Jan 25, 2010
Perasan Unik?
Aku nak kenalkan korang dengan istilah baru kali ni, iaitu istilah “PERASAN UNIK”…
Perasan Unik adalah ditujukan kepada mereka yang otaknya slow, lalu cuba menjadi lain daripada yang lain, tapi akhirnya menyusahkan orang...
Sebagai contoh, adalah mereka yang selalu komen aku tapi menggunakan tulisan yang ‘perasan unik’ seperti:-
1)Tulis bahasa inglish tapi ada banyak z :
“Finazlly! I've beenz waitinz 4 some1 to condemned diz "trash". Waa...looz at diz. U kow? We R so stupid coz wez juz zzzzzzz,
I likes yos blozz soz muzz..
Aduhh, tolonglah jangan susahkan aku yang dah tua ni, aku tahu ada mat saleh yang tulis macam ni dalam blog mereka, ‘I wuz ere’ atau apa-apa, tapi itu mat saleh bangang!, benda yang bangang tak payah nak ikut, nyusahkan orang jer, tolonglah jangan ikut mereka dalam perkara kebodohan, niz yangz akuz nakz marah gilezz ni, akuzz lemapngzz teruz z, fuz u!
2) tulis terlalu singkat..
“ cik km, knp x u/d bg lg? I u/d hari2 x de pun?tlg u/d, sbb i sk sgt u pya blg bl bl bl..”
Aduh.., maaf jika ada yang terasa, blog aku bukan sms, email akupun bukan sms, tolonglah tulis elok elok, korang nak tanya soalan ugama, tapi aku tak paham apa korang tulis, lalu bila aku tak layan, korang email pulak..
“cik km, sy dh mail tny soklan, knp x jwb lg? Sy sdg ssh, tlg sy bl blb bl..
Korang perasan tak? Aku mana ada tulis short cut dalam blog aku, memang aku akui waktu mula tulis blog dulu, aku ada tulis ringkas-ayat, seperti ‘yg’ untuk ‘yang’.., sebab waktu tu aku tulis nota kepada diri sendiri.., tapi bila aku tahu ramai orang baca blog aku, aku dah tak tulis ‘yg’ lagi untuk yang.., sebab aku tak nak menyusahkan orang, jadi jika korang nak jadi bijak, bila berurusan dengan orang, tulis elok elok, jangan tulis macam ni:
“emm stlh aku bc bog en hamka ni psl ni,mmg peras trgaggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...”
Tolong, jangan perasan unik, tak unikpun bila menyusahkan orang.., itu belum lagi tulisan yang sekejap kecik sekejap besar, atau Allah di tulis dalam bentuk huruf, 4LL1, atau ada muzik kat blog yang buat aku kelam kabut cari volume nak tutup, atau blog yang terlalu banyak iklan, atau blog yang ada gambar ustaz ulamak, yang buat malaikat rahmat lari.., ..atau.,. atau... arghh, malas aku nak cakap lagi, moralnya jika korang nak tulis untuk diri korang sendiri, lantaklah, nak tulis macam manapun, aku tak kisah,tulis kat blog korangpun aku tak kisah.., tapi bila korang email aku atau nak tulis komen, janganlah susahkan orang lain dengan gaya perasan unik, tak unikpun, macam budak tadika jer aku tengok.., macam sampahpun ada, kalau korang umur 25 tahun ke atas dan masih perasan unik, memang korang hampeh!
*****
Ok, itu bab tulisan, banyak lagi perkara yang ‘perasan unik’ berlaku dalam kehidupan kita,dan kebanyakan perasan unik ni berlaku di kalangan orang perempuan, dalam bab perhiasan diri seperti perempuan hodoh yang pakai barang kemas banyak banyak kat badan, tak nampak unikpun, nampak bodoh lagi ada.., atau pakai tudung, tapi baju singkat bila membongkok Nampak lurah bontot, tak uniklah adik.., panic lagi ada, atau pakai baju fesyen trafic light, tudung warna merah, baju warna kuning, dan kain warna hijau.., ha ha, tak unik lah adik, macam budak tadika jer abang tengok...
Mungkin korang kata, kami perasan unik tapi tak menyusahkan orang..
Tak menyusahkan kepala otak kau?
Pakai baju yang perasan unik, yang warna terang boleh merangsang kemaluan lelaki, yang terbelah sana sani, boleh merangsang kaki perogol, yang ketat dan yang sendat, boleh merangsang zakar pencabul , pakai barang kemas banyak banyak, boleh merangsang tangan peragut.. yang itu, yang ini..
Oh!, tolonglah jangan perasan unik, tak payah ikut fesyen apa salahnya?, pakai baju kurung cukuplah, atau baju yang longgar sikit dan warna gelap.., ok apa?, yang cantik tetap cantik, tapi kalau dah muka hancur, pakailah fesyen apa apapun, maka jadilah kamu seorang yang perasan unik.., dan perasan unik adalah satu kebodohan..
Itu bab perempuan, lelaki pun ada jugak yang perasan unik, bodoh dan hampeh, contoh: beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, aku sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo3, baik beli evo3 terus.., bodoh ke apa? lepas tu bunyi macam ribut, tapi jalan macam siput, (1.3 kan..) lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., betul betul menyusahkan JPJ, sebab tu aku benci dengan mereka yang perasan unik!
Ok, cukup sampai situ, banyak lagi perasan unik yang boleh aku tulis tapi korang boleh fikir sendiri,
Sebenarnya, jika korang nak unik, lain dari yang lain, boleh takde masalah, dengan syarat tak menyusahkan orang.., macam bab budaya, cina, melayu, india, semua ada keunikan budaya masing masing.., dan keunikkan itu tidak menyusahkan bangsa lain.., tapi jika ada budaya yang menyusahkan bangsa lain, maka itu bukan lagi budaya yang unik, tapi dah jadi ‘perasan unik’, hampeh dan perlu di tentang!
Faham?!
Last, perkara yang aku nak sentuh adalah perasan unik dalam bab ugama..., ini paling berat.., lain dari yang lain dalam bab ugama dikenali sebagai “bidaah”.., dan bidaah ini hukumnya haram apatah lagi jika ianya menyusahkan ummat islam...
Kadang kadang ummat islam ni ada yang cuba menjadi ‘hebat’ atau ‘cool’ apabila dapat berbeza pendapat dalam hal hal ugama, mereka cuba menjadi ‘unik’, tapi sebanarnya perasan unik, hampeh dan perlu di selamatkan...
Bab lantik pemimpin guna majority, banyak nyusahkan orang.., dengar azan tak nak ke masjid, menyusahkan orang jugak.., berdakwah dengan blog atau dengan perti jugak banyak menyusahkan orang.., konon unik lah tu.., tak unikpun.., hampeh lagi ada.., menghalalkan mengumpat, bergabung dengan orang kapir menentang orang islam, please, tolong, jangan jadi lain daripada nabi dan sahabat...,
Contoh terkini, bab kalimah Allah dalam majalah kristian, ada yang ‘unik’ dengan bersetuju.., lalu berhujah dengan aku, takpe kalimah Allah diukir pada salib, yang penting iman kita kuat, takpe kalimah Allah yang diukir pada salib di bawa masuk ke dalam tandas oleh orang kapir sebab itu dosa mereka dengan tuhan..
Aduh.., kalaupun nak perasan unik, gunalah hujah yang cerdik sikit, tapi Nampak sangat korang ni ada unsur politik, (setuju sebab parti korang setuju) tapi tak tahu nak berhujah apa, lalu bagi asalan yang menampakkan lagi kebodohan...
Kan aku dah cakap?, orang kapir mintak sebab nak guna dalam penerbitan majalah mereka, dah tentu nanti bila mereka quote bible dalam majalah tu, mereka akan guna "Allah berfirman", dan kita tahu bahawa bible tu dah kena ubah, dan kita tahu betapa berdosanya bersetuju atas perkara berdusta atas nama Allah,
Korang setuju mereka berdusta atas nama Allah?
Sedangkan berdusta atas nama Nabi dah masuk neraka..
Bodoh ke apa?
ok, jangan emosional, orang perasan unik tak marah kan?, aku tak kata korang yang setuju tu bodoh, aku tanya jer, bodoh ke apa? jika bodoh silalah kritik aku, jika tidak, diam diam sudah, dan bertaubat.
Akhir kata, dah tentu dengan pendedahan “perasan unik” ni akan buat mereka yang ada sifat perasan unik akan rasa nak marah, atau bertambah benci pada aku, atau delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower aku..
Aku tak peduli, nobody cares, dan ini bukan pertama kali aku dibenci, ada pembaca blog aku yang marah sama aku, email aku betapa kecewa sebab aku kutuk parti kegemaran mereka, atau aku kutuk apa yang mereka suka, lalu delete link aku dari blognya atau berhenti jadi follower, dan berhenti komen.., tapi dalam diam diam, sentiasa baca blog aku secara senyap senyap, malahan menunggu nunggu aku edit entry baru, atau komen dengan nickname “anonymous” dengan harapan aku akan berubah.., sayang korang pada aku, ye?
Al maklumlah, blog keremayatkan unik, kan?
Woha!
Ps: aku ulangi, unik adalah lain daripada yang lain tapi TIDAK menyusahkan orang, manakala perasan unik adalah lain dari yang lain tapi menyusahkan orang, tolong jangan slow sangat, ok..
Jan 22, 2010
Aku tak peduli?
Kita pernah bertemu,
Tapi kamu tak peduli sama aku,
Sedihkan aku?
Tak.
Akupun tak peduli sama kamu,
Kamu ada awek?
Aku tak peduli,
Kamu ada kereta mahal?
Aku tak peduli,
Kamu ada blog follower ribu?
Aku tak peduli,
Kamu masuk MLM, ada rumah besar, dan simpanan satu juta, makan hotel mewah, dan berak di hotel mewah..
Aku tak peduli,
Sehinggalah kamu mati pagi tadi,
Sudah tentu bukan aku yang mandikan mayat kamu,
Juga bukan aku yang kafankan kamu,
Aku hanya hantar kamu ke kubur…
Tak peduli siapa yang gali kubur kamu,
Dan tak peduli siapa yang wariskan harta kamu…
Aku balik dulu, nak pergi isi minyak jap.,.
Ada rezeki, aku singgah rumah kamu malam ini, bertahlil…
InsyAllah, Esok, aku hantar jiran baru ke kubur kamu, ok!
Chow!
Kereta Mayat.
Dari Halaman Masjid ke tanah kubur.
(22 jan 2010)
Keterangan:
Teringat masa zaman budak budak dulu, selalu baca cerita riwayat hidup tentang “benda dan perasaan”, seperti “aku sebatang pen”, atau “aku sepasang kasut” dan lain lain, yang mana kisah akan bermula dari kilang dan berakhir di tong sampah…, dan cerita perasaan pen dan kasut atau benda-benda yang sekejap gembira, sekejap teruja, lepas tu cemas, dan akhir sekali sedih…, korang ingat tak?
Entahlah budak zaman sekarang?, masih ada lagi tak cikgu bagi kerja sekolah suruh karang cerita “aku sepasang selipar” atau lebih moden sikit, “aku sebuah Tumb drive 4G”, ada ke?
Lantaklah…
Aku ingat tadi nak tulis cerita “aku sebuah kereta mayat”.., tapi sebab aku perasan sibuk, aku tukar cerita dari “aku sebuah keretamayat” kepada sebuah monolog yang bertajuk: “Aku tak peduli”, sepatutnya kisah keretamayat dari kilang di lahirkan dan berakhir di puspakom, tapi aku tukar kisah korang yang naik keretamayat yang banyak harta dan mati sorang sorang di baham tanah, lantaklah…, aku tak pedulipun…
Akhir kata: apabila kereta korang di tahan oleh JPJ atau polis, mereka tak tanya korang tentang sport rim berapa harga? Spoiler beli kat mana?, bila basuh kereta? ada face book tak? Tak tanyapun! Mereka tak peduli!, Mereka bertanya dua soalan sahaja, iaitu:Ada lesen tak? dan Road tax hidup tak?, Jika sangkut salah satu, hukuman berat menanti..,
Begitulah kita bila jadi mayat kelak hanya akan di tanya tentang dua perkara sahaja, iaitu Iman dan amal, cuba check ‘road tax’ dan ‘lesen’ korang, hidup tak?, dan sila renew sebelum keretamayat hantar kamu ke kubur dan tak peduli sama kamu..
Sekian.
Ps: Walaupun kamu first time naik aku, tak puas lagi berbaring kerusi belakang, sampai di tanah perkuburan islam, kamu kena turun, aku tak peduli siapa kamu, aku nak blah cepat cepat.., banyak lagi mayat yang tak sabar nak naik kereta aku dan aku tak peduli siapa korang…
Jan 17, 2010
Permata yang hilang?
Aku lelaki normal dalam sejarah hidup di Negara Malaysia, dilahirkan berkaki ayam, kemudian berguling macam ular, lepas tu merangkak macam kucing, lepas tu lagi, bertatih macam beruang sarkas, kemudian, berjalan macam manusia, berlari sepantas T Rex, baligh, berbulu kemaluan, berkahwin, korek hidung, korek telinga, dapat anak, dan kini.., hantar anak ke sekolah rendah!
Anak aku dah tujuh tahun daa, pejam celik, pejam celik, korek hidung, korek telinga, anak aku dah masuk darjah satu!, bercutilah aku di hari pertama anak sekolah,.. macam korang juga yang teruja dengan pengalaman pertama, dah.., hmmm.., Bila tengok anak aku dan kawan barunya berbaris ke sekolah, aduhai.., baru aku perasan, anak aku ni masih kecik Hamka, masih budak budak, kesian dia sebab kat rumah aku layan dia macam orang dewasa, kena marah, kena pukul.., tapi di sokolah, tengok dia berlari lari keliling meja, naik pentas tersipu malu menyanyi lagu Negaraku, berebut beli nasi lemak, oh! Anak aku ni masih kecik.., masih budak budak..
3 hari bersekolah, ambik dan hantar anak ke sekolah di kendalikan oleh isteri aku, jarak dari rumah lebih kurang 10km, jauh juga.., masuk hari ke empat, aku guna khidmat Bas sekolah.., RM50 sebulan, ok, setuju, dan cakap kat anak aku, hari ni balik naik Bas Sekolah, bonda dah tak datang, dan mintak tolong adik perempuan aku yang mengajar kat sekolah yang sama temankan si anak aku naik Bas buat pertama kali dalam hidupnya..
Sedang aku bekerja, tiba tiba dapat panggilan telefon dari isteri aku, nada yang sungguh cemas, sedih dan risau...
“bang., anak kita hilang…”
Innalillahhiwainnailahirajiun…
Macam mana boleh hilang?
Isteri akupun bercerita dengan linangan air mata,.. Driver Bas sekolah
telefon jam 3 15 minit petang bagitahu anak aku takde naik bas.., dan
beliau terpaksa jalan sebab nak kena hantar anak orang lain, aku call
adik perempuan aku selaku guru kat situ, katanya beliau terlambat
sikit sebab ada hal.., cemas, dan sedang mencari anak aku dalam
kawasan sekolah..
Hamka, ujian Allah dah datang.., hari lain orang lain, hari ini, hari aku…
Err..,
. . .
. . .
Apa ugama ajar jika dapat musibah macam ini?
Oh, aku cuba menjadi antara lelaki lelaki terakhir yang beriman di akhir zaman, bila susah, akan datang perintah Allah supaya buat solat hajat, lantas aku terus pergi surau, solat hajat dua rakaat, waktu solat HP bergetar, oh.., anak aku dah dijumpai barangkali?, lepas solat aku periksa panggilan, rupanya SMS promosi celcom, hampeh betul, lepas tu solat hajat 2 rakaat lagi, dan dalam solat lagi sekali telefon bergetar, lepas salam lekas lekas check mengharap berita anak aku dah ditemui, tapi, miss call dari rakan sepejabat.., aku dah tak peduli apa, call bos bagitahu anak hilang dan terus ke sekolah anak aku.., sampai sana, isteri aku dan adik aku sedang melilau
mencari anak aku dalam kawasan sekolah,..
Baik, sekarang kita call semua driver Bas Sekolah yang datang sini,
(senarai Bas ada di bilik guru) Tanya mereka kot kot anak aku tersalah naik
mana mana bas, lalu satu demi satu Bas sekolah dan van sekolah di
hubungi, dan kata mereka, tadi ada sorang budak tu yang naik, tapi
pakcik suruh dia turun sebab nama dia tak de dalam senarai
penumpang.., dan bila tiba nombor terakhir telefon dan driver Bas
memberitahu anak aku takde naik, maka menangislah isteri aku…
“Demi sesungguhnya, Kami uji kamu dengan satu ujian iaitu ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, maka mereka berkata “Innalillahiwainnailaihiraajiuun” (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan
Allah dan kita akan kembali kepadaNya).
(Al-Baqarah 155/6)
Akupun pujuk isteri aku a.k.a pujuk diri aku jugak:
“Relaks, cool.., ujian dah datang, dosa kita banyak, jika begini cara Allah nak ampun dosa kita, nak masukkan kita dalam shurga dan nak selamatkan kita dari api nereka, apa lagi nak di kata?, ada orang anak mati lemas, mati kemalangan, mati di sambar petir, kena culik dan sebagainya.., asyik baca cerita derita orang lain, hari ini giliran kita pula.., semua dari Allah, anak kita hak Allah, dia yang bagi, dan dia yang ambik.., sekarang U cari dalam kawasan sekolah sambil baca zikir Nabi Yunus dalam perut ikan, dan I cari kat luar kawasan sekolah, lepas asar kita jumpa balik dan buat keputusan sama ada nak report polis atau tindakan lain..”
Kemudian, aku terus susur ke semua jalan di luar pagar sekolah\, tejumpa surau aku berhenti solat hajat dua rakkaat, lepas tu teruskan mencari sambil beristigfar, mulut
tak henti henti berzikir dengan istigfar nabi Yunus dalam perut ikan.
Dah habis luar kawasan sekolah aku cari, tapi masih tak jumpa, aku
masih relaks, aku percaya anak aku ni pandai cari jalan pulang, sebab
waktu aku drive kereta, anak aku selalu main teka arah dengan adik
dia, “lepas ni ayah akan turn right”, “tengok, ayah dah turn left,”
“lepas ni ayah akan go straight” dan jika aku tak ikut jalan biasa,
anak aku akan tanya, “ayah nak pergi mana?”, jika aku ke arah timur,
anak aku akan tanya “ Ayah nak balik rumah arwah nenek ke?” atau jika
aku ke barat, anak aku akan tanya “ ayah nak balik rumah tok wan ke?”
Insyallah anak aku tak hilang, beliau mungkin sedang berjalan kaki ke
rumah.., akupun drive kereta perlahan lahan menuju jalan ke rumah..
Ya Allah, tolonglah aku, jangan uji aku dengan ujian yang tak dapat
aku tanggung…, kalau anak hilang, maka banyak benda nak kena fakir,
dan aku tak nak fakir banyak benda, maka tolonglah aku ya Allah..,
Aku tahu aku banyak dosa, mungkin dengan ujian begini akan selamatkan
aku dari api neraka.., tapi tak bestlah ujian cam gini, isk…, ujian lainlah, dan oh, tak sanggup aku nak cadang ujian lain, sebab aku manusia biasa, lemah dengan ujian..,
Relaks, Hamka, semua yang akan berlaku adalah takdir Allah…
Allah know best!
Dijalanan aku ternampak masjid, baru dua hari lepas aku solat isyak
bersama anak aku di masjid tu, akupun berhenti dan cari anak aku dalam
masjid tu, takde.., dan akupun solat hajat lagi.., dah 8 rakaat…
Dulu, Sahabat Nabi bila susah, solat hajat 12 raka’at, maka segala masalah selesai…
Maka tersebutlah kisah yang meriwayatkan akan seorang Sahabat Nabi
Muhammad SAW yang ada anak tunggal bernama Salim jika tak silap, tapi
si anak ini, telah hilang dari jagaan orang tuanya, bukan hilang waktu
pulang ke sekolah, tapi hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang, takut dan sebagainya telah melanda hati Ayahnya..,
lalu si isteri memberi nasihat agar beliau pergi berjumpa dengan Nabi
Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…
Pendek cerita, Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalui
perantaraan ‘Amal’, dan amal tersebut adalah seperti berikut:-
1.Sabar.
2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)
3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri : La Hau
LaWaLA, hinga HilAzim. Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkan
dengan izin Allah..
Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu dengan tidak berkeluh kesah,
kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat
sebarang dosa dan setiap masa membaca zikir ‘menyerah diri’
sebanyak-banyaknya..
Pendek cerita, si anak dapat meloloskan diri dari penjahat dan membawa
pulang bersama harta rampasan yang banyak…
Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyAllah akan
mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau
orang tersayang, insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur
dengan takwa, tahan diri dari buat dosa, dan di ulit dengan zikir
menyerah diri, maka Allah akan hilangkan segala bentuk “kehilangan”
dengan mengadakan kembali apa yang hilang…
InsyAllah, selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..
Dah sampai rumah, anak aku masih tiada, dan azan asarpun berkumandang,
aku terus ke surau, dan mengerjakan solat asar bersama wudhu solat
hajat tadi…
Anak aku pulang sekolah jam 3 petang, sekarang dah hampir jam 5 petang, anak
aku belum di temui..,
Hamka, kau banyak dosa, bertaubatlah, sesungguhnya, Allah suka pada
orang yang bertaubat.., kata aku pada diri sendiri..
Akupun menghitung nikmat Allah yang banyak, dan juga menhintung dosa
aku yang banyak, oh! Dengan nikmat hidup dan dosa yang banyak, aku
sepatutnya mendapat ujian yang lebih besar, ini baru ujian ‘suspend’,
relekslah Hamka…
Ada satu cerita, sorang hamba Allah ni sedang mengembara dengan
menaiki unta. Bila tiba di padang pasir, akibat cuai, untanya yang
dipenuhi dengan makanan dan pakaian telah hilang, tinggal lah dia
kebingungan di tengan tengah padang pasir.., diapun berlari larilah ke
sana ke mari mencari unta dan bekalannya tapi tak jumpa apa-apapun,
dalam keadaan letih dan dahaga, hamba Allah ni berbaring. Dia rasa
macam dah nak mati, dan pasrah kepada Allah, dah takdir mati kat sini,
nak buat macam mana?.., mamat ni pun tutup mata macam orang mati..,
sedih bukan main, sebab dah nak mati, mati sorang sorang pulak tu..’
Tiba tiba terdengar bunyi unta dekat kepala, bukak mata! Oh! Alangkah
gembiranya si hamba Allah ni, Subhanallah, unta dah jumpa akhirnya,
(Yahoo! hureyyy, Ye beda bedu!,)
Oleh sebab terlalu gembira, Hamba Allah ni tersasul berkata: “Ya Allah
sungguh Engkau adalah hambaku dan aku adalah tuhan-Mu!”
Ok, itu gembira seorang manusia yang dah nak mati, tapi tak jadi mati
sebab bertemu kembali unta dan keperluan hidupnya sampai tersasul menyebut Allah sebagai hambanya, dari hadith ini, Nabi menyambung bahawa, Allah lebih gembira dengan taubat hamba-Nya lebih dari pada hamba di atas yang gembira bertemu untanya!”
Maka, Hamka, bertaubatlah!!!..., dan demi Allah, Allah lebih gembira
dengan taubat kamu, lebih dari gembiranya kamu jika bertemu kembali
anak kamu!
ASTARFIRULLAHHALAZIM..!!!
Lepas solat asar, aku doa panjang sikit, dan telefonpun berbunyi, SMS Promosi celcom? Telefon daribos?
Aku check, betul rupanya, Boss aku yang miss call, aku call balik dan cakap, anak aku masih hilang., bos aku pulak yang risau.
Lepas tu isteri aku pulak yang call, dan…
Anak sudah jumpa! Yey! Alhamdulillah..
Akupun sujud kesyukuran.., Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Terima kasih, Allah.
Sekian.
*********
CERITA ANAK AKU.
Kita interviu sikit, apa yang dah berlaku kat anak aku, mana kamu pergi daa..?
“Ayah cakap hari ni naik bas, tapi bila H Naik Bas (van sekolah) Pakcik
(driver) suruh turun, katanya H salah Bas.., habis semua van H naik,
semua tak bagi duduk, (H pun panic tak ada bas sekolah, lalu ikut
orang lain balik sekolah) lepas tu H nampak Bas besar, ramai orang
naik, H pun naik, duduk satu kerusi, (dan orangpun mulai turun sorang
demi seorang, bila dah lama duduk dalam bas,) driver pun panggil H "
"Adik nak pergi mana?"
"H nak pergi sekolah Adik A" (A nama anak lelaki aku nombor dua yang bersolah di tadika)
"Kat mana?"
"Kat sekolah adik A lah.."
"Tahu jalan?"
"Tahu, mula mula pakcik Turn rigt, lepas tu, turn left, lepas tu go straight,.."
"Seronok naik bas dik?"
"Seronok…"
"Adik ada duit tak?"
"Ada…"
"Kalau nak turun, adik kena bagi duit.."
Pendek cerita- anak aku berjaya jugak sampai ke tadika lamanya, yang mana adiknya Si
A bersekolah di situ, jarak dalam 8km juga dari sekolahnya.., dan anak
aku bagi RM1 kat driver bas sebab dalam poket ada RM 1 sahaja, bila
cikgu tadika tengok anak aku datang ke sekolah naik bas sorang diri, cikgu itu pun terkejut, lalu call bini aku bagitahu bahawa anak ada kat tadika, bini akupun
berhenti menangis dan aku mula ketawa, kelakar betul budak budak zaman
sekarang.., nak marah pun ada, nak ketawapun ada…
Terima kasih driver bas yang baik hati, bukan senang nak ke sekolah
tadika lama anak aku, sebab jalan kecik, bas tak biasa masuk.., apatah lagi bawak bas dengan berpandu arah dari budak 7 tahun.., dan kelakar jugak driver bas tu sebab cas anak aku seringgit.., tapi aku memang nak ucap terimak kasih banya banyak pada lu bro, dan syukur pada Allah..
Aku happy sekarang, dan Allah lagi Happy bila hambanya bertaubat..
Jadi, moral of the story, bertaubatlah walau sebanyak mana dosa
korang, kerana Allah sangat suuuuuuka!
Sekian:
Ps: ketika entry ini di tulis, anak aku si H, sedang tidur, kemudian dia menangis, akupun pergi ke katilnya dan tanya kenapa? Katanya, kemaluan sakit, bila periksa, aku tengok kemaluannya membesar luar biasa akibat di gigit semut api, (macam macam hal budak budak zaman sekarang...)
Jan 11, 2010
Isu Nama Allah, Setuju tak?
Baik secara ringkas, aku nak buat sedikit kronolongi tentang isu ini..
- Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam.
- Waktu tu, aku belum tulis blog keretamayat.
- Pada 7 Mei 2008, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengkhususkan penggunaan kalimah Allah hanya bagi orang Islam tapi pada 10 negeri sahaja, empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri. Tertakluk pada Enekmen 11.
- Waktu tu, aku dah tulis blog keretamayat…
- Kemudian, Catholic Herald Weekly mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam sahaja.
- Korang belum email keremayat tentang isu ini.
- Keputusan Mahkamah membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Beberapa tokoh dan individu Islam menyokong keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Keluar berita tentang ulasan pengakaji ugama bahawa Perkataan Allah tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Keluar lagi berita bahawa lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Muncul lagi berita dari indonesia, Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Umno berdemotrasi, pas berdiam diri.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Penduduk sabah telah lama guna nama Allah di gereja mereka.
- Korangpun email keremayat mintak pendapat
- Gereja di bom!
- Korangpun email keremayat mintak pendapat, Encik keremayat setuju ke tak? Kami akan ikut keremayat, jika setuju apa hujjahnya? Jika tak apa hujjahnya?
- Keretamayatpun menjawab email secara pukal di Blog
- Tak lama lagi, orang kristian jadi mayat dan orang islam jugak jadi mayat.
- Keretamayatpun hantar mayat orang islam diperkuburan tanah islam.
- Tak lama kemudian, Keretamayat pulang dari kubur dan menunggu mayat lain pula...
- sebelum tu baca email dulu..
Ok, dah! dah! stop! cukup, cukup, aku update blog hari ni.., insyAllah..
*****
Baik, aku akan jawab semua email berkenaan isu kalimah Allah secara serentak di sini, sebab aku respek korang yang sanggup bertanya isu sebegini kepada aku seorang yang bukan ustaz,
Ok, lupakan pasal politik, sekarang kita cakap dari segi setuju atau tak?
Aku nak tanya dua soalan sahaja...
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DI UKIR PADA SALIB?
Soalan dua:
SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DITULIS PADA KERETA ATAU GEREJA ORANG KAFIR DENGAN TULISAN; ALLAH BAPA KEPADA JESUS?
Maka bila aku tanya balik soalan ni kepada orang islam yang setuju, mereka tak setuju pulak, kata mereka, kita bagi guna dalam gereja sahaja...
Kawan, orang ‘kapir’ ni sama jugak macam penagih dadah, jika mereka melilau sekeliling rumah kita cari besi, dan kita biarkan sahaja, lama lama mereka akan masuk cari besi bawah rumah, (pun kita biarkan)dan satu hari jika tuan rumah takde, terus jer mereka lompat masuk dalam rumah... habis semua harta korang kena kebas..
Jadi dari awal lagi, jangan bagi ‘orang “kafir” cari besi’ sekitar rumah korang..,
Faham tak?
Tapi Hamka, kat indonesia, kristian kat sana, mereka guna nama Allah, ok jerr.
Ok kata kau?, kat Malaysia belum ada orang islam kahwin dengan orang kristian dan duduk sebumbung (setakat yang aku tahu), tapi kat sana dah lama berlaku.., (sumber Buznama) lepas tu lagi korang tak ingat tragedi Ambon? Tsunami,gempa bumi.., ganyang Malaysia, dan lain lain, kenapa nak ikut mereka?
Tapi Hamka, kasihanlah kat Pakcik Makcik di sabah sana sebab mereka dah lama guna nama Allah dalam urusan ugama mereka…
Mereka dah salah, kristian lain guna katanama ‘god’, tapi mereka guna kitab indonesia yang translate god kepada Allah, memang patut mereka dikasihani, sebab dah lama salah,
Jika mereka percaya warna langit adalah hijau, tak kan kita nak biar mereka dengan kejahilan?, kita kena bagitahu, warna langit adalah warna biru, kasihan anak cucu mereka, nampaknya kita kena bagitahu balik, (masa untuk berdakwah) bahawa Allah itu satu, Yang Tunggal, tidak beranak dan diperanakkan, bukannya ‘Tuhan Bapa’ akidah triniti.
Ustaz Harun Din cakap, Dalam Bible, dari halaman pertama lagi nama Allah takde, mereka guna God, tapi dalam Al quran dari Surah Al baqarah lagi dah ada 279 kali perkataan Allah dalam 286 ayat.., rujuk sendiri.., Allah itu satu, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada satupun yang setara dengan Nya.
Tapi Hamka, takde pun dalam Al quran larang?
Dalam surah Al Zukruf jika di kaji, hukum guna nama Allah boleh jatuh kepada "harus", tapi dalam surah Al-ilkhas, Allah jelas bagitahu bahawa Allah adalah tidak sama dengan mana mana Tuhan, jadi walaupun hukum asalnya adalah harus, tapi pemerintah dan golongan ulamak patut melihat perkara ini dari segi kesan kepada masyarakat, yang mana dalam keadaan ummat sekarang ini yang mudah dikelirukan, hukum harus tadi boleh menjadi haram kerana apabila Nama Allah terukir pada salib, atau Bibble, atau kepala lembu atau ada filem mencarut dengan nama Allah, maka ini akan merosakkan ummat yang memang dah sedia daif.., maka kerajaan dan ulamak dan pihak KDN sendiri kena bertegas dalam bab ini.., dan kita orang islam tak payah perasan pandai.., takutlah kita kepada Allah dan islahlah diri masing masing...,
Akhir kata, aku tak setuju, dan Aku memang peliklah dengan orang islam yang setuju, sebab.., cuba korang fikir balik, dah beratus tahun orang kristian guna nama ‘god’ dalam urusan ugama mereka, alih alih kat Malaysia, mereka ‘menjatuhkan maruah’ mereka nak guna nama tuhan orang islam dalam urusan mereka, tak malu ke?
Atau mereka dah buat kajian betapa dengan keputusan ini akan menguntungkan mereka, jika tak untung dah tentu tak mintak..., dan kita orang islam selama ni tak bagi lagi mana mana ugama guna nama Allah, tapi bila kristian Malaysia mintak, kita selamba bagi? Nak pancing undi ke?
Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”
Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..
Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah? Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?
Habis.
Ps: Hukum membakar gereja adalah salah dari segi ugama islam, dan jika ada orang islam yang membakar gereja kerana isu ini, adalah bodoh dan hampeh!
Jan 4, 2010
Siapa Santa Clause?
Anakkku,
Ayah tulis surat ni waktu korang kecik kecik, dan post kat blog, bila korang dah besar, bacalah buat pedoman..
Anakku,
Masa Ayah kecik, ada budak kristian ‘dakyah’ ayah tentang kebenaran ugama mereka, iaitu pada setiap kali krismas, dalam stoking besar yang di gantung pada pokok krismas atau pokok fir, ‘Santa Clause ‘akan datang dan bagi hadiah’ berupa barang permainan yang mahal mahal kepada budak budak kristian yang baik hati..
Waktu tu kalau tak silap, ayah dalam darjah dua, tapi BS detector ayah dah bagitahu bahawa semua itu mitos, tapi sebagai budak kecik, ayah tak dapat nak buktikan pada budak kristian tu sebaliknya mereka pulak yang tayang permainan mahal buat air liur ayah meleleh..
Ayah budak miskin, tapi begitu ambik tahu tentang Permainan seperti M.A.S.K. (Mobile Armored Strike Kommand) yang mana lori, kereta, helikopter dan sebagainya yang boleh bertukar menjadi kenderaan tentera, atau Silverhawk yang ada sayap kat ketiak, atau Kepten Futures, Transformers, Ninja Turtles, ThunderCat, Hot wheels dan macam macam lagilah..,
Tapi bila ayah check harga kat kedai, semuanya RM 50 ke atas, oh., terpaksalah ayah lupakan, ayah budak miskin, duit poket ke sekolah hanya 50 sen, dan setelah kumpul selama dua minggu berjimat jimat belanja kat sekolah baru dapat beli “DIN DANG”, dapatlah main dengan bola terbang, tangan getah, kipas ajaib, gasing berapi dan sebagainya, nampaknya.., Mat Sentol dah jadi ‘Santa Clause’ ayah…
Anakku..
Korang ingat tak? pada bulan puasa sewaktu anak ayah yang sulung berumur 6 tahun, ayah ada janji jika korang dapat puasa penuh 30 hari, ayah akan bagi apa sahaja yang korang mintak.., dan ayah planning nak bagi basikal..
Pada mulanya ayah pandang rendah pada semangat korang, korang mesti tak larat nak puasa penuh.., tapi ayah nampaknya terpaksa buat anjakan paradigma sebanyak 360 darjah, sebab Abang H, yang sulung, berjaya! pernah dia nampak penat lalu ayah suruh bukak puasa tapi dia menangis tak nak., (ayah darjah empat baru belajar puasa nak oii.., itupun banyak sekerat hari.., malu ayah pada genarasi zaman sekarang.oh!)
Lepas raya, Ayahpun cucuk duit dalam RM150 nak beli basikal untuk Abang H, tapi sebelum tu, biar H buat keputusan apa hadiah yang dia nak.. dan korang tahu apa yang abang H nak?
Optimus Prime yang boleh bertukar dari lori kepada robot, ayah tengok kat kedai, harga RM50, basikal RM150, Hmmm, ni dah jimat RM 100, lalu ayah tanya lagi, betul ke tak nak basikal? H cakap ayah bukan bagipun main kat luar,.., ayah belilah Optimus Prime.., dan untuk adik A, ayah belilah BumbleBee, (Harga RM 20)
Ayahpun pikir sambil seluk poket meraba duit., Kalau ayah beli Basikal, nanti kena beli dua, dah RM300, sebab adik korang pun nak, oh, tidak!, kena beli empat, sebab adik beradik ada empat orang semuanya.., ok, ayah belikan korang Optimus Prime dan BumbleBee.., jimat RM230…
Korang yang nak, bukan Ayah nak berjimat ke apa?, tapi jika bandingkan zaman ayah dengan mainanan TORA (RM1) atau DIN DANG(50 sen) oleh Brother Mat Sentul.., korang jauh lebih beruntung…
Ok, berbalik kepada ugama kristian yang mana budak budak mereka dapat hadiah di Hari Krismas, korang dah bertanya, siapa Santa Clause? Siapa Pakcik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia…
Itu semua mitos wahai anak ku.., lain kali jika ada kawan ugama kristian yang bercerita tentang hari raya mereka, cuba korang tanya mereka.
Apa kena mengena Santa Clause dengan Nabi Isa? Sebab mereka sambut krismas sempena hari lahir Nabi Isa.., patutnya banyaklah cerita tentang Nabi Isa, tapi asyik cerita Santa Clause sajer, apa kaitannya?
Lepas tu Tanya lagi, kenapa nak kena ada pokok yang di gantung dengan lampu dan hadiah, ada dalam kitab ke? Atau suka suka? Lepas tu kat pokok ada pulak salji palsu…, seolah olah Krismas tu kena beraya dalam salji..
Padahal Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir, dan di bawah poko kurma! patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan Nabi isa punya hari lahir, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun.., atau pokok kektus pun boleh…, masih ada unsur padang pasir..
Tapi tak!, seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu.., patut mereka jika nak beraya buatlah macam orang islam beraya, orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain lain.., tak salahpun nak beraya.., tapi ikutlah adat masing masing, kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan, kenapa hari krismas nak kena makan coklat?
Jika amalan itu Jesus yang buat, ok.., tapi tak.., itu amalan orang putih, kenapa nak ikut barat dalam semua hal?.., tak bestlah macam ni, nak beraya, ikutlah adat Malaysia, tak salah jika bakar lemang dan rendang pada hari krismas…, atau gantung kad raya pada pokok kelapa sawit hiasan, paderi tak marahlah.., Fatherpun akan ampunkan dosa., kan?
Dan satu lagi.. Santa Clause, juga tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di Negara Malaysia, panas!! kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Melaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping.., ho ho ho!
Arghh, sudahlah anak, jika korang tanya mereka, tentu mereka tak tahu nak jawab apa…
Lepas tu korang bagitahu kat kawan kawan yang percaya kepada Santa Clase dengan fakta begini:-
“Kawan…, jika Santa Clause sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).
Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu di isi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, Seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!"
Woha!
Anakku, habis sampai sini, jangan lupa puasa penuh setiap tahun…, walaupun ayah tak bagi apa apa.., satu lagi, pabila ada masa dan peluang, ajaklah kawan kawan kristian masuk islam dan beraya dengan adat Malaysia, bakar lemang dan rendang.., ho ho ho!
Sekian.
Ps: Jangan selaki kali korang berani panggil ayah dengan gelaran “Santa” walaupun janggut ayah sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!