Apr 30, 2007

Apa itu ILMU ?

Nota: Entry ini di tulis sempena mengisi ruang lembab antara e filling system dan aku yang last minit untuk up date LHDN.. oh!

( Aku yang keliru tentang maksud ilmu)

Seperti suatu wabak, eh! bukan..err musim, atau berita terkini, ataupun kefahaman yang baru(?) kerana mana mana tempat aku menadah telinga, kesimpulan yang aku dapat dari majlis ugama adalah pentingnya ILMU dalam ummat islam sehingga menjadi nombor satu!!..

ILMU.. ILMU.. ILMU!!

Dengar ehwal islampun cakap macam tu, Tazkirah tamil dalam TV juga cakap ilmu penting. Al-Kuliah dan forum perdana tekankan benda yang sama, Media pun cakap ilmu penting, Tazkirah Radio pun tekankan perkara yang sama, Ustaz Universiti explain benda yang sama, tok guru kat surau malam tadi pun cakap begitu, khtubah jummat minggu lepas pun sama, majalah majalah islam, blog dakwah dan..arghh, pendek kata semua pakat pakat bersetuju bahawa ILMU penting, tanpa ILMU ummat akan mundur dan nergara akan di jajah!

Aku sedang keliru ustaz, akan ilmu bagaimanakah yang di katakan penting itu..?, aku hina dan dina.. isk.., ajarlah aku ustaz..

Bila aku tadah telinga, aku dengar kesimpulan yang sungguh merepek pasal ilmu ni, aku terus naik angin!!:-

Ada ustaz ceramah kata Afganistan kalah dalam perang baru baru ni kerana 99 peratus orang islam di sana buta huruf wah wah wah… hebatnya info: kata aku yang keliru,.. Kalau rakyat Afganistan kalah perang ngan America sebab 99 peratus buta huruf, dulu apsal mereka menang lawan rusia? Askar rusia buta huruf ke? Kalau korang cakap kalah sebab tentara buta mata logiklah jugak.. ish ish ish.. 'agak-agak'lah ustaz..

Ada pulak usatz cakap kenapa islam lemah?, sebab Nabi hanya sempat ajar tentara islam berperang melalui laut dan darat, tapi tak sempat nak ajar berperang di udara, tak muntah aku dengar pendapat cam gini.. ??

Ada jugak ustazah yang terangkan Nabi pilih Madinah sebagai Negara islam kerana tanah yang subur.. marbuk kurma ke ustazah?!

Kemudian mereka mula bandingkan dengan ummat islam yang cipta itu cipta ini, reka tu reka ni, dan anggap itulah zaman dan kurun terbaik ummat islam.., lalu tuduh orang kapir curi idea dan jadi lanun cetak rompak itu ini, itulah sajer yang pandai, mengutuk orang memang pandai, kerja ntah ke mana? Huh!

Oii, zaman terbaik adalah zaman Rasullulah dan sahabat, tak tau ke? Mana pergi ilmu ko?

Lalu masing masing buat kesimpulan akan punca ummat islam lemah dan di tindas adalah kerana TAK ADA ILMU, tak pandai membaca, tak pandai cipta teknologi, tak pandai cari tanah subur untuk bercucuk tanam dan apa apa ntah!!

Natijahnya, aku tengok, (kat tempat aku ler ni, bukan kat tempat korang) masing masing mak bapak begitu teruja untuk mengILMUkan anak anak mereka, hantar anak pergi kelas tambahan siang malam sampai tinggal solat jemaah?.., budak tadikapun nak kena tuision jugak kot kalau tak kena gaya.oh!.

Aku rasa mereka ni terkeliru akan perbezaan di antara dunia dan ugama.., terkeliru akan kepetingan ILMU ugama dan ILMU dunia, juga terkeliru akan orang yang macam mana layak pegang harta dan memerintah dunia!!

Maaflah aku yang hina ini jika ada ustaz yang terasa, aku ihklas menegur, aku tak dapat duit lepas tulis ni, dan aku akan save dalam blog supaya bila aku jadi mayat kelak, anak anak aku boleh baca seawal umur 4 tahun dan seterusnya menjadi seorang yang BERILMU,, he he he..

Tak salah jika kita tegur orang alim bukan?, tak salah bukan? kalau ustaz betul bolehlah ajar aku yang perasan bagus ni (oh) tentang dalil dan hujah ustaz, tapi jika aku yang terbukti salah, maka ustaz lagi lagi wajib bagi dalil dan hujah untuk betulkan aku, betul tak ustaz?.. ustazkan berlimu…

Ok, aku bagi satu contoh baik kisah orang alim yang di tegur..

Pada suatu hari, Yahya Ibnu Yaziz Naufali telah menulis sepucuk surat kepada Hadrat Imam Maalik. Setelah memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda Rasullah SAW beliau menulis,:

“Saya telah di sampaikan berita bahawa tuan biasa memakai pekaian yang nipis, memakan roti yang lembut dan berehat di atas tempat tidur yang empuk.

Tuan juga ada pengawal untuk menjaga keselamatan. Padahal tuan merupakan salah seorang di kalangan ulamak yang berkedudukkkan tinggi. Orang ramai bermusafir dari tempat jauh datang untuk belajar ilmu dari tuan. Tuan merupakan Iman zaman, ikutan orang ramai yang menuruti jejak langkah tuan.

Hendaklah amat tuan berwaspada. Secara ihklas saya menulis surat ini. Tiada siapa melaikan Allah sahaja yang mengetahui mengenai surat ini.

Wasalam.

Pendek cerita, hadrat Imam Maalik telah reply surat tersebut:

Surat kamu yang merupakan kesayangan dan amaran terhadap saya telah diterima. Semoga Allah taala memberi manafaat kepadamu dengan taqwa dan balasan baik dari nasihatmu ini. Mudah-mudahan Allah mengurniakan traufik kepada saya untuk mengamalkannya.

Manusia hanya boleh mengamalkan kebaikkan serta mengelakkan diri daripada mungkar dengan taufik Allah sahaja. Perkara yang telah kamu bincang adalah sah dan demikianlah sudah berlaku. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa saya. Akan tetapi semua ini di benarkan oleh syariah, Allah berfirman dalam surah A’raaf ayat 32 bermaksud:

“Katakanlah (wahai Nabiku), siapa yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah di keluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan demikan juga benda-benda yang baik, halal dari rezeki yang di kurniakanNYa?”

Saya sedia maklum bahawa tidak mengamalkan perkara-perkara ini adalah lebih disukai dari mengamalkannya. Tolong muliakan saya dengan meneruskan surat-menyurat dengan saya. Sayapun akan teruskan menulis surat kepadamu..

Habis cerita..

**************

Baiklah, apa yang boleh kita belajar dari peristiwa ini?

- - - - - -

Pandaipun ustaz! Itulah jawapan yang kita cari, lihatlah betapa cantiknya akan cara Imam Maalik menjawab teguran dan menulis sama akan farwa mengenainya serta mengaku bahawa lebih baik elakkan kesenangan dunia dan tidak beramal sebegitu..

Apa yang aku nak tambah pulak adalah, kalau korang nak memliki harta kekayaan banyak dan mewah, boleh.., tapi syaratnya korang punya Iman amal macam Imam Maalik rahmatullah...

Tapi hari ni mungkin kerana korang memang bagus atau perasan bagus, sehingga ilmu korang tak dapat nak beza antara dunia dan ugama..

Sebenarnya, sama ada rumah kecik atau rumah besar, semua itu adalah dunia..
Tapi cara nak dapat rumah itu, dan cara guna rumah itu, barulah di katakan ugama..

Begitu jugak kereta kecik atau kereta besar, semua itu dunia..!!
Tapi cara nak dapat kereta itu, dan cara guna kereta itu, barulah di katakan ugama..

Dan begitu jugak jika kahwin dengan pasangan hodoh gila babi atau pasangan cun gila, semua itu dunia..
Tapi cara nak dapat awek tu itu, dan cara ‘guna’ pasangan kita itu, barulah di katakan ugama..

So berbalik kepada ilmu, sebenarnya, segala ilmu korang yang nak belajar, engeinering ke, doktor ke, PhD Master universe apa ke.., dan lain lain, semua itu DUNIA!!

Orang kapir pun boleh belajar..!!
Tapi CARA KAU DAPAT ILMU TU..
Dan CARA KAU GUNA ILMU ITU BARULAH DI KATAKAN UGAMA!!!

So, jika korang belajar ilmu dunia dan ugama macam mana tinggipun tapi jika korang salah guna atau guna untuk dapat kepentingan diri, maka nerakalah hala tuju walaupun korang banyak ilmu!!

Aku tak kata belajar ilmu tu salah!! TAK PUN!! Cuma aku kata kita terlupa nak belajar untuk menggunakan ILMU dengan cara yang betul.. (macamlah aku betul..oh)

Lalu aku nampak macam ustaz atau orang alim yang takde degre Phd di pandang sebelah mata oleh setengah ustaz dan mengahsut masyarakat..

Tak lupa juga ustaz yang duduk rumah buruk di kira gagal dan tidak berjaya.. apa kes?!!

ILMU mana korang belajar ni?

Bila ada negara islam miskin kena jajah oleh orang kapir, maka korang pakat-pakat buat tafsir mereka di jajah sebab takde ILMU nak bina senjata, ekonomi dan kejadah apa apa ntah?.., ni belajar TAUHID mana ntah, yakin salah, menyekutukan Allah dengan senjata.. ish ish isk..

Lepas tu bukak Al Quran ayat pertama.. Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

IKRAQ..

Korang pun berhujah dek lantaran surah pertama dalam Al quran suruh “baca”.., maka kita kena rajin membaca dan itulah dalilnya ILMU dunia itu penting bla bla bla..

Lalu aku terpikir, adakah masa malaikat jibrail AS suruh Nabi baca, apa yang Nabi nak baca sebenarnya?, sebab Nabi SAW memang buta huruf..

Kemudian, adakah kat tangan malaikat jibrail AS ada pegang kertas ke?, manila kad ke? Suruh Nabi baca?

Lepas habis perstiwa itu adakah nabi pergi belajar membaca?, dan sejarah bagitahu Nabi sampai ke hari ini masih tak tahu membaca, dalam perjanjian hudaibiah , Nabi SAW tak tahu nak padam nama sendiri bila orang kapir tak setuju letak perkataan pesuruh Allah.. (rujuk usatz)

Ok, Lepas turun gua hiraq, Nabi takdelah faham ILMU tu macam korang paham lalu Nabi bukak sekolah atau madrasah dan menjadi pengetua lalu mintak duit atas nama kebajikan dan tiket akhirat..

Tapi, Lepas turun dari gua, apa Nabi buat?

Korang semua dah tahu, Pada mulanya nabi tak faham, keliru dan takut, balik rumah, ada bini yang tolong tenteramkan, (penting balik rumah ada bini), bini diapun selimut lebih kurang cerita..

Turun wahyu kedua..

Wahai orang Yang berselimut! ..Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

Ha, nilah tugas pertama semua para nabi dan Rasul, buat DAKWAH.., of course ilmu tu penting, tapi tiada yang sepeting IMAN.., makhluk setan adalah bapak segala ilmu dia tahu, ibadat rajin giler.., tapi bila ilmu tinggi mulalah perasan bagus, lalu sanggup komplen Allah tak betul suruh dia dari api sujud kepada manusia dari tanah wah wah wah.., ambik ko, kena laknat jadi iblis masuk neraka...!

Berbalik pada ikrak, Sebenarnya dalam surah pertama itu Allah kenalkan DIRI DIA kepada rasulullah.., bahwa Allahlah yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; sesungguhnya Ia Maha Pemurah, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

So bila Nabi dah kenal Allah melalui perantaran malaikat Jibrail AS.., maka NABI telah buat usaha atas IMAN selama 13 tahun...

Masa tu perintah ibadat macam solat, zakat, haji, takde lagi, yang ada adalah perintah DAKWAH..

Pendek ceritalah, masa tu di kalangan sahabat ramai orang miskin, jahil tak pandai membaca termasuk golongan hamba, dalam perang pertama orang islam takde teknologi senjata, ekonomi lemah, perut lapar, selipar tak pakai, pedang takde, pakai pelepah tamar, tapi bila perang dengan musuh yang ada ILMU cukup, senjata cukup. Ekonomi stabil. Bilangan ramai, golongan bansawan.., huh! Kalah mereka semua.

Kerana dalam sejarah islam menang bila ALLAH tolong.. itu sahaja, ummat islam yang macam mana Allah tolong? Rujuk kitab.., malas aku nak terangkan (sebab dah tulis sebelum ini ..)

Kesimpulanya, ILMU tu penting, tapi bukanlah mengatasi IMAN..

Banjir besar melanda johor bebaru ni kenapa? Sebab orang johor takde ilmu ke? Atau ekonomi lemah? Atau orang islam kat sana takde dergee PhD? Pikir pikirkanlah..

Dalam surah Al-‘Alaq. juga bagitahu -Allah mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Nak Tanya: bila Allah akan ajar manusia kefahaman ugama?
Jawapan: bila Allah cinta kepada manusia tu..

Bila Allah cinta kepada manusia?
Jawapan: bila manusia tu ikut orang yang Allah cintai..

Siapa orang yang Allah cintai?
Jawapan; Nabi dan sahabat..

Mintak maaf, ilmu tu penting, tapi selepas iman..

Nabi ada keluarkan hadith di hadapan sahabat, yang terbaik antara kamu adalah yang tinggi ilmunya.. (lebih kurang maksud)

Tapi ingat, Nabi kata begitu di hadapan sahabat yang telah semurna iman dan amal..

Arggh, mintak maaflah jika aku tulis sebegini rupa, menyinggung korang, mintak maaf, aku jahil lagi hina.., aku stop sampai sini, silalah email aku jika sudi.. isk..

**********
Eh, cik keretamayat tak terangkan lagi APA ITU ILMU?

Oh, ye ke? Baiklah aku tambah sikit untuk sama sama piker dan belajar.. insyAllah..,

Maksud ILMU adalah :

TAHU mana satu PERINTAH ALLAH..

Dan TAHU mana satu LARANGAN ALLAH..

Itulah ILMU..!!!

Jika korang tak tahu apa itu PERINTAH ALLAH dan apa itu LARANGAN ALLAH, itu bermakana korang adalah jahil dan belum berilmu..

Tahu sahaja tak mengcukupi, korang kena AMAL Ilmu tu..

Sebagai contoh: satu hari korang naik motor tak pakai helmet.. pendek cerita, polis tahan kou.. “apsal tak pakai halmet” ?

Apa sajer reason korang, saman tetap saman..RM50..kenapa? kerana korang tak amal ILMU yang korang tahu..

Jadi bila korang dah belajar ilmu ugama..korang kenalah amal..kerana antara satu soalan yang di tanya selapas jadi mayat: engkau amal tak, apa yang kau tahu?nauzubillah..

Suruhan larangan telah dia sampaikan
jangan pilih haluan di murka
kelak rebah diri
duka menangisi
tanpa belas kasih
disiksa saban waktu
apa yang kau tahu"

(Apa yg kau tahu-Rabani..)

Tapi kalau korang jawab, saya tak tahu kena pakai helmet naik motor tok!, saya tak belajar memandu pun! (saya takde lessen)..huh! siaplah korang, saman RM300, motor di rampas! Nah sekarang kat akhirat…

Orang yang tahu tak amal kena azab, dan orang yang tak nak belajar untuk amal pun kena azab..Oh!

Maka, janganlah tahu naik kereta sambil tahu undang undang jalan raya tapi tak amal, langgar lampu isyarat selamba, kena saman dan menyusahkan orang lain!!

Moralnya: kena belajar dan cari ustaz..

Kalau ustaz takde?

Hek eleh, bukankan kerajaan Malaysia kata kalau nak bawak kereta wajib ada lesen, takkanlah kalau kampung korang takde JPJ korang tak payah ambil lessen?, korang kena usaha cari JPJ , cari ustaz walaupun ustaz tu duduk jauh!

Kenalah korban masa, tenaga dan duit…baca buku atau blog hanya dapat kesedaran sahaja, hidayat datang bila buat pengorbanan dan bila korang ikhlas (takde kepentingan lain) maka Allah akan buka jalan untuk korang…. satu lagi kalau ada tuk gurupun tak cukup lagi, dia kena ada medan pulak, macam JPJ , kena ada trek untuk korang belajar, tak boleh guru tu cakap dan korang dengar aje, kena praktis!!

Contoh, korang nak belajar berenang, kena ada guru, baca buku boleh tapi lepas tu mampus lah korang lemas dalam air! dan kena ada medannya yakni sungai ke, laut ke kolam ke…dan dengan guru tu sekali kena terjun…Faham.?

Ok, aku belum habis lagi, sikit lagi..

ILMU yang sempurna terbahagi kepada tiga..

Pertama :
Korang FAHAM dengan apa yang korang belajar, jika tak faham kena ulang balik sampai faham, nak solat misalnya, kena tahu tertib, tahu rukun 13, yang mana satu wajib yang mana satu sunnat, pahala untuk setiap pergerakan dan sebagainya.. kena belajar sampai FAHAM! (faham tak?)

Kedua:
Korang AMAL apa yang dah faham, tak amal bahaya, dan boleh sesat, dah sesat jumpa pulak jalan ke neraka? So penting kena AMAL!!

Ketiga:
Korang kena SAMPAIKAN atau dakwah ilmu tu kepada orang yang takde dalam majlis ugama tu.. pesan nabi SAW:

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...ILMU

So kesempurnaan ILMU adalah DENGAR, AMALKAN DAN SAMPAIKAN.., betul tak? Aku memang betul jika korang bersetuju dengan aku atau aku masih jugak betul andai korang tak bersetuju dengan aku, akulah paling betul dalam dunia ini (ha ha ha- jangan tiru amalan orang takbur- yang betul hanyalah Allah dan rasul.. dan yang beriman dengan Nya.. mintak maaf teremosinal sikit.. isk)

Jap.. jap.. ada satu lagi nak tambah bab ilmu nie.. (berapa banyak satu daa)

Korang juga di kira tidak berilmu jika korang tak AMAL ikut KEUTAMAAN..!

Tak kira korang ustaz ulamak pun, sebab sifat DA'E adalah mendahulukan perkara yang UTAMA dari semua yang UTAMA..

Hari ni ada golongan kata yang UTAMA adalah Negara islam.., Ekonomi, Ilmu, Teknologi senjata dan apa apa ntah..?!

Nampaknya bila Allah uji iman dan ilmu korang dengan mendatangkan kepada korang dua perintah Allah serentak, apa korang nak buat?, yang mana lebih utama? Masa tu nampak korang ada ilmu ke tak?, atau korang pentingkan nafsu.. ish..

Maka, Korang kena belajar ILMU MENDAHULUKAN PERINTAH ALLAH..

Sebagai contoh..

Kalau korang sedang keluar cari rezeki yang halal, dan memang itupun adalah perintah Allah, suruh korang cari rezeki.., tiba tiba azan berkumandang, nah! lihat sekarang, dua perintah Allah telah datang serentak.., satu cari rezeki yang halal, satu lagi solat berjemaah, ...

Kalau korang seekor lembu yang sedang makan rumput, tak payahler pergi solat jemaah, duduklah diam diam makan rumput dari perut kedua ko, tapi sebab korang sedang baca blog aku ni sambil melabor di internet, maka dah azan.., pergilah solat, kalau tak ilmu ko letak kat mana? Tak ke haram melabur di internet?

Andaikan pulak lepas tu, dalam perjalanan nak gi masjid, ada awek cun eksiden minta tolong, apabila tak ditolong jadi mayatlah pula nanti dia nanti, nah! lihat sekarang, dua perintah Allah telah datang serentak.., satu pergi solat jemaah, satu lagi tolong awek tu yang tersepit antara bumper kereta dan side mirror.., .. maka korang wajib tolong dia ,itu tugas khalifah, fardu kifayah..! tapi jika dah ada bomba dan polis tolong, tak payahlah nak parking kereta perasan sibuk pergi tengok nombor plate sampi jalan jadi sesak dan jam semata mata nak jadi perihatin!!, cepat pergi masjid,!! pak imam dah masuk rakaat ke dua tu..!!

Kemudian, Dah selesai solat , pergilah kerja balik, tapi.., sekali korang tengok ramai lagi member korang yang tak solat, dakwahlah mereka dengan hikmah ketika korang sedang cari rezeki tu.. kerja kerja jugak, jangan lupa berdakwah.. paham tak??

Sebab tu ada sahabat yang baru nak mandi wajib, dengar aazn jihad terus ke medan perang dan mati tanpa sempat mandi junub, kerana mereka mengutamakan apa yang lebih utama..

Tapi yang jadi masalah ummat islam hari ni bila mengutamakan bukan perintah Allah dari perintah Allah..

  • Balik kerja badan penat, tidur dulu baru solat.. oh!- (mazhab mana ntah?)
  • Dah masuk waktu solat tapi sebab dan masuk siaran relaliti TV tangguh dululer.. (kasihan..)
  • Kita tak boleh berdakwah guna kaedah nabi sekarang sebab ada strategi lain iaitu kita guna kaedah yahudi dulu bla bla bla.. akai da ka?
  • Kita tak payah solat lagi sebab belum ada negara islam, Nabi solat lepas ada negara islam -nauzubillah
  • Kita tak boleh solat kat masjid tu sebab pak imam tu sokong parti XYZ- pergi mampos!
Kesimpulannya:-Hari ni ummat islam mundur bukan kerana mereka takde ilmu, tapi iman mereka lemah..

Ilmu penting, tapi iman lagi penting, dalam lagu raihan tak masukkanpun lirik tentang ilmu..

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Raihan hanya tulis, iman, amal, dakwah dan sabar.. he he he

Ilmu kat situ dah masuk dalam amal, sebab tu Allah tulis dalam surah al asr akan empat perkara penting tu jer, ilmu dah masuk dalam amal.., kerana ilmu tanpa amal boleh jadi sesat macam setan.. naduzubillah..

Kes study:

Cuba korang pergi tanya perempuan yang bukak tudung, depa tahu tak hukum bertudung?, nah! Mereka bukan takde ilmu tapi sebab iman lemah tak mampu nak pakai tudung..

Cuba tanya orang yang tak pergi solat jemaah, tahu tak mereka pahala berjemaah adalah 27 kali ganda.?. nah!! , mereka semua tahu, Mereka bukan takde ilmu tapi sebab iman lemah..

Tanya pulak bakal ustaz dan ustazah yang berzina zaman belajar, mereka ada ilmu ke atau iman lemah??? Jawab ler?? (tak payah jawab pun)

Dan Macam koranglah sekarang nie.., tahu tak macam mana nak solat tajahud dan witir? Tahu bukan? Habis tu kenapa malam malam lebih suka layari internet dan tengok TV? Tidur tanpa solat tahajjud dan witir..?

Sebab ilmu ko takde atau iman kau lemah???

Jawapannya sebab iman kau lemah ler!!! (akupun..)

Pergilah buat usaha atas iman..!! (akupun!!)

Arghh, dan panjang sangat nie..

Kalau nak menulis esok pagipun tak habis..oH!!!

Secara ringkasnya ilmu adalah tahu mana satu perintah Allah, dan tahu mana satu larangan Allah , amal dan sampaikan serta melaksanakannya mengikut keutamaaan..

Maka aku stop sampai sini, aku jahil lagi hina.. Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab : rujuk bukan untuk betulkan aku, tapi untuk terima yang mana benar sahaja, jika ada yang salah, silalah tegur aku.., itupun jika sudi.., isk. jangan biarkan aku sesat!!!

Ps: Aku tulis dan tegur untuk diri sendiri.. akupun jahil jugak, semoga korang semua dan aku menjadi mayat dalam keadaan tidak bodoh.., selamat belajar, amal dan sampaikan.

Belajarlah sampai jadi mayat....

Apr 26, 2007

Kenapa bersedih ?

( Sajak dan syair nasihat... :- la tahzan!!)

Kita mulakan cerita kita dengan dentuman bunyi guruh, paluan petir, air hujan yang lebat dan gelap malam..
Di sini ada cerita tentang seorang bayi yang baru lahir bersama jeritan tangisan..
Sakitkah bayi itu?
Terkejutkah dia?
Atau mungkin sejuk?

Tak lama kemudian bayi itu tidur…

Hari hari yang mendatang bagi seorang bayi itu di penuhi tangisan, nak berak menangis,.. dah berak menangis,.. lapar menangis.., sejuk menangis.., di gigit nyamuk menangis.. boringpun menangis, dan terus menangis..

Kemudian bayi itu membesar menjadi kanak kanak dan budak budak..

Kanak-kanak yang menangis bila di ejek rakan sebaya..
Budak-budak yang menangis bila di marah orang dewasa..

Kanak-kanak yang menangis bila rasa tak selesa..
Budak-budak yang menangis bila serba tak kena..

Dalam gelap bilik tidur.. sebelum terlena, si anak kecil ini menangis..
Menangis kerana apa?
Mungkin..
Kerana tak dapat kasih sayang dari ibu bapa..
Kerana terpinggir akibat di pilih kasih dalam layanan dengan adik beradik yang lain
Kerana cikgu kat sekolah tak peduli..
Kerana kawan kawan sering menghina..
Kerana lahir sebagai anak seorang miskin
Kerana lahir sebagai seorang anak yatim..

Menjelang remaja..
Masih di kamar gelap itu..
Air mata terus tumpah kerana kecewa dalam cinta
Tertekan dalam silibus mata pelajaran..
Menangis kerana rupa paras..
Rasa diri tersisih yang amat…

Masuki alam pekerjaan..
Sebelum tidur, ada air mata yang berlinangan..
Menahan sebak bila di marah bos..
Kawan sekerja pulak pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasi..
Risau yang amat tentang masa depan..
VSS datang menambahkan sebak di dada..
Rungsing dengan keperluan dunia yang membebankan..


Di pintu gerbang perkahwinan, di kamar yang sepatutnya duduk berdua, tapi dia menangis keseorangan menyembam bantal..
jiwa terus menangis kerana mendapat pasangan yang salah..
Itupun setelah lama mencari pasangan
Itupun setelah lama mencipta angan-angan..
Pasangan derhaka membuatkan hidup di bayangi neraka..
Anak anak derhaka meyiksakan hari tua..

Nun di sebelah rumah, jiran dan masyarat sibuk mengata, mengumpat dan menfitnah..
Air mata terus tumpah..
Tapi sayang bukan di atas sejadah..
Sebaliknya di atas kain kapan dan batu nisan..

Ingin tidur buat selama-lamanya..

Saat akhir menghebus nafas, air mata mencurah bak tempayan pecah..
Hujan yang lebat.., malam yang gelap..

Menjadilah mayat seorang manusia yang sedih itu..
Di celah anak mata mayat itu, ada air mata kering di pipi..

Dan akhirnya.., di dalam kubur ini, tiada tidur lagi!!
Air mata masih mengalir menanggung azab kubur..
Tiada tidur lagi.., air mata darah mencurah curah di seluruh padang mahsyar..

Tiada tidur lagi…
Dan dalam Neraka, biarpun air mata nanah sekalipun.., untuk apa lagi korang menangis???

********

Demikian lah tadi sajak bosan dari encik keretamayat yang telah di karang sempena hari cuti cuti malaysia.. (sila beri tepokkan)

Arghh, maafkan aku jika sajak aku di atas itu boring, aku takde idea nak menulis.. walaupun free gila, baiklah.. buat korang yang banyak masa macam aku, yang jauh lebih terer dan handal dari aku, aku nak berkongsi satu komen dari seorang pembaca blog kereta mayat, seorang gadis yang keliru dengan takdir, tuhan dan identitinya....
Harap korang dapat komen atau email aku untuk Bantu gadis malang ni insyAllah..

Copy paste komen pembaca..

Saudara hamka,

Saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu kepada saudara mengenai pengalaman saya sendiri sebagai seorang islam yang telah menjalankan lunas-lunas islam dan kini mempersoalkan apa yang diperkatakan oleh islam.

Semasa saya menetap di luar negara, saya hidup keseorangan hanya bertemankan kuasa Allah SWT dan berbekalkan sejadah yang menjadi tempat menangis dan bermunakahat.

Semasa kejauhan dari keluarga dan orang-orang yang tersayang, dan semasa saya merasakan yang islam itu bukan agama rasmi di negara tersebut dan amat susah untuk saya mencari ilmu agama, saya terasa amat dahagakan kasih sayang Allah dan agama islam sendiri. Saya cari dan saya amat dekat denganNya semasa saya diluar negeri.

Tapi kini saya sudah pulang. Saya pulang untuk menyambung nasib dibumi sendiri. Tatkala pulang saya merasakan keperitan kehidupan yang seringkali membawa kenangan keperitan dalam rumahtangga (ditinggalkan suami gay),percintaan saya dengan lelaki bukan islam yang telah berkawin dan amat menyayangi saya hingga kini, keadaan diri yang tak berapa cantik dan selalu ditipu lelaki islam dan keadaan diri yang agak tidak normal berbanding wanita lain dan lain lain..

Sekembali ketanah air dan mengenangkan segala tragedi yang menimpa membuatkan saya setiap malam menangis dan mempersoalkan Allah SWT apakah kataNya di dalam Al-quran itu yang MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMBERI, MAHA PENERIMA dan pelbagai MAHA lagi.

Saya memikirkan keadaan saya yang kurang dipedulikan oleh ibu bapa yang menganggap saya cacat dan tak sempurna (kecacatan saya adalah inheritage.. apakah patut saya dipandang hina kerana mereka sendiri yang membawakan kecacatan itu), adik-adik saya yang telah berkawin yang mereka bangga-banggakan sedangkan rumahtangga saya hangcur ditengah jalan kerana mengahwini lelaki gay yang menipu saya kononnya mahu berubah dan sayangkan saya, adik saya seorang lagi yang diagung-agungkan kerana mempunyai teman lelaki yang kaya dan mempunyai latarbelakang keluarga yang kaya..

Segala yang tuhan timpakan pada saya buat saya mempersoalkan keadaan ynag diperkatakan di dalam Alquran itu sendiri, setiap manusia dijadikan berpasang-pasang, dan sebagainya... dimana pasang saya?, saya telah berdoa seingat saya untuk berkahwin bahagia dari usia saya di bangku sekolah menengah dan kini saya awal 30an.. mana kebenaran kata-kata ini?

Saya tidak rasakan yang saya murtad, murtadkah saya kerana saya terasa ditipu dgn tuhan sendiri?, Murtadkah saya kerana saya mempersoalkan kataNya?,

Murtadkah saya kerana merasa kehidupan saya ini diwujudkan kerana semata-mata untuk menghadapai penderitaan.?. lately ini saya stop dari mengamalkan segala ajarannya, pada pandangan saya, kenapa perlu saya semayang dan menjadi hipocrit? saya kecewa degan Allah SWT dan itu adalah yang sebenarnya..

Dan betul kata saudara juga, saya perlu bercakap dan bertemu dengan seorang islam yang mampu memberikan saya hujah yang sempurna mengenai kenapa hal ini menimpa saya, kenapa apa yang diperkatakan ALlah itu tidak betul terjadi kepada saya, tapi di malaysia, mana ada ahli agama yg membantu memperbetulkan keadaan? mereka hanya akan menuding jari dan mengatakan saya yang tiada iman, saya pernah ada iman dan kini saya mencari-cari semula kekuatan iman yg pernah saya pegang dulu..

Saya buntu dan setiap malam saya akan menangis dan merasakan perlu untuk saya mengakhiri hidup ini, tiada guna dipanjangkan kehidupan yang tiada erti dan penuh penipuan dan kepalsuan.Saya menulis ini kepada saudara semata-mata untuk menampakkan pada saudara, apa jenis murtad saya ini? saya bukan mempersoalkan Tuhan semata-mata. mahu keluar agama,saya tidak pernah terpikir ada agama sesempurna islam, cumanya saya mempersoalkan kerana mahu memahami apakah sebenarnya kejadian saya dan apakah yang tuhan mahu dari kehidupan saya ini.. murtadkah saya saudara?

Bukan setakat kes lina joy sahaja yg perlu mendapat perhatian, lina joy salah kerana tidak mendapat channel yg sebenarnya, tapi bagaimana dengan mereka-mereka yang seperti saya, yang hidup dalam kekusutan setiap masa..saya hanya ada blog-blog saja yang saya ziarahi untuk mencari erti kehidupan, saya tidak memperkatakan AL-quran itu salah, saya cuma mempersoalkan sesetengah darinya..kenapa sesetangah kata Alquran itu kurang kebenarannya pada saya...Semoga keberkatan itu dapat tuhan berikan, AMIN

8:07 PM, April 23, 2007

Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li pakar motivasi, juga bukan ah-li nujum, ah-li cafĂ©, atau ah-li sihir akan cuba menjawab soalan… kena berlapang dada dan bersabar baca jawapan dari aku yang hina dan dina ini..

Pertama sekali, Sungguh sedih baca komen engkau.., Sangat sedih bunyinya ...nak menangis pun ada, tapi aku berlagak kool.., aku harap kau masih hidup.., jangan bunuh diri lagi.. aku tak nak bercakap dengan mayat bunuh diri..

Oh, rupanya dulu kau kuat ibadat, sekarang tidak lagi?

Aku rasa kau dah tahu jika aku cakap dalam ibadat kita kena ikhlas, boringkan nasihat cam gini??

Baiklah, Kamu ku kira seorang yang mengharapkan doa mu semuanya makbul.. tak salah, Cuma nampak macam kamu berkira dalam berdoa dan beribadat..

Siapa yang bagi cadangan kat ko tuhan tidak adil? (setan buka?)

Arghh, Aku nampaknya tak tahu nak tulis apa sebenarnya (tak tahu, tapi tulis juga-belasah sajelah)

senang cam ginilah, pendek cerita ,:

Ketahuilah olehmu bahawa, tiada orang yang jauh dari Allah lalu bahagia dalam hidup ini, tak ada..,
Allah ada cerita tapi aku lupa dalil lebih kurang maksud bahawa, janganlah kamu sangka orang kapir itu hidup bahagia,
maknanya semoa orang kapir sekarang ni sedang hidup dalam dunia sedih masing masing, setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!

Mereka semua sedang menderita hati dan perasaan, sebab tu mereka suka melancong kerana mereka hidup tertekan…, buat buat perasan sibuk, dalam majlis kematian pun masih mennayi..oh! aku tengoh banyak sekali kes kat negara orang kapir yang bunuh diri serta jadi gila dan buat perkara yang bukan-bukan kerana tak tahu maksud hidup! kasihanya mereka..

Apa kau ingat orang yang hutang kereta besar dan rumah besar itu bahagia?

Setan tipu ko hidup hidup… kawan.

Dan kepada orang islam yang tinggal larangan Allah, janganlah korang anggap mereka sedang bahagia kerana semua tu hipokrit!!

Mereka semua pura pura bahagia, menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman dan harta..

Ada kawan aku yang kaya dan nampak bahagia, bila slow talk dengan aku dan cerita bab anak, (dia mandul).. menangis beb..

Orang kapir kat opis lama aku seorang yang kaya ada bini cantik jelita, tapi bila bercerita bab ketaatan dalam rumahtangga.. menangis beb..!

Kalu kau tak caya cuba kau pergi slow talk cakap dengan adik beradik kau yang kau sangka depa bahagia.. wanita yang pakai emas, pakai baju seksi, bahagiakah mereka..? rumah besar pagar tinggi.. tenangkah hidup mereka?

Semua orang ada masalah hidup masing masing.., tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada engko ..

Engko ingat nasib yang menimpa kamu tu teruk sangat ke..?

Kamu pernah kena rogol dengan bapak sendiri?

Kamu pernah kena tipu oleh pakwa yang menjadikan kamu pelacur seumur hidup?

Pernah anak kamu di culik oleh pengemis dan tangan anak kamu di potong dan lukanya di bakar api lalu menjadi pengemis di Thailand?

Kamu pernah di rogol dua lubang serentak, dan lubang itu di letak bola golf? Pernah tak?

Moralnya adalah:
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

Aku tahu sebagai seorang perempuan dah tentu kau suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, burung berkicau, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..

Di mana tuhan?
Sekiranya ada anatara korang yang bertanya di mana tuhan? Kenapa tak tolong wanita itu?..
Tak payahlah korang tanya soalan camtu.. kerana kat shurga sahaja kau boleh lihat wajah Allah..

Tugas pertama untuk setiap manusia di dunia ini adalah ‘mencari’ Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yang telah di berikan oleh Allah kepada setiap manusia yang mana ‘klu’ atau petunjuk kewujudan Allah ada pada setiap ciptaanNya bagi mereka yang mahu berfikir…

Dan Allah telah cipta hati yang mana jika manusia benarkan kehadiran Allah, maka Allah yang Maha Besar akan ‘bertandang’ ke dalam hati manusia lalu di angkat ke darjat kekasihNYA!Dan, Allah tidak perlu tunjuk ‘rupa’ Dia, atau ‘Zat’Nya untuk buktikan kewujudannya, kerana akal dan hati mampu menerima kehadiran dan kewujudan Allah…

Sekiranya korang ternampak seorang budak yang mati kelaparan lalu datang burung ereng pemakan mayat lalu meratah tubuh budak itu, dan korang bertanya, di manakah Tuhan?

Maka jawapannya, Allah tak perlu selamatkan budak itu dan bagi makanan atau pupuskan burung ereng untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!

Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…

Para Nabi kerap di cabar oleh musuh, mereka buat syarat supaya Allah tunjukkan DIRI terlebih dahulu, barulah mereka akan ikut nabi-nabi.. namun Allah tidak perlu peduli dengan syarat syarat ciptaan manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!

Hari ini, berjuta manusia yakin 100 % akan kewujudan Allah tanpa melihat Allah.. inilah IMAN.. dan inilah kehebatan Allah mencipta hati dan akal yang mampu merasai kewujudan Allah tanpa perlu melihat Allah!!

Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat dengan Allah..oh
“kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah”

“kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid”

“kalau Allah jodohkan aku dengan lelaki yang solehah, aku akan jadi wanita beriman”

“kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji”

“kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku
akanmemakmurkan masjid”

“kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam”

Oh.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di ‘ugut’ oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di ‘ugut’ oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia,
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…

Sahabat..

Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu,
Di belankangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…

Aku rasa kamu ni ada sifat sombong..

Orang yang menderita di dunia adalah orang yang sombong kepada manusia..
Orang yang menderita di akhirat pula adalah orang yang sombong kepada Tuhan dan manusia..

Lalu Allah berfirman bahawa tidak akan di masukkan manusia yang sombong itu ke dalam shurga dan orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka!!!

Tapi kamu menafikan bahawa kamu bukan sombong orangnya..
Hakikatnya, dari sifat sombong yang kamu tidak sedar itu.. atau kamu ganti perkataan lain bagi sombong iaitu : HAK..

Maka apa yang kamu dapat adalah…

Sentiasa menyalahkan orang lain.. termasuk tuhan!
Berburuk sangka dengan orang lain .. termasuk tuhan!..

Berhentilah menyalahkan orang lain dalam kegagalan cita cita kamu..
Berhentilah berburuk sangka kepada orang lain dalam kegagalan perjuangan kamu..
Berhentilah berburuk sangka dan menyalahkan TUHAN dalam kegagalan hidup kamu..!!!

Berhentilah…

Orang yang paling tidak makbul doanya adalah orang yang menceritakan kepada orang lain bahawa dia dah letih berdoa tapi tidak makbul..

Lalu berburuk sangka dengan TUHAN..
Atau mulai ragu ragu dengan KUASA tuhan..
Dan akhirnya tidak percaya kewujudan TUHAN?.. Naduzubillah..

Kegagalan penduduk dalam Neraka adalah mereka yang gagal menterjamahkan perintah Allah kerana sifat sombong dalam diri…

Juga gagal berbaik sangka dengan kehendak Allah.. gagal menerima takdir sebagai yang terbaik..

Lalu menyalahkan ibu bapa, polis, sekolah, masyarakat, Menteri kerja raya, salahkan ibu mengandung atau kerjaaan dan akhir sekali, tergamak menyalahkan tuhan…?

Wahai cik adik..

Segala masaalahmu akan selesai bila korang berjaya MENGAKU BERSALAH..

Segala kegagalan dalam hidup di dunia ini adalah perbunca dari saya…

“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN ADALAH AKU!!!!.

DAN..Sebagai seorang yang bersalah.., maka kenapa tidak terus bertaubat???

Mungkin kerana itulah di akhirat kelak.., manusia dengan sombongnya tidak mengaku bersalah, lalu Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, untuk membuatkan korang MENGAKU BERSALAH..

Dan Azab Allah yang dahsyat di Neraka akhirnya membuatkan semua penduduk Neraka MENGAKU BERSALAH.. dan mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala sangkaan dan kesalahan..

Untuk apa menangis di sana air mata darah dan nanah kerana di dunia inipun korang masih menyalahkan tuhan atas kegagalan korang.., huh! menangis konon..

Kalau boleh kamu tentu nak darah kamu warna pink colour bukan..?
Tapi hakikatnya warna darahmu adalah merah!!!

Namun.. walaubagaimanapun, .
Duhai korang semua ahli neraka sekalian, .., andai atau jika kamu masih ada iman, maka selepas kamu menangis di azab dalam sekian tempoh, kamu akan di beri peluang untuk mengadap Allah..

Dan Allah akan tanya kepadamu; adakah kamu bersalah?

Kamu akhirnya mengaku bersalah..

Dan Allah perintahkan kamu senaraikan kesalahan kamu itu..

Maka kamu dengan takut takut dan hati hati menceritakan dosa kamu kepada Allah, itupun setelah kamu pilih dosa dosa yang kecil…

Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud: itu saja kah dosa kamu?

Dan kamu masih tergamak menipu Allah, dasar ahli neraka betul.., kamu kata dosa kamu sikit tu sahaja..

Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, agar dosa yang kamu sebutkan tadi di ampunkan malahan dengan pemurahnya Allah menukar dosa itu kepada pahala..

Lalu kamu tergesa gesa nak bagitahu semua dosa kamu kepada Allah kerana tamak kepada pahala.. he he he..

Apa-apapun, kerana kamu dah mengaku bersalah, Allah tersenyum melihat kamu dan masukkan kamu ke dalam shurga yang abadi selamanya..
Itupun hanya kerana kamu masih ada iman..

Tapi jika kamu tiada iman.., maka kekallah kamu dalam neraka selama lamanya walaupun kamu mengaku bersalah…

Maka wahai sahabatku, sebelum jadi mayat.. mengakulah bersalah di hadapan Allah, hintunglah dosamu di hadapan Allah..
Menangislah kerna kejahilanmu yang gagal bersangka baik kepada Allah..

Dalam Al- Quran Allah berfiraman:-

...Mereka yang berburuk sangka kepada Allah akan di timpa keburukan dan beroleh kemurkaan Allah, dan di sediakan bagi mereka tempat yang buruk... (al fath-6)

Hadith kudsi Allah berfirman:-
Aku sentisa mengikut sangkaan dari hamba Ku terhadapKu” (bukhari Muslim)

Dan Nabi bersabda:-
Janganlah kamu mati dahulu sebelum berbaik sangka kepada Tuhan kamu (Ibnu majah)

Dan mengkit BUZNAMA ada meriwayatkan kalau tak silap dari abu hurairah:-

“tatkala Allah azza wa Jalla mmemerintahkan dua orang masuk nertaka, maka salah seorang daripadanya tercegat di tepi neraka, ia berpaling saraya berkata: demi Allah, sangkaanku terhapaMU adalah baik”., lalu Allah pun berfirman: Pulangkan dia, sebab Aku seperti sangkaannya terhadap Ku. Dosanya telah Ku ampuni..”

Sesungguhnya segala yang berlaku, telah berlaku, atau sedang berlaku dan akan berlaku, semuanya adalah dalam pentadbiran Allah..

Segalanya berjalan atas kehendak Allah..

Walaupun kamu di rogol setiap hari, berbaik sangkalah kepada Allah.., bukankah umur ummat akhir zaman ini pendek pendek belaka..?

Nasib baik umur ummat ni tak panjang umur macam ummat terdahulu..
Kalau tak jadi bohsia seribu tahun, huh apa jadi pada kemaluannya…?
Atau di rogol seribu tahun.. oh!

Maka dalam umur yang pendek-pendek.., dan dengan UJIAN DUKA LARA dari Allah, bukankah bagus umur pendek..
Kalau kau tak bunuh diripun akan jadi mayat juga..

Korang tahu kenapa Allah bertalu-talu bagi korang susah?
Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkankesusahan?
Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korangnaik?Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati ygbersabar’…

Apabila Allah cinta padamu.. maka Sebuah darjat telah di siapkan dalam shurga untumu, tapi kamu kena selesai ujian yang lebih getir terlebih dahulu, kalau tak berjaya? Oh..

Nampaknya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi better korang rujuk ustazlah…

Jadi..

Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang-sahabat Nabi:“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

Kerana itu kalau korang rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni:

Bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang org kapir?
Buat batu tu stop macam Neo dlm the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje Nabi-Nya di baling batu dan Sahabat-sahabat RA diseksa..?

Tak lain tak bukan…Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!

ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!

Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?

Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup korang?
Ada korang mintak hati yg bersabar?

Tidak, sebaliknya korang menjerit-jerit terlolong sana sini dan sibuk salahkan org lain, salahkan kerajaan,salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalubunuh diri!!! Nauzubillah…

Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…NabiZakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…

Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mataNabi bergenang…

Teringat ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka-luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka-luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini?

Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanAllah…

Atau cerita nabi khaidir yg enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar…

Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yg besar dalam hidup adalah memiliki hati yg sabar…

Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:

Satu:
Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan

Dua:
Sabar menahan segala penderitaan..

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKATKESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!

Atau aku tambah lagi..SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!

Korang lagi mahu Tanya Allah, apa dosa saya?
APA DOSA ENGKO?

DOSA ENGKO ADALAH TAK SABAR DENGAN UJIAN ALLAH SAMPAI JADI MAYAT!!!!!!

Bukankah mayat 'ada' untuk selesaikan segala penderitaan engko??

Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan denganSABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..

Ni tak, bukannya nak cari sabar dengan solat, tak solat pulak, nak tempah neraka gamaknya.., solatlah cik adik oii, dah tak lama lagi nak jadi mayat.. tak lama dah.. tak sampai seratus tahun pun..

MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yg bersabar…Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..

Adakah benar kamu sedang bersabar?
Adakah korang sedang bersabar?

Bersabar solat lima waktu kat masjid sampai korang jadi mayat…
Bersabar baca Al-quran sampai korang jadi mayat…
Bersabar berpuasa sebulan sekali pada tiap-tiap tahun sampai korang jadi mayat…
Bersabar dengan muka korang yang tak hensome sampai korang jadi mayat…
Bersabar buat dakwah sampai korang jadi mayat…
Bersabar dengan kesusahan yang akan sentiasa datang sampai korang jadi mayat…

Nasihat aku:-

Sahabat..
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

Sahabat..
kalau kau nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini(perintah Allah) dan tanggung beban ini (ujian Allah) sampai kita jadi mayat!!!!

Sahabat..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."


Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yg ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..

Tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!

Penutup:

Bersukurlah dengan tahi lalat yang di cipta Allah untuk memudahkan cam identity korang bila jadi mayat kelak, dan lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab lalat untuk mayat 3 hari berbeza dengan lalat untuk mayat seminggu.. argh, jadi mayat nanti baru tahu agaknya..tak percaya, 'tanya sama itu lat-lat ' arhhg, apa aku merepek ni?

Aku naka kata : Berhentilah dengar ceramah motovasi dari manusia.. walaupun nampak motivasi ni macam bagus, tapi bila terlalu banyak input dari otak dan akal manusia , maka semangat yang di hasilkan adalah sementara..

"semangat yang hilang.."

Baik korang cari motivasi melalui Al quran dan Sunnah nabi kerana semangatnya dari Allah dan akan kekal insyAllah..

"semangat perjuangan harmony"

Akhir kata sebelum aku berhenti menulis, janganlah bersedih dengan tulisan aku yang carca merba ini.., aku memang begitu.., aku tak boleh terima hakikat orang yang menyalahkan tuhan lalu meninggalkan ibadat.. nak mampos ke??

Sebagai penghibur duka lara aku gubah satu lagu untuk mu… terimalah!!

Lamunan Terhenti (lagu asal- aris aliwatan)

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila melihat mayat oh! sahabat lama
Ku cuba selindungkan sebak kesedihan
Namun air mata ini tetap berlinangan

Ku lihat engkau mati dalam iman
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih terus ternoda bergulamang dosa

Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu hidup denganmu
Kau selalu dakwah padaku
Ku tunduk sembunyikan wajah
Namun hakikatnya aku yang bersalah.
Mendusta niatmu..

Lalu kau beredar berbalas renungan
Dan dengan perlahan kau mengucap salam..
Kau pun berlalu dalam keredaan tuhan..

Tinggal aku sorang

Terhenti lamunan, bila ku di kejutkan,

Engkau di usung pergi.. oleh ramai orang
Dalam kesedihan ku mengikut pergi,
Masih sempat juga ku mengusung mayat engkau ke kuburan..

Ps: Sebelum jadi mayat, bersabarlah dan bersangka baik kepada Allah, yang penting mengaku bersalah, adakah korang rasa bersalah?
Adakah?

Apr 20, 2007

Siapa tua kutuk ?

(Membebel kepada golongan tua..)

Tahukah korang wahai hamba Allah sekalian? Lama-lama korang duduk kat Malaysia ni, apa yang korang akan jadi?
Orang kaya?
Hartawan?
Jutawan?
Bintang popolar?
Menteri Besar?

Apa-apapun jawapan korang, hakikat sebenarnya adalah korang akan jadi orang tua yang sakit…, bila dah sakit.. maknanya tak lama kemudian, korang akan jadi mayat orang tua..

Walaupun korang punya anak semua kerja sebagai doctor, menantu semua handal berbomoh, depan rumah ada kedai farmasi, belakang rumah ada hospital, berjiran pulak dengan penjual mesin jangka hayat.., namun, korang akan tetap menjadi mayat, walau siapapun korang, ada Degree/PHD, ada Tan Sri/Datok Sri, duduklah korang seorang diri di dalam kubur, sorang sorang minum air hujan, sorang sorang di baham tanah..
Di makan anai anai…

Namun, Sebelum korang jadi mayat orang tua.. di sini aku suka untuk menyampaikan nasihat barang sedas dua kepada pakcik pakcik dan tok wan yang dah tua kerepok sekalian.. andai masih ada masa bersama di dunia fana sebelum menuju dunia abadi..

Aku tujukan nasihat ini kepada orang tua lelaki yang rajin ke masjid, yang tak pergi masjid atau tak suka pergi masjid, lantak koranglah, korang dah banyak makan garam lebih dari aku, tak perlu aku mengutuk korang sebagai tua kutuk!! tak sedar diri!! Atau nak mampos!! semoga korang wahai orang tua yang tak suka ke masjid, semoga ada sinar di hujung usia.. semoga mudah, mudah mudahan..amin..

Sempena hari lawatan ke masjid hari hari, (wah! Akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya) maka aku dapati kat mana mana masjid-surau akan kedapatan manusia tua kerepok di sini sana.., baguslah, dalam umur senja nan merah, sudi mengimarahkan rumah Allah.., tahniah!!

Tapi.. (he he dah start dah membebel..)

Aku tengok ada banyak yang tak kena kepada sebahagian golongan senja ni dan korang orang tua macam dah tak makan saman punya ragam bila lepak di masjid-surau.., aku nak sound direct tak boleh pulak sebab korang hati mudah terguris dan terluka, cakap sikit nangis, cakap sikit nangis, cakap banyak laaaagi nangis..!!

Maka aku ambik keputusan untuk berhikmah dengan korang, aku cuba bercakap bahasa tua nasihat di dada.. tapi sebab aku ni jahil ugama, sampai sekarang aku masih tak boleh nak bagi nasihat kat korang isk..isk..

Lalu aku meluahkan ketidakpuasan nafsu serahkan aku di blog keretamayat, aku menggunakan bahasa muda nafsu gelora.., andai korang para tok wan sekalian golongan celik IT, silalah jemput baca wahai pakcik pakcik yang dah tak lama nak jadi arwah sekalian.., (mungkin aku dulu jadi mayat kot..isk)

TAZKIRAH UNTUK ORANG TUA DI HALAMAN MASJID-SURAU....

Ada orang tua cakap akan orang tua ni kena cakap bunga bunga dulu kalau nak berdiskusi ngan mereka, tapi aku selamba nak sound direct straight to the point!! Akan kesalahan korang di rumah Allah..

Kesalahan pertama:- Suka bercakap hal dunia kat masjid surau..

Mentang mentang korang dah lama hidup atas muka bumi yang fana ini, maka banyaklah pengalaman pahit maung manis akhirnya?, tapi tak payahlah nak cerita semua sejarah hidup.., ingat muzium ke apa? Cerita pulak kisah korang jadi hero berjaya tackle arwah bini korang yang paling jelita merangkap anak arwah ketua kampong..

Itu belum lagi orang tua bangsat yang cerita dengan megah berserta bangga dengan maksiat zaman muda muda dulu.., naik motor scrambler mengorat arwah anak dara yang ada iras iras arwah pelakon 60 an lah kejadahlah, Oii pakcik!! Mentang mentanglah semua watak dalam cerita tu dah jadi mayat tinggal pakcik sorang sajer yang masih hidup, maka bestlah karang cerita syok sendiri.. huh!!

Yang paling aku menyampah bila mengumpat dalam masjid, mengumpat menteri, bercakap hal hal politik…, aku rasa orang tua ni kena jaga mulut sikit.., malulah kat anak muda.., baik dok berzikir dari berborak tak tentu hala, mentang mentang AJK sediakan kopi, maka buat macam kedai kopi pulak.. ish ish ish..

Kemudian, bila aku buat manis mulut nak mesra dengan pakcik sekalian dengan bertanya tentang anak-anak pakcik ada berapa orang?, cucu berapa orang? Maka tak payahlah pakcik nak cerita detail tentang anak pakcik yang kerja doctor sorang, engineer 2 orang, cucu pakcik kerja khazanah Negara, atlit sukan gaji beribu, kereta besar bini artis, bla bla bla..tak payah!! ni yang buat Allah Murka ni, sebagai contoh tak kala Allah tanya kepada Nabi Musa a.s apa yang ada kat tangan?, Nabi musa a.s jawab: tongkat lepas tu cerita tentang kehebatan tongkat boleh jaga kambing, boleh itu ini, Allah tanya apa yang ada kat tangan, bukan Tanya apa tongkat tu punya kerja!! Allah dengan murka perintah Nabi Musa AS campak tongkat tu!!

Ambik!! Tongkat tu jadi ular besar gilerr…, nak cerita detail tengang ular dan tongkat, boleh rujuk ustaz politik ko.., ha jap lagi cerita pasal tongkat ali lah tu..!!

Oii pakcik!!Orang tanya anak berapa orang jer, bukannya tanya resume anak cucu pakcik.., huh!

Lepas tu ada jugak golongan tua yang kutuk anak sendiri, laknat anak sendiri dan nak sumpah jadi batu!! cerita si mamat tu kerja sampai tak balik balik, si minah sejak kahwin tak nampak batang hidung, lepas tu pakcik tu mulai menangis sambil cerita pergorbanan betapa susahnya ketika menjaga anak-anaknya dulu.., wah wah wah, simpatinya saya, tapi tak payahlah nak cerita buruk anak sendiri dalam masjid, jadilah orang tua yang tabah.., anak tak balik kampong relex jer lepak masjid, anak derhaka tak laknat anak, tapi doa pada Allah bagi hidayat pada anak anak.. anak anak ko sibuk cari duit nak upah orang buat tahlil 40 hari kat mayat ko kelak!! Mengerti..?!!

Jadilah orang tua yang tabah.. inilah masa nak bercinta dengan Allah.., tak payah nak ngumpat anak ko dalam masjid.., kalau kau jadi mayat nanti, tahulah diorang balik pijak kubur ko dan membahagi bahagikan harta pakcik.., tau takpe!!

Kesalahan kedua.. : Buat orang muda tak selesa..

Mentang mentang orang hormat kat ko, atau masa muda dulu korang samseng kampong dusun, selamba korang sound orang muda yang baru nak berjinak jinak ke masjid..

Orang muda memang banyak buat salah, tapi bila mereka datang masjid tak payahlah nak sound direct depan makcik muslimah..

Orang muda pakai baju metalicca korang sound, pakai seluar jeans koyak korang sound, tak pakai kopiah korang sound, pakai songkok korang sound!! aku ada tanya gak golongan muda ni kenapa dah tak suka solat ke masjid, maka budak remaja tu cerita yang dia pernah pergi masjid pakai baju ada gambar, ada pakcik tu sound direct- malu sungguh oh!!

Akupun kadang kadang isk.isk.. (buka pekung di dada) pernah terlambat gi solat jemaah, bila dah lambat aku jadi masbuk, bila masbuk aku kena ganti rakaat yang tertinggal, sebaik saje imam bagi salam, aku bangkit sambung baki rakaat solat, tapi golongan tua ni apa ke hal entah?!, lepas salam mata terus jenggil kat aku macam tak puas hati sebab aku lambat, lepas tu ngumpat aku itu ini.., kadang kadang aku nak cepat lepas imam salam aku terus pergi solat ba’a diah kat belakang, si tua kerepok ni mulalah toleh belakang tengok aku dengan bulat bijik mata, ngumpat aku tak berdoa sama imam ler tu..

Oii pakcik, Aku tahu aku salah, tapi pakcik ikutlah adab lepas solat, Nabi ajar lepas salam tunduk pandangan, beristigfar dan mintak ampun kat Allah takut ada cacat cela dalam solat, tak payahlah pakcik nak dongak kepala kira berapa ramai orang muda yang masbuk, berapa ramai yang tak doa sama imam terus pergi solat sunat, tak payah check siapa yang tak joit salam berpusing pusing.., tak payah!! jangan cari aib orang… duduk diam diam zikir, tak lama lagi nak jadi mayat, siapa yang nak tanam mayat ko? Akuuuuu jugak!!

Kesalah ketiga:- Tak pakai seluar dalam..

Tolonglah pakai seluar dalam, aku dah tulis dulu hal ni panjang lebar, amat buruk sekali bila pakcik solat nampak telur, amat buruk sekali, tolonglah cover telor pakcik yang dah lanjut mencecah lutut tu.. please.. buruk sungguh!! , kalau tak selesa pakai seluar dalam pakailah baju labuh macam jubah atau kurta.., boleh insyAllah?

Kesalahan ke empat:- Tak peduli TAKBIR PERTAMA orang islam yang lain..

Kita orang islam kena rasa cinta pada saudara islam kita sehingga jika mereka tertinggal takbir pertama, kita kena rasa sedih sama..

Kepada pakcik bilal, sebelum nak iqamat, tengoklah dulu jumlah orang yang ambik wudhu, jika masih ramai, tunggulah kejap, kesian kami, kami nak jugak jaga Takbir pertama bersama imam.. kami mengaku salah, lambat sampai, tapi tunggulah, peace..

Dan kepada pakcik imam, andai pakcik bilal dah iqamat, dan pakcik tengok jumlah orang yang ambik wudhu masih ramai, bacalah surah panjang sikit tunggu aku, janganlah sampai baca surah ikhlas atau al- kausar.., kesian kami isk..isk..

Ada cerita menyatakan sorang pengumpul hadith berniat untuk mendapatkan hadith dari seorang hamba Allah yang ketika itu sedang mengimamkan solat, oleh kerana pengumpul hadith tiba agak lewat maka di dapatinya imam sedang solat dalam keadaan rukuk, maka pengumpul hadith ini berjalan dengan membuat sedikit hentakkan yang mengisyaratkan agar imam jangan iktidal lagi, tapi imam tu terus jugak iktidal, pendek cerita: maka ahli hadith itu membatalkan niatnya untuk merujuk hadith kepada imam tersebut, ni soal IMAN dan AKHLAK, jika kita tak rasa apa apa bila lihat kawan kita tertinggal takbir pertama, itu tandanya iman kita tak betul, iman rosak..isk..isk..

Di zaman Nabi saw, pernah abu bakar RA terlewat ke masjid kerana beberapa hal, maka Nabi dalam keadaan rukuk pada waktu itu, dan Abu bakar telah masuk ke masjid dan sempat rukuk bersama sama Nabi SAW, lepas solat Nabi cerita bahawa ketika beliau nak iktidal tapi datang malaikat jibrail a.s menahan belakang baginda.. (rujuk ustaz)

Apa-pun pakcik, tahniah datang awal solat subuh, tapi tak kan lah lepas azan subuh terus nak iqamat, bagilah peluang orang muda solat sunnat rawatib.. kan kan kan.. peace!!

Kesalahan ke lima:- Tak suka azan bila ada ceramah..

Satu cerita benar: ada sorang ustaz tu ceramah dan terlajak sikit dalam 10 minit waktu isyak.., maka bila dah habis majlis. Pakcik bilal terus iqamat ..,

Malam tu kitaorang bersolat isyak berjemaah tanpa azan..isk.iisk..

Kemudian, lepas isyak abang aku mintak no HP ustaz kerana senang nak tanya jika ada masalah ugama.., ustaz tu pun bagiler..

Malam tu abang aku karang tazkirah SMS kepada ustaz tu dan terangkan pentingnya azan sebelum solat kerana itu adalah sunnah Nabi etc etc..

Ustaz tu reply balik, : bukan salah saya tapi salah AJK masjid tu (yang dah tua kerepok tu)

Abang aku tanya pulak AJK masjid yang dah tua kerepok tu, tapi kata AJK masjid, ustaz tak kecoh kecohpun yang ko sibuk apahal??

Arghhh, pening kepala aku!! Aku dah pernah marah kat ustaz, jadi hari ni aku nak marah kat golongan tua pulak!!

OII!! Pakcik nyanyuk?? Pernah dengar tak cerita ni: Pada zaman Nabi SAW dulu, pernah malaikat jibrail a.s turun ke bumi dan pergi ke masjid lalu bertanya kepada Nabi Muhammad SAW, lebih kurang maksud:"Kenapa tak ada orang azan hari ini? "Jawapan yang aku ringkaskan:Sebenarnya ada yang azan pada hari itu tapi bukan Bilal bin Rabah r.a yang biasa azan, tapi di ganti oleh seorang yang bersuara lebih merdu, oleh kerana si pengganti bilal yang baru, melaungkan azan kerana suaranya merdu dan mungkin timbul perasaan bagus, menyebabkan para penduduk langit(malaikat) tidak mendengar azan pada hari tersebut, lalu malaikat jibrail telah menegur kita semua bahawa amalan yang di buat dengan niat yang selain Allah, amatlah rugi walupun cantik dan indah pada pandangan mata manusia..

Tapi hari ni bukan masalah pakcik riak bila azan, tapi pakcik tak nak lansung azan apake hal? Tak kan lah bila buat majlis ilmu kena tinggal sunnah Nabi SAW yang paling sempurna iaitu azan..

Lepas tu pulak bila ustaz tu sound pakcik, mulalah terasa, bila tiba giliran ustaz tu ngajor, bila masuk jer waktu solat isyak terus pakcik pergi azan, sedangkan majlis ugama belum berakhir, tersedak ustaz tu!! (cerita benar). tu konon nak protes ler tu, buruk betul perangai.., muka dah macam mayat, dah nak mati esok, aku jugak kena mandi mayat ko!!!

Ish ish..ish..

Kesalahan ke enam:- Tak menghormati majlis ilmu..

Bukan semua, dan bukan kat kampong korang, ni kampong aku ler ni, bila ustaz berceramah masing masing yang tua ni pakat duduk bersandar di diding masjid, lepas tu pulak kaki melunjur ke arah ustaz.., ada jugak yang duduk kat luar hisap rokok berborak.., argghhh malas aku nak ulas!!!

Kesalahan ke tujuh: Perasan bagus dan betul..

Wah wah wah, mentang mentang korang pergi masjid hari hari maka mulalah rasa orang lain masuk neraka dan korang sajerler ahli shurga!!, sebagai ahli shurga korangpun pakat-pakat memboikot ‘ahli neraka’.. tak pergi kenduri diorang, tak pergi tahlil diorang dan paling teruk tak pergi ziarah diorang..

Manusia ni bila sibuk beribadat dan tidak bergaul dalam masyarakat, maka kebencian pada maksiat akan bersarang dalam hati, itu ok, bagus!!tapi setan pandai lalu ambik peluang ni untuk buat korang benci dengan ahli maksiat tu sekali, tu yang jadi lagu tu..

Semua orang yang tak pergi masjid korang pandang sebelah mata, pergilah berdakwah pakcik oiii, ajak orang lain mengimarahkan masjid sama, jap lagi jadi macam cerita 10 budak hitam.. pernah dengar lagu 10 budak hitam tak? Bukan lagu one little two little Indian boy tu.. bukan..! Meh sini aku gubah lagu sikit..

Sepuluh Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit buah pinggang
Tinggal lagi sembilan..

Sembilan Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit AIDS
Tinggal lagi eight..

Lapan Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit lumpuh
Tinggal lagi tujuh

Tujuh Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit kencing manixs
Tinggal lagi sixs..

Enam Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit asma
Tinggal lagi lima..

Lima Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit tenat
Tinggal lagi empat..

Empat Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit gila
Tinggal lagi tiga..

Tiga Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit tua
Tinggal lagi dua..

Dua Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit batu
Tinggal lagi satu..

Satu Pak cik hitam
Pergi solat jemaah
Sorang sakit hati
Masjid terus kunci…

WALAUBAGAIMANAPUN…

Korang orang tua yang tak suka pergi masjid janganlah gelak baca entry aku ni, pakcik pakcik di atas tu memang buat salah tapi mereka ada juga niat ke masjid, pekerja yang pergi kerja kena marah kat bos bila buat silap tak sama dengan pekerja yang bos marah kerana ponteng kerja!!

Pakcik tu bila pergi masjid surau kena tegur kerana banyak buat salah, tapi korang tua kutuk yang tak nak langsung pergi masjid surau takdelah pulak buat kesalahan di atas, namun perlu di ingat, orang kapir yang tak masuk islam dosa dia satu tapi besar boleh masuk neraka buat selama lamanya, orang islam pulak buat dosa banyak, tak khusuk solat, tak puasa, tak zakat dan lain lain, tapi walaupun banyak dosa tak sama dengan orang kapir yang hanya ada satu dosa kerana jika di himpukan dosa ummat islam berbanding dengan dosa orang yang kapir, maka dosa orang islam lambat laun akan Allah ampunkan dan masukkan mereka ke dalam shurga walau banyak mana dosa sekalipun, tapi orang kapir yang ada satu dosa sajer, iaitu tak nak masuk islam, syirik nyata, maka mereka akan kekal dalam api neraka buat selama lamanya forever in time, no time limit, no way out!! Kekal tak jadi mayat bahkan kena azab selamanya..

So korang yang tak pergi masjid, maka dosa korang adalah jauh lebih besar dari dosa ahli masjid, korang kena ingat nie.., janganlah bila jadi mayat baru nak ke masjid, tu pun bukan nak pergi solat, tapi orang solat kat engkau, huh dah lah tak pernah pergi masjid, duduk kat depan sekali pulak tu, lebih depan dari imam.., orang lain semua bersolat korang sorang jer terbaring kat depan, wah wah wah… meriahnya mati..

So, pesan kat aku sendiri yang akan jadi tua tak lama lagi..

1. Wahai aku yang kerepok..
Janganlah aku Suka bercakap hal dunia kat masjid surau.. tertolak amalan kebaikan nanti..
Nampaknya nak kena buat satu bilik kat tepi masjid macam bilik merokok, tapi bilik tu adalah untuk bercakap perkara dunia, bermakna jika ada ahli jemaah nak borak hal dunia, jom masuk bilik zon bercakap dunia..jom!

2. Wahai aku yang kerepok.. janganlah buat orang muda tak selesa ke masjid, pergilah bergaul dengan mereka dan jangan tegur kesalahan mereka secara kasar, lantaklah mereka nak pakai baju T-shirt ke, tak nak pakai kopiah ke, bukan senang remaja nak datang masjid, mereka adalah permata dan mutiara umat islam... hargailah mereka..

3. Wahai aku yang kerepok.. pakailah baju yang labuh untuk mengcover telur ku yang langjut, senang cerita! pakai jubah macam NABI saw.., sunnah apa?!kalau nak pakai baju melayu, pakailah sampin sekali.. abih cerita pakailah seluar dalam demi kebahagian jemaah di belakang..
Nota: baru baru ni ada ustaz ceramah tentang adab solat, ustaz tu pakai baju melayu, bila ustaz tu buat demo sujud, maka semua orang gelak.. nampak telur beb..oh!!

4.Wahai aku yang kerepok..sayangilah TAKBIR PERTAMA orang islam yang lain.., ambik risau perkara ini, terlepas takbir pertama dalam solat jemaah adalah satu bala pada individu islam.., ingatlah, barang siapa yang dapat jaga takbir pertama selama 40 hari berturut-turut, maka dia bukan ahli neraka dan dia confirm bukan golongan munafik..
Sudahkah aku dan korang berusaha untuk mendapatkan 2 jaminan ini??

5. Wahai aku yang kerepok. Solatlah di tempat azan di azankan.., setan sangat benci dengan takbir dalam azan, sehingga lari terkentut kentut, tapi setan tak heran dengan takbir ketika solat lalu datang membisikkan segala 1001 cerita..oh!!

6.Wahai aku yang kerepok.. hormatilah majlis ilmu.., duduklah dengan adab, (TAAZIM)besarkan majlis, (TASDIK)membenarkan majlis. (TAWAJJUH) tumpu perhatian, (TABLIGH) niat untuk sampaikan…, insyAllah..

7. Wahai aku yang kerepok.. janganlah perasan bagus dan betul.. kerana datangnya kita ke masjid adalah dengan izin dan kehendak Allah, tanpa taufik dan hidayat kita tak dapat ke masjid, ada orang yang sihat tapi tak datang masjid, sebaliknya pakcik tok wi yang sakit sendi tulang boleh pulak datang.., ada yang kereta besar tapi tak dapat datang, pakcik tok wi selamba naik basikat tua.., ada yang rumah dekat, selalu guna tandas surau untuk jimat bila air, tapi bila azan tak dapat datang sebaliknya Abdullah bin Mat Tom sahabat nabi yang tua dan buta serta rumahnya jauh dapat datang berjemaah 5 waktu sehari semalam sampai jadi mayat…

Semoga Allah pilih kita untuk solat berjemaah sampai jadi mayat..insyAllah

Ps: kita akan jadi mayat antara subuh hingga zohor, oh tak! mungkin antara zohor dan asar, atau mungkin antara asar dan maghrib mungkin, boleh jadi antara maghrib isyak kita jadi mayat, tak pun antara isyak dan subuh.., tapi jika korang istiqamah ke masjid, insyAllah korang akan mati dalam perjalan untuk solat atau korang akan jadi mayat dalam perjalanan pulang dari masjid, paling best, menjadi mayat dalam solat.. amin..

Apr 11, 2007

Sudahkah anda baikot?

(cerita tentang : Baikot, yahudi, email palsu, duit haram, dan cerita lucah)

Cerita kali ini di tulis dalam keadaan aku kurang sihat, suhu badan 312 darjah Kelvin.., teh’ tarik rasa macam hempedu, keropok goreng rasa macam biskut mayat di cicah hampas tebu…

Sudah beberapa tahun aku tak demam.. aku tak pernah mintak MC lagi setakat kerja kat sini, bersyukur pada Allah atas nikmat kesihatan.., alhamdulillah..

Maka dalam keadaan separa sedar, sedang hingus bermaharaja lela di atas bibir mulutku, ku gagahi untuk menulis demi muncukil bakat terpendam seorang aku dengan mengarang sebuah cerpen yang di adaptasi dari kisah benar, terimalah:-

AKU DAN AIR TIN…

(agak mengarut..)

Cuaca hari itu mendung..
Mendung berarak kelabu..
Sang camar terbang munyusur siang, mencari mega yang kelabu..

Di permukaan bumi..
Di hujung simpang, lampu insyarat tak jemu bertukar warna, dan di dalam masjid, saf saf masih setia kosong lengang, sekali sekala tahi cicak hadir memeriahkan rezeki kepada tok siak…

Corak awan di langit yang membentuk bermacam macam objek tidak di pedulikan oleh manusia kerana perasan sibuk..

Dan di sebuah hospital yang ada ramai doctor pakar pula kelihatan sesak kerana bilik mayat telah penuh dan tak de pulak yang datang untuk di tuntut.., nak kena bakar api gamaknya..

Di sudut hospital itu pula, kedapatan seorang hamba Allah yang sedang berjalan lemah menuju vending machine, di dalam gengaman tangannya ada duit kecil berjumlah 3 amah (seringgit lima puluh sen)

Setibanya di vending machine itu, hamba Allah itu pun mulai pandang atas bawah mencari minuman kegemarannya..

****
Arghh, senang cerita, hamba Allah itu adalah aku, aku yang nak minum air berkabonat itu, walaupun hakikatnya aku tak berapa suka minum air berkabonat ni, tapi dah jadi habitat aku bila suhu badan aku mencecah 322 kelvin (demam), tekak aku nak minum air tin 100 plus…

Tapi sayang seribu kali sayang, air tin 100 plus takde dalam menu mesin itu, agen yahudikah? Adakah minuman 100 plus kegemaran aku itu sedang di baikot…?

Akupun mulai berpikir (sambil membebel..)
Kalaulah baikot yahudi itu berjaya kat Malaysia ni, cuba teka bangsa manakah yang paling ramai akan kena buang kerja kat Malaysia?, lepas tu apa jadi? Negara mana yang akan jatuh ekonomi dulu? Negara kapir atau Negara islam?

Teringat aku kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang di pulau oleh orang kapir Mekah di lembah Abu mutalib selama 3 tahun, sehingga ada bayi bayi yang menjadi mayat bayi dalam ribaan ibu-ibu orang islam dek kerana menderita kelaparan..

Tapi selepas kemanangan islam, Nabi SAW tak pernah pulak baikot yahudi ke kepir ke..

Yang peliknya, umat islam hari ni macam pakat pakat baikot dengan sunnah Nabi, dah tak nak berserban berjanggut, tak hensem, baikot dakwah rumah ke rumah, dah tak nak dakwah cara nabi, tapi nak dakwah cara yahudi, dakwah pakai lagu, internet, komik, game, parti dan apa apalah, (blog?..oh!)

Aku pernah di petikaikan kerana jenama H/P aku berjenama kapir, aku kata dalam islam jika korang beli barang dengan orang kapir, duit tu mereka nak beli babi ke, nak beli colok sembahyang ke, nak beli senjata ke, tak kena mengena dengan aku.., tak kan lah aku nak kena semak keuntungan si kapir tu belanja kat mana? Melampau betul…

Orang islam di ajar bersangka baik, tapi korang bersangka buruk pulak, dengan sunnah Nabipun nak baikot apa kes?!!

Dulu bila Nabi Muhammad SAW buat dakwah, sikit punya susah sebab orang kapir asyik nak ajak berperang, perang badar, perang uhud, perang khandak, dan lain-lain, .. sehingalah tiba perjanjian Hudaibiah, genjatan senjata, baru senang Nabi SAW berdakwah.., dan berbondong bondong orang kapir masuk islam dek terkesan dengan akhlak sahabat yang pior ikut sunnah Nabi SAW..

Tapi hari ni, perjanjian “hudaibiah” dah lama berlaku, sejak merdeka tempoh hari, tapi orang kapir tak berbondong bondong masuk islam kerana akhlak orang islam buruk buruk, sibuk nak ajak berperang, nak baikot orang kapir, nak bunuh orang bukan islam, apa kes?!! Murtad lagi ada..huh!!

****
Lepas tu ada jugak yang tanya aku akan apa kes berkenaan cukai LHDN yang kutip dari kilang arak, nombor ekor dan judi berlesen pastu bercampur gaul dengan cukai-cukai yang lain.. orang yang kerja government pun dapat gaji.. gaji haram ke?? Sebab I belajar bab arak dalam buku syariah islamiah form 5.. Rasullulah melaknat 10 golongan yang berkaitan dengan arak.. boleh tak cek hamka jelaskan? camne nie? tak paham.. tolong, please..

Aku kata:

Susah juga sebenarnya nak cerita apabila ianya berkaitan 'boleh ke tak boleh?'(fatwa)...
kerana hanya ulama' yg boleh keluarkan fatwa...
Aku cadangkan perkara ini biarlah di jawab oleh mufti atau ulamak yang kerja government…

Tapi takpe, untuk tidak menghampakan korang, maka bagi aku yang jahil lagi hina dan dina ini berkata dan korang boleh tolak sebab aku bukan ustaz:
Begini:- kalau korang bukak kedai jual nasi lemak, lepas tu datang perompak datang makan kat kedai korang, lepas makan dia bayar, korang nak ambil duit tu tak? Sedangkan korang tahu duit tu duit rompakan, kalau aku .., ambik jer..apa kena mengena nasi lemak aku dengan duit rompakan dia, takkan lah aku nak bagi perompak tu makan free! Huh!

Atau seorang pembunuh upahan suruh aku repair mesin basuh yang rosak kat rumah dia, aku pun pergi repair dia punya mesin basuh, diapun upah aku...takkanlah aku tak boleh ambik,? apa kena mengena duit upah repair mesin basuh ngan dosa dia membunuh?

Atau tauke arak beli sabun untuk basuh cawan kat kedai nenek aku..aku selamba jer jual dan ambil duit..
benda yg mudah jangan buat payah-payah, dan kalau korang dah confirm duit tu datang dari sumber yang haram, korang nampak ngan kepala korang sendiri, korang kenalah ijtihad...elakkan subahat!

Atau kalau ada orang bagitahu benda tuh haram atau kau dapat email forward, ni haram, itu tak leh, kau yakin ke dia punya cakap? dia pernah tinggal solat tak?

Aku angin betul dengan email forward merepek… huh!!!

Aku nak tanya sikit..

KITA KALAU NAK JUAL BARANG/PERKHIDMATAN KENA CHECK KE DUIT PEMBELI AMBIK DARI SUMBER YANG MANA??

KITA KALAU DAH BELI BARANG KENA CHECK KE DUIT TOUKE KEDAI TU BALANJA KAT MANA???

SIAPA AJAR KO?

Malas aku nak layan…Ok, berbalik kepada cerita sebenar, aku nak minum 100 plus tapi takde, air apa aku boleh minum?

Aku terpandang dengan air COCA COLA..

Teringat aku emel forward dalam inbox..

COCA COLA adalah haram kerana maksud sebenar COCA COLA setelah di terbalikkan adalah NO MEKKAH…

Tinggi betul imiginasi pengirim email, suka betul forward berita yang kononnya cool tapi fool..

Memanglah orang kapir tak boleh pijak tanah mekah, tak tau ke??, ok lah diorang tak nak gi mekkah, korang dah berapa banyak duit simpan dalam tabung haji??

Lepas tu hantar pulak cakap COKE ni itu ini begitu begini..

Malas aku nak layan,..

Kemudian ada jugak yang hantar berita kat aku macam ni:-

Tangan kita ada Nombor 99

Lalu aku tunjuk gambar tapak tangan aku….
Siapa yang berkuasa bagi manafaat dan mudarat?

Ni aku nak nasihat sikit…

KITA BOLEH DENGAR SEMUA BERITA, TAPI KITA TAK PERLU SEBAR SEMUA BERITA!!!
BAHAN BERITA YANG KITA SEBARKAN MENENTUKAN SIAPA DIRI KITA, SI BADUTKAH? SI BANGANGKAH? ATAU MUNGKIN SI PERASAN BIJAK,,HE HE HE..

Dulu masa surat berantai tiba kat rumah aku, ada ahli keluargaku yang cuak ..

Aku gelak sambil koyakkan kertas tu..

Abang aku yang sedang solat terbatal solat dia kerana ikut gelak bersama aku..
Maafkan aku abang, aku tak tahu kau sedang solat, dah nak asar baru solat zohor ke?

Apa-apapun, aku sendiri tak pasti dengan cerpen aku ni, nampak macam membebel jer..
Ok, aku nak kena tamatkan cerita ini dengan kesudahan yang anti klimath…

Ada orang kata: cerita cerita dalam blog keretamayat ni macam tak sah jika takde unsur seks.. Oh! Ye ke? Aku tak terperasan pulak..isk! dan mintak maaf bebanyak kat korang semua kerana kadang kadang aku tak sengaja menjadi mengada-ngada, terasa macam filem melayu murahan pulak yang kena ada adegan di kolam renang..huh!

Aku sebenarnya dah lama taruk sign 18 SX, 18 PL, 18 SG, kat ruangan my profile yang akan di publiskan di sebelah kanan entry, aku ingat dah penuhi garis garis yang di keluarkan oleh kementrian penyiaran.., tidak rupanya, namun apa-apapun, terima kasih kepada 300/day pembaca yang sudi menegur, sebenarnya, aku tak cakne akan purata umur pembaca keretamayat yang telah di link oleh 234 entry daripada 133 blog, (riak). Dan aku lupa akan pembaca yang dah tua nak jadi mayat iaitu yang dah pencen (Zainul) kepada budak bawah umur 18 (shams )yang boleh jadi mayat bila-bila masa…, oh!

Maafkan aku.. adik adik, abang kakak, pakcik makcik, dan atok wan sekalian.., maafkan drebar keretamayat ni..isk!

Orang melayu aku rasa banyak membawa unsur seks dalam kehidupan..
  • Bila aku beli madu, adalah yang jeling jeling dan senyum senyum lucah..
  • Bila aku makan telur separuh masak, pun ada yang jeling jeling dan senyum senyum lucah..
  • Bila aku pulang awal hari khamis malam jumaat, masing masing pakat buat lawak lucah..
  • Bila aku termenung, mereka kata jangan bimbang lalu bukak catalog MLM mereka yang penuh dengan pil atau jamu kuat seks..oh!
  • Bila aku bersenamam, mereka kata aku sedang buat senaman menginzalkan pasangan.., arhhh,, apa kes!!

Mengakhiri cerita ini aku nak copy paste sedikit berita dari pejabat kadi yang berunsur lucah berkenaan “AKU DAN AIR TIN”..

Copy paste:

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu....
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab,"saya yang mengandungkan anak tu.saya yang melahirkan anak tu.dia keluar dari perut saya"

Kadi pun tanye si jantan...
"hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu, kamu yang patut bela"
"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi, "hak kamu le.."
jantan tu kata lak,"hah! sama le kes ni pun...Kan tuan, kan...kan? "

****

Amacam? ada unsur lucah ke? tak aku rasa..Tapi takpe, mengakhiri cerpen ini, aku bagi satu lagi cerita yang aku ambik dari zaman kanak kanak, yang mana jika korang fikir yang bukan bukan, memang sah korang adalah seorang yang berunsur seks...

Ada 3 wanita ingin membuktikan bahawa mereka masing masing mempunyai bibir yang kuat..

Wanita pertama telah masukkan wang syiling seringgit ke dalam bibirnya lalu menghisap, tak lama kemudian, wang syiling yang di keluarkan adalah telah terlutur cetakkannya, menjadi duit kosong..

Wanita kedua pula dengan aksi yang sama telah masukkan wang syiling seringgit ke dalam bibirnya lalu di mampatkan ke mulutnya, tak lama kemudian, wang syiling yang di keluarkan telah berbentuk sebiji guli tembaga..wah wah wah..

(cerita ini di reka ketika duit syiling seringgit masih di gunakan di tanah melayu)

Kemudian, Wanita ketiga pula dengan aksi yang sama juga telah masukkan wang syiling seringgit ke dalam bibirnya lalu di telan…, tak lama kemudian..

Gedegang!!!

Air tin telah jatuh ke celah kangkang aku, dan aku ambik air tin itu dan terus blah..

Chow!!!

ps: Cuaca hari itu masih mendung.. berarak kelabu.. Sang camar pulang menyusur malam, Di hujung simpang, lampu insyarat masih tak jemu bertukar warna, dan di dalam masjid, saf saf masih setia kosong lengang, tahi cicak masih hadir … Corak awan di langit yang membentuk bermacam macam objek masih tidak di pedulikan oleh manusia kerana masih perasan sibuk.. Dan di sudut hospital itu pula, kedapatan seorang hamba Allah yang sedang minum air coke sambil merenung bilik mayat yang terus penuh dan tak de pulak yang datang untuk di tuntut.., nak kena bakar api gamaknya.. mayat doktor pun ada!!

Apr 5, 2007

Apa nak tanya pada Hud-hud?

(Syair dari Tam spider dan M. Nasir)


Bila aku menulis tentang 18 PA.. (ugama dan isu semasa) dalam blog keretamayat ni.., maka adalah makhluk yang perasan pandai atau baca buku terus perasan pandai lalu kritik aku macam macam, takde dalil dan naslah, takde rujukan dan apa apalah.., suruh aku tutup blog atau suruh aku belajar tasauf, gesa aku belajar hakikat-makrifat dulu, atau suruh aku joint persatuan so call Islamic, atau nak aku cari seorang guru zikir dan pergi bertapa, dan ada yang kutuk umno dan tabligh dengan kaitkan hujah aku, apa kes???

Baiklah.. yang sebenarnya adalah benar dan betul bahawa aku memang jahil ugama, kurang ilmu dan banyak buat salah, tak berguru, tak berdalil dan nas, tak berdaftar dengan mana-mana persatuan so call Islamic dan tak hikmah bila menulis ‘Diari Fantasia’ aku ni..oh!

Maafkan aku.. adik adik, abang kakak, pakcik makcik, dan atok wan sekalian.., maafkan drebar keretamayat ni..isk!

Aku di ibaratkan seperti seorang ‘penyanyi jalanan’ yang pandai bermain gitar tapi tak pandai tune gitar, (memang pun aku begitu) lalu aku mintak jasa baik ‘ahli muzik’ untuk tune dan setting tali gitar aku supaya betul dan tepat akan bunyi setiap kod..,

Kemudian bila aku ‘menyanyi’,... mungkin factor suara aku yang merdu kononnya atau lirik lagu aku yang ‘macam best’ membuatkan orang ramai datang mengerumuniku, terhibur dan terlanjur..,

Bila dah ramai yang suka... maka aku mulai menjadi sasaran 'pengkritik tetap' kerana mereka ingin merasa dirinya penting dan bijak bila nampak apa yang orang tak nampak kononnya..

Atau mungkin ‘lirik lagu’ aku bernada menyindir yang buat golongan ‘perasan pandai’ rasa pedas dan pedih, mungkin juga kerana ‘lagu’ aku berbunyi seperti Tam Spider mengkritik:

Makin lama kukunyah - Makin tawar
Macam manis perasa gula-gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar

Dalam diam diam
Senyumanmu menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan

Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat

Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam !!!

Macam berlagak bagus aku ni kan?.., huh! tapi memang aku suka makan nasik lauk masin takat tu, yang korang sibuk nak tambah garam dalam pinggang aku ni apahal? Kalau korang tak berapa suka apa yang aku masak, dan rasa tak cukup masin, tak payahlah korang nak tambah garam kat pinggang aku, faham tak?

Tak faham lagi?, aku bagi lagi sedas lagu dari Tam Spider..he he he..

Kau saja
Buat sarang labah-labah
Kau saja
Buat susah aku baca

Satu cerita banyak pecahan
Bersambung-sambung
Tak nampak kesudahan
Hujung simpang bertemu serampang
Bagi buih dihanyut gelombang

Kau saja

Mahu orang tengok handal
Kau saja
Belum tahu engkau bebal

Sampai bila nak terus berkhayal
Di kala malam tidur berkongsi bantal
Satu selimut beribu tampal
Awan lalu nak dipintal

Tanpamu ku berdiri
Tanpamu kugagahi
Merempuh hidup di sini
Di alamku sendiri

Ooo... kawan katakanlah
Kau pun tak tahu

Ooo... kawan katakanlah
Kau juga buntu Ooo... kawan

katakanlah Kau masih ragu

Sebenarnya, Orang jahil ugama macam aku ni, adalah tak layak sama sekali untuk tafsir Al-quran.. kemudian tulis dalam blog.., huh! aku cuba mengelak sedaya mungkin..insyAllah..

Ada pembaca yang kata aku ni layak tafsir lagu sahaja…, betul tu!! Tafsir lagu dan ‘salah’:- takpe!!, penulis lagu tak marah, penjual CD tak marah, penjual tiket konsert tak marah, penyanyi tak marah, syarikat rakaman tak marah, aiman tak kesah, asalkan korang beli yang original sahaja. He he he...

Tapi jika tafsir quran dan ‘salah’:- alamak, ulamakpun boleh masuk neraka..

Dan dalam ummat islam hari ni, ada yang mencari jalan pintas ke neraka..
Iaitu mereka yang perasan bagus daripada orang lain, lalu tafsir Al-Quran ikut kepala otak sendiri.., tafsir ikut majoroti, tafsir ikut undian SMS,!!! Oh!!!

Maka kali ni adalah lebih baik bagi aku tafsir sebuah lagu.., lagu yang mana jika aku dendangkan, melodi dan suara tak sebijik macam penyanyi asal tapi liriknya sajer yang sama..he he he..

Lagu yang berjudul “ TANYA SAMA HUD-HUD”, ciptaan M nasir..

Masa aku kecik-kecik dulu, aku pernah tengok satu drama yang di lakonkan oleh M Nasir sebagai seorang banduan yang bersalah bunuh isteri dia yang curang, errr, aku ingat ingat lupa ni,.., siapa yang tahu lebih info, boleh share.., tajuk cerita tu pun aku lupa, lebih kurang bunyi macam “Amalina/Amanda/armada/alamanda/anaconda/ apa apalah,

Sambung balik sipnopsis: maka si M Nasir ni telah di ‘penjarakan’ di sebuah planet yang kosong dan gersang…, tapi sebab tak nak si M nasir ni boring atau mungkin kerajaan nak siasat hati budi si banduan a.k.a M nasir ni, maka pihak polis telah menghantar sebuah robot perempuan, huh, robotpun ada jantina.!
Aku lupa nama pelakon perempuan tu, kalau tak silap perempuan tu masih berlakon sekarang ni dalam drama Sembilu Kasih sebagai mak kepada zetty… woha! Beginilah dunia, pelakon leleki yang jadi hero dalam cerita angkasa tu sekarang masih menjadi hero cerita purba sebagai hang tuah dan berawekskan tiara gunung ledang, manakala perempuan tu dan berlakon jadi makcik.., inilah dunia wanita.., indah hanya sementara, memburuk sebelum tua, terfana di dunia yang fana, ops!

Aku tak nak ulas lebih lebih, Ok, apa-apapun, dalam cerita tu. M nasir akhirnya jatuh cinta ngan robot tu, pendek cerita… akhirnya M nasir di dapati tak bersalah dan dibebaskan tapi planet yang di dudukinya pula di hujani batu meteor.., dan pesawat yang nak bawa si M nasir ni pulang hanya boleh naik satu penumpang sajer, maka si robot yang si M nasir ni dan tangkap cintan telah musnah bersama plenet…, menangilsah si M nasir, kesedihan..

Kemudian, bila si M nasir ni Balik ke bumi dan berjumpa pulak dengan pencipta robot tu yang muka sebijik macam robot tu, lalu bercinta..habis-tamat, macam best jer cerita tu bukan?

Tapi aku bukan nak cerita pasal filem M nasir tu, yang aku nak cerita adalah lagu M nasir “Tanya sama itu Hud hud”..

Enjoy!

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

(Aku tak payah terangkan rangkap ni, sebab korang semua dah tahu ummat islam pecah 73 puak, dan satu sahaja masuk shurga…)

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

(yang ni korang boleh rujuk ceritera … fiksi ruhaniah rekaan penyair sufi terkemuka yang lahir 1117 M di Naysapur Iran, Fariduddin Attar, dalam kitab "Manthiq ath-Thair":-Musyawarah Burung).

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri

Di sini

(rangkap ni aku tak nak tafsir-suka hati aku ler..)

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

(yang ni pun aku tak nak tafsir, he he he)

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

(Aku tak nak tafsir yang ni just nak nyanyi sama jer : Lai lai la lai la lai)

Tanya sama itu hud-hud
(A-ha! yang ini lah aku nak cerita.., jap lagi)
Lang mensilang Kui mengsikui
(yang ni aku tak faham)
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari"

Arghhh, senang cerita aku nak tafsir tajuk lagu jer, isi dalam tak payah ler, karang berzaman tak habis..

Ok, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?

Hud hud ni adalah seekor burung sejenis pelatuk yang boleh terbang bebas ke sana kemari dengan riang gembira menyusur angin lalu hingap sesuka hati sambil bersiul siul seloka riang, eh aku cerita macam aku nak jadi burunglah pulak..

Alkisahnya, pada zaman dahulu.. Ada seorang Nabi yang sangat hebat akan kerajaannya, yang mana mampu menundukkan jin dan semua binatang, juga boleh perintahkan angin dan segala jenis makhluk untuk berbakti kepadanya, malahan boleh berdialog dengan binatang, itulah kerajaan Nabi Sulaiman a.s ,

Pendek cerita, Setelah Nabi Sulaiman a.s membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji, maka berpergilah baginda meneruskan perjalannya ke Yaman. Setibanya di San'a - ibu kota Yeman , baginda memanggil burung hud-hud untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu.

Tapi burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak datang segera…, Menjelang kemurkaan Nabi Sulaiman a.s. lantas mengancam akan hukum burung Hud-hud yang tidak hadir itu jika tiada alasan yang kukuh..

Akrian, tibalah burung Hud-hud yang lambat tiba itu didepan Nabi Sulaiman lalu berkata sambil menundukkan kepala ketakutan::

"Ketika aku terbang, aku telah menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang Permasuri. Aku melihat seorang Queen itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya bersujud kepada matahari dikala terbit dan terbenam..”

Lalu nabi Sulaiman a.s berkata kepada Hud-hud:

"Baiklah, kali ini aku ampuni dosamu kerana berita yang engkau bawakan ini penting, maka sekarang aku perintahkan engkau pergi hantar suratku kepada Queen itu dan lemparkanlah ke dalam istana ratu yang engkau maksudkan itu, kemudian kembalilah secepat-cepatnya, sambil kami menanti perkembangan selanjutnya bagaimana jawapan ratu Saba atas suratku ini."

Hud-hud terbang kembali menuju Saba dan setibanya di atas istana kerajaan Saba dilemparkanlah surat Nabi Sulaiman a.s tepat di depan ratu Balqis yang sedang duduk dengan megah di atas tahtanya. Ia terkejut manusia melihat sepucuk surat jatuh dari udara tepat di depan wajahnya.
Sungguh kurang ajar, manusia ke binatang punya kerja ni?
Ia lalu mengangkat kepalanya melihat ke atas, untuk mengetahui dari manakah surat itu datang tapi tak nampak apa apapun.

Kemudian diambillah surat itu oleh ratu, dibuka dan baca isinya yang berbunyi:

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah daripadaku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri."

Pendek cerita, Ratu Balqis akhirnya tunduk kepada Nabi Sulaiman a.s yang mempunyai kerajaan yang luas ke atas manusia , Jin dan binatang-binatang, itupun setelah salah seorang pengikut nabi sulaiman a.s menunjukkan kekuatannya mengalihkan istana tahta Ratu Balqis dalam sekerdip kelipan mata…

Pling!!!

Aku tamatkan cerita Hud hud, Nabi dan Ratu itu..

Persoalanya di sini adalah, apa kita nak Tanya sama itu HUD HUD?
Bagi aku, Soalannya berbunyi begini:

Kepada burung HUD HUD..
Kenapa engkau yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah di perintah oleh Nabi Sulaiman untuk berjumpa dengan ratu Balqis menyampaikan perutusan baginda?

Kenapa nabi sulaiman tak perintahkan JIN Ifrit yang boleh terbang sekelip mata, kenapa Nabi sulaiman tak suruh tenteranya yang hebat hebat pergi jumpa Ratu balqis, kenapa Baginda suruh kau yang kecik dan lemah ini, kenapa? Kenapa?

Tak faham aku!!!!

Maka aku pun bertanya kepada BUZNAMA-(berita dari ustaz yang aku tak ingat nama)
Jawapanya adalah:

Apabila seseorang itu ada fikir risau atas nasib seseorang yang lain, terutamanya nasib mereka di akhirat kelak, maka Allah akan ‘guna’kan orang yang ada fikir risau ini sebagai asbab hidayat..

Dalam kes ini, walaupun seekor burung hud hud yang terbang sekejap tinggi dan sekejap rendah, tapi oleh kerana si burung ini ada fikir risau atas ummat, yang mana bila melihat satu kaum yang menyembah matahari maka dia lekas lepas bagitahu kepada raja Sulamain a.s, maka di sini, Allah telah gunakan burung hud hud lagi sekali untuk hantar surat kepada Balqis kerana hanya burung hud hud yang layak dengan tugas itu kerana KERJA akan di ambil dari Allah ke atas makhluknya bila ada fikir risau..bukan di ukur daripada bakat dan kelayakkan..

Sebab tu jika kita rujuk sejarah sahabat Nabi SAW, kebanyakkan sahabat datang dari golongan hamba abdi, orang miskin dan musafir, kenapa?

Kenapa Allah tak pilih Abu jahal atau Abu lahab yang berpengaruh untuk Bantu Nabi SAW?
Jawapan:-Kerana mereka (Abu jahal atau Abu lahab) takde fikir risau macam bilal RA, macam sumayah RA dan lain lain sahabat,

Begitulah adilnya Allah, untuk memajukan ugama, semua orang layak buat dakwah dengan syarat ada fikir risau atas ummat..

Malah dalam perang kahdak, huzaifah telah di tugaskan sebagai pengintip pada malam yang sejuk, sedangkan beliau takde baju menutup badan, yang ada hanya kain menutup aurat,

Di sini jelas menunjukkan Allah akan GUNA kita untuk Bantu UGAMA Allah, hanya apabila kita ada fikir risau atas ummat tak kira apapun status korang..

Walaupun korang seorang hamba abdi, seorang pekerja kilang, bekas penagih dadah, bukan ustaz atau ulamak, seorang penyanyi, penulis, doesn't matter what, asalkan korang ada fikir risau atas ummat, sedih melihat ummat derhaka kepada ALLAh, maka di saat itu ALLAH akan GUNAKAN korang untuk Bantu Ugama Allah.. insyAllah..

Macam burung HUD HUD yang ada fikir risau melihat Ratu Balqis dan rakyatnya menyembah matahari, maka Allah akan GUNA burung ini sebagai ASBAB hidayat dan Allah telah rakam peristiwa ini dalam kitab yang paling mulia, iaitu Al Quran yang akan di baca oleh manusia dan jin sampai hari kiamat, dan menurut BUZNAMA itu lagi, burung hud hud itu kelak di akhirat akan bertukar menjadi manusia dan dapat masuk shurga lalu bersetubuh dengan bidadari!! subhanAllah..

Bercerita tantang Allah ‘guna’ kita, aku tambah sikit lagi:-

Dalam hidup kita sebagai seorang islam ada 4 perkara yang kita kena mintak dengan ALLAH sebelum jadi mayat:-



  1. MINTA ALLAH ‘PILIH’ KITA..

  2. MINTA ALLAH ‘GUNA’ KITA..

  3. MINTA ALLAH ‘BANTU’ KITA ...

  4. MINTA ALLAH ‘TERIMA’ KITA ...

Macam kat tempat kerja kita la ni, mula mula korang di PILIH untuk temuduga, bila syarikat tengok korang ni berguna, maka syarikat akan GUNA korang sebagai pekerja dia, lepas tu syarikat akan BANTU korang dari segi sara hidup dan keperluan kerja atau sebagainya, last! syarikat TERIMA korang sebagai staff tetap..faham tak?

So, Alhamdulillah, sekarang Allah dah PILIH kita jadi orang islam, sekarang kita kena ada fikir risau ummat supaya ALLAH ambil kerja dari kita atau Allah GUNA kita untuk Bantu ugama ALLAH.., guna di sini adalah apabila ALLAH beri peluang untuk kita buat dakwah, ajar ugama, tolong menolong dan apa sahaja perkara yang membantu ugama..

Allah sebenarnya tak perlu langsung bantuan kita untuk majukan ugama, tapi Allah nak muliakan kita dan Allah berjanji akan membantu orang yang Bantu Agama ALLAH..

“siapa yang BANTU agama ALLAH, Allah akan BANTU dia”

MAka kita ummat islam dalam apa jua keadaan, sangat perlu akan BANTUAN dari ALLAH, tanpa bantuan dariAllah, siapalah kita? Kita kena mintak bantuan dari Allah supaya ALLAH beri kekeuatan dalam berdakwah, keilhlasan dalam berdakwah, keistqamahan dalam berdakwah… sampai jadi mayat!!

Dan akhir sekali kita minta supaya Allah TERIMA kita sebagai seorang da’e, sebagai seorang islam, sebagai seorang mukimin…, Amin..

YA ALLAH,
PILIHlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..


YA ALLAH,
GUNAlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..


YA ALLAH,
BANTUlah kami untuk buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU..


Dan..
YA ALLAH,
TERIMAlah kami sebagai insan yang buat kerja ugama menyeru manusia kepadaMU

Amin…

Aku rasa nak berhenti menulis setakat ni dulu.., maafkan aku jika ada salah dan silap..

Tutup majlis dengan Tasbih kifarah..

Chow!

Ps: ada orang yang dapat hidayat apabila melihat mayat.., dan Allah boleh GUNA kan mayat kita sebagai asbab Hidayat..