Salam sayang buat korang semua sahabat-sahabatku duhai pembaca keretamayat sekalian, maafkan aku kerana entry JIHAD sebelum ini menyinggung banyak pihak. Ada yang menganggap entry itu mewakili puak tabligh, UMNO dan pemuda kahfi.., beberapa kali nak aku jelaskan.?
Tulisan aku ini tiada kena mengena dengan mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, Apa yang aku tahu, ulamak tabligh tidak benarkan berdakwah melalui internet, akhbar, SMS, e-mail, filem dan apa sahaja yang bida’ah. Korang boleh chek sendiri, mana ada halaman web tabligh?. Kalau ada halaman web pasal tabligh, itu adalah orang tabligh yang tak faham arahan syura. (itu yang aku tahu-kena check balik nanti-insyallah
Kemudian, Ada juga yang menganggap aku ini pemuda kahfi yang akan pergi minta duit dari pintu ke pintu macam MLM dekat rumah orang...
Ada juga yang anggap aku orang UMNO yang sedang mencari pengaruh di Batu Talam, dan ada juga yang anggap aku orang PAS yang nak betulkan akidah ahli PAS, hmmm, akhir sekali, ada juga yang anggap aku ahli bidaah, puak sesat dan sebagainya.
Siapakah aku sebenarnya?
Biarlah aku berterus terang sambil berjalan ke arah tingkap dan menjatuhkan pandangan di halaman rumah sambil berkata:
Aku adalah makhluk asing yang sedang menakluki bumi ha ha ha..( tak lawak).
Dah berapa kali aku kena terangkan?, sudah berbuih mulut aku! Air liur telah bertakung di hujung bibirku. Sungguh buruk sekali.!!!
Aku tidak berdakwah melalui blog. Aku sedang belajar menulis tentang agama, tentang kefahaman aku yang bukan ustaz. Maka kutuklah aku seorang, hinalah aku seorang, tapi jangan santau aku! kerana aku belum pergi haji lagi.
Maka jangan lah korang kutuk UMNO, tabligh, PAS, ABIM, SIRIM, MARDI dan MARA yang minta duit tu. Cacilah aku, kutuklah aku dan akhir sekali tegurlah aku supaya dapat aku kembali ke jalan yang benar.
Tapi… persoalannya siapakah yang benar.?
Akukah yang benar atau korangkah yang benar?.
Adakah kita sedang berada di jalan yang benar?
Teringat aku ketika Hang Tuah mendapat jawatan Dato' Laksamana setelah membunuh Hang Jebat, sambil menangis bersandar di tiang rumahnya lalu berkata kepada ibunya:
Siapakah benar?, Jebatkah benar? atau akukah yang benar?.
Obi Wan Kanobikah yang benar? atau Anakin Skywalker yang benar?
Hmm..
Inilah perkara yang hendak aku tanya pada korang semua sekarang ini. Umat islam berpecah belah kepada 73 puak. Masing-masing saling menyalahkah antara satu sama lain. Masing masing mengaku fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic mereka adalah benar…, Persoalannya adalah: Siapakah benar?
Baiklah, biar aku mulakan pendapat aku yang bukan ustaz.., tentang permasalahan ini dengan sebuah cerita benar…
Pada suatu hari kat kampong aku, ketika aku balik sekolah, aku cuba ikut jalan pintas untuk pulang ke rumah.., aku lalu ikut belakang rumah Pakde.., inilah first time aku lalu ikut situ..
Sedang asyik aku berjalan, ketika aku melintas sebatang pokok, tiba tiba seekor BEROK muncul dan gigit lutut aku, aku tersungkur dan mulai bergelut dengan BEROK itu, terkejut BEROK aku di buatnya, kecut perot aku, BErok betul!!,
Kami berguling-guling di bawah pokok sehinggalah aku bergolek golek menjahuhi pokok tersebut.. , tiba tiba berok itu berhenti menyerang, rupa rupanya, ada tali di lehernya dan tali itu telah mencapai had maksima kebangsaan sempadan berok itu, barulah aku tahu, rupanya berok itu di pelihara oleh Pak De dan berok itu di ikat pada pokok tersebut,… aku yang mengalami pendarahan lutut, berfikir, jika kita tiba tiba lalu jalan pintas tanpa kaji selidik, maka terkejut beroklah kita di gigit berok…
Hari ini ramai ummat islam cuba cari jalan pintas menuju shurga…
Tersilap jalan di dunia kena gigit berok, tersilap jalan di akhirat kena gigit..oh! (sambung sendiri-tidak lebih 360 patah perkataan…)
Jadi sekarang ini, adakah korang dan aku sedang berada pada jalan yag betul? Adakah perjuangan korang adalah betul?, perasan tak ada makhluk ‘berok’ sedang gigit korang, perasan tak??
Baiklah! Sebelum entry ini di baca, sekali lagi aku memberi peringatan, kerana ini penting, sangat PENTING, bahawa entry ini tidak kena mengena dengan Tabligh Sri petaling, berhentilah kutuk tabligh dengan berpandukan isi blog ini, blog ini tiada kena mengena dengan usaha tabligh, kalau korang tak puas hati dengan tabligh, korang boleh jumpa direct alim ulamak tabligh kat masjid sri petaling, 24 jam, anytime, dan korang pergilah berhujah kat sana, jangan nak tunjuk pandai dan bijak tapi hakikatnya bodoh kat blog aku ni, dulu Tuan guru Nik Aziz yang belajar dekat India sana dan pulang ke Malaysia sebagai ulamak lalu jadi persiden PAS , persoalannya ke mana perginya ribu ribu classmate Nik Aziz?
Kebanyakkan mereka buat usaha tabligh dan pergilah jumpa mereka selaku ulamak, aku tulis blog ini untuk aku dan keluarga aku, mereka yang sudi berfikir macam aku di alu-alukan.., aku bukan nak ganti Al-quran dan hadith..!!!
Kalau nak kutuk, kutuk aku sorang, jangan kutuk Tabligh, blog ini banyak jugak isi merepek, lagu yang lalai, mengarut, lagha dan sebagainya, namun, jika blog aku ini bunga, aku tak bagi pada berok!!!
Perkara Kedua, PENTING! masih ada yang ingat aku ni ahli UMNO, lalu email aku macam-macam,,, jangan kutuk Kerajaan Malayasia dalam email mahupun blog aku, aku dah muntah dengan mereka yang bermusuhan dengan kerajaan, kalau korang nak kutuk UMNO, pergilah tempat lain, korang boleh punya belek banyak surat khabar untuk kutuk Kerajaan Malayasia, ada ribu ribu halaman web kutuk Kerajaan Malayasia, ada bersepah blog korang boleh jumpa yang suka kutuk Kerajaan Malayasia!!!, blog aku bukan nak back up Kerajaan Malaysia dan bukan nak bodek kerajaan..!!!!
Blog aku di tulis agar isteriku dan anak-anakku faham bahawa ayah mereka tidak menentang kerajaan, tetapi menentang nafsu diri sendiri yang rasa sempurna lalu tengok orang lain semua tak betul sehingga sanggup cari kesalahan orang lain lalu sebarkan dalam akhbar walaupun sebesar zarah!!!..oh!
Ketiga, aku bukan ahli pemuda kahfi, bukan Al-arqam, bukan pengikut ayah pin dan macam macam lagi pertubuhan so call Islamic, belakang rumah aku tak ada cerek elektrik gergasi, aku tak bina bahtera Nabi Nuh, aku tak mintak duit kat korang untuk tebus dosa, jadi jangan salah anggap dengan aku, aku bukan wahabi dan juga bukan wahida, apatah lagi wardina, aku bukan puak syiah atau puak berhaluan kiri, aku menang basuh berak dengan tangan kiri dan isteriku suka tidur di sebelah kiri badanku, dekat dengan lenganku untuk di lindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai.., so jangan takut dengan aku, aku adalah aku, mempunyai senyuman yang manis, tahi hidung yang masing dan ketiak yang masam, aku juga ada tahi lalat.., arghh, aku dah mula merepek..
Balik kepada main topic, SIAPAKAH yang BENAR?
-----------
Bismillahirahmanirahhim…
Setiap hari dalam solat fardu lima waktu, kita telah di wajibkan oleh Allah dalam surah al fatihah supaya mintak “JALAN YANG LURUS” sebanyak 17 kali…,
Apabila mintak “JALAN YANG LURUS” di wajibkan sebanyak 17 kali setiap hari, maka usaha untuk dapatkan “JALAN YANG LURUS” itu lagi lagilah kena wajib di usahakan lebih 17 kali sehari!!!
“JALAN YANG LURUS” yang kita mintak pada Allah dalam al fatihah itu di rujuk kepada jalan “orang yang Allah cintai”..
Siapakah orang yang Allah cintai?
Sudah tentu jawapanya adalah kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dan sahabat sahabat baginda yang Allah telah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah…
Dalam sebuah hadith ,Nabi bersabda lebih kurang maksud:
“semua umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan !!
Para sahabat bertanya :
"siapakah yang enggan wahai Rasulullah ?,"
Baginda menjawab:
"siapa yang taat kepadaku ia akan masuk surga dan siapa yang durhaka kepadaku berarti dia enggan”
Maka nasihat aku kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya guna otak dan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
Bagi aku sendiri, setelah aku rujuk kepada Al-quran, hadith dan ramai ustaz serta ulamak, maka aku telah buat beberapa garisan panduan untuk aku identify tentang “JALAN YANG LURUS”, semoga Allah beri aku dan korang jalan yang lurus..amin..
Aku memberi tumpuan kepada 4 perkara yang mana aku lihat Nabi Muhammad SAW amat tekankan, dan begitu jugak sahabat RA, malahan banyak dalil dan Nas yang boleh kita ambik dari Al-quran dan Hadith tentang 4 perkara ini.., apabila mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mengabaikan 4 perkara ini, maka aku bilang pada mereka boleh blahhhh dan kembalilah ke pangkal jalan… Semoga aku dan korang berada pada jalan yang lurus dan di redhai Allah.., AMIN YA RABBIL ALAMIN..
4 perkara itu adalah:
- TIANG UGAMA
- TULANG BELAKANG UGAMA
- GANJARAN UGAMA
- HATI UGAMA
***********
TIANG UGAMA
(solat berjemaah)
Sebelum Nabi SAW mengembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi ada pesan kat Ummat (aku dan korang semua) supaya jaga solat, solat! Solat! dan di akhirat kelak, soalan yang pertama kali akan di soal adalah solat, jika solat di terima, maka amalan lain semuanya akan di terima.., jika di reject.., naduzubillah, sia sialah amalan yang lain walaupun dah bina Negara islam....
Baru baru ni aku berkesempatan minum malam di warung bersama beberapa orang geng ustaz, dalam sibuk berborak, salah sorang ustaz bagitahu ada golongan yang jaga solat 5 waktu kat masjid tapi sia sia sebab tak buat usaha untuk dapatkan Negara islam.., akupun menyampuk.., inilah masalah ummat akhir zaman, tak faham ugama sehingga masjid jadi kosong..
Oh! Aku tercelupar mulut, terlanjur typing boleh di undo, terlanjur belunjur, padahlah jawabnya..
Ustaz tu terus jadi marah kat aku ; awak cakap saya tak faham ugama?
Aku kata: Kalau ustaz cakap solat jemaah tu tak wajib, ustaz memang tak faham ugama..
Tapi apakan daya, aku bukan ustaz, setiap hadith yang aku cerita pasti ustaz tu mintak perawi dan matan hadith.., wah wah wah.., , bila aku cerita pasal nabi nak bakar rumah orang yang tak solat berjemaah, ustaz tu cakap memang hadith tu hadith soheh, lalu ustaz tu tafsir,nabi nak bakar orang yang tak solat langsung, bukan orang yang solat di rumah.., aku pulak keliru.., takpe nanti aku check kitab hadith kat rumah aku, akupun baca pulak ayat Al-quran..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Ustaz tu tafsir ayat tu: bahawa seluruh bumi Allah ini adalah masjid Allah, kita boleh solat di mana sahaja, Nabi pun ada solat di rumah, di padang..
Memang betullah cakap aku mamat ni (aku gugurkan pangilan ustaz) tak faham ugama, Nabi solat kat rumah just solat sunnat, apa-apapun aku tak nak berdebat, aku balik rumah dan bukak kitab Muslim, halaman 89, hadith riwayat Al bukhari, Dari abu hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Demi Dzat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan (agar) mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku menyuruh muadzin mengumandangkan azan untuk solat, kemudian aku menyuruh seorang lelaki untuk mengimami jamaah, lalu aku pergi menjumpai orang orang yang tidak solat dengan berjemaah lalu membakar mereka di rumah-rumah mereka. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya sesorang mengetahui pasti ia akan mendatanginya walaupun harus berkeringat ataupun hujan deras..
Aku bukak pulak kitab muntakhab hadith karangan Maulana Muhammad yusuff Al kandahlawi halaman 207, hadith riwayat Abu Daud, dari abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku mahu untuk menyuruh beberapa pemuda mengumpulkan seberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing masing tanpa uzur syarie, dan membakarnya..
Cis! Ustaz tu tipu aku, patut ustaz tu bagi jawapan yang munasabah, jika tak mampu pergi solat jemaah, cakaplah: iman saya lemah, tak payahlah nak bagi fatwa benda tu tak wajib kerana kau tak mampu pergi, sombong namanya!!! rosak ummat bila dengar ceramah nanti…
Aku berniat untuk pukul anak aku yang tak nak solat bila umur dia masuk 10 tahun, dan jika dia dah baligh tapi tak pergi solat jemaah, aku nak belasah!!!
Tuan tuan, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…, Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!
Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!
Maka akhirnya aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! pendapat ini terpakai untuk aku, aku tidak mewakili mana mana kumpulan atau gerakan, ..!!!, jika korang tak setuju, silalah kutuk aku seorang!!!
Sambung balik, Aku tambah sikit lagi: Dalam Al Quran ada banyak ayat yang berbunyi:
“Wahai orang yang beriman, berimanlah…”
Korang paham tak ayat tu?, kalau korang sedang duduk, aku sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”
Tentu korang marah bukan? Aku dah duduk, kenapa nak suruh duduk lagi, baik aku berdiri!
Aku terus sound:
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”
Lagi sekali korang marah kat aku, bilang aku bodoh, sebab korang dah berdiri, kenapa nak suruh berdiri lagi?, baik aku duduk!
Aku dengan tabahnya sound:
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara kau duduk tu cara Berok duduk, cara Yahudi duduk, ikut suka engkau saje!!!
Jadi.., Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman..
Jadi dakwah orang islam yang beriman kepada iman yang di kehendaki oleh Allah dan rasul, bukan beriman dengan cara yang nafsu kau suka..
Jadi, kepada mereka yang solat, bersolatlah macam nabi solat..
Hazrat Abdullah bin Ibnu abbas r.a berkata bahawa rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi solat berjemaah tanpa sesuatu uzur maka solat yang di kerjakan itu tidak terima,” para sahabat bertanya, “apakah uzur itu?” Jawab rasulluah SAW, “takut dan sakit’(Hadith riwayat Iman Abu Daud dan Ibnu Hibban)
Tuan-tuan, Kejayaan manusia bila taat perintah Allah ikut cara Nabi..
Bila azan berkumandang, Nabi SAW dan semua sahabat pergi solat jemaah kat masjid, tapi korang badan berpeluhlah, penatlah, jauhlah, perasan sibuk, itu ini begitu begini, maka tahniah kat korang kerana masih taat perintah Allah dengan solat di rumah, tapi celakalah korang kerana mengingkari Rasul dengan selamba tinggalkan sunnah Nabi, korang cakap:
Sunnah tu sunnat.., buat dapat pahala, tak buat tak apa..
Hek elehhh, sunat berberbeza dengan sunnah.
Sunnat: buat dapat pahala, tak buat rugi..
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak buat Nabi tak mengaku ummat!!!
Bilangan rakkaat solat sunnat yang korang nak kerjakan, itu adalah SUNNAT, tapi CARA SOLAT itu di kerjakan, itu adalah SUNNAH!! Korang paham tak beza sunnah dengan sunnat ni? Karang aku sunat lagi sekali baru korang tahu bahawa sunnah lawanya bidaah, sunnat lawanya,makruh, harus, haram, wajib bla bla bla rujuk ustaz!
Maka sekali lagi aku buat keputusan, mana mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang tidak menjaga solat lima waktu kat masjid adalah sesat dan menyesatkan ummat…., ingat!! Jika ada golongan yang mendakwa boleh mendapat keredaan Allah selain dari cara Nabi SAW, maka itu adalah ajaran sesat!!!
Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)
End!
--------------
TULANG BELAKANG UGAMA
(Dakwah)
Ni satu bab lagi yang ramai gak pra-ustaz keliru..
Wahai orang yang beriman, berimanlah…
Wahai orang yang berdakwah, berdakwahlah…
Wahai ustaz dan ulamak, Berdakwahlah kamu macam Nabi berdakwah…
Bukankah ulamak pewaris Nabi?
Kenapa berdakwah cara yahudi?
Adakah Nabi tersilap mewarisi?
Atau korang sebenarnya bukan ulamak?
Kenapa tergamak menyesatkan ummat?
Tidakkah korang teringat?
Sakaratul maut sudah dekat?
Semua orang menjadi mayat?
(chech, bersajak pulak aku..)
Seksa kubur tidak terangkat…
Tangan kiri terima kitab..
Meniti sirat dengan lembab..
Masuk neraka tanpa hisab..oh!!
Hari ini ramai ustaz dan ulamak (kena sangka baik-mungkin mereka perasan sibuk) tak berdakwah macam Nabi berdakwah, jika dulu semua 124 ribu Nabi berdakwah dari pintu ke pintu, tapi hari ni ustaz dan ulamak(bukan semua) hanya tunggu ummat datang kepada mereka.., berbeza dengan nabi yang pergi cari ummat..
Mungkin mereka keliru dengan Mengajar dan mengajak, majlis ilmu dan majlis dakwah..
Dalam majlis ilmu, pelajar kena cari guru.., guru yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati..
Tapi dalam majlis dakwah yang biasa Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: Guru kena cari pelajar.., orang bercakap kena rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kapir..
Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada fiaraun!!!
Korang Faham tak?
Ada Riwayat dari Bukhari daripada Jabir RA akan berkatalah dua malaikat ketika melihat Nabi Muhammad SAW sedang tidur, buatkan perbandingan mengenai diri Nabi ini.
Maka berkatalah salah satu malaikat bahawa perbandingan akan diri Nabi Muhammad ini adalah seperti seorang yang menyeru kaumnya supaya berpindah dari kampung kerana akan datang bala tentera untuk menyerang, lalu ada yang ikut dan ada yang enggan percaya, kemudian datanglah bala tentera memusnahkan kampung itu dan binasalah mereka yang enggan dan selamatlah mereka yang mengikut jejak Nabi Muhammad SAW.
Bagi aku pula, pendakwah, penyampai, utusan, dan mereka yang seangkatan dengannya adalah seperti seorang juruteknik yang telah di beritahu oleh jurutera pakar bahawa akan terdapat sebuah kondominium akan runtuh, lalu si juruteknik ini menyeru penghuni kondo mengosongkan kondo itu, namun hanya sebahagian yang percaya, sebilangan besar dengan bodoh dan bangangnya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, megcibir-cibir, bla bla bla bla..!hanya kerana aku seorang juruteknik….oh!
Lalu tak lama kemudian, runtuhlah kondo itu…
Dan cerita tentang Nabi akhir zaman ini pula adalah seorang yang buta huruf, anak yatim, pengembala kambing…orang miskin…
Hari ini dalam Malaysia kita, pernah ada berita panas tahun lepas, pasal seorang Hamba Allah isytihar diri jadi nabi Melayu.
Yang kelakar tentang tajuk berita itu adalah:
"Lelaki mengaku nabi tak lulus darjah lima."
Ramailah kawan kawan seopis yang ketawa sambil berkata:
bodoh betul orang yang ikut ‘nabi’ ni; pergi ikut orang yang tak de degree?
Dan ramai jugak yang ketawa bila Ayah pin mengaku Nabi dengan alasan Ayah pin tu takde PhD, he he he, aku taulah ayah pin dan Nabi Melayu tu sesat.. yang aku takutkan, seandainya kita masih di zaman jahiliyyah, lepas baca artikel tu., adakah kita akan jadi orang islam atau munafik atau kapir?
"Kah kah kah: gembala kambing macam kau ni kononnya nabi yang Tuhan utus? Usah kata UPSR, membaca pun tak reti!"
Tapi ini cerita benar…, Nabi seorang yang buta huruf, takde de double PhD, miskin pulak tu, mengaku Nabi di kawasan paling ramai orang jahat, mengejutkan bangsa Yahudi yang telah lama memandang hina bangsa Arab…
Kadang kadang ada orang melayu kita bila ulamak India yang datang berdakwah di pandang hina, hek eleehhhh, baru kulit coklat dah berlagak dengan orang yang berkulit hitam manis, masuk Neraka nanti tahulah korang apa makna “hitam”!!!!
Seorang mubaligh India cakap sama aku:
“kami orang India bila bila buat dakwah, seluruh dunia hina kami macam anjing, kami di halau macam pengemis, Ya, memang kami pengemis, kami mengemis kepada manusia supaya pulang kepada Allah…
(sedang air mata mengalir di pipinya)
Bersabarlah kamu wahai pendakwah, Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu..
(hujan pun turun bersama air mata dan darah..)
Maka.. berbalik kepada isu mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, akan siapakah yang BENAR
Bagi aku, jika korang rasa korang di pihak yang BENAR, maka korang kena bergerak menyampaikan kebenaran korang dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa korang adalah benar!! Inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!! Bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!! Bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri..
Kalau korang just duduk bercakap berapi api kat majid ,balai raya, dalam hutan ke, dalam zoo, dalam gua, korang adalah tidak benar kerana bukan semua orang datang masjid, zoo, dan gua mengerti!!!
Ok, baiklah, korang memang benar, segala hujah korang adalah benar, tapi korang tetap salah kerana tidak bergerak dari pintu ke pintu untuk menyampaikan kebanaran..
Jadi kasalahan korang bukanlah kefahaman ugama Korang, tapi tidak bergerak dari pintu ke pintu itu lah punca segala keasalahan korang!!!!
You are SELFISH man!!!
Macam contoh, jika korang pakar bangunan runtuh, korang tahu sebuah flat dekat damansara sana akan runtuh, korang ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah korang, tapi jika korang setakat bersembang kat opis korang huh! Habis mampus penduduk damansara tu kelak, dan korang akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..
Korang cakap: Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
Korang cakap: Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
Korang cakap; Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
Korang cakap: Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)
Dah dah tu, aku tak akan ikut korang yang tak bergerak dari pintu ke pintu kerana bagi aku korang dah tak ikut sunnah Nabi dalam berdakwah, tak kira macam mana canggihpun zaman, bila bomba nak runtuhkan bangunan, maka ahli bomba itu akan pergi setiap pintu ke pintu untuk memastikan semua orang dah keluar, begitulah dakwah para nabi dan rasul, mereka akan pergi ke setiap pintu manusia, nabi Nuh a.s bagitahu pada semua orang, banjir besar akan datang..,
Kalaulah setiap kali dari bekas tapak kaki Nabi berjalan itu dapat tumbuh rumput.., maka seluruh Mekkah dan Madinah akan penuh dengan rumput kerana Nabi SAW sendiri selama 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari hati ke hati.. dari rumah ke rumah , dari kabilah ke kabilah..
Tapi korang hari ni just ceramah kat masjid dan rasa selesa serta rasa diri sendiri masuk shurga,,wah wah wah.., boleh ke korang dapat anak jika melancap dari jauh? Pergilah jumpa isteri dan pujuk rayu, jika isteri kau tak nak, tak boleh rogol dia walapupun hakikatnya dia adalah isteri engkau, begitulah ummat, pergilah jumpa aku dan pujuk rayu aku supaya kembali kepada Allah, jika aku enggan, janganlah ‘rogol’ aku!!! Berdoalah kepada Allah dengan linangan air mata supaya isteri kau menyerah diri, faham tak..?
Bertaubatlah wahai para pendakwah yang tak ikut cara Nabi, kembalilah kepangkal jalan, setakat pergi 5 tahun sekali bila tiba pilihan raya baik tak payah.., dulu cakap kat aku ahli neraka kerana tak pergi mengundi, sekarang dekat batu talam baikot pilihan raya apa cerita? Siapa pulak ahli neraka, betulah kata Nabi, siapa tuduh orang islam sebagai orang kapir, maka kapir itu akan kembali kepada dirinya sendiri, aku tekankan satu lagi peringatan, jangan ada orang yang nak hentam tabligh dan UMNO dalam email atau kotak komen, blog aku takde kena mengena dengan tabligh atau UMNO, berapa kali aku nak explain.!!
Tak faham bahasa Malaysia betul..
Ibrahim adham seorang wali Allah yang terkenal tinggalkan kerajaan dan pangkat dia untuk sempurnakan iman, korang pulak bercita cita untuk dapatkan kerajjan untuk sempurnakan iman? Boleh ke lagu tu? Sama ada korang yang tak faham ugama atau Ibrahim adham yang tak faham ugama?
Dakwah adalah tulang belakang Ugama, tanpa dakwah ugama akan lumpuh, dan ugama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana aku dan korang sedang sibuk mematahkan tulang belakang ugama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW..isk..isk.., sedang orang murtad berbondong bondong…,
End!
------------
GANJARAN UGAMA
(Tidak meminta upah)
Zaman sekarang, pendakwah yang tak mintak upah di anggap sesat, manakala pendakwah yang dapat upah di muliakan, di sanjung…huh!
Dulu Nabi buat dakwah tanpa upah juga, dan memang Nabi juga di anggap sesat, so korang boleh piker piker sendiri…
Dalam surah Yassin ada bagitahu, ikutlah orang yang tak minta upah.., dan banyak lagi ayat Al-quran yang bagitahu Nabi tak mintak upah.., (rujuk ustaz)
JIka ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mintak upah, nak bayar duit minyak duit tol, nak beli poster tampal poster, tengah ceramah datang tabung bergerak.. ,baik tak payah!!!!
Nabi suruh guna duit kita sendiri untuk tegakkan ugama, bukan guna duit orang lain.., masa nak hijrah dulu, Abu bakar RA bagi free kat nabi SAW unta dan kelengkapan, Nabi tolak, Nabi beli dengan abu bakar secara hutang kerana tertib nak tegakkan ugama kena guna harta sendiri!!!
Kalu korang takde duit nak tegakkan ugama, kenapa tak berhutang? Nak beli kereta dan rumah boleh pulak berhutang, untuk ugama kenapa nak orang support? Tak faham ugama betul!!!
End!
-------
HATI UGAMA
(Hubungan dengan masjid)
Hati bagi kampong adalah masjid….
Ada orang yang sibuk berzikir tapi tak datang masjid..,
Satu hari seorang ahli tarikat jumpa aku dan tanya:
Kau kenal tak Allah?
Aku tanya pulak dia.. kau kenal ke?
Dia cakap:
“Permulaan ugama, adalah mengenal Allah”
Aku tanya pulak dia, kau kenal tak rumah Allah?
Kalau kau kenal, Kenapa kau tak pernah datang rumah Allah,?
Engkau sibuk berzikir sampai tak datang masjid apa cerita?
Zikir tu memang best dan dapat menteramkan jiwa, tapi jika kau tak datang solat kat rumah ALLAH itu tandanya setan dah tipu engkau.. , Allah bagi nikmat zikir kat nabi dan rasul sebab mereka dah banyak korban perasaan bila berdakwah, so bila berzikir dapat relax jiwa raga dan pulihkan semangat, korang yang sibuk berzikir tapi tak berdakwah , apa cerita?
Zikir ni macam bawang goreng atas nasi goreng, memanglah bawang goreng tu sedap terutamanya bagi mereka yang takde makanan, tapi hakikatnya bawang goreng adalah penghias kepada nasi goreng, itulah hakikat dakwah, berdakwah tu macam nasi goreng, manakala berzikir tariqat itu macam bawang goreng, mengerti??
Bila korang buat amalan ugama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid, maka amalan korang macam air mustrakmal, suci tapi tidak menyucikan… korang kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan..
Tapi dia tak dengarpun nasihat aku, semoga rohnya di cucuri rahmat kelak(sebab dia belum jadi mayat lagi)
Ada jugak golongan yang nak kemajuan, ekomomi, ilmu, dan Negara islam tapi aktiviti mereka tak buat kat masjid macam Nabi buat, mereka sibuk nak islamkan bank, islamkan zoo, islamkan mahkamah, islamkan universtit, islamkan balairaya dan islamkan Negara… tapi lupa nak memakmurkan rumah Allah.., masjid jadi tempat solat sahaja..,
Sungguh kasihan..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Benarkah korang sudah jadi orang yang beriman walaupun mengabaikan pemakmuran rumah Allah?
Nasihat saya yang bukan ustaz ni adalah…Semua pertubuhan so call islamic kena duduk kat masjid 24 jam, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..Tapi hari ini, Wahai ustaz dan ulamak…Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!
Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!
Jangan jadikan masjid macam jamban, pergi bila berhajat sajer, bila nak khawin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!
End!
------
Kesimpulan:
Dah panjang sangat, aku ingat nak pecah yang empat ni kepada 8 bahagian, tapi tiba tiba banyak pulak fakta yang aku lupa, (maafkan aku) maka cukuplah 4 perkara ini dahulu..
Maka nasihat aku kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya guna otak dan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
yang mana bagi aku jika ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang :
MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH
BERDAKWAH BUKAN CARA NABI
MINTAK UPAH
AKTIVITI MEREKA BUKAN DI MASJID
Maka mereka adalah sesat dan menyesatkan!!!!!!!!!
SEKIAN…
Ps: Bila kita dah jadi mayat kelak, dan bila Allah masukkan kita ke dalam shurga, maka sesungguhnya kita adalah BENAR…
AMIN…
(cerita aku di gigit berok itu adalah benar)