Oct 27, 2007

Kenapa Ummat Islam lemah ?

(Sesungguhnya DAKWAH itu terbahagi kepada beberapa bahagian...)

Wah Wah wah. Tentu seronok korang yang berdebat dalam email dengan aku bila baca second tajuk entry ni, akhirnya encik hamka mengaku bahawa dakwah itu ada banyak cara, setelah panjang lebar saya terangkan cabang dakwah, akhirnya encik hamka faham.., tak sia sia saya jadi pendakwah moden.
He he he, sabar sabar, nak menyanyi, nak berlakon, nak lukis komik dan joint parti ke apa jadah, kejap lagi, biar aku habis tulis dulu.. baru boleh riak.

Sebelum itu biar aku jemput satu soalan dari email , soalan yang telah lama di ulang sejak zaman berzaman..

"Kenapa ummat islam di seluruh dunia sedang di tindas, di hina dan di sembelih, apa yang kita patut buat?”

"Kenapa Allah biarkan ummat islam di hina?”

"Apakah yang telah berlaku pada ummat islam di Bosnia, Somalia, Algeria, Kosovo, Albania, Palestin, Iraq, Kashmir, Kemboja, Burma, Selatan Thailand, Ambon, dan sebagainya.., sedang mereka menikmati hidup aman tiba-tiba berlaku perang dan pembunuhan, anak di rogol, isteri di culik, suami di bunuh, di sembelih, di azab dan di bakar.. Apa yang perlu kita lakukan? Siapa yang perlu kita undi? Kenapa selepas menang pilihanraya masih di jajah dan di hina?"


Jawapan dari aku:

Aku dah banyak kali tulis bab ni, tapi korang masih email dan tanya lagi, tanya pulak bukan nak dengar jawapan dari aku tapi sebaliknya korang nak terangkan pada aku betapa pentingnya kerajaan islam, pentingnya mengundi parti korang dan betapa aku akan masuk neraka jika tidak undi parti korang.

Aku tetap jawab soalan yang berbentuk 'nak menguji orang beriman’ itu dengan jawapan begini:-

Ummat islam di hina dan di tindas bukanlah kerana tiada negara islam, tiada ilmu, tiada senjata canggih dan sebagaina, tapi kerana ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah. (Yang buat 'Dakwah' pula sebenarnya belum buat dakwah tapi perasan sudah buat Dakwah.)

(aku jawab sebab aku dah rujuk hadith riwayat Aisyah, Abdullah bin Mas’ud, Hazrat Jarir bin Abdullah, Abu hurairah,-tak perlu aku tulis detail hadith tu, korang boleh rujuk sendiri)

Lalu korang nafikan bahawa "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.” adalah tidak benar, bukankah sekarang ini terdapat ustaz-ustaz yang sedang mengajar tentang islam di masjid-masjid?

Nampaknya korang tak faham "teknik” jawapan aku.

Maksud aku adalah,
Apa yang ayah saudara kita buat bila tiba hari cuti?,
Apa yang abang kita buat bila balik kerja?,
Apa yang adik kita buat bila tak de kerja?,
Apa yang jiran kita akan buat bila tiba hari public holiday?,
Apa yang ustaz buat bila bukan giliran beliau mengajar?
Apa yang imam dan bilal buat bila bukan giliran beliau bertugas?
Apa yang penulis blog akan buat bila takde idea nak menulis?
Apa yang pemain sukan akan buat bila balik kampung?
Apa yang kita akan buat bila ambik cuti?,
Apa yang kita buat selepas mungundi?
Apa yang artis nasyid buat bila tak ada show?
Apa yang kita buat bila tiba malam hari?,
Apa yang kita buat pada hari minggu?
Apa yang kita nak buat jap lagi?
Apakah 10 perkara yang kita nak buat sebelum jadi mayat...?

Jawapanya adalah:-
Kita tak buat apa-apa, kita lepak sahaja. Kalau ada yang di buatpun tak de kena mengena dengan ugama..

Kita kerja cari duit dan berehat sekejap lepas tu pergi cari duit lagi, lepas tu berehat sekejap, letih sangat cari duit, kita ambik cuti rehat, belanja duit yang sedia ada, dan esok cari duit lagi dan lagi, akhirnya kita jadi mayat yang berduit...

Inilah yang di maksudkan "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.” Orang islam tak buat apa-apa untuk bantu ugama, yang buatpun tak samapi 10%, lalu terzahirlah hadith islam di jajah oleh raja yang zalim...

Kalau tak percaya, pergi tengok bilangan orang pergi solat subuh berjemaah, sampai tak 10%? kemana orang islam pergi waktu subuh? (termasuk aku kadang-kadang..oh) sedang tidur kepenatan akibat cari duit?.

Atau bukan sibuk kerana cari duit, tapi apa-apa sahaja yang korang buat, yang mana akibatnya adalah "ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

Tapi ada antara kamu yang akan beralasan:-

”Saya dah buat dakwah, apa...?!”

Hmmmm…

Aku terpaksa ulang lagi penerangan yang paling ramai pembaca blog aku tak suka.., tapi aku terang dengan cara lain pulak, mudah-mudahan Allah bagi kita faham..

(tapi kalau boring, tak payah baca, tak wajib pun..)

Hari ini ramai orang islam yang mengaku sudah buat kerja dakwah, sudah menunaikan kewajipan ugama, sudah memberi sumbangan kepada ugama…

Aku bukan nak nafikan kerja kamu, Cuma jangan sampai kita semua terperangkap dalam perangkap syaitan…

Untuk mengelakkan diri kita dari perangkap syaitan, pertama sekali, kerja dakwah yang kita kerjakan itu mestilah di buat dengan mesyuarat.

Mesyuarat adalah perintah Allah dan Sunnah nabi Muhammad SAW.
Dalam al-quran ada surah khas untuk mesyuarat
Dan dalam banyak hadith ada cerita tentang kelebihan mesyuarat.

Mesyuarat pula bukan nak bincang bagaimana ummat ikut kita dengan apa sahaja cara, tapi bincang bagaimana ummat dapat kembali kepada Allah, ikut cara Nabi Muhammad SAW.

Mesyuarat penting kerana tanpa mesyuarat maka korang akan buat kerja dakwah tanpa bimbingan.., tanpa Amir, tanpa ketua, tanpa tali..

Pada masa tu korang akan buat kerja dakwah sesuka hati korang dan anggap itulah kerja dakwah yang betul padahal masa tu ‘amir’ korang adalah syaitan.

Baru-baru ni aku baca paper ada artis yang berlakon sebagai watak jahat dan berkata: "inilah cara saya berdakwah… "

Tentu korang akan kutuk artis tu macam-macam pahadal bila aku tegur korang punya 'dakwah' lalu korang juga akan cakap sama macam artis tu : inilah cara saya berdakwah… (lapan tambah dua=sepuluh)

Berdakwah melalui blog, lagu, komik, majalah, parti, drama, filem dan sebagainya..

Aku tak kata korang kena tinggalkan kerja ‘dakwah’ korang tu, Cuma aku nak nasihat jangan CLAIM diri pendakwah agung!!!, sudah menunaikan kewajipan ugama, sudah memberi sumbangan kepada ugama, sudah hebat dan sudah gerenti masuk shurga… (qana'ah)

Lalu berhujah pada aku tentang betulnya dan pentingnya aku ikut sama berdakwah melalui nasyid, dakwah melalui komik dan sebagainya, naik spam email aku di buatnya..

Bila ada yang tak paham apa yang aku tulis lalu nak argue menang tak berguna aku nak jawab lagi, hampeh segalanya..

Maka kali ini aku akan tulis cara lain, iaitu DAKWAH terbahagi kepada beberapa bahagian..

(Wah Wah wah. bertepuk tanganler korang yang berdebat dalam email dengan aku sebelum ini bila baca tajuk ni, akhirnya encik hamka mengaku bahawa dakwah itu ada banyak cara, he he he.., sabar sabar wahai adik-kakak sekalian, nak menyanyi, berlakon, lukis komik dan joint parti so called islamic, kejap lagi, biar aku habis tulis dulu..)

(akupun pergi ambik wudhu dan menulis dalam keadaan tidak berhadas kecil)

Melalui kajian ulamak dan Buznama, terdapat 5 cara atau 5 kaedah semua Nabi alahisalam dan termasuk nabi Muhammad S.A.W dalam berdakwah.

Errr, bukan menyanyi, berlakon, lukis komik dan joint parti atas maksud dakwah itu, releks, sila baca sampai habis.

Dakwah terbahagi kepada lima

Cara Pertama: DAKWAH PERSENDIRIAN.
Atau dalam bahasa arabnya dakwah infradi, iaitu dakwah tanpa perlu menerangkan tentang ugama secara detail, lebih kepada akhlak kita dalam masyarakat, contoh ketika Nabi Muhammad SAW tolong Encik Bilal bin rabah kisar gandum di malam hari, tak cakap apa-apa, just suruh Bilal lepak dan nabi seorag buat kerja, 3 hari baru Bilal tanya apa kamu mahu?, baru Nabi ajak Bilal masuk islam, dan Bilal begitu yakin dan kagum dengan Akhlak Nabi sehingga orang kapir letak batu atas dada jemur pulak di padang pasir suruh murtad, tidak bergoyang iman bilal.(semua dah tahu)

Atau kisah Nabi ziarah orang yang ludah dia, (semua dah tahu) atau kisah Nabi suap makanan pada orang tua yang buta dan selalu pulak mencarut pada Nabi dan banyak lagi kisah alkisah tentang akhlak baginda yang terpuji, yang buat bila:

Sekali orang masuk islam , tidak akan tinggalkan islam buat selama-lamanya..

Maka hari ini ada kita berakhlak bagus demi nama baik nabi Muhammad SAW?, kita kadang-kadang jatuhkan martabat orang, hina dan caci, kutuk dan laknat, dendam dan khianat.., akhirnya, orang kapir makin jauh dari orang islam, silap sikit, bakar, merusuh.., letupkan bom.., dan ada pulak yang mana orang sesama islam di kapirkan..

Bila kita ajak orang kapir masuk islam, mereka kata itu orang islam ramai yang jahat, bunuh anak, zina, bergaduh, merompak, merogol, baik lu pergi ajak orang islam buat baik, baru gua ikut..

Ok, pilihan raya dah dekat, jaga akhlak, orang keluar parti kerana akhlak buruk kita-takpe, tapi jangan sampai orang keluar ugama kerana akhlak buruk kita.

Naduzubillah.

Cara Kedua: DAKWAH BERAMAI RAMAI.
Atau dalam bahasa arab, Dakwah ijtimae, iaitu satu orang cakap tentang ugama, yang lain dengar.., contoh ktubah jummaat, ceramah, tazkirah, targrib, bayan, zihin dan sebagainya..

Biasa kita tengok kat masjid ada majlis majils ugama, maka itu adalah Dakwah ijtimae,

Maksud dakwah adalah menyeru manusia kepada kebaikkan, menyeru manusia kepada Allah. maka sekiranya dalam ceramah atau tazkirah tiada slot untuk menyuru manusia kepada kebaikkan/Allah maka ia jadi majlis cakap-cakap atau majlis cerita-cerita sahaja, kadang-kadang jadi majlis lawak, atau just nak dengar isu-isu semasa, atau lebih kepada puji diri sendiri, ilmu yang di pelajari tidak berkembang dan habis begitu sahaja, lebih teruk bila majlis ugama start cerita buruk orang, start mengumpat, menfitnah dan sebagainya.., semua jadi hampeh!!

Ramai yang ceramah bukak kitab, tapi isi ceramah melencong keluar dari kitab.., apa lagi nak di kata?

Contoh Dakwah iitimae di zaman Nabi SAW adalah ketika khutbah terakhir baginda, antara seruan Nabi adalah: (lebih kurang maksud)

Hendaklah kamu sampaikan apa yang aku sampaikan kepada kamu kepada orang yang tiada di sini sehingga mereka lebih faham.. dan sahabat RA telah bertebaran ke seluruh dunia dalam menyampaikan amanat Nabi Muhammad SAW.

Maka hendaklah ustaz memberi ‘kerja’ kepada para pendengar dan peminat lawak ustaz agar mereka menyampaikan pula apa yang ustaz cakap dalam majlis, lepas tu ambil laporan dan pantau 'kerja' mereka. Pastikan murid ikut Sunnah.

Kerana itulah biasa kita dengar setiap ceramah di akhiri dengan: semoga apa yang kita dengar dapat amal dan sampaikan..

Aku ulangi,
semoga apa yang kita dengar dapat amal dan sampaikan..

Cara ketiga: DAKWAH KHAS
Atau dalam bahasa arab, Dakwah khususi. Iaitu kita letakkan target siapa yang kita nak dakwahkan, dan terus pergi jumpa mereka…

Macam Nabi ketika pergi ke Taif, Nabi terus pergi jumpa ketua dan pembesar Taif, mereka adalah orang yang khusus untuk di jumpai.

Atau ketika Nabi pergi jumpa Abu jahal, Abu lahab, Abu Supian.., Nabi terus ke rumahnya dan berdakwah di sana..

Atau korang datang ke pantai timur terus pergi jumpa aku belanja menum teh tarik dan dakwah aku supaya ikut bernasyid dan melukis komik macam korang, atau sekurang-kurangnya baca komik dan dengar lagu nasyid korang..hehehhe, boleh .. dah belanja aku teh tarik, apa lagi nak di kata?

Bermakna di sini adalah mana-mana tempat kita nak berdakwah kenalah jumpa ketua kampong dahulu, jangan terus pergi dakwah, itu yang Nabi ajarkan, maka sebelum korang suruh aku baca komik dakwah korang, bagilah sebijik kat ketua kampong, ketua kampongpun ada yang minat Naroto dari kampong kanoha, ketua kampung aku juga hokage apa?.

Cara ke empat: DAKWAH UMUM
Atau bahasa arabnya Dakwah umumie, iaitu kita pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari lorong ke lorong, dari kabilah ke kabilah..

Macam cerita Nabi di Taif, lepas dah jumpa ketua Taif dan mereka menghina Nabi, nabi pergi jumpa pulak semua orang kampong, last, kena baling batu..

Inilah dakawah Umumi, dakwah yang paling mujahadah, dakwah pintu ke pintu, sebab jumpa dengan orang yang kita tak kenal, ramai 'pendakwah moden' tidak sanggup, mungkin kita akan di layan macam pengemis, pergi rumah ke rumah macam orang gila, di hina dan di caci,

Memang kita pengemis, mengemis manusia kembali kepada Allah..

Tidak sanggupkah kita memalukan diri kerana Allah, sedang ada riwatat menyatakan siapa yang memalukan diri kerana Allah, di akhirat kelak, Allah aka malu untuk hisab mereka..

Apa lagi nak di kata?

Ada sahabat baginda SAW menceritakan pada masa beliau masih kapir, pergi Haji ke mekkah, (dulu sebelum islam dan ada orang pergi haji, tapi ikut ugama ahli kitab)
Maka sahabat ini melihat seorang lelaki yang akan pergi berdakwah dari kemah ke khemah, dan pernah melihat lelaki itu di campak ke luar khemah.. Lalaki itu adalah Nabi Muhammad SAW.

Pernah juga di lihat satu kumpulan manusa sedang mengelilingi seorang lelaki, dan lelaki itu adalah juga Nabi Muhammad SAW yang sedang berdakwah kepada setiap orang di situ, apabila Nabi dah habis cakap dengan semua orang di situ, Nabi akan ulang balik kepada orang yang pertama.., masa tu orang ramai anggap nabi gila dan ugama yang di bawa akan terkubur bersama baginda, tapi manusia silap, Allah dah buat keputusan melalui dakwah umumi ini yang manusia nampak sia-sia dan lambat bagi kesan, tapi sehingga ke hari ini (1400 tahun) ugama islam masih ada dan masih ada yang berdakwah dari pintu ke pintu!!

Allahlah yang menjaga amalan ini walaupun sudah 1400 tahun lamanya..

Kat tempat aku ada orang PAS yang dapat kesedaran untuk buat kerja dakwah pintu ke pintu, dari masjid mereka bentuk jemaah dan bergerak jumpa orang kampung, tapi mungkin mereka tak mahir untuk berceramah lalu hanya edarkan kertas tentang pentingnya mengundi PAS, tapi bila sampai rumah orang UMNO kena cacilah pulak, member aku yang buat ni, dan mereka hanya mampu buat dua kali sahaja. Sekarang dah tak buat dah, mana tahan telinga beb..

Nampaknya, syaitan tak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatakan manusia..

Tak hampeh ke Beb?

Cara ke lima: DAKWAH USULLI.
Iaitu dakwah dalam bentuk ‘reminder’. Kerana manusia alpa dan lupa maka perlu kepada reminder.., contoh korang dah belanja aku minum teh’ tarik dan sudah setuju intuk beriktifaf di masjid pada bulan posa lepas, tapi bila tiba hari kejadian, korang tak datang pulak, sakit atau lupa? maka aku pergilah rumah korang untuk ‘reminder’ balik…

Macam jugak seruan azan, nak ingatkan korang bahawa waktu membesarkan Allah dari segala-galanya dah tiba, marilah solat, marilah menuju kejayaan..

Kadang-kadang bila sebut dakwah, orang islam anggap dakwah tu hanya untuk orang kapir, padahal sama-sama kita lagilah perlu kepada saling ingat-mengingati.. saling ‘remind'- mereminderi…

Zaman Nabi Nuh a.s ada orang tua yang setuju naik kapal bila banjir besar datang, maka bila banjir besar datang Nabi nuh AS terlupa pula untuk dakwah usuli orang tua ni, dalam keadaan banjir Nabi Nuh pergi juga rumah pakcik tu dan kuasa Allah, rumah pakcik tu tak tenggelampun.. (rujuk kitab)

Di sini ada moralnya kepada kita yang bagi azam untuk kerjakan satu-satu amalan ugama, bila kita lupa, atau syaitan alihkan perhatian kita, maka Allah akan hantar satu jemaah dakwah usuli untuk ingatkan kita…

Apa lagi nak di kata?

Ok, dah habis dah aku cerita pasal dakwah, tak payah nak berhujah jika tak paham, paham dulu baru boleh berhujah, senang, sila tanya jika tak paham, jangan pulak sibuk nak argue sedangkan tak paham sepatah haram..!

Dan penerangan ini tidak mewakili Jemaah tabligh, ingat tu!

Tapi cik hamka, betul apa saya buat, saya pendakwah melalui lagu, saya menyanyi di hadapan khalayak, bukankan itu dakwah beramai-ramai, saya menyanyi semua orang dengar..

Lepas tu pulak saya juga buat dakwah infradi atau dakwah persendirian, iaitu saya akan menyanyi sambil mandi, sebelum tidur, dalam lif dan dalam kometer, kalau orang dengar pahalapun dapat he he he

Lepas tu lagi saya juga buat dakwah usuli, saya selalu ingatkan pendengar supaya beli yang original..

Dan saya juga akan buat dakwah pintu ke pintu, saya akan ketuk pintu rumah dan menyanyi lagu ini..

(Lantak korang ler..)

Penutup.
Tapi korang akan cakap pulak:-

"Ustaz ulamak tak buat pun dakwah yang kamu maksudkan itu”

Perkataan 'tak buat’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

"Datuk nenek moyang saya juga alim, tapi tak pernah buat pun dakwah yang kau maksudkan itu”

Perkataan ’nenek moyang alim tapi tak pernah buat’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”

"Zaman P Ramlee dulu takde pun orang berdakwah pintu ke pintu?

Perkataan ’Zaman P Ramlee dulu takde pun orang berdakwah’ menunjukkan sudah lama ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”
Memang dah lama.. sebelum P Ramlee lahir lagi!!!

Menurut hadith, bila ”ummat islam telah tinggalkan kerja Dakwah.”, maka Allah akan lantik raja yang zalim memerintah dan akan menyeksa orang islam. Pada waktu itu doa orang islam tidak akan makbul sehinggalah ”ummat islam kembali ambil kerja Dakwah.”

Kerja dakwah ibarat seperti seorang yang telah di sangka mati, di sangka telah menjadi mayat, lalu di mandi dan di kafankan, di jalanan ketika nak hantar ke kubur, sedang usung si mayat, tiba tiba mayat itu bangun dan ternampak burung murai lalu bertanya:

”burung apa?”

Lalu terkejut beroklah para pengusung jenazah lalu terus lari lintang pukang, semua orang lari menyelamatkan diri.., maka datanglah arwah yang hidup balik ni ke setiap rumah dan bertanya:

”burung apa?”

Maka korangpun tutup pintu kunci tingkap, dan baca doa serapah kerana al maklumlah ’hantu’ sedang berkeliaran..

Begitulah kerja dakwah yang telah di buat oleh semua Nabi seperti yang di terangkan di atas telah di sangka mati oleh ummat islam hari ini kerana sudah lama terkubur, tiba-tiba ada yang hidupkan balik, maka lari lintang pukang semua manusia bila nampak orang surau datang ketuk pintu, mat rempitpun lari, lari macam jumpa ’hantu’...

Apa lagi nak di kata?

(”itu burung murailah mangkok!!!” )

Ps: syaitan tak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia..

Oct 22, 2007

Apa ciri orang Bertakwa?

(Sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu?)

Dalam suasana syaitan di lepaskan dari belenggu, serentak dengan nafsu makan yang di jamu sepanjang hari raya.., Aku juga seperti korang yang tidak di perantauan, makan sampai tahap menketedarah dan meranggah..

Sehari sebelum hari pertama raya lagi mak mertua aku sudah bakar Lemang dan masak Rendang, dan sudah tentu aku berbuka di penghabisan ramadhan dengan Lemang tersebut..

Hari raya pertama pulak, kakak ipar aku masak Nasi Dagang Pahang, masuk hari raya ke dua kakak sulung aku masak Nasik Minyak, kemudian, hari raya ketiga mak aku masak nasi lemak cinta daun pisang dan bila masuk raya ke empat, berkumpulah semua ahli keluarga lalu mak aku masak Nasi Dagang secara besar-besaran dan dah tentu sedap kerana al maklumlah, rempahnya di beli dari Mok Ngoh RM48 tu.., (Allah bagi sedap)

Hari raya ke enam pulak, sempena kepulangan anak bongsu lelaki yang baru pulang dari beraya di Perlis, mak aku masak lagi sekali Nasik Dagang…

Itu aku baru cerita bab makan sarapan pagi, belum lagi aksosori di sana sini..

Raya kali ini aku dapat jumpa dengan macam macam jenis kuih yang mengalami evolosi dan resformarsi, antaranya adalah kuih raya yang di bentuk strawberry dan di cicah coklat, kreatif betul orang melayu kini, aku rasa tahun depan mungkin ada kuih raya ISS atau kuih kapsul Soyuz TMA-10…

(Apa-apalah…)

Kali ini aku nak berkongsi satu babak hari raya, kisah benar namun aku adaptasikan serba sedikit supaya cerita lebih nampak reality dan yang paling penting, supaya aku kelihatan lebih hero…, he he he..

Kisah 4 tetamu yang mabuk kuih raya….

Pada Satu hari di Hari Raya, Ku lihat cahaya yang bersinar indah,
Langit pula cemerlang tak terkira, Tanda kuasa yang Maha Esa, Memberi nikmat pada manusia (kantoi, lirik lagu M nasir aku ciplak)

Dalam mabuk makan tapai yang bersulamkan air berkebonat serta mabuk kuih.., sedang mata di hiburkan dengan artis-artis yang mengajar bagaimana nak beraya, nak makan kuih apa, silalah jamu selera, pilihlah yang mana satu, pilihlah janganlah segan, sudilah rasa kuihku, mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong bla bla bla.. masih sempat pulak tetamu-tetamu yang perasan bagus kat rumah mak aku ini mengumpat si artis yang terpapar di kaca TV selang seminit..,

Mentang mentanglah perut kenyang dan syaitan sudah terlepas..

Lalu aku memasang telinga, Aku dengar dan tulis kat sini, (sambil makan 8 ulas tapai..)

Kata salah sorang dari tetamu:
“Artis Malaysia ni teruk betul, tak kahwin-kahwin, bercouple sana sini last-last clash, bila di tanya nak cari yang beriman kononnya…”

Kata sorang lagi, sedang mata terarah pada artis yang sedang menyanyi di kaca TV..

“Nak cari yang beriman camne? Bercinta dengan sesame artis, kalau nak yang beriman pergilah cari dekat pusat tarbiah PAS ke, dekat sekolah Pondok sungai Petani ke, atau cari DJ radio IKIM ke, dekat Bank islam ke, atau paling senang tiru Ina Mawi, kahwin dengan artis Nashid yang bertugas di sekolah ugama rakyat Pahang.., bercinta sekejap terus bertunang, dan kahwin..”

“Betul!”
Sampuk sekor lagi yang rintone hanphonenya bernada dering ‘Aduh Saliha’..

Aku capai air berkabonat, minum dan menyampuk..

“Lebih baik cari pesangan yang bertakwa,..”

Seorang yang sebaya denganku pula berkata:
(sambil tangan mengopak kacang pistachio)

“kamu tahu apa itu takwa?”

“Takwa adalah takut kepada Allah..”

Jawab beliau sendiri sambil memasukkan beberapa kacang pistachio ke dalam poket..

“Orang bertakwa zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi selain dari manusia..”

Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:

“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”

Ada jugak beliau berkata:-
“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”

Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:

“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”
“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”

Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:

“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”

Pada suatu ketika, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:

“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu..

Tiba-tiba Mr X yang sibuk bercerita itu kelihatan terpegun dari berbicara, mata mulai berkaca dan nampak sedih, barangkali beliau beremosi kerana tiada sifat takwa seperti sahabat Nabi atau beliau terlekat kacang pistachio? (wallahu’lam)

Lalu aku menyampuk, (sambil cicah strawberry dengan coklat)

"Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal tidak di hisab.., baiklah, aku nak tanya korang semua, sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu ingin jadi?”

“Aku nak jadi burung hud-hud”
Jawab brother yang ringtone hanphonenya bernada dering ‘Aduh Saliha’..

“Aku nak jadi labah-labah di gua hiraq”
Jawab mamat yang matanya masih melihat artis yang sedang menyanyi di kaca TV..

“Aku nak jadi anjing ashabul kahfi”
Jawab sekor lagi makhluk yang ikut sama cicah strawberry dengan coklat..

“Huh! Hamka, asyik tanya orang, sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu pulak?”
Tanya rakan sebaya yang terlekat kacang pistachio tadi..

Aku habiskan strawberry dalam mulut, capat tapai dan makan, lender di daunnya juga aku hisap, basuh tangan, dan minum segelas air ber’gas’..

Lalu aku berkata:-

Korang pernah dengar tak kisah Nabi Musa a.s berdialog dengan Allah, dan salah satu soalan dari baginda adalah berbunyi begini lebih kurang:-

Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?
Lalu Allah berfirman yang bermaksud;-
Aku akan lepaskan satu ekor binatang yang besar yang mana dengan satu suapan sahaja kesemua makhluk termasuk tujuh petala langit dan bumi habis di telannya.

Nabi Musa a.s bertanya lagi,
"Bolehkan aku melihat binatang itu?”

Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..”

Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,
“di manakah binantang ini di simpan?

Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di antara padang-padang ternakkanKu..”

*****

Bermakana binatang ini ada banyak, sangat besar sehingga satu suapan sahaja, maka tujuh petala langit dan bumi termasuk semua makhluk, malaikat dan jin serta manusia habis di telannya..

*****

Aku telah lama kelakar, dan hari ini mereka mentertawakan aku, walaupun aku tidak berniat membuat lucu..

Salahkah jika aku di takdirkan menjadi binatang, lalu aku ingin menjadi haiwan besar yang menelan segala-galanya seperti cerita Nabi Musa a.s di atas..

Salahkah?

(Dah mabuk kuih raya, merepek pulak di sini sana…oh)

Ps: Makan tapai bersulamkan air berkabonat adalah satu kesalahan, (kata orang tua)-boleh membawa kepada mayat katanya…(wallahu’lam)

Oct 10, 2007

Siapa yang kamu sedang rindu?

(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
”Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”

Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! “

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”

Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)

Oct 3, 2007

Apa itu Ikhlas?

(Dalam perjalanan balik kampung, sebelum mintak maaf di hari raya, masih sempat membebel pada orang kampong macam mak nenek)

Dalam solat tarawikh yang pantas dan cepat, akan selalu kita dapat dengar Pak Imam membaca surah- al-ikhlas.

Tapi yang mushkilnya, walaupun nama surah itu adalah al-ikhlas, tapi kenapa dalam surah itu tidak terdapat ayat yang berbunyi “ikhlas”, tak macam surah al nas, atau al falaq, yassin, taha, dan lain-lain surah yang mana nama surah itu ada kaitan dengan isi surah.

Sebagai menjawab secara ringkas (padahal tak tahupun secara panjang), mari kita rujuk soalan yang di tanya oleh para Tabien kepada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama, jika tak silap, Abu zar R.A

Abu Zar telah di tanya tentang satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham.

Maka Abu Zar RA mula menceritakan satu hadith yang mana, beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau ingin meneruskan pengucapannya, beliau telah jatuh pengsan.

Setelah di sedarkan dari pensan oleh orang ramai, beliau berkata,

“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”., lalu beliau pengsan buat kali ke dua..

Pun begitu, setelah keadaan pulih, beliau berkata:

“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”.

Kali inipun beliau tetap pengsan dengan mukanya terlangkup ke tanah!

Wah! Nampaknya begitu takut dan bertakwa sekali akan Abu Zar RA lantaran isi hadith ini mengandungi ancaman yang dahsyat, tapi aku ketika membaca hadtih ini, hafal dan cuba memahami, langung tak rasa takut atau gelisah..oh! air basuh kaki mereka (sahabat Nabi) jauh lebih mulia dari aku yang hina ini…

*******
Kali ini kita akan cerita tentang ikhlas, perkara basic dalam kehidupan berugama tapi teramat penting, kerana TANPANYA…

Segala kehidupan dan kematian serta kemayatan akan menjadi sia-sia..

*******
Apa itu ikhlas?

IKHLAS adalah, sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,

AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!

Lalu apa sahaja yang kita buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Dan apa sahaja yang kita tak buat kerana Allah, itulah ikhlas.

Senang cerita, apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!
Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.

Sebagai contoh dalam bab ikhlas. Aku bagi contoh solat hajat:

Jangan korang solat hajat kerana korang ada hajat, itu tak ikhlas namanya, tak makbul doa nanti kerana tak ikhlas, solat hajat di buat kerana perintah Allah.

Amalan yang ikhlas adalah amalan yang di buat hanya kerana Allah, atau kerana perintah Allah, maka korang buatlah solat hajat kerana perintah Allah yang menyuruh orang susah bersolat hajat, jadi korang buat solat hajat bukan kerana korang ada masalah, tapi korang buat solat hajat kerana perintah Allah yang suruh orang ada masalah buat solat hajat-, jadi buatlah solat hajat kerana itu adalah perintah Allah kepada orang yang ada hajat, bukan solat hajat kerana ada hajat, yang penting hanya kerana Allah!!!

Pening kepala? Rujuk ustaz lagi baik, aku tak pandai nak terangkan kot..

Namun, aku akan cuba terangkan serba sedikit tentang beberapa kekeliruan yang telah berlaku disekeliling kampong aku (kampong korang tak kot..) tentang ikhlas.


******
1. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?

Ramai orang kampong aku, bila di suruh buat sesuatu, contoh pergi solat jemaah, atau baca al-quran dan apa sahaja perintah Allah, mereka nak tunggu hati ikhlas dulu, baru boleh buat. iaitu hati suka untuk buat amal tu, jika hati tak suka dan mengerjakan dalam keadaan terpaksa, maka mereka faham itu adalah tak ikhlas.

Selalu ungkapan mereka:

“Kalau paksa, tak guna juga, sebab tak ikhlas”

Kesannya, begitu banyak masjid kosong dan al quran berabuk kerana hati belum suka untuk buat amal tu, bila hati dah suka, baru boleh buat.

Hampeh! Siang malam kena tipu syaitan.

Woi orang kampong!

Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya.

Adakah korang ingat mereka yang pergi masjid berjemaah tu dah hoby mereka pergi masjid macam korang punya hoby kumpul stem?

Adakah korang ingat mereka yang baca al quran tu dah hoby mereka baca quran macam korang punya hoby suka baca blog?

Adakah korang ingat mereka yang pergi berdakwah tu dah hoby mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hoby pergi mancing tinggal anak bini?

Padahal..
Mereka telah bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..

Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah..,

Moralnya disini, syaitan akan buat usaha untuk kita rasa beban dalam amal, bila rasa beban dan malas muncul, adakah itu tanda tidak ikhlas? Jangan jadi bodoh, teruskan buat amal baik, sama ada suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah kita buat, dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan bila dah istiqamah tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

Aku ulangi:

Taatlah perintah Allah sama ada suka atau tak suka, sama ada ringan atau berat.
dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan di waktu tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

2. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA IKUT SURUHAN ORANG?

Aku biasa ajak orang kampung aku pergi solat berjemaah atau pergi dengar ceramah, (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya-mudah-mudahan)

Lalu ada orang kampung yang menolak dengan alasan,

”aku nak pergi dengan rela hati aku sendiri, bukan terpengaruh dengan orang lain, nanti tak ikhlas.”

Hampeh, kalau aku ajak korang pergi makan keropok cicah teh tarik kat kedai pok de atau makan nasi dagang kat kedai mok ngoh, ikhlas pula korang makan..
Tapi bila bab ibadat, nak pergi dengan rela hati sendiri konon, tak nak ikut sapa-sape.

Padahal, ALLAH perintah kita IKUT orang YANG MENYERU KEBAIKKAN..
Maknanya walaupun korang ikut aku, tapi sebab aku ajak korang kepada Allah, maka ikut akupun adalah perintah Allah kerana ikut orang yang menyeru kepada Allah juga adalah perintah Allah.

Tak kanlah kalau aku azan, dan jerit, ”marilah solat” sebanyak dua kali, korang tolak sebab nanti datang masjid kerana aku, bukan kerana ALLAH, takke hampeh?

Rujuk Surah yassin ayat 21 juz 23

”Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar. ”

Woi, orang kampung, aku jadi bilal mana ada elaun???

Jadi moralnya adalah, kalau orang ajak kita buat baik, IKUT SAHAJALAH, lagipun orang tu tak mintak upah, yang mintak upah tak payahlah ikut..

Tapi korang terbalik pula, yang mintak upahtulah korang ikut.., tak ke hampeh?
Jemput artis menyanyi kat simpang depan rumah ketua kampung, lalu tinggal solat jemaah apa kes?

Oh! Mungikn sebab korang suka kat artis tu, tu kira ’ikhlas’ ler konon,,

Hampeh!!

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

3. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA ORANG NAMPAK?

Ada orang kampung aku yang tidak pergi ke masjid kerana takut riak, takut orang kata alim, buang tabiat dan sebagainya.

Aku rasa ramai orang islam yang ada masalah begini, kerana al maklumlah, menghidupkan sunnah nabi di zaman monopous ini, akan di cop sebagai tak cool..

Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!

Lalu korangpun tinggalkan amal.., solat jemaah kat rumah kerana takut riak.

Padahal, sesiapa yang meninggalkan amal kerana manusia, itulah riak.
Dan siapa yang buat amal kerana manusia itulah syirik!!

Hello!!!! woi orang kampung!,

Dalam ugama ada amal yang kena buat terang terang dan ada amal yang kena buat sembunyi-sembunyi.

Amalan yang di buat terang-terang di pangil SYIAR,
Dan sudah perintah Allah suruh korang SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan sunnat.

Contoh solat berjemaah, bila azan bilal pakai speker 12 watt, nak suruh semua orang kampung dapat dengar, nak riak ke?

Kemudian, korangpun ambik wudhu ke masjid, tak kan nak sembunyi sembunyi?, ini kena syiar, lainlah jika korang nak solat tahajjud ke qiamulai ke, itu memang patut kena sembunyikan.
Allah suruh kita SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan SUNNAT.

Contoh lain: Orang yang berpuasapun kena syiar, terutama puasa wajib, nabi bagitahu jika ada orang mengumpat cakap kat mereka :

AKU SEDANG BERPUASA!!!

Begitu jugak zakat, kena syiar, kalau sedekah kena sembunyi.

Begitu jugak haji, kena syiar, buat jamuan makan, hilang dari kampong 40 hari orang tahu ke mana korang pergi..

Begitu jugak kahwin, kena syiar, buat kenduri, bagitahu dunia dan seluruh warga kampung bahawa korang dah kahwin, bukan nak riak, tapi itu perintah Allah, nak kahwin lagi satu, pun kena syiar, tak lah orang tuduh korang khalwat ke apa,

Moralnya dah dengar azan, pergi masjid, syiar suasana ugama, lelaki berulang alik ke masjid, bersaksilah itu adalah ahli shurga..

Jangan biar setan tipu korang. Meninggalkan amal kerana takut riak konon, habis bila nak buat amal, nak tunggu hati suka baru buat?

Hampeh!

(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)

4. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA BUAT KERANA 'MAKHLUK'?

Ada orang belajar yang ilmu tinggi dari aku (tentunya) lalu berhujah denganku, shurga dan neraka adalah makhluk, sesesiapa yang beribadat kerana makluk, dia adalah orang yang tidak ikhlas.

Aku kata macam mana pulak dengan doa nabi senidiri yang selalu mintak masuk shuga dan mintak jauh dari api neraka dan di bulan posa begini suruh kita banyakkan mintak dua perkara itu, macam mana pulak?..?

Kata mereka: Nabi berkata secara tersirat, dan kita kena faham maksud hakikat, kena ikut tarikat, baru faham makrifat.

aku kata :terangkanlah pada aku yang jahil ini.

Kata mereka: dalam beramal, kena niat kerana ALLAH, jangan buat kerana syurga atau neraka, kerana pahalapun jangan!!

Kalau niat buat amal kerana shurga, Allah akan haramkan masuk shurga, kalau buat amal kerana takut neraka, Allah akan campak dalam neraka, buatlah amal semata-mata kerana Allah.

Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. oh!

Sedang semua Nabi membawa berita gembira pada ummatnya, (fadhail) dan al quran banyak cerita tentang kelebihan amal, laliatul qadho yang lebih baik dari seribu bulan, pahala haji mambrul, ganjaran untuk hafiz dan sebagainya, lalu korang muncul dan peningkan kepala aku tentang ikhlas.

Teringat aku satu hadith dari hazrat Abu hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahului.

Apakah itu IHTISAB?
Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran...

Kalau korang ibadat serta tak nak pahala, bagi sajer kat aku, aku nak!!!, mana ada orang buat dosa tak nak dosa?, dosa akan datang bila kita buat dosa dan begitu jugak pahala, akan datang bila kita buat amal, lupakah korang dengan sahabat baginda yang gementar dengan neraka dan melangkah kaki ke masjid pendek-pendek mengharapkan pahala..

Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerena percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!!!

Apa-apapun, aku tengok kat kampung aku, ustaz yang tak suka guna hadith fadhail dalam berceremah sebelum ini, tapi bila masuk bulan ramadhan, asyik cakap pasal hadith fadail pulak, kelebihan tarawikh, kelebih lalatul qadha dan sebaginya..

Barangkali bila syaitan dah di ikat, maka merekapun senang hati guna ilmu fadhail.., Alhamdulillah, memang betul, shatan memang tak suka mendengar kelebihan ganjaran untuk ummat, sampai tabur kepala dengan pasir, tapi syaitan dah di ikat, maka berlumba-lumbalah manusia mencari kelebihan di bulan ramadhan, masjid penuh dan ada yang iktikaf di sini sana… alhamdulillah.

Biar aku terang sikit guna hakikat marifat, mudah-mudahan korang semua paham.

Memang benar, buat amal kerana makluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik.

Dan memang benar, shurga dan neraka adalah makhluk Allah.

Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.

Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam shurga”

Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam neraka”

Makannya di sini, Allah boleh bagi nikmat dan azab tanpa shurga dan neraka, maka JANJI ALLAH untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.

JANJI ALLAH adalah SIFAT ALLAH.

ALLAH berjanji akan azab bila manusia buat sekian-sekian.
ALLAH berjanji akan beri nikmat bila manusia buat sekian-sekian.

ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.

Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata.

Tapi di situ terletak JANJI ALLAH. Untuk azab dan bagi nikmat.

MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH!!!
Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH!!!

JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!!

JANJI ALLAH adalah GHAIB.
YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.

Maka berdoalah aku semoga kita semua dapat masuk shurga dan bertemu nanti di sana di tingkat lapan.

Dan tidakkah hati ini bergejolah mengharap kepada nikmat melihat wajah Allah di dalam shurga?.

Dan tidakkah hati ini bergetar takut kepada azab neraka kerana di sana langung tak dapat melihat wajah Allah ..

Aku nak pahala, aku nak shurga, aku nak lihat wajah Allah..

(amin-ya rabbil alamin)

Tapi aku tahu.. aku tak layak…

Lalu terngiang member aku yang bertahajud jam 3 pagi tapi bila doa menyanyi lagu ni sambil menangis dan seluruh masjid boleh dengar.!!.

Tuhanku..
aku tidak layak masuk shurgamu,
namun tak upaya menghadapi, api nerakamu,

terima taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya engkau mengampun kan dosa hambaMU

moralnya di sini, dalam setiap amalan kita, berikhlaslah, tanpa ikhlas, segala amal menjadi sia-sia..

dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah..

Manakala orang islam yang tidak iklahs, Allah akan cabut hidayat dari dirinya..

Kita selalu dengar cerita paderi kkritian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.

Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad.. OH!

Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidatyat kepada dua UMAR, satu adalah anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?

Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.

Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..

Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..

Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.

Orang yang berjuang dalam parti XYZ ke, ABC, apa ke jadah ke, periksalah niat masing-masing...

Di sini amat penting bagi kita, sebelum buat amal, Tanya hati.
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Begitu juga ketika sedang buat amal, Tanya hati:
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Pun begitu juga bila dah lepas buat amal. Tanya lagi hati
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?

Bukan apa, syaitan akan buat usaha habis-habisan, mati-matian untuk rosakan niat dan keilklasan kita.

Maka sebagai jawapan,

aku buat kerana Allah.
Untuk dapat keredaan Allah
Dan aku nak buat sampai aku jadi mayat!!
Aku akan buat habis-habisan sampai habis
Aku akan buat mati-matian sampai mati.
Sampai jadi mayat!!!

******


BAGAIMANA NAK DAPAT IKHLAS?

Berbalik kepada surah al ikhlas yang tiada lafaz ikhlas di dalamnya, setelah di rujuk kepada tafsir ulamak, dan Buznama,

Yang menyatakan bahawa.

Walaupun dalam surah al-ikhlas tiada ayat tentang ikhlas, tetapi kesuluruhan ayat dalam surah itu menceritakan tentang tauhid kepada Allah yang mana merupakan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya.

Abu bakar ra berkata bahawa asas pada ugama adalah kalimah tauhid, iaitu kalimah La-ila-ha-illah, dan ini adalah kalimah ikhlas.

Bermakna di sini, jika kita nak dapatkan sifat ikhlas, kena banyak baca surah al ikhlas. Atau dalam kata lain kena banyak ulang-ulang cakap tentang tauhid, kena buat dakwah membesarkan Allah. Kena banyak cerita tentang KeEsaan Allah, bahwa Allah itu tempat pergantungan. Allah pentadbir, selain dari Allah semua di tadbir, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta. segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.

Allah tidak perlu pada keturunan dan tidak diturunkan, tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan Tiada yang setara denganNya, seorang pun!.
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlak kuasanya, tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan.

Itu adalah contoh ucapan tauhid dalam kalimah dakwah, kena banyakakan cerita lagi dan lagi akan kebesaran Allah, maka ikhlas akan datang, insyAllah.



*******
PENUTUP
Berbalik kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar RA, yang mana membuatkan beliau pengsan adalah, kisah tentang 3 lelaki yang awal-awal masuk neraka.

Mereka adalah Qari(pembaca al-quran), Dermawan (orang kaya) dan Syuhada (pejuang berani mati).

Yang menakutkan, Qari itu masuk neraka bukan kerana kesalahannya terhadap al quran, seperti menhina al-quran, memijak al quran, atau malas baca quran atau mengubah ayat al quran, bukan!
malahan amalan qari itu adalah selalu membaca quran dengan tartil dan merdu.

Tapi beliau telah di campakkamn ke dalam neraka kerana dosanya adalah.. TIDAK IKHLAS..

Beliau membaca dengan niat supaya orang panggil dia Qari..oh!

Yang mana akhirnya membuatkan beliau telah di azab kerana kesalahan tidak ikhlas baca Al quran!!

Begitu jugak dermawan, begitu menakutkan, penderma itu bukan kedekut, atau suka hina orang miskin, atau tak peduli kepada fakir, bahkan dialah yang selalu bagi makan, buat jamuan itu ini, sana sini, selalu derma cek besar-besar, Tapi akhirnya beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.

Beliau menderma dengan niat supaya orang panggil dia dermawan...oh!

Dan beliau telah di azab kerana kesalahnaya adalah TIDAK IKHLAS menderma!!

Dan begitu jugak pejuang islam, begitu menakutkan, dia adalah orang yang sentiasa tinggal anak bini, malahan sentasa bermujahadah di jalan Allah, akhirnya beliau cedara dan terluka kesan tetakan musuh demi mempertahankan ugama Allah, telah banayk musuh di bunuhnya, sehingga akhirya beliau sendiri mati sayaid, Tapi di akhirat beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.

Beliau berjuang dengan niat supaya orang panggil dia beranai mati, (pengebom berani mati? Wallau’lam..)!

Dan beliau telah di azab kerana tidak ikhlas berjuang!!

Dosanya bukan kerana engga berjidad..
Tapi dosanya adalah TIDAK IKHLAS dalam berjuang..oh!

Maka, Walaupun aku dan korang buat amal yang baik dan hebat-hebat, tapi bila niat tidak ikhlas, maka ALLAH akan azab kita, walaupun amal kita itu ‘baik-sangat’, baca quran, derma, berdakwah, berpolitik, berdebat dan sebagainya.. semuanya akan menjadi asbab di azab di akhirat kelak..oh!

Oh aku kena belajar menangis, dan belajar pengsan!!

Ketahuilah, tanda orang yang ikhlas adalah:-

-Dia tidak akan tinggalkan amal kerana takut riak.
-Dia tidak akan sesekali mengsyirikan Allah dalam amal
-Dia akan sentiasa takut dan harap kepada Allah.
Takut amalannya tidak di terima, dan harap Allah menerima dengan kasih sayang..
-Dan yang pastinya, orang yang iklas itu akan tetap beriman dan bermamal, walau banyak manapun ujian.
-Dan Dia akan selalu istiqamah taat perintah Allah sampai jadi mayat.

(buat-buat pengsan)

Ps: aku sedang pengsan, sedang bersaudara dengan mayat.

Tambahan:
Ada cerita yang sedih kat kampung aku tentang ikhlas, dulu parti ABC telah memerintah selama berpuluh tahun sehinggalah pada suatu hari parti XYZ pulak memerintah.

Namun satu penggal sahaja, parti XYZ telah kalah dan parti ABC pula memerintah.

Yang paling mehampehkan adalah bila parti ABC menang di kampung aku dan pengerusi masjid terpaksa ditukar dengan orang ABC, maka AJK-AJK masjid yang sebelumnya orang-orang XYZ semua pakat-pakat letak jawatan, Padahal yang kena tukar cuma pengerusi sahaja, tapi yang lain-lain AJK semua ngikut sama letak jawatan. Dan lebih haru dah tak pergi solat kat masjid tu just solat di rumah..

Kita boleh nampak kat situ masalah ummat. Nampak macam sia-sia saja khidmat dan amal bakti mereka terhadap masjid selama ini bila mereka lakukan semuanya semata-mata kerana parti. habis gitu je kesemua pahala mereka yang dah 5 tahun mereka tinggal kat situ dan berkhidmat kat masjid itu, kerana berkhidmat bukan kerana Allah, tapi kerana parti.

Hanya Allah yang Maha mengetahui... wallahulam.

Ya Allah berilah merika pengampunan dan pertunjuk hidayahMu.

Kemudian (eh, ada lagi) bila ustaz XYZ mengajar kuliah kat masjid tu, maka ada ustaz ABC dan pengikutnya takkan duduk. Begitu jugaklah sebaliknya, bila ustaz ABC mengajar kuliah, ustaz XYZ pula dan pengikutnya yang akan balik lepas solat maghrib.

Beginilah masalah ummat bila tak belajar ilmu ikhlas, yang mana ilmu ini akan dapat bila kita belajar buat usaha atas iman, kerana tanpa ilmu ikhlas, walaupun dia seorang yang beragama, tapi dia tak akan dapat belajar sifat merendah diri, sifat tawadduk, sifat sabar dan sebagainya.
Hanay usaha agama cara Nabi SAW yang akan terus berjalan seperti biasa, tak kira mana-mana parti yang menang sebab kita lakukan bukan kerana makhluk tapi semata-mata mengharapkan keredhaanNya...
Semoga kita semua di beri ilmu ikhlas dan beristiqamah dalam amal sampai jadi mayat.., amin..

(masih pengsan)

Kepada Allah aku yang hina iin mengadu, semoga aku terus menulis dengan ikhlas .

Amin.

Nota: ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)