Jun 29, 2007

Benarkah Isreiliyyat ?

(Di sebalik Israilliyat...)

Apa khabar korang semua wahai mahluk Allah yang bernama manusia dan terima kasih kerana sudi menghabiskan baki hayat dengan membaca dan cuba memahami entry ini, mudah mudahan korang dapat menafaat dan bila korang dapat manafaat, of course aku pun dapat menafaat. Woha! (insyAllah)

Sebagai orang islam, kita semua percaya kepada takdir, bahawa segala yang berlaku, telah berlaku, sedang berlaku, atau yang akan berlaku, semuanya di dalam gengaman kudrat Allah yang Esa..

Bersyukur lagi dan lagi, kerana Allah telah takdirkan kita semua sebagai manusia, bersyukur tak terhingga kerana hakikatnya Allah boleh jadikan korang semua sekeping papan playwood, atau sehelai daun ketum, atau Allah boleh jadikan korang lendir lutut unta, gigi garham arnab, serpihan kayu sugi atau apa sahaja! , Dah tentu juga Allah boleh jadikan korang batu-bata, nak lebih haru: Allah jadikan korang batu neraka! ,dan yang lebih dahsyat lagi, jika Allah jadikan kita setan!! Naduzubillah.!!

Namun sedar tak sedar, walaupun hujung hayat kita semua akan bertukar menjadi sebuah mayat di pembaringan, tapi hakikatnya, manusia itu sendiri mampu menjadi ‘syaitan”, mampu menjadi lebih dahsyat dari setan, menjadi setan yang bertopengkan manusia... oh!

Dah panjang intro, entry ini di mulakan dengan sebuah soalan yang berbunyi...

Kenapa kita kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia..?

Kata cikgu, untuk jawab soalan, kita kena ulang balik soalan berserta jawapan sekali, maka jawapannya adalah:-

Aku kena rasa beryukur yang amat di atas nikmat menjadi manusia adalah kerana...

Pertama:-
Kerana Allah jadikan kita semua ni dengan ‘tangan’ Allah sendiri.., tak payah aku ulas tentang ‘tangan’ Allah, Cuma nak bagitahu, makhluk lain Allah berkata “KUN” maka terus Fayakun, (kata ‘jadi’ terus jadi) tapi bila mahluk manusia ni Allah cipta dengan “tangan” bermakna, ada rahsia besar dan ada kenginan yang khas dari Allah untuk Manusia yang paling di beri perhatian oleh Allah, pencipta segala-galanya.. jap lagi aku ulas.(lain kali kot)

Kedua:-
Kerana Allah declare bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian, lebih baik dari malaikat, lebih baik dari teras emas, lebih baik dari buih air zam zam, lebih baik dari awek bidadari, lebih baik dari semua yang telah di cipta, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta, dan manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik, namun, walaupun manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian, tapi ada jugak manusia yang berperangai setan, maka untuk jadi sebaik-baik makhluk masih tertakluk kepada terma dan syarat , rujuk Surah Al-Bayyinah Ayat 7 bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh mereka itu adalah sebaik-baik makhluk..

Ketiga:-
Dalam banyak hal, Allah akan menyebelahi manusia.., ok, masuk bab ni aku nak kena cerita detail sikit, insyAllah

****

Dulu, Bila Allah nak jadikan manusia di muka bumi, Maka telah adalah makhluk malaikat yang nak bantah:

Malakat argue: kenapa perlu Allah nak cipta makhluk yang akan buat kerosakan atas muka bumi dan akan menumpahkan darah?, kemudian malaikat bagitahu bahawa mereka adalah sudah terbaik kerana senantiasa bertasbih dan memuji Allah, Korang tahu apa jawab Allah? Allah berfirman: aku tahu apa yang korang tak tahu (lebih kurang cerita, detail boleh rujuk al- baqarah ayat 30.

Itu satu, kemudian bila Allah cipta manusia, (Nabi Adam a.s,) maka Allah perintahkan pulak (termasuk yang bantah tadi) supaya semua malaikat sujud untuk muliakan manusia, korang semua dah tahu cerita, bahawa semua malaikat telah sujud kecuali ketua malaikat yang argue, apahal pulak nak kena sujud dengan ciptaan dari tanah?, aku dari api, lebih mulia what? Pendek cerita, Allah sumpah beliau menjadi setan bla bla bla..

Untuk lebih detail, korang boleh rujuk ustaz, aku bukan apa, just nak cerita akan betapa mulianya korang semua di sisi Allah dan Allah akan sentiasa mempertahankan ciptaanNYA…

Malahan Allah bagitahu pada malaikat dengan perasaan bangga bila ada manusia yang sedang bertaubat, Allah akan puji manusia itu depan-depan malaikat..

menurut satu riwayat menceritakan, yakni pabila Allah melihat sekumpulan malaikat Rahmat yang sedang duduk bertindan-tindan dari dunia sampai ke langit, lalu Allah tanya, dari mana kamu semua?, malaikat jawab mereka datang dari majlis zikirullah, majlis mengingati Allah yang di adakan oleh manusia di bumi, sedangkan Allah Maha Mengetahui, sajer tanya malaikat nak tunjuk kat korang semua betapa Allah sayang pada korang, lalu Allah bagitahu pada malaikat sebagai saksi bahawa semua peserta majlis itu di ampunkan dosanya.., dan dosa kedua-dua ibu bapa peserta majilis itu jugak di ampunkan.. kemudian ada malaikat bagitahu ada orang yang just duduk kebetulan ada urusan lain, Allah bagitahu manusia itupun termasuk dalam mendapat keampunan.. best bukan?

Ada lagi cerita yang dah banyak kali aku tulis, kisah pembunuh 100 manusia termasuk bunuh orang alim, bila mati malaikat faham dia hali neraka, Tapi Allah masukkan dia ke dalam shurga kerana pembunuh itu mati tanpa niat membunuh, err maksud aku mati dalam keadaan INGIN bertaubat…, malaikat macam tak berapa setuju, Allah perintah malaikat tu ambik jarak di antara mayat si pembunuh dengan dua tempat, tempat dia bunuh orang dengan tempat dia nak pergi bertaubat, mana yang lebih dekat, dan kita semua tahu bahawa tempat dia mati adalah dalam takdir Allah, hanya sejarak satu ibu kaki sajer beza-jarak lebih dekat dengan tampat bertaubat.., apa lagi nak di kata?

Ada lagi cerita lain, juga popolar, kisah pelacur yang bagi minum pada anjing, Allah boleh ampunkan dosa manusia ni dengan apa sahaja alasan, hakikatnya, Allah sangat sayang pada aku dan korang semua… Allah selalu mencari alasan untuk ampunkan dosa manusia, hingga Allah bagitahu Nabi Musa a.s kalau firaun bertaubat padaKu: akan Aku terima.., benar Allah Maha Pemurah..

Malahan Allah bagitahu pada malaikat sekiranya manusia itu memuji Aku di hadapan orang ramai, maka aku akan puji manusia itu di hadapan himpunan semua malaikat, tak jelous malaikat?

Kemudian Allah bagitahu lagi jika manusia itu datang kepadaNya berjalan, Allah akan datang dengan Berlari..

Dan Allah akan terima taubat semua anak adam walaupun dosanya tinggi menggunung mencapai awan.., dengan syarat tiada syirik.. ini yang setan bengang gila!, lalu tipu manusia dengan rosakkan niat dan buat amalan bidaah yang di sangka hasanah, lalu tak bertaubat lagi..oh!

Bertaubatlah wahai aku dan korang semua.., setiap manusia itu berdosa, dan sebaik baik pendosa adah orang yang tidak menagguhkan taubatnya…

Apabila ada manusia yang bertaubat sambil menangis nangis, walaupun seorang penjahat, maka Allah akan memuji manusia itu di hadapan malaikat..

“lihat, hambaku merayu kepadaku.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dah banyak sangat Alllah puji manusia, maka sekali lagi malaikat argue..

Malaikat argue Allah?

Begini ceritanya..

Apabila dah selalu sangat Allah puji dan lebihkan manusia, dan bila manusia macam mana jahatpun bertubat, maka tetap Allah akan terima.. maka malaikat mula argue bahawa mereka adalah LEBIH BAIK dari ADAM (manusia), mereka selalu beribadat kepada Allah tapi takdelah pulak Allah nak puji lebih lebih..,

Maka Allah yang selalu membela manusia berfirman:
“Pergilah Panggil ke mari dua malaikat yang terbaik. Aku akan turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan kedua-dua malaikat itu!”

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Allah berfirman kepada malaikat, “Pilihlah tiga yang termulia antara kamu!”

Malaikat menjawab, “Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Pendek cerita, dua malaikat yang bernama Harut dan Marut pun diturunkan ke bumi dan diberi sifat-sifat yang sama seperti manusia iaitu Allah taruk 7 nafsu....

Akrian, Duduk kejap kat bumi dah lapar perut, bila lapar nak makan, tapi duit takde, nak kena kerja, pendek cerita kerja dapat gaji pergi makan dah kenyang nampak pulak perempuan cantik, air mula naik kepala.., dan aku pendekkan cerita, akhirnya mereka berzina dan ketika mereka berzina Allah telah bukak pintu langit di hadapan semua malaikat lalu tunduk dan sujudlah semua malaikat kepada Allah kerana takut akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna bila taruk tujuh nafsu macam manusia pun masih gagal, maka alangkah hebatnya akan manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan percaya 100% dengan sabda Nabi Muhammad SAW dan mampu mentaati Allah sebagaiamana malaikat..

So the moral of the sory is:-

JIKA MANUSIA BUAT AMALAN BINATANG, MAKA DIA AKAN JADI LEBIH HINA DARIPADA BINATANG, TAPI APABILA MANUSIA BUAT AMALAN MALAIKAT MAKA IA AKAN MENJADI LEBIH MULIA DARI MALAIKAT.

Satu lagi moralnya adalah,

ALLAH SAYANGKAN MANUSIA LEBIH 70 KALI GANDA DARI SAYANGNYA SEORANG IBU KEPADA ANAK..

Ada satu hari tu, adaler sorang makcik bersama dua anaknya datang ziarah rumah Nabi SAW kerana lapar, tapi nabi takde pulak kat rumah dan yang ada hanya isterinya Aisyah RA..

Oleh kerana rumah Nabi takde stock makanan (sebulan macam rumah aku..isk), hanya ada 3 biji kurma, Maka Aisyah r.aha bagi sorang satu, maka dengan cepat si anak dua orang tu makan sorang satu, si ibu pulak baru nak suap, tapi terhenti kerana parasan kedua dua mata anaknya sedang focus kurma di tangan si ibu, (nak lagilah tu!), lapar sangat, makan kurma sebijik mana cukup beb?, aku pulak bukak puasa dengan 3 kurma sebagai intro untuk menketedarah..oh!

Maka si ibu telah potong dua kurma tersebut lalu bagi sorang satu bahagian dan berlaparlah si ibunya…

Aisyah r.aha terharu melihat kerahiman si ibu lalu berhamburlah air mata tengok pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu, maklumlah beliau tak ada anak dan tak faham perasaan seorang ibu..

Apabila Aisyah r.ha cerita kat Nabi Muhammad SAW, akan seorang ibu yang sanggup berlapar demi kasih sayang pada anak-anak, lalu Nabi bagitahu bahawa Allah ljauh ebih sayangkan manusia 70 kali ganda lebih dari ibu tadi sayang akan anak dia, nikmat mana lagi yang aku dustakan? dan orang yang bertuabat bukan setakat Allah ampun dosa, malahan Allah tukar dosa kepada pahala..., kerana itulah bila ketua malaikat argue tentang kemuliaan manusia, rasa diri lebih baik dari manusia, ALLAH sumpah jadi iblis...

So cerita tadi, akhirnya malaikat Harut dan Marut pun kena azab..

Aku copy paste dari hikayat Harut dan Marut sikit:

Diriwayatkan Makhul daripada Mu’adz, ketika kedua-dua malaikat Harut dan Marut itu sedar dari dosa, maka datanglah dari sisi Allah malaikat Jibril kepada mereka.

Pada saat Jibril datang, kedua-duanya menangis dan Jibril ikut menangis sambil berkata, “Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, tangisan kedua-duanya menjadi semakin kuat. Jibril berkata, “Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Maka mereka tahu bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Riwayat lain berkata, “Harut dan Marut pada saat itu berada di wilayah Badil, Parsi. Mereka digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa hingga pagi.”

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka mengepak-ngepakkan sayap sambil berdoa di Baitullah: “Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

Al-Kalabi berkata, “Seterusnya malaikat pun sentiasa memohon ampun kepada anak cucu Adam. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah, “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”

End copy/paste.


Keterangan:-

Aku pada mulanya agak teragak-agak untuk menulis dengan lebih lanjut cerita HARUT dan MARUT. kerana banyak perbezaan pendapat dari ulamak akan cerita itu samaada benar atau tidak? aku mengaku jahil dan buta ugama, aku ada dengar banyak kali gak orang argue akan kesahihan cerita ni, ustaz kampung aku meriwayatkan cerita ni masa aku kecik lagi, la ni di pun dah jadi mayat dan tak sempat pulak aku nak tanya.. isk

Apa-apapun, Aku ringkaskan perbalahan di kalangan ustaz akan riwayat Israiliyyat dalam bentuk dialog:

Ustaz A: cerita tu karut.

Ustaz B: cerita tu ada dalam al quran. Rujuk surah Al Baqarah ayat 102

Ustaz A: tapi tafsirnya salah..

Ustaz B: apa yang salahnya?

Ustaz A: mana boleh malaikat bantah Allah?, Membantah ALLAH boleh membawa kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. rujuk ayat quran yang bermaksud:- (Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka."

Ustaz B: tapi dalam Surah Al-baqarah ayat 30, ada cerita malaikat bantah Allah masa nak cipta Nabi adam..,

Ustaz A: dan Allah sumpah jadi setan bukan?

Ustaz B: begitulah harut marut kena azab jugak akhirnya..

Ustaz A: mana boleh malaikat derhaka pada Allah, Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.".

Ustaz B: wah wah wah! masa kat bumi tu mereka dah di beri nafsu manusia dan dah jadi manusia, tak pelik manusia buat dosa, bunuh orang, zina, rogol, parasan bagus, dan kapir mengkapir bukan?

Argghhhh, lantak korang ler, aku bukan ustaz, bukan ulamak, buat apa nak bergaduh dan caci mencaci?, Allah tak pandang umat yang caci mencaci.., lagipun pengajaran dari cerita cerita dia atas just nak tunjukkan bahawa betapa MULIAnya manusia pada pandangan ALLAH melebihi segala makhluk..

BUKANKAH KEKASIH ALLAH ITU SEORANG MANUSIA? (Nabi Muhammad SAW)

Ok, stop bergaduh..

Baiklah.. sebagai pengajaran lain kali, kalau benar itu cerita Israiliyyat:, tetap ada hokum untuk meriwayatkannya kerana dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ulamak juga mengisyaratkan keHARUSan merujuk kepada Ahli Kitab.

Aku copy dua hadith:-

Janganlah kamu membenarkan Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...”

(Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

“Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka”

(Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)

Namun ulamak menyatakan Hadis Nabi S.A.W yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak.

Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya. Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.”

Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya..

Wallahualam,

sekian, wabillah hi taufik wal hidayah..
jangan hisap fit jangan hisap dadah..
jangan jadi mat rempit jangan buat jenayah.. (tak lawak)

Asalamulaikum warah matullah hi wabarakatuh..

(cheh, macam ustaz ler pulak aku rasa-woha)

End.

Ps: Allah sangat sayang kat kita, lagi lagi sebelum jadi mayat kita banyak menangis mintak ampun segala dosa, Allah akan sebut nama kita di kalangan malaikat.., Allah bangga orang yang belum jadi mayat, belum lihat Allah tapi taat segala perintah Allah, jangan jadi macam orang kapir, bila dah masuk neraka, baru nak menangis, masa tu jika nangis air mata darah sekalipun.. bolayan!!

Jun 24, 2007

Mahu jadi muslim yang "cool" ?

(Nasihat dari seorang Kelindang lori yang cool kepada ummat islam yang suka berpolitik supaya menjadi lebih cool... mudah mudahan. : )

Apa yang aku tahu, sebarang percubaan korang untuk mengamalkan atau menghidupkan sunnah Nabi di zaman “nak berak kena bayar 50 sen” ini.., akan membuatkan korang menjadi tidak kool di pandangan mata korang yang lain…

Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!

Aku rasa dah lama orang islam di pandang tidak cool oleh orang kapir, terutamanya selepas tragedy 11 september, dan bagi orang islam sendiri, mereka yang berserban atau berjanggut juga sudah lagi tidak di pandang cool… mungkin sejak berita pak imam rogol budak kecik, atau sejak terdengar berita pak bilal menyodomkan budak tadika, atau kisah ustaz suruh pelajar buat oral seks.. itu ini, begitu begini..bla bla bla.

Tak kurang juga bila ada yang selalu berserban dan berjubah serta berjanggut terlibat dengan rasuah, gelapkan duit, tipu kawan, hutang tak bayar, kaki perempuan atau hisap dadah, maka korang semua seperti di dorong untuk rasa ‘muntah’ bila tengok orang lain pulak yang berserban dan berjubah serta berjanggut…, dan ada yang sanggup mengambarkan rupa iblis dengan perwatakkan: berserban, berjubah dan berjanggut… isk!

Kesimpulannya di zaman yang hampir monopuos ini : Sapa sape yang berserban, berjubah, bercelak, berkayu sugi, berjanggut, bersaprah, bla bla bla.. Langsung tak ‘cool’ mannnnn….

Kerana itulah ‘kot’ ada yang menjahui amalan sunnah nabi dan ugama semata mata kerana takut menjadi TIDAK KOOL.!!

Aku malas nak cerita pasal orang kapir yang bukan sahaja islam ni tidak cool 100% bagi mereka, malahan mereka amat benci dan menyampah serta nak muntah jika nampak orang islam…, dan aku juga malas nak cerita dengan ‘bekas’ orang islam yang tidak solat langsung dan hidup cara aetis yang cool dengan punk, hippies, rappers, anarki, dio, megadeth, metalicca, sex pistol, nirwana, beer, kondom, bla bla bla.. islam memang tak cool langsung dan terhina pada pandangan mata mereka, nak buat camne?, mereka sedang ‘mabuk’.., dan aku tak mampu nak dakwah orang mabuk.., orang mabuk ni kena mandi dulu baru boleh aku dakwah mereka..oh! (rujuk kisah saidina umar yang mandi dan baca surah taha..)

Namun, apa yang aku nak cerita hari ni adalah tentang orang islam yang solat, puasa, mengaku bertaqwa dan sering melaungkan kalimah jihad ukwah fillah lestari dan apa apantah tapi dengan sunah Nabi yang asal mereka tolak dan hidup dengan ‘sunnah’ yang di perbaharui..(new order-bidaah sebenarnya)

Atau senang cerita, aku nak cerita tentang orang islam yang tidak ‘kool’ di pandangan mata aku..
Baiklah, sebelum korang yang budiman semua terutamanya yang mengenali aku menkondem dengan ayat:

"hek eleh, kau pun bukannya cool.., diri sendiri pun tak betul, nak cerita agama konon, nak mengaku pencinta sunnah Nabi yang teragung, pergi mampos!".

Benar, aku memang akan mampos dan jadi mayat...
Dan kerana aku akan jadi mayatlah maka aku cuba sedaya upaya untuk menunaikan apa yang diwajibkan pada aku. Dan ini blog aku, apa yang aku percaya aku tulis dan yang baca kelak dah tentu bini dan anak anak aku, korang yang tak suka bolehlah berambus ke blog lain yang lebih kool..

Aku mengaku aku tak cool, dan aku peduli apa?

Hee hee hee hee hee (gelak di rasuk iblis)

Relex, jangan marah.., cool man!, bailklah, Sebelum aku cerita tentang fenomena orang islam yang tidak cool dan bagaimana cara-cara nak jadi kool, untuk meredakan kemurkaan korang, mari kita menyingkap nasihat dari seorang kelindang lori yang cool…

KELUHAN SEORANG KELINDANG LORI
(aku ler ni, sekarang jadi ‘kelindang kereta mayat’ he he he)

Dulu..
Lepas habis exam SPM dan sebelum result SPM..,
Aku menyara hidupku dengan menjadi seorang kelindang lori yang ‘agak’ berjaya..

Sebagai seorang kelindang lori, tugas aku adalah:-

  1. Membantu drebar lori merangkap tuan lori membawa barang dagangan naik dengan kudrat empat kerat ke dalam pagar belakang lori,
  2. Menghilangkan boring drebar lori memandu sambil mendengar ceramah ugama spontan (tuan lori agak alim)
  3. Membantu tuan lori membawa turun barang ke distinasi yang di kehendaki pelanggan juga dengan menggunakan kudrat tulang 4 kerat..(tuan lori miskin, beli lori buruk yang takde kuasa hydraulic untuk memunggah barang - kalau ada dah tentu aku kena buang kerja! - woha!)

Berikut adalah Barang barang yang aku benci di muat turun ..

Simen,
1 pack 50 kg, kena 100 pack, tak patah pinggang punggung aku, boleh mati pucuk di buatnya!

Batu Bata,
Lagi sedih bila kejar trip dan ambik direct dari kilang batu bata yang di perolehi dari ‘dapur’ yang baru masak, panas menyegat!, pakai glove, sampai terbakar-bakar kain, tangan melecur, satu trip boleh bawak 1000 bijik, bayangkan berapa banyak aku kena bawak jika nak bina sebuah sekolah? Isk isk isk..

Lembu.
Aduh.. bukan senang nak pujuk seekor lembu yang tak pernah naik lori sambil memerhatikan dunia, kena menguasai ilmu psychology kelembuan yang tinggi, kemudian nak kena pulak pujuk lembu turun lori, aku rasa nak sembelih lembu lagi senang kot., tu belum masuk bab lembu berak dan kencing, aku jugak yang kena jadi indah water.. alangkan ‘indahnya’ hidupku bergelumang tahik lembu..!

Dan ini pulak barang yang aku suka di muat turun.. hehehe

Pasir
Tak kira apa jenis pasir, pasir halus, pasir garam, pasir kapur dan lain lain, pakai scope dah cukup.., tapi hampeh jugak jika hari hujan, pasir kalah dengan air, ingat sandman dalam filem spiderman3?, aku bukan lelaki labah labah..oh!

Arang
Walaupun arang akan mencoteng bajuku dan mukaku, aku suka arang, ringan dan tidak berbau.., siapa nak tempah arang?

Batu kerikil
Ok gak batu, senang di selenggarakan, batu yang bersaiz ¼, ½ pun ok gak, terasa ketul ketul di dada dan lengan bila bekerja, bila nampak awek, wajah bertukar menjadi macho dan serius, serta tindakan menjadi lebih tekun dan gigih.., tapi bila aku senyum kat awek awek di jalanan, takde yang balas senyuman aku.., aku tahu aku miskin, dan.. ya! Aku tidak cool..

Aku sedar siapa diri ini, seorang kelindang lori yang memakai seluar jeans lusuh dan koyak serta T shirt pagodda yang beli dari kedai bundle, apatah lagi rambut ikal mayangku yang mengerbang macam singa jantan.., aku tidak cool di pandangan mata anak anak gadis dan aku juga lelaki miskin, upah aku sebagai kelindan lori adalah RM 15 sehari, cukup untuk aku basuh baju dan alas perut sambil menjaga waktu solat-insyAllah.. (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya)

Ehm dah nak meleret nampaknya aku, best jugak kerja sebagai kelindan lori ni, walaupun kerja penat nak mampos dan letih gila babi, tapi banyak waktu rehat melalui selang masa trip penghantaran, terutama bila melibatkan trip yang jauh, boleh aku cuci mata lihat dunia dari tingkap lori.., tapi aku juga kena menghiburkan tuan punya lori merangkap drebar lori yang di selubungi beban bosan memandu..

Memandangkan tuan punya lori adalah seorang penceramah ugama spontan, maka aku banyak mendengar kuliah kuliah dan tazkirah-tazkirah ugama dari beliau yang seterusnya mendidik aku di sepanjang perjalanan hidup meniti lebuh raya menjadi seorang yang agak manusiawi..

Namun kadang kadang bosan gak dengar ceramah yang merepek dan hilang arah, apatah lagi lori buruk itu takde pemain kaset, nak dengar radio pun tak boleh.., huh!

Maka tahan telinga sahajalah aku menyambut lebat ceramah ugama seorang drebar lori yang di iringi kesesakkan lalu lintas dan deruan exos, dan tak kurang juga, aku di dapati tidur di tempat kerja aku tu..

Namun part yang paling aku suka dalam menjalani kehidupan sebagai kelindang lori adalah time makan, kerana hampir setiap trip kitaorang akan berhenti minum kat macam macam warung dan restoran..

Makan tak ingat, majikan aku tanggung sepenuhnya kos makan aku he he he

Dan kat sinilah aku rasa ketagih aku kepada teh tarik gelas besar bermula…

Dan kat sinilah bermula keburuk lantakkan aku dalam menketedarah makanan., senang ‘bela’ aku ni sebenarnya, semua aku makan, nasik sejuk aku makan, pulut lepa, nasi karabu, kaki ayam, nasi dagang, dan apa sahajalah tolak anjing dan babi yang lain semua aku bedal!!

Aku ni pemakan orangnya… : )

Cuma satu perkara yang aku betul betul dapat belajar tentang DUNIA semasa singgah di mana mana kedai kopi atau warung.., aku dapati di kebanyakkan gerai atau warung dan kedai kopi yang aku singgah, akan adalah ‘pendakwah’ yang mencegah kemungkaran dengan kata kata, maksud aku mereka akan memburuk burukkan pelbagai pihak yang mereka rasa tak betul, (aku rasa semua tak betul kecuali dia)

Mereka akan menunding jari kepada orang lain, meraka mampu mengumpat tanpa rasa bersalah, dan mereka jugak mempunyai keajaiban untuk membongkar segala keaiban pihak musuh walaupun sebesar zarah!.. selain mempunyai suara yang lantang, mereka sedikitpun tak segan dengan orang yang lalu lalang atau mereka memang nak tunjuk bakat mereka sebagai wakil rakyat?, (bini suruh beli gula dah beli belum bang?..) dan jika di layan, mereka akan bercerita pulak apa yang mereka akan buat jika jadi pemimpin, (hek eleh.. bini suruh beli gula dah beli belum bang?..)

Aku masih muda waktu tu, sekali aku menyampuk cakap mereka, menyampuk sambil menyokong kononnya, sebab aku nampak mereka macam cool, tapi pak cik aku yang merangkap drebar lori telah menyepak kakiku dari bawah meja.., tak sakit, tapi menusuk di hati, aku tiba tiba rasa maluuuu sangat kat diri sendiri., terima kasih pakcik kerana ajar aku jadi manusia.. ajar aku menjadi kelindan lori yang cool..

Sejak itu aku beryukur kerana aku tidak menjadi seperti mereka dan aku bersimpati kepada mereka..

Bagi aku, mereka yang menjadi ‘Pendakwah jarak jauh’ (PJJ) ni memang tak cool…, dan mereka ini bukan hanya wujud di kedai-kedai kopi, tapi ada di seluruh dunia! Golongan ini ada banyak kat opis aku dan bertambah hebat bila bersembang waktu makan, selain itu golongan PJJ ini juga ada di universiti, di pejabat pejabat kerajaan, di masjid masjid, di balairaya, di lorong lorong dan mereka ‘membongkar rahsia dunia’ di mana sahaja asal ada peluang,! di internet, di poster, di dinding tandas, dalam lirik lagu, di akbar, di T shirt, dalam blog, dalam bentuk kartun dan yang paling aku benci bila mereka muncul dalam email aku dan dalam komen box keretamayat!

Cis!

Korang semua ni janganlah menyemak dalam blog aku, aku tahu korang mempunyai daya sensitivity yang tinggi dalam mengesan kelemahan sistem dan amat berkebolehan pulak dalam mencadangkan system baru yang dapat menyelesaikan segala masalah.., wah wah wah, hebatnya ko?, kemudian korang dengan lantang dan tegas membatah segala bentuk isu semasa, menyanggah dan mengkritik dengan urat merih yang timbul, sampai satu tahap yang aku sedih bila masuk bab mengaibkan sesama islam, buat lawak, lukis kartun menghina, dan ada yang hina ustaz ulamak semata mata berbeza fahaman politik, aku malas nak tulis dosa orang yang mengutuk ulamak, dan yang lebih dahsyat bila masuk bab kapir mengkapir… (ini kat tempat aku ler ni, tempat korang tekde kot)

Dan aku tahu korang buat semua itu adalah demi MENCEGAH MUNGKAR DENGAN TANGAN DAN LIDAH!! Korang tak nak cegah mungkar dengan HATI sahaja, itu tanda lemah iman..., korang nak buktikan iman korang tinggi dan sempurna, baik,! Bagusler tu, dan cool..
Tapi aku hairan.., bila kawan-kawan sefahaman politik korang buat dosa, atau bila wakil rakyat dan ustaz ulamak korang buat salah, apa pulak reaksi korang?..

Huh! Korang hanya diam membisu, isu itu tak timbul pulak al maklumlah, dalam dunia politik jika korang tegur dosa kawan sefahaman parti, dah tentu akan memberi keuntungan moral pada pihak musuh..

Korang pun senyap!.

Barangkali korang mencegah maksiat itu dalam hati.., hmm, dah jadi iman lemah ler pulak?, dan bagus jika korang tegur senyap-senyap kerana itulah adab menegur, korang tak nak menyinggung perasaan. Itu perbuatan yang cool..

Tapi cuba kawan korang yang buat salah tu tiba tiba tikar parti?, huh masa tu pulak korang akan ungkit balik dosa mereka kepada dunia, korang akan cerita aib kawan korang yang berpaling parti tu dalam akhbar, internet, poster, ceramah ceramah, dinding tandas, dan dalam doa!!

Tak cool langsung!!

Itu satu hal, satu lagi adalah demi kepentingan politik, tindakkan kawan sefahaman politik yang salah tu bukan setakat korang tak menyuarakan pendapat ataupun sekurang-kurangnya cuba membetulkan silap sini sana, tapi yang lebih haru dan menyedihkan, bila korang cuba menghalalkan pulak perbuatan salah kawan-kawan korang.

“Eh betul apa dia cakap, dia kan ulamak, semua betul!”

“Eh dia lebih berpengalaman dalam politik dan islam, ijtihad yang dia keluarkan seseuai dengan isu semasa,”

“Tak salah adakan konsert yang penting sebelum tengok konsert solat jemaah”

“Alahai kawan aku tak solat berjemaah takpe, sebab yang penting Negara islam, tak guna solat jemaah jika tak sokong Negara islam!”

“Takpe kita lantik wanita jadi pemimpin, senang nak pancing undi demi Negara islam”

Bla bla bla..

Aku malas nak tulis semua contoh, bukankah jika kita diam terhadap maksiat itu tandanya kita lemah iman?, tapi jika kita sokong maksiat pulak dan cari dalil dan Nas untuk sokong tindakan rakan separti, itu bukan tercabut iman namanya?, aku malas nak letak hadith, ‘pagi beriman petang kapir’, Cuma nasihat aku kalau nak berjaya ikutlah orang yang dah berjaya, macam Nabi SAW dan sahabat RA, kemudian ada sepuluh sahabat yang di jamin masuk shurga ketika mereka belum jadi mayat lagi, kan senang nak buat contoh?, tak payahlah nak taklik membuta tuli, taksub gila babi dengan orang yang belum ada jaminan shurga!!!

Kalau aku tanya korang nama 10 sahabat ini dan apakah amalan sahabat ini yang membolehkan mereka mendapat jaminan shurga, boleh korang cerita?

Huh! Tapi jika aku Tanya 10 tokoh yang korang kenal yang mendapat jaminan masuk neraka tentu korang tahu bukan?, dan korang boleh cerita detail pulak apa dosa mereka yang buat mereka masuk neraka sedangkan mereka masih hidup dan belum jadi mayat lagi!!

Aku dan korang semua patut menangis dan belajarlah jadi cool..

Bila aku cakap kita kena berjuang ikut cara nabi yang asal, ikut sunnah yang asal, korang akan cakap aku tak kool, ketinggalan zaman dan tak memahami isu isu semasa serta gagal mentafsirkan ayat al quran ikut peredaran zaman..

Ya, aku tak cool.. aku ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban.. atau apa sahaja..

Dan aku peduli apa?!

AKU TAK PERLU PEDULI KEHENDAK MANUSIA DALAM URUSAN UGAMA..
TAPI..
AKU PERLU PEDULI KEHENDAK AGAMA DALAM URUSAN MANUSIA!!

Bagi aku, Nabi Muhammad SAW adalah contoh manusia yang paling cool dalam meyelesaikan masalah ugama.., kemudian sahabat Abu bakar RA mencontohi beliau ketika menjadi khalifah islam, lihat betapa cool nya Abu bakar Ra dalam menyelesaikan masalah ummat islam zaman itu..

(rujuk kitab)

PENUTUP..

Sebagai orang islam, kita semua kena solat bukan? Dan orang yang solat dia ada sifat sifat dia.., dalam Al quran ada cerita sifat orang yang bersolat dalam ayat 19 surah Al maarij..

Dalam surah tu cerita orang yang bersolat, tidak terkesan dengan kesusahan dan kesenangan dunia, pendek kata orang yang bersolat mempunyai sifat yang 'cool'..

Maka moralnya di sini, bila korang di timpa kesusahan, sebagai seorang yang bersolat, tak payahlah korang nak terpekik terlolong, nak keluh kesah, bukankah orang bersolat percaya dengan takdir? Return to the source., Dan begitu jugak bila dapat kesenangan duniawi jangan kita perasan Allah sedang sayang kat kita, orang kapir pun Allah bagi nikmat, firaun dan qarun berapa banyak mereka punya harta?, arghh, pendek cerita, korang semua sebagai orang yang bersolat tentu tahu bahawa apa apa yang berlaku dalam dunia ni, samada kesenangan atau kesusahan itu semua dari Allah dan semua adalah ujian.. Untuk test iman..

Maka nasihat aku jika korang sedang dapat kesenangan dunia, tak payahlah nak cerita kat semua orang, tulis dalam akhbar korang ni sedang bahagia itu ini begitu begini, buat seluruh dunia tahu korang sedang bahagia, bukan apa, semua dalam dunia ni bersifat sementara dan fana, nanti bila kebahagian itu hilang, korang jugak yang malu, sedih kecewa.., dan jadi satu beban pulak pada hati nurani korang untuk ‘paksa’ orang lain percaya bahawa korang sedang bahagia, tak payah..!!, jadilah orang islam yang cool.., dapat kesenangan hidup, relexlah, tak rugipun orang tak tahu.., dan sebenarnya adalah salah korang cerita nikmat hidup korang pada orang yang tak dapat berkongsi, sebagai contoh korang naik gaji 3 kali ganda, korang pun cerita pada orang yang dah berpuluh-puluh tahun kerja tapi masih tak naik gaji, nanti bila dia putus asa dengan tuhan, korang jugak yang berdosa sama, sebab tu Nabi pesan kalau nak makan makanan yang ‘mahal’, jangan makan kat luar rumah, takut jiran nampak dan kecik hati, lainlah korang niat nak kongsi nikmat tu..,

So moralnya kat sini adalah kalau nak cerita nikmat, pastikan bercerita kepada orang yang dapat kongsi nikmat tu, contoh korang kerja government dan dapat kenaikan mendadak, bolehlah korang cerita kat mak bapak korang kerana of course mereka akan dapat tambahan ‘sedekah’ dari korang, atau korang cerita kepada pasangan hidup korang bahawa zakar korang makin besar dan panjang, tak salah dan baguslah, sebab bini korang boleh kongsi, tapi bila korang cerita pada dunia, apa jadi? Dah tentu ada orang cemburu dan putus asa dengan tuhan! Sebab tu orang kaya tak di galakkan berjiran dengan orang miskin, dan jika nak berjiran kena bina rumah dan perhiasan yang lebih kurang sama dengan jiran, korang paham tak?

Balik pada tajuk utama mengenai tindakan muslim yang tidak cool..

Maka nasihat aku bila korang sedang dapat kesusahan hidup, tak payahlah nak cerita kat semua orang, cerita hanya kepada orang yang dapat selesaikan masalah tu..., dan paling baik cerita kepada Allah.., jadilah orang islam yang cool, yang tidak terkesan dengan suasana, itulah ciri orang yang bersolat..

Jangan pulak bila suami korang sering tewas dalam hubungan seks, cepat pangcut lalu korang cerita pada suami orang atau rakan lelaki seopis, tak jadi haram tu?! Dan biasanya dalam bercerita kesedihan, banyak keaiban yang akan terdedah.., naduzubillah

Aku tahu korang sedih dengan maksiat ummat, dengan system, dengan kerajaan, dengan dunia dan apa sahaja, tapi bila korang luahkan ketidak puasan hati, bila korang lepas geram dengan kata kata, tidak dapat tidak akan terbukak aib saidara islam yang lain, di sini kesilapan bermula..

Korang sebagai orang islam yang bersolat, yang cool dah tentu tak akan cerita aib saudara islam atau jatuhkan maruah saudara seagama, banyak hadith yang melarang dan mengecam sape sape yang dengan sengaja jatuhkan maruah dan hina saudara seugama, bukan semua nikmat boleh di cerita, bukan semua kesedihan boleh di cerita dan SEMUA KEAIBAN tak boleh kita cerita..,! Paham tak?

Dan yang paling teruk, bila halalkan dosa kawan kawan demi kepentingan politik, macam mana nak jadi muslim yang cool kalu beginilah dilemma ummat islam dewasa ini?..oh!

Ingatlah, Orang bersolat itu cool, bila membawa ketaatan dalam solat ke luar solat, insyAllah….

Tapi kita semua sedar, ramai umat hari ni yang hidup menjauhi amalan agama kerana bagi mereka, semua itu tak cool, tak moden, tak canggih, di zaman ini bercerita tentang kayu golf lebih asyik daripada bercerita tentang kayu sugi, membaca blog hiburan jauh lebih asyik dari baca al quran, mendengar aib saudara seugama jauh lebih asyik dari bertaubat di sepertiga malam..

Maafkan aku kerana tak sporting dan tidak cool..

Biarlah korang nak panggil aku, ‘ustaz’ atau ‘shekh’atau ‘kambing tua’.,

Aku mengaku aku tidak cool..

Dan sekali lagi, aku peduli apa?!!!

Andai kata akhirat kelak, di takdirkan oleh Allah *aku masuk shurga dan **korang masuk neraka, dan korang bertanya: kenapa engkau masuk shurga?

Aku kata:

Sape suruh korang tak cool?

Ha ha!

Ps: Orang yang cool adalah, orang yang tidak cerita semua NIKMAT hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh berkongsi NIKMAT tu… juga tidak cerita semua KESEDIHAN hidup pada orang lain, kecuali mereka yang boleh tolong selesaikan KEDUKAAN itu.. juga tidak cari salah orang dan tidak cerita AIB orang, barulah jadi mayat yang cool…!

* Doakan aku sama masuk shurga wahai sahabat..
**Aku juga doakan korang masuk shurga wahai sahabat…

Jun 15, 2007

Pernah tak kena tipu ?

(bagaimana tidak di tipu dan apakah pendapat kamu tentang mati...)

Cerita bermula pada suatu Petang..

Dah nak magrib

Ada la lagi 30 minit kot nak azan magrib…

“asalamulaikum” suara dari luar pintu

“walaikumusallam,” suara aku berbau teh tarik..

Sorang lelaki yang bermuka hensem terpacul depan pintu rumahku, rambut tersikat rapi, wajah bersih dari sebarang bulu serta berpakaian kemas, bertali leher, berkasut kilat dan ada bawa beberapa produk..

“Tahniah bang, rumah abang terpilih dalam taman ni sebagai lokasi demo untuk produk baru kami, tak lama bang, 15 minit jer, dan syarikat kami ada meyediakan cenderamata dan kami akan ambil beberapa keping gambar abang dan rumah abang untuk di letakkan dalam majalah kami”

Aku: ….

Dia: Bla bla bla..

Aku: ….

Dia: Bla bla bla bla..

2 minit kemudian, di pendek cerita, sebagai seorang yang baik dan menghafal rukun negara, aku cuba menolak demo itu dengan cara yang baik, berhemah dan bersopan santun..

Tapi dia dengan mesra pujuk aku, siap nak tumpang solat maghrib berjemaah kat rumah aku,

(gila kau nak solat magrib berjemaah kat rumah? Nak kena bakar rumah gamaknya?, apa aku nak jawab kat ketua bomba? Cis!!!)

Memandangkan dia begitu beria-ria pujuk aku untuk ‘menghina kebijaksanaan’ aku, maka terpaksalah aku bukak pintu grill, keluar ke depan rumah, berdiri mengadap dia, aku menggosok-gosok tangan, dan memaksa diriku untuk senyum hE hE hE…(senyum paksa)

Bagaimana aku nak halau mamat ‘penipu’ ni?

Baiklah, kita stop dulu cerita kat atas, aku akan sambung jap lagi, sebelum tu, kita tumpukan entry ini kepada penipuan dan aplikasinya…

Korang pernah tak kena tipu?

errr, aku mengaku.., aku selalu gak kena tipu oleh syaitan dan kadang kadang hidup dalam rasukan iblis, tapi aku bukan nak cerita pasal setan yang mengalir dalam darah tu, aku nak cerita pasal setan yang bertopengkan manusia.. 'setan' yang cukup handal menipu, kalau boleh semua orang di tipunya, aku baca paper, golongan yang kena tipu bukan setakat budak kampong yang bodoh alang dan baru nak baligh, atau orang tua kampong yang naïf lepas manopous, tapi yang kena tipu tu termasuklah budak universti, doctor, prof, malahan pakar motavasi pun kena tipu.. ish ish ish..

Maka aku buat kesimpulan, bahawa orang yang kena tipu bukanlah kerana orang tu bodoh bangang atau berotak slow , kerana yang ada degree phD pun berlambak kena tipu, tapi orang yang kena tipu biasanya adalah kerana mereka ada penyakit wahan‘kot’

Apa itu penyakit wahan?, wahan adalah nak kaya cepat-cepat, tapi nak mampos lambat lagi, kalau boleh nak delay 100 tahun…!

Wah wah wah! Pandainya aku letak hokum, sedap-sedap aku jer nak tuduh korang ada penyakit wahan, cinta dunia dan takut mati, baiklah, abaikan penyakit wahan dan anggap ‘korang tak cinta dunia dan takut mati’ tapi still kena tipu.., mungkin korang mudah percaya atau mangsa keadaan, apa-apapun kita bincang bab wahan dulu.. dan abaikan korang sebagai pesakit wahan…(akupun macam ada gak sakit ni.. isk)

Mengikut kajian aku (kononnya), Kehebatan atau kehandalah Pakar tipu-daya dalam memperdayakan pihak yang di tipu adalah apabila mereka berjaya memanipulasi akan dua perkara ini..

1. CINTA DUNIA
2. TAKUT MATI

Pakar tipu-daya akan rangsangkan nafsu korang yang cinta dunia ini dengan membangkitkan keinginan yang membara ke dalam diri korang, sehingga korang akan sanggup buat apa sahaja demi ‘kesedaran mimpi indah’ yang baru di tanam ke dalam otak korang.. (kefahaman baru konon)

Bila korang sanggup buat apa sahaja (termasuk sanggup di perbodohkan) maka kerja pakar tipu-daya akan menjadi lebih mudah dan lebih senang, woha!

Sebab tu ramai yang senang kena tipu!!!

Sebagai contoh, aku dedahkan sedikit sebanyak penipuan yang telah berjaya (berjaya masuk neraka) kepada mereka yang nak jadi kaya sekelip mata.., senang cakap: CINTA DUNIA!!!

Penipu akan datang pada korang dengan muka manja dan berlagak insan kamil lalu pujuk rayu korang gores satu kad, korangpun sebagai pemuda-pemudi yang menghafal rukun negara, tolak cara baik, penipi pun buat muka kasihan bagitahu bos dia akan bagi dia 50 sen kat dia sebagai upah jika korang gores, (penipu kena pandai berlakon, semua pelakon menipu dalam wataknya)korang sebagai insan yang baik dan berhati perut mulia pun cepat rasa kasihan, korangpun goreslah.., bila korang dah gores, dia pun akan buat muka terkejut, (pelakon yang berkebolehan melakonkan pelbagai watak)

“wah, cik adik dah menang besar, 1. 5 juta bla bla bla,”

Lepas tu tepon member dia bagitu korang bertuah, lepas tu datanglah bos dia (juga seorang pelakon handalan) puji dan kagum dengan ‘rezeki’ korang, lepas tu korang kena beli barang dia dalam harga RM 3000, baru layak cabutan bertuah hadiah bernilai 1. 5 juta he he he…, member aku yang lurus dan sudah simpan duit nak kahwin, tapi masih cinta dunia dah terkena. Beli barang rumah yang tak berguna seperti ‘air cond’ mudah alih (kipas letak air batu) yang mana jika kos asal adalah dua tiga ratus kot tapi dia kena bayar RM 3000, lepas tu bila buat cabutan bertuah dapatlah set pinggang mangkuk tak bermutu.., aku pun tak paham, lebih kurang gitulah member aku cerita.. ish ish ish.. siapa mangkuk dalam cerita ni? siapa yang jadi mangkuk bertingkat dan siapa yang jadi mangkuk hayun?

Ok, Aku petik dari akhbar pulak:
Ada sebuah sindiket yang mendakwa mereka telah mendapat kelulusan Bank Negara untuk menguruskan wang kononnya milik kerajaan pada zaman British yang berjumlah trilion ringgit di bank Union Swiss dan wang itu sedang dalam proses pengurusan untuk dibawa pulang ke negara ini... (hebat bunyinya)

Bagaimanapun, syarat untuk membawa pulang wang itu perlu dilakukan oleh individu-individu yang melakukan pelaburan dengan sindiket terbabit kerana urusan menerusi saluran bank tidak diterima. (pulak ?)

Malah, urusan pelaburan sindiket itu juga dalam bentuk tunai kerana untuk mempercepatkan proses pelaburan (cepat kaya sebenarnya) berbanding dengan penggunaan cek yang terpaksa memakan masa.

Selepas melakukan penyerahan wang pelaburan, sindiket terbabit akan memberi sebuah buku cek (dah tentu palsu) kepada pelabur untuk digunakan mengeluarkan dividen kelak,

Lepas tu bila korang rasa tertipu, sindeket penipu ugut pulak akan para pelabur yang telah sedar mereka tertipu bahawa mereka akan ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) jika mendedahkan perkara itu kepada polis.

Ini kerana, penipu terbabit mendakwa pelaburan yang mereka jalankan adalah projek kerajaan dan sebab itu pendedahan oleh mana-mana pihak akan menyebabkan mereka ditahan di bawah akta berkenaan.

Disebabkan itu, para pelabur tidak berani untuk melaporkan penipuan yang dilakukan oleh sindiket terbabit malah ada juga yang bimbang sekiranya wang yang telah dilabur ‘hangus’ begitu sahaja sebaik perkara itu dilaporkan kepada polis.

Aduhhhh panjang ceritanya, lagi nak melabur ke? baik pergi haji pakcik..

Dulu cerita yang paling terkenal adalah ‘Pak Man Telo’ dengan menjanjikan pulangan lumayan sehingga 35 peratus atau dalam kata lain keuntungan 50 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan.

Dan berapa ramai kena tipu?

Ada lagi,
Ada yang menipu dengan buat survey dari rumah ke rumah dan bagi kad untuk menang hadiah.
Mereka yang terpedaya akan sanggup ler swipe kredit kad iaitu sebanyak RM1537.50 lepas tu dapat 1 kad untak di buka… (macam cerita member aku kat atas jugak)

Haiyaaa! Abg susah menang dapor elektlik owh…Ini nama dia rejeli lor abang…abang sudah menang itu nano digital stove berharga RM3 libu lebey woo…haiya..manyak syok orr. ini mesti mau belanja makan lar ini abang… lejeki lor… haiya… ada ong la ini abg…

Tapi abang ada lagi balance RM1897 belum bayar, kalau bayar baru dapat itu 3 barang harga ribu-ribu juga bla bla bla..

Dah melangkah, susah ler nak gostan.. apa lagi nak di kata?

Ni ada lagi kes tipu,
Penipu ni jual barang dengan harga RM 3400.00. dan kemudia wujudkan pembeli palsu (pelakon tambahan) yang lain yang kononnya akan beli barangan korang pada harga RM 10,000.00 dalam masa 30 hari, siapa tak nak dapat untung RM 6000.00 lebih dalam masa 30 hari?, dan korang sendiri boleh agak bukan apa yang terjadi pada bad ending cerita ini, pandaipun, penipu tu masuk 'neraka' akhirnya….

Satu lagi warga kulit hitam yang jual pencetak dolar amarika ke apa? aku lupa, tapi ramai jugak bijak pandai kena tipu.. apa apa aje korang semua ni..

OK, itu bab CINTA DUNIA, sekarang kita pergi pada bab TAKUT MATI pula.

Biasalah, bila korang dah nak kaya cepat, tak bestlah pulak kalau umur pendek, siapa nak belanja duit yang juta juta tu, kurang kurang, kalau boleh hidup nak cecah tahun 2020...,

Maka sekali lagi Pakar tipu-daya (pelakon terbaik mestilah pandai melakonkan pelbagai watak)akan membimbangkan nafsu manusia yang takut mati ini dengan membangkitkan peluang untuk hidup lama sehingga mereka (biasanya warga tua momopous) akan sanggup buat apa sahaja demi ‘hidup seribu tahun’…

Bila mereka sanggup buat apa sahaja (termasuk sanggup di perbodohkan) maka kerja pakar tipu-daya akan menjadi lebih mudah dan lebih senang,

Ada pesara yang keluarkan semua EPF dia sebab percaya dengan penjual ubat panjang umur ish ish ish.., dah nak jadi mayat orang tua, ke situ pulak ceritanya..

Ada yang habis duit pencen beli batu hikmat yang boleh sembuhkan segala penyakit kononnya..

Dan ada jugak makcik makcik yang sanggup tonggeng bontot kat tok bomoh untuk panjangkan umur, bagi cantik dan berseri.., apa lagi nak di kata?

Eh?!, jika kita rujuk dua perkara di atas, iatu CINTA DUNIA dan TAKUT MATI, barulah tahu kenapa syarikat KAD KREADIT dan syarikat INSURANCE menjadi syarikat yang paling cepat untung.. kan kan kan?

Berapa ramai yang jadi muflis akibat kad keradit.. (cinta dunia)

Berapa ramai yang tertunggak bayar insurance kerana terlalu banyak pekej yang di beli (takut mati)

Arghhh, aku malas dah nak komen lebih lebih, aku doakan yang kena tipu terbela nasibnya dan yang menipu di beri hidayat untuk bertaubat.. (amin)

Berbalik pada cerita penjual tipu di awal entry ini, yang datang rumah aku nak tumpang solat maghrib sambil nak demo produk dia, aku sebenarnya tidak belasahpun dia.., aku tidak menyakiti dia,
Sebaliknya aku bertanya lembut..

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Dia diam dan agak terkejut..

Aku dengan mesra gosok bahu dia dan mula berceramah ugama..

“semua orang akan jadi mayat..”

Aku lihat wajah dia dah berubah..

“kalau kita kaya, kita akan jadi mayat orang kaya..”

Kemudian, aku cerita tentang iman, tentang kehidupan akhirat dan pertolongan Allah kepada Nabi-Nabi..

Aku lihat dia murung,

Aku bagi takzirah sikit pentingnya solat jemaah di masjid dan fadihalt solat tahajjud..

Dia nampak nak berundur, aku pegang tangan dia, dan terus berceramah..

Aku bagi akan pentingnya berdakwah, dan bagaimana nak jadi pendakwah…

Dia toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handset

Aku cerita pulak tentang isi neraka dan azab neraka..

Dia pun cakap: "errr takpelah bang, saya ada masa 15 minit jer, nanti boss saya marah,.."

Aku: "eh apa pulak? Bukankah rumah saya telah terpilih?, marilah kita ke solat magrib di masjid, lepas tu kita sambung, ada banyak lagi saya nak cerita.. "

Dia: "alamak bang, saya betul betul kena pergi bla bla bla…"

Dekat lagi 5 minit nak margib, aku 'lepaskan' dia pergi.., aku tengok dia langkah laju laju.., dan tak toleh belakang lagi..

He he he, bini aku gelak besar bila tengok aku dan dia..

Manusia memang begitu, takut sangat dengan cerita ugama, kalau sedang tengok TV dan sedang usha siaran lain, sekali terbukak azan, kelam kabut tukar channel TV lain....

Kalau member-member sedang asyik borak pasal sport rim kereta, pasal lubang kencing berlaga, pasal movie blockbuster, atau isu-isu semasa, sekali cuba korang bukak cerita ugama, huh! Alamak kena pulaulah ko, atau member-member terus blah sorang demi sorang, atau toleh kiri kanan, garu telinga, gosok hidung, dan sesekali tengok handset buat bodoh, yang lebih teruk berlakon jawab panggilan he he he..

Atau cuba korang pakai jubah serban, jalan jalan dan berlakon pergi kat mat mat rempit yang sedang lepak bawah lampu tangah malam, kelam kabut depa lari start motor, macam polis buat rush ish ish ish..

Aku banyak kali gak di datangi oleh penjual yang ‘paksa’ aku beli barang dia, macam biasa aku start dengan soalan:

“apa pandapat kamu tentang mati?”


Dalam kebingungan dan terkejut aku start ceramah ugama tapi tak habis mukadimmah lagi dia dah blahhh…

Cuba teka?, apa pulak aku akan cakap jika cina non muslim datang jual barang?

“apa pandapat lu tentang mati?”

Orang cina lagi terkejut bila kita cerita tentang mati, haiya lagi mau celita ka? Itu mati semua jadi mayat maa, kalau lu kaya, lu jadi mayat olang kaya, kalu lu misekin, lu mati jadi mayat olang misikin.., tapi maa.. dalam kubur itu ada ‘hantu’ oooo… bla bla bla.. terus blah..

Ini cerita betul, 2 minggu lepas kejadian ni berlaku!!

Apa-apapun memang agak ‘berkesan’ cara camni (setakat ni), sebab tu ramai kawan-kawan aku yang nak cerita MLM ke, skim cepat kaya ke, jualan langsung ke, kejadah apa ntah, apa-apalah kat aku akan taubat dan serik tak nak ajak aku joint lagi dahh, bukan apa, bila aku start tanya:

“apa pandapat kamu tentang mati?”

Alamak, memang kena basuh cukup-cukup, dan jika waktu azan dah dekat lagi bagus, aku boleh tasykil cash… aku boleh menyeru wakil jualan langsung agar terus melangungkan solat secara langsung he he he..

Cuma aku sendiri kena banyak taubat dan istigfar kerana takut niat aku jadi salah, isk, isk.., walaupun hakikatnya aku memang tak suka ‘dia’ err, maksud aku tak suka cara mereka berniaga , tapi aku tak boleh gunakan ugama untuk buat orang jauh dari aku, TAK BOLEH!!! naudzubillah…, maka aku betulkan balik niat bertazkirah ini sebagai satu peluang untuk aku belajar cakap ugama, lagipun pada pendapat aku, golongan-golongan nak kaya cepat dan mati lambat ni kuat benar tipu dan tembarangnya. Apatah lagi bila cakap ada unsur syirik, sumpah dan janji palsu bukan main lagi, maka elokklah aku betulkan balik kedudukkan Allah dalam keyakinan masyarakat yang nak kaya cepat tapi nak mati lambat ni , Cuma.. macam yang aku cakapkan tadi, takut niat jadi salah.., kena betulkan iklhas dan niat, insyAllah (astarfrullahalazim..)

OLEH YANG DEMIKIAN!

Jemputlah datang sape-sapa yang nak dengar ceramah ugama percuma dariku untukmu. Terutamanya penjual MLM, wakil insurans, wakil skim cepat kaya. Wakil Gores dan menang, wakil jualan langsung, wakil pengedar VCD, dan sape-sapelah, lagi bagus dah dekat nak masuk waktu solat.. he he he

Dan pergi mamposlah jika korang semua nak blah dan lari dariku, memang amalan ugama bila di amal, kawan-kawan akan lari, apatah lagi orang yang baru kenal!, tapi takpe, bila aku jadi mayat kelak, bukanya korang boleh teman aku dalam kubur sambil tolong jawab soalan mungkar nakir, produk korang apatah lagi!! yang pastinya, amalan-amalan ugamaku lah yang akan duduk teman aku dalam kubur, akan duduk antara dada dan kain kapan, akan duduk di kiri kanan, akan menghiburkan aku, akan tolong jawab solan malaikat,.., akan memeriahkan kuburku (insyAllah) maka biarlah aku bermesra dengan “kawan-kawan kuburku” dan 'memperkenal' kan nya kepada korang, bukan lama sangat, 15 minitpun cukup, boleh isyaALLAH.., eh dah nak solat dah ni.., jom!

last:
APA PENDAPAT KAMU TENTANG MATI ?

SEKIAN...

Ps: Penipu yang paling handal di dunia, semua orang di tipunya, tapi bila menjelang menjadi mayat, maka dia akan berkata: “oh, sesungguhnya.., dunia telah menipuku..”

Jun 11, 2007

Apa itu ijtihad?

(Berijtihad di bumi Malaysia-nasihat untuk genarasiku)

Ijtihad hanyalah layak di buat oleh ulamak atau ‘orang-orang’ yang benar-benar faham ugama dan sunnah Nabi SAW, kerana bila satu permasalahan timbul dalam umat islam dan perkara itu tidak dibahas dalam AlQuran mahupun hadith secara khusus maka ketika itu ummat islam perlu kepada sebuah IJTIHAD…

Ijtihad di sini bukanlah semata-mata bersandarkan kepada satu ideology atau pendapat yang baru, tapi masih perlu merujuk kepada AlQuran mahupun hadith yang hampir semakna dengan permasalahan tersebut, dan alhamdulillah jika kita susuli lembaran sirah perjalanan sahabat-sahabat baginda SAW dalam berijtihad, hampir semua masalah baru dalam dunia islam telah berjaya di ‘ijtihad’kan oleh mereka dengan sempurna.., (insyAllah)

Tapi yang jadi masalah apabila para ulamak hari ini, masing masing mempunyai ijtihad sendiri mengikut idealogy baru yang berbeza-beza mengikut perjuangan dan pengorbanan masing-masing yang mana akhirnya membawa kepada perpecahan ummat, caci mencaci, perasan masuk shurga dan ada yang sampai ke tahap menumpahkan darah lalu menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan sempadan di pembaringan..oh!

Maka nasihat aku:

Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Al-Quran dan Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya bukanlah suatu ijtihad yang bagus dan takut-takut boleh merosakkan ugama korang bila berlaku salah faham.

Allah dah bagi akal dan otak, maka silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, kerana aku bukan ustaz dan ulamak, dan aku hanya memberi pendapat sahaja..

Dan begitu jugak apabila korang mendengar pendapat ijtihad dari alim dan ulamak, dari mufti atau ustaz, lalu korang terus mengamalkan tanpa merujuk Al-quran dan hadith yang semakna atau hampir semakna, maka itupun bukanlah suatu yang betul dan tidak boleh di katakan korang telah mengamalkan ugama, maka sekali lagi, silalah guna akal dan otak yang Allah dah siap bagi sorang satu, silalah berfikir dulu, dan kemudian mengamalkannya dengan tanggungan sendiri, walaupun pendapat itu datangnya dari ustaz dan ulamak, kerana mereka juga hanya memberi pendapat…

Lagikan sahabat Nabi SAW ada yang tersilap dalam berijtihad lalu di betulkan oleh Abu bakar RA dengan tegas! apatah lagi ustaz dan ulamak hari ini…

Kerana itu kita boleh tengok bila puak-puak islam berdebat, last sekali mereka akan cakap:

“eh! Ini ulamak (A) aku cakap macam ni, dia tu ulamak A..,”


Tapi pihak lawan pulak cakap,:
“tapi ulamak (B) aku cakap lain, ulamak B aku cakap bla bla la bla..,"



Kemudian puak yang memerhati pulak cakap,

"apalah korang bergaduh ni, bukankah ulamak C cakap begini, bla bla bla.. "

He he he, sampuk aku pulak,:
Kalau apa yang ustaz dan ulamak korang cakap tu bersandarkan Al-quran dan hadith yang semakna atau menghapiri maknanya, kira betul ler tu.., tapi jika just pendapat bersandarkan apa yang di perjuangkan atau isu isu semasa, tafsir Quran hadith pakai kepala hotak, sekejap halal-sekejap haram, sekejap nak suruh orang takut - sekejap nak suruh orang segan, tak payahlah nak berdebat, dan tak payah rosakkan masa depan korang dengan IJTIHAD orang lain, akhirat kelak jika ulamak korang tu salah, korang bukannya boleh lepas dengan alasan,:
“Saya ikut cakap dia sebab dia bertitle ulamak, maka apa sahaja kata dia saya akan percaya seratus peratus”

wah wah wah, mudahnya prinsip hidup…

Itu yang berlaku hari ini bila ada pendapat dari ulamak X yang bertentangan dengan hadith dan quran, maka korang sebagai penyokong ulamak X pun siap buat research dan tulis artikel untuk membenarkan ulamak X demi mempertahankan kata-kata seseorang ulamak yang berada dalam kancah politik kepartian, yang ada waktunya terpaksa mengiakan kesalahan, dan tidak boleh memperbaiki kesilapan…

Aku kata mungkin ulamak X patut tarik balik kenyataannya, tapi jawapan dari pimpinan-pemimpin ulamak X bahawa ia akan memberi political mileage untuk pihak yang satu lagi. Arghh malas aku nak ulas!!!!

Cubalah Ingat akan pesan Nabi SAW: ummat aku yang ikut 2 perkara, pasti akan selamat, iaitu mereka yang ikut Al-quran dan hadith…

Sahabat sendiri seperti Abu bakar RA atau Saidina umar RA sering mengingatkan rakyat, agar taat mana yang betul sahaja, jika salah SILALAH TEGUR!!!!

Mana ada manusia yang perfect, berapa kali dah saidina Umar RA kena tegur oleh Abu bakar RA dalam kes berijtihad, siap kena tumbuk dan kena tarik janggut lagi.., korang nak aku tarik janggut korang?nak ?

(woi hamka, ulamak sekarang ramai takde janggutler..)

****



Sahabatku,
Bukanlah aku nak declare semua ulamak tak betul, aku sendiripun banyak tak betulnya.. isk, tapi aku nak bagitahu bahawa KITA SEMUA akan di pertanggungjawabkan dengan apa yang KITA YAKIN!!!

Maka bila kita nak buat sesuatu amalan ugama, dah tentu kita kena YAKIN dengan betul-betul punya yakin bahawa ini adalah PERINTAH ALLAH dan ini adalah CARA RASULULLAH SAW…, bukan hanya sekadar tunjuk jari kat ustaz dan ulamak pilihan korang, yang sesuai dengan nafsu korang lalu goyang kaki sambil korek hidung dan mula memuji diri sendiri dan perasan masuk shurga dan terus menerus mencaci orang lain sambil menggetel tahi hidung, wah wah wah, meriahnya hidup…, Ingatlah bahawa ustaz dan ulamak pilihan nafsu korang juga akan di pertanggungjawabkan oleh ALLAH…

Maka nasihat aku, berhentilah mencaci orang lain, dan berhentilah memuji diri sendiri..

(Tapi cik hamka, ulamak aku kata takpe kita caci orang lain asalkan betul dan hukumnya ‘harus’..)

Aku kata: lantak koranglah, berhati hatilah dengan yang ‘harus’ kerana takut jadi ‘haram’, dan ketika Nabi SAW galakkan kita tampal amalan fardu dengan memperbanyakkan amalan ‘sunnat’, tapi korang pulak beriya-iya memperbanyakkan amalan yang ‘harus’ yang tak dapat pahala.., akal letak kat mana? Haruskah aku menarik janggut korang? Haruskan aku?

(woi hamka, aku takde janggutler.., tapi bukankah hadith sohih berbunyi, “Siapa yg tengok kemungkaran kena ubah dengan tangan”)

Kalau inilah satu-satunya hadith yang menyebut tentang mengubah kemungkaran, maka benarlah apa yang ulamak korang IJTHADkan itu,

Tapi apabila ada hadith-hadith sahih yang lain mengkhususkan keadaan, maka hadith ini menjadi satu dalil UMUM yang mana jika ia diamalkan secara bersendirian akan terjatuh dalam fitnah yang besar.

Memetik contoh yang aku petik dari blog jefriharris.blogspot. (dan aku edit sini sana)
…“ayah/ibu yang bukan muslim dan sembah berhala di rumah mereka sendiri, tidak boleh kita bentak dia dan tarik dia dari penyembahannya, walaupun apa yang mereka buat itu mungkar. Sebaliknya kita disuruh bemuamalah dengan mereka dengan cara yang baik., dan terus berda'wah dengan mereka. Sepertimana ayat al-quran yg suruh bunuh orang kafir dimana juga kamu jumpai, harus di lihat kepada cara beramal dengan ayat tersebut, dan ini tidak boleh disandarkan kepada pendapat seorang ulamak semata mata..”

Nasihat aku:
Janganlah menjadi golongan yang suka mencela dan mencari salah orang. Aku cuba elak diriku sendiri daripada mendengar ceramah yang intipatinya banyak berkisar tentang keburukan orang lain. Banyak cakap-cakap tentang pemerintahan tapi ntah apa apa, cakap pasal demokrasi, atau rasa kecewa dengan maksiat umat, kerana pernah aku dengar hadith Nabi yang mana bila kita duduk dalam mana mana majlis dengan lama, maka Allah akan taut hati jadi sebati dengan mereka oh!
Baik untuk aku gunakan masa aku yang sikit lagi nak jadi mayat kepada belajar dan mengajar ugama, insyAllah…

(aku copy/paste sekali lagi ‘dengan izin’ hadith yang aku ambik dari blog JEFRI IRWAN HARRIS yang mana jika korang nak tahu tentang kesahihan hadith ini, silalah email beliau...)


Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang ialah ketika dia mencela pemerintahnya (dari Abu Darda, riwayat Ibnu Abdil Bar dalam kitab At-Tamhid 21/287)

Ibnu Abbas pernah ditanya tentang amar maruf nahi munkar kepada pemimpin. Beliau berkata, 'kalau kamu melakukannya dan kamu sudah mantap, maka lakukanlah dengan cara diam-diam.' (Ibnu Rajab dalam kitab Jamiul Ulum Wal hikam)

Usamah Bin Zaid pernah ditanya, 'sudahkah kamu masuk ke dalam rumah Uthman dan bercakap dengannya(menegur)?'
Dia menjawab, 'adakah kamu mesti tahu setiap apa yang aku cakap kepadanya? Demi Allah, saya telah bercakap dengannya secara rahsia dan saya tidak akan menyebarkannya kepada sesiapapun!'
(Sahih bukhari dan Muslim)

(ada banyak lagi hadith, tapi aku malas nak copy paste semua, maafkan aku)

Aku suruh korang berhenti caci orang lain dan berhenti puji diri sendiri bukannya apa, akhirat kelak Allah akan soal korang punya amal baik dan buruk dari yang besar-besar hinggalah yang sekecil-kecil zarah…

Alahai korang hari ni pun aku tengok jika buat paper atau tulis artikel, sanggup tulis semua keburukkan pihak musuh (yang berhukum harus kononnya) walaupun sebesar zarah, dan beriya-iya tulis kebaikkan sendiri walaupun sebesar zarah (walaupun hukumya boleh jadi haram) ish ish ish..

Lepas tu bila berdoa, cerita keburukkan orang lain pada Allah tapi lupa nak cerita buruk sendiri.., lepas tu doa suruh Allah bagi azab pada orang lain atau bagi nikmat kat diri sendiri dengan niat biar pihak musuh rasa hina..,

Baiklah, aku nak Tanya?
- Allah ada suruh korang cerita buruk orang lain dalam doa kou?
- Korang ingat Allah tak tahu buruk orang?
- Dan tahukah korang apa yang Allah nak korang sebut dalam doa?

Mari sini aku nak cerita:-

1. ALLAH suka pada HAMBANYA yang BERTAUBAT..
2. ALLAH suka pada HAMBANYA yang MENGAKU BERSALAH..
3. ALLAH suka pada HAMBANYA yang menyebunyikan AIB orang lain..
4. ALLAH suka pada HAMBANYA yang BERSANGKA BAIK..

Orang yang BERTAUBAT akan di ampunkan dosanya..
Orang yang MENGAKU BERSALAH akan di ganti dosanya dengan kebaikkan..
Orang yang menyebunyikan AIB orang lain, Allah berjanji kan melindungi AIBnya di padang mahsyar..
Orang yang BERSANGKA BAIK, Allah akan bertindak seperti mana sangkaannya..

Kerana itulah jika korang rujuk Al quran dan Hadith akan ada cerita seperti ini:-

(lebih kurang cerita)


Di beritakan pada hari akhirat kelak.., manusia dengan sombongnya tidak mengaku bersalah, dan masih menunding jari pada orang lain, (mungkin pada kerajaan, atau jiran, dan mungkin jugak pada ustaz dan ulamak korang..oh)
Lalu Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata,

Maka berkata-katalah seluruh anggota badan termasuk kulit dan kemaluan yang mana akhirnya membuatkan korang MENGAKU BERSALAH..

Dan Azab Allah yang dahsyat di Neraka akhirnya membuatkan semua penduduk Neraka MENGAKU BERSALAH.. dan mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala sangkaan dan kesalahan..

Namun, MENGAKU BERSALAH di sana tiada guna lagi, hanya untuk menyedarkan ahli neraka yang tidak hidup dan tidak mati, di azab dalam keadaan nyawa-nyawa ikan…

Walaubagaimanapun, sebelum pintu neraka di tutup buat selama-lamanya, maka akan di keluarkan akan manusia walaupun hanya mempunyai iman sebesar zarah..

Dan Allah akan tanya kepada bekas ahli neraka itu;
“Adakah kamu mengaku bersalah?”

Bekas ahli neraka itu, akhirnya mengaku bersalah..

Dan Allah perintahkan bekas ahli neraka itu senaraikan kesalahannya..

Maka bekas ahli neraka itu dengan takut takut dan hati hati menceritakan dosanya ‘yang terpilih’ kepada Allah, itupun setelah bekas ahli neraka itu pilih dosa dosa yang kecil sahaja…

Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud: itu saja kah dosa kamu?

Dan bekas ahli neraka itu masih tergamak menipu Allah, (dasar ahli neraka betul).., bekas ahli neraka itu kata dosa aku ‘sikit’ tu sahaja..

Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, agar dosa bekas ahli neraka yang di sebutkan itu tadi di ampunkan malahan dengan pemurahnya Allah menukar dosa itu kepada pahala..

Lalu bekas ahli neraka itu tergesa gesa nak bagitahu semua dosa nya kepada Allah kerana tamak kepada pahala.. he he he..

Apa-apapun, kerana bekas ahli neraka itu dah mengaku bersalah, Allah ter’senyum’ melihat dia dan masukkan bekas ahli neraka itu ke dalam shurga yang kekal abadi selamanya.. yang mana luas shurganya adalah lebih besar dari 10 dunia dan isinya, menjadi kerajaan yang 50 kali ganda lebih hebat dari kerajaan Sulaiman A.S..

Maka nasihat aku pada korang hari ini,

Apalah gunanya berbangga dengan amalan ugama yang telah di buat? Lalu tulis dalam akbar/artikel sedangkan kerja yang PATUT di buat belum di buat..,

Salah satu tipu daya syaitan yang sangat besar adalah dengan mengharapkan kebaikkan besar pada masa yang akan datang, maka kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang di tangguh.
Syaitan berusaha agar setiap manusia tidak dapat membuat apa-apa kebaikkan walaupun kecil pada masa sekarang dengan berbagai alasan (dan biasanya syaitan berjaya dengan muslihat begini) kerana biasanya, orang yang berharap kebaikkan yang besar pada masa yang akan datang, tidak juga dapat melaksanakannya apabila tiba masanya..,

  • Berapa ramai yang kata bila ada kereta maka dapatlah aku ke masjid, tapi bila ada kereta masih juga solat di rumah…
  • Berapa ramai abang haji yang kata bila ada duit banyak maka barulah aku sedekah, tapi bila dah duit banyak bertukar menjadi haji bakhil?
  • Berapa ramai yang tangguhkan dakwah dengan alasan takde ilmu dan belum ‘baik’?
  • Berapa ramai yang tunggu 'Negara islam' baru nak amal sunnah Nabi, sekarang tak pe pakai amalan bukan sunnah Nabi sebab Negara belum islam?
  • Berapa ramai yang tak nak iktikaf di masjid dan berdakwah pintu ke pintu, semata mata tunggu ulamak mereka buat, baru mereka nak buat?
  • Berapa ramai yang tinggalkan sunnah Nabi yang asal, semata mata ulamak mereka tak buat lagi kerana sedang tunggu 'Negara islam'?

Sedangkan hakikatnya kebaikkan kecil yang boleh di lakukan sekarang akan menjadi asbab untuk sampai kepada kebaikkan yang besar.

Bukankah orang yang beramal soleh akan di janjikan Allah Negara islam?, (rujuk quran) kenapa abai amalan soleh dan amal amalan yahudi dengan alasan tunggu 'Negara islam' walaupun dah cecah 50 tahun.., ish ish ish..

Untuk itu cara yang paling bijak untuk korang dan aku dalam berijtihad ialah apabila ada kesempatan untuk membuat kebaikkan, maka segeralah beramal dan ambil faedah pada kesempatan itu, lagipun kita tak tahu bila akan jadi mayat bukan?

Maka nasihat aku sekali lagi kepada korang yang nak mengubah dunia kononnya dengan teknik bukan islam, pergilah menasihati pemimpin secara 4 mata, tanpa menghebahkannya.Itupun tidak diletakkan syarat supaya pemimpin itu mesti ikut (kalau ikut itulah yang kita harapkan). Kalau tidak, kita teruskan doa dan taubat, kerana hakikatnya maksiat dalam diri kitalah yang menyebabkan Allah melantik pemimpin yang zalim memerintah kita..

Abu Darda RA bagitahu bahawa Allah akan melantik raja yang zalim memerintah apabila ummat tinggalkan amal ma’aruf nahi mungkar cara Nabi SAW..(rujuk hadith)

Cubalah korang pakai otak sikit, adakah kes murtad atau kes curi atau kes zina berleluasa semata-mata kerana tiada hukum hudud?

Kenapa tak mengaku bahawa segala maksiat yang berlaku adalah kerana iman orang islam yang lemah...

Aku tak tolak hudud, berdosa aku tolak hudud, aku kalau boleh nak cerita kisah sahabat Saad bin Abi waqas dan kuda belangnya yang bersumpah tidak merotan seorang sahabat yang lain atas kesalahan minum arak atas suatu kemaslahatan ugama, tapi kerana aku belum jumpa kitab yang di tulis sanadnya, maka aku tak tulis takut salah paham..

Apa-apapun, cuba tengok Arganistan yang di pimpin oleh Taliban, buat hokum islam, bertahun tahun memerintah, bila amarika serang, tak sampai 6 bulan, wanita mula bukak rambut, cerita lucah di tayangkan di TV, hiburan muncul kembali, muzik dan nyanyian berkumadang di pasar, nampak sangat islam yang difahami oleh pemerintah Taliban sebelum ini gagal bertapak dalam hati majoriti rakyatnya, kalau iman rakyat dia kuat, dah tentu lain ceritanya, bukankah iman tak dapat di warisi?, walaupun dari pemimpin yang bertaqwa, tak paham paham lagi? Bukankah iman tidak dapat di jual beli?, ia tiada di tepian pantai, walau apapun caranya jua, korang merentas lautan api, korang mendaki gunung yang tinggi, namun tak dapat juga di miliki, jika tidak kembali pada Allah..(siap nyanyi lagu raihan)

Sedarkah korang? untuk berusrah, bertamrin, bermesyuarat, berseminar, berdebat dan berceramah dan membaca paper atau tulis blog sebenarnya tidak banyak memerlukan pengorbanan.

Tapi bila kita mula bergerak jumpa manusia yang jauh dari ugama menyeru mereka kembali kepada Allah, apabila kita mahu mengajar orang tentang apa aqidah islam yang sahih, mengajak manusia menghidupkan sunnah Nabi, pergi rumah ke rumah cerita tentang kehebatan Allah dan bawa berita gembira(fadhilat), bila berpisah dengan keluarga demi ugama, bila kita di hina dan di cela semata mata kerana ugama..dan...dan…dan…maka barulah korang sedar dan faham bahawa untuk apa ugama ini?, untuk siapa ugama ini?, dan bagaimana berbaloinya menjadi mayat…

Lantak koranglah nak berdakwah dengan mana mana kumpulan atau pertubuhan, tetapi perhatikanlah ke arah mana ijtihad da'wahnya. Oleh kerana demokrasi ialah satu sistem yang digunakan. Maka teruskanlah usaha. 5 tahun sekali nak mengundi, pergilah, Cuma jangan buang masa bercakaran sesama islam, buang masa tak hidupkan masjid 24 jam, buang masa buat bidaah sedangkan sunnah Nabi di abaikan.., kemudian perasan bagus dan kutuk semua golongan, ish ish ish..., siap guna mimbar jummat untuk menyebar keburukan pemimpin, apa kes?

Seorang pemimpin yang rasa disaingi tidak mungkin tunduk kepada cadangan musuhnya, kerana ia bereti kalah. Tapi kalau ia datang dari seorang ulama yang tidak berkepentingan, lebih besar peluang untuk dia berubah. (insyAllah)

Berapa juta ringgit boleh korang jimatkan kalau tak bergaduh sesama sendiri (dalam pilihanraya dan propaganda).

Bayangkan berapa ramai orang yang boleh manfaatkan ustaz-ustaz korang yang ramai itu apabila di bawa berjumpa manusia secara 4 mata, berdakwah dari hati ke hati, pintu ke pintu kesan dari kurangnya masa yang digunakan untuk usaha yang lain seperti berdebat, kertas kerja, demonstrasi, masuk ISA, piket dan lain lain... (tulis blog?)

Sekiranya korang rasa apa yang IJTIHAD ulamak korang buat tu dah memang betul.., sekali lagi,:Apalah gunanya berbangga dengan ‘amalan ugama’ yang telah di buat? Lalu tulis dalam akbar/artikel..

Carilah KEKURANGAN pada amalan yang telah di buat, kekurangan dalam ikhlas, kekurangan dalam tawajjuh kepada Allah, kekurangan dalam kekhusyukkan solat, kekurangan dalam menjaga adab dan Sunnah Nabi SAW…

Sahabatku!

Gembira dan selesa dengan amalan yang telah di buat tanpa meneliti kekurangannya adalah seperti seorang musafir yang berjalan ke suatu tempat, tetapi sebelum sampai ia telah gembira melihat ke belakang semata mata kerana telah jauh berjalan, carilah kekurangan dalam amalan yang telah di buat. Fikirkanlah cara untuk membaiki dan mengganti kekurangan amalan dan apa pula yang harus di buat pada masa akan datang.

Sibuk dalam suatu kerja sudah tentu akan meninggalkan kesibukkan untuk kerja yang lain. Maksudnya apabila sibuk dalam suatu pekerjaan sudah tentu akan mengabaikan kerja-kerja yang lain. Semakin sibuk seorang dalam sesuatu kerja maka semakin tipis kesempatan untuk buat kerja lain...

Bila korang sibuk nak tegakkan negara islam, maka banyak sunnah Nabi yang terabai, masjid jadi kosong, orang maksiat tidak di dakwah, orang jahil ugama tidak di ajar mengenal akhirat...

Syariat mengajarkan bahawa setelah selesai suatu pekerjaan yang baik, hendaklah di akhiri dengan istighfar., rahsianya mungkin ketika sedang sibuk dengan suatu kerja maka pada masa itu kita tidak dapat membuat kerja baik yang lain. Ketika hati dan fikiran tertumpu kepada sesuatu pekerjaan maka hak kerja lain tidak lagi dapat di perhatikan. Oleh itu, setiap islam harus beristighfar ketika beramal dan sesudah beramal sebagai kewajipan diri sendiri.

Umar RA selalu berkata kepada sahabatnya: kamu telah meletakkan tanggungjawab yang besar di bahu saya, maka kamu harus mengawasi amalan saya, maka aku juga meyeru kepada sahabat ku sekalian, agar selalu mengawasi amalan ku dan menegur kesalahan ku dan juga selalu mendoakan aku supaya di beri kefahaman…

Akhir kata, semua Ambiya a.s dan nabi-nabi telah di hantar untuk buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan,:- "Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri".

Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, kerana sifat Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati.
Allah s.w.t berfirman, " Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka".

So, bila korang dah terima satu-satu ijtihad, maka fahamlah dulu sejauh mana kebenarannya akan sebuah ke’ijtihadan’ itu kerana setiap kita akan mengadap Allah dan akan di tanya setiap amalan kita dan kepercayaan kita, dah janganlah korang mengelak dan menunding jari kepada orang lain atas kesalahan ijtihad korang, setiapa manusia bertanggungjawab dengan setiap apa yang dia percaya, dan setiap kesalahan mestilah di akui kesalahanya, MENGAKULAH BERSALAH DAN BERTAUBATLAH!!!(aku pun!!)

Sekian untuk hari ini, maaf jika terkasar bahasa...

Ps: kalau korang tak bersalahpun, masih juga kena beristigfar dalam setiap amalan kerana masih banyak kekurangan, maka beristigfarlah dalam berijtihad..

Pss: Kreadit untuk jefriharris.blogspot kerana 20% entry ini di copy-paste dan di edit daripada entry beliau. (bagaimana mengikari ulamak)

Psss: Selamat Pengantin baru dan selamat berbahagia kepada Pak Lah dan Jeanne Abdullah.

PSSSS: Semoga korang semua termasuk aku, menjadi mayat yang di redhai Allah...

:)

Jun 1, 2007

Siapa Orang yang Sombong?

(Tak sia-sia neraka di cipta, apabila orang sombong memasukinya.. oh!)

Dalam dunia ni di penuhi dengan orang orang yang sombong, berlagak bagus dan perasan hebat.., tak ke manapun mereka kerana akhirnya mereka akan jadi mayat orang sombong, mayat berlagak bagus atau mayat perasan hebat, tu jerrr. Takdelah hebat sangat kan?., masuk neraka : hebat ke?

Sedarkah korang?
Hanya Allah yang layak bersifat sombong (AL-mutakabbir) dan Allah sangat murka kepada hambanya yang berlagak sombong (takabbur)

Tapi Allah takde sifat tawaduk.., rendah diri, dan ALLAH SUKA SANGAT kat hambanya yang rendah diri, maka sedarlah diri sikit bahawa korang semua adalah HAMBA yang hina dina, datang dari lubang kencing dan akan kembali ke lubang 'cacing', bakal menjadi mayat yang berulat dan setiap rongga akan di penuhi binatang melata.. isk isk isk.. sorang sorang minum air hujan, sorang sorang baham tanah! (akupun!)

Di beritakan, orang yang ada sifat sombong walaupun sebesar zarah, nescaya akan di masukkan ke dalam Neraka, akan keluar raksasa dari neraka yang akan meragut orang sombong di padang mahsyar laksana ayam meragut biji bijian..

****
Sebenarnya, nama lain bagi ugama adalah taat…

Apabila seorang hamba taat kepada Allah, maka itu adalah ugama.
Dan apabila seorang hamba tidak taat kepada Allah, maka itu adalah mengingkari ugama.

Orang yang mengingkari ugama adalah orang yang sombong..

Kita semua tahu bahawa kebanyakkan orang yang sombong terdiri daripada ahli dunia, seperti orang kaya, jutawan, artis, model, ahli sukan, orang berpangkat, dan sebagainya..

Namun ada jugak orang miskin yang sombong, orang hodoh yang sombong atau orang bodoh yang sombong.. apa kes?

Bila aku pergi ziarah rumah dia atas maksud ugama di halaunya aku, dia kata aku ni puak yang tinggal dunia dan nak akhirat sajer, tapi jika aku rujuk rumah dia, yang diperbuat dari papan 'play wood' dan kayu lapik fork-lift, lubang tutup dengan poster papan, rumah senget dan atap zink lubang sini sana.., aku rasa dia yang tinggal dunia jika nak bandingkan dengan rumah aku.. oh!

Dan yang lebih haru ada yang pandai ugama tapi berlagak sombong..

Contoh terawal makhluk sombong yang pandai ugama adalah ketua malaikat, berlagak bagus pada Nabi Adam a.s yang menyebabkan Allah murka padanya lalu di sumpah menjadi IBLIS laknatullah..

Begitulah jugak bagi mereka yang rasa diri bagus, rasa diri super born muslimin atau super born muslimat terus berlagak sombong pada member-member lama yang belum dapat hidayat, yang masih tak tutup aurat atau yang tak solat, wah wah wah.., terus letak hokum tak boleh kawan dengan dia, haram dan sebagainya.., lepas tu ngumpat sini sana..

Termasuklah juga member member aku yang alim (mari mengumpat) yang berlagak sombong dengan orang yang buat dosa dan maksiat, terus caci bos atau menteri dengan alasan hukumnya harus.., tapi setan cucuk jarum sampai cerita semua tepi kain orang, dan untuk bestkan lagi cerita dah masuk unsur fitnah, tak ke haram tu?
Kalau aku usul dosa mereka seperti,: “kau kutuk orang tapi korang sendiri tak gi solat jemaah pun sebab tengok tv astro”, terus kendur dan mengaku iman saya lemah, tapi orang lain iman lemah kau tak peduli, terus berlagak sombong dan kutuk sini sana, pergilah jumpa orang yang lemah iman tu direct dan tegur cara baik, atau korang yang lemah iman??, janganlah korang jadi lelaki dayus yang selalu salahkan isteri di ranjang padahal dia yang lemah tenaga batin! Cis sekali lagi!! (aku bukan sombong dan marah, aku nasihat jer he he he)

Maka untuk pendekkan cerita, aku nak kongsi sikit ilmu iaitu : dalam ugama islam , ada TIGA tempat yang mudah buat korang jadi sombong jika tak jaga betul betul akan niat dan ikhlas...
Oleh yang demikian, nasihat aku: cubalah elak dari menjadi ketiga tiga watak ini..

1) Menjadi Ketua

Tak kiralah sama ada jadi ketua kampong ke, ketua masjid ke, ketua pengakap ke, ketua usrah ke, cubalah elak dari memegang jawatan dan pangkat.., mudah datang penyakit sombong dan takkabbur, Abu bakar dan saidina Umar Ra yang menjadi islam contoh sendiri menolak untuk menjadi ketua orang islam, tapi bila orang ramai dah lantik barulah layak pegang jawatan tu…

Orang yang melantik dirinya sendiri menjadi imam di murkai Allah.. (sedang ahli jemaah tak suka)
Dan orang yang melantik dirinya sendiri menjadi pemimpin adalah tak layak jadi pemimpin..

“Orang yang layak, di kejar pangkat”
“Orang yang tak layak, mengejar pangkat”

Sebab tu hari ni aku malas nak sokong orang yang melantik dirinya sendiri jadi pemimpin, “undilah saya?” walaupun tokok ugama!!, tapi jika dia tak mintak pun dan orang ramai ‘paksa’ dia jadi boss, itu yang terbaik!!!

Assalamualaikum boss..!!!

2) Berceramah

Berceramah jika tak kena gaya memang boleh datang sifat sombong dan takabbur.., terutamanya ustaz yang ceramah di bayar mahal, di tempah hotel dan di puja oleh pera pendengar, di sinilah akan muncul ajaran sesat atau ceramah syok sendiri, aku kadang kadang tak tahan telinga duduk dalam ceramah ugama dari ustaz yang merendah rendahkan orang islam yang lain, perasan diri masuk shurga, kutuk dan umpat sini sana, buat lawak bodoh dan apa kejadah ntah?! Kalau ikut hati aku nak blahhh, aku tak nak ustaz tu menghina kebijaksanaan aku.. isk isk.., tapi tak nak timbul fitnah, tahan telinga jer ler. Ish ish…

Nabi dulu belajar rendah diri dengan berdakwah dari pintu ke pintu, jika korang memang penceramah tetap di masjid tapi tak pergi jumpa masyarakat, lagi cepat datang sifat sombong dan takakbur, sehingga orang yang pergi dakwah pintu ke pintu pun korang sanggup kutuk.., korang cakap mereka macam pengemis, memang mereka 'pengemis'!, mereke mengemis manusia kembali kepada ALLAH..!!!

Lalu aku terus quote al quran dan hadith yang aku copy paste dari blog ustaz dan ustazah..

Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah berkata, "Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan, dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain". (Jami'ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Ada banyak hadith Nabi dan ayat Al-quran cerita pasal ni. (boleh rujuk sendiri) dan biar aku cerita sikit.. yang aku ambik dari BUZNAMA. Dan tak ada kaitan dengan penceramah di atas tapi ada kaitan dengan sikap sombong…

Ada satu hari tu, ketika saidina Ali RA pulang dari medan perperangan, beliau telah pulang dalam keadaan mendabik dada, mungkin kerana beliau tidak pernah tewas pabila berhadapan dengan mana mana musuh atau mungkin dalam hidupnya tidak pernah bertemu dengan musuh yang setara dengannya..

Di jalanan, beliau di sambut oleh penduduk madinah dengan meriah, kemudian datanglah isterinya memberi salam tapi tidak di pedulikan oleh saidina Ali ra.

Lantas siti fatimah ra mengadu kepada Rasullulah SAW akan perangai saidina Ali itu..
Lalu Nabi pergi bertemu saidina Ali dan bagitahu bahawa di belakang bukit sana ada seorang yang jauh lebih hebat dan handal dari kamu (lebih kurang maksud)

Sebagai seorang pendekar yang handal, saidina Ali berasa teruja lalu memacu kuda ke belakang bukit untuk bertemu pendekar yang di katakan jauh lebih handal darinya..

Di belakang bukit terlihat seorang hamba Allah yang berbungkus kepala, hanya nampak mata (macam ninja kot) dan di tangannya ada pedang..

Pabila saidina Ali sudah dekat maka lelaki misteri itu terus menyerang saidina Ali ra sampai terjatuh pedang dari tangan saidina Ali.

Orang itu beredar sebaik sahaja berjaya tewaskan saidina Ali r.a.

Tapi saidina Ali mencabar untuk bertarung buat kali ke dua.

Dan dalam pertarungan round 2 itu, sekali lagi saidina Ali tewas dan pedang terjatuh dari tangannya.

Saidina ali r.a cabar lagi, dan round 3 pun sama, saidina Ali tak sempat langsung untuk menyerang kerana pemuda misteri itu begitu tangkas dan Ali ra hanya sempat bertahan sebelum pedangnya terlucut kerana beratnya setiap pukulan pedang pihak lawan..

Akhirnya pemuda misteri itu berlalu dan saidina Ali ra berfikir, jika dalam peperangan beliau bertemu dengan musuh begini, apa akan jadi..?

Kemudian saidina Ali pulang bertemu rasullullah saw (dengan tidak lagi mendabik dada) dan bertanya siapakah lelaki misteri itu?

Jawab Nabi SAW: itulah ayah kepada seorang anak perempuan yang engkau tidak jawab salamnya..

The moral of the story is: (ini nasihat basic untuk bebudak...) kalau korang hebat, ada yang lebih hebat dari korang, kalau korang kuat, ada yang lebih kuat dari korang, kalau korang bijak, ada yang lebih bijak dari korang.., so tak payah berlagak sombong.. (akupun!!)

Nabi Musa a.s bila di tanya orang ramai, siapakah yang lebih baik dari kamu? Katanya takde dah (lebih kurang) lalu Allah tegur dan suruh baginda pergi belajar ugama dengan Nabi khidir a.s, tapi Nabi khidir enggan ajar kerana Nabi Musa as kurang ada sifat sabar.. (panjang cerita, boleh rujuk kitab)

Eh aku macam dah terlajak jauh dari cerita sebenar, ok kita pergi pada bab ketiga yang mudah buat korang jadi sombong..:

3) Tempat rujuk.

Ni biasa terjadi bila semua orang pakat-pakat rujuk masalah ugama kat korang, jika tak kena gaya maka akan mudahlah datang sifat sombong dan takabbur, muftipun kena hati hati bila keluarkan fatwa, tak kena gaya setan cucuk jarum maka rosaklah manusia..

Dan ini aku nak nasihat kat diri aku sendirlah ni, bila aku tulis blog keretamayat, maka ramai orang yang rujuk aku masalah ugama, nasihat aku adalah:

Jangan rosakkan masa depan korang.Aku manusia biasa, ada orang yang anggap aku macam ustaz, ulama’..dan mintak upah aku solat hajat dan buat air tawar…aku manusia biasa, aku tak buat solat hajat secara on-line..maafkan aku kepada yang email, aku ulangi : aku manusia biasa, dan aku bukan ustaz..kata-kataku tak semestinya betul..aku bukan sekolah ugama atau sekolah pondok..sekolah pondok telefon je dulu-dulu sebab masa tu takde handphone (tak lawak)…malahan aku adalah aliran vokasional..

Tapi tak salahkan seorang pendosa bercakap perkara ugama, betul tak..?

Satu pengalaman, pernah aku pergi solat magrib di masjid hijau bukit kuang kat kemaman, aku pakai serban dan jubah..terus diorang tolak aku jadi imam… dan di tambah dengan pengalaman berceramah kat surau-surau dan masjid-masjid.. itupun sebab aku kenal dengan ustaz-ustaz dan mereka bagi peluang pada aku (paksa aku!! )..

Maka, Adalah bebarapa orang sahabat yang mula melayan aku macam orang alim..
Jika jumpa aku, mesti nak cium tangan..

Teringin rasanya aku nak hulurkan kaki kananku agar dia berbai'at dengan ku he he he..

Lalu mereka-mereka ini selalu bertanya soalan soalan ugama yang apa sahaja jawapan aku..di telannya bulat-bulat!!!

Maklumlah, aku ni seorang alim di pandangan mata mereka..oh..Bahaya betul..…Kadang –kadang mereka SMS aku malam-malam bertanya hal-hal ugama..
Tanya macamana nak bersetubuh… macamana nak inzalkan isteri dan banyak lagiler…

Kalau korang perasan, masa aku mula tulis blog ni dulu, aku ada taruk kat blog:

Penulis mengalu-alukan sebarang soalan mengenai dunia dan akhirat…

Tapi korang tahu apa jadi?
Bersepah soalan datang dan kebanyakkanya merepek…
Sebab tu la ni aku dah delete dan tulis macam apa yang ada kat sebelah kanan tu..

Tapi jika korang nak tanya aku apa-apapun aku still masih jawab..Cuma aku tak janji akan jawab terus…insyaAllah..Dan aku amat alu-alukan sekiranya apa yang aku tulis tak betul dan salah…korang tegur…

Terima kasih kepada mereka yang menegur…aku hargainya..!!!

Dan sekali lagi aku menasihati diri aku sendiri yang menjadi rujukan kepada semua bakal mayat sekalian:-

BERHATI HATILAH BILA MENJADI TEMPAT RUJUK, JANGAN TERLALU GHAIRAH BAGI PENDAPAT DAN JANGAN PERASAN DIRI BAGUS!!! INI BUKAN MASA AKU NAK BEREMOSI ATAU BERLAGAK PANDAI..

Eh, aku macam keliru dan hilang arah bila tulis entry ni, nak cerita pasal sombong menjadi tempat rujuk ke? atau nak cerita berhati hati bila merujuk..,? arghhh aku pun bukanya paham sangat!! Oh!
Aku harap korang paham, tentang apa yang aku tulis dan untuk apa aku di sini.., takpe korang tak setuju, yang penting korang paham, paham tak?

(arghh, lantaklah, bukan pentingpun..isk)

Satu lagi perkara yang aku nak terangkan adalah perbezaan antara MALAS dan SOMBONG..

Ramai orang cakap aku sombong tapi hakikatnya aku seorang yang 'malas'..

Contoh jika korang ajak aku berdebat dan aku tolak, aku bukan sombong tapi malassssssss…

Macam jika korang panggil aku dari jauh suruh datang mengadap korang, tapi aku tak pergi kerana malas atau apa sahaja alasan lain, aku bukan sombong! Aku malas sebenarnya, yang mana jika korang pulak datang mengadap aku, elok jer aku layan he he he..

Begitulah yang terjadi bila korang tanya aku soalan ugama tapi aku take time 2, 3 bulan baru jawab, bukan aku sombong tapi perasan sibuk (malas), atau korang nak berkenalan atau nak suruh aku komen kat blog korang atau suruh aku link blog korang apa kejadah lagi, tapi aku tolak.., itulah MALAS namanya dan aku bukan seorang yang sombong walaupun ramai awek awek cun cakap aku sombong kerana gagal mengurat aku he he he, sekali lagi.., AKU MALAS DAA…

Walaubagaimanapun aku ambik kesempatan untuk mintak maaf banyak banyak kepada mereka yang telah sudi email aku dan tanya seoalan-soalan mengenai ugama, tapi sehingga ke hari ini aku masih belum reply atau ulas kat blog, maafkan aku kerana perasan sibuk(malas) dan buat korang resah menanti.. maafkan aku, sementara aku jawab... mungkin korang boleh merujuk kepada orang yang lebih layak di rujuk, seperti : kaunter pertanyaan.

Namun, mencelah dengan bergaya kat entry ni, aku nak tulis beberapa peraturan kepada korang yang nak email aku:- harap dapat ambik pengajaran, insyAllah..

  1. Aku dah mention aku bukan ustaz atau ulamak atau mufti, maka bila nak tanya soalan, jangan tanya pasal HUKUM HAKAM! Benda tu dah jelas, tak perlukan seorang aku untuk jawab HALAL –HARAM.., just tanya benda yang buat korang confuse.. seperti kenapa solat tak khusyuk?, kenapa doa tak makbul? dan sebagainya, tapi jika korang tanya soalan berbentuk hokum hakam seperti:- apakah hukumnya isteri menghisap kemaluan suami?, maka oleh kerana aku bukan mufti, maka aku jawab, boleh hisap kemaluan suami, tapi masin sikit ler.. he he he. (ambik engkau kekekeke)
  2. Jangan mengharap aku akan jawab soalan korang serta merta, mungkin ambik masa sepurnama atau setengah tahun, atau mungkin tahun depan, kerana aku manusia biasa, banyak keperluan dunia yang membebankan untuk aku penuhi, selain dari hidup mengikut nafsu, aku juga terpegaruh dengan hasutan iblis, maka tak kira di mana korang berada, walaupun antara tidur dan jaga, silalah doakan aku menjadi mayat yang di redai Allah. (amin)
  3. Bila aku publish soalan korang kat blog ni dan aku tulis jawapan dari aku sekali, jangan perasan aku sedang nasihat tuan punya soalan, kemungkinan untuk tuan punya soalan untuk baca entry aku adalah 1% dan lagi 90% adalah pembaca tetap blog ini dan 9% pembaca baru yang tersesat.., (percentage di ambik dari kelapa lutut) maka korang tak payah rasa terhina dan malu, dan tuduh aku nak beremosi atau tunjuk pandai bagi nasihat, mungkin tuan punya soalan dah bunuh diri lepas email aku kerana sedang sedih, tapi isi blog ini adalah untuk melengkapkan nota ugama yang aku attach secara tak langsung, so, siapa yang rasa nak belajar dari seorang aku yang bukan ustaz ni, di persilakan..
  4. Kalau korang tak nak soalan korang aku publish, sila mention, kalau tak aku akan publish sesuka hati aku.. he he he
  5. Jangan tanya soalan yang dah aku tulis dalam entry, nampak sangat korang baru naik keretamayat tapi malas nak terokai dunia keretamayat, sila baca semua entry terlebih dahulu baru boleh email, dan boleh jugak baca komen-komen pembaca keretamayat.. ada yang bijak dan guiness tapi ada jugak yang slow dan bodoh..huh!
  6. Jangan terlalu bertanya soalan peribadi.., aku adalah rahsia dan misteri. Kalau tanya no akaun bank aku boleh kot, ehem ehem..!
  7. Kalau boleh, jangan guna short word dalam soalan, orang melayu jangan buat kerja cincai, aku akan edit ejaan yang singkat kepada standard bahasa melayu, aku nak menjadi bangsa bermaruah, tak nak buat kerja cincai, korang boleh check dalam blog entry yang lama dan sekarang, dah takde ‘kot’ short word dalam entry baru, ini bukan sms! (tapi jika ada satu dua yang terlepas, kira cincai ler.. oh..)
  8. Jangan suruh aku buat solat hajat ON LINE.., tahlil ON LINE, dan yang sewaktu dengannya.., tolonglah jangan.., tolonglah..!!!
  9. Jangan ajak aku joint MLM, Frenster, email group, multiply dan yang sewaktu dengannya, aku nak duduk kubur sorang sorang, jangan buat aku susah nak jadi mayat kerana terlalu banyak komitmen..oh!(malas tapi tidak sombong)
  10. Jangan forward Email bodoh kat aku, tak larat aku nak delete…!!

SEKIAN..

Ps: Terima kasih kepada yang sudi email dan sudi komen di sepanjang blog keretamayat ini.., terima kasih daun kulat, pendek umur esok kita jadi mayat.. (tak lawak dan tak sombong he he he)