Dec 28, 2012

Tanya sama Abang Keretamayat?


 (Aku copy/paste beberapa soalan yang pembaca tanya di FB, khas untuk mereka yang tiada FB)

Sejak tulis blog, walaupun aku dah buat disclamer bahawa aku bukan ustaz, tapi soalan dalam ibox tetap melimpah ruah, adohai..

Pesan aku, jika nak tanya, elakkan bertanya soalan berbetuk peribadi, sebab aku lebih suka menjawab secara umum.

Pesan aku lagi, bila korang tanya aku, jangan harap aku jawab serta merta, mungkin paling cepat setahun atau tak jawab langsung, aku akui, aku menulis ikut perasaan, jika rajin aku jawab, jika perasan sibuk memang tak terjawab.hu hu..

Tambah lagi pesan, jika bertanya tu elakkan bertanya soalan hukum hakam atau soalan yang terlalu peribadi yang tak boleh orang lain share, juga jangan mengarang terlalu panjang atau guna bahasa terlalu ringkas perasan unik, memang aku tak baca, sebab tak faham..

Last, korang tanya aku secara personal, tapi aku lebih suka jawab soalan korang di blog atau FB secara umum, bermakna bila korang bertanya soalan, maka menjadi hak aku untuk pamer soalan korang diinternet, dan jawab secara umum, jangan bimbang, nama aku akan rahsiakan, aku bukannya kejam sangat.

Jika korang rasa soalan korang penting tapi aku tidak jawab selama setahun, boleh reply soalan dengan menulis, “Setahun kemudian.., saya ulang soalan saya, bla bla bla...”

Okey, cukup intro, kita jawab soalan soalan pendek sepanjang pemaduan keretamayat yang sempat aku jawab,


Tanya sama abang keretamayat part 1:
------------------------------------------------

SALAM ABANG HAMKA, APA PENDAPAT ABANG TENTANG SEMUA SAMAN EKOR AKAN DI HAPUS JIKA PR MENANG PILIHAN RAYA?

Hamka said:

Pada pendapat aku, kau tertekan Caps Lock-Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 2:
------------------------------------------------

"Bang, kenapa tak guna hujah Al quran sahaja, sebab hadith boleh di ubah ubah, bagus jika blog keretamayat guna dalil Al quran sahaja dalam berkarya."

Hamka said:
kau ni anti hadith ke? Allah yang takdirkan segala galaNYA, apa kau sangka Allah nak biar jer hadith di ubah tanpa pengawasan Allah? tepuk dada tanya iman. masa dah semakin pendek, langkahan kita langkahan maut, menuju kubur.., kau mati esok, dalam Al quran tak cerita detail macam mana nak tanam, nak aku tanam kaki kau terjulur keluar?!


Tanya sama abang keretamayat part 1/2:
---------------------------------

Abang jangan main main, Saya tulis semula, apa pendapat abang tentang semua saman ekor akan di hapus jika PR menang pilihan raya?

Hamka said:

(Pada pendapat aku, berjanji itu mudah, nak laksanakan itu payah, takut menderita macam Aisyah bersama "JANJI MANISMU", atau macam Awie "di penjara janji" atau KRU "Janji tinggal Janji" he he, yang penting, jangan janji di taburi, tapi janji ditepati, sekarang masa balas budi-WOHA!)





Tanya sama abang keretamayat part 4:
------------------------------------------------

"Apa pendapat Bro Hamka, tentang manusia ke bulan?"

Hamka said:

Pendapat aku, untuk membolehkan manusia ke bulan, Allah tak perlu hantar walaupun seorang Nabi, tapi untuk bina IMAN dalam hati manusia, Allah hantar 124 ribu para Nabi dan rasul…

Renung renungkan, dan selamat beramal. :)


Tanya sama abang keretamayat part 15
---------------------------------------------

“Buku hang "Permata yang hilang kini dijumpai" boleh guna untuk taklim ker...?”

Hamka said
“Buku aku tak boleh guna untuk taklim.., tapi jika bagi hadiah pada bini, boleh guna untuk pujuk bini pergi taklim masturat-woha!”

Ps: taklim-majilis bacaan hadith Laki bini setiap malam.

Ps2:taklim masturat-bacaan hadth untuk bini bini setiap minggu di seluruh Malaysia pada hari minggu.


Tanya sama abang keretamayat part 10
--------------------------------------------

“cuma nak bertanya pendapat mengenai sesetengah golongan yang mengaku berjumpa dengan keturunan Rasulullah dan mendakwa golongan Ahli Bait ni akan dapat membantu mereka diakhirat kelak. terima kasih”

Hamka Said: 

“Pembantu Nabi yang bagi khidmat cemerlang, telah di beri pujian oleh Nabi dan peluang untuk minta sebarang hajat, maka kata pembantu tadi, aku mahukan shurga. Maka Nabi cakap, bantulah doaku dengan memperbanyakkan sujud..."

Moral: kabel kuat tapi diri sendiri takde qualiti, tak payah berangan. Adohai.


Tanya sama abang keretamayat part 11
--------------------------------------------

"Betul ke ada hadith jika suami berpoligami, isteri akan dapat payung emas di shurga?

Hamka said:
“bab hadith tu, aku ni bukan ustaz, errr, tapi jika dah masuk dalam shurga, bukan setakat payung emas, coli dan seluar dalam emas pun boleh dapat makcik oiiii”- Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 12
---------------------------------------------

“Bro, tak baik guna nama ulamak dalam bekarya jika asyik kutuk orang, apa bukti sebenar nama lu adalah Hamka? Tengok IC boleh?”

Hamka said: 

Kau bank in RM35 dalam akauan maybank 1630 2855 3448, maka akan terpampanglah nama “Muhammad Hamka”, tak kan lah Maybank nak tipu kot, he he, nanti jika dah bank in, jangan lupa email bukti bank in, dan bagi alamat, insya-Allah aku akan ‘hadiah’kan sebiji buku Permata yang hilang siap tanda tangan-Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 13
---------------------------------------------

Abang kereta, apa pendapat abang tentang bajet 2013 semalam?

Hamka said:
“Jika engkau salah sorang orang yang sokong pembangkang, dan bila mendengar dalam TV atau dalam paper atau di kedai kopi cerita orang puji kerajaan(benda yang betul), tapi korang tak rasa sakit hati, maka aku ucapkan tahniah...”


Tanya sama abang keretamayat part 14
---------------------------------------------

“Buku permata yang hilang ada jual yang hard cover tak ? Harap dipertimbangkan. Kerana hati rasa pilu bila kulit buku jadi lunyai asyik kene belek. Juga ingat kalau dapat yang hard cover mau dihadiahkan kepada potential husband dengan bab tertentu ditanda (oppss sipu2 malu). Jika dia tak paham2 lagi boleh la digunakan buku hard cover tu untuk diluku kapalanya tanpa mengakibatkan kecederaan parah @ kematian.”

Hamka said:

(tak tahu nak jawab apa, C.C ke penerbit jer lah, kelakar juga korang ni, he he he.)


Tanya sama abang keretamayat part 16
---------------------------------------------

"Salam saudara hamka.. erm..boleh tak cakap sikit pasal wayang..?
Menurut islam..dan opinion saudara sendiri.."

Hamka said:

"jika seekor nyamuk masuk ke dalam panggung wayang lalu terbang masuk ke dalam kain orang perempuan tapi terhisap darah tangan lelaki yang bukan suaminya, maka hukumnya haram."

(Woha!)

Ps: Tengok wayang ke, tengok bola ke, tengok konsert Maher zain ke, jika korang tengok sambil buat maksiat, dan sengaja melengahkan-lengahkan solat bagi perempuan dan meninggalkan jemaah bagi lelaki maka hukumnya berdosa dan boleh masuk neraka jika tidak bertaubat, harap maklum.


Tanya sama abang keretamayat part 18
--------------------------------------------------

“Bro, bagaimana kita nak buat orang di sekeliling kita selalu senyum dan ketawa?”

Hamka said:

“Kau pergi mana-mana, jangan zip seluar”

Woha!

Ps: Tip cover malu terbaik jika korang lupa zip seluar, adohai..


Tanya sama abang keretamayat part 19
--------------------------------------------

"Bro, lu tak like page FB "Kami Boikot Buletin Utama TV3" ke? lu kan suka fakta, sedangkan berita TV3 banyak yang auta."

Hamka said: 

Aku 'cuba menjadi lelaki beriman di akhir zaman', dah lama waktu maghrib hingga isyak aku duduk beriktikaf di masjid, jadi, semua rancangan TV waktu tu aku boikot, Naruto yang best pun aku boikot sebab tayang waktu maghrib, jadi tak payah ajak aku boikot TV3 sajer, kita boikot semua program waktu solat! woha!


Tanya sama abang keretamayat part 7
--------------------------------------------
"Boleh tak tanda tangan pada buku dan hantar kepada kawan saya yang bakal berkahwin di Malaysia, kami dari korea."

Hamka said: 

OK, (Masukkan lagu Sonata Musim Salju di sini.)



Tanya sama abang keretamayat part 9
--------------------------------------------

"Hamka, dulu masa sekolah bakat mung melukis, tak sangka bila dah tua, bakat mung menulis pula, boleh tolong lukis gambar aku sekeluarga dan tanda tangan dekat kulit buku mung, rujuk attachment"

Hamka said: 
Kemah Keming Saing Saing!


Tanya sama abang keretamayat part 19
--------------------------------------------------

“Bro pandai cari bini rasanya, boleh tak tolong adjust cari bini untuk saya?”

Hamka said:

“Adjust cari bini adalah di luar bidang kerja keretamayat, adjust cari lubang kubur koner lot mungkin boleh-Woha!”

Ps: Maaf, kerana tidak membantu. Jangan lupa ‘cari jodoh di shurga’ dengan solat berjemaah bagi lelaki, dan solat awal waktu bagi perempuan..

Tanya sama abang keretamayat part 20
---------------------------------------------------

“Salam bro, betul ke jika ketuk kepala lutut dengan tumpurung, zakar yang menegang boleh mengendur?.”

Hamka said:

“jangan ketuk tanpa ilmu, salah teknik ketuk lutut, mungkin boleh mati pucuk.., cara yang berkesan untuk mengendurkan zakar adalah dengan membayangkan diri banyak dosa dan bayangkan sedang masuk neraka berpelukan dengan Abu Lahab, isha-Allah, akan mengendurlah zakar anda.”

Ps: Sejak bila driver keretamayat jadi pakar sakit tuan ni? Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 22
---------------------------------------------------

“Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini tanda kiamat? Apa pendapat abang mayat tentang berita ini?”

Hamka said:

“Aku sangat menyampah jika di tanya soalan berbentuk ramalan, tapi aku nak meramal masa depan hari ini, bahawa pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 ini, kelendar 2013 akan sangat laris di pasaran,"

Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 23
---------------------------------------------------

“Bang, bolehkah ummat islam berdoa bala kepada orang islam yang menzalimi dirinya?”

Hamka said:

“Bila di zalimi, doa sangat makbul, boleh berdoa mereka yang mengzalimi pada kita di timpa bala yang setimpal macam kita kena, tapi jangan pulak berdoa bala yang lebih teruk sebab itu menunjukkan kita pulak zalim, dalam hukum qisas pun bab balas hukuman, mestilah setimpal dengan kezaliman, Allah murka kepada mereka yang melampai batas,

Dalam kes perang sesama islam pula , yang melibatkan Aisyah r.ha dan Ali r.a , bila Aisyah jatuh dari unta waktu perang, Saidina Ali menantu Nabi sempat berkata, semoga Allah ampunkan dosa kamu, Aisyah isteri Nabi pula berkata, Semoga Allah ampunkan dosa kamu juga.. , ini contoh sifat terpuji sahabat Nabi yang mana masih sempat mendoakan keampunan kepada sesama islam walaupun mereka berbeza pendapat dan dalam medan perperangan.

Namun orang cerdik dan berfikir panjang lain tindakkannya, yang mana doa terbaik bila di zalimi adalah menggunakan doa makbul kita untuk kebaikkan ummat, contohnya Nabi Muhammad SAW bila di baling batu di taif, di zalimi hinga cerdera dan berdarah, baginda tidak doa bala walaupun malaikat bala dan datang, tapi Nabi mendoakan hidayat kepada pendufuk Taif. Itu contoh yang terbaik! Sunnah Nabi jika di ikut tak akan sesat”

Wallahu’lam.


Tanya sama abang keretamayat part 25
---------------------------------------------------
Pembaca: 

“Sebagai sorang manusia, aku harus bertanya takut aku tersesat pulak...ini tentang perniagaan berbentuk pyramid, MLM, sorang kawan telah mengajak aku untuk join benda tuh...dengar dapat duit yang banyak, kerja pun senang jer (masukkan orang lain sebagai ahli saja).. Aku betul-betul konfius dengan perniagaan begini...iman pun kurang...harap aku bertanya ni tak la sesat jauh...”

Hamka said:

"Piramid tu firaun yang punya..
Harta yang banyak pulak, qarun yang punya.
Akhirnya, mereka berdua masuk neraka"

Pembaca:

Terima kasih kereta mayat...sebab bagi aku melihat dengan lebih jelas...Terima kasih banyak banyak.

Hamka said: 


“Any time...”

Sekian.

Ps: Untuk keterangan lanjut yang lebih dramatik, sila rujuk ‘aididmuaddib.blogspot.com.’ Harap maklum.


Tanya sama abang keretamayat part 26
---------------------------------------------------

“Assalamualaikum..tuan. Apa pandangan tuan video arrivals yg Ada kat utube? perlukah saya menontonnya jugak?”

Hamka said: 
“Tak perlu buang masa, mungkin kena faham balik antara ‘whistleblower’ and ‘conspiracy theory’.., adohai.

Ps: pernah tulis kat blog dulu, sila google jika rajin.


Tanya sama abang keretamayat part 29
----------------------------------------------

“Salam Saudara Hamka, nak mintak saudara menulis/berkongsi pendapat mengenai meliwat isteri: bermacam2 pendapat yg telah saya baca,dengar. jadi apa kata saudara hamka menulis artike serta nas2 mengenai liwat isteri. Ada yg mengatakan tiada penjelasan jelas bahawa hukum liwat adalah haram dan ada juga berpendapat ianya boleh dilakukan"

Hamka said:

Perempuan ni ibarat motosikal, ada dua lubang, satu lubang minyak, dan satu lagi lubang exos, jika kita salah cucuk pump minyak, motor akan meletop.

Woha!


Tanya sama abang keretamayat part 30
----------------------------------------------

"Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, boleh tuan nasihatkan saya bagaimana menjadi pendakwah melalui nasyid?"

Hamka said:

Dik, dakwah terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit ‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip? keretamayat juugak, adohai..

Ps: Dakwah terbaik adalah cara Nabi. Like.


Tanya sama abang keretamayat part 31
------------------------------------------------
saya ada sikit masalah kawan yang jarang menunaikan solat. walaupun sudah disuruh kadang buat tak tahu.. macam mana mahu buat? saya takut dia semakin terperangkap dalam dunia dia.. dia seorang yg baik, tapi itu saja lah masalah tak mahu solat.penat sudah. mungkin en.hamka ada jalan bantu?

Hamka said:

Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.

Firaun yang jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat, semua kerja Allah..

Yang penting, (baca dengan penuh semangat) Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, berdakwahlah dengan hikmah dan lemah lembut, sehingga ugama tersebar atau kami terkorban!

Chewah..


Tanya sama abang keretamayat part 32
------------------------------------------------
DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu. Abang kereta mayat setuju tak?

Hamka said: 

Aku nak tanya dua soalan sahaja kepada orang islam yang setuju bab ini...
1) SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DI UKIR PADA SALIB?

2) SETUJU TAK JIKA NAMA ALLAH DITULIS PADA KERETA ATAU GEREJA ORANG KAFIR DENGAN TULISAN; ALLAH BAPA KEPADA JESUS?

Maka bila aku tanya balik soalan ni kepada orang islam yang setuju, mereka tak setuju pulak, kata mereka, kita bagi guna dalam gereja sahaja...

Kawan, orang ‘kapir’ ni sama jugak macam penagih dadah, jika mereka melilau sekeliling rumah kita cari besi, dan kita biarkan sahaja, lama lama mereka akan masuk cari besi bawah rumah, (pun kita biarkan)dan satu hari jika tuan rumah takde, terus jer mereka lompat masuk dalam rumah... habis semua harta korang kena kebas..

Jadi dari awal lagi, jangan bagi ‘orang “kafir” cari besi’ sekitar rumah korang..,

Faham tak?

Aku tak setuju, dan Aku memang peliklah dengan orang islam yang setuju, sebab.., cuba korang fikir balik, dah beratus tahun orang kristian guna nama ‘god’ dalam urusan ugama mereka, alih alih kat Malaysia, mereka ‘menjatuhkan maruah’ mereka nak guna nama tuhan orang islam dalam urusan mereka, tak malu ke?

Atau mereka dah buat kajian betapa dengan keputusan ini akan menguntungkan mereka, jika tak untung dah tentu tak mintak..., dan kita orang islam selama ni tak bagi lagi mana mana ugama guna nama Allah, tapi bila kristian Malaysia mintak, kita selamba bagi? Nak pancing undi ke?

Aku ingat lagi dalam kitab apabila Nabi solat berkiblatkan baitulMuqadis, lalu paderi dan ahli kitab hina Nabi, dengan ungkapan. “Alang alang dah sembah Baitulmuqaddis, masuklah terus ugama kami”

Lalu turun wahyu yang memerintahkan kiblat orang islam di tukarkan kepada Baitullah di Mekkah.., habis cerita..

Jadi, kamu wahai orang kristian, nak mintak guna nama Allah?

Alang alang guna nama Allah, masuklah terus ugama kami, senang.., kan?

Adohai..

SEKIAN

Okey, cukuplah sampai sini dulu copy/paste, jumpa lagi dalam halaman keretamayat lain kali, Cuma aku nak mintak maaf sebab ada banyak lagi soalan sama ada di FB atau email yang aku tak sempat jawab, ada yang sudah bertahun dalam inbox, adohai..

Dec 11, 2012

Bagaimana didik anak waktu cuti sekolah?


 (Hujung entry ini, bukan panduan untuk anak sahaja, panduan untuk ibu bapa pun ada, adohai..)

Soalan pembaca:
“Salam cik Hamka, macam mana nak rancang aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?, kalau mak tak bekerja dan kaya, mungkin seronok, boleh makan angin. tapi kepada golongan yang kurang mampu agak membebankan. Saya rasa cuti akhir tahun sejak beberapa tahun ini agak terlalu lama iaitu 1 1/2 bulan.  Saya lebih suka kalau anak saya pergi ke sekolah setiap hari bukan saja belajar tetapi dapatlah mereka bertemu dengan rakan serta guru daripada duduk di rumah dan menonton televisyen atau bermain video. Lagipun zaman sekarang ini sudah jarang sangat orang menghantar anak balik ke kampung sebab anak-anak akan bosan duduk di kampung kerana tiada kemudahan seperti di bandar. Ada tak apa apa idea atau aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?”

Hamka keretamayat Said:
Aku ni ‘driver keretamayat’ sahaja, bukan pakar anak anak cuti sekolah, dan seperti biasa, korang boleh tanya aku soalan secara personal, tapi aku akan jawab secara umum berdasarkan pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain yang sudah berjaya.

Dalam bab anak cuti sekolah ini, aku hantar anak pergi TASKA khas untuk budak cuti sekolah, RM50 seorang selama sebulan, makan tengah hari free, bermula jam 8.00 hingga 6 petang, ini mungkin rezeki anak anak aku sebab dapat TASKA khas untuk budak budak dewasa dan murah gila, mereka pergi main, baca buku, mengaji, tengok TV dan balik.

Kadang kadang aku bawa mereka ikut aku ke pajabat, suasana kerja aku yang berada dalam bilik sendiri, membuatkan tak ada masalah anak ikut ke pajabat bermain internet atau baca buku dalam bilik yang tertutup.

Waktu malam, bini aku akan ajar mengaji dari magrib sampai isyak dan selepas isyak, mereka akan dengar pula bacaan hadis Nabi yang di baca oleh mereka adik beradik, dan didengar oleh kami Laki bini selama 20 ke 30 minit..

Lain macam jer cerita aku ni, patut aku jawab soalan: "Ada tak apa apa idea atau aktiviti yang murah dan berilmiah untuk anak anak sepanjang cuti sekolah?”

Aku jawab berdasarkan pengalaman sendiri, iaitu aku ada belikan mereka buku tulis yang mana setiap hari mereka kena tulis 'sesuatu' yang di arahkan oleh kami laki bini, lepas tulis, aku akan semak, dan di uji dengan hafalan, bila dah berjaya hafal, baru boleh makan malam, main game, atau tengok TV.

Contoh yang sempat aku ambil gambar pagi tadi dari buku anak berumur 7 tahun.

Nama Malaikat

Peristiwa Bulan Islam
6 Sifat Sahabat
Lagu InsyaAllah English version pun ada?

13 rukun solat

Rukun wudhu ada 6(bagi mereka yang tak tahu, adohai..)

Makna bacaan solat, mak bapak pun ramai yang tak tahu, jangan nak tipu, isk!

Rukun Negara pun ada jugak?

Kesimpulan:

Gambar di atas itu adalah contoh beberapa nota kehidupan yang anak aku belajar belajar tulis, siap aku semak dan bagi markah lagi, he he.., lirik lagu Maher Zain pun ada? adohai..

Aku rasa setiap orang perlu ada buku catatan yang di tulis sendiri tentang nota kehidupan atau nota kematian, perlu di ingat, nota kehidupan adalah tidak sama dengan diari. Diari di tulis tanpa isi ilmiah dan lebih kepada peristiwa shok sendiri sedangkan nota kehidupan adalah fakta dan bahan berilmiah atau peristiwa bersifat sharing and someone can learn from history.

Aku dari dulu selalu tulis nota secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting seperti  Tamsil ceramah dari ulamak, ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, doa doa masnun, petikan kata kata hikmat buku tertentu, dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di sepanjang usia muda.

Lebih kelakar, ada kawan kawan yang fotostat buku aku tu sebab kata mereka, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat tinggi nilai kemanusian dan akedemik.

Wow, ini satu penghormatan, walau aku rasa tindakan mereka agak pelik.

Bila masuk zaman blogger, aku transfer nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, tambah tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah  lebih berpengalaman(kononnya), dan bila orang pelik serta hairan akan bagaimana aku boleh update 3 entry seminggu dengan bahan yang lain dari yang lain, dari mana datang idea?

Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk penggung wayang atau tapak konsert, ada yang koyak dan bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..

Alhamdulillah, sejak zaman internet, blog yang aku tulis sebagai himpunan nota kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang baca dan berterima kasih secara personal dan ada yang mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,

Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang hina,

Kesimpulannya, jika nak menulis, tulislah dengan ikhlas, tulis dalam buku cacatan atau blog sebagai rujukan diri, dan jika ada orang mahu fotostat, mahu copy/pate, itu adalah satu kehormatan...

Membaca itu bagus, tapi lebih bagus menulis balik apa yang di baca dengan kefahaman yang sesuai, sama jugak, dengar ceramah itu bagus, tapi lebih bagus jika kita menyampaikan pula dengan kefahaman yang sesuai.

Nasihat aku, jangan tunggu sudah tua, sudah pencen, baru nak menulis tentang nota kehidupan, tulislah sewaktu di sekolah rendah ketika cuti sekolah lagi (ehem, ehem)

Aku masih ingat, waktu aku masih remaja, ketika aku sangat sedih akibat sesuatu peristiwa, aku dapat ilham memujuk diri dengan menulis satu falsafah dalam buku catatan yang berbunyi:

“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa aku, alangkah ringan-nya penderitaan ini...dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan aku dari azab api neraka dan masukkan aku ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Tidak aku sangka, falsafah yang di tulis dengan penuh kesedihan bersama air mata di waktu remaja itu akhirnya tercetak dalam buku permata yang hilang dan di baca oleh ribuan orang, semoga ilmu yang bermanfaat akan terus aku nikmati walaupun mayat aku sudah hancur di mamah bumi..

Rupa-rupanya, tindakan kawan kawan aku fotostat buku nota kehidupan aku satu ketika dulu itu adalah benar.

Woha!

Ps: Selamat menulis nota kehidupan dengan niat yang paling ikhlas..


Dec 3, 2012

From Facebook with Love?


(Aku lampirkan lagi kisah Laki bini, dipetik dari FB keretamayat yang di tulis secara spontan, mana yang elok tu ikut, mana yang tak elok tu boleh lah kutuk, adohai..)

Kisah Laki Bini part 49
---------------------------
Bini aku baru habis baca buku ‘Men from Mars, Women from Venus’..

Kata aku: “Abang dah lama sedar bahawa Laki Bini itu memang berbeza, contoh lepas kahwin, bini tak pernah tanya Laki di mana seluar dalam bini, tapi laki, huh!, hari hari tanya bini, di mana seluar dalam laki- Adohai!”

Bini aku gelak.

“Alang-alang gelak, abang nak tanya, nampak seluar dalam abang tak?”

Woha!

Ps: Baik korang ngaku, laki korang ‘dari plenet marikh’ pun begitu, kan? Adohai..

Kisah Laki Bini part 50
---------------------------
Laki Bini itu memang berbeza,

Waktu Laki drive, bini selamba tidur di sebelah siap berdengkur lagi..

Lalu bila Laki mengantuk, bagi bini drivelah pulak, sebab Laki nak rehat atau tidur..

Tapi bila bini start drive, aku langsung tak boleh tidur!

Apahal terok benor orang perempuan bawak kereta?

Kenapa perlu stereotype lady driver?

Adohai...

Ps: Doakan kami selamat dalam perjalanan di dunia dan akhirat. ; )

Kisah laki bini part 51.
--------------------------
Tahukah korang kenapa aku tak boleh tidur bila bini aku bawak kereta?

Ini bukan stereotype lady driver! Tapi lebih dari itu..

Apa taknya, bini aku buat drift dekat selekoh yang tak tahan tu, lepas tu tekan minyak bila lampu isyarat kuning, adohai...

Aku ni pulak, sambil tangan kanan pegang dashbox, tangan kiri pegang handle bergayut belah kiri pintu kereta sambil menjerit:

"sayang, jangan bawak laju laju, abang belum kahwin dua lagi!”

Bini aku terus tambah tekan minyak, Woha!

Ps: Kadang kadang, kisah Laki bini agak ganas, adohai..

Kisah laki bini part 52
----------------------------
Biasa tengok drama TV cerita melayu, ada babak bini tak boleh tidur malam, lalu bini duduk termenung atas katil, laki yang sudah tidur di sebelah tiba tiba terjaga lalu pujuk bini jangan sedih dan macam macam lagi skrip.

Waktu tengok babak seperti tu, aku sempat tanya bini:

“Pernah tak kita alami situasi sama macam ni, yang mana awak tak boleh tidur, lalu Abang bangun dan pujuk awak tidur. Pernah tak?”

Laju jer bini cakap.

“Awak jika dah tidur, tidur mati!”

Woha!

Ps: Kita tidur mati, tapi mimpi awak tau, hehehehe..

Kisah laki bini part 53
-------------------------
Dulu kami laki bini selalu tertekan.

Bila kami tertekan, masing masing akan miss call.

Sekarang masalah tertekan dari kami laki bini telah dapat kami atasi.

Tapi timbul masalah baru, bukan tertekan, tapi ter’tap’ pulak, adohai

Adohai..

Ps. Nak bagitahu Laki bini tukar telefon lama jenis tekan kepada smartphone lah tu-Woha!.

Kisah laki bini part 54
-------------------------

Tengok dalam TV, satu orang artis bila di tanya oleh wartawan, jika dilahirkan semula, anda mahu jadi siapa?

Jawab si artis, mahu jadi ahli sukan sebab bla bla bla..

Terus Bini aku tanya:

“jika dilahirkan semula, abang mahu jadi siapa?”

Aku spontan jawab:

“Abang mahu jadi diri abang juga, sebab seronok jadi abang kerana ada bini macam awak yang memberi layanan terbaik!”

Bini senyum mungkin kerana ada prosa ampuan melampau walaupun aku ikhlas.

Giliran aku pula ulang soalan: :Awak pulak?”

“Saya tak mahu jadi saya, tapi mahu jadi abang, sebab nampak macam seronok jer tengok abang lepak goyang kaki kerana ada bini macam saya!”

Woha!

Ps: Makan dalam... adohai.

Kisah laki bini part 62.
-------------------------
Antara part yang best bila ada bini adalah, mereka selalu betulkan salah dan silap kita.

Sebagai contoh:

Kata Laki: “Aku kan pergi,Pergi ku mm mm mmm.., Tiba masanya, mm mmmm mmmm”

Sampuk Bini: “Aku kan pergi, Pergi ku tak akan kembali, Tiba masanya, Kau cari teman pengganti..”

Salah lirik pun kena tegur, Woha!

Ps: Salah mengajipun kena tegur gak..,. :)

Kisah laki bini part 63.
-------------------------
Laki berteka teki:

“Apakah itu?, kadang kadang panjang, kadang kadang pendek,kadang kadang basah, kadang kadang kering..., dan sangat bagus jika di gunakan di keheningan malam."

Bini terus bagi jawapan lucah.

Woha!

Jawapannya adalah “doa”.

Adohai...

Ps: Nota untuk orang slow: kenapa doa? Yelah, Doa panjang, Doa pendek, Doa menangis, Doa tidak menangis, dan sangat afdal di sepertiga malam, selamat berdoa, dan kenang Laki Bini dalam doamu.., chewah!

Kisah laki bini part 65.
-------------------------
Aku berteka teki dengan bini lagi:

“Di Malaysia, Artis perempuan manakah yang paling bagus?”

Setelah 5 kali cubaan, bini aku berjaya menjawab dengan jawapan yang memuaskan hati aku, siap dengan alasan yang munasabah. He he.

Korang tahu siapa artis itu?

“Sharifah Aini..”

Kenapa?

Sebab lagu “Yayadan” nyanyian Kak Pah suruh kita solat tahajjud, mana ada artis suruh solat tahajjud dalam lagu?, ibadat sepertiga malam tu!, menangis insaf mendengarnya.. adohai..

Ps: “Carilah ketenangan dalam diri sendiri, Munajat di sepertiga malam..”

Kisah laki bini part 67.
-------------------------
"Ayah, nak mainan baru!"

Anak anak selalu cepat bosan lepas main lalu buang merata rata dan mahu main mainan baru.

Apa kami laki bini buat?

Kami sebenarnya dah lama sorok mainan lama yang anak sudah bosan bermain satu waktu dahulu, jadi, bila anak mahu mainan baru, maka kami akan bukak mainan lama yang di sorok. Dan mainan sedia ada kami sorok pulak.

Rupanya anak anak juga rindu mainan lama. Jadi mereka kelihatan seronok mainan lama.
Bila mereka dah bosan main mainan lama, kami akan bukak balik mainan sedia ada yang di sorok, dan sorok mainan lama sekali lagi,

Dengan cara ini, anak anak seronok, laki bini pun seronok dapat tengok anak bahagia dan duit pun jimat.

"Lepas ni aku nak sorok baju bini pulak lah."

Woha!

Ps: Berjimat cermat amalan yang mulia, : )

Kisah laki bini part 72
-------------------------
 “I love you and Wais Wersa..”

Tanya bini balik sambil senyum:

“Vice Versa from Latin?”

Aku angguk.

Bini berbisik: “So sweeet”

Ps: Ini bukan cerita Uwais al-Qarni seorang tabi’in dari tanah arab, ini adalah tentang ‘Wais Wersa’ dari Kerajaan Rom. So,  I love you and vice versa, kepada bini orang lain, sila google ok?

Kisah laki bini part 75
-------------------------
Laki: “Kahwin dulu, umur awak berapa?”

Bini: “22 tahun, tak kan tak ingat?”

Laki: “Antara kawan kawan awak yang sebaya, awak orang ke berapa kahwin?”

Bini: “Saya rasa, saya orang pertama kahwin dalam kalangan anak dara sebaya saya.”

Laki: “Itu tandanya awak cantik, sebab tu cepat kahwin.”

Bini: “Awak tu yang gelojoh, datang rumah dengan tak malunya pujuk abah, mak dan semua orang kampung supaya kahwinkan kita cepat-cepat.”

Laki: woha!

Ps: Ini bukan gelojoh, bukan tak malu, tapi gentleman, adohai..

Kisah laki bini part 78
-------------------------
Sedang drive, radio pulak berlagu bosan.

Aku off radio, dan suruh bini pilih lagu, biar aku menyanyi secara live.

“Nak dengar lagu ‘Aerosmith, I Don’t Want Miss A Thing” .., boleh?”

Bini aku datang dari zaman 90-an, jangan salahkan pilihan lagu dia, jadi aku setuju, lalu telan air, liur, betulkan tengkuk dan berdehem serta batuk kecil, kemudan tarik nafas dan mulai menyayi sambil memandu.

“I don't want to miss one smile
I don't want to miss one kiss
I just want to be with you
Right here with you, just like this”

Aku tarik suara habis menerang, dan terus menyanyi, dalam kepala boleh pulak terbayang Liv Tyler heroin Armageddon..

“I just want to hold you close
Feel your heart so close to mine
And just stay here in this moment
For all the rest of time.. Yeah.. yeah.. yeah”

Okey, dah penat menyanyi. Mari dengar apa ulasan bini aku.

Bila aku jeling sebelah,

Bini tidur siap mulut terganga,

Hampeh!

Ps: nasib baik lidah tak keluar, adohai..

Kisah laki bini part 76
-------------------------
Laki: “Maha Suci Allah, yang buat manusia ni, minat pada benda yang tak sama.”

Bini: “Contoh?”

Laki: “Abang suka teh, awak suka milo, ada orang suka air coco cola, ada yang suka kopi.”

Bini: “ ha ah, ada yang suka lagu metal, ada yang suka lagu sentimental.”

Laki: “Masa sekolah dulu, ada perempuan hodoh dan gemok kat sekolah, dalam hati, abang fikir dia ni takda sape sape nak, dia akan die alone. Tapi bila dia add FB abang, anak dah lapan, laki hensem pulak tu, Maha Suci Allah, yang buat manusia ni, minat pada benda yang tak sama.

Bini: “Betul tu, dulu saya pernah jumpa lelaki yang tak hensem, tapi sekarang dapat bini lawa.”

Laki:”Macam mana awak tahu, dia add FB awak ke?”

Bini: “Awak ler.. Woha!”

Laki: “Cheh!, main kasar nampak, adohai.”

Ps: Jangan salahkan bini aku, kadang kadang aku buat lawak poligami, dan bini aku pulak buat lawak ganas-ganas, kami okey jer.. : )

SEKIAN.

(Klik sini untuk Kisah laki bini versi pendek, atau sini untuk versi panjang.

ps: Sila like FB fan Hamka (keretamayat) untuk update terus kisah Laki bini versi latest. (terkini: part 122) harap maklum dan terima kasih.

Nov 29, 2012

Kisah Laki Bini di Youtube?


(Pada suatu hari, Laki bini sedang menari tapi telah di marah oleh seorang ketua usrah, nasib baik driver keretamayat datang menjernihkan keadaan. Woha!)

Bagi mereka yang internet lembab nak mampos hingga tak boleh play video ini, biar aku bagi sinopsis video ini, lagipun elok jugak korang jaga mata tak tengok aurat perempuan, sebab dalam video ni ada aurat di sini sana, aku belum berkemahiran edit guna CGI untuk tambah tudung pada semua penari dalam video ini, adohai.., jadi kepada mereka yang mempunyai kemahiran untuk edit video bergerak dengan memakaikan tudung CGI, sila email aku.

Babak pertama dalam video ini adalah ‘ketua usrah’ sedang marah kepada orang yang menari.
Tiba tiba terdengar bunyi gendang bertalu talu macam ada majlis cina mati, tapi bila di toleh, rupanya yang ketuk gendang adalah driver keretamayat, chewahhh..

Driver Keretamayat kemudian berkata:

“Dunia hanyalah semantara, semua orang akan jadi mayat, biarkanlah laki bini menari dan berjoget sampai pagi.”

Jawab ketua usrah:

“Mana boleh menari beramai ramai walaupun Laki bini?”

Ujar driver Keretamayat:

“Kami semua adik beradiklah”

Ketua Usrah bertegas:

“Nak menari Laki bini tu boleh, tapi jangan lupa esok solat subuh”

Jawab driver keretamayat selamba:

“Esok pagi, kami semua solat berjemaah lah!”

Bisik ketua usrah:

“Apa lagi mahu tanya? Eshh”

Tanya driver keretamayat.

“Ada lagi tak puas hati?”

Tanpa bagi salam, terus ketua usrah balik sambil berkata:

“Argh, balik solat tahajjud lagi baik!”

Woha!

Ps: Don't Try This out of Home: Buka aurat.

Ps2: Just Try This at Home: Menari Laki Bini.
(adohai..)

Nov 22, 2012

Doa Bala sesama Islam?


(Satu hari di FB keretamayat, orang tanya soalan pasal ugama, sedang mereka tahu aku buka ustaz, yang betul bolehlah ikut, yang salah silalah tegur, dan nama korang aku tukar kepada Persona non Grata, aku bukannya kejam sangat nak aibkan orang, adohai..)

Semalam di FB, ada pembaca tanya:

“Bang, bolehkah ummat islam berdoa bala kepada orang islam yang menzalimi dirinya?”

Hamka said:

“Bila di zalimi, doa sangat makbul, boleh berdoa mereka yang mengzalimi pada kita di timpa bala yang setimpal macam kita kena, tapi jangan pulak berdoa bala yang lebih teruk sebab itu menunjukkan kita pulak zalim, dalam hukum qisas pun bab balas hukuman, mestilah setimpal dengan kezaliman, Allah murka kepada mereka yang melampai batas,

Dalam kes perang sesama islam pula , yang melibatkan Aisyah r.ha dan Ali r.a , bila Aisyah jatuh dari unta waktu perang, Saidina Ali menantu Nabi sempat berkata, semoga Allah ampunkan dosa kamu, Aisyah isteri Nabi pula berkata, Semoga Allah ampunkan dosa kamu juga.. , ini contoh sifat terpuji sahabat Nabi yang mana masih sempat mendoakan keampunan kepada sesama islam walaupun mereka berbeza pendapat dan dalam medan perperangan.

Namun orang cerdik dan berfikir panjang lain tindakkannya, yang mana doa terbaik bila di zalimi adalah menggunakan doa makbul kita untuk kebaikkan ummat, contohnya Nabi Muhammad SAW bila di baling batu di taif, di zalimi hinga cerdera dan berdarah, baginda tidak doa bala walaupun malaikat bala dan datang, tapi Nabi mendoakan hidayat kepada pendufuk Taif. Itu contoh yang terbaik! Sunnah Nabi jika di ikut tak akan sesat”

Wallahu’lam.

Persona non Grata said:

Yeah, nabi mendoakan hidayah kepada kaum taif yg menganiaya baginda, dan nabi juga mendoakan laknat :
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

dan juga kebinasaan:

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

 * maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

 so, kedua2nya (doa bagi hidayah n doa bagi laknat /kemusnahan) dibuat oleh nabi....

hanya memilih fakta yg kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah zalim, mind you, :)

maaf kalau terkasar bahasa...

Hamka said:

Eh, macam ada bau kera jer, hati hati bila guna alasan ugama untuk benarkan tindakan orang yang kita sokong.. aku ulang kata kata kau, memilih fakta yang kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah sifat kaum kera, mind you

Persona non grata said:

Dalam quran surah lazim, surah pendek, "Tabbat yada", diulang-ulang baca oleh umat Islam sampai qiamat. Surah itu mencela Abu Lahab dan isterinya sipembawa api... Demikian juga celaan terhadap Firaun dan pembesar2nya. Akan diulang baca oleh umat Islam sampai qiamat. So how?

Hamka said:

Ini yang aku maksudkan dengan fatwa kera, dulu ada ustaz cakap boleh mencarut, sebab dalam Al quran tuhan pun mencarut, aku geleng kepala dengar jawapan macam tu, jadi hari ni ada ustaz doa bala pada orang islam, kau pun cari ayat al quran bab tuhan laknat abu lahab?, apa ke jadah? kenapa tak belajar dari sejarah, aku ulang kata persona non grata: hanya memilih fakta yg kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah zalim, mind you.

Persona non grata said:
Benda yg ada nas sahih, suka atau tak suka, bau kera or what not, terpulang nak terima atau tak, ...
Saya  bukan ulamak bagi fatwa... Its in the quran. Penzalim akan tetap dicerca sampai qiamat.

Hamka said:

Fatwa Kaum Beruk ni adalah hujah yang di gunakan untuk pertahankan dosa atau kesalahan,

Contoh: __________(masukkan kesalahan parti X)

lepas tu bila ditegur,

Mereka akan berkata: ______________(masukkan jawapan jawapan pengikut parti X)

Dan cuba korang bandingkan dosa mereka, dan jawapan mereka, dah tentu dosa mereka lebih kurang sama dengan kaum beruk yang tangkap ikan hari ahad, dan hujah mereka mempertahankan dosa mereka juga sama dengan hujah kaum beruk yang tangkap ikan hari sabtu.

Kan?

Tuhan mencarut maka kitapun boleh mencarut, tak boleh gantung gambar nabi tapi boleh gantung gambar tok guru, bergabung dengan orang kapir masuk neraka tapi parti kami bergabung dengan orang kapir masuk shurga, mereka lantik wakil rakyat perempuan haram, kami lantik wakil rakyat wanita menjadi halal, lagi lagi lagi.., bagi fatwa kaum beruk.., dari hari sabtu sampai hari ahad, tak habis habis ‘tangkap ikan hari ahad’.., beruk sungguh!

Jangan membrok berok kan keadaan.

Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak.

Woha!

Persona non Grata said:

Driver kereta mayat pun sama gak macam kaum beruk...macam perasan bagus...beruk kan perasan bagus...

Hamka Said:

Alhamdulillah, marah itu hak kamu, sabar itu hak aku.

Persona non grata:

Hamka,mu tgk la video dr maza ni...moga-moga ceroh pale otak kite sume ek... ;)


Hamka said:

 Wah bagi link video, aku pun nak bagi link video jugaklah, Eh?, jawapan aku hampir sama dengan jawapan ustaz Azhar Idrus, alhamdulillah, nasib baik aku tak guna fatwa kaum kera,adohai.. 


Persona non grata:

kesimpulannya TAK SALAH laa kannn..boleh je doa camtu...doa senjata mukmin..syaitan lagi2 klu "syaitan yg d kenali"...lagi la takut doa2 cmni...ye dop? :P

Hamka said:

Kau ni bodoh ke apa?, ustaz azhar idrus cakap, jangan doa lebih dari had yang di zalimi, korang doa musuh islam korang supaya hangcor macam firaun, tak ke zalim? nak guna fatwa kera lagi, adohai..

Lagi satu, aku dah tengok video Dr Maza tu, dia buat kesimpulan, lebih afdal memaafkan, tapi jika nak doa bala jugak, dia kata nak doa kena berlapik, letak perkataan “Jika dia zalim baru turun azab”., lepas tu orang tanya, doa tok guru ni macam mana?, jawab Dr Maza, saya tak dengar lagi doa tak guru.., adohai..

Kesimpulan.

Aku tak faham kenapa penyokong politik tak boleh jadi macam penyokong bola sepak?

Dalam menonton sukan bola sepak, bila tengok pasukan bolak sepak sedang lawan bola, contoh jika Harimau Melaya berjaya jaringkan gol dengan kemas dan cantik, maka semua penyokong harimau Melaya akan puji, respek.., penyokong pihak lawan pun hormat, tapi bila pasukan bola kita buat silap, semua orang akan kutuk, kritik.., walaupun pasukan kegemaran mereka, tapi bila main tak betul, orang akan tegur, kiritik atau kutuk..

Tapi dalam bab politik, kenapa mesti jadi pencacai bila semua tindakan parti korang kena sokong?, jika perkara betul korang nak sokong aku tak kisah, tapi benda salahpun nak di pertahankan? nak sokong?, siap bagi dalil ugama yang ambik separuh separuh?, ni yang jadi fatwa kaum kera!

Adohai...

Cuba contohi Ustaz Azhar idrus, bila orang tanya bab pemimpin wanita dalam islam, walaupun PAS lantik siapa ntah masa pilihan raya di johor, tapi jawapan UAI bernas. Guna hujah ugama, beliau cenderung pada tak boleh, dan bab lantik tu pergilah tanya pada yang lantik, kan senang, takdelah guna fatwa kera macam korang selalu buat.


Cuba tengok Twiteer Dr MAZA, yang rasa salah atau pelik, beliau tegur- simple.


Last, kepada Umno, mereka tuduh korang zalim, dalam hudud orang menuduh kena buktikan, so bukti mereka mungkin ada di Harakah dan lain lain, mereka kata korang bunuh orang, rasuah, dan lain lain jenayah, maka buktikanlah diri korang tak bersalah.., jika benar korang tak bersalah,adohai..

Tapi jika terbukti bersalah, memang bala akan turun pada UMNO, bak kata Nabi Muhammad SAW, jika fatimah mencuri, aku akan potong tangan nya, wallahu'lam.

Sekian, terima kasih.

Rujukan:

Ps: Aku pelik dengan manusia hari ni, lepas berdebat bab ugama, bukannya nak pergi semak balik kitab Al quran dan hadis, tapi mereka pergi panjat pokok makan pisang-Adohai...

Nov 17, 2012

Hijrah, di mana kita?


(Kenapa Pendakwah Parti so call islamik ketuk pintu rumah aku berdakwah suruh pangkah parti mereka sambil bagi buah tangan hanya dekat pilihan raya? Bila ugama nak maju jika berdakwah rumah ke rumah dalam 5 tahun sekali  baru jengah? adohai..)

Khutbah jumaat minggu ini bercerita tentang hijrah, kenapa hijrah gagal bila pemimpin tak islamik, dalam khutbah juga ada mengkritik kerajaan kerana cegah seks bebas cara yang tidak islamik iaitu dengan membina sekolah ibu mengandung dan kondom percuma, akhir sekali, yang dapat aku simpulkan, Khatib bagi hint supaya berhijrah dengan menukar kerajaan sekarang yang berunsur yahudi kerana bergabung dengan MCA yang tolak hudud kepada pembakang yang lebih islamik kerana DAP mahukan hudud.

Aku bukan pro kerajaan, tapi bila bercerita bab hijrah, macam tak sesuai kita guna tafsir kepala otak lalu kaitkan dengan isu politik sempit, lebih baik pengertian hijrah di tafsir selari dengan sejarah islam, iaitu kisah Nabi dan sahabat.

Secara mudahnya, ada tiga jenis hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-

1.Hijrah ke Taif.
2.Hijrah ke Habsyah.
3. Hijrah ke Madinah.

Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.

Pertama yang kita kena faham, maksud hijrah adalah untuk majukan ugama demi menarik nusrah (bantuan) Allah, oleh sebab di Mekah ugama tak boleh nak di majukan kerana tekanan pihak kafir, maka Nabi dan Sahabat telah berhijrah ke tempat lain dengan harapan, mendapat kerjasama dari pihak yang ikhlas, yang mana apabila ada pihak lain yang membantu ugama Allah dengan ikhlas, maka sunnahtullah akan berlaku, iaitu akan turunlah Nusrah Allah. Sesuai dengan dalil:

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Maka apa yang berlaku di Taif bila Nabi berhijrah di sana?

Pembesar mereka telah menolak bantuan untuk menolong Nabi berdakwah di sana, malahan telah menghina Nabi Muhammad SAW,  tak cukup itu, mereka suruh orang kampung halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..

Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk terbalikkan bumi Taif sebab bukan sahaja tak nak bantu Nabi berdakwah, di halau pulak dengan cara yang biadab.

Kesimpulannya, hijrah di Taif gagal untuk majukan ugama, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat Bala menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..

Sebelum itu, bercerita tentang Nabi berdakwah, dan oleh kerana Nabi sudah tiada hari ini, maka kerja dakwah telah di wariskan kepada ummat kerana kita adalah Ummat terbaik..

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah kita jangan jadi macam puak Taif, yang mana melayan pendakwah dengan cara yang biadab, dalam surah yassin pun ada cerita kisah dua pendakwah datang berdakwah dan di kuatkan dengan pendakwah ke tiga, lalu muncul dihujung kampung seorang tua yang memberitahu: :ikutlah mereka yang tak mintak upah”..

Kesimpulannya, jika korang tak nak bantu hijrah para berdakwah sebab iman korang lemah kononnya, jangan pulak korang halau mereka dengan cara yang biadab yang mana karang jika datang Malaikat Bala untuk terbalikkan negeri kita, rugilah kita dunia dan akhirat. Nauzubillah..

Habis bab hijrah di Taif. Kita pegi pada Hijrah di Habsyah.

Di Habsyah, raja mereka hanya dengar ceramah sahabat, dan bagi perlindungan, serta makanan, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu ugama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik.

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Itu yang aku tengok, bila datang pendakwah berceramah, korang pun ke masjid bukan main ramai, penceramah buat lawak, korang gelak, penceramah beremosi, korang pun insaf, lepas tu korang layan penceramah makan sedap, tidur di hotel, bagi duit poket lagi, tapi lepas penceramah tu balik, masjid jadi kosong balik.. adohai.

Kesimpulannya, jika korang bantu hijrah para berdakwah hanya dari segi material, jangan pulak korang rasa pelik tengok ugama kat tempat korang tak maju maju, masjid masih kosong, orang muda berzina dan perompak di sini sana, sebab bantuan Allah tak datang kepada mereka yang bantu ugama setakat macam Raja Habsyah. Sejarah dah buktikan, jangan nak berdebat pulak, lebih baik muhasahah diri, pesan jugak pada diri sendiri. Adohai..

Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke Madinah,

Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan dari punduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi bantuan mereka lebih daripada itu yang mana mereka telah bersama sama dengan Nabi berdakwah di seluruh tanah hijjaz.

Dalam perang badar, walaupun bilangan orang madinah sangat sikit yang membantu Nabi, tak sampai 300 orang, tapi janji Allah yang mana: "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya" maka 1000 malaikat telah turun membantu Nabi dan sahabat dalam perang tersebut.

Kesimpulannya, jika korang mahu ugama maju, maka bantulah hijrah para berdakwah dengan berdakwah bersama sama mereka,  bukan setakat gelak dengar ceramah, tapi jika mereka para pendakwah ajak ziarah jiran jiran 40 buah rumah kiri dan kanan, maka pergilah berjalan bersama mereka, jika mereka ajak beriktikaf hidupkan masjid, maka tinggalkan sekejap katil empuk dan beriktikaflah di masjid, jika mereka ajak berdakwah pada orang kampung yang jauh dari ugama, maka ringankanlah tulang mengembeling tenaga bersama sama mereka,  inilah maksud bantu ugama dalam islam, bukan setakat dengar ceramah dan hulur derma, tapi korang makan minum bersama mereka, bergaul dan tidur bersama mereka, berdakwah dengan mujahadah serta simpati bersama mereka. Macam orang ansar, bukan macam orang Habsyah, jika macam orang Taif lagilah celaka..

Kesimpulannya (berapa kali kesimpulan daa..) Jika korang seorang ustaz, lagi bagus, iaitu berhijrah dari berceramah dengan selesa di masjid kepada berceramah dari rumah ke rumah dengan mujahadah macam Nabi Muhammad SAW buat, al maklumlah, dah lama paderi kristian ketuk pintu rumah orang islam ajak masuk ugama kristian, apa salahnya, ustaz dan ulamak ketuk pintu rumah orang islam ajak mereka beriman sebagaimana orang terdahulu beriman..

Nabi pernah jalan jalan sekitar madinah lalu terjumpa sahabat sedang berkebun, kemudan Nabi bercerita tentang kebun shurga pada sahabat itu, ada jugak kisah saidina Umar ziarah orang islam yang tidak datang solat berjemaah dan bercerita kelebihan solat jemaah pada orang islam yang tidak datang ke masjid..

Panjang nak cerita bab hijrah ni,

Dalam Hadith pernah sahabat Wathilah bin Asqa r.a bertanya pada Nabi Muhammad SAW tentang Hijrah:

“Saya ingin berhijrah, tapi hijrah mana yang lebih afdal, hijrah battah atau hijrah badiyah?”

Jawab Nabi lebih kurang maksud: Hijrah Battah lebih afdal, iaitu tinggalkan kampung halaman sepenuhnya dan tinggal bersama Nabi memajukan ugama di Madinah,

Namun Hijrah Battah sudah berakhir semenjak Fatal Mekah, (Islam kembali ke Mekah) namun, jangan lupa, hijrah Badiyah masih ada dari zaman Nabi hingga sekarang iaiu tinggalkan kampung halaman sementara waktu dan pergi berdakawah dalam beberapa waktu sebelum kembali ke kampung semula. (Hadis riwayat Tabrani)

Bagi mereka yang baru masuk islam semalam dan mahu merujuk dalam sejarah tentang Hijrah Badiyah, bolehlah rujuk sejarah “peristiwa sedih di Bir Moona” yang mana sekumpulan pendakwah telah di hantar oleh Nabi ke satu kampung tapi dibunuh orang kafir dalam perjalanan. Panjang pulak jika nak cerita..

Menutup entry ini, aku mengucapkan selamat maal hijrah, dan selamat berhijrah kepada semua orang islam, berhijrahlah dari pada selesa mendengar ceramah kepada selesa mendengar namun mujahadah menyampaikan.., ketahuilah, melalui jalan mujahadah menyampaikan apa yang selesa di dengar, maka ugama akan tersebar, lebih lebih lagi jika korang sanggup berhijrah secara Badiyah yang mana korang tinggalkan kampung halaman sementara waktu dalam beberapa tempoh demi kerana Allah, dan apabila sampai di tempat untuk menyampaikan, jika kedatangan korang mendapat bantuan dari penduduk di sana sama seperti cara orang ansar melayan Nabi dan sahabat, maka akan turunlah bantuan Allah dari langit sebagamana bantuan yang sama telah turun 1400 tahun yang lalu.

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Jika korang perasan sibuk tak mampu nak tinggalkan anak bini untuk berdakwah (tapi boleh tinggal anak bini untuk kursus naik pangkat) maka andai kata pendakwah datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Layanlah pendakwah macam orang ansar melayan orang muhajirin. Bukan setakat memberi tempat tinggal, perlindungan dan makan minum, tapi korang turut sama membantu mereka berdakwah dengan penuh mujahadah.., dengan cara ini, barulah bantuan Allah yang sebanar akan datang pada kita..

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Ps: Siapa yang mampu bergerak tanpa bantuan Allah? Semoga aku dapat amal apa yang aku sampaikan, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..

Ps2: Agak agak, Boleh dapat tokoh Maal Hijrah tak jika berdakwah hanya melalui blog? WOHA!

Nov 9, 2012

Haid, Tahukan korang?


(Entry ni bukan untuk semua lapisan masyarat, sila baca dengan berlapang dada, adohai..)

Aku terima email, komen di blog dan PM di Fb yang kata best sangat baca kisah laki bini versi spontan yang aku update di FB dan suruh aku sambung hari-hari...

Tapi aku menulis spontan sahaja, ikut suasana isu semasa hal ehwal laki bini.

Jika takde yang menarik, aku tak tulislah,

(macam hari ni..)

So, hari ni dah ada yang tanya follow up, “takde kisah laki bini yang baru ke bang?.”

Aku cakap, “takde yang menarik sangat.”

Kata mereka, “takpe.., saya rasa semua kisah laki bini versi keretamayat pasti menarik.”

Jadi aku cakap, “ok. Jap lagi aku update kisah laki bini yang baru.”

Jadi akupun tulis..

“kisah laki bini hari ini, bini aku datang haid-sekian terima kasih-Woha!

Lepas dah post terus ada yang komen, tak baik cik Hamka mengaibkan bini sendiri, berdosa cerita aib bini di internet. seburuk buruk suami adalah mereka yang cerita aib bini pada orang ramai..

Woi woi woi, apahal pulak bagitahu bini datang Haid boleh datang aib?, bini aku siap gelak berguling waktu aku update, korang pulak rasa aib? Tak paham aku dengan orang yang komen tak puas hati siap qoute hadis dan nas yang tak releven, aku rasa tentu yang komen marah-marah ni baru putus haid- tu yang meroyan macam orang sakit puan- woha!

Malas aku nak berdebat..., lantak koranglah.. adohai.

***
Bercerita bab Haid, bagi yang tak tahu, Haid adalah darah yang keluar dari kemaluan orang perempuan sebab mereka tak mengandung.., jika lepas kahwin dan lepas bersetubuh dengan Laki dan kemudian Haid tak keluar itu namanya “Bunting pelamin”, dan jika tak kahwin dan lepas berzina  dengan Pakwe dan kemudian Haid tak keluar itu namanya “Bunting anak haram”, dan itu cerita lain.

Haid ni ada 7 warna:- hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang, dan color tanah, lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid..

Senang cerita, Haid ni bermula dengan warna gelap, lepas tu merah, kemudian merah kekuningan kemudian kuning dan second last kelabu, dan last warna putih atau jernih, jika masih was-was boleh chek guna kapas, tengok warna haid tu, jika warna macam yang aku sebut di atas, dalam tempoh 15 hari, semua di kira haid, tapi jika check dengan kapas dan jumpa cecair yang warna putih, atau keputih-putihan, itu dikira keputihan dan bolehlah mandi wajib, waktu mandi wajib jika keluar cecair warna kuing ke emasan dan waktu keluar korang rasa nak kencing, maka itu adalah air kencing. Adohai..

Waktu haid, korang dah tak wajib bersolat, tak boleh tawaf di kaabah, tak boleh pegang Al quran, tak boleh iktikaf dalam masjid, tak wajib berpuasa, diharamkan bersetubuh, dan lain lain larangan, sila rujuk ustaz..
Haid ni paling lama 15 hari dan paling sikit sehari semalam,  selain darah Haid, ada jugak darah lain keluar dari kemaluan orang perempuan iaitu Darah Nifas dan Darah Istihadhah, sila rujuk ustazah Nor Bayah.

****
Tiba tiba terdengar ringtone menandakan SMS masuk:

Rupanya SMS dari bini aku:

“Balik pukul berapa hari ni?”

Aku dengan gelojohnya jawab SMS:

“Haid dah habis ke?”

Woha!

****
Bercerita bab Haid, aku rasa ramai perempuan sangka, puasa sahaja yang kena ganti waktu Haid, sedang solat tak payah..

Ewah ewah ewah, ringannya mulut.., Sebenarnya, solat ada jugak kena ganti lepas Haid habis, sebagai contoh, jika korang mandi waktu asar sebab suci waktu tu, korang wajib solat asar dan qadha zohor, kalau korang suci dan mandi waktu isyak, korang wajib solat isyak dan kena qada solat maghrib..., atau nak lagi faham, korang kena qadha solat yang boleh dijama’kan, jadi subuh tak payahlah nak qadha jika suci waktu zohor.. atau jika korang mandi waktu maghrib, asar tak payahlah qadar, Cuma jika korang suci waktu asar tapi terbabas mandi waktu margrib, kenalah qada solat asar dan zohor.., faham?

Nak lagi faham, sila rujuk kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

Aku ambik satu case study.

Jika korang sedang Haid dan lihat darah berhenti waktu dah nak masuk Maghrib, yang mana sempat pulak korang solat asar walaupun baru satu rakaat, maka wajib bagi korang qadha solat zohor dan asar.
Eh? Kenapa perlu di Qadha solat Asar dan Zohor? Qadha solat asar sudahlah..

Ini namanya ‘Ihtiyat’ , iaitu mengambil jalan hati hati yang mana mungkin akibat kecuaian korang menyemak kemaluan, boleh jadi haid korang sudah kering dalam waktu Zohor lagi, so gantilah solat zohor jugak.., sama jugak isu magrib dan isyak, aku rasa korang boleh selesaikan sendiri case study masing masing.

****
Sambung balik kisah bini SMS, rupanya bini suruh beli tuala wanita.

Dan tuala itu sudah ditetapkan jenamanya. Oleh sebab aku sudah tua, boleh lupa pulak jenama tuala yang bini pesan.

“Adohai, jenama apa bini pesan tadi, yang aku ingat, bunyinya agak lucah.. dan di hujungnya ada huruf X”
Nak tanya malu, akupun cari sendiri tuala yang jenamanya agak lucah..

Aku cuba cari jenama Pellix- Takde.

Aku cuba cari jenama Pennix- Takde.

Aku cuba cari jenama Zacaxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Dicxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Conecxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Kotexx- Eh?,,. ADA!!!

"Yang ni kot."

Akupun beli jenama Kotex.

Bila SMS bini balik, bini cakap tepat sekali jenama tuala wanita ini. Kotex!

Woha!

( walaupun aku sudah tua, masih mampu beli barang pelik pelik, tahniah pada diri sendiri.)

****

Seminggu kemudian.

“Dah solat?”

Tanya laki pada bini.

“belum boleh solat bang”

Lakipun mengeluh..

“adohai”...

Bini sambil senyum berkata:

“abang mengeluh sebab saya tak boleh solat ke, atau sebab lain?”

(sekali lagi: Adohai...,)

****
Tahukah korang, pada zaman dahulu, orang-orang Yahudi dan Arab Jahiliyah menganggap wanita haid adalah najis, oleh sebab itu mereka tak nak bergaul dengan bini yang datang haid, tak nak tidur sekatil, tak nak makan sekali, sentuh pun tak nak, serumah pun tak nak!

Tapi dalam islam, bab bini datang bulan atau Haid. Napi ada bersabda, "Segala sesuatu boleh kamu perbuat dengan binimu yang sedang haid kecuali bersetubuh”

Di tempat lain, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya, sesungguhnya dia telah kufur”

(Riwayat Tarmuzi)

So, kepada suami, jangan gelojoh sangat okey..

****
Suatu malam yang lain, balik dari masjid, sampai jer kat rumah, terlihat anak sedang bermain dengan kayu penyapu.

Aku terus tanya anak:

“Dah solat belum?”

Jawab anak:

“belum..”

Lantas aku ambil kayu penyapu dan ketuk anak suruh mereka solat.

Aku masih dalam keadaan marah, nampak bini duduk tengok TV.

Aku tanya pulak pada bini.

“Dah solat belum?

Jawab bini:

“belum boleh solat bang”

Akupun.., akupun..,  ketuk.., arghh, akupun ketuk kepala lutut aku dengan penyapu.

Woha!

****
Arghhh, baca lah email pulak, eh ada soalan menarik?

“Salam bro, betul ke jika ketuk kepala lutut dengan tumpurung, zakar yang menegang boleh mengendur?.”

Aku jawab:

“jangan ketuk tanpa ilmu, salah teknik ketuk lutut, mungkin boleh mati pucuk.., cara yang berkesan untuk mengendurkan zakar adalah dengan membayangkan diri banyak dosa dan bayangkan sedang masuk neraka berpelukan dengan Abu Lahab, isha-Allah, akan mengendurlah zakar anda.”

Woha!

( Sejak bila driver keretamayat jadi pakar sakit Tuan ni? Adohai...)

****

Tahukah korang, binatang tak keluar darah Haid macam manusia, mana ada kucing pakai kotex bila tak berzina, walaupun mereka mamalia, pelik bukan? Itulah kuasa Allah..., manusia bila telur (ovum) tidak di senyawakan oleh Sperma (air mani lelaki) maka telur akan di keluarkan bersama darah haid, tapi binatang, bila mereka tak berlaga lubang-kencing, telur mereka akan di serap balik dalam badan, atau dalam istilah sainsnya: “estrous cycles reabsorb endometrium” tah apa aku pun tak paham?, betulkan balik jika aku silap,

Tapi dalam-dalam banyak binatang, ada jugak yang keluar Haid.

Iaitu kura-kura.

Woha!

****
Kisah malam semalam...

Lelaki 1: “Hamka, malam ni free tak?”

Aku: “Kenapa..?”

Lelaki 1: “Aku nak ajak kau minum, sembang sembang bab politik, nanti aku belanja kau makan apa-apa..”

Aku: “Tapi aku kena confirmkan dengan bini dulu..”

Lelaki 1: “Eh?, tak sangka, lelaki macam kau, nak ke mana-mana, kena mintak izin bini, ha ha”

”Kau jangan salah faham, aku nak confirmkan dengan bini aku, Haid dia dah habis ke belum, jika dah habis, maaf, malam ni aku sibuk!”

WOHA!

( Teknik paling Rare menolak ajakan member yang mengajak membuang masa. abang abang, sila take note.)

Arghh, apa kejadah cerita bab Haid tak habis habis, baik aku berhenti menulis sebelum menjadi lebih mengarut..

Sebagai penutup entry ni aku nak kongsi teknik paling rare dalam bab meminta diri dari satu-satu majlis memandangkan aku pun memang nak mengundur diri..

Sebagai contoh, Bila bersembang secara beramai ramai di kedai kopi dan bila tiba waktu mahu mengundur diri, maka ada yang beri alasan.

“balik dulu, bini suruh beli barang dapur, takut kedai tutup”

Atau,

“balik dulu, nak ambik anak tuisyen”

Atau.

“balik dulu, nak kena tidur awal, esok kerja”

Itu semua alasan malas nak bersembang sebab dah boring dengan isu yang disembangkan dan mahu balik tapi mengundur diri dengan alasan yang sopan.

Jadi Hari ini aku akan ajar korang teknik paling rare dalam bab meminta diri dari satu-satu majlis.

Mulanya sebut macam ni:

“Balik dulu.”

Dah tentu Lelaki lain akan menyampuk:

“Eh? Relekslah Hamka, malam masih muda, awal lagi ni?!”

Sekarang, masa untuk jawapan paling rare.

“mintak maaf, bini aku baru habis Haid.”

Woha!

Ps: Sekian terima kasih. Cukup sampai sini, sebab bini aku baru habis Haid.-Woha sekali lagi!!