Jul 23, 2019

Manifesto untuk Pelajar?


(The day of Human Salvation is today)

Anak duduk MRSM call nak mintak idea menulis manifesto, sebab beliau masuk bertanding sebagai Ketua Perwakilan Pelajar.

Saya pun suruh dia buat manifesto berdasarkan kepimpinan Saidina Umar sebab beliau adalah khalifah Islam paling luas menyebarkan sempadan jajahan dan jajahannya kekal sampai sekarang, namanya juga tertulis dalam 100 manusia paling berpengaruh di dunia.

Lalu saya kisahkan cerita dari Hazrat Aslam r.a, seorang hamba kepada Saidina Umar RA menceritakan pada suatu hari, ketika mereka berdua sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Umar RA kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?

Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.

Saidina Umar RA yang merupakan seorang khalifah islam pada waktu itu terus pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun hambanya menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh khalifah dengan soalan:

“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”

Kemudian Saidina Umar RA sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut hambanya si Aslam r.a, ketika melihat saidina Umar memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Pemimpin tertinggi orang Islam, ketika keluarga itu makan, saidina umar lepak berehat sambil berkata:

“Tadi saya telah lihat mereka manangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

OK, tamat cerita itu kat situ, sekarang menjadi tugas pemimpin memastikan rakyat tidak lapar, yang miskin di bantu, maka sebagai ketua wakil pelajar, cuba buat manifesto yang dapat membantu pelajar miskin dari segi keperluan hidup, ayah tak tahu apa masalah pelajar di sana, tapi cuba relate dengan kisah saidina Umar dan Manifesto.

Tak dapat nak kaitkan dengan dunia pelajar? Ok, ayah bagi modal lain,

Pada suatu malam yang lain, ketika saidina Umar r.a sedang meronda, beliau terlihat ada seorang lelaki sedang duduk di luar kemah dan ada suara perempuan mengerang dari dalam khemah, bila bertegur sapa tahulah beliau bahawa perempuan itu sedang dalam posisi tersangat hampir nak beranak dan si suami tu pulak dalam keadaan susah hati gundah gelana kerana mengalami masalah keewangan..

Saidina Umar terus pulang ke rumah dan ajak isteri dia Ummnu Kulthum r.anha untuk menjadi bidan terjun.., pendek cerita, bila isteri khalifah Amirul mukminin bersedia menjadi mak bidan dan dengan segera menolong perempuan yang nak bersalin tadi, maka selamatlah semuanya dan tahniah untuk bapak budak itu kerana mendapat seorang baby boy.

Mula mula lelaki itu kritik kerajaan sebab tak jaga rakyat susah macam dia, tapi bila bini Umar panggil suaminya dengan gelaran “Amirul Mukminim” terus lelaki itu insaf kritik kerajaan sebab yang bantu bini dia beranak adalah first lady zaman tu.

Jadi, kecirian pemimpin yang ke dua adalah!

MESTILAH MENGUTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT DIA!
Jadi cuba korang kaitkan manifesto bab utamakan kesihatan, jika pelajar stress ada rawatan khas dan sebagainya, ayah tak tahu apa masalah pelajar MRSM tapi korang boleh fikir dan kaji dan kaitkan dengan kempimpinan saidina Umar.

Masih takde idea?

Mari kita Rujuk hadis lagi:

Huzaifah r.a adalah seorang sahabat Nabi SAW yang di amanahkan sebagai penyimpan rahsia, banyak rahsia berbentuk ramalan diketahui oleh beliau, terutamanya tentang peristiwa zaman hadapan, (teknologi wahyu) dan antara rahsia yang glamer di ketahuinya adalah senarai nama orang munafik di kalangan sahabat, Saidina Umar RA ketika menjadi Khalifah telah bertanya kepada hanzalah r.a iatu:

Adakah orang munafik di kalangan wakil rakyat yang di lantik oleh beliau?, Huzaifah RA menyatakan ‘ada’dan bilangannya hanyalah seorang tapi Huzaifah r.a tidak memberitahu namanya kerana itu adalah rahsia antara dia dan penerima wahyu (nabi Muhammad), maka saidina Umar telah memeriksa amalan wakil rakyatnya dan jika ada yang tak kena akan di pecat.

Antara amalan orang munafik di zaman Nabi SAW adalah meninggalkan solat jemaah, kemudian ada pulak satu hari tu Salman RA selaku menteri bahagian pentadbiran pasar, telah tidak datang solat subuh berjemaah, maka saidina Umar RA terus pergi ke rumah Salman dan bertanya kenapa tak datang solat berjemaah wahai WAKIL RAKYAT?

Maka kata ibunya, Salman telah bertahajjud sepanjang malam, dan bila dah dekat-dekat nak subuh, mengantuk telah menguasai dirinya, maka legalah saidina umar mendengar jawapan itu kerana ternyata Salman RA bukan seorang yang munafik, Cuma tak sengaja tinggal solat jemaah, namun Umar RA sempat menegur salman bahawa beliau lebih baik solat subuh berjemaah daripada bersolat tahajjud sehingga tinggal solat jemaah!

Stop cerita! Hari ini adalah tugas setiap PEMIMPIN kena pastikan wakil rakyat atau orang bawahan dia tidak mengamalkan amalan orang munafik, kena pastikan orang bawahan dia tidak MENINGGALKAN SOLAT JEMAAH!
So boleh kaikan dengan kehidupan di MRSM? Apa, semua kat sana dah solat berjemaah, okey kita bagi kisah lain.

Pada suatu malam yang lain pulak, ketika Saidina Umar R.a buat rondaan malam, beliau telah terdengar suara wanita bersyair yang sungguh sedih kerana rindukan suami, okey, cerita ni tak sesuai untuk pelajar MRSM, kita cari idea lain.

Alkisah Hadrat umar RA, satu malam setelah penat membuat rondaan dari pintu ke pintu, beliau telah duduk bersandar pada dinding sebuah tembok. Tiba-tiba beliau terdengar dari sebuah rumah suara seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Pergi campurkan susu dalam bekas itu dengan air.”

Lalu jawab anaknya: “Wahai ibuku! Bukankah khalifah islam melarang mencampurkan susu dengan air.”

Kata ibunya: “Wahai anakku! campurkan sajer susu itu dengan air kerana Saidina Umar tak nampak..”

Lalu anak gadis tersebut berkata kepada ibunya: “tapi Allah nampak wahai ibuku!

Saidina Umat tersenyum mendegar perbualan itu dan rasa best kerana IMAN rakyat dia berada dalam keadaan yang baik…, dan menurut riwayat, sebenarnya si ibu kepada anak gadis tu sajer nak test power iman anak dia, dan sebagai balasan, si ibu ini dapat berbesan dengan Khalifah apabila Saidina Umar mengahwinkan anaknya, ‘Asim dengan gadis yang amanah ini iaitu Laila. Hasil perkahwinan ‘Asim dengan Laila ini, mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kemudiannya telah melahirkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang Lim Guan Eng pun sanggup nak jadikan idola.

Ada jugak bila saidina umar buat rondaan, sekali ternampak seorang budak pengembala kambing, sajer beliau nak test iman rakyat dia, dia suruh budak tu jual sekor, budak tu cakap tak boleh, tuan dia tak benarkan, saidina Umar RA ‘suruh’ budak tu tipu tuan dia cakap kambing tu hilang ke apa, tapi budak tu kata, Allah sedang melihat.., best bukan?

So, pendek cerita, antara TUGAS PEMIMPIN yang PALING PENTING adalah bagaimana memastikan IMAN semua rakyat dia berada dalam keadaan yang baik dan sempurna…

Jadi korang boleh buat Open Mic ke, Hadis korner ke, Taklim ke, apa-apa, agar suasana di MRSM banyak ada suasana iman…

Okey, panjang juga saya cerita kat anak dalam phone, lepas tu dia pun buat Manifesto, lepas tu dia berkempen kelas ke kelas, berceramah dan pilihan raya pun berjalan.

Update,

Si anak menang Pilihan Raya dan menjadi ketua Perwakilan pelajar. Tahniah anak, sebab dapat peluang belajar menjadi pemimpin di usia muda.

Akhir kata, dari cerita ni, korang jangan kagum dengan saya atau anak saya.

Tapi kagumlah dengan Saidina Umar.

Woha!

Jul 17, 2019

Adakah Makhluk asing itu wujud?


(Tiga soalan yang perlu kita jawab jika bercerita tentang UFO-dan diperenggang ke tujuh belas sangat mengejutkan)

Adakah Makhluk asing itu wujud? Jika tidak wujud, kita teruskan kehidupan seperti biasa, tetapi jika wujud maka timbul soalan kedua?

Adakah mereka pernah menghubungi kita?

Untuk menjawab soalan: Adakah pernah Mahkluk asing menghungi kita, maka soalan ini telah di jawab oleh ahli astronomi yang telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852 dan menemui terdapat gangguan cahaya yang sangat tinggi pada bintang tersebut iaitu sebanyak 22%.

Terus Saintis Barat berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan oleh satu gelombang dari makhluk asing yang wujud di luar sistem solar kita.

Tapi bukan semua Saintis barat bersetuju dengan idea wujudnya makhluk asing di luar sana, lalu menyanggah idea tersebut dan yakin bahawa gangguan cahaya itu disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.

Lantas Bradley Schaefer seorang pengkaji angkasa daripada University of Louisana State membuktikan dengan data bahawa gangguan itu bukan first time, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas yang mana jika benar gangguan itu dari komet, maka ianya memerlukan sebanyak 650,000 komet untuk mendapat gangguan cahaya sebanyak 22%.

Tapi kajian masih diteruskan bermula dari tahun 1960 oleh seorang ahli astronomi bernama Frank Drake yang telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia dan hingga kini tiada bukti bahawa mahkuk asing itu wujud,

Pada tahun 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi projek-projek memburu makhluk asing.  Projek ini bernama Breakthrough Listen dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal Stephen Hawking.

Dua teleskop radio terbesar di dunia akan digunakan iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikat dan Parkes Telescope di Australia yang mana Teleskop-teleskop ini akan beraksi 50 kali ganda lebih sensitif dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang serta 100 galaksi terdekat dari sistem bima sakti kita.

Dengan teknologi ini, sebarang pergerakan UFO yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop ini. Thanos pun tak dapat nak lari.
Dan katakanlah, mereka menjumpai wujudnya mahkluk asing, maka timbul soalan ketiga:

Kenapa mereka pernah tidak pernah menghubungi kita?

Panjang nak cerita, dan jika mereka ada hubungi kita pulak maka ada undang undang dari PBB, iaitu kita tak boleh jawab bagi pihak bumi sewenang wenangnya, tapi kita kena rujuk saintis peringkat dunia, kena mensyuarat dulu, dan kena cari the best way untuk balas balik, bukan boleh buat ikut suka, malahan Stephen Hawking sendiri yang memberi dana jejak Alien melarang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak. Bukan sewenang wenang boleh lantik diri menjadi duta makhluk asing!

Lepas tu ada pulak kajian yang mana jika alien hubungi kita, maka kita kena guna simbol matematik sebagai alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk asing sebab mereka dah tentu tak bercakap Bahasa kita.

Okey, jauh sangat kita bincang isu ni, tajuk page ini keretamayat, kenapa jauh sangat keretamayat bercerita sampai hujung angkasa, kembali ke bumi, maka dari tiga soalan saintis di atas:

(1) Adakah Makhluk asing itu wujud?

(2) Adakah mereka pernah menghubungi kita?

(3) Kenapa mereka tidak menghubungi kita?

Dari tiga soalan ini tadi telah menarik minat saintis dan pelabur jutawan untuk mengkaji dan menyumbang dana, maka boleh tak kita pinjam tiga soalan ini bukan untuk bertanya tentang Alien, tapi untuk bertanya tentang Tuhan, iaitu:

(1) Adakah Tuhan itu wujud?

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?

(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita?

Maka untuk menjawab soalan ini, pertama kita pasti Yakin Bahawa Tuhan itu Wujud sebab jika alam ini Tidak berawal dan berakhir maka tak logic, alam ini pasti bermula oleh satu Kuasa yang di namakan Tuhan dan Tuhanlah selayaknya untuk kedudukan Tidak berawal dan berakhir.

Note: Saintis setuju alam ini bermula dengan letupan Big Bang dan akan berkahir suatu hari nanti.

Jadi dengan Yakin bahawa Tuhan itu wujud, maka kita pergi kepada soalan kedua.

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?

Dari sejarah lampau ada banyak agama mengaku Tuhan Menghubungi Bangsa mereka, namun dari semua dakwaan ada empat agama punyai ramai pengikit dan bijak pandai iaitu:

-Christian 2.0 billion
-Islam 1.2 billion
-Hindu 811 million
-Buddha 360 million.

Semua agama ini mendakwa agama mereka paling betul, tapi panjang nak cerita sebab agama yang betul kena bersifat adil iaitu tak perlu kita jadi Saintis untuk mengkaji cukup jika kita jawab soalan ini:

Siapakan orang yang Tuhan hubungi? Sudah tentu orang itu mestilah sebaik baik manusia, sehebat hebat manusia, paling berpengaruh, bijaksana, akhlak terpuji, tidak pernah bercakap bohong,  dan tiada seorangpun yang mampu setanding dengannya dulu, kini, dan akan datang.

Panjang nak cerita saya pendekkan, Nabi Muhammad SAW adalah manusia paling berpengaruh dalam dunia dan beliau tidak pernah bercakap bohong, dalam masa yang singkat baginda telah Berjaya membawa perubahan kepada dunia dan perubahan itu kekal hingga sekarang. Kemudian Kitab AlQuran yang diwahyukan Allah kepada Baginda adalah kitab yang paling banyak common sense berbanding kitab agama lain.

Maka menjawab lah soalan:

(1) Adakah Tuhan itu wujud? Ya, dengan kewujudan kita dan alam, Maka Tuhan itu ada.

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita? Ya, Tuhan hubungi manusia terpilih (nabi) sebagai wakil untuk memberitahu tentang Kehendak Tuhan.

(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita (lagi)? Kerena Agama sudah sempurna, dan agama yang sempurna tidak perlu lagi kepada Nabi baru atau Wahyu baru.

Sebelum korang nak bantah, mungkin ada yang bertanya, siapa yang kaji Nabi Muhammad manusia paling hebat, dan Al quran kitab paling common sense?

Jawapannya adalah:

Orang yang kaji dan setuju Nabi Muhammad orang paling berpengaruh adalah seorang astrophysicist, pakar sejarah yang bernama  Michael H. Hart, beliau juga seorang yang mengaku dirinya White separatism, orang yang anggap bangsa kulit putih perlu diasingkan dari semua bangsa,  tapi berdasarkan data dan bukti, mengikut kajiannya, Nabi Muhammad SAW dari bangsa arab, adalah orang paling berpengaruh dalam dunia.

Siapa yang kaji Alquran adalah kitab paling masuk akal?  Seorang pakar perbandingan semua agama, hafal Al quran dan kitab lain, selalu berdebat dengan pakar agama lain, tak lain tak bukan adalah: Dr Zakir Naik.

Jadi kepada semua saintis yang sedang mencari Alien di luar sana, jangan lupa mencari Tuhan, dan lebih mudah Tuhan telah hubungi manusia (nabi) dan bukti (Al quran) ada depan mata, jangan lupa kaji sebab mati itu pasti, jangan lambat sangat respond takut mati masuk neraka sebab kebenaran dah depan mata tapi disia siakan dengan habiskan masa mencari alien, ape ka jadah?

Woha!

Jul 15, 2019

Tak mampu Hitung Nikmat walaupun satu?

(video pertama saya)

Jika anda sedang memandu atau sedang jogging tapi nak dengar ceramah 7 minit, jemput dengar tazkirah keretamayat yang berjudul:

“kita tak mampu Hitung Nikmat Allah walaupun satu”

Video ni basic tazkirah, dimulakan dengan bacaan makna Firman Allah dari surah Ali Imran : 190-191.

Saya suka baca makna firman Allah dipermulaan ceramah sebagai modal mencari ilham dalam nur kalimah Allah, InsyaAllah.

Lepas tu saya cerita Surah An-Nahli, ayat 18 :

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu”
Macam mana satu nikmat pun tak dapat nak hitung?

Kena tengok video tu. Di itu ada jawabnya.

Dan tolong waktu menonton...


Abaikan lemak leher saya yang sangat menyerlah itu-woha!


Jul 9, 2019

Tuhan tidak adil kepada wanita?

(Mari bercakap dengan abang mayat, and I didn't see it coming)

“Abang mayat, Saya rasa Tuhan tak adil kepada wanita”

“Kenapa?”

“Hari akhirat, di padang mashsyar cuaca panas, tapi kenapa lelaki jer yang dapat duduk bawah naungan Allah? Perempuan duduk kat mana?"

“Hadis mana ni?”

“Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah iaitu Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat, kenapa lelaki sahaja?”

“Boleh awak sebutkan siapa lelaki itu? Memang confirm semua tu lelaki ke?”

“Pertama: Pemerintah yang adil, dah tentu lelaki, sebab dalam Islam lelaki yang jadi pemerintah”

“Ok, baik, yang kedua?”

“Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, tengok! Hadis tu sebut pemuda, bukan pemudi!”

“Baik, yang ketiga?”

“Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, confirmlah sebab lelakikan wajib solat berjemaah”

“Saya setuju, yang ke empat?”

“Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”

“Hmmm, yang ke lima?”

“Lelaki yang mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Allah.”

“Wow, yang ke enam?”

“Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya”

“dan yang ke tujuh?”

“Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, macam orang tabligh selalu buat tu, semuanya lelaki”

“so apa masalahnya?”

“Masalahnya, kenapa lelaki sahaja yang duduk bawah Arasyh, perempuan nak duduk mana?”

“Adohai.., Ada hadis lain bagitahu, perempuan solehah, masuk syurga lebih awal dari lelaki, so dah boleh masuk syurga awal, buat apa nak duduk bawah arash lagi?”

“ye ke? Lupa pulak saya ada hadis tu”

“Untung jadi perempuan, sebab mudah masuk syurga jika taat Allah dan taat suami, maka terbuka semua pintu syurga, bersukurlah”

“oh.., saya bersyukur jadi perempuan, terima kasih abang mayat”

“Sama-sama, jadi kesimpulannya, beruntunglah perempuan yang suaminya ada sifat tujuh golongan di atas, jadi jangan risau awak tak duduk bawah arasy, tapi risaulah jika suami awak tak tergolong dalam tujuh golongan itu”

“Saya, insaf, terima kasih abang mayat atas pencerahan”

“Ni ada lagi saya nak bagituhu golongan yang beruntung”

“Siapa?”

“Dengar baik baik.., Maka Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri kepada TUJUH golongan lelaki itu”

“arhggghh, dah agak!”

Woha!

(Abaikan wajah lelaki perasan kacak dengan tujuh jenis tanjak itu, tapi jika nak beli tanjak yang abang mayat lipat sendiri, boleh send mesej kepada abang mayat)
Tempah Tujuh Tanjak? 0199117163-Whatsapp 

Jul 5, 2019

Pembaca baru, siapa Hamka Keretamayat?


Wahhh. Tahniah kepada semua Top Fan keretamayat di facebook.

Abang mayat kagum dari jauh!

Yang belum sila cuba lagi.

Sementara itu abang tengok ada follower baru masuk.

Jadi abang nak perkenalkan diri.

Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT

Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter serta telegram, terkini abang belajar buat video di Youtube pulak.

Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.

Jumlah follower:

Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 154 ribu.

Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,253

Instagram : hamka_keretamayat : 7619

Youtube: Hamka Keretamayat: 2017

Telegram: Hamka Keretamayat: 560

Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah dua belas buku abang tulis, semua pernah diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.

Tapi ada juga buku yang dah habis. Tak tahu nak cetak semula tu bila, doakan abang kaya. Abang cetak balik.

Tajuk buku yang dah habis.
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai
(2) Kamar Sutera
(3)Semusim di Neraka
(4)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha
(5) Aku, Almond London dan Gay-

Ok. Tapi ada berita baik, masih ada buku yang masih diulang cetak. Boleh beli di kedai atau online. Jangan menyesal bila habis nanti.

Tajuknya adalah:
(1) Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(2) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(3)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(4) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(5)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa dalam Tahun Islam),
(6) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki bini di bulan puasa sampai raya)
(7) Mengeteh di kubur Ayah. (Surat dari arwah ayah kepada anak)
(8) Kerana Dia Anak Syurka (buku baru-akan datang!)

Now you know.

Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang, Blog abang, IG, telegram, Youtube semua.
Ok, tolong Subscribe dan like sikit video abang ni boleh?



Terima kasih

Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang jadi follower abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!



Jun 30, 2019

beyblade dan kisah Allah suka tiga putaran?

(Video dari Hamka bakal menyusul)

Kisahnyaanak autisme saya nak main Beyblade tapi mungkin sebab motor lengangnya belum
cukup kuat, maka saya ajak semua anak saya pergi main Beyblade orang kampong.

Anak autisme suka sangat, magrib pun tak nak balik, adohai…

Sebenarnya permainan ini saya selalu main waktu kecil,
guna daun kelapa dan lidi, gulung, dan lepaskan selari di tepi pantai.
(detail kena tengok video)

Jika angin kuat, boleh pergi hampir 30 m jugak, jenuh nak kejar tapi seronok.

Lain kali pergi pantai, ajak semua anak main,  kos Lebih
murah, lebih banyak berpeluh, udara pantai yang bersih lebih sihat, dan jimat
duit-woha!

Sebagai penutup, ketika kanak kanak suka dengan putaran Bey Blade, tahukan anda Allah
suka tiga putaran juga?

Apa tu?

  1. Putaran Malaikat dekat Arash sana
  2. Putaran manusia di kaabah
  3. Putaran dot dot dot..
Alamak, apa putaran no tiga yang Allah suka? Kena tengok video sampai habis, tolong
subscribe, like, dan share.

Terima kasih semua.

Top fan atau tidak, korang semua penting, chewah…


Jun 26, 2019

Bagaimana Nabi Melayan Sahabat yang Kurang Upaya?

(ulang kaji, mari kita belajar tentang Autisme dengan merujuk hadis)


Alkisahnya: Bila saya tulis: mungkin sahabat Nabi yang bernama Abu Zar seorang Mild Autisme berdasarkan cara beliau respond pada persekitaran, lalu ada orang komen:

“Autism tu brain injury. awak tu rasa bersalah sangat sebab tu jadikan sahabat nabi konon autistic untuk sedapkan hati awak. Sudah-sudahlah menjadi penunggang agama. bila ada brain injury, pergilah berubat. bukan sedapkan hati dengan mereka cerita macam ni. tengok lah berapa ramai percaya dan cerita ni tersebar. tak takot berdosa kah? Sila tunjukkan bukti ada kajian terperinci yang sahabat nabi tu autistic..., kalau tak dapat tunjuk bukti teruskan lah menjadi penunggang agama”

Saya harap pengkomen tu buktikan jugalah Autisme brain injury tu dapat disembuhkan dengan ubat, malahan saya dah tulis dihujung artikel, ini hanyalah pendapat saya dan boleh ditolak jika ada kajian lebih tepat, jadi jika nak tolak, buktikan kajian anda, tak perlu sentap komen orang lain penunggang agama tapi bukti Autisme brain injury dapat disembuhkan dengan ubat, tak diberipun.

Maka bagi yang tidak tahu menahu tentang isu ini, alkisahnya suatu hari saya ada terfikir:

Sejak bila Autisme ini wujud? Kenapa tiada catatan dalam sejarah barat tentang Autisme di zaman silam? Lalu bila saya mencari maklumat ini di internet, tiba tiba terjumpa komen dari seorang Mild Autisme, Uğur Dinç, student M.A. History, Sabanci University, katanya dia sebagai seorang autisme sangat yakin bahawa dari pembacaanya, Abu Zar R.A adalah seorang Mild Autisme. Tulisannya ringkas sahaja tapi menjentik hati saya untuk mengkaji kisah Abu Zar R.A secara lebih dalam dan perasan ada beberapa kelakuan beliau yang boleh dikaitkan dengan autisme.

(Note: Autisme bukanlah kehinaan, ianya hanyalah kelainan upaya yang di anugerah Allah kepada insan terpilih)

Apa yang menarik, jika benar Abu Zar R.A seorang Autisme, maka kita boleh belajar tentang akhlak Rasulullah dalam berhadapan dengan Sahabat baginda yang kelainan upaya.

Bagi yang belum tahu: Autisme adalah kelainan cara berfikir sehingga mereka terasing dari masyarakat, selalu kelihatan stress, anti social, dan berkelakuan pelik.

Autisme boleh dikesan dari kanak kanak yang tidak menoleh apabila dipanggil namanya, mudah mengamuk, selalu bersikap kurang ajar dan tidak bermain dengan rakan sebaya. Autisme tidak berjangkit, tidak boleh disembuhkan tapi boleh di kawal melalui pengalaman yang berkesan.

Autisme juga adalah pengetahuan baru ummat manusia kerana lelaki pertama yang dikesan autisme adalah Donald Gray Triplett yang lahir pada tahun 1933 dan sekarang berumur 86 tahun (masih hidup), Doktor yang kaji kepelikan beliau adalah Dr Leo Kanner, dan waktu itu belum dilebel autisme tetapi "Case 1".

Sebelum tahun 1933, kanak kanak yang ada masalah autisme dituduh telah dirasuk oleh roh jahat, (rujuk Victor of Aveyron, 1798) hinggalah kajian menyeluruh dikeluarkan pada tahun 1943 terhadap nasib kanak-kanak yang mempunyai masalah sama seperti Donald Triplett maka sedarlah kita bahawa telah wujud ‘Case 1’ ini sekian lama dan mula dilebel sebagai Autisme. (Diambil dari Bahasa Latin dan Greek yang bermaksud “Menyendiri”)

Maka apabila ciri ciri Autisme telah dikenal pasti, maka mari kita kaji kisah Sahabat Nabi yang bernama Abu Zar dan kepelikkan beliau. Adakah sifat suka menyendiri beliau selari dengan Autisme?

Al kisahnya, Abu Zar R.A bukan berasal dari Mekah, beliau datang dari jauh (Ghifar) untuk mencari orang mengaku Nabi, dan cara beliau mencari Nabi adalah dengan tidak bertanya, cukup hanya dengan meninjau keadaan sekeliling, dengar-dengar cakap orang lalu cuba mencari sendiri.

Perasan tak? salah satu cari Autisme, iaitu bila ada apa-apa masalah yang rumit, sukar nak bertanya dan suka selesaikan cara sendiri.

Kemudian beliau didatangi Saidina Ali yang nampak Abu Zar ni macam pelik lalu ajak bermalam di rumahnya, Abu Zar setuju menumpang di rumah Ali R.A dan membisu di sana, Pagi keluar cari Nabi melalui pusing-pusing sekitar Mekah, pulang terus tidur rumah Saidina Ali, sampai hari ke tiga, bila Ali R.A melihat tetamu ni resah gelisah tapi tidak tahu punca, maka Saidina Ali R.A bertanya, barulah beliau bercerita nak cari Nabi. Mungkin pada waktu itu Abu Zar sudah selesa dengan Ali, dan sudi memberitahu isi hatinya.

(Pelik kan?, ada tetamu menumpang tidur di rumah kita dan tidak bercerita apa tujuan datang hinggalah ditanya pada hari ketiga baru selesa untuk bercerita)

Maka pendek cerita, Saidina Ali bawa beliau jumpa Nabi dan terus beliau masuk Islam, dan Nabi mungkin dah perasan sifat pelik pada Abu Zar lalu larang Abu Zar istiharkan Islamnya secara terang terang, kerana zaman itu orang masuk islam akan diseksa, tapi Abu Zar dengan penuh semangat, selamba pergi depan Kaabah dan menjerit bagitahu dia sudah masuk islam.

(Perasaan terlalu bersemangat dan teruja dari kalangan Autisme memang tidak disembunyikan)

Terus beliau kena pukul sampai pengsan hinggalah di selamatkan oleh Ibnu Abbas R.A, tapi adakah beliau serik?

Esok, dengan penuh teruja, beliau pergi lagi depan kaabah dan jerit lagi bahawa dia dah masuk Islam, kena pukul lagi, dan hari ketiga beliau buat lagi dan hampir mati dibunuh hinggalah Saidina Abbas R.A bagitahu kepada orang yang nak bunuh Abu Zar bahawa kaum Abu Zar duduk di jalan kita berniaga, tak selamat nanti kita nak melintas di sana.

Dari kisah ini, Maka terjawablah soalan yang pernah menghantui diri saya selama ini: “kenapa Abu Zar engkar arahan Nabi lalu pergi menjerit depan Kaabah, dan sanggup dipukul berkali kali hampir mati?”

Ada Ustaz yang jawab Itulah Iman Mualaf, sanggup mati demi kebenaran, tapi yang pelik, engkar arahan Nabi pun tak betul juga, maka bila di kaji sifat Autisme, maka memang mereka ada sifat agak sukar memahami arahan atau mematuhi arahan, pengalaman anak saya sendiri, ada benda yang merbahaya dan kita sudah larang, tapi kerana teruja, tetap di buatnya, maka untuk itu saya boleh faham kenapa Abu Zar sanggup berkelakuan aneh yang membahayakan nyawanya sebab cara faham maklumat adalah tidak sama dari seroang Autisme.

Namun apa kebaikkan Autisme?, sifat lurus mereka membuatkan mereka mudah belajar melalui visual, maka terus Abu Zar mencontohi kehidupan Nabi dan menjadilah beliau seorang yang paling zuhud di antara semua sahabat Nabi. Sehingga Nabi memuji Abu Zar, sabda Nabi: Siapa nak lihat bagaimana zuhudnya Nabi Isa, lihatlah Abu Zar!

Namun dalam kelurusan Abu Zar, maka sudah tentu ada kelemahan yang lain, pernah Nabi bertanya kepada Abu Zar, apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab Abu Zar R.A akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna pedang, bersabarlah (serahkan kepada pemerintah untuk menjatuhkan hukum)

Lalu Abu Zar meminta jawatan menjadi pemerintah. Jawab Nabi:

”Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, walaupun Abu Zar seorang yang warak dan zuhud, tapi Nabi tidak memberikan jawatan dalam kerajaan kepada beliau kerana ada kelemahan dalam bab menguruskan tanggung jawab. Sesuatu yang menjadi krisis bagi seroang Autisme.

Baik, sekarang kita tengok cara Nabi Muhammad S.A.w berkata-kata dengan Abu Zar R.A:

Satu hari, Abu Zar mendekati Nabi yang sedang tidur, lalu Nabi terjaga dan bersabda: "Tidaklah seorang hamba yang mengucapkan "LA ILAAHA ILLALLAH" kemudian mati kerana itu melainkan dia akan masuk syurga."

Tanya Abu Zar: "Walaupun dia berzina dan mencuri?"

Jawab Nabi : "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."

Tanya Abu Zar lagi; "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri?"

Jawab Nabi: "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."

Abu Zar tak puas hati, dan tanya lagi; 'Walaupun dia pernah berzina dan mencuri?" Tapi Rasulullah SAW dengan tenang menjawab: "Walaupun dia pernah berzina dan mencuri."

Lihat dari perbualan ini, walaupun Abu Zar ulang soalan yang sama berulang-ulang, Nabi tetap tenang menjawab sebab cara berfikir Abu Zar agak susah nak hadam, orang yang berzina dan mencuri boleh masuk syurga dengan mengucapkan "LA ILAAHA ILLALLAH".

Tapi bila hadis ini disampaikan oleh Abu Zar kepada Abu Abdulah dengan suara tak puas hati, maka tafsir Abu Abdullah, "Walaupun" sepertinya Abu Zar kurang puas. "Hal ini jika terjadi ketika seorang hamba itu meninggal atau sebelum dia meninggal lalu bertaubat dan menyesali perbuatannya serta mengucapkan "LAA ILAAHA ILLALLAH", maka dosa-dosanya akan terampuni." (HR Bukhari No 5379, HR Muslim 138)

Okey, itu kisah Nabi bertenang dengan Abu Zar walaupun Abu Zar bertanya dalam keadaan tidak puas hati, tapi: ada tak Nabi marah pada Abu Zar kerana tanya soalan yang melampau? Ada, Nabi marah tapi tidaklah sampai membenci kerana Nabi faham sifat naif dalam diri Abu Zar R.A.

Alkisahnya, bila turun ayat tentang lallatul qadar lebih baik dari seribu bulan, terus Abu Zar Tanya:

"Wahai Rasulullah beritahu kepadaku mengenai malam Lailatul Qadar, adakah ia di bulan Ramadan atau selain daripadanya?"

“Bulan Ramadan."

"Adakah ia ada sampai kiamat?”

“Ya, sampai kimat”

"Jika bulan Ramadan, bahagian mana?”

"Carilah kamu pada 10 yang terawal dan 10 yang terakhir."

“Mana satu yang 20 itu tadi wahai Rasulullah?"

"Carilah pada 10 malam terakhir dan jangan tanya aku lagi selepas daripada ini."

"Wahai Rasulullah, Aku bersumpah ke atas engkau dengan hak aku ke atas engkau, boleh tak engkau memberitahu aku mana satu 10 malam itu?"

Maka Rasulullah menjadi sangat marah dan berkata: "Carilah pada tujuh yang terakhir, dan jangan kamu tanya aku lagi selepas daripada ini”

Memang begitulah keranah Autisme, dia tak sedarpun akan di marah, dan kadang tak hairanpun bila di marah, lalu bila hadis ini di ceritakan, babak Nabi marahpun di sampaikan tanpa perlu rasa bersalah.

Malahan kita nak tergelakpun ada dengan cara Abu Zar menekan shor, tapi, bukankah salah satu sifat Autisme suka bertanya soalan sampai dia rasa puas atau sampai kena marah? Fikir fikirkanlah, namun terima kasih kepada Abu Zar kerana dari soalannya dapat kita focus mencari malam Al qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Terima kasih Abu Zar! Semua terjadi dengan Kehendak Allah!

Okey, itu kisah Nabi memarahi Abu Zar, ada tak kisah Sahabat lain yang ada masalah berkomunikasi dengan Abu Zar?

Oleh kerana sifatnya yang lurus, Abu Zar memang terkenal dengan mulutnya yang lancang dalam berkata kata, (jika autisme mereka akan dituduh kurang ajar) tapi itulah yang selalu terjadi, beliau selalu berdebat dengan sahabat lain terutama isu hidup secara zuhud, pernah beliau berdebat dengan Bilal, dan bila pendapat bilal tidak selari dengan dirinya, beliau berkata kepada bilal: “mak kau hitam!”

Bilal r.a sangat sedih dengan hinaan melibatkan warna kulit dan terus mengadu pada Nabi Muhammad SAW,dan Nabi bersabda, “Wahai, Abu Zar. Engkau telah menghinakannya dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliyah.” (HR. Bukhari).

Teguran dari Nabi sangat menyedihkan Abu Zar Lalu dengan menangis, dan menghampiri Rasulullah, Abu Zar berkata, “Wahai, Rasulullah. Beristigfarlah untukku. Mintakanlah ampunan dari Allah untukku.”

Mungkin melihat Nabi diam sahaja, terus Abu Zar keluar dari masjid sambil menangis dan terus meletakkan kepalanya di atas tanah yang dilalui Bilal dan berkata, “Demi Allah, wahai Bilal. Aku tidak akan mengangkat pipiku, kecuali engkau memijaknya dengan kakimu. Engkaulah orang yang mulia dan akulah yang hina.”

Lantas Bilal pun pergi menemui beliau, Bilal menangis dan terus mencium pipi Abu Zar dan mereka berpelukan sambil menangis.

Namun, walaupun dalam keadaan sedemikian, Rasulullah sangat sayang pada Abu Zar, dan banyak hadis tentang tauhid diajar Nabi kepada Abu Zar.

Ada satu lagi sifat pelik Abu Zar yang boleh dikaitakan dengan Autisme, ada satu waktu dalam perang, Nabi wajibkan mereka yang hanya ada binatang tunggangan sahaja ikut berperang, Abu Zar nak ikut tapi untanya sakit tidak mampu berjalan, dan beliau sudah jauh tertinggal di belakang, lalu Abu Zar tetap datang ke medan perang dengan mendukung Unta di atas belakangnya, melihat kejadian ini Nabi Muhammad SAW bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.

“Bersendirian” itulah yang dimaksudkan dengan cara hidup seorang autisme yang selalu kelihatan menyendiri dari masyarakat kerana cara mereka memandang dunia adalah tidak sama.

Maka selepas kewafatan Rasulullah, Sabdaan Nabi adalah benar yang mana Abu Zar telah diasingkan oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat tegas berkenaan harta, katanya Nabi hidup miskin sahaja, tapi kenapa zaman sekarang ramai orang islam hidup mewah?

Maka dari tindakkanya itu membuatkan orang kaya Islam berasa tidak selesa dan mengadu pada pemerintah, tapi Abu Zar selamba berdebat dengan Muawiyyah, dan berdebat dengan Usman Khalifah islam waktu itu, akhirnya beliau di arah berpindah ke Damascus.

Namun selepas di ketahui kehidupannya di sana tidak gembira sebab terpaksa hidup dikalangan orang islam yang mulai hidup bermewah-mewah, lalu Usman benarkan Abu Zar pindah ke Madinah, pun Abu Zar tak seronok sebab orang Islam di Madinah juga sedang hidup mewah tak macam zaman Nabi lalu beliau minta izin untuk tinggal jauh di padang pasir.

Begitulah perkaitan dengan autisme, tidak boleh terima perubahan, dan lebih suka menyendiri dari hidup bermasyarakat, Khalifah Usman faham tentang pendirian Abu Zar dan benarkan beliau tinggal di padang pasir bernama Rubza jauh dari kehidupan bermasyarakat.

Walaupun beliau hidup bersama isteri dan anak perempuan dipadang pasir jauh dari masyarakat, tapi dari masa ke semasa, ramai Tabien datang belajar hadis daripada beliau.

Mendengar Abu Zar mengasingkan diri, Raya Syrira pernah kirim 300 dinar emas tapi Abu Zar terus bahagikan kepada orang miskin kerana tidak mahu hidup mewah, beliau betul betul nak hidup zuhud macam Nabi, dan bila ada sahabat lain melawat beliau dan melihat rumahnya sangat uzur lalu bertanya, mana pergi semua perabot dalam rumah ini?, jawab Abu Zar perabot semua sudah di hantar ke syurga.

Zuhud Abu Zar bukan di buat-buat, malahan sewaktu Nabi Muhammad SAW hidup lagi, Kerana hidup terlalu zuhud, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Abu Zar berjalan di atas bumi sezuhud Nabi Isa anak Maryam.

Akhirnya Abu Zar meninggal di padang pasir hanya ditemani isterinya, menangis isterinya kerana nak tutup dengan kain kafan pun tiada kain yang sebesar jasad Abu Zar R.A, tapi sebelum meninggal Abu Zar bagitahu kepada isterinya, jangan bersedih, walaupun saya akan mati bersendirian di sini, tapi Nabi Muhammad SAW memberitahu, akan ada Satu Kabilah orang beriman akan sempat melihat jenazahnya.

Maka selepas kematiannya tiba tiba muncul rombongan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abdullah bin Mas'ud.

Ketika pandangan Ibnu Mas'ud jatuh ke mayat Abu Dzar Al-Ghifari. Air matanya tumpah membasahi janggut lalu berkata, "Benarlah ucapan Rasulullah, kamu berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan juga sendirian"

Abu Zar telah pergi meninggalkan kita semua, tapi hadisnya bersama Nabi kekal hingga akhir zaman, pesan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar:

"Hai Abu Zar, sesungguhnya kau dari keluargaku, dan aku akan berwasiat kepadamu, maka ingat-ingatlah, kerana wasiat ini menghimpun segala kebaikan dan pelaksanaannya.

Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat kepada-Nya. Maka bila nyata engkau tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat engkau.

Hai Abu Zar, dua macam nikmat, kebanyakan manusia rugi, kerana tidak mempergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu sihat dan waktu lapang.

Hai Abu Zar, gunakan lima sebelum tibanya yang lima, gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan kekayaanmu sebelum miskinmu, dan kesempatanmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.

Hai Abu Zar, awaslah jangan menangguh-nangguh sangat perbuatanmu, kerana engkau tergantung pada hari ini, dan bukan pada hari yang sesudahnya, maka apabila esok hari itu juga hakmu, maka lakukan sebagaimana hari ini, dan bila esok itu bukan hakmu, maka engkau tidak menyesal kerana tidak memperlambat apa yang harus kau perbuat hari ini.

Hai Abu Zar, sayanglah pada umurmu, lebih daripada kesayanganmu terhadap wang emas dan perakmu.

Hai Abu Zar, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah seorang alim yang tidak berguna dengan ilmunya dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang-orang kepadanya, maka ia tidak akan mendapat bau syurga.

Hai Abu Zar, jika kau ditanya sesuatu yang tidak kau ketahui, maka jawablah, saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang tidak kau ketahui, supaya selamat dari siksa Allah pada hari kiamat.

Hai Abu Zar, maut akan datang secara tiba-tiba, dan siapa menanam kebaikan pasti akan menuai kebaikan. Dan siapa yang menanam kejahatan pasti akan menuai kemenyesalan, dan bagi tiap-tiap penanam hasil apa yang ditanamnya,

Hai Abu Zar, Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya itu bagaikan bukit besar yan dikhuatiri akan jatuh padanya, sedang orang kafir memandang dosanya itu bagaikan lalat yang hinggap di atas hidungnya.

Hai Abu Zar, Allah telah menjadikan kesenanganku dalam sembahyang dan aku puas dengan sembahyang itu sebagaimana puas orang lapar dengan makanan dan orang haus dengan air, sedang orang lapar jika makan kenyang dan orang haus jika minum puas, dan aku tidak merasa kenyang dari sembahyang ( Yakni tidak jemu-jemu sembahyang).

Hai Abu Zar, sesungguhnya selama kau bersembahyang, maka bererti kau sedang mengetuk pintu rahmat Tuhan dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.

Hai Abu Zar, tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti.

Hai Abu Zar, dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

Hai Abu Zar,Allah telah berfirman dan bermaksud: "Aku tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaKu, jika ia merasa aman daripadaku di dunia maka akan Aku takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepadaKu di dunia Aku amankan ia di hari kiamat."

Okey, banyak lagi pesanan dari Rasulullah kepada Abu Zar R.a, cukup ini yang sempat saya sampaikan, balik kepada topik asal, adakah Abu Zar seorang mild autisme?

Rujuk sekali lagi hadis Nabi Muhammad SAW yang bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.

“Bersendirian” itulah yang dimaksudkan makna sebenar Autisme, sedang nama ini baru di ilhamkan pada tahun 1943, sedang Nabi Muhammad SAW telah melebelnya 1400 tahun yang lalu! Subhanallah!

Kesimpulannya, Dari sejarah yang kita baca, jika benar ada ciri Autisme pada Abu Zar R.A bermakna kepada ibu bapa yang ada anak Autisme, jangan putus asa, sebab ada Autisme yang sudah menjadi Hafiz, ahli perniagaan, doktor, guru dan insyaAllah jika kena dengan perjalanan hidupnya, mampu menjadi seorang Dae yang berjuang untuk agama Allah.

Wallahu’alam.

Ps: Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis semata mata. Jika ada fakta yang lebih tepat dari pandangan penulis, maka pendapat penulis tertolak serta merta. Semua yang baik dari Allah dan semua yang tidak baik adalah dari kelemahan saya sendiri.

Jun 17, 2019

Anak Memanjat di rumah terbuka?


(Tip saya bawa anak Autisme beraya)

Rujuk gambar panjat tingkap tu, itulah yang berlaku bila pergi mana-manapun, melompat, memanjat, berlari memang aktiviti dia sehari hari.

Biasanya saya dah whasapp awal awal kat tuan rumah yang nak kita ziarah tu bagitahu anak sorang autisme, begitu begini, dan kita boleh lihat, betapa teruja kawan kawan kita nak tahu tentang autisme sebab ramai yang belum tahu, so raya ni ambik peluang sebarkan kesedaran autism.

Tapi saya perasan anak saya ni cukup suka mainan baru, dia akan focus dalam 10 minit ke 15 minit main mainan baru, cukuplah nak beraya simple-simple, jadi kita beli siap-siap dua tiga mainan baru, (masih berbungkus) beli dekat DIY, ada RM5 satu, ada rm7, ada buku menampal dan mewarna, semua harga murah sahaja, tak sampai RM10 pun, kereta transformers atau dinasour kecik lagi dia suka, yang penting kita sorok, dan bagi pada tuan rumah, yang mana untuk anak lain anak dapat duit raya, tapi anak autism ni ‘pura-pura’ dapat mainan.

Memang dia teruja, sangat teruja! Malahan tak sabar nak beraya rumah seterusnya, ha ha! dan boleh main sambil meniarap macam dalam gambar tu.

Tapi yang best, kawan yang dah faham, terus dia keluarkan sebakul mainan anak dia, terus juga anak autisme meniarap di situ dan tenggelam dalam dunianya. Dapat sebakul mainan tu, satu jam pun tak pe. Malahan dia tak de pulak nak mainan tu, sebab dia mudah bosan, yang penting mainan baru jumpa.

Terima kasih sahabat yang memahami, hingga ada yang betul betul bagi hadiah mainan dekat anak saya, oh terharu sungguh!

Tapi itu kisah anak saya, mild autism, jika several atau moderate plus ADHD, lain pula caranya, mungkin ibu bapa ada pengalaman lain boleh kongsi.

So, selamat berhari raya dan gunakan peluang raya ini untuk sebarkan kesesaran autisme pada kawan kawan kita.

Dan gunakan juga peluang ini untuk kenal mana satu sahabat mana satu musibat.

Woha!


Jun 11, 2019

Boleh ke Puasa enam campur puasa ganti?


Indahnya Islam

(masukkan muzik arab yang ceria di sini)

Bila habis Raya, orang perempuan yang beriman, tak sabar nak ganti puasa, sebab takut ajal tiba bila-bila masa, lalu mati dalam keadaan berhutang dalam ibadat puasa, maka sahur dan berbuka wujud kembali di bulan syawal.

Yang indahnya,

(muzik arab ceria bertambah kuat)

Suami pun sama sama puasa, teman isteri ganti puasa. Bangun sahur sama sama, berbuka sama-sama,
Wow, romantiknya, lalu tanya pada suami, apa sebab sanggup teman isteri ganti puasa?, lalu jawab suami..

Nabi Muhammad SAW yang ajar, sesiapa yang berpuasa enam hari di bulan syawal, maka pahalanya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun, jadi isteri saya ganti puasa, saya puasa enam, sama sama saling teman meneman.

Tapi bang! Suami puasa enam hari sahaja, tapi kami orang perempuan ada haid sampai 14 hari, mana romantiknya?

(muzik arab berhenti, di ganti dengan muzik seram)

Lagipun habis puasa ganti yang 14 hari tu, baru nak start puasa enam, suami mana yang nak teman?
Oh ye ke? Benda boleh bincang buat apa nak gaduh?

(masukkan semula muzik arab yang ceria di sini)

Ada berita baik, terdapat pendapat ulamak, puasa wajib + sunat = boleh. Contoh puasa ganti + puasa sunat 6 Syawal atau puasa ganti + sunat isnin, atau ketiga-tiga skali, puasa ganti + puasa 6 + puasa isnin=Boleh!

Yang tak boleh puasa wajib + puasa wajib. contoh, puasa ganti + puasa nazar. Jadi takde masalah nak puasa ganti dan puasa enam serentak!

(muzik arab ceria bertambah kuat)

Isu Haid sampai 14 hari, mungkin suami mampu teman korang enam hari sahaja, tapi jangan lupa, Dalam Islam suami ada empat isteri, maka korang boleh berpuasa sambil ditemani oleh madu korang, alahai bukanya orang lain, maduuuu kau jugak!

Bersahur bersama, berbuka bersama, Ku bersumpah kita masuk syurga pun bersama.

(Dah macam lirik lagu Teman pengganti)

Jadi teruskan Muzik arab, dan selemat berpuasa enam!

Woha!

Jun 4, 2019

Bila hari raya, banyak iklan sedih. Salah ke?

(Sebelum up status dimedia social nak kritik, sila Jadikan pengajaran Menteri bercakap Oh My English sebagai sempadan untuk diri sendiri sebab Bila kita senyap orang tak tahu kita bodoh, bila bukak mulut, terus orang tahu-adohai..)

Al kisahnya, Saya okey jer iklan sedih ke, menangis ke, janji saya terhibur dalam permainan emosi, dan tak mempromosikan dosa, biasanya iklan ni mempromosi nilai kekeluargaan, tapi entah kenapa, buka Media Sosial, ramai pulak yang kritik kenapa Iklan raya banyak sedih? Iklan Thailand buat sedih, korang puji, Iklan kita jika tak sedih korang cakap hambar,tapi  bila betul betul sedih, korang kritik pulak guna hujah islamik, nak raya kena gembira. Kenapa nak kena sedih?

Ni abang mayat nak pesan, jika tidak penuh ilmu di dada, jangan berlagak pandai di Media Sosial.

Tahun lepas, ada orang up status kritik Takbir raya hanya sehari, kenapa tak takbir banyak hari macam raya haji? Korang ingat ulamak sunnah wal jamaah ni suka-suka nak buat bidaah tanpa mengkaji, lalu saya bagitahu, dah hadis Nabi sunnahnya hari raya pertama sahaja, benda boleh ikut sunnah buat apa nak buat bidaah?

Tapi dia cakap, habis tu raya haji kenapa takbir banyak hari? dah memang itu sunnah dia, raya puasa takbir sehari, dan banyakkan ziarah, raya haji takbir banyak hari dan banyakkan bekorban ternakan.
Benda boleh ikut sunnah buat apa nak buat bidaah?

Tak tahan kena maki, diapun padam status di FB

Lepas tu bila masuk raya haji, dia up lagi status bangang, sebab dia terlewat solat raya, diapun kata, kenapa awal sangat solat raya, tak serapan ke dulu ke Imam masjid? bukankah sarapan itu bagus untuk kesihatan?

Hmm, terpaksalah saya tegur dia lagi, raya puasa, sunnah sarapan sebelum solat raya, sebab dah sebulan berpuasa, maka elok pergi solat lepas sarapan, dan raya haji sunnah sarapan selepas solat, sebab terus nak bekorban, masak dan makan, benda boleh ikut sunnah kenapa nak ikut bidaah?

Dia pun padam status, dan tahun ni, dia kritik iklan raya sedih pulak, katanya dekat nak raya kena lagi gembira.

Jadi saya nak tegurlah ni, sebab nampak sangat tak pernah baca kitab, zaman sahabat Nabi, bila dekat nak raya, sahabat akan menangis kerana sedih Ramadan dah habis.

Sedih macam lagu maher Zain tu, betul sangat lagu tu,

Ramadan.. Ramadan.. Ramadan di hati..,
Ramadan... Ramadan.. ku mohon usah pergi.
(Menyanyilah pulak,)

Jadi sahabat memang bersedih bila puasa nak habis, dan Raya pun sehari sahaja lepas tu ramai yang sambung puasa enam hari, dan dalam hati merindui Ramadan.

Jadi bersedih menjelang raya ni sunnah, malam raya tu adalah Malam Lailatul Jaezah, malam Allah akan perhatikan perlumbaan antara kita, malam Allah akan umumkan siapa ahli syurga, siapa yang dapat keampunan, siapa yang akan dibebaskan dari Neraka.

Malam raya lagi banyak nak kena menangis minta ampun pada Allah dan Nabi berkata Celakalah orang yang berlalu bulan puasa tapi tak mendapat keampunan, so malam raya ni malam Allah nak nilai kita, maka memang kena bersedih takut diri tak tergolong dalam orang yang mendapat keampunan!

Tapi itulah, malam raya, korang dah tak tarawih, habiskan masa buat maksiat, main mercun, makan tak ingat dunia, membazir, dan ada yang seronok sangat sampai berzina di malam Jaizah, memang bala!

Maka rebutlah peluang malam Jaizah dengan penuh air mata taubat dan keampunan, bersedihlah takut pada dosa dan takut pada Allah, sunnguh Nabi pesan selama kita bersembahyang, maka bererti kita sedang mengetuk pintu rahmat Allah Raja segala Raja dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.

Dan tidak berdirinya mukmin dalam sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti solat kerana asyiknya nikmat mendapat hakikah Ehsan!

Maka senang cerita, di malam raya, malam kemenangan, malam malaikat turun memenuhi bumi, Allah nak tengok tanpa tarawih, ada tak yang sudi menambah ibadat malam?

Tapi di mana kita?, sedang marah iklan sedih? Sedangkan sahabat Nabi sedang bersedih dihujung Ramadan, Sungguh Allah tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaNya, yang mana jika ia merasa aman daripada Allah di dunia maka akan Allah takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepada Allah di dunia, maka Allah akan amankan ia di hari kiamat."

“Habis tu kenapa Allah buat hari raya jika nak suruh kita sedih di malam raya?”

Sedih dengan dosa kita, bukan suruh sedih macam orang depress sampai tak layan tetamu dan nak bunuh diri, kata Maulana Hassan, Allah cipta Ramadahan yang dipenuhi Ibadat, dan Cipta satu Syawal yang di larang puasa, dan di galakkan pakai baju cantik, ziarah, dan berhari raya adalah satu metafora dari Allah tentang kehidupan orang islam iaitu, siapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri.

Al faham ke idop?

Jadi kisah iklan raya dipermulaan artikel ini adalah metafora sahaja, tak kuasa nak suruh korang sokong mana-mana iklan, tapi bersedih di akhir Ramadan adalah Sunnah. Dan ingatlah metafora Ramadan dan raya iaitu:

Sesiapa yang hidupnya seperti Ramadan, maka kematiannya akan menjadi seperti Aidilfitri!

Woha! 



May 29, 2019

Autisme di zaman Nabi?

(Benarkah Sahabat Nabi ada juga dari kalangan Autisme?-Sila baca sampai habis sebelum membantah)


Satu hari entah bagaimana di wall FB melintas status dari seorang penulis autisme yang bernama Uğur Dinç, student M.A. History, Sabanci University, katanya dia sebagai seorang autism yakin bahawa dari kajiannya, Abu Zar R.A adalah seorang Mild Autisme.

“I have spotted among the close friends of the Prophet Muhammad, whose life story I have read a few times as an academically talented Muslim boy. That the Prophet’s friend Abu Dharr, the lone relentless fighter for social equality, had mild autism is as obvious to me as sunlight on a cloudless summer day in a temperate climate -- makes me proud as a mildly autistic Muslim and gives me hope about the future”

Baik, sebagai seorang bapa yang ada anak OKU autisme, terus saya baca balik kisah Abu Zar dan perasan ada beberapa kelakuan beliau yang boleh dikaitkan dengan autism.

(note: autism bukanlah kehinaan, ianya hanyalah kelainan upaya yang di anugerah Allah kepada insan terpilih)

Bagi yang belum tahu, Autisme adalah kelainan cara berfikir sehingga mereka terasing dari masyarakat, selalu kelihatan stress, anti social, dan berkelakuan pelik.

Autisme boleh dikesan dari kanak kanak yang tidak menoleh apabila dipanggil namanya, mudah mengamuk, selalu bersikap kurang ajar dan tidak bermain dengan rakan sebaya. Autisme tidak berjangkit, tidak boleh disembuhkan tapi boleh di kawal melalui pengalaman yang berkesan.

Autisme juga adalah pengetahuan baru ummat manusia kerana lelaki pertama yang dikesan autisme adalah Donald Gray Triplett yang lahir pada tahun 1933 dan sekarang berumur 86 tahun (masih hidup), Doktor yang kaji kepelikan beliau adalah Dr Leo Kanner, dan waktu itu belum dilebel autism tetapi "Case 1".

Sebelum tahun 1933, kanak kanak yang ada masalah autism dituduh telah dirasuk oleh roh jahat, (rujuk Victor of Aveyron, 1798) hinggalah kajian menyeluruh dikeluarkan pada tahun 1943 terhadap nasib kanak-kanak yang mempunyai masalah sama seperti Donald Triplett maka sedarlah kita bahawa telah wujud ‘Case 1’ ini sekian lama dan mula dilebel sebagai Autisme. (diambil dari Bahasa Latin dan Greek yang bermaksud “Menyendiri”

Maka apabila ciri ciri Autisme telah dikenal pasti, maka mari kita kaji kisah Sahabat Nabi yang bernama Abu Zar dan kepelikkan beliau. Adakah sifat suka menyendiri beliau selari dengan Autisme?

Al kisahnya, Abu Zar bukan berasal dari Mekah, beliau datang dari jauh (Ghifar) untuk mencari orang mengaku Nabi, dan cara beliau mencari Nabi adalah dengan tidak bertanya, cukup hanya dengan meninjau keadaan sekeliling, dengar-dengar cakap orang lalu cuba mencari sendiri.

Baik, salah satu cari Autisme, iaitu bila ada apa-apa masalah, sukar nak bertanya dan suka selesaikan cara sendiri.

Kemudian beliau didatangi Saidina Ali yang nampak Abu Zar ni macam pelik lalu ajak bermalam di rumahnya, Abu Zar setuju menumpang di rumah Ali R.A dan membisu di sana, Pagi keluar cari Nabi melalui pusing pusing sekitar Mekah, pulang terus tidur rumah Saidina Ali, sampai hari ke tiga, bila Ali R.A bertanya, barulah beliau bercerita nak cari Nabi.

(tak pelik ke?, ada tetamu menumpang tidur di rumah kita dan tidak bercerita apa tujuan datang hinggalah ditanya pada hari ketiga)

Maka pendek cerita, Saidina Ali bawa beliau jumpa Nabi dan terus beliau masuk Islam, dan Nabi mungkin dah perasan sifat pelik pada Abu zar dan larang Abu Zar istiharkan Islamnya secara terang terang, kerana zaman itu orang masuk islam akan diseksa, tapi Abu Zar selamba pergi depan Kaabah dan menjerit bagitahu dia sudah masuk islam.

Terus beliau kena pukul sampai pengsan hinggalah di selamatkan oleh Ibnu Abbas R.A, tapi adakah beliau serik?

Esok beliau pergi lagi depan kaabah dan jerit lagi bahawa dia dah masuk Islam, kena pukul lagi, dan hari ketiga beliau buat lagi dan hampir mati dibunuh hinggalah Ibnu Abbas bagitahu kepada orang yang nak bunuh Abu Zar bahawa kaum Abu Zar duduk di jalan kita berniaga, tak selamat nanti kita nak melintas di sana.

Dari kisah ini, Maka terjawablah soalan dari sorang pembaca sebelum ini bertanya: “kenapa Abu Zar engkar arahan Nabi lalu pergi menjerit depan Kaabah, dan sanggup dipukul berkali kali hampir mati?”

Ada yang jawab Itulah Iman Mualaf, sanggup mati demi kebenaran, tapi yang pelik, engkar arahan Nabi pun tak betul juga, maka bila di kaji sifat Autisme, maka memang mereka ada sifat agak sukar memahami arahan atau mematuhi arahan, pengalaman anak saya sendiri, ada benda yang merbahaya dan kita sudah larang, tapi tetap di buatnya, maka untuk itu saya boleh faham kenapa Abu Zar sanggup berkelakuan aneh yang membahayakan nyawanya sebab cara mereka berfikir tak sama.

Kerana kepelikkan ini, pernah Nabi bertanya kepada Abu Zar, apa nak buat jika kamu nampak orang kaya mengambil harta orang miskin?, jawab Abu Zar R.A akan di pancung dengan pedang serta merta, maka Nabi menasihatinya agar jangan guna pedang, bersabarlah (serahkan kepada pemerintah untuk menjatuhkan hokum)

Lalu Abu Zar meminta jawatan menjadi Pemerintah. Jawab Nabi:

”Ya Abu Zar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Janganlah engkau memimpin dua orang dan janganlah engkau mengurus harta anak yatim.” (Riwayat Muslim)

Dari hadis ini, walaupun Abu Zar seorang yang warak dan zuhud, tapi Nabi tidak memberikan jawatan dalam kerajaan kepada beliau kerana ada kelemahan dalam bab menguruskan tanggung jawab.

Namun zuhud beliau sangat dipuji Nabi Muhammad SAW, sabda Nabi: Siapa nak lihat bagaimana zuhudnya Nabi Isa, lihatlah Abu Zar!

Abu Zar juga terkenal dengan mulutnya yang lancang dalam berkata kata, (jika autism mereka akan dituduh kurang ajar) tapi itulah yang selalu terjadi, beliau selalu berdebat dengan sahabat lain terutama isu hidup secara zuhud, pernah beliau berdebat dengan Bilal, dan bila pendapat bilal tidak selari dengan dirinya, beliau berkata kepada bilal: “mak kau hitam!”

Bilal r.a sangat sedih dengan hinaan melibatkan warna kulit dan terus mengadu pada Nabi Muhammad SAW,dan Nabi bersabda, “Wahai, Abu Zar. Engkau telah menghinakannya dengan merendahkan ibunya. Di dalam dirimu terdapat sifat jahiliyah.” (HR. Bukhari).

Kalimat tersebut terdengar bagaikan petir di telinga Abu Zar. Lantas dia menangis, dan menghampiri Rasulullah, lalu berkata, “Wahai, Rasulullah. Beristigfarlah untukku. Mintakanlah ampunan dari Allah untukku.”

Kemudian dia keluar dari masjid sambil menangis dan terus meletakkan kepalanya di atas tanah yang dilalui Bilal dan berkata, “Demi Allah, wahai Bilal. Aku tidak akan mengangkat pipiku, kecuali engkau memijaknya dengan kakimu. Engkaulah orang yang mulia dan akulah yang hina.”

Lantas Bilal pun menangis dan terus mencium pipi Abu Zar dan mereka berpelukan sambil menangis.

Namun, walaupun dalam keadaan sedemikian, Rasulullah sangat sayang pada Abu Zar, dan banyak hadis tentang tauhid diajar Nabi kepada Abu Zar.

Ada satu lagi sifat pelik Abu Zar, ada satu waktu dalam perang, Nabi wajibkan mereka yang hanya ada binatang tunggangan sahaja ikut berperang, Abu Zar nak ikut tapi untanya sakit tidak mampu berjalan, dan beliau sudah jauh tertinggal di belakang, lalu Abu Zar tetap datang ke medan perang dengan mendukung Unta di atas belakangnya, melihat kejadian ini Nabi Muhammad SAW bersabda: “Semoga Allah mengampuni Abu Zar, dia datang bersendirian, akan hidup bersendirian, dan mati bersendirian.

Maka selepas kewafatan Rasulllah, Sabdaan Nabi adalah benar yang mana Abu Zar telah diasingkan oleh orang ramai kerana sifatnya yang sangat tegas berkenaan harta, katanya Nabi hidup miskin sahaja, tapi kenapa zaman sekarang ramai orang islam hidup mewah?

Maka dari tindakkanya itu membuatkan orang kaya Islam berasa tidak selesa dan mengadu pada pemerintah, tapi Abu zar selamba berdebat dengan Muawiyyah, dan berdebat dengan Usman Khalifah islam waktu itu, akhirnya beliau di arah berpindah ke Damascus.

Namun selepas di ketahui kehidupannya di sana tidak gembira sebab terpaksa hidup dikalangan orang islam yang mulai hidup bermewah-mewah, lalu Usman benarkan Abu Zar pindah ke Madinah, pun Abu Zar tak seronok sebab orang Islam di Madinah juga sedang hidup mewah tak macam zaman Nabi lalu beliau minta izin untuk tinggal jauh di padang pasir.

Note: Inipun ciri autisme, tidak boleh terima perubahan, dan lebih suka menyendiri dari hidup bermasyarakat, Khalifah Usman faham tentang pendirian Abu Zar dan benarkan beliau tinggal di padang pasir bernama Rubza jauh dari kehidupan bermasyarakat.

Walaupun beliau hidup bersama isteri dan anak perempuan dipadang pasir jauh dari masyarakat, tapi dari masa ke semasa, ramai Tabien datang belajar hadis daripada beliau.

Mendengar Abu zar mengasingkan diri, Raya Syrira pernah kirim 300 dinar emas tapi abu Zar tolak kerana tidak mahu hidup mewah, beliau nak hidup zuhud macam Nabi, dan bila ada sahabat lain melawat beliau dan melihat rumahnya sangat uzur lalu bertanya, mana pergi semua perabot dalam rumah ini?, jawab Abu Zar perabot semua sudah di hantar ke syurga.

Zuhud abu Zar bukan di buat-buat, malahan sewaktu Nabi Muhammad SAW hidup lagi, Kerana hidup terlalu zuhud, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, Abu Zar berjalan di atas bumi sezuhud Nabi Isa anak Maryam.

Akhirnya Abu Zar meninggal di padang pasir hanya ditemani isterinya, menangis isterinya kerana nak tutup dengan kain kafan pun tiada kain yang sebesar jasar Abu Zar R.A, tapi sebelum meninggal Abu Zar bagitahu kepada isterinya, jangan bersedih, walaupun saya akan mati bersendirian di sini, tapi Nabi Muhammad SAW memberitahu, akan ada Satu Kabilah orang beriman akan sempat melihat jenazahnya.

Maka selepas kematiannya tiba tiba muncul rombongan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abdullah bin Mas'ud.

Ketika pandangan Ibnu Mas'ud jatuh ke mayat Abu Dzar Al-Ghifari. Air matanya tumpah membasahi janggut lalu berkata, "Benarlah ucapan Rasulullah, kamu berjalan sendirian, mati sendirian, dan dibangkitkan juga sendirian"

Abu Zar telah pergi meninggalkan kita semua, tapi hadisnya bersama Nabi kekal hingga akhir zaman, pesan Nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar:

"Hai Abu Zar, sesungguhnya kau dari keluargaku, dan aku akan berwasiat kepadamu, maka ingat-ingatlah, kerana wasiat ini menghimpun segala kebaikan dan pelaksanaannya.

Hai Abu Zar, sembahlah Allah seolah-olah engkau melihat kepada-Nya. Maka bila nyata engkau tidak melihat Allah, maka yakinlah bahawa Allah melihat engkau.

Hai Abu Zar, dua macam nikmat, kebanyakan manusia rugi, kerana tidak mempergunakan dengan sebaik-baiknya, iaitu sihat dan waktu lapang.

Hai Abu Zar, gunakan lima sebelum tibanya yang lima, gunakanlah masa mudamu sebelum tuamu, dan masa sihatmu sebelum sakitmu, dan kekayaanmu sebelum miskinmu, dan kesempatanmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu.

Hai Abu Zar, awaslah jangan menangguh-nangguh sangat perbuatanmu, kerana engkau tergantung pada hari ini, dan bukan pada hari yang sesudahnya, maka apabila esok hari itu juga hakmu, maka lakukan sebagaimana hari ini, dan bila esok itu bukan hakmu, maka engkau tidak menyesal kerana tidak memperlambat apa yang harus kau perbuat hari ini.

Hai Abu Zar, sayanglah pada umurmu, lebih daripada kesayanganmu terhadap wang emas dan perakmu.

Hai Abu Zar, Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah pada hari kiamat, ialah seorang alim yang tidak berguna dengan ilmunya dan siapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang-orang kepadanya, maka ia tidak akan mendapat bau syurga.

Hai Abu Zar, jika kau ditanya sesuatu yang tidak kau ketahui, maka jawablah, saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang tidak kau ketahui, supaya selamat dari siksa Allah pada hari kiamat.

Hai Abu Zar, maut akan datang secara tiba-tiba, dan siapa menanam kebaikan pasti akan menuai kebaikan. Dan siapa yang menanam kejahatan pasti akan menuai kemenyesalan, dan bagi tiap-tiap penanam hasil apa yang ditanamnya,

Hai Abu Zar, Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya itu bagaikan bukit besar yan dikhuatiri akan jatuh padanya, sedang orang kafir memandang dosanya itu bagaikan lalat yang hingap di atas hidungnya.

Hai Abu Zar, Allah telah menjadikan kesenanganku dalam sembahyang dan aku puas dengan sembahyang itu sebagaimana puas orang lapar dengan makanan dan orang haus dengan air, sedang orang lapar jika makan kenyang dan orang haus jika minum puas, dan aku tidak merasa kenyang dari sembahyang ( Yakni tidak jemu-jemu sembahyang).

Hai Abu Zar, sesungguhnya selama kau bersembahyang, maka bererti kau sedang mengetuk pintu rahmat Tuhan dan siapa yang selalu mengetuk pintu raja pasti akan dibukakan baginya.

Hai Abu Zar, tiada seorang mukmin yang berdiri sembahyang melainkan bertaburan di atasnya rahmat antara kepalanya sampai arasy dan malaikat berkata: Hai anak Adam, andaikan kau mengetahui kedudukanmu ketika sembahyang dan siapa yang kau ajak bicara, nescaya kau tidak akan berhenti.

Hai Abu Zar, dunia sebagai penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

Hai Abu Zar,Allah telah berfirman dan bermaksud: "Aku tidak akan menghimpun dua kali takut dan dua kali aman, pada hambaKu, jika ia merasa aman daripadaku di dunia maka akan Aku takutkan ia di hari kiamat, dan bila ia merasa takut kepadaKu di dunia Aku amankan ia di hari kiamat."

Okey, banyak lagi pesanan dari Rasulullah kepada Abu Zar R.a, cukup ini yang sempat saya sampaikan, balik kepada topik asal, adakah Abu Zar seorang mild autism?

Dari sejarah yang kita baca, Nampak macam ada ciri seperti itu bermakna kepada ibu bapa yang ada anak Autisme, jangan putus asa, sebab ada Autisme yang sudah menjadi Hafiz, ahli perniagaan, doktor, guru dan insyaAllah jika kena dengan perjalanan hidupnya, mampu menjadi seorang Dae yang berjuang untuk agama Allah.

Wallahu’alam.

Ps: Walaubagaimanapun, ini hanyalah pendapat penulis semata mata. Jika ada fakta yang lebih tepat dari pandangan penulis, maka pendapat penulis tertolak serta merta. Semua yang baik dari Allah dan semua yang tidak baik adalah dari kelemahan saya sendiri.