Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
Oct 30, 2013
Berdakwah kena ada ilmu dan tauliah?
(Satu hari di bumi Malaysia: Al
kisah orang yang tak de ilmu dan tauliah… adohai)
Satu hari ada surau baru siap di
sebuah kawasan perumahan, ketika belum ada AJK dan Pengurusi yang dilantik,
surau itu hanya menjadi tempat beberapa penduduk datang untuk bersolat sahaja.
Lalu aku dan beberapa rakan cuba nak
hidupkan surau tu, (ehem! Ehem!) nak buat ceramah agama yang bertajuk “fikir
atas iman, ilmu dan amal” tapi pesan guru kami, nak buat ceramah, kena pergi
jemput orang kampong terlebih dahulu, jika tidak nanti, ianya menjadi tidak
adil apabila kamu sibuk membuat hubungan dengan Allah di rumah Allah, tapi
melupakan hubungan dengan masyarakat luar.
Bayangkan jika Nabi hanya buat
ceramah di rumah Arqam tanpa pergi jemput orang islam lain datang dengar
ceramah beliau?, bukankah tak patut jika beramal nak masuk shurga sorang sorang?
Kerana itulah Nabi pergi ketuk pintu rumah ke rumah ajak orang masuk islam dan
ajak orang islam pergi belajar agama di rumah arqam (ketika di Mekah) atau ajak
orang ke masjid Nabawi (ketika di Madinah)
Jadi, kami dengan niat nak
hidupkan sunnah Nabi, telah pergi rumah ke rumah, ajak orang kampong datang
masjid dengar ceramah kami.
Of course kami boleh guna FB atau
SMS ajak orang kampong datang masjid, tapi benda penting ni elok kita jumpa
secara bersemuka, contoh macam nak pinang anak orang, boleh sajer guna mesej
FM, Whassap, SMS atau telefon, tapi siaplah korang kena maki dengan mak bapak
si perempuan kelak kerana tak beradab, maka, menyeru manusia kepada Allah
adalah jauh lebih tinggi darjatnya dari menjemput orang datang kenduri, maka
kerana itu kami pilih berdakwah cara nabi dalam Al quran, jumpa manusia dari
rumah ke rumah. Lebih beradab dan lebih mirip kepada Sunnah.
Alhamdulillah, lepas maghrib, ada
beberapa muka baru datang dengar ceramah kami, dihujung ceramah, kami ajak
pulak orang yang datang tu buat macam kami jugak, iaitu kamu kena ajak orang
lain pulak datang minggu depan, macam MLM gitu..
Tapi bila berdakwah rumah ke
rumah ni banyak mujahadah, ada yang caci kami, ada yang lari, ada yang halau
dan ramai jugak yang suka, dalam susah tu, belum sampailah tahap kena pukul
macam nabi Muhammad SAW, tak ada orang kampong yang baling batu sampai berdarah
badan Nabi macam penduduk taif buat. Allah tahu iman kami yang lemah, maka
ujian pun kecik kecik sahaja…
Jadi kami okey sahaja, kadang
kadang ada yang setuju untuk datang surau tapi tak datangpun, ada yang macam
suka tapi masih solat di rumah, ada yang buat bodoh macam cakap dengan tunggul
kayu, sabar jelah, dan pernah kami ceramah di surau tanpa muka baru,
Nampak macam tak ada hasil, tapi
kami teringat dalam quran kisah nabi Nuh berdakwah, sepuluh tahun jumpa kaum
dia, baru dapat satu orang, seratus tahun, baru dapat 10 orang, dan dekat seribu
tahun, baru dapat 83 orang, jadi kami ikut pesan Nabi, berdakwah tu kerja kita,
tapi yang bagi hidayat tu kerja Allah, Nabi Muhammad SAW berdakwah di Mekah, 13
tahun baru beberapa ratus pengikut, apalah sangat kami yang berdakwah tak
sampai satu jam sebelum magrib ini.., adohai.
Lagipun kejayaan dakwah bukan
diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan
dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan. Firaun yang
jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, tapi Firaun tetap mati
dalam keadaan kapir, manakala Nabi Musa tetap tergolong orang yang Berjaya, dan
memang hidayat ini milik Allah, akhirnya Ahli sihir firaun yang dapat hidayat,
semua kerja Allah.., apa lagi nak di kata?
Dalam kami belajar belajar hidupkan
sunnah nabi berdakwah dari pintu ke pintu, orang kampong mula melebel kami
sebagai “Kumpulah Tabligh”. Hairan sungguh kami dengan sikap orang yang melebel
ini sebab cuba tuan tuan bayangkan, jika orang islam sudah ramai yang tidak
solat tahajjud, lalu tiba tiba muncul orang islam bangun solat tahajjud, tak
kanlah kita nak lebelkan mereka “kumpulan Tahajjud”? woha!
Begitulah ummat hari ni, apabila ramai
orang islam yang dah tinggalkan tabligh cara Nabi, dan bila ada yang belajar-belajar
buat, di tuduh: “kumpulan Tabligh” dengan air muka menggambarkan unsur sesat
pada usaha itu, sedangkan:Tabligh, Amanah, Siddik, Fatonah ni sifat Nabi tuan
tuan, sama jugak kaki ponteng solat Jemaah, bila Nampak orang ulang alik solat Jemaah:
di lebel sebagai “geng masjid” “kumpulan riak” dan sebagainya, Adohai..
Balik pada kisah kami di surau, Alhamdulillah,
lama kelamaan, penduduk semakin bertambah, surau jugak semakin bertambah ahli Jemaah,
maka lantikan pengerusi baru dan AJK baru dibuat, lalu segala program masjid
diatur jadual kuliah oleh pengurusi baru dengan menjemput ustaz ustaz terkenal
dengan membayar ‘saguhati’ kepada penceramah guna dana dari sumbangan derma
orang ramai.
Surau itu kini mempunyai jadual
yang penuh dengan ustaz mengajar dan pengurusi baru mengosongkan satu malam
untuk kami membuat majlis “fikir atas iman dan amal”, pernah pengerusi surau
mencadangkan agar kami dibayar RM50 setiap kali ceramah seperti ustaz lain tapi
kami menolak dengan ikhlas sebab kami semua usahawan, sudah ada pendapatan
sendiri, jadi dalam bab agama biar kami ambik upah di akhirat sahaja. Amin..
Maka aman damailah penduduk kampong
itu dengan majlis dakwah sekali seminggu yang bergerak dari rumah ke rumah, dan
majlis ceramah agama dari pelbagai ustaz setiap malam antara magrib dan isyak.
Setiap pagi juga, di surau itu hidup dengan bacaan hadis Nabi tentang kelebihan
amal.
Namun ujian akan selalu datang,
sampai masa jawatan pengerusi dan AJK baru bertukar, pengurusi kali ini pula seorang
ustaz, lalu mengeluarkan undang undang baru, hanya ustaz sahaja boleh
berceramah. Orang yang bukan ustaz tak boleh berceramah kerana takut sesat.
Maka program kami telah dibuang, dan diganti dengan ustaz yang lebih banyak
ilmu dari kami. Majlis bacaan hadis 10 minit setiap pagi jugak diganti dengan
ustaz yang mengajar kitab “penawar bagi hati” juga 10 minit..
“Saudara, nak berdakwah ni kena
ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada ilmu dan tauliah”. Kata pengerusi
surau.
Tapi kami tak kisah, memang
maksud asal usaha kita adalah untuk majukan masjid surau, dah ada ramai ustaz
yang layak, biarlah mereka yang menjadi pembimbing kepada masayarat yang datang
ke masjid.
Cuma…
Alangkah baiknya, jika ustaz-ustaz
juga turut ‘berebut’ membuat dakwah yang kami buat dari pintu ke pintu, sebab
kamipun bukan ustaz, kamipun tak de ilmu dan tauliah dalam menghidupkan amalan
sunnah Nabi ini, kan bagus jika ustaz ramai ramai bergilir juga berdakwah dari
pintu ke pintu? Orang kampong pun suka sebab yang datang ketuk pintu rumah
mereka macam Nabi selalu buat tu adalah ustaz dan ulamak.
Lalu ceramah tiap tiap malam, dan
dakwah rumah ke rumah tiap tiap hari oleh ustaz bergilir gilir, akan mewujudkan
suasana agama mirip di zaman nabi Muhammad SAW. Dalam satu hadis, apabila di
sebuah daerah, penduduknya solat berjemaah, bangun malam dan ziarah satu sama
lain atas maksud agama, maka kampong itu akan dihindari bala, dan di
percepatkan Rahmat.
Mungkin kerana mengabaikan sunnah
inilah, maka ramai ummat islam di seluruh dunia, ditimpa musibah demi musibah..
oh!
Ahir kata: “Ustaz, bukankah ustaz
cakap nak berdakwah ni kena ada ilmu, nanti orang boleh jadi sesat jika tak ada
ilmu dan tauliah”. Maka tolonglah Ustaz, ‘cegah’lah kami yang berdakwah dari pintu
ke pintu kerana kami bukan ustaz… ‘hanya’ ustaz yang layak buat kerja ni! nanti
ramai orang kampong yang sesat, siapa yang salah? Jadi.., selain berceramah di
masjid untuk orang yang dah minat agama, apa kata ustaz ganti (atau bergilir)
tempat kami berdakwah pada orang yang tak minat agama, baru boleh rasa apa yang
Nabi rasa, kerana sesungguhnya, ustaz dan ulamak adalah pewaris Nabi. Nikmat
mana lagi yang kamu dustakan?
Tutup entry dengan tasbih
kafarah.
Ps: Untuk mengajar bab hukum hakam dan masail, perlu kepada ilmu
dan tauliah, bimbang nanti ajaran sesat tersebar. tapi untuk bercakap tentang
iman dan amal serta fadhail, siapa siapapun boleh, walaupun satu ayat.
Wallahu'lam
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
Ps2: Kisah benar ini berlaku di satu daerah Terengganu 10 tahun yang lalu, waktu aku baru nak kahwin. Nama surau dirahsiakan. Sekarang tempat dengar khabar tu dah berubah, ada dengar cerita tempat tu sekarang hidup 24 jam, dengan kesungguhan ustaz dan orang awam bergilir gilir hidupkan masjid dengan dakwah, taklim, ibadat dan khidmat, Alhamdulillah.
Oct 18, 2013
Ubah sistem pendidikan negara?
(Sila baca sampai habis, dan sila bersetuju dengan penulis
dihujung karangan, tahniah kerana anda memilih untuk menjadi bijak-Woha!)
Entry ini dimulai dengan gaya blogger perasan popular..
Memandangkan ramai yang baca blog aku adalah orang muda yang
bakal jadi ustaz, ehem, ehem! Maka suka aku nak cadangkan kepada bakal ustaz
sekalian akan keperluan kita mengubah sistem pendidikan sedia ada..
Ya, aku tahu, ramai ustaz ustaz mainstream hari ini yang
telah mengkritik sistem pendidikan negara, tak sesuai-lah, tak islamik-lah,
terlalu kapatalist-lah, terlalu sosial-lah, terlalu umno-lah dan macam macam ‘lah’
lagi..
Tapi menulisnya aku hari ini bukan nak bincang isu kelemahan
sistem pendidikan negara, tapi aku nak bincang isu kelemahan sistem pendidikan di
masjid surau.
Masjid surau di Malaysia mengamalkan majlis ilmu di antara
maghrib dan isyak dengan menjemput penceramah yang popular dengan menggunakan
dana dari sumbangan orang ramai.
Dana atau ‘hadiah’ kepada ustaz yang datang menghiburkan
pendengar dengan ceramah lawak tapi ada isi adalah berbeza-beza, ada yang dapat
RM50, dan ada yang dapat RM5000, bergantung kepada dana terkumpul dari masjid
surau. (ada jugak ustaz yang ikhlas mengajar menolak sebarang upah)
Kebiasaanya masjid surau akan penuh bila ustaz popular yang
datang, jika ustaz yang biasa-biasa, tak ramai orang yang datang, jangan
salahkan ustaz, salahkan pendengar yang layan ilmu agama macam hiburan, masih
ramai ummat islam yang datang belajar agama dengan bersyarat, antara syarat
mereka adalah, (1)ustaz yang ada unsur kelakar, dan (2) sokong parti politik
pilihan mereka.
Maka berlumba lumbalah ustaz ustaz membuat kelainan dalam
majlis ilmu mereka untuk menarik minat pendengar, ada yang menyanyi, ada yang
guna slide, ada yang berlawak selang seminit, ada yang membawa bini bersama, ada
yang bernasyid, ada yang memasukan unsur mistik, ada yang bawak gitar dan ada
juga yang mencarut sebagai trademark ceramah mereka.
Lalu lahirlah ummat islam hari ini yang mundur dalam
kefahaman agama,kerana yang datang memakmurkan masjid bukan lagi kerana Allah,
tapi sebab ustaz, tak caya cuba tengok masjid korang ketika tak ada ceramah
dari ustaz popular, selamba ramai ramai pakat solat di rumah. Berapa kerat
sahaja yang dapat jaga solat 5 waktu di masjid. Ternyata ceramah dari ustaz
popular tak banyak membantu ummat islam.
Nak kata ilmu tak ada, ustaz popular dalam berhibur, banyak
terselit ilmu, dalam berlawak, banyak masalah fekah diselesaikan, tapi kenapa
masih ramai ummat islam yang datang solat ke masjid hanya waktu ceramah ustaz
kelakar, bila tak ada ustaz kelakar, masing masing solat di rumah, adohai..
Jadi pada pendapat aku, sistem pendidikan di masjid surau
negara kita perlu di ubah, dah banyak sangat ustaz yang kutuk kelemahan sistem
pendidikan sekolah di Malaysia, (tak di nafikan pun) tapi tak ada sorang orang
awampun yang sanggup bangun dan mengkritk kelemahan sistem pendidikan di masjid
surau.
Maka biarlah aku seorang driver keretamayat ini bangun dan
menjerit:
“Ini Kalilah! Woha!”
Ok, serius sikit.
Aku tak nak sentuh bab dakwah dari pintu ke pintu kali ini
macam Nabi Muhammad SAW selalu buat sebab tak nak iman ustaz menjadi rosak
apabila mengkrirtik dakwah cara Nabi, aku play safe kali ini, lagipun agama ini
bersifat: “pelan-pelan kayuh”, sesusai dengan nafsu manusia yang terbina secara
berperingkat, maka wahyupun turun secara berperingkat.
Jadi, cadangan aku, ceramah di antara waktu maghrib isyak
boleh dikekalkan seperti biasa. Ustaz jangan emosi, aku tak nak ganggu periuk
nasi korang, itu waktu prime time orang ramai datang ke masjid, dan itu waktu
prime time hadiah datang dari AJK masjid.
Cuma masalah ummat islam
hari ini adalah, mereka suka benar bergaduh bab agama kerana berbeza
pendapat, tapi bila nak selesaikan masalah berbeza pendapat ini, nak kena
tunggu ustaz datang ceramah tapi masa pulak terhad(magrib isyak), dan orang
kita pulak sangat malu nak bertanya pada ustaz bila ada masalah terutama dalam
majlis ramai orang.
Jadi, Aku nak cadangkan ustaz kena ada satu kaunter dekat
masjid surau, (macam amil zakat) dan tunggu orang awam datang mengadu masalah
iman atau masalah berbeza pendapat atau apa sahaja. Jika tak de orang
datangpun, ustaz masih dapat pahala dengan niat iktikaf.
Kaunter ini harus di buka (buat permulaan) selepas asar,
berhenti waktu magrib hingga isyak untuk berceramah seperti biasa dan bukak
balik kaunter lepas solat isyak sebelum tutup jam 10 malam. Menunggu orang
datang mengadu masalah di masjid surau ini telah di buat oleh para sahabat
Nabi, tak caya belek kitab. Ustaz boleh bergilir jika penat beriktikaf dan
penting, bila orang datang bertanya apa sahaja masalah agama, kena rekodkan
macam doktor rekodkan masalah penyakit di atas kertas.
Setiap penanya soalan(orang kampung), dan penjawab
soalan(ustaz), kena tulis rekod mereka atas kertas, terutama tarikh, no phone
ustaz dan sumber rujukan ustaz. Satu disimpan oleh penanya dan satu disimpan
oleh pihak masjid. Sangat penting semua soalan dan jawapan ini direkodkan
kerana sekiranya ustaz tersilap memberi fatwa atau merujuk, maka dengan
berpendukan slip tadi, kita boleh selesaikan masalah berbeza pendapat ini
dengan membetulkan bukan sahaja penanya, kadang kadang ustaz yang tersilap
mentafsir Al quran dan hadis juga dapat di selamatkan.
Hari ini orang awam terlalu bebas bercakap bab agama tanpa
ada sumber yang didokumentasikan, hadis daif di tuduh palsu, hadis sahih di
tuduh syair arab, tafsir al quran ikut parti politik dan macam macam lagi
masalah, padahal jika semua sumber masalah ini di dokomentasikan, maka masalah
iman dan ilmu akan dapat diselesaikan macam doktor menyelesaikan masalah sakit
kronik dengan merujuk pada rekod rekod yang telah sekian lama di
dokumentasikan.
Rekod yang di simpan di masjid tadi pula, hendaklah di semak
oleh ustaz ustaz lain atau mufti atau jabatan agama bagi memastikan ustaz pun
tak syok sendiri, sebab aku tengok ramai ustaz hari ini suka hati jer bagi
fatwa kaum kera bila sentimen menguasai diri.
Dengan cara ini, masalah ummat islam, dan masalah ustaz yang
tersalah pun dapat diselesaikan insya-Allah.
Satu lagi, biasanya ceramah yang sedia ada, tajuk ilmu di
pilih ustaz, suka hari jer ustaz datang nak ceramah tajuk yang dia suka, sebab
tu ada pasal nama malaikat, pasal nama anak nabi, pasal produk ubat dan lain
lain yang mana agak membuang masa, sebab benda tu common sense dan jika ditanya
pada ustaz secara direct, tak sampai 5 minit dah dapat jawapan, sepatutnya
wakyu magrib isyak ceramah mestilah bersifat “targrib” atau lagi bagus, dari
dokemnatsi yang telah terkumpul setiap hari, pilih soalan yang paling kerap di
tanya oleh orang kampung, dan bincang dengan lebih dalam akan permasalahan itu,
atau bincang soalan yang perlu kepada jawapan yang panjang..
Insya-Allah, masalah ummat islam yang suka bergaduh tanpa
merujuk kitab akan dapat diselesaikan apabila semua masjid surau ada kaunter “tanyalah
Ustaz” yang di buka dari asar hingga 10 malam.
Aku rasa korang dah nampak dah masa depan dengan cara ustaz
tunggu orang di masjid macam doktor ini, betapa cemerlangnya ummat islam dengan
ilmu yang di dokumentasikan, dan mungkin bila tertalu ramai yang datang ke
masjid bertanya soalan, akan ada nombor giliran, dan setiap dari korang akan
ada fail koleksi soalan yang korang kumpul dari pelbagai masjid dan pelbagai
ustaz..
Dan pada waktu itu, blog keretamayat tidak akan ada lagi
sumber dari 'Buznama'.., Insya-Allah.
Ps: Aku harap bakal
ustaz yang membaca cadangan aku terkasima dengan idea yang datang dari otak
ciptaan Allah, lalu nama aku tersenarai dalam tokoh Maal Hijrah- woha!
Oct 2, 2013
Ya Allah, ini kalilah?
(kisah Atheis masuk islam, errr, bukan kisah Mr Bean, subtitle oleh Hamka keretamayat)
Nota: Aku perasan sibuk, err, sibuk layan peminat yang
mintak tanda tangan buku Kamar Sutera dan Permata Yang Hilang, tak nak blog tak
berupdate, aku share kisah yang agak kelakar oleh seorang mua’laf, aku cuba
cari kot kot dah ada kisah beliau dalam bahasa Malaysia, tapi tak jumpa, lalu
aku yang perasan sibuk, sempat jugak perasan rajin, telah translate sendiri kisah
dalam audio BI ini kepada subtitle BM, maaf sangat sangat jika BI aku hancur
buat translate jadi macam gampang.., layan..
How Ruben Abu Bakr Became a Muslim
(Di tulis dalam BM
oleh Hamka keretamayat)
Tersebutlah al kisah akan bermula segalanya pada tahun
pertama aku di Universiti. Tahun yang
mana banyak masalah datang bertimpa-timpa. Aku mengalami tahun penderitaan yang
mana banyak masalah besar datang melanda. Antaranya..,
Ayah dan Mak bercerai,
Anjing aku pulak mati pada hari yang sama, sedey..,
Boleh pulak aku kemalangan kereta sebanyak dua kali dalam
masa seminggu, Adohai..
Dan yang lebih sedih, kawan baik aku juga meninggal dunia
dalam tahun yang sama..
Dari segala kesusahan dalam tahun yang sama, maka timbul persoalan
dalam diri:
“Kenapa aku ada
disini?”
“Apa tujuan hidup aku?
“Kenapa aku kena bangun pagi? Kenapa aku kena kesah? Kenapa aku
tak duduk sajer di rumah tengok TV?”
Maka bermulalah aku bersoal jawab tentang maksud kehidupan,
yang mendorong aku untuk mengkaji hal hal agama..
Sebagai orang Australia, Agama pertama yang aku kaji adalah Kristien.
Kebetulan aku ada kawan yang beragama Kristien, akupun pergilah ikut mereka ke Gereja,
agak lawak jugak sebab semua orang datang dan menyanyi, aku pulak tidak faham sangat
apa isi lagu mereka, akupun bantai ikut sama ‘menyanyi’, Suara irama mereka agak
menusuk kalbu tapi aku rasa janggal semacam.
Kemudian, semua orang di sana pakat pakat memaklumkan bahawa
betapa Tuhan sayang pada aku.
“Tuhan sayang aku? anjing
aku mati bro! Adohai...”
Tapi aku terus juga kaji agama Kristien terutama perbezaan
pendapat dalam mazhab mereka, termasuk perbezaan
dalam aspek Katolik, Anglican, Baptist, paderi, pastor, dan tiap kali aku pergi
ke gereja dan bertanya tentang agama pada paderi, aku tengok mereka tidak membuka
kitab Bible dan berkata: “Jawapan ada disini.” Tapi mereka terus jawab soalan
aku direct guna pendapat mereka sendiri.
Dan aku mulai faham bahawa ada banyak tafsir yang berbeza dalam
setiap mazhab kristian dan setiap paderi mempunyai tafsir yang berbeza beza.
Paderi dari suatu gereja percaya begini, tapi paderi yang lain pulak tafsir
menolak kepercayaan paderi tadi, buat aku berpikir: Tidak patut terlalu banyak
tafsir yang berbeza dari satu bible kerana ini akan buat pengikutnya menjadi
bingung.
Pendek cerita, pada waktu itu jugak, tahun pertama kuliah,
aku ada bekerja part time di sebuah pam minyak, dan salah sorang kawan kat sana
beragama hindu dari India. Waktu bertukar shif kerja, aku sempat bertanya
tentang agama hindu:
“Bro, apa hal awak berurusan dengan manusia berkepala gajah?
Kenapa Tuhan ada kepala gajah?”
Dia menjawab, “Itu Ganesha.”
Aku soal balik,
“Kenapa tak pilih tuhan kepala singa atau kepala lain yang
lebih cool?”
Adohai, begitulah lebih
kurang debat yang sugguh deep tentang agama sewaktu layan pelanggan isi minyak.
Hasilnya? sekali lagi, aku jadi bingung susah nak faham bab
agama dan buat keputusan untuk kaji lebih mendalam agama yang lain pulak.
Kebetulan aku ada kawan beragama Mormon. Agak menarik agama ini
berbanding Mazhab Kristien yang lain. Gereja dari Latter Day Saints. Mereka
cukup tegas. Tidak minum alcohol dan juga kopi. Sayang sungguh tak boleh minum Cola,
sebab aku tahu sebenarnya orang Libanon suka minum air cola. Tapi apapapun, aku
tidak akan menganut agama ini secara semberono(membuta tuli), aku tak suka
hanya mendapatkan pengalaman rohani semata mata, aku ingin bukti yang lebih jelas.
Dan terus mengkaji..
Pendekkan cerita lagi, Aku sempat kaji agama Yahudi, Korang
percaya tak? Nama aku sebelum Abu Bakar adalah Ruben. jika korang pernah tengok
film Hollywood, ada watak Rubenstein, jadi
dah tentu mereka fikir bahawa aku seorang Yahudi sebab“Orang ini adalah salah
satu dari kita.” Tapi sekali lagi, aku tidak ‘bertemu’ dengan apa yang aku nak
cari dalam agama ini.
Akhir sekali, aku mengkaji agama Budha dan aku rasa inilah
agama yang akan aku pilih, agama ini nampak hebat. Apatah lagi ramai Mat saleh
yang menganut agama ini. Mereka juga ada unsur bersatu dengan alam yang buat
aku rasa cool... Tapi semakin aku mendalaminya, baru aku perasan bahawa itu bukan
agama dari tuhan, tapi lebih menjurus kepada perubahan gaya hidup yang berkonsep
mesra alam.
Satu hari, salah sorang kawan baik aku yang beragama Kristien
bertanya senarai semua agama yang sudah aku kaji, akupun bagitahu:
“Yahudi, Kristien, Taosisme, Budha, Hindu.”
Lepas tu dia soal?
“Islam tak kaji ke?”
Aku jawab, “Islam?! Mereka pengganas, mereka semua orang
gila! Apa ke jadah aku nak kaji agama orang gila yang jadi pengganas?”
Tapi, nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari tu aku
boleh pulak terus berjalan ke sebuah masjid.
Aku anggap ini adalah perjalanan
nekad. Lalu aku terus berjalan tanpa buka kasut, terus aku masuk dalam masjid
berjalan selamba atas sejadah, ada orang islam yang sedang solat, waktu dia sujud,
aku pulak berjalan depan beliau, waktu tu dah hampir dah nak pijak kepala dia, Subhanallah,
aku tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri aku, kegilaan apakah ini?
Aku tengok sekeliling, dan aku nampak sorang brother, (korang
kenal kot mamat ni, namanya Abu Hamza. Dia pernah datang ke sini dan berceramah
beberapa kali. Subhanallah, aku memanggilnya Abu Da’n, karena dia ada janggut
yang sangat lebat, masya Allah.)
Sewaktu dia berjalan ke arah aku, aku dah fikir:
“Hari ini aku akan mati. Ini adalah hari terakhir aku hidup.
Aku seorang jejaka hensem kulit putih akan mati hari ini. Adohai..”
Brother tu terus
berjalan macam orang arab berjalan di Gurun Sahara, dengan jubah yang besar, dan
janggot yang lebat. Aduh!! Aku akan mati.!
Tapi subhanallah, kata-kata pertama yang Brother itu ucapkan
adalah:
“Hari yang bagus bro, apa khabar sahabat?”
Subhanallah, aku sangat terkejut dengan keramahannya.
Pendekkan cerita, Sebagai orang Australia ,err, aku harap orang
Australia jangan terasa- tapi ini didikan pengaruh yang aku dapat di Australia.
Mak bapak membesarkan aku sebagai
seorang atheis. Mereka pulak dibesarkan sebagai Kristian yang mana mereka
dipaksa pergi ke gereja setiap minggu yang membuatkan mereka sangat anti hal ehwal
berkaitan agama. Jadi ketika aku lahir, mereka menanamkan di dalam otak aku bahawa:
“Tuhan tak wujud, Bila mati, habis! Jadi ulat! Tidak ada
akhirat, tidak ada Tuhan, itu semua bohong. Itu semua sampah!”
Begitulah aku dibesarkan sebagai atheis.
Jadi, selepas aku melihat Abu Hamza berdakwah kepadaku secara
face to face dengan penuh sopan santun, aku rasa sangat bersyukur. Karena aku perasan semalam aku tengok berita jam 5,
Nampak macam dia yang rampas kepal terbang malam tadi. Woha!
Okey, Orang Australia memang peramah, jangan salah paham,
tapi Abu Hamza adalah orang yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Waktu Abu
Hamza berborak dengan aku, kawan kawannya yang lain pergi buat air teh dan bagi
aku minum.. serius cakap, aku kena tahan
kencing tiap lima minit sebab banyak sangat minum teh! Tapi mereka terus bagi teh
siap dengan biskut, tak pernah aku dilayan macam ni dalam hidup yang membuatkan
aku berniat untuk datang lagi kesini makan biskut, dan juga agama, he he
Bila dah berkesempatan duduk dengan orang islam, aku ambil
kesempatan untuk bertanya hal hal agama,
Semua soalan yang pernah aku tanya
pada paderi dan ‘ustaz’ dari agama yang lain..,aku tanya pada mereka.
Subhanallah, hal yang paling menyentuh hatiku adalah, setiap kali aku bertanya,
mereka tidak jawab secara terus, tapi mereka mengambil Alquran dan berkata, “Lihat
ini bro.Baca ini, dan inilah jawapan yang anda cari”.
Tiap kali macam tu dan aku terus bertanya soalan yang lebih rumit
dan susah seperti, “Kenapa wanita kena pakai tudung? Kenapa lelaki boleh kahwin
4 tapi perempuan tak boleh? “
Pendek kata, aku ambik kesempatan itu untuk bertanya semua
persoalan yang kritikal yang mana aku rasa korang jika baru nak kenal islam pun
akan tanya jugak.
Setelah sekian lama bersoal jawab, dan mereka terus menjawab
pertanyaan aku dengan merujuk pada dalil dari Alquran, bukan dari pendapat mereka
sendiri hingga aku jadi ‘kecewa’ nak bertanya sebab dah habis idea... Adohai..
Dan pernah bila aku tanya pada seorang saudara islam akan
soalan yang.., (sebab aku dan banyak kali ulang alik ke masjid untuk bertanya
hal agama), aku tanya pada mereka,
“Apa pendapat korang tentang masalah ini?”
”Kenapa korang tidak
memberikan jawapan guna pendapat sendiri?”
Lalu salah sorang saudara islam di situ berkata: “Aku tidak
boleh memberi pendapat sendiri, sebab
ini sudah firman Tuhan.”
Subhanallah, jawapan itu sangat menyentuh hatiku. Aku
bertanya lagi, “Bolehkah aku pinjam satu Alquran?” Aku janji tak akan letak merata rata di lantai
atau selainnya yang tak senonoh, aku akan hormat kitab ini,
Pendek cerita, Aku bawa Alquran balik rumah dan mulai
membacanya. Apa yang aku perasan bila membaca Al quran ianya bukan macam buku
cerita, tapi terasa macam seseorang sedang memberiku perintah atau petunjuk.
Di suatu malam, aku buat keputusan untuk membuat upacara
rohaniah ala ala mistik.Aku mintak maaf jika cerita ni agak menyinggung..
Aku nyalakan lilin, buka jendela dan langsir, biar nampak macam
upacara mistik sikit, ketika itu malam musim panas di Melbourne. Dan aku duduk
di satu sudut dan perkata:
“ini kalilah, Ini malamlah”
Ya! aku tahu, aku telah kaji semua bukti kerohanian dalam
islam, juga semua bukti sains, tentang fakta bahawa gunung sebagai pasak bumi, bukti
kelahiran emberio dalam janin si ibu, dan macam macam lagi bukti yang
menakjubkan tapi aku nak cari sedikit bukti sikit sajer lagi, aku ni di ibarat
seperti orang yang nak terjun dari gunung, tapi tak berani, nak sedikit dorongan
jer lagi untuk melonjak..
Jadi, akupun terus duduk dan sungguh suasana terasa sangat
sunyi. Aku membaca Alquran.., lepas tu aku berhenti dan berkata:
“Allah, ini kalilah.Inilah masanya yang aku nak sangat masuk
islam, tapi aku nak sedikit bukti tanda kebesaran-Mu, sikit saja, tak payah
bagi tanda yang besar besar, mungkin kilat menyambar, mungkin ada sedikit retak
pada dinding , atau apa saha, Engkau pun tahu.., yang kecil. Kau cipta dunia ini, kan? .., ini kalilah.”
Aku pun terus duduk diam, menunggu bukti dari tuhan, mungkin
api lilin akan tiba tiba menyambar sentinggi 4 meter macam dalam filem. Lantas aku
berkata kepada tuhan:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, tak ada apa apa yang berlaku.
Sungguh, TAK ADA APA APA YANG BERLAKU!
Jujurnya, Aku rasa sangat kecewa. Tapi aku masih duduk disitu
dan berbisik:
“Allah, ini kalilah,
ini peluangMU, Aku masih duduk di sini, aku tak pergi mana manapun, baik, ini Peluang
kali ke dua . Mungkin Engkau sedang sibuk. Ada waktu siang, mungkin Kau sedang menyusun
hal dunia karena ada banyak ehwal yang terjadi. Kali ini mungkin hanya nampak
karpet bergerak, hanya sesuatu yang
kecil., lupakan saja tentang rumah retak atau lilin tadi, seekor burung yang kentut
di luarpun okey, aku tak kisah, apapun itu. Lantas sekali lagi aku berkata:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, benar-benar tidak ada apa-apa pun yang
terjadi,
Aku langsung takde peluang berkata:
“tengok, tu dia tanda
dah datang, rumah aku dah retak sikit! Adohai.. ”
Tapi hakikatnya, Sungguh tak ada apa apa yang berlaku, dan
aku sangat sangat kecewa dan berkecamuk.
Lalu aku fikir, Arghh, sudahlah, ini adalah kesempatan terakhir untuk
aku masuk Islam tapi belum benar ‘menemukan’ bukti. Dalam kecewa, aku ambil Alquran, buka dan baca:
Subhanallah, ayat pada page yang berikutnya, buat aku
tergamam:apa yang aku baca adalah:
“Untuk sesiapa yang
meminta petunjuk, tidakkah cukup petunjuk yang telah Kami adakan di sekeliling? lihatlah
bintang-bintang, lihatlah matahari, lihatlah air. Inilah tanda-tanda untuk
orang yang mahu berfikir.”
Subhanallah… Aku rasa sangat takut, terus aku tutup kepala
dengan selimut, tutup mata dan terus pura-pura tidur, sungguh aku rasa sangat takut.
Aku sangat tak sangka akan betapa sombongnya aku yang ingin
melihat bukti yang ajaib mengikut piawai aku, padahal sudah ada sekian lama bukti
bukti kebesaran Allah di sekelilingku sejak sekian lama..
Sungguh buktinya ada pada penciptaan dunia, pada makhluk
yang di cipta-Nya, semua ini adalah jelas bukti bagi kita semua..
Hari berikutnya aku terus buat keputusan untuk masuk agama
islam. (Untuk pengetahuan, sebelum itu, aku dah mengkaji islam selama lebih kurang 6 bulan), jadi aku terus ke masjid
dan berbisik dalam diri:
“Ini kalilah aku akan mengucapkan kalimah syahadat.”
Hari itu sudah dekat dengan solat isyak, jam lebih kurang
antara, 7 hingga 8 malam. Aku masuk ke
dalam masjid dan aku tidak percaya melihat begitu ramai orang islam, ada
sekitar 1000 orang di dalam masjid tersebut.
Aku berfikir :
“Subhanallah, lihatlah, betapa kuatnya mereka!”
(Rupanya malam itu adalah malam pertama di bulan puasa-Ramadhan
muslim! Woha!)
Jadi aku duduk disana dan aku rasa sangat gementar, kemudian Aku terus berdiri dan seseorang telah
membimbingku dengan berkata
“Kau harus mengucapkan kata-kata ini bro ‘asy-hadu‘”
“Ash apa? Bolah tak
buat dalam bahasa Inglish saja?”
Orang itu mengatakan, “Tidak, bahasa Arab dulu...”
Melihat kepada lautan
jenggut yang ramai depan aku, tersalah sebut bahasa arab karang, mati aku
nanti, adohai.., apatah lagi mereka semua melihat ke arah aku dengan mata bulat,
aku orang Australia tidak tahan sangat dengan tatapan mata yang sedemikian
rupa. Kami orang Australia tak ada bakat merenung orang, tapi orang islam
sangat berbakat dalam merenung! ..Oh.
Aku berdiri dan subhanallah, seiring aku mengucapkan
kata-kata itu, semua ketakutan menghilang dari mindaku. Terasa seperti sebuah
shower ada dalam kepalaku dan seseorang memasang air dinginnya. Terasa
seakan-akan aku telah dibasuh bersih. Aku ucapkan syahadat dan aku tak menduga
begitu banyak saudara muslim berdiri dan menghampiri dengan menjerit: “Takbir! Allahu Akbar!!” Lalu
mereka mulai menciumku dan memelukku. Aku tidak pernah dicium oleh begitu
banyak lelaki seumur hidupku, tapi itulah, itulah hari yang indah, Aku mengaku.
Hari itu adalah hari dimana aku mendapat lebih banyak saudara daripada yang
kubayangkan.
Sejak hari itu, aku tidak menoleh lagi..
Keluargaku agak bimbang bahwa aku akan menjadi sedikit pelik
tak macam mereka, mereka rasa mungkin aku akan menembak guna AK-47 dan meletupkan
bom., adohai. Tapi akhirnya mereka menyedari bahwa agama ini membuatkan aku
menjadi seorang insan yang lebih baik.
Sebelum masuk islam, Aku ada gelang anjing, (aku tak akan
tunjuk gambar) penampilan aku, dengan baju metalicca, dengan logo askar jerman,
kasut tinggi budak budak punk, dulu aku ingat cool sangat, tapi teruk bebenor
penampilan , Adohai.., tapi Alhamdulillah, selepas masuk islam, aku
berpenampilan dan berkelakuan baik lebih kurang macam sekarang.., tolong jangan
gelak, tak lawakpun.
Ayah aku adalah orang yang pertama sekali berkata sesuatu yang
sangat mengejutkan aku,:
Beliau ada bertanya tentang Al quran yang buat aku rasa
sangat seronok kerana aku kenal dia seorang yang sangat keras kepala.. tapi dia
berkata:
“Sejak kamu jadi islam, kamu sudah jadi insan yang lebih
baik, kamu dah jadi orang yang senang untuk di arahkan, ayah tak perlu susah
hati jika kereta tiba tiba rosak dijalanan sebab kamu akan datang tolong bila
ayah suruh”
Aku terus buat lawak dengan menjawab:
“Ayah, saya minum-mimum malam tadi, tak tahu pulak jika hari
ni masih Ok?”
Woha!
Video asal:
Subscribe to:
Posts (Atom)