Mar 26, 2010

Apa itu JOSH?

(Biasanya ceramah ugama suruh kita menambah amal, tapi hari ni terbalik pula, jangan josh sangat)

Ketika permulaan islam, Nabi banyak memberi ‘taghrib’ atau ‘zihin’ atau dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, dari menekankan amalan yang wajib, sehinggalah kepada memperbanyakkan ibadat yang sunnat selain membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Lama kelamaan, ugama mulai maju dalam diri penganut ugama islam sehingga terdapat ummat islam yang ‘terlebih’ dalam beribadat, sebagai contoh ada sahabat nabi, yang mana pada hari pertama kahwin, dan pada malam pertama lepas akad nikah, tak macam korang, sibuk berlaga lubang kencing sampai terlewat solat subuh, tapi sahabat Nabi ni, malam pertama kahwin sama jugak macam malam yang lain iaitu ralit bersolat tahajjud sampai ke subuh.., bila tiga malam kahwin, tapi isteri tunggu punya tunggu namun suami tak datang ‘jamah’ kerana asyik dalam solat tahajjud, maka mangadulah si isteri kepada Nabi, maka Nabi pun bagi nasihat, tarhrib, zihin atau dorongan supaya ‘dikurangkan’ amal.., dan sahabat inipun akur.., pendekkan tahajjud, dan bagilah masa untuk bersetubuh dengan bini..

Itu satu contoh, ada jugak sahabat yang sehari khatam Al quran banyak kali, Nabi nasihat, supaya kurangkan.., ada yang tak nak kahwin, nak ibadat hari hari tanpa gangguan, pun Nabi nasihat suruh kahwin, bermakna di sini, ugama telah maju, sehingga Nabi terpaksa bagi ‘ceramah’ agar sahabat ‘kurangkan’ amal.., dan itu semua bagus, kerana itulah tanda ugama telah menjadi nombor satu dalam diri ummat islam pada waktu itu..

Namun hari ini, ugama masih mundur, buktinya, ustaz berceramah dari dulu sampai sekarang adalah dalam julat topic: “tambah amal”, iaitu dorongan kepada penganut ugama islam agar meningkatkan amalan mereka sehari hari, seperti memperbanyakkan ibadat yang sunnat dan membetulkan niat serta tujuan beribadat..

Kenapa jadi macam tu? sebab ummat islam hari ni masih banyak cinta dunia dan takut mati, dapat ugama pulak bukan dengan susah payah, tapi dapat melalui ‘islam baka’, maka ugama mulai merasa sebagai beban, maka bila dah beban, terpaksalah ustaz ceramah hari hari supaya korang dapat tambah amal ugama.., sebab banyak amal ini tak buat lagi, amal itu tak buat jugak.., amal yang tertinggal belum ganti, amal yang wajib belum niat nak buat.., itu ini begitu begini.. oh..

Namun hari ini, dalam keadaan ummat islam banyak ilmu tapi masih selamba tinggal solat berjemeah, terdapat jugak ummat islam yang ‘terlebih’ dalam amal, dan terlebih itu bukan pulak perkara yang baik, tapi mendatangkan fitnah pulak..., maka, tak seperti tulisan aku yang biasa, iaitu tulisan yang menggalakkan korang tambah amal, tapi hari ini aku nak bagi nasihat supaya korang ‘kurang’kan amal..

Pelik? Tapi benar, dan aku bukan nak buat ajaran sesat.., baca dulu sampai habis. Jeng jeng jeng..

Baiklah, sebagai mukadimah, jika korang tanya encik google dengan guna carian imej, dan tulis perkataan “josh hindi”, maka korang akan nampak wajah Shahrukh khan dan Aishwarya Rai yang menghiasi poster filem berjudul “JOSH”, cukup sampai situ, aku nak cerita hari ini adalah tentang istilah “josh”.., dan dalam bab ugama, tolong jangan ‘josh’...

Sebenarnya istilah ‘josh’ ini sudah di guna pakai hampir di seluruh dunia dalam kaedah mencegah rakan rakan seugama agar mereka tidak tersesat dari jalan yang benar, cuma kat Malaysia ni tak ramai yang guna istilah ini.., so, ada baiknya juga kita dapat belajar sesuatu yang mana lain kali bila ada hamba Allah tegur korang, “jangan ‘josh’ sangat bro..”, , maka tahulah korang akan apa makna ‘josh’ itu..

Straight to the point, untuk guna istilah ini mudah sahaja, iaitu bila ada antara kawan korang secara sedar tau tidak sedar tiba tiba terlihat unsur ‘perasan bagus’ dalam bab ugama, maka korang terus nasihat mereka secara ringkas, iaitu: “jangan ‘josh’ sangat..”, dan jika kawan korang tu seorang islam yang bertakwa tentu mereka akan sedar diri dan terus beristigfar..
Pada awalnya, aku nak ganti istilah ‘josh’ ini dengan istilah ‘perasan bagus’, sebab sebelum ni aku dah cerita tentang ‘perasan unik’, dan ‘perasan di salahkan’, yang mana selepas korang baca entry tu, maka komen dan email yang berbentuk ‘perasan unik’ dan ‘perasan di salahkan’ semakin berkurangan.., Alhamdulillah.., tapi komen dan email yang berbentuk perasan bagus pula semakin bertambah, untuk atasi gejala ini demi menyelamatkan ummat manusia dan dunia serta akhirat, (mudah-mudahan) biarlah aku menulis tentang betapa buruknya akibat yang akan menimpa korang jika hidup dengan gaya ‘perasan bagus’, dan untuk elakkan aku sendiri perasan bagus, aku tukar istilah perasan bagus ini kepada istilah “JOSH”... (woha!)

Josh yang aku nak cerita hari ini adalah bukan dari bahasa Malaysia, tapi bahasa urdu, atau hindi?, (aku tak pasti), tapi maksud yang aku nak guna dari istilah JOSH ini adalah lebih kurang dengan sesuatu sifat yang tak elok, atau dalam bahasa English, kita guna “Frenzy" yang memberi makna “kekalutan” atau “something wrong” atau lebih jelas untuk JOSH ini,:
“kekalutan yang timbul akibat salah faham” atau “semangat yang di salah guna” atau apa sahaja yang bermaksud “macam bagus-tapi tak bagus”

Arghh, susah sangat, dan untuk senang cerita, JOSH, yang aku nak maksudkan adalah: satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!., faham?

Aku ulangi,
Josh adalah “satu perkara yang di buat atas dasar ugama tapi bakal mendatangkan huru hara kerana perasan bagus!.,”!

Panjang sangat istilah, maka tulis “josh” sahaja cukup..

Maka, kepada kawan kawan dari geng wahabi, atau puak Pas, atau pro Umno, atau pendakwah bebas, atau ustaz shok sendiri, atau pendakwah email foreard, atau fanatic mazhab, atau jemaah tabligh dan lain lain gerakan so call Islamic, nasihat aku, jangan ‘josh’ sangat...

Sebagai contoh, kepada geng wahabi, (bukan semua..), aku tahu korang nak hidupkan sunnah 100% dan nak hapuskan bidaah 100%, lalu lepas solat korang terus blah tak nak berzikir dan berdoa dengan alasan nabi tak buat benda ni, korang jugak tak nak bersalaman sesama jemaah lepas solat sebab Nabi tak buat, juga tak nak pergi tahlil atau tak nak baca yassin malam jummat.., itu ok, aku takde hal, dan akupun lepas solat terus blah kadang kadang sebab ada kerja lain.., atau sibuk tak sempat nak joint korang baca yassin malam jummat, dan semua tahu bahawa tak berdosapun jika lepas solat terus blah tak bersalam berpusing pusing sambil selawat..

Cuma, yang jadi masalah, adalah bila korang ‘josh’ iaitu lepas korang blah dari amalan yang korang anggap ‘bidaah’ tu, korang letak hukum pula bahawa orang yang berzikir atau berwirid atau bersalaman selepas solat masuk neraka sebab mereka korang anggap buat ‘bidaah’.., itu yang hampeh, dan tuduh juga mereka yang buat amalan ikut mazhab syafee, Maliki, Hambali dan lain lain mazhab juga masuk neraka sebab banyak buat ‘bidaah’..., amboi sedapnya mulut, letak hokum orang masuk neraka sini sana.., jangan ‘josh’ sangat bro.., tak kan orang yang bersalaman selepas solat masuk neraka? Atau baca yassin malam jummat masuk neraka, ustaz mana kau rujuk ni? Aduhai.., Inilah masalah bila belajar bab ugama merujuk pada satu ulamak sahaja, bukankah perbezaan pendapat itu rahmat? Kenapa slow sangat?

Korang nak hidupkan sunnah Nabi, dari sunnah sirah(perjalanan)kepada surah(penampilan) , tapi sunnah sarirah(pemikiran) kurang, tu yang lancang mulut berkata kata, tak hikmah langsung.., buat orang kutuk kau balik dan ada yang haramkan terus.., Nabi dulu berdakwah dengan fikir risau, bukan letak hokum sesuka hati.., dan malam menangis atas dosa dosa ummat.., semoga Allah beri hidayat pada kita semua untuk dapat keredaanNya.., amin..

Sama jugak mereka yang ikut mazhab, jika lepas solat korang nak bersalaman sambil selawat dan berpusing pusing dari satu saf ke satu saf, lantaklah, bersalaman sesama islam itu bagus, tapi jika lepas solat ada yang terus solat sunnat, jangan pulak letak hokum orang tu sesat.., sebab memang sunnah Nabi lepas solat terus solat sunnat, maka jaga lidah, jangan kutuk wahabi masuk neraka dan wahabi jangan tuduh mazhab syafee masuk neraka, bila letak humum orang masuk neraka, itu yang hampehh, itu yang JOSH!, so.., jangan ‘josh’ sangat bro.., ingat Malaikat Malik tu akan senyum pada korang ke kat akhirat nanti, lu fikirlah sendiri...

Ok, itu untuk geng wahabi, untuk parti so call Islamic yang kerja siang malam kutuk kerajaan, pun sama, bukan semua, tapi ramai yang perasan bagus.., Aku tahu korang nak dapatkan Negara islam, nak laksanakan hudud, nak isteri PM bertudung dan lain lain so call Islamic, tapi dalam mencapai matlamat yang baik, ketahuilah niat tidak mengahalalkan cara.., jangan ‘josh’ sangat..

Aku tengok, korang ni bila buat silap, tak nak mengaku, malahan sanggup pulak muzakarah dalam usrah untuk cari dalil dan Nas bagi menghalalkan ‘kesalahan dalam parti’..

Sebagai contoh, jika ada orang UMNO bela babi, korangpun panggil dia sebagai bapak babi, dia pun kecik hati, lalu suruh korang mintak maaf, tapi korang masuk usrah cari dalil dan nas untuk halalkan apa yang korang buat, lalu korang jumpa dalil bahawa Nabi panggil sahabatnya yang bernama Abdul Rahman dengan bapak kucing(Abu hurairah), sebab Abdul Rahman bela kucing, maka hokum memanggil orang dengan nama bapak babi adalah halal..

Ini yang hampeh, Nabi panggil Abu hurairah dengan nama tu takpe sebab Abu hurairah suka, sedangkan menjaga hati ummat islam juga adalah perintah Allah, orang tak suka, janganlah buat.., sama jugak isu kalimah Allah, korang boleh cari dalil dan Nas untuk halalkan benda ni, tapi ada ramai ummat islam termasuk aku yang tak suka, (sampai ada yang ‘josh’ pergi pulak bakar gereja.. pun hampeh!) banyak lagi isu, boleh mencarut, boleh doa bala, boleh mengumpat.., tuhan samseng dan lain lain.., aduhai.., jangan ‘josh’ sangat.. yang paling bangang? Bila korang tuduh mereka yang tak pangkah parti korang masuk neraka! Podaahh.., Hampeh!

Ok, itu parti xyz, yang pro kerajaan pun sama jugak, jangan josh, mentang mentang Nabi berniaga waktu umur 25 tahun dan pergi hijrah di tempat tanah yang subur yakni Madinah, korangpun guna alasan untuk ‘beribadat dalam kerja’, cari harta dunia banyak banyak sampai sunnah yang besar tertinggal, jangan josh sangat bro.., lagi teruk sebab nak cepat kaya, dah buat benda haram.., ni detail boleh rujuk parti xyz tadi..,

Nasihat aku,: Bro, Nabi bila dah jadi Rasul di umur 40 tahun, siang malam berdakwah dan berjihad.., tak sempat nak tanam pokok kurma, korang nak ikut sunnah sebelum nabi jadi Nabi ke atau selapas nabi jadi Nabi? Lu fikirlah sendiri!

Habis sampai situ, nasihat aku jangan josh.., oh ye sebelum terlupa, ni nasihat untuk jemaahTabligh. Aku tahu korang nak hidupkan sunnah dari sekecil kecil sunnah sehinggalah sebesar besar sunnah.., lalu korang solat jemaah 5 waktu tak tinggal, solat tahajud, dan pergi ziarah dari rumah ke rumah.., beriktikaf pula di masjid seluruh dunia selama 3 hari, 40 hari atau lebih lama lagi.., alhamdulilah.., aku suka dan harap anak cucu aku akan jadi macam korang..

Cuma adalah sorang dua pengikut yang josh.., yang nak amal sumua sunnah termasuk sunnah yang boleh mendatangkan fitnah, macam kes kahwin dengan budak, jangan josh sangat.., ulamak tabligh tak ada galakkan poligami, suruh hidupkan masjid, tapi yang ‘josh’ lain pula niatnya.., sama jugak kes tinggal anak bini tanpa keperluan, (tipu shura-atau tipu borang tafakult).., jangan josh sangat, atau berhenti kerja tanpa mesyuarat sebab nak keluar jalan Allah, bila balik menganggur sampai tahap meminta minta, dah datangkan fitnah... jangan josh.., bahaya.., islam ini mudah, halus dan hati hati, ingat tu!

Atau ada jugak yang josh berdakwah kepada orang kapir sehingga anggap orang yang berdakwah sesama islam sahaja adalah sesat.., jangan josh sangat, korang kata nabi tak pernah suruh ummat islam tinggaklkan dakwah pada orang kapir, aku nak Tanya, bukankah ada hadith cerita bahawa akan tiba satu zaman yang mana Nabi suruh tinggalkan dakwah sebab orang buat maksiat teruk sangat, Nabi suruh lari ke gua selamatkan iman macam pemuda al kahfi, tapi zaman tu belum tiba, zaman sekarang zaman ajak orang islam kembali pada syariat ugama, sebab tu ‘Takdir Allah berjalan’ macam tu,.., atau ingat tak kisah nabi kena tegur dari Allah sebab utamakan orang kafir dari orang islam yang buta.., arghhh, aku bukan nak berdebat, aku nak kata, jangan josh sangat..

Kepada ahli masjid, pun aku nak tegur, sebab ada pak imam yang baca Al quran panjang panjang dalam solat berjemaah, habis sejadah, baca Al insan, itu ok.., lepas tu baca pulak qunnut panjang siap ada doa tambahan dalam bahasa arab sehingga ada sorang pakcik tu boikot tak nak pergi lagi solat subuh berjemaah sebab letih berdiri.., aku ok, muda lagi, bila dah tua, jika korang baca panjang aku kenalah duduk, dah kurang pahala solat aku, sedangkan Nabi dah pesan, amalan yang melibatkan orang ramai jangan bebankan orang.., jangan josh..

Sama jugak hari jummat, baca khutbah sampai habis waktu rehat kerja apa kejadah?, cakap pulak isu politik, khutbah pulak sama macam ahli perlimen dapt speaker.., lepas tu baca khutbah menag dah guna speker, tapi menjerit jerit macam semua orang ni tuli.., aduh.., jangan josh sangat.., minggu depan aku tak nak datang solat jummat kat masjid pembakang lagi..

Hampeh semua!

Satu lagi, kepada mat dan minah forward, yang percaya pada email forward dan paksa orang lain percaya, ni bukan sahaja josh, tapi dah jadi lebih bodoh dari Pak Pandir moden! Ramai orang pergi ceramah ilmu hokum hakam, dengar pendapat ustaz A terus anggap orang yang tak ikut cakap ustaz A sebagai ahli nereka, bro,ulamak dulu berbeza pendapat tapi mereka tak josh, mereka tak kapirkan orang, jika lu nak kata facebook haram, itu lu dengan ustaz lu lah pegang pada dalil tu, lantaklah, tapi bila ada ustaz ulamak lain yang guna facebook, maka jangan nak perasan bagus dengan dalil yang lemah lagi daif.., jangan josh bro.., jadi mayat itu sekali sahaja, maka, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..

Yang bom sana sini, pun josh jugak.., aduhai.. , malas dah nak tulis..

Akhir kata: Jika korang solat tahajjud sampai bengkak kaki, berdakwah pada orang kapir siang malam, berpuasa setiap hari, itu bagus, itu bukan josh.., josh adalah bila korang perasan bagus, rasa diri terbaik dari orang lain, rasa diri paling pandai dalam ugama, rasa diri paling banyak korban, dan tuduh orang yang tak buat macam korang adalah ahli neraka.., itu yang hampeh!
Ketahuilah, walaupun korang dah banyak korban untuk ugama, tapi jika tiba satu hari, korang rasa koranglah orang yang paling bagus dari orang lain, maka hari itu adalah hari yang paling hina buat korang .., jangan ulang kesilapan ketua malaikat ( iblis) yang perasan bagus, jangan josh macam setan..

Dulu ada seorang hamba Allah jumpa Nabi, lalu tanya apa amalan Nabi sehari hari, bila dengar Nabi puasa selang sehari, dan tidur sekejap selepas tahajjud dan juga lapangkan masa bersama isteri, si sahabat ni josh.., dan mula perasan bagus, dengan bangga bagitahu bahawa amalannya lebih hebat, sebab beliau tak kahwin, 100% masanya untuk Allah, malam solat tahajjud tak tido tido, lepas tu setiap hari puasa.., lalu korang tahu Nabi jawab apa? Siapa yang tak ikut aku, bukan dari ummatku!, atau jika hamba Allah tu berlagak depan aku, aku jawab, siapa yang ‘josh’, Nabi tak mengaku ummat! (Aku pulak yang josh,..isk)

Ada jugak sahabat yang jumpa Nabi lalu mintak ‘ijazat’ supaya dengan tauliah di beri izin dari Nabi agar beliau menjadikan amalan khatam Al quran sepuluh kali sehari.., Nabi suruh kurangkan, lalu berlaku tawar menawar, akhirnya (aku lupa berapa kali sehari) bersetuju dengan satu jumlah.., lalu bila dah tua dan sibuk, menyesal sebab dulu josh sangat..

Ada jugak yang josh dalam beribadat sampai takde masa nak layan anak bini, dan mengaku depan nabi tak pernah senyum pada anak anaknya, Nabi terus tegur..,

Tuan tuan yang mulia, Nabi sendiripun teringin supaya ummat buat amalan yang berat-berat, tapi sebab tak nak bebankan ummat, Nabi letak hokum sunnat.., contohnya, Nabi pernah nak wajibkan solat tahajjud, atau wajibkan bersugi sebelum solat, dan solat sunat yang lain.., tapi Nabi takut korang tak mampu, maka Nabi letak hokum sunnat.., tapi korang yang dah mampu buat amalan yang berat dan hebat, terus paksa orang lain bersugi sebelum solat, paksa orang lain solat tahajjud? apa kes? Jangan josh.., ikan Jaws pun tak josh..

Sebagusnya, kita ikut Nabi Muhammad SAW dalam hal ugama, jangan buat lebih dari yang Nabi suruh, itu josh..., ada sahabat yang Nabi perintah pergi mengintip musuh, sekali bila sahabat ni pergi mengintip, dapat pulak peluang bunuh abu Supian ketua orang kapir, tapi dia ingat, BUAT SETAKAT YANG DI SURUH BUAT. MakA dia tak jadi bunuh abu supian, dan akhirnya aku pendekkan cerita: abu supian masuk islam dan banyak bagi sumbangan pada Agama islam. Nasib baik sahabat ni tak josh...

Sebagai penutup, ada sorang hamba Allah ni email aku dan tanya tentang apa hokum mencium tangan orang tua sambil membongkok macam rukuk, sedangkan Nabi tak cium tangan orang tua bila berjumpa, tapi Nabi peluk.. dan dia kata itu bidaah, dan perbuatan hormat pada orang sampai tahap rukuk adalah haram, jadi dia sekarang jumpa mak bapak, salam macam biasa, nak peluk segan pulak sebab tak biasa buat, so macam mana?

Dik, jangan josh sangat, cium sahaja tangan mak, sebab benda ni termasuk dalam “adat yang boleh membawa kepada kasih sayang”..., dan kasih sayang di tuntut dalam ugama, dan tak best rasanya jika balik kampong tak cium tangan mak.. salam macam bayar zakat sahaja tak best..

Mak aku sekarang dah takde, jika masih ada, aku cium tangan mak banyak kali pun tak pe, sebab itu membawa kepada kasih sayang.., bab tunduk sampai rukuk tu, lu pikirlah sendiri, sebab aku dengan bini aku, dalam bab membawa kepada kasih sayang, bukan setakat cium tangan, tapi cium lebih lagi dari itu iaitu cium lutut, paha, pusat dan (delete)..., lepas tu bukan setakat cium sambil rukuk, tapi lebih daripada sujud iaitu cium sambil meniarap. Apa lagi nak di kata, Woha!

Dah cukuplah nasihat aku pada korang, akhir kata, Ikutkah Sunnah Nabi Muhammad SAW, dan janganlah korang melampaui batas..., kerana Allah benci kepada mereka-mereka yang melampaui batas..

Semoga aku dan korang tidak josh, dan dapat amal apa yang aku tulis, amin..

SEKIAN.

Ps: Josh sama macam ikan Jaws yang suka gigit orang, suka letak hokum orang lain masuk neraka.., maka terpaksalah aku sumbat pressurized air tank dalam mulut korang yang josh macam ikan jaws lalu tembak guna M1 Garand ikut gaya police chief Martin Brody dalam filem Jaws.., tak nak? Tahu takpe..

Mar 15, 2010

Biar mati anak, jangan mati adat?

(Sedang dengar lagu Saiful Apek Senario, yang berjudul ‘hukum’, dan lirik lagu ini buat aku tersenyum: “Mencuri di Malaysia.., Hukumannya dipenjara..., Mencuri di Arabia.., Susah cerita..., Terbukti salah.., Tentulah kudung tangannya..” woha!)

Ada orang kata, pepatah melayu: “biar mati anak, jangan mati adat” dah tak sesuai, alasan mereka, jika anak mati, siapa yang nak teruskan adat?, lagipun bagi mereka, adat melayu tak penting sebab banyak ikut hindu, seperti bersanding waktu kahwin, renjis air mawar, inaikan tangan dan macam macam lagi, maka kenapa sanggup biar anak mati demi mempertahankan adat hindu dalam dunia melayu?,

Kalau dulu, memang ugama orang melayu sebelum kedatangan islam adalah ugama hindu, dah tentu hidup ikut cara orang hindu, tapi bila Sultan melayu masuk Islam, maka semua rakyat melayu juga masuk Islam, tapi, adat hindu masih di amalkan sampai sekarang, apa kes? Lepas tu sanggup pulak biar mati anak, jangan mati adat, bodoh ke apa?

Ops!, jauh perjalanan luas pengalaman, rajin membaca bertambah pengetahuan..

Sebenarnya, semua tahu sudah, pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”,bukan dicipta oleh orang melayu di zaman P Ramlee atau selepas perang dunia pertama, tapi ditulis pada buku buku Sejarah Melayu pada setengah abad yang silam, dan menurut sumber, ianya ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Disebabkan pepatah itu dicipta 600 tahun yang silam (atau lebih lama), maka kita perlu lihat kalimah "adat" itu mengikut skop 600 tahun yang silam, dan bukan mengikut skop hari ini.

Untuk mudahkan cerita, aku copy/paste fakta tentang isu ini yang telah di tulis dengan baik oleh seorang lagenda blogger yang juga pakar bab undang undang iaitu saudara Mat Jan pada tahun 2003 di blognya (yang kini sudah tiada) dalam entry “ANAK & ADAT”.

Copy/Paste;

Kalau kau pelajar undang-undang, kau akan belajar topik "Malay Customary Law" dalam subjek "Malaysian Legal System". Sebelum kedatangan Inggeris, undang-undang apa yang kita pakai? Sudah tentu bukan Common Law yang kita pakai pada hari ini. Masa tu kita pakai undang-undang adat.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain.

Adat Perpatih dan Temenggong ini bukan sekadar upacara "bersanding" dan "menepung tawar" saja, tapi merangkumi undang-undang secara seluas-luasnya -- Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, dan Undang-Undang Pewarisan Harta, sekadar menyebut beberapa contoh.

Dalam Undang-Undang Perlembagaan misalnya: Hari ini, untuk melihat sistem pemerintahan negara, orang rujuk Perlembagaan Persekutuan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem demokrasi kerana pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan (mamak melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik undang, undang melantik Yamtuan), manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi kerana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Dalam Undang-Undang Keluarga dan Pewarisan Harta misalnya: Hari ini, orang rujuk Akta atau Enakmen yang berkaitan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem "matriarchal" (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem "patriarchal" (berpihak kepada lelaki).

Begitu juga dalam Undang-Undang Jenayah: Hari ini, untuk melihat hukuman terhadap sesuatu kesalahan, orang rujuk Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat "restitution" dan "compensation", manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat "punishment" dan "retaliation".

Kesimpulannya, kalimah "adat" pada 600 tahun yang silam adalah sama dengan kalimah "undang-undang" pada hari ini. Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu adalah pepatah yang SANGAT-SANGAT BAGUS. Maksud pepatah itu: Jika kau orang yang berkuasa melaksanakan undang-undang, dan yang melanggar undang-undang itu adalah anak kau sendiri, kau kena laksanakan juga undang-undang itu. Biar anak kau mati, jangan undang-undang yang "mati" (tidak berfungsi).

Pepatah ini, sebenarnya, menentang amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang. Nah, hari ini ramai yang melaungkan rasa benci terhadap amalan nepotisme. Inilah pepatah yang paling tepat menggambarkan rasa benci itu -- "biar mati anak jangan mati adat!".
Orang sekarang keliru. Mereka menyangkakan pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini digunakan untuk justify amalan bersanding dan menepung tawar. Itu tidak benar sama sekali. Pepatah ini, sebenarnya, digunakan untuk menentang amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang.

Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini, dan penentangan terhadap amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang, adalah selari dengan Islam. Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!"

Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" tak patut dibuang, ia cuma perlu digunakan dalam konteks yang betul.

End Copy/paste:

******

Sedikit komen dari keretamayat;-

Seperti biasa, bila ada berita yang panas lagi sensasi, korang akan email aku mintak pandangan, walaupun tahu pendapat aku bukan mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan atau jemaah, dan aku sendiri bukanlah seorang ustaz, tapi korang nak tanya gak.., dan antara soalan yang sensasi adalah:-
  • Anuar Ibrahim ketua pembangkang dituduh meliwat pembantunya, apa pendapat cik Hamka?
  • Atau menantu Tuan guru Nik Aziz di tuduh pecah amanah dan rasuah? Apa komen encik keretamayat?
  • Dan terkini, lelaki tabligh kahwin budak 11 tahun, apa komen cik Hamka?

Komen aku mudah sahaja, “biar mati anak, jangan mati adat..”, faham?

Jika terbukti Anuar Ibrahim meliwat saiful, maka hukumlah dia, tak kira siapa dia, ketua pembangkang ke, ketua Abim ke, Bapa reformasi ke? yang bersalah tetap kena hukum.., mungkin kena rejam jika ikut hukum Islam.., “biar mati BAPAK, jangan mati ‘adat’..,

Sama jugak jika terbukti menantu Nik Aziz pecah amanah, atau terlibat kes rasuah, kena hukum jugak, tak kiralah siapa dia, menantu Nik aziz ke, cucu tok guru ke, anak tokoh Maal hijrah ke, yang bersalah tetap di hukum, biar mati MENANTU, jangan mati ‘adat’..

Dan kes terkini, lelaki tabligh kahwin budak umur 11 tahun, jika terbukti ada kes memperdaya, atau menipu, atau ‘pukau’, atau ‘menculik’ serta mendera kanak kanak,maka kena hukum jugak, tak kira siapa dia, ketua tabligh ke? Lelaki ajaib ke? Jika terbukti salah, tetap kena hukum.., bak kata Tun Seri Lanang, biar mati anak, jangan mati adat.

Nota untuk mualaf:

Dalam Islam, Bapa dan datuk (wali Mujbir) boleh menikahkan anak perempuannya yang masih kecil atau belum baligh kepada siapa yang dia suka. Pernikahan itu sah jika cukup syarat ‘SISWA’(rujuk formula). Bagi kes yang beristerikan kanak-kanak yang belum baligh, suami TIDAK BOLEH MENYETUBUHINYA sehinggalah ia baligh, (sama macam kes Nabi Muhammad SAW dan Aisyah r.aha) tapi di Malaysia, hukum ini telah di ubah berdasarkan keputusan majlis ugama yang mana kanak kanak di bawah umur jika berkahwin hendaklah mendapat kebenaran Mahkamah. Dalam kes lelaki tabligh ini yang di tuduh memperdaya bapa mangsa atas kepentingan nafsu dan jika benar telah bersetubuh dengan mangsa yang belum haid, maka perbuatan ini adalah salah dan perlu dihukum, tak kita siapa dia, bak kata Nabi Muhammad SAW, “Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya..!,

So.., ketua PKR ke, ketua Pas ke, Ketua Umno ke, Ketua tabligh ke, Ketua asrama ke, ketua pengakap ke, Jika mencuri, terbukti salah, dan hukum hudud telah terlaksana, maka kenalah potong tangannya.., biar mati anak, jangan mati 'adat'..

Apa lagi nak di kata?

Sambung sikit lagi lirik lagu Saiful Apek:

Derhaka pada orang tua
Kononnya sudah dewasa
Merompak di sana-sini
Hai ! Sungguh buasnya
Akhirnya dia.. ditembak Polis Diraja Malaysia..!

Woha!

Ps: Biar mati Kutu, jangan mati Hati..oh...

Mar 9, 2010

Email dari Nabi?

(Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta.)

Dalam banyak banyak email dan jemputan.., inilah jemputan paling pelik pernah aku hadapi, iaitu aku di jemput makan free akan ‘rezeki dari langit’ yang mana jika dipenuhi akan mendapat nikmat, dan jika ‘terpaksa’ akan mendapat azab.., dahsyat bukan?

Dan lebih ‘dahsyat’ lagi apabila jemputan ini datang dari seorang yang mendakwa sebagai “Rasul”..,

(Wow! Akhir zaman, ‘Nabi’ berdakwah pakai email sahaja.., woha!)

Copy paste Email:-

JEMPUTAN MAKAN FREE – REZEKI DARI LANGIT

'Kami tidak mengutus seorang rasulpun melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.'

(AL QURAN – Ibrahim: 4)

‘Hai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul Kami, menjelaskan syariat Kami kepadamu ketika terputus pengiriman rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan: “tidak datang kepada kami baik seorang pembawa berita gembira, maupun seorang pemberi peringatan”. Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu’ (AL QURAN – Al Maidah: 19)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda secara automatiknya telah tersabit dengan rasul yang diutuskan Allah kepada anda kaum Melayu iaitu rasul Melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – Nikmat

Terpaksa – Azab

You make and decide your own order

Al Quran adalah rezeki dari langit yang diturunkan Tuhan. Maka kami hanya menyediakan hidangan rezeki yang diturunkan kepada kami in 'Local Malaysian Style', free of charge (FOC).

Hidangan yang kami sediakan adalah fresh sepanjang masa, segar, baru dan bukan bangkai, darah mahupun babi dan juga bukan yang disembelih selain nama Allah, serta di jamin halal di sisi Tuhan.

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang fakir, yang miskin, yang kelaparan dan yang dalam perjalanan untuk mendapatkan makanan di dalamnya yang boleh dimakan bersama-sama, yang tak habis-habis dan yang mengenyangkan yang boleh membawa kepada kepuasan hati.

Yang benar, Rasul Melayu.

******

Jawapan:-

Pakcik.., setelah mengetahui pakcik mendakwa sebagai Rasul kepada orang melayu, maka akupun sebagai orang melayu, terus search pakcik dalam internet, tak sabar nak tengok rupa paras seorang Nabi, al maklumlah dah 1400 tahun Nabi Muhammad SAW wafat, sekarang ada pulak yang mengaku Nabi, nak jugaklah tengok wajah ‘kekasih’ Allah, lantas terus terbayang dalam kepala yang rupa pakcik mesti ada iras iras Nabi Muhammad SAW, kerana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Aku pun terus teringat hadith yang menceritakan akan kehebatan rupa paras Rasulullah SAW, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,.., hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..

Lepas tu lagi, janggut Nabi lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula,

Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..

Baik,… itu, rupa paras Nabi juga merangkap seorang Rassul akhir zaman, yang jelas menggambarkan pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..,

Tapi pakcik yang mendakwa sebagai Rasul, bagaimanakah rupanya?..,

Sekali tekan nama pakcik, dan klik bahagian imej dekat muka depan google, terus terpampang wajah pakcik, oh.., apa yang aku bayangkan rupa pakcik dengan Rasul akhir zaman, jauh menyimpang, langsung di raut wajah pakcik tiada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maksud aku, wajah pakcik, wajah biasa biasa sahaja…

Ok.., bab rupa paras dah kejadian tuhan, apa boleh buat?, Tapi bab penampilan Nabi yang Allah suka iaitu memanjangkan janggut dan memendekkan misai, juga takde pada diri pakcik, dan bila tengok gambar-gambar lain baru aku perasan wajah pakcik lebih kurang sama macam Ayah Pin.., serius.. dan wajah pakcik serta ayah pin adalah wajah yang tiada ‘kehebatan’ seorang Nabi yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Jangan kecik hati, teguran aku ikhlas dan itu baru bab penampilan, memang takde ciri ciri Nabi sedikitpun.., ok, bagaimana pula dengan perlakuan pakcik? Cara berjalan, atau cara bercakap, atau cara berhujjah? Ada ciri ciri seorang Nabi tak? Hmmm, untuk ini, nampaknya aku kena bukak youtube pulak untuk tengok video pakcik..

Aku pun teringat hadith yang menceritakan akan perlakuan Nabi akhir zaman yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta..

Apabila Nabi menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya, selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Nabi berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah SAW itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka melepak..

Rasullullah SAW adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak tiga kali..,
Rasulullah SAW tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi..

Ok, aku dah bukak youtube dan cuba tengok gaya perlakuan pakcik, sambil berfikir, ada tak kehebatan pada perlakuan pakcik yang menunjukkan hubungan rapat dari langit., akupun tengok pakcik berbicara dengan wartawan.., tengok gaya pakcik berjalan, dan bila tengok pakcik berhujah, sama macam gaya orang berdebat kedai kopi.., maka sekali lagi, gaya dan tingkah laku pakcik takde apa apa yang unik, sama macam pakcik tua yag duduk hidap rokok sambil ulas isu politik.., cukup sampai situ,

Lepas tu tengok pulak pengikut pakcik.., aduh.., aku malas nak copy akan kisah sahabat dan akhlak mereka yang mendapingi Nabi sebab tengok gaya pengikut pakcik.., aduh.., malaslah nak cakap.., langsung takde cirri-ciri pendamping seorang Rasul..

Pakcik, pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, Tapi pakcik takde…

Dan untuk jelaskan lagi tentang apa yang aku maksudkan, izinkan aku ceritakan kepada pakcik akan cerita sebenar tentang Nabi akhir zaman, dan tanda tanda kehebatan dari langit supaya jika ada antara kita yang sanggup mengaku menjadi Nabi atau Rasul di akhir zaman ini, cuba siasat perjalanan hidup mereka, dan buat perbandingan dengan diri Rasulullah SAW, iaitu membuat perbandingan dalam kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Buat perbandingan pada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta InsyAllah..

Menurut riwayat, ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah sudah melantik Nabi Muhammad S.A.w menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..

Kemudian .., ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.., inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Nabi telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat. Kemudian Nabi duduk di atas tanah bertelekan di atas dua tangan kemudian ia mengambil segenggam tanah lalu menggenggamnya dan mendongakkan kepalanya ke langit, hebat bukan?

Lepas tu, Nabi lahir tak perlu bersunat sebab sudah dikhitankan, maka terpelihara aurat Nabi pada mana mana tok mudim..

Dan Nabi lahir juga tanpa perlu potong tali pusat sebab dan siap potong dah..

Maka pakcik, cuba check, ada tak dalam diri pakcik akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit. Waktu lahir dah bersunat ke? Tali pusat siapa yang potong? Ada tak cahaya yang keluar di mana mana negeri di Malaysia? (cahaya bunga api pada hari merdeka tak kira) Ada ke?

Tentu pakcik lupa sebab masa kecik, mana boleh ingat? Baik, sekarang cuba pakcik ingat waktu zaman kanak-kanak, ada tak tuhan cuba hindarkan diri pakcik dari sebarang majlis lalai?, yang mana Nabi ketika nak pergi ke majlis anjuran musyikrin mekkah, separuh jalan, terus letih dan tertidur, bila habis majlis lalai, baru Nabi terjaga, pelik bukan?

Tak cukup lagi? Aku tambah, satu lagi kehebatan dari langit kepada Nabi adalah di datangi malaikat untuk membuat pembedahan pada hati Nabi Muhammad SAW.

SubhanAllah..

Buat pengikut Nabi palsu, ketahuilah bahawa Nabi itu matsom, iaitu tidak terlibat dengan sebarang perkara yang mendatangkan dosa..

Panjang nak cerita akan ‘kehebatan tersendiri’ yang ada pada setiap Rasul yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta, maka aku tulis ringkas sahaja akan kehebatan yang telah Allah kurniakan kepada Rasul kekasihnya..

Antaranya:-

Waktu kecil, ketika berjalan, awan akan mengikut Nabi.., (mungkin pernah ada awan ikut pakcik, tapi dalam cerita Nabi, jika kawasan yang tak ada awan, maka pokok akan berjalan ke arah Nabi dan meneduhkannya.., apa lagi nak di kata?)

Nabi dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Nabi dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. (pakai side mirror tak aci)

Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang, (pakai kamera night version yang budak budak seekers pakai tak aci jugak).

Ada juga riwayat mengatakan, ludah nabi boleh membuatkan air laut menjadi tawar( jika pakcik ludah dalam air laut dan memang confirm air laut tawar, itu tanda tak gosok gigi seminggu, woha!)

Lepas tu, apabila Nabi bercakap, orang duduk jauhpun dapat dengar.., (ye, mungkin pakcik boleh pakai speaker 1000 watt, orang jauh boleh dengar, dan orang dekat boleh jadi pekak-aduh..)

Menurut Abu Syaibah dan Al khatabie, Nabi tak pernah menguap dalam hidup, (tak kan tak pernah menguap?)

Menurut Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam, Pakcik tahu apa itu ihtilam? Alahai.. ada kena mengena dengan tilam jugak.., iaitu mimpi seks, Nabi tak pernah mimpi sedemikan rupa,,

Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. (tolong jangan bukak baju, tengok warna kulit dah tahu masam)

Lepas tu lagi, sebagai tanda kemulian, Allah tulis anggota badan Nabi satu persatu dalam Al quran, sebagai contoh, bab hati (surah an najm-11, 12) bab mata dan muka-albaqarah 144, leher tangan-al israa, 29 dan lain lain.(tapi bab anggota badan pakcik langsung takde)

Menurut perawi Muslim pula, nama Nabi Muhammad SAW datang dari nama Allah, Hamada (puji), yang mana sebelum itu tak de sorangpun yang terilham nak bagi nama anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah yang simpan dalam sejarah ilham manusia, (tapi nama pakcik, dah ramai orang pakai)

Nabi menghafal al quran (Al qamar-17), (pakcik?)

Nabi dakwah seluruh alam, (surah al abbiya) dan Nabi membenci unsur perkauman, maka tiada lagi nabi untuk satu kaum, (Rasul untuk orang melayu?)

Al ahzab, 40: tiada lagi Nabi selapas Nabi Muhammad(check)

Riwayat Abdullah bin umar menceritakan bahawa Malaikat israfeil telah turun bertemu Nabi, , kata Nabi: “tidak pernah ia turun kepada nabi sebelumku atau sesiapa selapas peninggalanku, israfel berkata:- Allah suruh pilih jadi raja atau jadi hamba?, aku pilih jadi hamba, jika tidak maka gunung akan berubah jadi emas. (faham maksud tersirat?)

Riwayat abu daud- mayat Nabi tak reput (ini lepas jadi mayat baru bolek buat pembuktian)

Riwayat Nasai, nabi tidak mewariskan harta (anak cucu pakcik, kena faham bab ni)

Nabi jugak boleh berdialog dalam bahasa arab dengan biawak, serigala, pokok, batu dan lain lain, tapi pakcik ada boleh berdialog dengan mana mana binatang dalam bahasa melayu?

Lepas tu, dalam bab berdebat, Nabi tak menjawab macam pakcik menjawab dalam youtube tu.., bila Nabi kena tuduh bukan bukan, Nabi diam sahaja, lalu Allah yang tolong jawab melalui Al quran, rujuk, yassin ayat69:- kami tidak mengajarkan syaer kepadanya.- Al haaqah 42- Apa yang di katakan bukan ucapan tukang telek., (surah An Najm): Sahabat kalian itu tidak sesat dan lain lain

*****

Ok, cukuplah sampai sini, banyak lagi nak cerita sebagai nota kepada diri seperti kisah Nabi belah bulan, atau Nabi berdakwah pada jin, dan lain-lain, tapi sebab aku perasan sibuk maka sampai sini sahaja yang dapat aku tulis..

Email pakcik bertarikh 5:11 AM, September 10, 2009, dan masuk tahun 2010 baru aku jawab jemputan pakcik.., al mkalumlah, keretamayat sibuk hantar mayat hari hari.., dan oleh kerana aku adalah KERETAMAYAT, maka aku menolak jemputan pakcik, sebaliknya, aku pulak yang nak jemput Pakcik dimakan Free...

JEMPUTAN DIMAKAN FREE – REZEKI DARI PERUT BUMI

Setiap jiwa akan merasai maut

(AL QURAN)

Kepada yang faham dengan jelas Al Quran dalam bahasa Melayu di atas maka anda tahulah sudah bahawa semua orang akan menjadi mayat, jika kaya korang akan jadi mayat orang kaya, dan jika korang miskin, korang akan jadi mayat orang miskin, dan mayat tempatnya dalam tanah, dan kubur akan hisap darah korang.

Woha!

oleh sebab itu:-

jika anda seorang melayu, secara automatiknya anda akan jadi mayat orang melayu, samada suka atau terpaksa,

If;

Suka – masuk dalam tanah

Tak suka - mayat akan berulat

You make and decide your own order

Kubur adalah taman shurga atau lembah neraka, anda yang pilih, dan kami akan tanam mayat mengkut'Local Malaysian Style', dan tidak free of charge (X-FOC). (upah gali kubur dan sewa keretamayat akan dituntut dari waris)

Jemputan kami sentiasa terbuka (24hrs) bagi mereka yang mati hari ini, semalam dan hari esok

Yang benar, Keretamayat melayu.


woha!

SEKIAN

Ps: Bagitahu sahaja tarikh mati, insyAllah, ‘keretamayat’ akan datang jemput pakcik naik kereta tiket satu hala menuju ke ‘taman taman shurga’ atau ‘lembah lembah neraka’..

PS2: Sesungguhnya:, Pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta...

Ps3: Semua orang akan jadi mayat, ‘Nabi’pun akan jadi mayat… dan sebaik baik mayat, adalah mayat yang bertaubat.

Mar 2, 2010

Apa ada pada Maulidul Rasul?

(Semoga sangkaan aku pada ummat islam itu betul.. tidaklah mereka menjadi seperti buih buih ombak ditepian pantai..)

Orang Islam akhir zaman ini sungguh bagus, waktu korang pergi masjid, aku tanya, nak ke mana?

Korang jawab nak pergi solat berjemaah, wah.., bagusnya.., tapi bila sampai di masjid, korang bukan solat berjemaah sahaja, malahan korang buat solat sunnat qabliah dan ba'diah , lepas tu korang beriktikaf sambil berzikir dan mengaji.., sungguh bagus!, yang fardu di utamakan, yang sunnat di perbanyakkan, Alhamdulillah..

Korang yang bagus ni sama macam orang yang nak pergi kedai makan, yang mana bila aku tanya, nak ke mana?

Korang jawab nak pergi makan nasik, tapi bila sampai di kedai makan, korang bukan setakat makan nasik sahaja, malahan korang makan lauk pauk, ikan bakar,kuah tomyam, sup ekor, kerang rebus serta ayam panggang, lepas tu minum air buah gelas besar..

Kenapa begitu? Sebab makan nasik kosong sahaja tak best, walaupun kenyang tapi kurang khasiat, kena ada lauk pauk, baru sedap.., sama macam ibadat, buat yang fardu sahaja tak best, kena ada 'accessory' baru sedap..

Dan korang semua memang bagus, sebab akhirat nanti korang semua dah tahu, yang mana bila amalan kita di hisab oleh Allah, maka amalan yang sunnat akan menampung kekurangan dalam amalan yang wajib, sebagai contoh, solat sunat rawatib akan menampung kekurangan dalam solat fardu, puasa sunat akan menampung kekurangan dalam puasa ramadhan, sedekah akan menampung zakat, umrah akan menampung haji, tabligh akan menampung dakwah dan lain lain.. (bini muda akan menampung kekurangan bini tua- err, itu aku tak pasti)

Lepas tu bila makan, korang malu dan segan jika makan sorang sorang, mesti nak ajak kawan kawan, baru best, terus buat open table.., dan belanja kawan kawan, itu yang bagus..

Sama jugak kes ibadat, bila solat, korangpun tak best solat sorang sorang, mesti nak ajak kawan kawan, solat berjemaah bersama sama, sebab korang tahu, menurut hadith, lapan orang yang solat berjemaah lebih di sukai Allah dari seratus orang yang bersolat seorang diri...

Lepas tu bila tiba Maulidul Rassul, korang mengaku cinta Nabi, korangpun bangun awal pagi, pakai baju cantik-cantik macam hari raya, lalu berarak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, biar pecah suara, biar lenguh kaki, takpe, demi cinta kepada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.., bukankah berselawat ke atas junjungan mulia itu sunnat? Kenalah banyakkan berselawat, sebab satu selawat ke atas Nabi, sepuluh kali Allah akan selawat ke atas kita..

Dan korang pulak bukan jenis buat sunnah yang sunnat sahaja, bukan setakat berselawat, atau makan dalam dulang bersama anak isteri, atau bersugi dan berserban, atau bulan puasa beriktikaf sepuluh hari di akhir ramadhan, atau kahwin lebih dari satu...

Dah tentu korang juga buat sunnah yang wajib, yang mana lepas balik dari Maulidul rasul dan selepas mendengar ceramah tentang sunnah Nabi, maka koranglah orang yang 5 waktu bersolat berjemaah di masjid.., jiran 40 buah rumah kiri kanan sentiasa korang ziarah, dan pantang berjumpa manusia, terus berdakwah tentang kebesaran Allah.. lepas tu keluar pula berjuang di jalan Allah menyeru manusia yang lalai lalu mendekatkan mereka kepada Allah, dan solat tahajjud jika lalai pun cukup dengan ‘tahajjud gajah’.. Alhamdulillah..

Maka, solat subuhpun penuh macam solat jumma’at.., dan masjidpun hidup 24 jam dengan pelbagai aktiviti dari ummat islam, Alhamdulillah..,

Kesimpulannya, ummat islam semua tahu bahawa amalan yang sunnat akan mem’best’kan amalan yang wajib..

Dan semua tahu jika ada ummat islam buat yang wajib sahaja, itu dah ok, tapi manalah tahu kot kot ada kelemahan dalam ibadat, maka nak kena tampung dengan amalan sunnat,

Dan semua tahu yang mana memperbanyakkan amalan sunnat selepas yang fardu adalah jalan terbaik mendekatkan diri kepada Allah, dan semua tahu itu adalah jalan orang yang bertakwa lagi salafusolleh..

Dan lagi, semua tahu jika ada ummat islam yang mengutamakan yang sunnat dari yang wajib maka mereka adalah ummat islam yang bodoh.., bangang dan hampeh.., yelah!, contohnya korang solat sunnat hari raya tak pernah miss, tapi solat fardu 5 waktu selalu miss, memang bangang!, atau sedekah tak miss, tapi zakat selalu miss, bangang jugak, atau umrah tiap tiap tahun tapi haji tak pernah pergi, bangang jugak, puasa isnin khamis tak tinggal, tapi puasa ramadhan banyak yang belum ganti, pun bangang! Hari Maulidul rasul berarak sampai pecah suara, hari lain, solat jemaah pun tak nampak muka, hampeh semuanya..!

Tahukah korang, mengutamakan yang sunnat dari yang wajib adalah perkara yang sangat membodohkan?, sebagai contoh dalam bab kahwin dan ingin mendapatkan zuriat.., iaitu dalam bab berlaga lubang kencing..

Apa akan jadi jika suami isteri di malam pertama dan seterusnya buat yang ‘sunnat’ sahaja, yang ‘wajib’ tak buat..apa jadi?

Semua tahu, yang ‘sunnat’ akan mem’bestkan’ yang ‘wajib’, dan boleh buat yang ‘wajib’ sajer..hasil tetap ada tapi tak best..dan mungkin, jika suami buat yang ‘ wajib’ sahaja, akan membawa porak peranda pada keluarga di kemudian hari…

Dan semua tahu, orang yang buat perkara yang ‘sunnat’ sahaja dalam persetubuhan untuk mendapatkan zuriat, maksud tak akan tercapai…, dan itu kerja bodoh!
Manakala, Orang yang buat yang ‘wajib’ sahaja, terus berlaga lubang kencing, maksud tercapai tapi tak best dan boleh buat pasangan korang menyampah dengan korang..

Maka, moralnya, perbanyakkan yang sunnat dan jangan lupa yang wajib, itu yang terbaik!

Cuma bila dah ada ramai anak, tengah seronok buat yang sunat.., tiba tiba anak kecil menangis nak susu, dah kena stop dan tak dapatlan nak buat yang wajib.., nasib badan..

Oleh sebab yang wajib tu kena qadha, selepas anak dah tidur atau sebelum subuh, aku dan isteri aku akan qadha balik mana mana yang tertinggal!

Woha!

Akhir kata, orang islam wajib buat yang fardu, tapi orang islam yang terbaik adalah yang buat kedua duanya, iaitu yang sunnat dan yang fardu, manakala orang islam yang utamakan amalan sunnat lebih dari fardu adalah tanda bangang, dan yang tinggal kedua duanya adalah tanda kesesatan..

Wallahua’lam.

Selamat menyambut Maulidul Rasul ,12 Rabiulawal 1431..


Nota kaki: Inilah budak yang ganggu aku sampai tak sempat buat yang wajib, woha!