Dec 31, 2007

Bagaimana nak buat Blog best?

(Beberapa fakta yang aku dapat apabila berborak dengan orang pandai)

Aku sedang buat kerja..

Sedang duduk depan komputer dan tekan apa yang patut, dah akhir tahun, banyak benda pula yang aku nak kena buat..

Di sekeliling aku pula ada orang yang tak buat kerja atau dah tak ada kerja, mungkin dah akhir tahun, kerja dah habis agaknya.. lalu mereka menhabiskan sisa sisa 2007 dengan sibuk berborak.., mungkin jugak mereka pakat-pakat tunda kerja ke tahun depan..

Mereka masih muda dan sibuk bercakap tentang harta orang lain, seperti kereta besar, sport rim, stereng racing, rumah besar, baju berjenama, gadjet canggih dan semua itu adalah tentang perkara yang mahal-mahal belaka..

Sesekali aku yang dah tua ini menyampuk..

"Orang yang miskin adalah mereka yang suka bercakap tentang harta orang kaya”

Mereka tersentak. Ketawa dengan kata-kata aku yang di anggap lawak, (aku serius sebenarnya) para pemuda harapan nusa itu enggan mengaku miskin lalu mengubah topik perbualan kepada dunia politik tahah air, dan isu-isu semasa.., bila dan cakap isu yan sedemikiain akhirnya mulalah mengumpat di sini sana..

Orang tu tak betul, yang ni salah.., bla bla bla..

Aku yang bosan menyampuk..

"Orang yang bodoh adalah mereka yang suka bercakap tentang kesilapan orang pandai”

Mereka tidak marahkan aku, mereka memahami aku, menghormati aku, (sebab aku tua kot.., oh)

Akhirnya aku ajar mereka bagaimana nak jadi orang yang pandai...

  • Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
  • Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
  • Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain..
  • Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri...

Sekian...

Ps: Pergi edit blog masing masing!

----------------

jan 2 2008

TERPAKSA AKU EDIT DAN TAMBAH ENTRY INI...

(Nota untuk Orang Slow..)

Orang bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham, kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas. Cis!

Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, jelas, sebelum itu bukankah aku dah cerita kisah orang muda yang sedang mengumpat, kenapa tak faham?

Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka, itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..

Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh..,tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.

Jangan jadi slow…

Ps: aku pun slow gak, (tapi korang lagi slow), aku malas nak tulis nota untuk orang slow lagi lepas ni, korang lah yang akan menentukannya..oh!

Dec 26, 2007

Salah Sangka, Salah Siapa?

(Mereka yang percaya dengan semua berita dari TV, akhbar dan email forward, tidak perlu baca Blog aku)

Untuk meneruskan perjalan kereta mayat ini, aku tulis Lima cerita dengan cara yang biasa aku tulis, terpulang sama ada korang nak sangka ini umpan yang boleh membunuh ikan atau tangan yang menyelamatkan orang lemas ke apa.., aku tak paksa korang untuk naik kereta mayat ini, Cuma aku harap, dengan terzahirnya tulisan aku di sini, akhirnya jika ada tulisan aku yang salah, dapatlah aku dan kita semua belajar apa yang betul dari korang yang ikhlas mengajar atau menegur.., InsyAllah..

Gua tak angkat pot...

:)

CERITA SATU

Aku jarang solat di Masjid, kecuali hari Jummat…, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik kerana tak pergi solat di masjid berjemaah 5 waktu sehari semalam, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Aku tahu di zaman Nabi 1400 tahun dulu, memang orang munafik tak pergi solat berjemaah 5 waktu, mereka pergi jarang-jarang, macam umat islam akhir zaman la ni..,

Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku jarang solat di Masjid, dan jika ke Masjid hanya hari Jummat adalah kerana dekat rumah aku dah ada surau,

Jadi aku tak nak sewenang-wenang ‘langkah surau’ atau ‘langkah masjid’ kerana apa yang dah ada depan mata, itulah yang di dahulukan.., jadi aku hanya pergi SURAU dan mungkin hari Jumaat sahaja aku ke Masjid, bergantung kepada hal ehwal islam setempat…

Sebenarnya Surau juga adalah masjid walaupun orang Malaysia namakan surau tu sebagai surau, kerana tiada beza sebenarnya sebab surau juga adalah rumah Allah, dan rumah Allah sudah tentu di kenali sebagai Masjid.., Cuma yang jadi bezanya kat Malaysia ni, bila rumah Allah yang takde solat jumaat orang akan namakan sebagai surau.., dan rumah Allah yang ada solat jumaat orang akan namakan sebagai Masjid..,, pening tak? Aku tambah lagi, iaitu kalau tak silap aku, kat sesetengah bandar di Malaysia, ada yang tidak menamakan masjid yang tak de solat jumaat sebagai surau kerana Masjid yang ada solat jummaat akan di namakan Masjid jamek, dan masjid yang takde solat jumaat akan di namakan masjid sahaja. Begitulah lebih kurang perbezaan antara masjid dan surau..

Aku rasa kat Mekah dan Madinah tak de surau, semua mereka panggil masjid, mereka tak mendikrimasikan tempat yang tak de solat Jumaat kepada nama lain, masjid kecik ke, masjid besar ke semua mereka namakan sebagai masjid, malahan ada jugak masjid jin! Apa lagi nak di kata?..,

Berbalik kepada Malaysia tempat tumpah darah ibuku ketika melahirkan aku, bila ada nama surau untuk rumah Allah yang tak de solat jummat, maka timbul pulak masalah kepada penduduk Malaysia yang kebih arab daripada bangsa arab kerana dalam adab masjid, kena niat beriktikaf apabila masuk dalam masjid, tapi ada orang kat Malaysia yang tak nak berniat iktikaf apabila ke surau dengan alasan, surau bukan masjid., pulak?

Makan dan minum di masjid adalah haram kecuali dengan niat iktikaf, maka korangpun selamba makan, minum dan tidur di surau tanpa niat iktikaf, apa ke hal?

Ustaz mana ajar kau?

Hormatilah rumah Allah kerana dengan berniat iktikaf, kamu sudah ikut Sunnah nabi dan segala amal kamu sepanjang tempoh iktikaf di kira ibadat, duduk lepak pun dapat pahala bila berniat iktikaf, dan jika kamu makan dan minum hatta tidurpun, akan dapat pahala..

Hanya semudah itu..

Jadi tak payahlah nak bergaduh dan bertekak, Pergilah belajar ugama dan Berniatlah iktikaf walaupun di ‘surau’..

Jangam Mendkriminasikan Rumah Allah…

CERITA DUA

Aku suka solat kat tempat perempuan..., kejap, jangan terkejut dan tuduh aku gila seks hanya kerana baca rangkap pertama bahawa aku suka solat kat tempat perempuan, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Aku tahu di zaman Islam sedang tersebar ke seluruh dunia dahulu, orang perempuan jaga aurat dan adab sehingga masing masing solat awal waktu di dalam rumah masing masing, dan orang lelaki pula pakat pakat penuhkan masjid.., tapi sekarang dah tiba akhir zaman yang mana orang perempuan pakat pakat keluar rumah sehingga tak sempat nak masak dan akibannya kedai makan mulai bersepah, dan orang perempuan dah tak malu makan kat kedai, dan itu cerita lain..

Baiklah, sebelum korang salah sangka dan sebelum aku perasan bagus, sebagai lelaki beriman akhir zaman, aku nak kata kenapa aku suka solat kat tempat perempuan kerana apabila hari jummat, kain tabir akan di singkap, sebab waktu tu perempuan tak wajib datang, dan aku suka solat di ruang wanita kerana tempat tu biasanya lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., jadi apa salahnya aku suka solat kat tempat perempuan? Tak salah bukan?

Untuk yang baru masuk islam semalam, orang perempuan tak pergi solat jummaat kerana tak wajib untuk mereka, hanya untuk lelaki, walaupun bagaimanapun, tak pula waktu tu orang perempuan jadi afdal pergi ke pusat membeli belah sampai lengah solat zohor, nak masuk neraka waktu tengah hari ke? Baik korang siapakan diri belajar dari suami masing masing tentang isi khutbah Jumaat hari itu, faham?

Tapi bila dengar khutbah kat tempat perempuan ada jugak buruknya, iyelah, bila dah duduk kat tempat yang lengang, tak sesak dan lebih kemas serta wangi.., atas karpet berbelang yang tebal dan duduk betul betul di bawah kipas, serta tangah hari yang panas dan waktu rehat kerja pulak, tak tertidur abang di buatnya, jadi maafkanlah abang wahai sayang, abang tak beberapa dengar khutbah tadi, terlelap, lagipun spekar pecah, bunyi tak jelas, bunyi kuat sangat (atau bunyi perlahan sangat)..

Tapi mangkuk mana ntah, ambik selipar abang, selipar murah macam tu pun tergamak di ambiknya , hampeh betul!!

Lepas tu ada pulak mangkuk yang parking kereta tengah jalan dan tak reti nak balik awal, dah ler datang lewat, parking pulak kat laluan utama, masa tulah nak solat rawatib lama-lama, tak ke hampeh?!!

Begitulah Marah aku kepada system yang buat bini aku tak berani nak tanya isi khutbah jummat lebih-lebih…

CERITA TIGA

Aku tak beberapa suka dengar Khutbah…, kejap, jangan terkejut dan tuduh aku munafik, jangan sangka melulu, dan jangan salah sangka, kerana buruk akibatnya kepada mereka yang bersangka buruk dan ada azab buruk untuknya..,

Korang tahu tak?, di zaman islam berkembang dulu-dulu, khutbah jummat hanya seringkas solat sunnat dua rakaat, kerana khtubah itu sendiri adalah ganti untuk dua rakaat solat zohor yang mana hari tu korang hanya solat dua rakaat sahaja, tidak empat seperti biasa kerana dan tolak dua ganti khutbah jumaat..

Tapi hari itulah korang nak brain wash cukup-cukup, selepas bagi amaran tak boleh bercakap ketika khutbah, korangpun lenjan dan pulun habis-habisan, mentang mentang kami tak boleh menyampuk dan terpaksa duduk diam, korang bantai khutbah berjam-jam!, ada masjid yang cecah 2.30 baru habis, dah melampau, aku lapar tak makan nasik lagi,

Baik, sebelum korang salah sangka, aku sebenarnya TAK kesah jika kamu nak baca khutbah lama lama, asal apa yang kamu cakap tu penting!!, tapi yang aku nak marah adalah, Aku dah lah seminggu sekali datang masjid, datangnya aku nak dengar cerita tentang takwa dan tentang akhirat, tapi korang dok bantai jugak cerita-cerita hal dunia, apa ke hal? woi! Dah seminggu aku cerita dunia kat tempat kerja aku.., kawan aku pulak setahun sekali baru datang masjid dengar khutbah raya, tapi korang ambik peluang ni untuk berkempen, masjid pembakang bila tak perlu teks dari kerajaan, apa lagi.., masa tulah nak berkempen dan nak dedahkan kesalahan system, nak yakin dengan senjata islam, Negara islam bla bla bla.., adoh!!

Aku pergi pulak masjid kerajaan, aku pergi nak dengar cerita akhirat, tapi masa tulah korang nak cerita tentang dunia, pentingnya pelancong datang ke Negara kita, pentingnya ekonomi, pentingnya beli barangan tempatan, pentingnya sukan, bla bla bla bla!!!

Tak ke hampeh?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bincang siang malam atas langit sana?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk bantah membantah siang malam atas langit sana?

Tahu tak korang apakah TIGA perkara yang malaikat duduk tingkah meningkah siang malam atas langit sana?

Allah dah tanya soalan ni pada Nabi dulu dan Nabi tak tahu nak jawab apa pada mulanya, lalu Allah letakan ’tanganNYA’ ke atas dada Nabi dan seluruh alam pun terbentang di mata Nabi Muhamad SAW lalu Nabi pun menjawab ke tiga-tiga perkara yang malaikat duduk bincang, bantah, tingkah pada seluruh siang malam di atas langit sana?

Kenapa tak masukkan ke tiga-tiga perkara ini dalam khutbah masing masing?, bukankah ketiga tiga perkara ini begitu penting kerana tanpanya segala amalan lain tidak berguna?

Dan ketiga tiga perkara ini telah gagal di hayati oleh ummat islam yang buat kamu di jajah, di hina, ekonomi jatuh dan merempat di pandangan mata orang kapir.., tapi kamu masih merepek dalam khtubah masing masing kerana sedang silap dalam sangkaan, sedang hadirin pula tertidur dan angguk macam faham...

Apa lagi nak di kata?

CERITA EMPAT

Setiap Manusia akan bertindak mengikut sangkaan masing-masing, sekiranya apa yang di sangkanya itu adalah betul, maka betullah hidupnya dan apabila apa yang di sangkanya itu adalah tidak betul, maka gagallah keseluruhan hidupnya..

Oleh yang demikian, Allah telah hantar beribu ribu Nabi dari kalangan ummat manusia terpilih untuk membetulkan sangkaan ummat manusia..

Sebagai contoh: Di Zaman Jahilian dulu, orang arab sangka tuhan itu ada sebanyak 360 yang di zahirkan dalam bentuk berhala, dan pakat pakat sembah siang malam.., lalu datanglah Nabi Akhir Zaman yang membetulkan sangkaan manusia bahawa, TuHan hanya satu dengan lafaz: Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tiada Yang Berkuasa Melainkan Allah, Tiada Yang dapat memberi Manfaat atau Mudarat Melainkan Allah, Kesenangan atau Kesusahan semuanya adalah dalam Kudrat, Kehendak, Perintah dan Izin Allah Yang Satu…

Untuk betulkan sangkaan kita, maka Nabi Muhammad S.A.W telah ajar kita semua agar betullkan lidah dengan memperbanyakkan ucapan Iman, dan memperbaharui Iman masing-masing agar kita selalu betul dalam bersangka terhadap Allah SubhaNahuwaTa’ala..

Namun, kerana gagal menjaga lidah masing-masing, ummat hari ini telah hidup dalam sangkaan yang berbeza.., ada yang sangka bila ada Negara Islam, senjata islam barulah ummat islam akan berjaya, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., dan bergerak mencari pengaruh sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..

Ada pulak yang sangka bila ada Negara yang Maju, ekonomi yang kukuh, maka orang kapir akan respek dan kagum dengan orang islam, lalu dengan sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., kerja siang malam untuk mengukuhkan ekonomi sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..

Aku tak nak ulas lebih-lebih, kerana takut yang salah sangka akan bertambah besar pula salah sangkanya, dan takut yang dah betul sangkaan akan jadi salah sangka pula..oh!

Tulisan aku dalam blog ini pada sangkaan sesetengah orang adalah seperti tangan yang menghulur ke dalam air, dan merekapun ambil peluang untuk mencapai tangan ini lalu timbullah mereka..

Bagi orang yang lain pula, pada sangkaan mereka, tulisan aku ini adalah seperti umpan yang menghulur ke dalam air, yang mana jika mereka ‘ngap’, aku ‘ngep’! he he he, .. dan itu hanyalah sangkaan mereka semata mata…

Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah nota ugama untuk aku sendiri, aku tak link dengan sape-sape dan aku tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, HAKIKATNYA:, Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!

Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA…

Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!

Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi iaitu :-’Korang’!

Woha!

Sebab tu aku tak declare bahawa aku sedang buat Dakwah di sini, Kerana dakwah yang korang sangka adalah untuk ajak orang berbuat baik, sedangkan apa yang aku buat adalah bukan sebab nak suruh korang ikut aku, tapi buat ’dakwah’ sebab aku tak nak jadi macam korang! Kerana jika aku tak buat, maka nampak macam kita sama jer lebih kurang... Maka aku tetap buat supaya aku tak jadi SALAH macam korang, Dan dah tentu jika korang ikut, maka korang akan jadi macam orang ’Dakwah’ pulak, dan itu baik untuk korang dan ada jugak saham untuk aku, tapi yang paling penting, diri sendiri terbaiki apabila kita betulkan Lidah kita dengan sangkaan yang betul..! faham tak?!!

Akhir kata, Lantakkan samaada korang nak setuju atau tidak tapi yang penting korang FAHAM APA YANG AKU FAHAM, bila dah faham barulah layak korang ‘BETUL’kan aku..

CERITA LIMA

Pada suatu hari di Hari raya Aidil Adha, aku pergi ke masjid, di jalanan aku berjumpa sahabat lama, sebagai lelaki beriman akhir zaman, setelah bertegur sapa, kami berjalan dengan menundukkan kepala ke masjid, membawa sifat dalam solat ke luar solat..

Di pintu pagar masjid, aku berpisah dengan rakanku, dia ke kanan dan aku kiri kerana aku nak pergi ke ruang solat wanita yang lebih lengang, tak sesak dan kemas serta wangi..,

Seketika kemudian aku patah balik dan aku lihat kawan aku sedang tersengih lalu gelakkan aku!!

"Cis, kenapa kau tak halang aku ke sana”

Marah aku kepada sysytem...

"Engkau tu tawadhuk sangat, jalan tak tengok kiri kanan”

Kawan aku beralasan..

"Menjerit semua perempuan kat tempat wudhu tengok janggut aku, aku ingat hari ni hari jummat he he he”

Kataku, sambil gelak cover malu

"Kalau kau pakai baju 'PAS TAWAN TERENGGANU', tentu orang akan kata orang PAS gila seks, kalau kau pakai baju 'ISLAM HADHARI, TERENGGANU BISTARI', dah tentu pulak orang akan kata orang BN gila seks, tapi hari ni kau pakai jubah dan serban.., nampaknya 'ORANG TABLIGH' lah yang akan jadi sasaran fitnah.."

"Semoga Allah ampunkan dosa aku kerana buat mereka berdosa dalam SALAH SANGKA”..

Sekian...

Seperti biasa, khutbah Raya hari itu masih sempat bercerita tentang dunia..

Ps: Ok, pilihran raya dah dekat, masjid mana yang khutbahnya beratkan cerita tentang akhirat, aku undi kamu!

Dec 14, 2007

Nak Kekal Berkasih ?

(Bagaimana kamu tunjukkan bahawa kamu sayang isteri kamu?)

Untuk menjawab soalan di atas aku tulis sebuah Drama yang bertajuk:

“Empat puluh Empat Penumpang tidak termasuk yang berdiri..”, (enjoy)

Aku melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr.. juga sedang menghabiskan baki sisa sisa umur kami..,

Di mataku, terbayang tentang bagaimana segala kepenatan ini bermula…

Adik - perempuanku - kahwin!

Tiga ayat di atas cukup untuk menggambarkan betapa aku dalam kepenatan, lebih penat dari menyertai perhimpunan kuning (aku rasa..), mungkin korang rasa aku tidak ihklas atau mengada atau apa saja sangkaan korang, lantak korang ler, aku tidak peduli, kalau korang nak dengar, mari sini aku cerita…

Dalam keluarga yang seramai 16 adik beradik ini, perkahwinan adalah laksana acara tahunan, kejap kejap yang tu kahwin, kejap kejap yang ni kahwin, lepas tu anak saudara pulak kahwin, kemudian sepupu kahwin, yang letihnya, dari tahun ke tahun cara mengadakan majils dan hidangan menjadi bertambah besar dan kerja tugas yang semakin bertambah.., sementelah lagi bila adik sendiri yang kahwin…

Adikku ini adalah yang ke 14 dari semua adik beradik, terkenang pula lagi dua orang adik perempuan yang masih belajar, sorang di University Al azhar dan sorang lagi di Politech tanah air.., tahun depan kahwin ler tu…

Aku drive tiga jam baru sampai ke kampong, tanpa rehat dan tidur yang cukup, aku terus berkecimpung dalam sebuah majlis perkahwinan..

Cerita terus rancak dengan pengorbanan seekor lembu, kami sama-sama sembelih dan melapahnya, mencicang tulang, menyiat kulit dan memotong seluruh danging lembu kepada cebisan cebisan kecil..

Perut Lembu kami tanam dalam-dalam..

Aku yang benanak tiga dari Kuantan bersama dengan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun, di tugaskan meminjam peralatan dapur dari dewan utama kampong, angkat periuk besar yang tak boleh di isi dalam bonnet kereta, angkat tuku besar yang tak boleh pikul dengan kudrat manusia, namun kami gagahi jua, dan berjaya akhirnya.., sementara abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula, di tugaskan sebagai pemasang khemah, meja dan susun kerusi..

Di dapur, kakakku yang beranak sembilan bertugas sebagai ketua masakan dari ulu Terengganu, dan di tolong oleh kakakku yang beranak tiga kesemua lelaki dari Kuala, dan juga jiran jiran yang masing masing sudah beranak pinak..

Ibuku yang beranak ramai pula menjadi penyampai atau penyeru jiran-jiran kampong berkerja..

Oleh kerana terlalu ramai adik beradik, ayahku yang beranak enam belas itu telah menyewa sebuah rumah untuk di diami oleh kakakku yang beranak 10 dari Rompin, dan abangku yang beranak sembilan dari temerloh..

Mereka juga akhirnya menjadi pembantu yang hebat..

Kakak sulongku seorang yang kaya dari Kuala Lumpur dan memakai baju seperti artis tanah air beserta tiga beranak cukup sekadar hanya menjadi pemerhati dan sekali sekala tumpang ketawa akan beberapa lawak dari dapur..

Ramai rupanya rakyat Malaysia yang masih berugama islam..

Sambil bekerja, kami adik beradik lelaki sempat berbincang isu isu ugama dan bagaimana nak selamatkan dunia…

Apa-apalah!

Malam itu kami tidur berterabur dan bersepah serta bergelimpangan, abangku yang beranak lima dari Kuala Lumpur dan adik lelakiku yang beranak tiga dari besut sedang bini mengandung pula ambil keputusan untuk tidur di beranda rumah, sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua dari Dungun siap berkhemah di halaman rumah, mentang mentang bekas pengakap di raja, Aku yang beranak tiga pula sekadar tidur dalam bilik kecik a.k,a ruang solat di rumahku.., (bolehlah..)

Tidur lewat dan bagun awal, maka tibalah hari perkahwinan,

Aku yang beranak tiga, dan abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua menjadi saksi akad nikah majlis perkahwinan, adikku yang ada satu anak sedang perut masih mengandung dan nak beranak bila bila masa pula menjadi pengapit..

Bila tiba jamuan makan, aku yang beranak tiga bertugas sebagai penjaga lauk dari berkurangan sementara abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua bertugas sebagai penjaga nasi,

abangku yang beranak lima menjaga air dan adik lelakiku yang beranak tiga sementara bini sedang mengandung pula menjaga lain-lain hal.. (aku dah malas nak eksplain)

Yang lain sibuk membasuh cawan dan gelas, manusia datang macam ombak tsumani, dan adikku si Raja sehari bersama suaminya tersenyum malu-malu kucing sedang menjamah hidangan lauk pengantin yang aku tak boleh nak makan, hampeh..

Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan suasana, Bukan semua ahli keluargaku yang balik rupanya, abangku yang beranak empat di KL, dengar cerita keretanya baru kena tarik dan hidup sedikit miskin tak boleh balik, kakakku yang beranak tiga kesemunya perempuan dan tinggal di kajang, dengar cerita baru pindah rumah baru (duit tak cukup) juga tak dapat balik.., dan sudah tentu adikku yang sedang belajar di Mesir juga tak balik..

Panjang cerita, aku pendekkan dan kita kembali ke babak awal entry ini..

Aku yang beranak tiga melepaskan lelah di hujung anak tangga, dari beranda rumah, kami seisi keluraga sedang lepak berehat minum petang sambil menghabiskan air dalam cawan masing-masing, errr… juga sedang menghabiskan sisa sisa baki umur kami..,

Alhamdulillah dalam keluarga yang jika naik bas 44 orang tidak termasuk yang berdiri juga penuh, dengan masalah lupa nama cucu dari pihak ayahku dan lupa nama anak saudara dari pihak aku sendiri.., dan bila ada anak saudara yang duduk tepi aku orang akan anggao kakak aku, atau awek aku.. namun.. sehingga ke saat ini, belum ada yang bercerai.., (bermadu lain cerita) alhamdulillah…!!

Cuma cerita tentang yang NAK bercerai dan NAK bermadu sering timbul dan hangat di bualkan dalam keluarga kami..

Bak kata ‘keretamayat’:

Bercerai kita roboh..
Bermadu kita teguh…


Dan petang itu cerita itulah yang kami duduk borak, bahas dan bincangkan…

Nak kata mengumpat tak juga, tapi lebih kepada bagaimana nak selesaikan masalah keluarga.., boleh gitu?

Di hujung perdebatan dan perbahasan, abangku yang beranak kembar dua dan tidak kembar juga dua mula membuat kesimpulan..

“Hanya satu patah perkataan sahaja untuk selasaikan semua masalah ini..”

Semua terdiam menunggu jawapan..

“Sabar”…

(semua hadirin angguk setuju kecuali aku)

Aku yang tak sabar menyampuk..

“mana ada bahagia bagi pasangan yang asyik “SABOOR JE LAH..”.

(semua hadirin ketawa)

“Kita kahwin semuanya dapat dua perkara, betul tak?”

Tanya aku lagi, dan semua hadirin senyap tunggu jawapan.

“Kita kahwin akan dapat dua perkara iaitu dapat anak dan dapat saborrr je lahhh”

(semua hadirin ketawa semula)

Lalu kakakku yang beranak sembilan pula bersuara.., (dia ni kira otai)

“Tidakkah kamu semua berasa penat? (dengan majlis perkahwinan ini) maka begitulah susahnya kami semua dahulu (mengadakan majlis perkahwinan untuk kamu semua), jadi minta tolong, jagalah dengan sungguh-sungguh (akan) rumah tangga masing masing, jangan terdengar dari telinga kakak, adik-adik yang bercerai.."

(kami semua diam setuju)

Ayahku yang beranak 16 perlahan-lahan hisap rokok, dan menghebuskan asap ke udara..

Aku tammatkan cerita tentang kisah suka duka rakyat Malaysia yang berugama islam pada babak beranda rumah, sekarang kita pergi pada babak yang lain pula..

Dalam perjalan pulang, dalam kereta, aku dan isteriku berbincang tentang isu isu keluarga aku tadi..

Secara kesimpulannya;-

Suami isteri ada masa akan bergaduh juga, lidah pun akan tergigit bak kata orang tua, tapi yang jadi masalah bila bergaduh, masing masing, pakat-pakat menyakiti hati pasangan antara satu sama lain, di sinilah segala masalah muncul..

Pada permulaan pergaduhan, mula mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, caci dan makian, yang tak sepatutnya di keluarkan oleh orang yang bermoral, semuanya dengan niat menyakiti hati pasangan, lebih dari itu mula bercerita dan mengumpat keburukkan pasangan masing-masing, hati mana yang tak sakit?

Dan lebih teruk, bila ada yang sanggup keluar dengan wanita lain, hanya nak buat isteri sakit hati, ada yang layan lelaki bujang hanya nak buat suami sakit hati, dan bila aku baca akhbar, ada orang bukan islam apabila bergaduh, sanggup bunuh anak hanya semata-mata nak bagi pasangan sakit hati..

Sungguh simpati…

Bagi aku, jika korang nak bergaduh, boleh.., tapi jangan sekali kali dalam bergaduh, masing masing cuba buat pasangan sakit hati, kerana, melalui jalan ini (bergaduh tanpa saling menyakitkan hati), pintu berdamai akan sentiasa terbuka…

Tapi bila tiba bab saling melukakan hati pasangan, boleh bergegar tiang arasyh di buatnya!!…

Dan begitu jugak nasihat aku kepada yang bergaduh kerana politik, jangan sampai tahap saling sakit menyakiti, walaupun hanya sekeping hati.., ingat pesan Nabi, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nak berbeza pendapat, apa salahnya?, berbeza pendapat itu Rahmat bila kena dengan cara, Imam 4 mazhab juga berbeza pendapat tapi mereka boleh hidup aman damai, hari ini kerana berbeza pendapat dalam politik, dalam ugama yang di politikkan, hidup menjadi cukup carca-merba!!

Hampeh (aku meludah)

Satu lagi bila takde peluang nak sakitkan hati, korang pakat-pakat berdendam pula..

Bagi aku, orang yang berdendam, adalah tidak patut di jadikan isteri, dijadikan kawan dan di jadikan musuh dan tidak layak jadi Wakil Rakyat!!…, maka aku memaafkan segala laku kamu, dan semoga Allah mengampunkan segala salah laku kita bersama…

Maka, wahai orang politik sekalian, jaga lidah kamu, dan jika kamu ada sifat berdendam, KAMU TAK LAYAK JADI PEMIMPIN…

Hampeh..!!(sekali lagi aku meludah, dah lama membebel, banyak pula air liur yang bertakung di hujung bibir)

Aku dah tulis panjang bab bagaimana nak bergaduh dulu..

Akhir sekali, (Ingat, babak ini masih lagi dalam kereta), bini aku tanya satu solan yang menyimpulkan segala kesudahan, iaitu bagaimana nak selesaikan masalah suami isteri yang mungkin nanti akan bergaduh....

Aku pun berpantun..:

Sayang emak hamba luruskan,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Sayang anak tangan-tangankan,
Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Aku tahu bunyinya agak hampeh, tapi keberkesanannya adalah begitu baik sekali. (baca: Sayang isteri tinggal-tinggalkan..)

Dah berpantun, aku bermonolog pula..

Sayang isteri tinggal-tinggalkan..

Dalam berjauhan, terdapat banyak ruang untuk berfikir..
Dalam berjauhan, baru mengenal erti rindu..

Dalam kerinduan, Banyak kemaafan tercipta…
Dalam kerinduan, Banyak niat untuk membahagiakan pasangan tercipta..

Dah habis bermonolog, aku menyanyi pula..

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

( P Ramlee)

Tapi isteri ku sudah Turn ON Radio kereta dan kuatkan volume, ada pulak lagu My Chemical Romance...(faham-faham sahajalah, suara aku bukannya sedap)

Akhir sekali, tentu korang akan tanya aku:
“Sayang isteri tinggal-tinggalkan?
“Nak tinggal pergi mana?..”

“Cari harta? Berdakwah? Berjihad? Pergi berhimpun? Pergi belajar ugama?

Aku kata:
“Faham-faham sahajalah, korang kan pandai dan bijak…”

Lalu kereta itu terus memecut laju sambil ditutup dengan lagu “The Black Parade”..

Ps: Sayangilah pasangan anda sebelum mereka menjadi mayat yang sejuk di pembaringan, muka pucat membiru dan perut mulai kembong…, hanya mayat yang bisa memisahkan kamu.. tapi.. janganlah anak dan isteri kamu lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya, kerana kelak, kita akan di azab kerana mengabaikan ini (baca: sayang isteri tinggal-tinggalkan)…

Dec 13, 2007

Jamban atau Tandas?

(Soalan-soalan yang tercicir...yang aku malas nak jawab, tapi hari ini aku berlagak rajin..)

Assalamualikum Encik Hamka....

Saya salah sorang peminat blog keretamayat

Pertamanya, terima kasih kerana membaca emel saya ini. jika ada kelapangan dari En.hamka, saya harap En.hamka dapat menolong memberikan jawapan tentang hal ini kepada saya yang jahil ini...
bla bla bla(delete)

(aku delete apa yang tak penting dan pergi kepada soalan terus)

Saudara Hamka.

  1. Boleh tak ambik wudhu dalam tandas?

  2. Boleh tak saya print artikel saudara dan membaca dalam tandas?(kata kunci: membaca dalam tandas)

  3. Boleh tak jika saya berasa takut dan sedang buang hajat, lalu berdoa minta keselamatan.?(kata kunci: berdoa dalam tandas)

  4. Boleh tak bawa handphone yang ada mp3 dan ringtone Azan atau al quran dalam tandas.

Jawapan (yang tak macam jawapan):-

Waalikumusallam,

Jawapan satu:-
Aku pernah ada kursus kat hotel dan bila nak masuk waktu solat, beberapa orang antara kami ambik keputusan untuk solat ‘area-area’ situ, (surau takde), maka aku dan kawan kawan aku ambik wudhu dalam tandas. Errr, salah ke ambik wudhu dalam tandas?

Jawapan dua:-
Aku ada dengar larangan dari BuZnama bahawa tak elok membaca dalam tandas, mungkin apabila asyik membaca nanti ,jadi lalai dan menyusahlan orang lain yang nak guna tandas pula, tak ke zalim? apa lagi bahan bacaan yang berunsur ugama dan ada nama Allah.. (aku harap ketika ini, entry ini bukan di baca dalam tandas setelah di print).

Walau bagaimanapun, aku ada gak baca SMS dan balas SMS ketika sedang berak, ..Nak tahu apa yang aku reply melalui SMS ketika berak?

SMS: AKU SDG BERAK-TAHIK BANYAK!

Jawapan tiga:-
Ini kes takut hantu ke? Ha ha ha! ..Nasib baik kau tak tanya boleh tak mintak izin datuk nenek jika nak berak, (tapi jika korang sedang bercuti di rumah atuk dan nenek memang nak kena mintak izin mereka terlebih dahulu.., harap maklum)

Walau bagaimanapun, pagi tadi, selepas ‘aku berak-tahi banyak’, bila tiba time nak basuh, air pulak takde, lalu aku berdoa dalam hati kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang agar di kurniakan air kepadaku, aku nak solat hari ini, dan banyak aktiviti bersih yang perlu aku lakukan, selapas 5 minit berdoa, air keluar mencurah-curah, keramat? Mungkin tangki baru penuh atau ada mamat yang baru bukak punca paip utama, apa-apapun, terima kasih kepada Allah yang memberi air kepada kehidupan..

Kata kunci: dalam hati

Jawapan 4:-
Aku dah pernah jawab dulu, malas nak ulang dan malas nak bagi link, jika rajin boleh carik kat ruangan komen kereta mayat yang lepas-lepas, (dalam hati: pergilah rujuk ustaz ulamak bila nak tanya bab hokum dan fatwa cik adik oiii..)

Sekian:-Klik sini untuk baca serba sedikit tentang adab dalam tandas.

P/s: kenapa orang Bandar tak gunakan perkataan 'Jamban'? tak best ke jika tulis JAMBAN AWAM? kenapa ha kenapa?

Dec 6, 2007

Apa kebaikkan poligami?

(Cerita wanita mainstream yang ada konflict dalam diri dan penulis tidak tahu akan statusnya sama ada sudah berkahwin atau masih bujang yang mana beliau sudah email sejak lama tapi aku baru nak jawab setelah menganggap beliau yang berkejaya dan belajar ilmu dunia tinggi-tinggi sebagai anak dara dan aku namakan beliau cik adik)

Soalan dari cik adik melalui email

Saudara Hamka,

Terima kasihlah atas cerita-cerita agama yang telah saudara masukkan kedalam blog saudara. Banyak yang saya belajar ( tapi tak taulah samada dapat saya amalkan dan sampaikan. Doakanlah saya. )

Sebagai seorang wanita, saya ingin minta Saudara Hamka cerita sikit tentang bagaimana nak bawak kedua-dua agama dan dunia dalam kehidupan kita yang serba moden dan canggih nie. Ada banyak aspek yang berkaitan dengan hidup kita yang makin complex ini. Kita semakin jauh dari hidup serba sederhana dan mudah Rasulullah saw dan isteri-isteri serta anak-anaknya.

Masalahnya, kat Malaysia sekarang ni, hampir semua wanita berkerjaya. Kita hantar anak-anak perempuan kita untuk belajar ilmu dunia tinggi-tinggi. Bila bebudak pompuan tu dan berjaya mendapatkan segulung ijazah, maka ibu-bapa pun menaruh harapan menggunung bahawa anak-anak gadis mereka itu dapat mengubah nasib dan rezeki keluarga.

Kat Malaysia nie, ekonomi perempuan = ekonomi lelaki. Malahan sekarang nie, telah menjadi lumrah di mana wanita lebih berjaya dalam persekolahan dan kerjaya.

Yang susahnya, bila kami pergi program-program KEUGAMAAN, sentiasa kami diberi fadhilat kearah 100% penghidupan amalan rumah...ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, tutup aurat dengan sempurna, jangan pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya....Untuk kami yang faham dan ada azam untuk bergerak kearah cara hidup Rasullullah saw, ia menimbulkan konflict didalam hati dan keluarga.

Sebagai wanita mainstream, kita dibesarkan dengan pergaulan (takdelah terlampau bebas) antara lelaki-perempuan di sekolah, di pejabat, di majlis-majlis pengajian (ustaz-ustaz), dan lain-lain. Saya harap perkonsian cerita/ilmu tentang sejarah Rasullullah saw ; ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?. Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?. Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?. Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...dan lain-lain

Insya ALlah, jika ada kesempatan, boleh Saudara sampaikan serba sedikit apa yang saudara faham/belajar.

Jawapan dari aku melalui Blog keretamayat...

Pertama sekali, minta maaf kerana ambik masa berbulan bulan lamanya baru aku boleh balas email cik adik, selain factor geogarfi dan biologi, aku telah tekadkan azam dan gagahkah jua diri ini untuk cuba menjawab soalan soalan yang tecicir dalam dashboard keretamayat sambil meniti ranjau hidupku sebelum naik the real keretamayat, ..chewah!, harap cik adik belum jadi mayat dan sempat baca jawapan dari aku yang hina ini..

Cik adik, sebagai manusia mainstream... kita kena mengaku bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah dan memang terdedah kepada godaan iblis..,

Sungguh ihklas soalan cik adik, dan sebagai manusia yang lemah, kita jugak ada masalah otak yang serius, iaitu tak paham kehendak Allah dan tak paham hikmah di sebalik Sunnah Rasullullah..

Sebagai contoh, walaupun Al quran dan complete lengkap, tapi kerana kejahilan kita, sudah tentu kita semua tak mampu nak taat perintah Allah dengan betul dan kerana itu sebagai mengimbangi tahap kemampuan akal manusia, Allah turunkan hadith-hadith pula melalui lidah Rasullullah SAW agar manusia dapat melalui gaya hidup yang sihat dan betul...

Dan dari sisa hidup aku yang hina dina ini, dalam kesempitan belajar ugama, aku juga tak jumpa sangat tentang hadith akan ganjaran wanita yang berkerjaya, atau kelebihan wanita bergaul (walaupun takdelah terlampau bebas), yang aku jumpa tentang azab dan ancaman, banyak pula, apa lagi nak di kata?

Maka dah tentu wanita wanita yang ikhlas macam cik adik akan rasa sedikit ralat dan conflict kerana bila rujuk hadith, asyik bercerita tentang 100% penghidupan amalan rumah, seperti ibu-ibu yang menjaga anak-anak dirumah maka akan bersama-sama Rasullullah di syurga, wanita yang solat di satu penjuru rumah seolah-olah seperti solat di belakang Rasulullah saw, wanita yang basuh baju dan jemur baju, maka matahari akan berdoa keampunan untuknya, wanita yang terbaik adalah yang tutup aurat dengan sempurna, 3 hari wanita tak keluar rumah doa makbul, wanita yang duduk rumah selamat dari fitnah dajjal, wanita yang baik adalah yang tidak di pandang lelaki yang bukan mahram dan sebagainya.... (rujuk ustazah yang ikhlas)

Maka sekali lagi aku nak ingatkan cik adik bahawa kita adalah makhluk yang lemah, sangat mudah jadi mayat melalui bebarapa aktiviti dan kita juga sangat sering mudah di’bilis’ iblis..,

Oleh yang demikian, terdapat dua conflict yang sering melanda manusia..

i) Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah..
ii) Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah..


Akibat Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah, akan wujud seorang manusia yang berlagak berdiri di atas kaki sendiri, sering memuji kejayaan diri, berjalan dengan sombong dan angkuh, dan terus hidup dalam keadaan menolak takdir yang akhirnya membuka jalan ke neraka...

Akibat Gagal bersangka baik dengan Perintah Allah pula, akan wujud seorang manusia yang was-was atau syak dengan kebenaran lalu menunaikan ibadat dalam keadaan conflict seterusnya sebagai azab dia akan tercegah daripada Sunnah, dan setelah mereka meremehkan sunnah, sebagai azab, mereka akan tercegah dari fardu, dan akhirnya tercegahlah mereka daripada Mengenal Allah yang akhirnya membuka jalan ke neraka...

Naduzubillah...

Aku tak perlu tunjukkan contoh orang yang Gagal bersangka baik dengan Takdir Allah lalu mengakhiri hidup dengan menjadi mayat bunuh diri..

Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...

Sebagai contoh, seandainya adalah sorang professor atau kita semua yang hidup zaman Nabi dan buat research untuk layakkan korang dapat PhD..

Dan kita ambil satu daripada Perintah Allah sebagai kajian kita, dah tentu pada permulaan islam, perintah Allah yang pertama adalah buat Dakwah dari hati ke hati, face to face, door to door..

(Maaf, kerana bunyinya agak ‘tabligh’, tapi aku tulis tentang sunnah, dan korang tolong jangan jadi SLOW,)

Maka bila kita lihat Nabi kena pukul, kena ludah, kena baling najis, dan sebagainya, maka kita mula sangka buruk dengan perintah Allah, kerana kita nampak Nabi macam ‘gagal’..,
Naduzubillah...

Beberapa tahun kemudian kita dapat tengok pula orang yang ikut Nabi kena siksa, kena azab, Bilal di cemati, Summayah di bunuh dan berpuluh lagi nyawa ummat islam terkorban, namun ada Nabi ubah startegi? Ada Nabi di landa conflict macam korang? Cuba laksanakan Dakwah dengan cara kepala otak pula? Tidak sekali-kali, Nabi faham perintah Allah...

Yang jadi masalahnya apa yang manusia semua duk pikir waktu tu?
Orang mekah fikir Nabi dah gagal buat dakwah, kena pulau dilembah Abu Muatalib selama tiga tahun, kena boikot sehingga orang islam ada yang mati kelaparan, ada pulak yang lari ke Habsyah, lepas tu Nabi pergi berdakwah di Taif, kena rejam dengan batu sampai cedera sini sana..

Naduzubillah, jika kita ada zaman tu, kita jadi orang munafik kot kerana sangka buruk dengan perintah Allah dan takdir Allah, timbul konflict dan ralat melihat apa sudah jadi pada ugama islam? sudahlah dakwah tak berkesan, Nabi kena rejam dengan batu pula..oh!

Walaubagaimanapun, Nabi menangis dan berdoa dengan penuh sangka baik pada Allah dalam takdir Allah dan sangka baik dengan semua perintah Allah..

Doa Nabi selepas di rejam batu kat Taif.. (lebih kurang maksud):-

“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”

“Ya Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada musuh yang menguasai aku?”

“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”

“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”

“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”

Paham tak?

Jadi begitulah kita manusia, selalu sangka buruk dengan Takdir Allah dan juga perintah Allah, yang mana akhirnya membuka jalan ke Neraka..oh!

Cuba lihat lagi di akhir dakwah Nabi di mekkah, setelah 13 tahun buat dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., semua orang Mekkah pakat pakat nak bunuh Nabi pula.., yang mana akhirnya Nabi ‘lari’ ke Madinah..., (hijrah sebenarnya)

Maka korang dan Professor tadi tutup research dengan membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad SAW telah gagal dalam menjalankan kerja dakwah baginda setelah di rujuk kepada kesan ke atas penduduk Mekah yang menjadi medan dakwah Nabi selama ini.. (Nauzubillah)

Yelah, orang yang ikut Nabi ramainya golongan hamba, ramai pulak kena bunuh, dan Nabi sendiripun nak kena bunuh.. bla bla, itu ini begitu begini..

Selamat terima ’PhD’ (pala hotak dungu!)

Hampeh!!!

Padahal cerita baru bermula..., itulah perasan pandai.., mari sini aku cerita!

Cerita yang baru bermula adalah, Allah menjanjikan tiga perkara kepada mereka yang buat dakwah cara nabi..

1) Iman akan meningkat.
2) Hidayat akan tersebar
3) Terlepas dari tuntutan Ummat di akhirat..


Kita bincang lain kali tentang ‘Iman meningkat’ dan ‘Terlepas dari tuntutan Ummat’.., kita pergi pada bab ‘Hidayat akan tersebar’...

Sebagai contoh, apabila nabi Musa a.s, berdakwah pada firaun dan Firaun enggan, lalu menghatar 1000 ahli sihir menentang Nabi Musa a.s, nampak ‘macam’ gagal, tapi dengan kehendak Allah, semua ahli sihir dapat hidayat dan mati dalam iman..

Apa yang kita tak faham, bagaimana sungguh-sunggunnya akan Dakwah nabi Musa kepada firaun sehingga datang 7 bala, firuan tetap dengan pendiriannya, tapi dengan sekelip mata Ahli sihir Firuan pula mendapat hidayat Allah..

Ini yang kita tak paham...

Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!

Iaitu kita buat dakwah kat orang lain, tapi hidayat tersebar kepada orang lain, kenapa?

Kerana bila kita buat dakwah macam Nabi maka akan wujud medan hidayat, macam magnet, yang mana siapa yang nak pada hidayat, maka dia akan tertarik kepada hidayat., Ini yang kita kena faham..

Begitu lah dengan penderitaan 13 tahun Nabi di Mekkah, yang orang kafir anggap nabi sudah gagal, tapi setibanya Nabi di Madinah, telah wujud satu kaum besar yang sedang mendapat hidayat berterusan dari Allah, sedia bantu Nabi dan rela berkorban nyawa untuk tegakkan ugama, walhal, nabi tidak pernah berdakwah di sana..

Ini yang kita tak paham...

Dan inilah satu daripada kebaikkan perintah Allah, yang kita kena selalu sangka baik!!

Hari ini ummat islam inginkan Negara islam seperti Madinah, berjuang dengan bermacam-macam strategi, tapi hajat tak tercapa jua, kenapa? Kerana apabila tuan inginkan ’Madinah’, di mana 'Mekkah’ tuan-tuan?

Kenapa abaikan Mekkah untuk dapat Madinah? Bukankah akhirnya Madinah kembali keMekkah dalam peristiwa fatal mekkah,?

Dan ‘mekkah’ itu ada depan mata tuan-tuan, iaitu dalam dakwah hati ke hati, face to face, and door to door.., hidayat akan tersebar ke seluruh alam..

Itu yang kita tak faham…

Apa lagi nak di kata?

Aku nak bagi contoh betapa ramainya umat islam hari ini yang telah gagal berbaik sangka dengan perintah Allah...

Ada tiga Perintah Allah yang banyak menimbulkan conflict dalam diri Ummat islam..

1) Dakwah cara Nabi (hati ke hati, face to face, door to door..)
2) Solat berjemaah (bagi lelaki) dan solat awal waktu(bagi perempuan)
3) Aurat lelaki dan wanita (pergaulan)

Jika di rujuk pada hadith tentang ketiga-tiga perkara di atas, banyak hadith yang menceritakan kelebihan dan ganjaran kepada mereka yang berjaya buat dakwah cara Nabi, solat berjemaah dan jaga pergaulan, kemudian betapa kerasnya ancaman apabila mengabaikan perkara tersebut, maka ini akan menimbulkan conflict dalam diri kerana melalui akal dan pandangan kita, dalam suasana dunia hari ini, seolah olah ketiga tiga perkara itu sudah tidak begitu releven, (naduzubillah), Dakwah cara Nabi di lihat tidak berkesan, solat berjemaah akan menggangu tugas harian kita, dan Aurat dalam pergaulan akan membataskan idea kreativiti kita…,

Lalu kita cuba cari lagi, belek kitab, tadah telinga, pergi kuliah, tanya ustaz, rujuk ulamak yang hak dan sebagailnya, tapi hasilnya adalah, kita tiada pilihan lain, yang jelas menjadi nyata, yang batil juga terang jalannya, dan kesimpulannya, untuk berjaya kita kena Taat Perintah Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW…

Sebelum syitan dan Nafsu mengusai jalan dalam tindakan, pulanglah kita dengan menyerah diri kepada Allah dengan bersangka baik terhadap dua perkara ini, iaitu:

1)TAKDIR ALLAH
2)PERINTAH ALLAH..


Kerana akal dan fikiran kita adalah di cipta oleh Maha Pencipta, maka siapalah kita untuk Melangkau Yang Maha Pencipta..oh!

Pulanglah dan bertaubatlah…

Maka cik adik, berbalik kepada soalan cik adik, sebagai perempuan kena utamakan tiga perkara:-

  1. Jaga Solat.
  2. Jaga Aurat
  3. Jaga Akhlak.

Iaitu solat awal waktu, tidak menampakkan aurat, dan tidak bergaul dengan bukan mahram..
Dan untuk jaga ke tiga tiga perkara ini, mana lebih mudah?, di rumah atau di tempat kerja?

Dan betapa banyak hadith yang menerangkan fadhilat wanita yang berkhidmat di rumah..
Dan betapa banyak hadith yang mencela wanita yang pergi ke luar rumah..

Aku tak nasihat cik adik berhenti kerja dan mogok dalam rumah, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergi kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa untuk jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah..

Itu adalah perintah Allah, dah banyak ustaz yang terangkan benda ni, dan cubalah berbaik sangka dengan takdir dan perintah Allah, maka mata hati akan nampak hikmah di sebalik kehendak Allah..

Bukankah Allah yang mangatur bumi tidak berlaga dengan plenet lain?, yang mencipta orbit bagi bumi untuk bergerak, yang mencipta gravity untuk kita jatuh bangun, yang mencipta suhu hidup kita sebanyak 37 darjah celcius, yang menormalkan kita di tekanan atmosphera yang berjumlah 14. 7 psi bersamaan 1.033 kg/cm2?

Dan apa jadi jika tekanan bumi berubah? Apa jadi jika suhu badan kita meningkat kepada 40 darjah celcius?, apa jadi jika bumi jika tergelincir sedikir dari orbit dan mendekati matahari sebanyak 10 cm? Apa jadi jika lapisan ozon bocor? Maka sudah tentu dengan izin Allah dunia ini akan hancur dan musnah..

Akrian, apabila Alah yang Maha bijaksana menciptakan seluruh alam dan mengawalnya dengan Maha bijaksana pula, adakah boleh kita anggap perintah Allah yang Maha bijaksana ada yang tak kena dan conflict?

Siapa cipta otak dan akal kita?

Maka di sinilah masalah yang timbul, ramai orang yang jadi kafir apabila gagal menerima Takdir dan ramai orang islam menjadi Munafik apabila gagal menerima perintah Allah..

Gagal mencari kebaikkan dalam dua perkara itu akan membawa kita kepada semua conflict dalam dunia dan akhirat..

Berbalik kepada soalan cik adik yang seterusnya,

Ada tak kisah sahabiah-sahabiah yang berkerjaya?.
Fatimah r.a pernah tolong Ali r.a dengan pergi bekerja, tapi cukup sekadar keperluan, apatah lagi saidina Ali sibuk berdakwah sampai tak balik rumah, tak haram wanita bekerja yang penting dapat jaga tiga perkara, solat, aurat dan akhlak...

Ada tak kisah pergaulan wanita-wanita dan kaum lelaki?.
Aku yang jahil ini tak dengar lagi akan cerita pergaulan bebas zaman nabi, yang ada ketika itu adalah hamba perempuan, dan Nabi serta sahabat mengamalkan poligami, masalah ekonomi perempuan selesai bila menjadi madu orang lain, zaman ini ramai wanita tak bersedia.., rela bersusah payah bekerja daripada di tanggung makan minum oleh suami orang.., ni masalah tak nampak kebaikkan dengan perintah Allah...

Bagaimana sahabiah dulu ikut bersama-sama orang lelaki pergi perang/jihad?.
Mereka pergi ikut keperluan, zaman permulaan islam, orang islam tak ramai, mereka pergi memberi rawatan dan ada yang angkat pedang, itu dah masuk darurat di zaman perperangan.., tak boleh nak samakan negara yang aman sekarang dengan keadaan darurat waktu tu, ..,

Seperti aku dah cakap tadi, jika cik adik boleh jaga tiga perkara di atas, go on, pergilah kerja, kerana ada tempat kerja yang memerlukan wanita bekerja, dan ada wanita yang tiada wali menjaganya yang mana beliau terpaksa kerja, go on, tapi jangan lupa jaga tiga perkara di atas, dan sudah tentu wanita yang duduk rumah adalah lebih mulia dari wanita yang keluar rumah.., kena ingat tu..! dan seandainya kita gagal jaga solat, aurat dan akhlak di luar rumah, untuk apa kita dedahkan diri kita di ‘bilis’ iblis?

Bagaimana Aishah ra menjadi rujukan pada sahabat untuk ilmu-ilmu hadis?...
Aisyah adalah Ibu orang islam, Ummul Mu'minin, haram berkahwin dengannya dan di anggap ibu kepada semua orang islam, maka tiada masalah nak merujuk ilmu-ilmu hadith daripada seorang ’ibu’ bukan?

Penutup
Kita di ibaratkan seperti seorang anak kecil yang cetek pemikiran, lalu sebagai kasih sayang, seorang ayah memberi kita cincin emas yang bertahta berlian, sangat cantik dan kita sering bawa ke sana kemari..

Di jalanan kita jumpa dengan seorang manusia yang menjual gula gula berperisa sweet sour…

Dengan kejahilan kita tentang nilai berlian, kita telah sanggup tukar cincin emas bertahta berlian itu dengan sebiji gula-gula dan pulang ke rumah dengan riang ria..

Tidakkah itu kerja gila?

Tapi si anak kecil tak faham, dan benci pula pada ayahnya kerana marah dengan dirinya.., begitulah kita hari ini, yang sering meninggalkan solat awal waktu kerana asyik dengan dunia, melanggar batas pergaulan kerana asyik dengan dunia..

Tidakkah itu kerja gila?

Senang cerita beginilah wahai cik adik, abang (naik pangkat dah aku, jadi abanglah pulak) bagi lagi satu contoh standard budak tadika sebagai tamsilan iaitu, apabila kita bawa kereta, lalu di tahan oleh JPJ atau polis, mereka bertanya dua soalan sahaja, iaitu:

1)Ada lesen tak?
2)Road tax hidup tak?


JPJ atau Encik polis tak tanya kita ada anak berapa orang? kerja kat mana?, beli kereta pinjam Bank mana? ada update blog tak? Tak tanyapun!!!

Begitulah kita bila jadi mayat kelak hanya akan di tanya tentang dua perkara sahaja, iaitu

1)Iman.
2)Amal.

Akhir kata, berbaik sangkalah dengan Takdir Allah dan Perintah Allah, insAllah segalanya akan selesai...

Aku sebenarnya ada banyak lagi nak cerita, tapi tak cukup masa melainkan kau jadi bini aku nombor dua, bolehlah kita cerita panjang sambil belajar biologi.. bercerita tentang poligami kelak,timbul lagi conflict dalam diri kerana tak paham ugama.. dan buruk sangka dengan perintah Allah... aku akhiri entry ini dengan soalan:

Apakah Kebaikkan Poligami dan Monogami?

Memandangkan potongan bawang bini aku semakin besar dan kelihatan semut berkeliaran di sana sini, walaupun aku dah pijak tapi masih tak mati, teringat pula aku bahawa ‘lesen’ dan ‘road tax’ yang macam ada masalah, maka aku tutup karangan ini dengan wabila wa taufil al hidayah, Asalamulaikum warahmutullahi wabarakatuh..., wallahulam!

Ps: berbaik sangka juga dengan aku, Ok?! (sambil kenyit mata)

Nov 29, 2007

Janji Melayu?

(Harap masalah ini dapat di di siarkan di TV3 atau di akhbar Mingguan Malaysia)

Assalamualaikum, kepada semua pembaca blog kereta mayat yang aku hormat dan muliakan sekalian, dah banyak soalan yang korang tanya aku, dari soalan yang panjang berjela kepada soalan yang mengarut gila, dari soalan yang membuat kepala rentung kepada soalan-soalan yang berbentuk kartun, dari soalan yang aku jawab secara langsung kepada soalan yang aku tak pernah jawab langsung, maka sebagai manusia biasa, aku juga ada masalah yang ingin di kongsi, harap korang dapat membantu.

Masalah aku begini,
Aku ada dua orang anak lelaki, seorang berumur 4 tahun dan seorang lagi berumur 3 tahun, muka hensem macam aku dan perangainya memang macam budak budak, iaitu asyik bermain, bergurau senda, lari lari, panjat memanjat, terjun dari tempat tinggi, bergolek dan berguling, buat aksi akrobatik, bergelimpangan dan sebagainya.

Bila malam nak tidur pula, yang ni usik yang tu, yang tu usik yang ni sambil ketawa-ketawa.

Aku yang tidur bilik sebelah bersama isteri sambil belajar biology pun turut terganggu.

Oleh kerana aku tak kenalkan anak aku dengan hantu dan tak ajar mereka takut pada hantu, (takut hanya pada Allah) maka anak aku bila terkejut jam 3 pagipun, masih pergi main main, kadang-kadang berdua, kadang kadang seorang.

Lantak merekalah., jangan ceroboh masuk bilik ayah sudah..

Jadi oleh kerana mereka tak takut pada hantu, aku tak ada idea macam mana nak ‘rasuah’ untuk suruh mereka mengamalkan sesuatu yang baik, seperti duduk diam-diam, jangan rosakkan harta benda awam, jangan bergurau dengan kemaluan, jangan sertai perhimpunan haram dan sebagainya, kalau aku cakap hantu datang cekik mereka, mereka bukannya paham, dan tak takutpun, sebab aku ajar mereka hantu tu macam kucing, (setelah mereka tanya hantu tu apa, pada satu hari kerana dengar anak jiran takutkan mereka dengan hantu)

Tapi Ok jugak budak-budak ni aktif, biarlah mereka menikmati zaman tak boleh solat dan tak payah tutup aurat ni, dah umur sepuluh tahun nanti tahulah aku melempang mana yang patut, rotan aku dah beli dah..

Namun sebagai budak budak, mereka sangat susah makan sayur dan susah nak makan nasik, puas aku dan isteri aku memujuk, tapi mereka tetap tak nak, mereka nak makan lauk sahaja, itupun sedikit, , tambahan pula kartun Popeye the Sailor Man dah ketinggalan zaman sekarang ni, Crubby Patty yang Sponge Bob masak kat Krusty Crab itupun mereka nak buang sayur, tak nak gigit roti dan nak makan daging sahaja, itupun dengan kuantiti yang amat sedikit.
Jadi itulah masalah aku, bagaimana nak pujuk anak supaya makan sayur dan nasik?.

(aku dah bagi pil vitamin tapi masih begitu juga, aku juga tak ajar anak aku makan makanan ringan)

Namun, sebagai manusia, kanak kanak akan sanggup bermujahadah (makan nasik dan sayur) jika kita bagi hadiah untuk mereka, atau dengan nama buruk rasuah, alahai korangpun macam tu, nak rumah besar, kereta besar, sanggup susah payah tinggal anak bini cari rezeki, dan bila mati pulak dah tentu nak bersetubuh dengan bidadari, lalu sabar beribadat.., itu cerita lain.

Tapi masalahnya sekarang, aku dah berjanji dengan anak aku satu perkara yang bakal menggembirakan mereka, tapi bila mereka dah makan nasik dan sayur, aku pula yang gagal laksanakan janji aku tu..

Inilah masalah besar yang melanda aku sejak dua minggu kebelakangan ini..

Iaitu gagal menunaikan Janji !!

Dah dua kali aku berjanji dan dua duanya tak dapat aku tunaikan!!

Korang tahu bukan apa perasan anak aku bila dah dua kali ayah mereka tipu mereka, aku tak nak menipu mereka lagi buat kali ke tiga. Aku takut mereka akan anggap aku sebagai munafik, lalu derhaka pada aku bila dah tua kelak.. oh!

Bila aku terbaca entry dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali, point yang ke 27 dalam bab itu mengatakan bahawa, ibu bapa akan menjadi gagal apabila tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak, membuatkan aku takut..

Aku tak nak kerana kesipalan aku, anak aku sudah belajar tentang 'janji Melayu'.

Sebagai seorang islam, janji adalah antara perkara yang besar. Menunaikan janji adalah kewajipan ummat islam selagi tidak bertentangan dengan akidah…

Mungkir janji termasuk antara dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Dalam Quran ada cerita tentang manusia yang yang berjanji tapi tidak menunaikannya lalu Allah menjadikannya orang munafik dan dijanjikan pula dengan masuk neraka, (rujuk 75-77 Surah At-Taubah)

Berjanji adalah perkara yang penting, menunaikan janji lagi-lagilah penting!!!

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Dan janji Allah dan RasulNya pasti di tunaikan…

Nabi pernah berJanji bahawa kerajaan Parsi akan jatuh di tangan Ummat islam, sebagai bukti Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar r.a dengan linangan airmata terharu akan betapa benarnya janji Allah dan RasulNya lalu menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah bin Malik r.a.

Nabi Muhammad SAW juga pernah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Instabul adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah, pendek cerita, akhirnya Sultan Muhammad Al- Fatih telah berjaya menawan Konstantinople..

Kemudian mari kita lihat janji Allah pula:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Itu adalah janji Allah. Ayat ini biasa di guna oleh para pejuang islam dalam usaha mendapatkan Negara islam..

Apa itu negara islam? Korang paham ke apa itu negara islam?, Kereta islam?, politik islam?, dan zoo islam?
Aku tulis lain kali bab ini, tapi sebelum tu cuba korang baca ayat ini tentang janji Allah..

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa…”
[al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah menjanjikan Negara islam kepada ummat islam apabila sebahagian besar ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!!

Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapat Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!

Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,

Atu nak bagi senang paham,
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!

Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

********
Arghhh, aku dah tersasar dan bermosi pula, bermula dari cerita anak aku yang tak nak makan sayur dan nasik, berakhir pula dengan cerita pembakang yang nak Negara islam, (tapi terlupa beramal soleh.., akupun..isk)

Baiklah aku tammatkan entry ini di sini, karang naik syekh pula, berbalik kepada masalah aku.

Masalah aku adalah,

Pertama:
Aku tak pandai nak pujuk anak aku makan sayur …

Kedua:
Aku dah janji dengan anak aku jika mereka makan nasik dan sayur ayah akan bagi mereka sesuatu habuan tapi aku gagal menunaikan janji..

Habuan ini aku dah janjikan dua kali, tapi kedua-duanya gagal aku tunaikan iaitu pada hari Ahad jam l1.30 pagi pada minggu lepas(25 hb N0V 2007) dan minggu lepas yang satu lagi (18hb Nov 2007).

Ini semua adalah gara gara aku membaca Mingguan Malaysia ruangan Intisari rangcangan yang menyatakan Ultraman MAX akan di tayangkan di TV3 jam 11.30 pagi,

Akupun terus menjanjikan anak aku peluang menonton Ultaman Max dengan sayrat mereka kena makan nasik dan sayur, merekapun makanlah.., tapi tunggu punya tunggu TV3 siarkan rancangan lain, iaitu Detective Conan, tak mengamuk anak aku?,

Apa ke jadah Detictive Conan di tayang dua kali, iaitu pada jam 11.00 pagi dan 11.30 pagi? adakah Technician TV3 silap? Kalau silap kenapa sampai dua minggu berturut-turut? Mana janji islam hadrari kamu yang di nyatakan di perkampungan hadhari tempoh hari? Dan jika tayangan Ultraman Max bermula Desember depan, kenapa Mingguan Malaysia hari Ahad melaporkan berita yang salah? Adakah Mingguan Malaysia yang tersilap atau TV3 yang tersilap?

Tak ke Hampeh?!!!

Ps: Aku nak boikot TV3 dan Akhbar Mingguan Malaysia, siapa nak joint?!

Nov 25, 2007

Bagaimana nak berPOLITIK?

(Entry yang menyelamatkan negara)

Maha Suci Allah yang dengan kehendaknya telah membuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan beberapa ‘kesalahan’ dalam ibadah, yang mana Hikmahnya adalah, Ummat akan dapat belajar bagaimana untuk mengatasi masalah yang timbul dalam beribadat kepada Allah.

Sebagai contoh, apabila Nabi terlupa bacaan ayat dalam solat, atau Nabi tertinggal raka’at dalam menjadi imam, atau Nabi tertinggal solat jemaah, dan lain lain lagi, lihat bagaimana daripada kesalahan itu, Nabi terus menunjukkan cara pembetulan,

Malahan kesalahan ini adalah di sengajakan oleh Allah ke atas NabiNya yang mana Ummat akan dapat belajar secara langsung dan lebih faham kerana ianya berlaku secara praktikal.

Dengan ilmu ini, orang yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja dalam ibadah akan dapat meneruskan ibadah mereka tanpa perlu merosakkan ibadah tersebut.

Alangkah baiknya perkara ini!

Maha Suci Allah yang telah mebuatkan Nabi Muhammad SAW telah melakukan ‘kesalahan’, dan beruntunglah mereka yang mengambil manfaat dan renungan daripada kehendakNya yang Maha Mengetahui.

Oleh yang demikian, asbab ‘kesilapan’ Nabi, setiap masalah yang timbul dalam ibadat nampaknya telah berjaya di selesaikan dalam ummat. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, setelah 1400 tahun berlalu, kelihatan Ummat islam menjadi semakin hina dan terpinggir, Ummat islam menjadi tidak pandai dalam meyelesaikan masalah ugama, malahan telah menukar ‘kiblat’ penyelesaian, iaitu masing-masing mula menggunakan kaedah yahudi atau Bida’ah dalam menyelesaikan masalah ummat..

Apabila di tanya:

"Kenapa kamu bertindak demikian?"

Lalu di jawab mereka: "inilah jalan terakhir, kita tiada pilihan…"

"Tiada pilihan?"

Janganlah keluarkan statement seolah-olah Al Quran dan Al Hadith telah tidak releven, jangan sekali-kali berbuat sesuatu yang seolah-olah membatalkan ayat suci Allah dalam mencapai matlamat kamu..., dalam membenarkan modus operandi kamu..., dalam menghalalkan yang haram...

Jangan menjadi Hampeh...,

Kita telah lama bersenang lenang di celah kangkang isteri, dengan apa yang kita sedang buat, adakah maut akan menunjuk jalan ke shurga?, atau orang kafir yang menyerang kita akhirnya membuka jalan ke shurga...?

Apakah Masalah Ummat Islam?
Di mana mana sahaja terlihat akan bagaimana buruknya orang kafir melayan orang islam, ummat islam telah di sakiti, di dera, di seksa, di rogol, dan di bunuh.. Penderitaan di Palestin, di Bosnia, di Iraq, di Iran, di Somalia, Algeria, Pakistan, India dan sebagainya, seolah-olah tiada penghujung, apatah lagi setelah targedy "wake me up when september end”.

Lalu bangkitlah Ummat islam yang sedar akan kepentingan ini, lalu cuba menyelesaikan masalah ummat, namun di atas jalan yang sama orang islam telah berperang sesama sendiri yang membuatkan ummat terperangkap dalam kemurkaan Allah lalu di hukum hidup di bawah penguasaan Raja yang zalim.., yang berjari besi, bergigi besi, dan berkuku besi berani!!

Di bawah hukuman ini sedarkah bahawa kita tidak akan dapat pertolongan dari Allah selagi kita tidak kembali kepada ajaran Nabi Muhammad SAW yang asal?...

Tapi Ummat masih tidak sedar, dan akhirnya kita telah hidup dalam suasana berpecah belah, berpuak-puak, saling khianat mengkhianati, caci mencaci, dan akhirnya saling bunuh membunuh sesama islam... dan masing masing seperti bom jangka yang menunggu masa untuk meletup sahaja.

Bang Beng Bong!

Bilakah berakhirnya Perang antara Puak kanan Islam vs Puak kiri islam?
Kalau di sekitar Tanah Arab, kita boleh lihat bagaimana perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali Puak Sunni berperang dengan orang islam yang di kenali Puak Syiah. Iraq vs Iran.

Selepas tragedy “wake me up when september end”, Amerika telah mengambil peluang ini untuk menjejak Osama bin Ladin selaku ketua Al Qae’da di Afghanistan, dan kita boleh pula melihat bagaimana perperangan yang telah berlaku di antara orang islam yang di kenali puak Talibban berperang dengan orang islam yang di kenali puak Pakatan utara.

Yang lebih senior, perperangan yang berlaku di antara orang islam yang di kenali golongan Hamas berperang dengan orang islam yang di kenali golongan Fatah di Palestin.

Dan di mana mana sahaja Negara yang di perintah oleh orang islam, akan terdapat penentangan daripada haluan kiri, seperti Ikhwanul Muslimin di Mesir atau di Malaysia sudah tentu parti berjenama islam iaitu parti PAS.

Pendek kata, apabila orang islam berperang dengan orang islam, maka sudah tentu kerugian akan berlaku pada ummat dan makin mudahlah orang kafir mengusai negara Islam, sedang Hamas berperang dengan Fatah, Israel terus meluaskan sempadan, sedang Taliban berperang dengan Pakatan utara, Amerika terus mengusai sempadan, sedang Islam hadhari dan PAS berpecah belah, mungkin kelak Malaysia yang akan tergadai pada Bangsa lain... dan ugama lain!!

Jangan Tak Pandang Belakang?
Untuk Maju dalam urusan dunia, pandanglah ke depan, tapi untuk Maju dalam urusan Ugama hendaklah pandang ke belakang...

Persoalannya, adakah tidak terdapat kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dalam islam? Adakah 'kesalahan’ yang berlaku pada Nabi hanya untuk selesaikan masalah dalam ibadat sahaja?
Bagaimana masalah dalam politik?
Adakah terdapat peristiwa Nabi dan sahabat bermusuhan yang boleh kita ikuti dalam menangani masalah politik?

Maha Suci Allah, yang memelihara kesucian dan kehormatan para Nabinya daripada mengotorkan tangan Baginda daripada melakukan perperangan dengan ummat islam sendiri. Namun sesuai dengan Sabda nabi yang bermaksud bahawa tidak akan sesat mereka-mereka yang mengikut para Sahabat-Sahabat Nabi, maka terbukalah kepada kita jalan ijtihad dan jalan penyelesaian yang selebar dunia!

Mereka para sahabat adalah manusia yang telah di jamin shurga, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dan mereka adalah orang orang yang di cintai Rasulullah SAW...

Maka marilah kita menyinsing lengan membuka lebaran kisah kisah Sahabat r.a untuk kita belajar menyelesaikan segala permasalah dunia dan akhirat kita.., insyAllah.

Membasuh tangan dengan Darah sahabat?
Maka bermulalah cerita akan bagaimana Allah telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat kekesih Rasulullah dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Wah wah wah, bukan main beraninya aku menulis entry yang sebegini rupa, minta Ampun pada Allah dan minta maaf pada korang semua, baiklah aku mengaku bukan ustaz atau ulamak, dan pengatahuan aku tentang ugama adalah sangat terhad, aku tak pandai arab, dengan bergantung kepada bahan bacaaan, syarahan dari Buznama, dan input dari sixth sense, aku tulis, jika salah tolong jolokkan..,

Satu lagi! ayat ’Membasuh tangan dengan Darah sahabat’, bukan aku yang reka, tapi di ucapkan oleh Umar Ibnu Aziz atau di kenali ’Umar kedua’ yang mempunyai maksud tersendiri, dan aku cuba menulis serba sedikit setakat yang aku faham, jangan berakhir di sini, selepas dapat ilham dari apa yang aku tulis, pergilah rujuk kepada ustaz dan Ulamak!!!

Yang Hak dari Allah, yang Batil dari aku yang hina..oh!

Apakah yang berlaku apabila Mertua bergaduh dengan Menantu?
Setelah Nabi wafat, Abu Bakar r.a selaku Ayah mertua Nabi, telah menjadi khalifah umat islam yang pertama, setelah beliau wafat pula, khalifah seterusnya di sandang oleh Saidina Umar Al khatab yang mana pada waktu itulah sempadan negara islam telah menjadi luas seluasnya dan sebahagian besarnya kekal sehingga ke hari ini, dan nama beliau telah di catat antara 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Namun, Saidina Umar telah mati di tikam ketika sedang solat, sebelum wafat beliau menyatakan kegembiraannya kerana di bunuh oleh orang kafir dan sangat takut jika orang islam yang membunuhnya. Beliau faham apabila tiba zaman orang islam membunuh orang islam maka bermulalah fitnah yang besar.

Kemudian, Khalifah seterusnya adalah menantu Nabi iaitu Saidina Usman r.a, dan di hujung kekhalifahannya, beliau telah mati di bunuh oleh orang islam di dalam rumah ketika sedang membaca Al Quran!!!

Di beritakan beliau di bunuh kerana berlaku salah faham dan fitnah...

Maka pada waktu itu, khalifah Islam yang ke empat, iaitu saidina Ali r.a telah di lantik.

Siapa saidina Ali?
Kita kenal sangat dengan minuman tongkat Ali dan minuman kacip Fatimah, sedang itu adalah nama anak Nabi (Fatimah) dan suaminya merangkap menantu Nabi (saidina Ali), dan itu cerita lain.

Kalah masuk Shurga, Menangpun masuk Shurga?!
Pada zaman pemerintahan Saidina Ali r.a telah terjadinya perbezaan pendapat yang paling besar dalam sejarah islam, yang mana satu puak telah berpakat untuk menuntut bela atas kematian Saidina Usman r.a, dan satu puak bersatu di belakang Khalifah ketika itu iaitu saidina Ali r.a.

Maka berlakulah perperangan di antara ummat islam, bukan perang poster, atau perang mulut, macam kita hari ini, tapi ini adalah perperangan dengan mengunakan mata pedang, di beritakan 20 ribu sahabat telah terkoban nyawa dalam perperangan ini.

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ulamak ulamak ahli sunnah wal jama’ah berpendapat bahawa semua sahabat yang terkorban semaada dari pihak Kerajaan atau dari puak pembangkang, dalam perperangan itu di kira mati syahid. Malahan saidina Ali r.a juga mengatakan demikian.

Ini adalah kerana masing masing mempunyai hujjah dan pendapat yang telah di ilhamkan kesan dari kehidupan bersama Nabi muhammad SAW.

Bayangkanlah, Saidina Ali ketika itu adalah Kerjaaan ummat islam, dan beliau adalah pintu ilmu dan antara sahabat yang paling di kasihi Nabi, di kenali dengan "wajah suci” kerana tidak pernah menyembah berhala, imam kepada dua kiblat dan menantu nabi sendiri, manakala pihak yang Pembakang pula adalah Aisyah isteri Nabi sendiri, juga di kenali sebagai Ibu orang islam, dan bersamanya adalah muawiyyah r.a, Muhammad bin Talha r,a dan juga Hazrat Zubbair r.a.

Jadi, bagaimanakah kita dapat belajar daripada semua sejarah ini?

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Ummat islam telah terbahagi kepada berapa?.
Secara kasarnya, pada waktu itu, Ummat islam telah terbahagi kepada Empat:
  1. Satu adalah para sahabat yang kekal bersama kerajaan iaitu Saidina Ali r.a dan mengikut berperang bersama kerajaan.
  2. Satu puak lagi adalah bersatu di bawah pimpinan Muawiyyah r.a dan Aisyah r.ha lalu mengikut berperang bersama menentang Kerajaan.
  3. Satu lagi adalah para sahabat yang tidak menyebelahi kedua dua pihak, malahan ada antara mereka lari ke hutan iaitu Saad bin Abu Waqas r.a.
  4. Satu lagi adalah para sahabat yang sedang berdakwah di seluruh dunia, mereka tidak pulang dan campur tangan dalam urusan politik kerana sibuk dengan kerja Dakwah.

Bagaimana Nak bergaduh dalam islam?
Ada hadith yang mengatakan apabila Ummat islam tidak betegur sapa atau bergaduh lebih dari 3 hari, maka tidak akan mencium bau shurga. Bermakna di sini sekiranya kita berbeza pendapat tapi masih boleh berbaik baik maka tidak menjadi masalah, macam 4 mazhab hari ini yang boleh hidup dengan aman, boleh makan sekali dan berkahwin, takde masalah walaupun banyak perbezaan pendapat.

Tapi hari ini, yang menyedihkan adalah bagaimana buruknya kita melayan orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita..., kita menganggap orang yang tidak bersatu bersama kita sebagai sesat, munafik, ahli neraka dan kafir, naduzubillah, alangkah ruginya darah-darah sahabat yang mengalir itu pada diri kita, jika kita tidak mencontohi mereka dalam menyelesaikan masalah politik dunia islam.

Apabila kita teliti budi pekerti para sahabat yang telah di tarbiah oleh Nabi sendiri, maka sedarlah kita bahawa betapa jauhnya kita dan betapa menyimpangnya kita dalam perjuangan...

Kita hari ini dalam sibuk nak bergaduh, nak betulkan pendapat masing masing, nak perjuangkan ugama, tapi kita tidak sedar (atau memang sengaja?) telah banyak melanggar adab dan sunnah Nabi, melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat, menghina orang islam lain, menjatuhkan maruah dan membuka aib, sungguh berani sekali!! Oh!

Mereka para sahabat telah menguasai dunia dengan akhlak yang benar dan amal yang betul, sedang kita terus terpinggir di hina dunia kerana akhlak yang buruk dan amal yang salah...

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lapakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana nak bergaduh...

Lalu bermulah perperangan...

Dalam perperangan tersebut, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan nak doa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila mush kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir...oh!

Ketahuilah, walaupun mereka berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap Dr Mahatdir dan Abdullah badawi masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh dan sebagainya, itulah yang paling hampeh!! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah...

Akrian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Nabi SAW selalu cerita kebaikkan Khalid kepada adiknya walupun khalid selalu menghina Nabi, yang mana akhirnya apabila khalid tahu hal ini, maka beliau sudah tidak sabar masuk islam!!

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bodoh amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita? Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Akrian, dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang dan yang kalah hartanya telah di rampas, namun saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, bila dah kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah..

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim...

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz)

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam...

Sesungguhnya mereka benar benar sedang berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, bila nak bergaduh pastikan:-

  • Tidak menyakiti Hati orang islam yang lain.
  • Rasa kasihan pada Ummat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa musuh kita.
  • Cuba cari jalan untuk berdamai.
  • Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
  • Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
  • Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
  • Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
  • Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
  • Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
  • Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Mulakan hidup baru
Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Kesimpulannya, Perkara sebeginilah juga yang sedang berlaku dalam ummat islam hari ini, berpecah kepada empat bahagian, satu bersatu di belakang kerajaan, satu bersatu di belakang Pembakang, dan satu lagi tidak menyebelahi mana-mana, dan satu lagi keluar berdakwah di seluruh alam...

Nasihat aku kepada;

Pro Kerajaan.
Peluang yag di beri Allah kepada kamu bukan bererti kamu benar benar benarnya, amanah itu amat berat hisabnya di akhirat nanti, nasihat dari pembakang ada benarnya, pastikan hak ugama islam tertegak di bawah pemerintahan kamu, buatlah keputusan mengikut kemampuan rakyat, jangan bebankan rakyat dan contohilah khalifah al rashiddin dalam pemerintahan kamu.

Pro Pembakang.
Sekiranya kamu dapat menjaga adab dalam bergaduh, kamu layak jadi pembakang, tapi sekiranya kamu menjadi orang yang tak reti bahasa, tak pandai jaga lidah dan senang lenang bermain dengan hukum ugama, lebih baik duduk diam-diam.., diam lebih baik dari kamu berkata-kata.

Golongan atas pagar.
Pada zaman ini, fitnah tidak dahsyat sehingga perlu kamu lari ke hutan, teruskan bergaul dalam masyarakat dan cari jalan untuk satukan kedua golongan di atas.

Golongan yang sedang keluar Berdakwah.
Teruskan usaha murni kamu, tidak perlu melibatkan diri dengan pembakang, atau berkempen untuk kerajaan, politik akan buat maksud dakwah menjadi fitnah...

Akhir sekali..
Untuk satukan Ummat, kita mestilah menjadikan golongan dikurun terbaik sebagai contoh dan ikutan, kesemua sahabat melaksanakan misi dakwah, menyeru manusia kepada Allah, berjuang dan berkorban di jalan Allah..

Siapapun kamu, walaupun kamu tidak setuju dengan kerajan, atau kamu pro kerajaan, atau kamu golongan atas pagar, tapi janganlah lupa dengan kerja Dakwah, kerana kerja Dakwah inilah kita di iktiraf sebagai ummat terbaik...

Tanpa libatkan diri dalam usaha yang murni dan mulia ini, maka terjauhlah kita dari rahmat Allah dan tersekatlah bantuan Allah ke atas ummatnya, demikian menurut hadith...

Semua pendakwah tahu bahawa maksud kita berbuat dakwah adalah betulkan diri jua dengan tarbiah dari Allah Taala, dan diri manusia akan dapat di baiki dengan perantaraan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Baiklah, dah lama aku menulis, matapun dah mengantuk dan aku nak tidur..

Maha suci Allah yang telah mengorbankan beribu ribu nyawa para sahabat dalam perperangan sesama sendiri demi mengajar Ummat akan datang (kita semua) akan bagaimanakah masalah dalam politik akan dapat di selesaikan...

Selamat berjuang.

Ps: Aku nak tidur, tolong kejutkan aku bila Pilihan Raya dah berakhir... :)

Nov 19, 2007

Kuning itu Bersih?

( 4 perkara yang semua ummat islam kena belajar dan faham sebelum buat sesuatu amal...)

Pada suatu hari..

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat anak lelaki aku sedang keluar dari rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan apatah lagi beliau sedang memakai baju berwarna KUNING!!!

Alhamdulillah, pintu pagar berkunci dan anak kunci ada pada aku.

Beliau berpatah balik dan aku pun menasihatinya.

Wahai anakku, apakah gerangan kamu muram begini?
Kamu ingin keluar?
Ke mana kamu ingin pergi?
Adakah kamu ingin pergi ke perhimpunan 'Haram’?
Untuk apa kamu di sana?
Dan berbaloikah untuk kamu lakukan semua itu?

Sebelum kamu pergi, ayah ada nasihat yang berguna untukmu, dan ayah akan ajar kamu serba sedikit tentang ugama dan aplikasinya. (insyAllah..)

Wahai anakku,

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Kumpulan Yakuza, atau Kongsi gelap China atau kumpulan Gagak Hitam, atau gerakan Taliban, Al Maunah, Ahli MLM, Ayah Pin dan apa sajelah, semua itu memerlukan kepada ahli yang ramai supaya nampak lebih hebat, lebih berkuasa dan bakal menggerunkan pihak musuh.

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Kita boleh tengok betapa berani dan anggkuhnya akan samseng samseng jalanan bila mereka dapat berkumpul dan berarak.

Atau betapa liarnya mat rempit sebaik sahaja dapat berkumpul.

Lagi sekali, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Inilah yang bermain di fikiran Abu Jahal dalam perperangan Badar, orang islam 313 orang nak lawan 1000 tentera?

Kelakar!

Lalu Abu Jahal mengupah artis artis wanita untuk beryair dan bergurindam bagi meraikan kemenangan.

Hakikatnya, memanglah manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Di rogol beramai-ramai?
Di rompak sekumpulan penjenayah bersenjata?
Di belasah peminat bola pihak musuh?
Di pijak manusia di perhimpunan perdana?
Di belanja teh tarik oleh sekumpulan kaki lepak kedai Mamak?

Apa -apapun, Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Jadi kamu wahai anakku, berkumpulnya kamu di sana untuk apa?, untuk menunjukkan kekuatan?bantahan?keinginan?kemahuan?suka-suka?

Atau tak kisah kamu nak berkumpul ke apa. Atau nak buat apa-apapun. Lantak kamu ler..

Tapi sebelum kamu buat sesuatu perkara. Dan perkara itu pula kamu buat dengan sungguh-sungguh dan 'bermati-matian’, malahan mungkin terbit dalam diri kamu bahawa ini adalah satu bentuk 'Ibadat' dalam perjuangan menegakkan syiar Islam kononnya...maka sebelum semua itu berlaku, Sebagai seorang islam kamu kena jawab EMPAT soalan dari Ayah.

Jika setiap soalan ini dapat kamu jawab, lantaklah kamu nak buat apa-apa pun. Ayah akan sokong kamu dan mungkin akan menyertai kamu, tapi jika kamu gagal jawab ke empat-empat soalan ini, jangan harap Ayah nak bukak pintu pagar itu!!

Lakum die Nukum wa li yad’deen.

4 Soalan yang semua ummat islam kena jawab sebelum buat sesuatu amal

Soalan pertama.
Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)

Maka bagilah jawapannya cepat! Jika kamu buat kerana duit, atau kerana inginkan nama, atau kerana nak masuk TV, atau Youtube, atau Al Jazeera, atau nak mengorat anak Anuar Ibrahim, atau anak Nik Aziz atau apa ke jadah, maka tak payahlah kamu nak teruskan niat kamu itu dengan perantaran kancah politik yang so called islamik. Siapa yang buat amal kerana selain Allah, maka masuklah kamu dalam neraka. Bukan Ayah kata, tapi Nabi kata. Faham?!

Tapi jika kamu bagi jawapan bahawa saya buat semua ini kerana Allah, semata-mata kerana Allah, hanya untuk menyukakan Allah, maka itu yang terbaik, tapi sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke dua..

Solan kedua.
Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?

Sila bagi Dalil dan Nas, katakan bahawa ini adalah perintah Allah, ada dalam Al quran ayat sekian-sekian, ada dalam hadith sekian-sekian, atau mungkin kamu akan cakap,:

"Wahai Ayah, saya ada ketua, taat ketua samalah seperti taat kepada Nabi, Taat Nabi samalah seperti taat kepada Allah!”

Baiklah, jika itu jawapan kamu, sila mintak Dalil dan Nas dari ketua kamu, dari Tuan guru ke, dari Datok Sri ke, dari ustaz ulamak ke, pergi mintak cepat!, jika kamu ada Dalil yang menyatakan bahawa itu adalah perintah Allah, maka ayah akan bukak pintu pagar, tapi jika itu hanya perintah orang-orang yang terperangkap dalam kancah politik dan buat keputusan bercorak terdesak atau kuputusan bercorak popolar, atau keputusan bercorak simpati.

Maka, tak payahlah nak pergi ke tempat yang ’haram’...,

Walaupun kita sudah niat kerana Allah, tapi tetap tidak berguna jika itu bukan perintah Allah, Mana boleh cium bini orang dengan ikhlas bukan?

Mana boleh biarkan teman wanita anda bergurau senda antara pusat dan lutut dengan ikhlas bukan?

"Tapi ayah, mungkin tiada perintah Allah dalam Al-Quran dan Hadith, tapi seandainya Nabi masih hidup(dan dah tentu jadi pemimpin parti saya), maka tentu Allah akan mewahyukan perintah ini”

Kalau kamu jawab macam tu, ayah akan lempang kamu!!!

Namun mungkin kamu dan ustaz ulamak kamu atau ahli politik ugama kamu akan berjaya akhirnya bagi jawapan bahawa ini adalah perintah dari Allah, lalu kamu bagi tamsil dan perumpamaan, yang mana setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah perintah dari Allah..., dan mungkin akan keluar hukum pula bahawa orang yang tak menyertai kamu di kira sebagi engkar perintah Allah dan masuk neraka lalu berpimpingan tangan dengan Firaun, (pulak dah...)

Baiklah, mungkin masuk akal dan logik akan hujjah-hujjah kamu bahawa itu adalah ’perintah’ Allah...

Namun, wahai anakku, sebelum ayah bukak pintu pagar, sila jawab soalan yang ke tiga.

Soalan ke tiga.
Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?

Soalan nombor tiga ini akan dapat di jawab HANYA jika kamu benar dalam jawapan kepada soalan nombor dua, kerana apabila sesuatu itu adalah perintah Allah, maka sudah tentu Nabi Muhamad SAW orang yang terawal melaksanakannya, dan bila Nabi SAW melaksanakannya maka dan tentu ada sunnahnya, ada hukumnya, ada niatnya, ada adabnya, ada tertibnya, tak boleh suka-suka ikut cara orang kapir dan yahudi berkumpul, kena ikut cara islam.

Maka sila bagi jawapan yang betul-betul releven, baru ayah bukak pintu pagar.

Namun seperti biasa, melalui usrah atau melalui ustaz ulamak kamu serta ahli politik ugama kamu, mereka berjaya akhirnya bagi jawapan yang menunjukkan penglibatan ulamak ulamak adalah dalil bagi Sunnah Nabi dengan hujjah bahawa ulamak itu pewaris Nabi, walaupun hanya ulamak politik tapi kamu anggap macam semua ulamak terlibat dan mungkin bagi kamu ulamak politik adalah ulamak yang paling afdal.. setelah fikir 13 kali akhirnya, nampak macam itu adalah "Sunnah nabi’, dan mungkin kamu akan berkata jika Nabi Muhamad masih hidup, atau Iman Mahdi dan nabi Isa turun, merekapun akan pakai baju kuning dan menyertai perhimpunan ini!!!

Wah wah wah! Berani betul kamu?!!

Tam spider kata:
Sama lu kita 'salute', Lu memang ‘hero’, Kitapun kecut perut, Tengok dari jauh!!!


Arghh! Bersyairlah pulak..

Maka kesimpulannya, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!, kita pergi kepada soalan seterusnya, sila jawab dengan teliti akan soalan ke empat.

Soalan ke empat.
Bagaimana kamu akan meng'istiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit, Oleh kerana kamu anggap ini adalah perintah Allah, dan Sunnah Nabi mengikut ijtihad kamu, maka ini adalah perkara yang Sangat Baik!!!,maka kamu kena buat jadual, jika solat kamu buat 5 waktu sehari, puasa sebulan sekali, dan berzikir pada waktu pagi dan petang, atau mengundi 5 tahun sekali, maka kamu juga kena selalu berkumpul kerana Allah dan ikut Sunnah Nabi mungkin pada setiap sabtu? Atau setiap bulan? Atau setahun sekali, mana-mana yang kamu sanggup. Tapi jika buat sekali sahaja dan lepas tu cuci tangan, maka itu bukanlah amalan yang baik, ingat! Allah suka dengan amalan yang istiqamah walaupun sedikit.

Maka wahai anakku, ayah sebenarnya tidak melarang kamu untuk ke sana asalkan kamu mampu menjawab 4 soalan di atas.

Dan sebenarnya, 4 soalan ini hendaklah kamu tahu jawapannya untuk setiap ibadat kamu!!
Dalam solat kamu kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa solat adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi bersolat, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Begitu jugak dengan Puasa, ada dalil yang menunjukkan bahawa Puasa itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang menggambarkan bagaimana Nabi berpuasa, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan.

Malahan perkara ini tidak tertakluk pada yang wajib sahaja, yang sunnatpun begitu.
Sebagai contoh solat tahajjud, berzikir, baca Al quran, semuanya kena niat kerana Allah, ada dalil yang menunjukkan bahawa semua itu adalah perintah Allah, ada Hadith yang mengambarkan bagaimana Nabi melaksanakan semua itu, dan bagaimana perintah itu di istiqamahkan mengikut keupayan iman masing-masing.

Namun hari ini, telah banyak muncul pembaharuan yang di anggap baik, walaupun banyak keburukkan. Pembaharuan adalah bila bukan perintah Allah dan sudah tentu Nabi tak buat dan bertentangan dengan Sunnah Nabi, lebih buruk apabila kamu mengistiqamahkan pulak pembaharuan itu dan bermati-matian mempertahankannya.

Berbalik kepada perhimpunan manusia hari ini, Ayah lihat mungkin bilangan kamu yang datang mencecah 40 ribu orang, dan ada juga adik beradik Ayah serta kawan kawan Ayah ke sana ikut serta, sungguh bersemangat kamu semua, memandu dari pantai timur ke dataran merdeka, dan bila aku tanya, tak takut kena ISA ke? Kamu jawab, takpe sebab kami sedang berjuang..

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Baguslah, Cuma Aku harap bila masing masing balik dari perhimpunan itu, jangan lupa perhimpunan manusia di Masjid setiap hari, kalau dalam kampung 5000 orang, tak kanlah solat subuh berjemaah boleh tinggal 5 orang, mana semangat kamu?, tak nak tunjuk semangat kamu kepada Allah? Nak tunggu masuk Al jazeera dan youtube? Nak tunggu wakil dari Book record?

Aku tahu perhimpunan kamu tempoh hari gagal mencecah 100 ribu kerana di halang oleh abang polis dan FRU.

Tapi apa pula yang menghalang kita dari berkumpul di masjid setiap hari?, jika waktu subuh, aku rasa kedai belum bukak, ofis pun belum start, rangcangan TV takde yang best, sekolah pun masih tutup, apa yang menghalang kita dari berkumpul di Masjid?

Sebuah bantal dan sehelai selimut?

Kasihan..

Masa ayah duduk di kemaman dulu, ada satu peristiwa yang mana Kerajaan telah bertindak untuk merobohkan rumah rumah yang di bina di tanah haram. Dan di antara rumah itu terdapatlah juga sebuah masjid yang di bina di tanah haram, setelah habis semua rumah di robohkan, maka tibalah giliran Masjid,

Akrian, bila masjid yang ingin di robohkan, maka berkumpulah semua orang kampung dan membuat perisai manusia mengelilingi masjid, mempertahankan Rumah Ibadat Orang islam.

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

Abang Polis pun turun dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana begitu ramai manusia, dan drever jentolak di dapati menangis insaf akan akhirnya, lalu Pihak berwajib berundur dan hilang dalam ramai.

Orang kampung menang, Kerajaan dan Abang polis kalah.

Orang kampung, 1, Kerajaan dan Abang polis, 0

Namun korang tahukah bila pulak jentolak itu datang untuk merobohkan masjid?.

Kelakar!

Waktu solat zohor, masjid itu tumbang, kenapa? Sebab takde orang datang!
Eh, silap, ada yang datang, dalam 4 ke 5 orang, tapi dah tentu mereka tak mampu nak buat perisai manusia seperti pagi tadi.

Soalan aku.
Mana pergi ribu-ribu manusia pagi tadi?

Tak ke hampeh?

Aku rasa jika masjid kita kena bakar waktu subuh hari sabtu, tengah hari jummat minggu depan baru kita sedar bahawa masjid kita sudah kena bakar..oh!

Sesungguhnya 8 orang yang bersolat secara berjemaah, lebih di sukai Allah dari 100 orang yang bersolat sendirian...

KRUNG, KRANG, KRENG!!!

Bunyi pintu pagar bergeser dengan rantai yang di pasak Mangga berjenama SOLEX...,

Anak lelaki aku menggoncangkan pintu pagar, cubaan untuk keluar dari rumah gagal, di luar rumah terlihat anak jiran yang sedang bermain dengan objek mainan berupa patung yang bertanduk..

Hampeh!, penat-penat aku membebel macam Mak nenek, anak aku buat tak peduli sahaja,

Kemudian anak aku datang pada aku dan berkata:

”Nanti, Ayah belikan Haikal Ultraman Taro ye?”

”InsyAllah”

Jawab aku selamba, lalu anak aku yang memakai baju kuning berjenama KIKO LALA itu dengan sedikit gembira naik basika roda tiga dan buat tawaf kat kereta aku di halaman rumah, sesekali beliau berhenti di pintu pagar yang berkunci sambil memandang taman permainan yang di penuhi budak budak lelaki bermain bola sepak.

Alahai anak lelaki sulungku, kamu baru berumur 4 tahun, tak boleh berhimpun di sana lagi, nanti bila kamu dah besar, pergilah sesuka hatimu, tapi jangan lupa jawab 4 soalan di atas dulu-Ok?!
  1. Adakah kamu buat ini kerana Allah? (IKHLAS)
  2. Adakah apa yang kamu buat ini adalah perintah dari Allah?
  3. Jika ini perintah Allah, bagaimana nabi Muhamad SAW melaksanakannya?(Sunnah Nabi)
  4. Bagaimana kamu akan mengistiqamah’kannya (membuat secara berjadual)

Ps: Aku tiada baju kuning semenjak mendengar hadith Nabi tak suka warna –warna yang ‘mengusai kehidupan’, errr, boleh tukar colour lain tak bang?