Jun 27, 2018

Geng Bumi Rata Tahu Tak?


(Apakah objek yang bulat dan rata? ops, bukan bumi, tapi gelang planet Zuhal)

sumber gambar: http://astronomyandyou.blogspot.com/2011/04/istiqbal-zuhal.html

Geng bumi rata tahu tak hari ni (27 Jun 2018) Planet Zuhal akan berada pada kedudukan istiqbal iaitu opposition
diantara Zuhal , Bumi dan juga Matahari yang mana semuanya akan berkedudukan dalam satu garis lurus .

Macam mana tahu? 

Kena anggap bumi ni sfera macam planet lain dan kira laluan orbit planet zuhal, dan bumi maka setiap378 hari menjadilah kedudukan istiqbal.

Kalau tanya orang dakwah, Istiqbal ni penyambut tetamu.., seorang yang ditugaskan sambut mereka yang datang ke masjid dan galakkan mereka duduk dalam majlis agama dan itu cerita lain, apa yang aku nak cerita, jika korang ada teropong bolehlah tengok kejadian ini  sekitar waktu MAGHRIB sehingga SUBUH dikawasan masing masing.

Planet Zuhal akan mula kelihatan terbit di ufuk timur ketika matahari terbenam di ufuk barat lalu akan berada pada kedudukan tertingginya di langit menjelang tengah malam dan terbenam di ufuk barat ketika matahari terbit di timur.

Macam mana nak tahu itu planet Zuhal?

Guna teroponglah bang, ianya berada di buruj Sagittarius dan berhampiran bulan dan menjadi objek paling terang tanpa berkelip kelip berbanding objek lain di sekitar bulan.

Tapi kena guna teropong siap alat bantu optik lah, maka kita akan berpeluang menyaksikan gegelang planet zuhal yang begitu menawan sekali.

Oh yer, Gelang planet zuhal ni rata, bolehlah geng BUMI RATA nak pindahkan diri kesana untuk merasai kerataan sebenar.

Woha!

"Majulah Bumi bulat dan ilmu Falak Untuk ummah"

Woha!

Jenuh aku cari gambar Gaban lawan raksasa di plenet zuhal atas cincin lingkaran tu, tak jumpa view yang jauh, view ni digambarkan lingkaran tu adalah tengkorak yang tersusun. Now you know.


Jun 26, 2018

Apa Akidah korang?


(Jika salah jawab boleh masuk neraka)

“hamka, apa mazhab kau?”

“Imam Syafee”

“apa nama penuh Imam Syafie?”

 “Muhammad”

“bin?”

“Idris”

“Eh?, kau tahu yer Hamka, aku ingat kau jawab nama Imam Syafie adalah Syafie”

“sebab?”

“Ramai aku tanya orang islam di Malaysia ni, siapa nama imam syafie?, jawabnya shafee jugak, padahal nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Idris”

“kau pun baru tahu aku rasa, sebab tu kau baru tanya aku”

“woha!”

“Ok, alang-alang kau tanya aku, aku nak tanya kau pulak? Kita di Malaysia ni Mazhab shafee kan?”

“alamak, risau pulak bila Hamka keretamayat nak tanya..,”

“jawab dulu, jadi.., apa akidah kita?”

“Akidah Shafee lah!”

“wah, konfidentnya…, aku bagi hint, akidah berbeza dengan fekah, Mazhab tu masuk dalam Fekah, Akidah ni bab tauhid, kita di Malaysia ahli sunnah wal jamaah, bermazhab Shafee, dan berakidah?”

“errr. Muhammad bin Idris?”

“aku bagi pilihan, dalam dunia ni ada akidah Salafiah, Muktazilah, Asya’irah, Maturidiah, Jabariah, qadariah dan banyak lagi, kau rasa?”

“Errr. Aku tak tahu…”

“Hairan yer, kau kutuk orang islam yang tak tahu nama sebenar Imam Syafee, tapi kaupun tak tahu nama imam yang menjadi ikutan akidah kita”

“maafkan kekhikafan hamba”

“ok, bagi yang tak tahu, kita di Malaysia, bermazhab Shafee, dan berakidah Asya’irah. Majoriti dunia Islam dalam golongan ahli sunnah wal jamaah, bermazhab Shafee, Hambali, Maliki, dan Hanafi, manakala Akidah pula majorotinya akidah Asya'irah dan Maturidiah. Universiti Al Azhar di Mesir pun ikut aliran Asya'irah.

Ada jugak negara lain yang amal mazhab selain empat tu, ada lebel wahabilah, atau pecinta sunnahlah, tak pasti, yang pasti negara seperti Arab Saudi, Qatar, ikut akidah aliran Salafi. Secara rasmi, negara kita di Malaysia adalah daripada aliran Asya'irah, kecuali negeri seperti Perlis yang cenderung kepada aliran Salafi. Now you know”

“terima kasih kereta mayat atas pencerahan”

“anytime”

Woha!

Jun 8, 2018

GENDER EQUALITY: Islam tidak adil?

(soalan dari perempuan yang mengaku namanya Siti Kasim, bukan nama sebenar)

Salam encik Hamka, saya Siti Kasim ingin bertanya: kenapa islam tidak adil dalam hak kesamarataan antara jantina? Selalu perintah agama cenderung menguntungkan kaum lelaki Seperti hanya lelaki boleh jadi ketua pemimpin, hanya lelaki menjadi iman solat, saf solat pula, perempuan di atur paling belakang, lepas tu balik kerja kena layan suami kalau takdi kiran menjadi isteri derhaka sedangkan suami boleh berkahwin ramai, manakala dalam hadis ada tujuh lelaki boleh duduk dibawah lindungan Arash tetapi perempuan tidak dinyatakan, aurat perempuan pula sangat terbatas dan kami menerima harta warisan paling sedikit berbanding lelaki, ada tak encik hamka pernah tulis tentang gender equality?

Jawapan:

Salam Puan Siti Kasim. Masalah ni pernah berlaku di Bethesda dekat Maryland sebelah United States sana yang mana ada hamba Allah ni, Amina Wadud ke apa Namanya, bagitahu Allah ni pilih kasih sebab Allah di anggap lelaki (HE) Lalu persoal?, kenapa lelaki je boleh jadi imam solat Jemaah? Kenapa lelaki jer boleh baca khutbah?

Lalu beliaupun ajak 100 orang lelaki dengar khutbahnya dan terus beliau jadi imam solat jumaat pertama berjantina wanita-lepas tu beliau kena kecam tapi beliau teruskan perjuangan menjadi imam solat dan anggap itu satu kejayaan dalam bab gender equality.

Balik pada islam, kejayaan manusia adalah dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi (bagi lelaki) dan ikut cara isteri Nabi (bagi perempuan)

Nabi solat berjemaah di masjid (lelaki semua kena ikut) isteri nabi solat di rumah (yang ni perempuan kena ikut)

Maka janganlah silap kita mentafsir kejaayaan dalam hak kesamarataan antara jantina, kerana memang Allah buat berbeza!

Sejak bila kejaaan wanita di ukur melalui Gender Equality? Sejak bila kejayaan orang perempuan bila berjaya buat apa yang lelaki buat.

Takrif kejayaan tu tak tahu ambik dari sumber mana? padahal Allah dah terangkan dalam alquran paranann lelaki dan wanita yang berbeza dan saling melengkapi, bukanya kena SAMA dan saling bersaing!

Mungkin dalam kehidupan manusia tidak bertuhan di barat, takrif kejayaan perempuan adalah sama dengan lelaki. Contoh, jika lelaki boleh bukak baju, sayapun boleh bukak baju, jika lelaki boleh angkat berat, sayapun nak angkat berat. Jika lelaki boleh bela bulu ketiak dan bulu kaki, kami orang perempuanpun nak tunjuk bulu ketiak. Jika lelaki boleh kerja buruh, kamipun boleh! Jika lelaki boleh ramai awek, saya pun boleh ramai pakwe!

Lalu berlumba lumba perempuan tak ada agama nak jadi ‘lelaki’, masing masing tinggakan rumah tangga dan bersaing dengan lelaki untuk dapatkan hak kesamarataan, sampai anak perempuan dirumah terabai, dan bila tua korang tinggal dengan anjing sebab anak perempuan korang pun sibuk nak jadi lelaki.

Jadi, daripada korang berlumba lumba nak jadi lelaki lebih baik korang orang perempuan buat kerja yang lebih mulia iaitu: JADI PEREMPUAN.

Balik kepada Amina Wudud, sungguh menjadi Imam solat tak menaikkan darjat mana mana perempuanpun sebab zaman Nabi, Khatijah ke Aisyah ke mana jadi imam? Tapi mereka tetap dapat jaminan syurga. Mereka tetap dikira bertakwa, dan takwa di sisi Allah bukan bila perempuan dapat jadi imam atau lelaki dapat susukan anak, takwa bila masing masing buat kerja masing masing.
Rujuk isteri Nabi, Apa kerja mereka? Semua tahu sudah: mereka buat kerja mereka iaitu menjadi ibu yang Allah janjikan Syurga di bawah kaki. Melahirkan anak dapat pahala syahid, susui anak dapat pahala sedekah, taat suami pintu syurga terbuka dan macam-macam lagi.

Bila anak nak taat pulak, Nabi bagitahu tiga kali, taatlah ibumu dulu baru ayah.

Mendengar ini, ada tak lelaki cemburu dan fikir nak beranak macam perempuan sebab nak syurga bawah kaki? Isn’t that sexist? Ada?

Takde sebab kami faham tugas masing masing, tugas lelaki: JADI LELAKI BERTAKWA

Tugas perempuan: JADI PEREMPUAN BERTAKWA

Dan bidang ibadat LELAKI BERTAWAK tak sama dengan PEREMPUAN BERTAKWA.

Takwa yang Allah nilai, dan takwa bukan ada dalam hak kesamarataan jantina! Takwa ada dalam kefahaman agama yang Allah bagi kepada mereka yang ikhlas nak belajar dan amal agama!

Banyak kali Allah sebut kejayaan lelaki dan perempuan secara berasingan,: rujuk ayat 35 surah al ahzab:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”  

Kenapa Allah sebut secara berasingan? Sebab lelaki Berjaya bila jadi LELAKI soleh, dan perempuan Berjaya bila jadi perempuan SOLEHAH.

Bukannya bersaing semua nak jadi macam lelaki, tapi saling lengkap melengkapi!

Ambik satu contoh, Suami pergi kerja cari nafkah, wanita jaga anak dirumah, suami ajar isteri agama, isteri ajar anak agama. Suami cari harta, perempuan jaga harta, dan lain-lain. Cantik.

Tapi zaman sekarang, wanita nak jadi lelaki, nak pergi kerja jugak, tak salah pun, ada tempat kerja yang perlukan wanita, yang salah bila abai anak dan suami, atau anak ditinggal ditempat yang salah,tak jaga maruah, tak jaga akhlak, tak jaga solat, itu yang jadi hari biru!  

Habis tu perempuan tak boleh kerja? Boleh! Islam ada cara atasi masalah anak kena tinggal bila suami isteri bekerja, iaitu dalam islam suami boleh poligami, jadi wanita bekerja boleh tinggal anak rumah mak tirinya, alahai bukannya orang lain, madu kau jugak. (habislah aku kena kecam)

Itu satu contoh sahaja, bab kerja tak salah pun nak kerja, tapi bila balik rumah, tetap kena layan suami kerana disitulah takwa bagi wanita, jangan pulak balik kerja terus derhaka dengan alasan hak kesamarataan. Balik rumah azan berkumandang, perempuan boleh solat dirumah tapi lelaki sunnagnya kena solat di masjid walaupun penat bekerja kerana takwa lelaki ada dalam solat berjemaah, al faham ke idop?

Moral apa aku nak cerita, orang perempuan jangan berlumba nak jadi lelaki atau lebih kronik, nak lebih dari lelaki, padahal dalam Al quran dah cerita :please refer chapter number 2, verse 36!, (baca laju laju macam dr zakir naik)

“..... dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan.... ” 

So waktu kecik Allah dah bagitahu jobscope tak sama, apatah lagi bila besar, Ayah tak akan sama dengan ibu, si ibu jika nak kerja boleh tapi ibu jangan lupa tugas ibu seorang perempuan dan ayah jangan lupa tugas ayah seorang lelaki.

Tugas paling basic anak tak boleh derhaka pada ibu sebab syurga ada bawah tapak kaki ibu, dan tugas palinh basic seorang isteri tak boleh derhaka pada suami sebab syurga ada bawah tapak kaki suami. Simple!

Ya, aku tahu korang kerja, sama penat macam lelaki, tapi itu bukan alasan untuk tengkin dan layan suami macam sampah! Faham tak?

Ibu redha, anak masuk syurga. Suami redha , isteri masuk syurga, faham tak? simple jer nih.
Sungguh isteri lebih mudah masuk syurga berbanding si suami, isteri jaga solat, puasa dan taat suami, pintu syurga dah terbuka, walaupun suaminya sejahat firaun!

Tapi suami, jaga solat, puasa dan taat isteri belum tentu pintu syurga terbuka, sebab suami ada tanggung jawab dengan orang tua dia, dengan adik beradik perempuan dia, dengan anak anak dia, lagi tanggung jawab cari nafhah, cari makanan, cari pakaian, cari tempat tinggal, cari menantu, jaga solat berjemaah, dakwah jiran tetangga, keluar berjihad, keluar berperang dan banyak lagi!

Tapi itulah, korang memilih untuk jadi hina dengan menjadi terlalu sensitif, pembahagian harta lebihkan lelaki korang marah, aurat lelaki pusat ke lutut korang marah, lelaki kahwin dua korang marah, sedangkan Allah dah mudahkan korang untuk masuk syurga, cuba tengok jalan dakwah yang perlu lelaki lalui, dah laluipun belum tentu masuk syurga tau!, ada pejuang islam mati syahid tapi Nabi kata dia masuk neraka sebab niat untuk dapat perempuan, sedih kan?

Bacalah kisah Nabi dan sahabat, sungguh menjadi lelaki islam ini bukannya kerja mudah, di sini ada mujahadah yang berpanjangan, kerja koranglah untuk galakkan mereka solat berjemaah, dan galakkan mereka keluar jalan Allah.

Habis jika mereka tak keluar jalan Allah bagaimana dengan syurga saya? Jangan bimbang, Asiah isteri firaun pun boleh masuk syurga sebab orang perempuan taat perintah Allah dan taat suami, Pintu syurga dan terbuka walau suami sejahat Firaun, Tapi orang lelaki baik macam Ulamak, tapi anak perempuan dan isterinya boleh tarik masuk neraka jika Ulamak tak berdakwah pada anak dan isteri.

Kesimpulannya:

Sebelum datang Islam, hak wanita memang teruk, Mereka hanya  diperlukan sebagai hamba seks dan orang lelaki bebas nak buat hubungan seks dengan semua cara, seks ganas, seks luar tabie, semua mereka hentam, zaman sebelum islam, masyarakat anggap mendapat anak perempuan adalah petanda sial.


Kaum wanita juga dilayan sebagai hamba abdi, bahkan lebih hina dari itu sebab diseksa zahir batin..
Anak tiri lelaki boleh menjadikan ibu tiri mereka sebagai hamba bila ayah mereka mati. lepas tu kajadian membunuh anak perempuan hidup-hidup dengan alasan malu perkara biasa.

Zaman itu, lelaki bebas berkahwin seberapa ramai dengan wanita yang dia suka. ‘Urwah bin Mas’ud telah memiliki sepuluh orang isteri sebelum Islam, dan seorang Ayah boleh menjual anak perempuan macam hamba.

Bab kahwin pulak, Perempuan yang datang Haid tidak boleh duduk sebumbung dengan Suami, mereka kena keluar rumah sampai Haid habis. Malahan haram perempuan Haid menyentuh suami mereka sebab di anggap sedang kotor. Bila suami tak suka isteri, mereka menceraikan isteri dengan cara menghina (kaedah zihar)

Balu wanita yang kematian suami diasingkan dan wajib pakai pakaian yang buruk-buruk dan tidak boleh memakai bau-bauan selama setahun. Lepas setahun, wanita itu kena sentuh kambing dengan kemaluan, barulah dia bebas dari eddah dan bolehlah pakai cantik cantik. (apa ke jadah?)

Lebih tragis, ada Hamba wanita yang mengadung menjadi mangsa judi teka jantina bayi, lepas dua pihak bertaruh, perut akan dibelah atau dipijak untuk mendapat keputusan.

Banyak lagi jika nak cerita, ada jugak kes yang mana bila suami mati, perempuan akan dibakar hidup hidup dengan suami, dengan alasan sehidup semati, apa ke jadah, 

Pendek cerita:

Kemudian munculah Nabi Muhammad SAW yang membela hak wanita melalui hukum Islam, terdapat banyak hadis berkenaan menjaga hak wanita, antaranya:

Wajib berlaku baik pada bini, Tak boleh pukul bini sewenang wenang, Tak boleh setubuh waktu haid, Tak boleh setubuh ikut lubang jubor, Tak perlu halau bini waktu haid, kena layan macam biasa.

Jika bercerai cukup dengan lafaz talak, bukan menhina macam zihar. Jika mampu kahwin maksima hanya empat bini, 

Bab kemuliaan, Anak tak boleh jadikan ibu sebagai hamba, haram. Shurga di bawah tapak kaki ibu, wajib taat pada ibu

lepas tu Islam wajibkan orang lelaki  memberi pakaian, dan memberi makan serta menyediakan rumah bagi isteri dan anak perempuan. Boleh duduk dan bermesra dengan bini walaupun Haid, (tanpa bersetubuh, nak cuim, nak pelok boleh jer)

Tempoh edah hanya 3 kali suci (bukan setahun macam sebelum islam)

Banyak hadis sebut Doa wanita lebih makbul dalam kes tertentu, waktu beranak, waktu menyusu.

Ada hadis cerita: menggembirakan anak perempuan dengan hadiah, mendapat pahala besar. Kena dahulukan anak perempuan bab kasih sayang. Haram bunuh anak, malahan berdosa jika anggap anak perempuan sebagai nasib sial.

Jika ibu dan ayah panggil si anak, si anak kena sahut seruan ibu dahulu.

Banyak lagi, Perempuan sabar mengandung dapat pahala, sakit beranak pula mendapat pahala mati syahid. lepas tu Di jamin masok shurga jika besarkan anak perempun dengan ilmu ugama sampai berkhahwin, Perempuan menyusu mendapat pahala berganda.

Semua tahu, Perempuan tak perlu berjihad macam lelaki tapi mendapat pahala jihad melalui amalan khidmat.

Tak boleh tengok aurat perempuan selagi belum kahwin. maruah mereka terjaga.

Dan lain lain..


Banyak lagi jika nak cerita, tapi Kesimpulannya adalah:

Orang perempuan tak perlu jadi “lelaki” untuk Berjaya, Allah dah buat standard kejayaan untuk korang, terpulang sama ada nak follow atau let it go.

Contoh mudah: Orang perempuan tak perlu pergi masjid solat berjemaah untuk dapat pahala 27 kali ganda, solat jer di rumah dan layan suami balik masjid elok-elok, terus korang dapat pahala lebih banyak dari solat berjemaah 27 kali ganda, Nampak tak?


Dalam hadis tentang nasib lelaki di padang mahsyar, Nabi cerita kisah tujuh lelaki yang Berjaya duduk bawah Arasy tempat teduh dari panas kemurkaan Allah.

Lelaki itu adalah mereka yang sudah baik sejak dari muda, ikhlas bersedekah, solat berjemaah, tidak menghampiri zina, bertahajjud, berdakwah  dan pemimpin yang adil.


Mana pergi wanita dalam hadis ini? Simple! Wanita yang berkahwin dengan lelaki itu, semua dah masuk syurga awal tak perlu duduk di bawah arasypun.

Eh? Macam mana wanita boleh masuk syurga awal? Kan dah cakap tadi: Wanita untuk masuk syurga hanya perlu jaga solat, dan taat pada suami. Simple.

Maka wahai orang perempuan, jika diberi pilihan menjadi menjadi PEMIMPIN dunia atau SYURGA dibawah kaki? Mana yang kamu mahu?

Jika lelaki, tepuk dada tanya iman, korang pulak:

Tapuk buah dada, tanyalah iman.

Woha!

Jun 6, 2018

Apa yang korang Bantah membantah?

(hari ni kahwin, tak kan esok terus dapat anak!)

Bulan Puasa, moreh lepas tarawih, penyokong BN dan PH telah mulai tempoh berkempen untuk PRU untuk lagi 5 tahun akan datang. Antara perbualan mereka yang aku rasa rare!

*****
“Mujur PH menang, baru kita tahu Najib banyak buat hutang berbellion”

“baguslah korang siasat Najib, tapi siasatan skandal matawang Bank Negara yang mengakibatkan kerugian RM30 billion di zaman tun M tu bila nak siasat?”

“Yang lepas tu lepas lah, kita kena siasat yang terkini, ketua BN banyak simpan wang juta juta dalam rumah”

“Jangan nak sibuk dengan BN, PH Kata lepas PRU minyak turun harga? Tak turun pun?”

“relaxlah, tak kan lepas kahwin terus dapat anak?”

“Habis tu masa sebelum PRU hari tu janji terus dapat anak tu kira anak luar nikah ke?”

“please Bro, Kerajaan Rom nak jadi hebat bukan ambik masa sehari!”

“Tapi kerajaan Rom nak tumbang ambik masa satu hari jer”

“Masalah sekarang hutang negara satu trillion”

“Hutang negara ikut Menteri Kewangan sebenarnya 800 billion sahaja, Debt-to-GDP ratio baru 51%”
“eh? Kau ni lebih pandai dari Tun M, hutang keseluruhan 1 trilion, jadi ratio adalah 73%, ni semua salah BN”

“73% pun masih rendah, Rekod tertinggi dalam sejarah Malaysia ialah 103% pada tahun 1986, zaman Tun M, tapi tak kecoh pun”

“Apa pulak tak kecoh, negara kita dah nak bankrap”

“Bankrap apa ke jadah? korang kena rujuk agensi penarafan kredit antarabangsa seperti Moody's, S&P dan Fitch yang memberi penarafan 3A kepada sesebuah negara, tak kira berapa ratio-nya, 103% ke, 73%, 230% ke, maksudnya risiko bankrap itu adalah minima, tak perlu pun rakyat kena derma kat negara ni”

“bukan mintak derma, kita kena potong gaji untuk selamatkan hutang negara”

“Bayar hutang PTPTN pun nak tunggu sampai gaji rm4000 ada hati nak buat crowdfunding bayar hutang negara pulak”

“itu dah manifesto janji bayar PTPTN bila gaji rm4000”

“habis tu manifesto minyak bila nak turun? Tol bila nak mansuh?”


“eh? PH yang tak tunaikan janji Manifesto, kami penyokong PH tak bising pon, kenapa kau nak sibuk pulak?

“habis tu BN buat hutang berbillion, kami penyokong BN tak bising pon. Kau sibuk kenapa?”

“Woha!”


******

Nak tersembur air kopi aku tengok geng taksub PH dan BN bertekak. Adohai..

Tak payah lah nak gaduh gaduh isu negara nak bankrap dibulan Ramadan ni, karang habis pahala sebab bercakap benda yang boleh datangkan fitnah, baru tahu apa itu bankrap,

Biarkan kerjajaan buat kerja mereka, isu hutang negara tu, kerajaan dah tentu ada cara nak bayar balik, jika dulu guna GST dan lain lain cukai, nanti adalah tu cukai baru, kita bayar cukai jerlah, itulah salah satu cara nak selamatkan negara.

Rujuk negara negara maju yang banyak bagi kebajikan pada rakyat, tapi cukai mereka tinggi. Kita Malaysia nak ke arah negara maju kena faham-fahamlah.

Tapi itulah! Macam macam hal korang bincang di bulan puasa begini, baik lepas berbuka, waktu moreh, sebelum sahur, dan siang hari semua nak sembang isu politik siap perli, caci, maki dan sebagainya.

Adakah perbincangan korang akan membantu jiwa dalam meningkatkan iman?, sedang maksud kita puasa adalah untuk meningkatkan keimanan melalui peluang Rahmat di bulan ramadhan..

Korang tahu tak apa maksud puasa? Selain merasai pengalaman orang susuah yang lapar, dari segi rohaninya ,maksud puasa adalah untuk membawa sifat ketaatan malaikat ke dalam diri, yang mana, semua tahu sudah, bahawa malaikat adalah makhluk yang paling taat beribadat pada Allah dan melalui ‘jalan’ malaikat ini, iaitu berpuasa, atau senang cerita, tak makan, tak minum dan tak bersetubuh, maka insyAllah akan mudahlah sifat malaikat datang ke dalam diri di bulan puasa yang mana ketaatan di bulan puasa ini akan di bawa pula ke sebelas bulan yang lain, atau dalam erti kata lain, membawa ketaatan dibulan puasa ke luar bulan puasa.. itulah maksud puasa

Oleh sebab itu, untuk membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri, adalah melalui dua cara, pertama adalah dengan berpuasa dan kedua adalah melalui beriktikaf..

Melalui puasa, iaitu tahan lapar, dan tahan nafsu, maka nafsu akan tunduk lalu terbukalan jalan malaikat ke dalam diri, sementara melalui beriktikaf di masjid, maka suasana malaikat yang sentiasa beribadat dalam masjid juga akan meresap ke dalam jiwa orang yang beriktikaf, sebab itulah dalam hadis banyak cerita fadhilat tentang puasa di siang hari dan fadhilat beriktikaf di malam hari, dan kedua dua amalan ini adalah pekej lengkap dalam membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri.. faham?

Untuk itu, Puasa kena betul betul macam malaikatlah, jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan.., begitu jugak waktu beriktikaf, kena jugak jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan… dan jika korang rujuk hadis, Nabi siap buat khemah dalam masjid lagi di bulan puasa.., dan amalan tidur di masjid sebelum tahajjud, bukanlah amalan kumpulan tabligh sri petaling sahaja, tapi semua orang Pas, Umno, Amanah dan persatuan so call Islamic yang lain..,

Lengkapkan pakej ‘menjadi malaikat’ dengan berpuasa di siang hari dan beriktikaf di malam hari.., semua tak nak jadi syaitan bukan? Semua nak jadi macam malaikat.. dan sebagai bonus, Allah dah tangkap syaitan di bulan Ramadhan supaya tak ganggu korang berpuasa dan beriktikaf.., mudah kan? Lepas tu Allah tambah lagi bonus raya lebih dari dua bulan, seribu bulan beb…!

Tapi korang, walaupun syaitan dah kena ikat, korang masih asyik bantah membantah di sini sana dengan berbagai bagai isu yang bukan sahaja tak boleh meningkatkan iman, tapi tambah dosa lagi ada.. ada masa jer terus kutuk penyokong kerajaan dengan kata kata nista, penyokong kerajaan pun kutuk pulak pembakang dengan kata kata nista.

Tapi tahniah pada mereka yang menegur dengan fakta, berbahas dengan ilmiah, sopan santun dan jaga akhlak terpuji, Alhamdulillah. Tak ada masalah pun nak hal politik tapi jangan sampauh gaduh sudah!

Namun dalam korang asyik bantah membantah, korang tahu apa yang malaikat di langit sana asyik bantah membantah?

Ha! Itulah korang.., tak tahu… asyik dengan isu hari ni kawin tak kan esok dapat anak tak habis habis, adohai..

Mari sini aku cerita.., tentang apa perkara yang malaikat bantah membantah dilangit sana, di beritakan ketika Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah dalam suasana yang begitu indah lalu Allah bertanya kepada Nabi akan apakah perkara yang malaikat di Malail a’la sedang bantah membantah?

Maka Nabi menjawab, “Tidak tahu”.

Kemudian Allah meletakkan ‘tangan’Nya yang mulia ke atas dada Nabi Muhammad SAW sehingga kedinginan terasa sampai ke dalam dada Baginda. Dengan keberkatanNya maka tersingkaplah seluruh alam kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas Allah bertanya “ Ya Muhammad, sekarang beritahulah apa yang menyebabkan para malaikat bantah membantah?”

Maka Nabi menjawab, “para malaikat bertelingkah tentang amalan yang meninggikan darjat, amalan yang menghapuskan dosa, ganjaran yang diperolehi bagi langkah seseorang yang pergi untuk menunaikan solat berjemaah, kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna ketika cuaca sejuk dan kelebihan duduk menunggu solat selepas menunaikan satu solat. Sesiapa yang dapat memelihara semua ini, akan hidup dan meninggal dunia dalam keadaan baik.”

*****

Maka duduk diam diam, berhentilah bincang isu politik sekejap, marilah ambik peluang untuk jaga solat kita terutama di bulan puasa begini, jadikan diri kita termasuk mereka yang melangkah kaki ke masjid, dan duduk menunggu waktu solat di dalam masjid. Al maklumlah nak masuk syurga, bukan macam “hari ni kahwin, esok terus dapat anak”

Woha!