May 31, 2012

Entry Terakhir Keretamayat?

(Maddox said: "You're not doing me a favor by buying this stuff. I'm doing you a favor by selling it"- Woha!)
  • Salam kepada semua pembaca yang budiman, aku nak cuti.
  • Mungkin dua atau tiga minggu atau lebih...
  • Jangan di tanya ke mana aku pergi..
  • Jika rindu, boleh baca buku Permata yang Hilang kini dijumpai karangan aku...
  • Jika dah beli tapi buku belum sampai, jangan bimbang, Email dan FB akan dilayan oleh penerbit...
  • Tak lupa juga, aku tinggalkan seratus buku bertanda tangan. : )
  • Nota ugama dalam blog ini adalah untuk aku dan keluarga, jika nak membaca sila berlapang dada..
  • Minta maaf kerana nota ini tak sempurna, jika ada yang terasa-padan muka.
  • Keretamayat isu sehala jalannya, buat yang terbaik sebelum tumpang.
  • Kerisuan sebenar bukan untuk dunia..
  • Semua harta akan menjadi tanah.
  • Semua orang akan menjadi mayat.
  • Anda tidak dapat mengubahnya.
  • Sekiranya beginilah cara Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkan ringannya penderitaan ini..
  • Sekian..


Klik sebelah kanan blog ini jika mahu beli buku, harga RM 29 dan kos hantar adalah RM 6.

Terima kasih kepada semua..

Ps: Jumpa lagi dikerusi belakang keretamayat jika pendek umur.. woha!

******

 MAHU BELI BUKU SECARA TERUS DI TERENGGANU?

Hubungi wakil tauke permata yang dijumpai:

Besut: 019-9610619 (En Nasir)

Kuala Terengganu: 013-9381545 (Puan Ruhana)

Dungun: 019-9777110 (Shamsuddin)

May 26, 2012

KFC itu haram?

(kronologi pengharaman KFC oleh seorang “Ustaz Anonymous” yang malu nak bagi tahu nama pilihan mak bapak,)

Suatu hari, oleh kerana aku bosan baca komen-komen yang tak meningkatkan imam bab perhipunan bersih 3.0 di blog aku, maka aku sajer sakat pengomen dengan update hal yang tak berkaitan:

*****
Hamka Said:
Semalam beli dinner plate 2 set, dapat promosi 50%, 6 ketul ayam berperisa original, cukup kami enam beranak makan, tapi tak cukup jugak, bini aku order pulak X meal.

Sekian terima kasih.

ps: awal bulan macam ni, KFC lengang sahaja.., : )

******
Terus pengomen yang sedang bicang isu polis jahat atau perusuh jahat jawab komen aku:

******
Anonymous said...

as salam..

Sheikh Yusof al Qardhawi dan Ulama al azhar dah keluar fatwa KFC(dan SEMUA product ZIONIST) adalah HARAM dibeli oleh Umat Islam (sbb membantu ekonomi Zionist) pon ada org yg so called muslim pergi beli jugak ..???

Sesungguhnya Ulama' (Ulama' yg berfikrah Sunnah Wal Jamaah) adalah PEWARIS NABI...

Hamka..??any reasonable explaination??

******
Anonymous berkata lagi:

“KFC,Pizza HUT and McD adalah syarikat besar rangkaian yahudi Zionist yg sebhagian besar keuntungan dr perniagaan ni memberi dana yg banyak kpd Zionist Israel utk membeli peluru dan senjata menembak saudara seIslam kt di Palestin termasuk kanak kanak dan bayi Islam...

MAKA... telah difatwakan oleh Ulama'2 besar dunia termasuk Sheikh Dr Yusof Al Qardhawi dan semua Ulama' Al Azhar bahawa membeli brgn dan produk yahudi Zionist dan Amerika adalah HARAM.

Sila rujuk website yg ada dinyatakan produk2 Zionist yg WAJIB diboikot..Memboikot brg2 Zionist adalah salah st bentuk JIHAD iaitulah JIHAD EKONOMI.

Kalau Jihad fisabilillah kt tak mampu buat, takkan jihad ekonomi pun tak dapat...

Semoga usaha kt yg kecil ini dapat membantu rakyat Palestin...dan dpt meraih CINTA dan KASIH SAYANG ALLAH SWT insyallahh..

******

Lepas tu ada orang tolong jawab untuk aku:

******

Ridwan mohd yunos said:

hahaha.. KFC haram haha.... wa gi mekah jumpa gaks KFC kat mekah bro.. atas bukit lagi.. betul2 berjiran ngan makkah mukarramah.... tanah haram tu...... bak kata pengomen.. ada plak key ep si haram..... hahaha..

mase tu wa tak belasah la key ep si.. sebab wa keyang blasah air zam zam ala kazam..

******
Anonymous yang sentimen pula said...

KFC mmg ada di Mekah, Starbucks pun ada di Madinah..

Persoalannya siapakah pemerintah Mekah dan Madinah sekarang? Mereka yg berkuasa sekarang adalah drpd keturunan Saud yg telah dilantik dan diberi kuasa oleh British dan SEkutunya(Amerika n Yahudi off course..) jadi..Pemerintah Mekah sekarang adalah proAmerika. Ulama2 mereka(ahlussunnah) pun tak setuju dgn pembangunan pesat yg berlaku di Mekah sekarang krn dikhuatiri menghapuskan tinggalan sejarah dan sirah Rasulullah saw yg sememangnya menjadi agenda puak Thagut ini...Jadi, apa2 keputusan pemerintah mekah utk membawa masuk KFC di Mekah tidak boleh dijadikan alasan utk menolak fatwa yg dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Ulama' Sedunia Dr Yusof Al Qardhawi yg mengatakan product Zionist haram.

Jika ada yg masih mempertikaikan fatwa ini, sy tak boleh buat apa2 dan tak boleh paksa anda,terpulang pendapat masing2.. Muhasabah diri masing2..

******
Dah puas Anonymous yang sentimen serang Ridwan mohd yunos, sekarang  Anonymous serang aku pula
Anonymous  said...

******
to hamka.kami pun nak tahu apa nasihat awak pd org yg boikot produk yahudi ni..org tu dah bagi hujah dia mll fatwa Pengerusi Ulama' sedunia Dr Yusof Al Qardhawi..Skrg kami nak tau pulak apa hujah awak yg mgkn tak bersetuju dgn Dr Qardhawi..

Al Ulama' warasatul anbiya'.
Ulama' adalah pewaris nabi.

*********

Oleh sebab aku tak layan komen anynomuos, maka Ridhwan bin mohd yunus pula berhujah:

******
Ridhwan bin mohd yunus

perbandingan kfc di mekah tu bukan bertujuan dalil (pengalaman jek), tapi kalau tuan sangkakan dan nak cakap dalil ok jugaks la.. tetapi bagai mana logo halal kfc yang diberi oleh JAKIM dari kerajaan malaysia.. ???adakah kerajaan malaysia sesat..??? kenapa JAKIM SESAT adakah Pemerintahan JAKIM sekarang ini adalah proAmerika. ataupun Ulama2 JAKIM sudah menjadi agenda puak Thagut ...

ataupun

apa2 keputusan logo Halal JAKIM di KFC menolak pendapat yusof kardawi...

wa tak baca pendapat yusof kardawi berkaitan product zionist haram.. sebab wa tak pernah terpikir nak tolong zionist atau mengeluarkan perkataan yang menyebelahi zionist.. hahaha

akan tetapi jika wa berniaga dengan yahudi wa akan berpegang teguh pada kisah nabi muhammad berjual beli dengan yahudi.. ruj zaharuddin.net ke kitab hadis ke kalau nak tau detailnya..

lagi satu tuan .. tuan bg tau pemerintah saudi sesat..

tuan.. nak hukum orang fasik pun susah lagi la nak cakap orang lain sesat... terer la tuan.. boleh suka suka hukum orang lain sesat.. caya la.. bravo.. doakan saya terlepas daripada azab siksa kubur dan neraka..

kekadang kita nie dah mengambil urusan Allah dengan menghukum perbuatan manusia lain

Imam Al-Nawawi dan Ibn Hajar dalam kitab mereka Syarhul Muslim dan Fathul Bari: “Sesungguhnya manusia tidak letakkan tanggungjawab untuk menilai urusan luar daripada yang zahir (jelas), dan apa jua urusan terlindung itu cukup sekadar urusan Allah dengan hamba-Nya”. (Syarah Sahih Muslim, 7/193; Fath Al-Bari, 9/119).

lagi wa berpegang pada pendapat .. pintu taubat terbuka... ada dosa banyak sekalipun boleh bertaubat dan tidak terkeluar dari agama islam atau murtad..

lagi satu.. setakat fatwa.. pe da hal.. hallahhhhh.. adoi.. susah aku nak terangkan mengenai fatwa nie.. kang aku terangkan a dia ingat b... sebab dalam memahami dan mengeluarkan padangan ada dislin2 ilmu dan ilmu-ilmu asas tertentu untuk di fahami.. ... terpenting ilmu tauhid.. lepas tu ilmu nahu saraf, ilmu balangah, ilmu usul fiq.. adoih.. dah la orang yang berminat pada agama ni sikit..

hah.. aku membebel lebih kang ada orang kata aku sesat plak.. sebab dia guna dalil tak ikut ulamak tak ikut nabi..

ape2 pun wa hargai teguran tu.. kalau tuan mahir, paham dan amal dalam ilmu agama tuan mesti labih baik dari hamka.. hahahah

wa rase macam maleh nak layan.. tapi.. layan je la.. syok melayan.. hahaha

******
Nampak tegang, Aku pun komen:

*****

Hamka said...

eh?, ada yang kata haram makan KFC walaupun ada logo halal sebab ada kena mengena dengan yahudi..
minta tolong yang bertanya tu bagi nama atau alamat email, aku nak jawab IKHLAS!
tolong bagi jika korang ikhlas.

********

Anonymous yang bengang sebab aku tak layan hujah KFC haram mula serang peribadi:

******
Anonymous said...

Aku rase hamka hang tak layak guna nama hamka.hang guna nama lain laa.bush ka..sharon ka..mubarak ka..asad basyar ka..tu lebih layak utk hang drpd guna nama ulamak.

********
Aku tak jawab.

*******

Anonymous yang masih bengang tapi tak bagi email, telah berhujah lagi::

******
Anonymous said...

Khas ditujukn kpd puak2 yg memandang sinis usaha memboikot brgn @ produk yahudi..

Sila rujuk n bc artikel dlm majalah SOLUSI TELAGA BIRU.isu no 5. M/s 22,23(BOIKOT HEDONISME) dn 34,35.(CORAT CORET ANEKDOT ANTI YAHUDI).
Konsultant syariah maj ini ialah USTAZ DR HJ ZAHAZAN MOHAMED.
Ketua editor USTAZ PAHROL M JUOI.

Kalu tak penah bc sy nak hilight bbrp ayat di sini.
Sila bc dgn MATA HATI.

"Dlm apa2 tindakn kt sbg seorang Muslim kt tdk boleh lari drpd kerangka dasar yg mengikat kt,iaitu alQuran dn AsSunnah.justeru,tindakn kt memboikotbarangn produk yahudi dan sekutunya Amerika merupakn suatu yg DITUNTUT OLEH ISLAM.
Imam al bukhari telah meletakkn st subtajuk dlm kitabnya SAHIH AL BUKHARI:Bab berjual beli dgn org2 musyrikindan mereka yg MEMERANGI ISLAM.

IMAMAL NAWAWI ketika mghuraikn persoaln ttg bolehkahberjual beli dgn mereka yg memerangi Islam,telah menyatakan :
"telah sepakat umat islamke atas keharusan utk berurusniaga dgn ahli zimmah(org yg mengikat janji dgn kerajaan islam) dan selain drpd mereka yg terdiri drpd org kafir,selagi mana ia tidak melibatkn brgn yg haram. TETAPI TIDAK HARUS utk seorg islam menjual senjata atau peralatan perang kpd org kafir yg memerangi islam dan TIDAK BOLEH BERTRANSAKSI dgn apa2 yg membantudlm menegakkn agama mereka"
(Al Nawawi-Syarh al -Nawawi ala muslim,jilid 5,hlmn 478.)

"perlu difahami bhw hukum asal berurusniaga dgn org kafir termasuk yg memerangi islam adalah HARUS dgn syarat brgn itu halal di sisi islam.ia menjadi HARAM sekiranya keuntungn dan manfaat drpd transaksi itu digunakn utk memerangi islam samada scr langsg atau tidak.
Justeru, PEMBOIKOTAN BRGN AMERIKA DAN YAHUDI PD HARI INI SANGATLAH BERTEPATAN KERANA MEREKA SANGAT MEMBERI KOMITMEN KEWANGAN KEPADA NEGARA YAHUDI ISRAEL.IA SESUATU YG TIDAK BOLEH DISANGKAL!!"

Ini hanya cebisan petikan dr majalah SOLUSI.edisi 5.nak tahu lanjut sila beli di kedai2 buku.

Kalu korang tak setuju ngn dr qardhawi tak pe lagi. Tp kalau IMAM NAWAWI pun korang tolak..berattt..memang beratt..
Muhasabah diri..lemahnya umat ini nak boikot produk yahudi pun tak mampu.
Ni belum citer bab boikot produk HOLLYWOOD dan produk TEMBAKAU AMERIKA.

******
Ok, tibalah masa untuk aku jawab:

*******

Hamka said...

dah ada yang jawabkan..., terima kasih riduan..
mana si anoynomous punya nama dan email, aku nak jawab bab boikot KFC nih!


Ps: kat kelantan pun ada kfc beb, eh? Bior betol kat Kelantan ada KFC? pemerintahan islam dah lama kat sana... woha! Serambi mekkah tu!

********

Anonymous yang hari hari refresh aku punya blog tunggu jawapan aku nampak kecewa sebab aku hanya minta email.
               
********
Anonymou said...

To hamka saudaraku..

Aku tak kata kfc haram.kfc tu halal dimakan,sbb tu Jakim labelkn sbg halal..Ilah@sebab yg jadi haram sbb keuntungnnya menyumbang kpd dana pembentukan negara haram israel. Ni bukan wording aku tp mll pembacaan mjlh SOLUSI yg konsultn syariahnya u zahazan.

Kalu kamu masih tak terima kebenaran lagi,aku doakn semoga kamu akan dpt memahami situasi ini st hari nanti..insyallah ameen..

Tak perlu aku bg email.
Cukuplah sekadar pencerahan di sini.
Tak de st pun wording aku guna perkataan sendiri.
Semua aku quote dr mjlh SOLUSI.
Kalu kamu masih buta mata hati tak nampak kebenaran. Kamu email jer dgn UST DR HJ ZAHAZAN DAN UST PAHROL.

Kamu kenalkan ustaz2 ni.
Kalu tak kenal banyak2 kan cari majlis ilmu di tv al hijrah,radio IKIM..kamu akan jumpa ustaz2 ni.

******
Ok, sebab anoynomous  tak nak bagi email, terpaksalah aku jawab secara terbuka.

*******

Hamka said...

Aku tak cakap boikot yahudi salah, tapi bab KFC, ada orang tanya ustaz azhar idrus, selamba ustaz cakap, KFC di terengganu memang halal, woha! (aku duduk terengganu)

Bro, aku mintak email kau bukan apa, sebab aku nak jual satu produk islamik, sebab kau sokong produk islamik dan anti yahudi, jadi sila bagi email kau kat aku sebab aku nak jual satu produk 100% buatan orang islam, jangan pandai cakap sahaja, tapi tak amal, orang yang cakap tapi tidak amal boleh masuk neraka,

produk aku ni 100% buatan orang islam, sokonglah orang islam meniaga, harga RM25 sahaja satu bijik, aku minta email sebab nak tengok bukti kau ni cakap serupa bikin ke atau cakap macam orang munafik, jadi aku tunggu kau beli produk aku iaitu buku bab laki bini, 100% buatan islam dan confirm tak de dana akan aku sumbang pada yahudi.., mungkin aku akan berhenti makan KFC sampai bila bila kerana terkesan dengan keikhlasan kau menyokong produk islamik..

Menurut rekod, paling tinggi pembeli beli buku aku adalah 8 bijik sekaligus, jadi aku takde email kau maka kau kena beli 10 biji sebagai tanda sokongan terhadap produk islamik dan membuktikankan memang kau anti yahudi yang hakiki..,dan penyokong prosuk islamik yang sejati, jadi sila Bank in sebanyak RM310 di akauan Maybank 1630 2855 3448.
Jika tak bagi alamat, aku akan sedekahkan buku tu kepada orang miskin, silalah Bank in sebnayk RM310, Itupun jika kau betul sokong produk islamik, jika tak beli, meminjam fahaman kau "sah sokong kapir".

Woha!

Ps: Tak akan bagi email sebab takut nak beli produk islamik, kekeke, Hampeh! Tapi jika beli, tarik balik Hampeh dan aku respek keikhlasan kau memboikoi yahudi- woha!

Ps2: bila Anonymous  marah, akan ada nasihat suruh aku buang nama Hamka sebab nama tu ulamak yang punya, apa punya bangang?!, ni nama mak bapak aku bagi, yang kau tu, guna mana Anonymous tak ke bodoh! Ops, silap, mungkin nama kau mirip nama yahudi, sebab tu kau boikot nama sendiri- Woha!

 Jawapan ustaz Azhar Idrus bab makan KFC



(Ustaz Azhar Idrus dan kelurga sedang makan KFC-woha!)

May 25, 2012

Menderita tetapi Bahagia?


(Kisah Awek kelantan dan Daging Panggang dengan tagline: “orang tamak, selalu rugi” atau “orang tamak selalu haloba,” )


Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaanya kisah penderitaan aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,

Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh, aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat blog sahajalah..

Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’ cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..

Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”

Chewah!!..

Atau pepatah keretamayat...

“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir kisah yang menyayat hati ini..

******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..

Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita namakan sebagai menantu Mak cik Limah.

Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana, kami di hidangkan dengan laksa kelantan...

Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..

Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak, sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk cili boh,

Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya mendapat dua ketul..

Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang, mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!

Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul daging panggang sebagai pembuka selera..

Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam daging mayat zombie?!

Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku, maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie..

Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..

Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan membangkitkan marah pada bapanya..

Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”

Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang, tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!

Woha!

Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya, tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!

Ps2: Merujuk kepada gambar: kehinaan bagimu, tapi kemuliaan bagiku...

May 22, 2012

Apa maksud Syukur?


(Cerita tentang “Ijtimak”, “like” dan “share”..)

Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi aku tanya balik, apa maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada Allah..

Aku nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih kepada Allah, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap: saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu korang simpan dalam bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, korang nampak macam bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana korang sebenarnya kedekut.

Syukur jika merujuk kepada orang  kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya.

Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Itu contoh syukur merujuk kepada orang  kaya, sekarang aku nak tanya, apa maksud syukur bagi orang beriman?

Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur atas nikmat iman melalui jalan dakwah...

Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak  dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..

Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..

Iatulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah, Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..

Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 )

Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.

Faham tak?

Jika tak faham, pakcik bagi contoh moden, dalam dunia Facebook, bila kita suka satu artikel, maka kita klik button “like” yang mana ‘like’ di sini bermaksud macam korang berterima kasih kepada penulis tu sebab tulis sesuatu yang bagus, atau dalam anologi syukur, korang ucap “Alhamdulillah” tu kira macam korang “like” dengan nikmat Allah. 

Tapi jika korang setakat ‘like’ sahaja, belum mencapai hakikat syukur, kerana maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain, maka dalam dunia Facebook, korang akan “Share” pula artike tu.., Ha! Bila korang Share, kat sinilah sempurnanya maksud Syukur yang cuba aku sampaikan di atas, iaitu korang bukan setakat ucapa Alhamdulillah, tapi korang akan kongsikan nikmat itu pada insan lain..,

Bermakna, bila Allah dah beri kita nikmat iman, kitapun “like” dan “share” pada jiran serta kawan, sama ada mereka nak “like” atau “share” terpulanglah, kerja kita.“like” dan “share” sampai jadi mayat-

Woha!

***********

Baik, sempena hari baik bulan baik, aku nak “like” dan “share” aktiviti di bawah..

Satu Sunnah besar telah berlaku di saat akhir sebelum wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul, khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para sahabat, ada riwayat 144 ribu..

Dalam khutbah terakhir itu, Nabi pesan supaya hendaklah orang yang ada di sini mendakwahkan ugama kepada orang yang tiada di sini sehingga orang yang tiada di sini lebih faham ugama dari orang yang ada di sini- lebih kurang maksud begitulah pesan terakhir Nabi.

Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan ugama, dari arab sampai ke asia, hingga seluruh dunia. dan dalam lipatan sejarah, kelihatanlah kubur sahabat nabi yang bersemadi jauh dari mekah atau madinah.

Jadi aku nak tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal sunnah ni?

Jawab sorang ustaz..

Kita akan buat sunnah ini bila kita dah berjaya tubuhkan negara islam atau jenama barunya negara berkebajikan, dan bila kita dah perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, selepas isu gaji minimun dan menhapuskan kemiskinan tegar, maka pada waktu tu kita akan buat Muktamar atau ijtimak secara besar besaran, dan kita akan bentuk jemaah jihad ke Palestiin, Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena serang dengan FRU, lagipun sekarang tol mahal, nak ke kuala Lumpur banyak guna duit,  bla bla bla itu ini begitu begini..

Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak menyedapkan jalan cerita.., woha!

Dahlah tu Ustaz, tak payah rasanya kita nak tunggu Kerajaan sekarang jatuh, atau tertubuhnya negara kebajikan baru nak kumpul ummat islam untuk bagi ceramah dakwah dan bagi kerja dakwah macam Nabi buat di padang Arafah..

Sebab sekarang, di seluruh Malaysia, sedang berlansungnya ijtimak peringat negeri di seluruh negara, bermula dari Kuala Lumpur, sampailah ke sabah..

Perhimpunan ini bukan untuk orang tabligh atau budak hafiz sahaja, tapi untuk semua orang islam di Malaysia, tak kira korang sokong PAS, UMNO, DAP, AMBIGA, BERSIH, BELIA, SUPER SPONTAN, atau penyokong Ustaz Azhar Idrus, asal korang berugama islam, ada kalimah LA ILLA HA ILLAh!, maka korang semua di jemput untuk hadir di lokasi yang berhampiran rumah masing masing..

Dalam perhimpunan itu akan ada ustaz ulamak yang akan berkhutbah tentang hal ehwal ummat dan kerja ugama, dan dihujung khutbah, kerja ugama akan diberi kepada mereka yang sedia untuk menyambung kerja kerja kenabian.., insyAllah..

Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan diakhiri dengan doa pada hari ke-3 sebelum menunaikan solat fardhu zohor. Ceramah-ceramah umum setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30 pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.

Dilaporkan Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk Ulama, ustazVVIP, VIP dan Pelajar-pelajar.

Untuk makluman,ada halqah untuk mereka yang menggunakan bahasa isyarat. Dipelawa membawa rakan-rakan istimewa (pekak dan bisu) bersama-sama.

Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.

Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan, tempat rehat, tandas dan lain lain.

Berikut adalah TARIKH & LOKASI untuk di “like” dan “share”

19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.

22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.

25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.

28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.

31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.

03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.

06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.

09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.

15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.

18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.

21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat (KK, Labuan, Beaufort, Keningau, Kudat dll)
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.

24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur (Tawau, Sandakan, Semporna, Kinabatangan dll)
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.

Semua Muslimin di jemput hadir..

Sekian.

Ps: Aku sebagai pemandu keretamayat menyokong penuh usaha menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak kira siapa yang buat, UMNO, PAS, Tabligh dan lain lain gerakan so call islamic,  asal itu Sunnah Nabi, maka aku akan “like” dan “share”- Woha!

Sumber info:  http://al-fikrah.net

May 17, 2012

Bagaimana hilangkan was was?


(Rujuk Buku PermataYangHilang ms 139 bab “bagaimana mendapat kemanisan bersetubuh” untuk lebih memahami ‘punch line’ entry ini, he he he..)

Soalan Pembaca: 

Salam, Abang penulis Permata yang hilang kini dijumpai..

Soalan Aku, Bagaimana nak mengatasi perasaan was-was...aku selalu mengalami was-was dalam 3 perkara....

1) bila mandi wajid
2) bila habis buang air kecil
3) bab kebersihan...

bila mandi wajib aku jadi was-was sama ada air sudah diratakan pada bahagian tertentu anggota badan atau tidak, walaupun aku yakin aku telah ratakannya...tapi lepas selesai mandi wajib perasaan was-was tu datang, membuatkan kehidupan aku dalam satu hari itu jadi huru-hara..arghhhhh. Aku cuba lawan perasaan was-was itu tapi kadang-kadang rasa tidak mampu, hampir tewas, hampir gila...owhhh...aku takut ibadat aku tidak diterima ALLAH s.w.t...dalam masa aku fikir aku telah dipermain syaitan laknatullan itu...
mohon cara atasi penyakit was-was ini...

*******
Jawapan keretamayat..

Ok, semua tahu dalam hadith dan dalam Al-quran ada cerita tentang bahaya was was.., dan semua tahu was was ni kerja syaitan untuk rosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid manusia.., mula-mula  syaitan buat kita was was bab ibadat seperti was was dah rata ke air waktu mandi wajib, lepas tu was was bab wudhu, sampai habis satu kolah, lepas tu was was dalam solat berapa rakaat, sampai lebab dahi, hingga terpaksa mufarakah dalam solat dan yang paling bahaya dalam penyakit was was ini adalah bila syaitan berbisik bak Tauhid, seperti, “Sebelum Tuhan siapa ada?”, “Tuhan asal dari mana?” “Tuhan tak akan mati ke?”

Astarfirullahalazim...

Semua ni kerja syaitan dik!

Dan maaf cakap, orang was was sebenarnya berada dalam keadaan sangat bahaya sebab anggap Tuhan tu macam bodoh sangat..!

Tuhan Maha tahu air tu dah rata, tuhan tahu kau dah mandi wajib dan niat nak rata tapi jika tak rata tuhan pun tahu dan Tuhan dah ajar nabi dalam bab sunnah sapu tiga kali jika lebih dah membazir lalu jatuh ke taraf saudara syaitan jadi kita tak payah perasan pandai nak ambik kerja tuhan nak detail sampai menyusahkan diri, merosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid!!..

ASTARFIRULLAHALAZIM... (Huruf besar sebab lafaz dengan kuat!)

Cuba guna otak, tak kanlah ambik wudhu sampi perlu air kepada tiga baldi, tak logik dan memperbohkan tuhan, Allah marah orang membazir, kenapa nak membazir dengan ikut was was syaitan..

Fikir logik lagi, nak mandi wajib, tak kan sampai satu kolah? Kenapa nak bodohkan diri dan bodohkan tuhan? Allah Maha Tahu! Dan air bila di jurus akan mengalir dari atas ke bawah sebab bumi ni ada graviti, tiga kali jirus, sapu dengan tangan, akan rata insyAllah.., tak payah nak jirus dari setiap penjuru sampai bil air melambung tinggi-Membazir saudara syaitan dik..

Jadi untuk atasi masalah ni, lain kali lepas dah ikut sunnah, tiba tiba rasa was was, kena terus yakin bahawa wuduk/mandi wajib/kebersihan korang tu memang dah sah. Ini Buzmana ajar aku yang bilamana datang was was, terus yakin, Aku dah ikut sunnah, insyAllah berjaya, dan pergi mampus dengan was was sebab was-was memang permainan setan. Persetankan was was si syatain yang was-was itu...!

Dalam Al quran Surah al-A’raf kalau tak silap, Allah SWT berfirman: “Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A’uzu billahi minas syaitanir rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

A’uzu billahi minas syaitanir rajim...

Satu lagi, sila takut dengan ayat ni: “Eh, aku buat tuhan bodoh?, astarfirullahulazim..., tuhan suruh aku berjimat, tapi aku was was dan membazir dengan niat menyukakan tuhan tapi sebenarnya aku mendapat murka sebab anggap tuhan tu bodoh macam aku”- A’UZU BILLAHI MINAS SYAITANIR RAJIM!

InysAllah, jika korang Yakin dengan Kuasa Allah dan Kudratnya, maka akan selesailah masalah..
Di harap mereka yang ada was was seperti pembaca di atas, dapat mengamalkan tip yang aku tulis, dan seterusnya masalah bil air yang membazir di rumah korang sebelum ini dapat di selesaikan.., insyAllah..

Sekian..

“Eh, Hamka, kau nasihat orang jimat bil air, tapi rumah kau bil air mahal sangat kenapa? Was was mandi wajib ke?”

Dik.., bil air rumah aku naik, bukan sebab was was mandi wajib, tapi sebab banyak kali mandi wajib.

WOHA!

Ps: Tolong kepada yang beli buku, JANGAN isi borang sampai DUA KALI atau banyak kali, Jangan WAS WAS, sebab was was tu kerja syaitan, jika isi dua kali sedang korang bank in hanya untuk satu buku,  memang akan menyusahkan pihak kami, sudah dua kali kami post double pada orang yang sama kerana isi borang banyak kali pada hari yang berbeza beza, tolong faham penderitaan kami akibat was was anda, jika dah isi borang boleh email ‘keretamayat’ atau ‘afdal pub’ untuk minta nombor rujukan, InsyAllah...segala keperihatinan dari pihak pembeli di dahulukan dengan ribuan terima kasih., tutup entry ini dengan lafaz..,

A’uzu billahi minas syaitanir rajim...

May 14, 2012

Bagaimana menjadi isteri yang solehah? part 3

(Dulu aku tulis part 1, ramai yang tak puas hati sebab pendek sangat, aku sambung part 2, pun masih ramai tak puas hati sebab pendek jugak, jadi aku sambung part 3)
Soalan asal dari pembaca: bagaimana nak jadi isteri solehah?

Jawapan part 1:
korang kena menjadi seorang isteri yang mudah di ajak berbincang dan juga mudah di ajak bersetubuh.


Jawapan part 2

Itu bila ajak, jika tak di ajak, tapi korang yang ajak suami berbincang atau bersetubuh, lagi lagilah solehah!Woha!


Ok, sekarang part 3.

Isteri solehah adalah isteri yang mengejutkan suaminya untuk bersetubuh bersolat subuh sebelum subuh setiap hari sampai suami jadi mayat. Alhamdulillah.

Aku tambah lagi sikit, solehah juga isteri yang dah tahu esok lusa akan datang haid, lalu mengejutkan suaminya untuk bersetubuh sebelum subuh agar suami yang di kasihi tidak menderita air naik kelapa sapanjang tempoh haidnya-Woha!

Ps: 'Solehah' di sini adalah merujuk pada pandangan cermin keretamayat sahaja, harap maklum.

Ps2: Tempoh promosi harga buku Permata yang hilang akan berakhir hujung bulan ini, harap maklum.(Sehingga 1 Jun RM25, selepas 1 Jun RM29)Kos penghantaran masih RM6.

May 10, 2012

Hari Ibu haram?


(Hukum sambut hari ibu itu haram kata kau?, aku bukan ustaz, lagipun dah lama aku tak sambut hari ibu,  blog ini adalah nota kepada diri dan juga nota kepada mereka yang mahu mengerti...)

Sempena nak masuk hari ibu, aku banyak dapat email bertanya tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab terus, tapi oleh kerana perasan sibuk tolong bini lipat kotak pos ekspress dan tanda tangan buku (kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak sambut hari ibu kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...

(lap hingus di bahu isteri kejap)

Sambung balik.alamak ada lagi hingus.

(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir kerinduan yang penuh bermoral)

Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hukum sambut hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai kesiannya)

Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.

Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni simple sahaja, sila guna common sense!

Jawapan aku: apabila benda itu ada kebaikkan, dan kebaikkan itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini begitu begini..

Dulu ada ustaz haram poco poco sebab bila menari terbentuk salib, lepas tu senyap gitu sahaja.., dulu kat terengganu ada ustaz cakap haram cuti hari ahad sebab hari tu orang kristian pergi gereja, kita patut cuti hari jummaat, tapi lepas tu senyap gitu sahaja.., lepas tu haram guna barang yahudi, mari boikot, lepas tu senyap begitu sahaja.., dulu haram bergabung dengan orang kapir, tapi sekarang takpe pula, dulu haram tak tegakkan negara islam, sekarang tukar kepada negara kebajikan kerana negara islam takde dalam Al quran, aduhhh, lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram! 

Tahu nak haram sajer.., lepas tu bagi hujah “menyerupai” orang kapir..

Setakat nak bagi hukum haram dengan alasan menyerupai orang kapir tak de hebatnya kawan..

Aku pun boleh bagi hukum haram jika nak jadi perasan bagus macam korang:

Contoh: kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan, menyerupai orang  kapir, menyerupai tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan jawi, baru halal-woha!

Korang nampak tak betapa bodohnya contoh tu di mata korang, ha!!! Samalah kita!

Tapi Hamka, kita kena ingat ibu hari hari, bukan hari ibu sahaja... (nak jugak memang tu!)

Woi, Kau ni sama macam ayah pin, bila ajak solat 5 kali sehari, dia cakap: kita tak boleh solat 5 kali, kita kena solat setiap waktu, pakai niat sahaja! apa ke jadah!

Ok, memang haram ler jika kau ingat mak kau pada hari ibu sahaja, tapi jika korang..Arghh!

Sudah! malas aku nak terangkan serba serbi, menghina kebijaksaan pembaca pulak karang..

Nasihat aku, bila tiba hari ibu nanti, ajaklah ibu korang makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan murah dekat hotel? Dah ada less 50% sempena hari ibu, waktu nilah kita bahagiakan mak kita dengan bertukar selera di tempat yang mahal tapi murah di hari ibu..betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing masing, sambil ucapkanlah tiga lafaz ini:

Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:

“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”

Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:

“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”

Ketiga, ketika mak korang sedang di seliputi bahagia makan di hotel yang membuat potongan 50% sempena hari ibu tapi terpinga pinga akibat mendapat kiriman salam dari Hamka keretamayat, maka korang hulurkan hadiah kepada mak dengan berkata..

“Mak yang kusayangi, ini ada hadiah untuk mak tersayang...”

Maka Mak korang dengan penuh bahagia membuka kotak hadiah, dan rakamlah serta uploadlah di FB akan aksi bahagia korang bersama Mak bersama hadiah kepada mak yang berupa buku “Permata yang Hilang kini dijumpai” karangan Hamka keretamayat.

Woooohaaa!

Selamat hari ibu dari aku yang sudah tiada ibu...

Sekian.

 

Ps: Tiba-tiba, aku berasa seperti arwah mak ada di dapur. Aku lantas ke dapur tapi mak tiada di didapur, mungkin mak berada di bilik solat. Kaki ini melangkah juga untuk menjengah bilik solat, walaupun aku mengetahui mak sudah tiada. Hanya kain solat peninggalan arwah mak yang terlipat bersama sejadah. Mungkin juga mak keluar pergi membeli barang. Kejap lagi baliklah mak memasak makanan kegemaranku..oh, Aku bermain dengan andaian sendiri tanpa menyedari air mata telah pun mengalir dan membasahi pipiku.

Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee, Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku Hamka, ingin aku menjadi penulis apabila besar katanya.., akhirnya mak berjaya pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak sudah tiada, sudah kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang sudah di makbulkan.., Buku Permata yang Hilang kini dijumpai itu, aku dedikasikan kepada arwah Cek Ku Teh..

Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima kasih emak kerana telah membesarkan aku dari kecil, sehingga menjadi lebih besar daripada emak. Halalkan segala yang terjadi sejak dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi sebesar manusia.

Aku hendak cari dan memeluk menantu emak sekejap. Aku  hendak mengelap hingus pada bahunya.

P.S 2: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali beliau akan datang lagi rumah aku atau rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak kamu dan cakap, “Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya..

P.s 3: Nampaknya, emak aku yang pergi ‘membeli barang,’ tidak pulang lagi buat selama-lamanya.
Al fatihah.

May 8, 2012

Preview buku 'Permata Yang Hilang Kini Dijumpai'?


(Salam, saya memang berhajat nak beli buku cik Hamka, tapi sebelum itu, bolehkan cik Hamka sendiri buat preview buku Permata yang Hilang kini di temui-sebab preview belakang buku tu pendek sangat, terima kasih)

Salam, buku aku masih baru di pasaran on-line, tapi sungguh aku senyum bila baca komen anda di FB dan email yang kebanyakkanya memuji, seperti : dapat buku terus baca dan habis dalam masa sehari (hampir 400 m/s tu!) dan ada juga yang memberitahu sudah khatam 3 kali, dan mahu baca lagi, ada yang minta aku menyambung buku itu sebab rasa pendek sangat, ada yang bagitahu buku itu sudah rosak sebab berebut dengan anak, ada yang berkongsi membaca dengan ibunya sampai ibunya turut ceria, ada yang rasa insaf dan mahu baiki diri agar dapat suami beriman, dan ada juga yang mengkritik dengan mengatakan buku itu agak sopan jika di bandingkan dengan Blog keretamayat yang lebih ganas dari angsa ganas-Woha!

Baik, Buku itu adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang di petik dari blog keretamayat, malahan setiap karya itu di perbaiki dan di mantapkan lagi agar lebih memberi kesan dramatik kepada mereka yang membacanya..

Oleh kerana aku bukan Ustaz, dan tidak mahu di tuduh berceramah (menulis buku berilmiah) laksana seorang ustaz sedangkan syarat  ‘berceramah’ perlu kepada tauliah, maka buku aku ini di tulis dalam bentuk novel kerana menulis novel tidak perlu kepada syarat “ustaz”. Apa-apalah.

Kisah dalam buku ini adalah berkenaan Hamka (nama sebenar) yang baru berniat untuk belajar ilmu ugama yang paling rendah, akan tetapi, ketika sedang belajar ilmu ugama yang paling rendah itu, satu kemalangan telah berlaku membuatkan beliau berputus asa namun saksi kemalangan yang di kenali sebagai “Muslimah Kancil” telah datang mengembalikan semangat Hamka yang hampir hilang..
Cover baru yang sedang hangat di pasaran

Ketika Hamka dan Muslimah Kancil jatuh cinta antara satu sama lain, mereka telah di uji dengan badai asmara yang menggoncang cinta mereka, ujian cinta mereka adalah: Perbezaan pendapat dalam perjuangan ugama, sungguh klise bunyinya-Woha!,

Sementara itu, di satu sudut lain, seorang gadis gedik muncul menyemarakkan lagi kisah cinta Hamka yang sungguh berbeza sinopsisnya dengan mana mana filem karya tempatan.

Dapatkah Hamka menyelamatkan hubungan beliau dengan Muslimah Kancil? Siapakah gadis misteri yang gedik itu? Bagaimana Hamka menyelesaikan masalah mertuanya yang tidak mahu anak gadisnya berkahwin awal?

Walaupun kelihatan buku ini berunsur novel, tapi terselit antara kisah Hamka dan liku liku hidupnya akan artikel artikel berilmiah yang di tulis dengan bahasa santai sebagai panduan untuk semua peringkat umur,insyAllah..

Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:
  • Bagaimana atasi masalah onani.
  • Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
  • Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
  • Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
  • Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
  • Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
  • Dan lain lain..
Cover ni dah habis

Sebenarnya ada 55 bab dengan pelbagai cabang tajuk yang Hamka hadapi dan bagaimana dari kisah Hamka dalam buku ini, dapat kita jadikan panduan dalam mencari kebahagaian seni rumah tangga.
Nasihat Hamka dalam buku ini mungkin tidak sehebat nasihat ustaz ustaz di luar sana, namun dalam setiap pengalaman manusia, terselit jua pengajaran pengajaran yang mungkin berguna pada kita di waktu yang belum pasti suatu hari di mana kita jua menghadapinya...

Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:
  • bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
  • bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
  • bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
  • bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...

Pendek kata Buku ini adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang telah di tambah baik, dan di setiap bab akan di wujudkan keisinambungan bagi setiap artikel agar tiada atau kurang ‘plot hole’, dan di hujung setiap bab juga di tambah dengan artikel yang belum pernah di tulis di Blog Keretamayat.

Semoga buku ini terselit di antara buku buku berilmiah di almari korang yang berada di ruang tamu semestinya.

Woha!

May 2, 2012

Bersih 3.0 atau Sentimen 3.0?

(Tolong jangan bercakap dengan aku tentang ugama jika korang seorang yang SENTIMEN)

Antara filem perang yang aku rasa jujur adalah filem Kingdom of Heaven (2005) yang di bintangi oleh  Orlando Bloom dan Ghassan Massoud . Filem ini jujur kerana walaupun ianya di arahkan oleh Ridley Scott yang bukan islam, tetapi pengarah berdasarkan fakta sejarah telah menterjermahkan dengan baik perang Salib yang melibatkan Saladin dan Raja Baldwin di Jerusalem tanpa sebarang unsur Sentimen.

Walau bagaimanapun, Filem ini tidak dapat di terima oleh sebahagian besar pengkritik profesional barat, walaupun pengarah filem ini pernah memenangi pengarah terbaik, tetapi akibat sikap Sentimen pengkritik filem pada islam, maka filem ini di lebel sebagai:  "dangerous to Arab relations",  juga, “Osama bin Laden's version of the Crusades and would "fuel the Islamic fundamentalists"...

Akhirnya, Sentimen pengkiritik profesional yang dikumpul oleh “Rotten Tomatoes” menilai markah filem ini sebanyak 39% sahaja.., dan filem ini gagal di pawagam US, tapi filem ini untung besar apabila ditayangkan di seluruh dunia kerana penonton lain pula sentimennya.

Kritikan tajam yang penuh sentimen dari media barat telah di bantah oleh pengarah filem ini dengan mengatakan:

“I am not fighting another holy war here, I am trying to get across the fact that not everyone in the West is a good guy, and not all Muslims are bad. The tragedy is that we still have a lack of understanding between us, and it is 900 years since the Crusades. We have never truly resolved our differences.”

Ya, aku setuju dengan pengarah filem ini bahawa, bukan semua orang islam jahat, dan bukan semua orang kapir tu baik, ada orang islam yang baik, dan dah tentu ada juga orang kapir yang jahat. Inilah fakta, tapi sayang, apabila pengkritik profesional barat tidak dapat menerima hakikat ini, maka hilanglah kepercayaan aku kepada Rotten Tomatoes jika menilai filem bercorak ugama..

Ok, lupakan Ridley Scott dan Rotten Tomatoes, fokus aku sekarang adalah fakta tentang;

Bukan semua orang islam baik, ada orang islam yang jahat.
Dan bukan semua orang kapir jahat, ada orang kapir yang baik.

Ini adalah FAKTA!, dan tolong jangan beremosi atau berSentiment!

Dalam neraka juga ada orang islam, tapi dalam shurga tak ada orang kapir, walaupun orang kapir itu baik, dan ini adalah fakta.

Dalam penjara juga ada orang islam, dalam penjara juga ada orang kapir, belakang rumah kita ada orang islam pukul anjing, sebelah sana ada orang kapir pijak kucing, tempat lain pula ada orang islam bagi minum pada anjing, dan tempat lain ada orang kapir sedang selamatkan ikan paus, ini adalah fakta.

Ok, Manusia ada macam -macam perangai, tak kira islam, kapir atau aetis,  terimalah hakikat bahawa ada orang islam yang baik dan ada yang buruk, sama jugak orang kapir, ada yang baik, ada yang buruk.

Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?

Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!

Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.

Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup...

Aku petik kata kata ahli perniagaan, Bal:

“Bukti sahih menunjukkan orang Islam yang buat 9/11. Yang merancang dan menjalankan rancangan itu adalah orang Islam. Bukti dah jelas dalam pelbagai dokumen dan rakaman yang telah didokumentasikan. Samada saya suka atau tidak, orang Islam yang buat 9/11 itu. Saya realist. Saya terima hakikat yang pahit.
Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam. Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Tak ada satu bukti pun bahawa 9/11 dibuat oleh CIA atau FBi, walaupun sentimen dan emosi anda INGIN percaya pada benda itu. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian.”

*****

Betul kata Bal, Jadi terimalah hakikat, tak kan lah Mat Rempit ragut beg tangan nenek kau, kau nak salahkan yahudi jugak.., inilah hakikat..

Jadi balik kepada tajuk entry ni, sejak perhimpunan Bersih 3.0 baru baru ni, rakan rakan FB dari pembangkang mula kongsi gambar ganas pendemotrasi dan gambar ganas polis.

Lepas tu masing masing mengulas kejadian itu bukan dengan fakta, tapi sentimen.

Sentimen korang sebagai orang dari parti so calI islamic. Maka fantasi korang percaya bahawa semua penyokong parti so call islamic adalah baik-baik belaka. Orang parti so call islamic tak buat silap, Orang parti so call islamic tak salah.

Jika ada Orang parti so call islamic yang salah, maka itu semua adalah konspirasi UMNO,  freemasoom dan ilmuniti, Orang parti so call islamic baik baik belaka..

Bila ada gambar penyokong bersih pukul polis, korang dengan penuh sentimen berkata:

Ini bukan orang PAS, bukan orang DAP, bukan orang PKR, ini konspirasi UMNO, orang UMNO pukul polis supaya pihak kami di kambing hitam, kami semua baik baik, sebab kami dari parti so call islamic., hampeh!

Lepas tu penyokong kerajaan pula tak kurang jugak sentimennya-kongsi gambar dan ulas: ini adalah pihak PR yang menyamar jadi polis, kami pihak kerajaan baik baik belaka, gambar polis ganas ini adalah polis yang menyamar, ini adalah konspirasi pembakang!

Woha!

Terima lah hakikat wahai semua rakyat malaysia, bila korang berdemotrasi dan terbuka kepada semua rakyat untuk menyertainya, maka bukan semua yang datang tu berniat baik, ada yang berniat jahat, dan terimalah hakikat bila polis bertugas,ada yang baik dan ada yang brutal..., rujuk Infernal Affairs (2002)

Ini adalah fakta..

Jadi, bila korang terima berita, jangan terus percaya atau bantah, kenalah buat kajian dulu siapa yang bersalah.., inilah keadilan dalam islam..

Saidina Ali waktu jadi pemerintah, baju besi beliau kena curi oleh orang yahudi, bila pencuri di tangkap, dan bila masuk mahkmah yang mana hakim mahkamah di lantik oleh saidina Ali, dan bila hakim minta bukti, maka saidiana Ali panggil anak dia jadi saksi, tapi hakim tolak mengatakan bukti tak kuat sebab kanak kanak jadi saksi, dan dari keluarga sendiri pulak tu, mungkin akan bias, maka saidina Ali akur, dan baju besi itu jadi hak milik yahudi tadi, terus yahudi tu masuk islam sebab terkesan dengan keadilan dalam islam.

Inilah keadilan, yang mana apabila satu berita tersebar, korang  jangan guna sentimen dalam menilai berita itu..

Nabi Muhamamd SAW, bila Aisyah di tuduh berzina, ada baginda beremosi macam korang yang mengaku pejuang islam? Ada Nabi cakap, “ini semua konspirasi yahudi, isteri aku baik baik belaka,” ada Nabi cakap macam tu? Takde, Nabi tak sentimen, Nabi cool, Nabi diam, bertawajuh kepada Allah..,

Malahan Nabi cakap; “Jika Fatimah mencuri, aku akan potong tangan dia”!

Tengok,Nabi cakap jelas, jika anak sendiri buat salah dan ada bukti, tetap kena hukum..

Tapi bila orang parti korang buat salah, korang dengan penuh emosi dan sentimen cakap, ini semua konspirasi, kami semua baik baik belaka.. wah wah wah, belajar ugama kat mana nih?

Tak payah cakap banyak, ikutlah Sunnah bab mendengar berita dan penyebarannya, belajarlah Sunnah Nabi bab orang yang kita sayang di fitnah.., iaitu bertawajuh dan siasat, cari bukti, dan jika terbukti bersalah, hukum, tak kira siapa mereka, orang islam atau orang kapir, pembangkang atau ponyokong kerajaan, jika terbukti salah- Hukum!

So, tak payah nak share gambar FB dan ulas dengan penuh emosi dan sentimen, buang masa sahaja.., berdosa pulak jika korang fitnah dan sebar berita fitnah..

Sekarang, siasat dan cari bukti dengan akal, bukan dengan sentimen..
  • jika terbukti Polis ganas- hukum dia.
  • jika terbukti pendemo ganas- hukum dia.
  • jika terbukti Ketua pembakang berzina- hukum dia.
  • Jika terbukti PM bunuh artis-hukum dia.
  • Jika terbukti bekas TPM meliwat-hukum dia.
  • Jika terbukti MB makan rasuah-hukum dia.
  • Jika terbukti Timbalan Presiden buat oral seks-hukum dia!

Sekian dari aku, Sila komen dengan fakta, dan bukan sentimen! Dan yang penting, waktu berbuka puasa ada kurma-Woha!

I rest my case!

Ps: To Ridley Scott, I am also not fighting another holy war here, I am trying to get across the fact that not everyone in the PR is a good guy, and not all BN are bad. The tragedy is that we still have a lack of understanding between us, and it is 3.0 already. We have never truly resolved our differences. Maybe You should make  a film about Bersih 3.0-Woha!”

Sumber gambar: Blogserius

VIDEO Peserta Bersih mati.., woha!