita telah menjadi mangsa dikriminisasi paling teruk dalam sejarah kemanusian sehingga mereka telah disisih dan dihina tapi benda tu tak salah sebab dah  menjadi budaya luar biasa yang diterima oleh orang ramai. (baca: orang lelaki).

Antara budaya pelik masyarakat Jahiliyah berkaitan wanita:

  • Mereka tidak ada hak untuk bersuara, semua keputusan dari lelaki.
  • Mereka hanya  diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam,
  • Mereka anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.
  • Kaum wanita dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..
  • Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati.
  • Boleh membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu.(rujuk kisah Umar Al khatab)
  • Anak perempuan yang cantik sahaja dibesarkan untuk tujuan seks.
  • lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. (‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam)
  • Seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.
  • Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor.
  • Menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)
  • Balu wanita yang kematian Laki diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)
  • Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati, apa ke jadah, sesetengah negara, orang perempuan tidak boleh menunggang binatang (eh, ni sama macam tak boleh drive kereta bagi perempuan di sesetengah negara di zaman sekarang, adohai..)

Pendek cerita:

Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

  • Wajib berlaku baik pada bini,
  • Tak boleh pukul bini sewenang wenang,
  • Tak boleh setubuh waktu haid,
  • Tak boleh setubuh ikut lubang jubor,
  • Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.
  • Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar.
  • Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini,
  • Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram.
  • Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu.
  • Orang lelaki wajib memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan.
  • Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu.
  • Menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar.
  • Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang.
  • Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.
  • Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.
  • Peremuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid.
  • Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin,  
  • Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.
  • Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.
  • Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin.
  • Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa berstubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)
  • Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)
  • Dan lain lain..

Kesimpulannya, oleh kerana kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Maka Hari wanita yang di sambut pada setiap 8 Mac di adakan sejak 1909 di seluruh dunia untuk memberi ruang kepada permasalahan ini dapat dibahas seterusnya di selesaikan secara berperingkat.

Kita sebagai orang islam pula, cubalah zahirkan hadis Nabi bab memuliakan orang perempuan sebab Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu, tinggal nak amal sahaja, adohai.. kat sini barulah korang orang perempuan boleh menilai bagaimana ugama telah kembalikan hak orang perempuan dengan adil, memang ada sedikit mujahadah bab tutup aurat, dan bab pergaulan, tapi berbaloi sebab mati masuk shurga, mudah-mudahan.., jangan bandingkan hak islam dengan kebabasan orang kapir barat sebab dunia ni shurga mereka, tapi mereka mati masuk neraka, sedangkan kita orang islam, dunia ni adalah penjara.., dan mati masuk shurga. Amin..

‘Penjara’ ni jika nak dibandingkan dengan kehidupan orang perempuan di zaman jahiliyyah, maka “penjara” ini menjadi shurga dunia, sebab wanita solehah adalah sebaik baik hiasan dunia..

Bersabarlah dengan ujian Allah, maka Allah akan ganti dengan perkara yang lebih baik kelak. Bersyukurlah dengan nikmat Allah, maka Allah akan tambah nikmat yang tidak disangka sangka!

Akhir kata, selamat hari wanita, dan untuk pengetahuan korang,tema Tema hari wanita untuk tahun 2013 adalah:

“A Promise is a Promise: Time for Action to End Violence Against Women”


Oh lupa, keretamayat juga ada tema untuk mayat wanita iaitu:

“Tiada mayat wanita seksi dalam perkhidmatan kami” 

Woha!


Mar 5, 2013

Mayat yang dicemburui?


(Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..)

Hari ini jika kita mati menjadi mayat, maka akan ramai orang yang simpati, lalu mereka datang ziarah mayat kita, kemudian, mereka akan mengiringi mayat kita ke kubur, dan mendoakan semoga roh kita dicucuri Rahmat. Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti kita, namun semua orang akan tetap menjadi mayat, lambat atau cepat sahaja.

Akan tiba satu masa, di zaman perang, apabila korang mati menjadi mayat, maka akan lebih ramai lagi orang yang simpati, tapi mereka tidak datang ziarah mayat korang sebab mereka masih sibuk berperang, kemudian, tiada orang yang akan mengiringi mayat korang ke kubur, sebab masing masing sibuk bersembunyi atau berperang, yang tinggal, hanyalah doa doa agar roh korang dicucuri Rahmat.  Lalu bergelimpanganlah mayat korang membusuk dijalanan, jika ditanampun, dalam lubang yang besar tanpa kapan, Dalam hati mereka, terdetik keinginan untuk tidak mahu menerima nasib seperti korang, dan mulai cemburu pada orang orang yang mati dalam Negara yang aman merdeka..

Dalam Negara yang aman merdeka. Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah salah satu nikmat mati.

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih jika mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tertinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah, adohai.

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka?
Kereta Kebal PAS
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, atau bendara parti kegemaran, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan lantang dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara yang aman, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka ini, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna. Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran datang menyerang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa.., Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih.., Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka...
Pelancar Roket UMNO
Hentikanlah sikap suka mencari salah orang, dan bercakap keburukan orang, dalam Negara merdeka ini, Marilah kita menyembah Allah dengan cara yang paling layak Allah disembah.

Sekian. Pesan kepada diri sendiri. Semoga mereka yang bertugas di sempadan Sabah, beroleh Rahmat dan Pertolongan Allah, amin..

Ps: Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!