Apr 20, 2021

Baca Yasin dapat Duit?

Ini bukan scam, ini macam saya jumpa lombong emas, dan bagitahu semua orang, cara nak dapatkan emas. Lombong dah depan mata, kena ‘gali’ sikit sahaja.

Alkisahnya, saya dan sahabat saya ada jual Ebook bertajuk MUDAHNYA HAFAL YASIN.

Jadi nak ajak tuan tuan semua jadi ejen, modalnya hanya beli Ebook sekali, lepas tu tiap kali anda berjaya jual, akan dapat RM20. Jual kepada lima orang dapat RM100. Jual kepada lima puluh orang dapat RM1000.

Tak perlu keluar rumah, jual secara online sahaja, copy paste di media sosial, FB, IG, Whatsaapp dan lain lain sebab bila jadi ejen, korang akan dapat link yang mana orang beli Ebook itu dari link anda, automatic, system akan bagi komisyen RM20 bagi setiap jualan.

Jadi macam mana nak jadi ejen?

1. Klik link ini dan beli Ebook harga RM41 sahaja

https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/order/form/yasin/hamka

2. Lepas dah beli, maka pihak kami akan email:

  • Ebook Mudahnya Hafal Yasin.
  • Audio bacaan Surah Yasin oleh 6 orang Qari termasyhur
  • Mushaf Surah Yasin (pdf) yang cantik untuk dijadikan rujukan semasa menghafaz
  • Juga link untuk mendaftar jadi ejen (mudahnyahafalyasin.onpay.my/affiliate/register)
  • Juga Link untuk FB Support bagi tujuan Hafazan dan lain lain persoalan.

3. Selepas daftar boleh login, menggunakan ID dan Password yang telah di daftarkan di:

https://mudahnyahafalyasin.onpay.my/affiliate/login

4. Di sini boleh lihat jumlah pendapatan, dan terus dapatkan link affiliate anda.

5. Dan lepas tu Boleh start mempromosi dan mendapat income 50% setiap jualan, Alhamdulillah.

Jika ada apa apa masalah, boleh mesej saya di FB Hamka Kereta mayat (https://www.facebook.com/keretamayat)

Semoga dengan usaha ini, ramai orang dapat menghafaz surah Yassin, Amin.



13 Doa Dalam solat, tahu tak?

Ingat masa sekolah dulu, cikgu Tadika tanya nak jadi apa? Atau apa cita cita? Ada yang jawab nak jadi polis, askar, bomba, itu geng lelaki lah, geng perempuan biasanya nak jadi jururawat, pegawai jpj, peguam, macam macamlah, semua tu sebab nampak cool orang beruniform, tapi ada jugak budak budak bila ditanya apa cita-cita tak dapat jawab, sebab tak tahu nak jadi apa?

Budak budak takpe kot jika cita cita belum ada, tapi ada pelajar yang dah masuk university pun belum ada cita cita? Kan susah tu?

Sebab jika kita tak ada hala tuju, maka perjalanan tak dapat di atur.

Jadi hidup ni kena ada impian, lima tahun akan datang apa nak capai? Lima bulan akan datang, apa nak capai? Lima hari akan datang, apa nak capai? Lima jam lagi? Ada nak capai sesuatu tak?

Jika ada impian, ada target, maka senang kita susun langkah kerja, contoh jika saya nak capai lima buku lagi lima tahun, maka lima jam dari sekarang saya dah kena ada tiga muka surat, begitu contoh lebih kurang.

Dulu saya target nak ada rumah sebelum kahwin, rumah teres pun tak apa, lepas nak beli kereta sebelum kahwin, second hand pun tak apa, kemudian nak kahwin paling lewat umur 25 tahun, nak ada ijazah, nak bina rumah atas tanah mini bangglo sebelum 40 tahun, nak ada sepuluh buku sebelum umur 40 tahun, nak menonton semua filem terbaik dunia sebelum umur 40 tahun, nak daki gunung kinabalu, nak menyelam, nak berkuda, nak berenang, nak ada anak paling kurang ikut bilangan kerusi kereta, banyak target saya buat, dan Alhamdulillah, 80 peratus tercapai dengan jayanya.

Moralnya kita kena faham apa target kita, dan bila faham target, maka senang nak susun atur langkah kerja, dan bila langkah kerja dan Nampak, maka senang nak doa sebab semua tu dah dipecah kecil.

PECAH KECIL dalam doa memudahkan impian kita tercapai.

Itu cerita bab dunia, bab akhirat semua orang target nak masuk syurga, jadi dalam usaha nak mencapai syurga ada bab PECAH KECIL dalam doa yang kita kena capai agar senang nak usaha dan doa..

Nak masuk syurga, kenalah beriman, amal soleh, berpesan dengan hak dan sabar, pecah kecil lagi, semua nak kena solat sebab solat ini tiang agama.

Cerita bab solat, semua tahu rukun solat ada tiga belas, jika tertinggal maka tak sah lah solat kita. Semua tahu solat ni melibatkan tiga perkara iaitu (1) hati, (2) suara, dan (3)pergerakan maka rukun hati ada (2)dua, rukun suara ada (5)lima, rukun pergerakan ada (5) enam! Campur semu tu cukup (13)tiga belas! Wajib belajar jika tak, solat jadi tak sah sebab sunat atau batal semua kita tak tahu.

Maka bila solat tak sah, maka macam mana nak masuk syurga?

Jadi kena belajar rukun 13, dan tahu tak korang dalam solat ada 13 doa?

Tiga belas doa ni adalah impian dan cita cita kita yang dah dipecah kecilkan agar senang nak doa dna usaha.

TIga belas doa ni pulak, bukan semua wajib, ada yang sunat, pecah keci lagi tu.

Jadi semua ni kena belajar, maka biar saya senaraikan tiga belas doa yang kita kena tahu makna dan buat usaha.

13 doa dalam solat bagi yang tak tahu makna.

1. Berikan aku jalan yang lurus

2. Jangan berikan aku jalan orang yang di Murkai (melampau)

3. Jangan berikan aku jalan orang yang sesat (cuai)

4. Kasihankan aku

5. Tutup aibku

6. Cukupkan aku

7. Angkatlah Darjatku di sisiMU

8. Rezekikan aku

9. Berikan aku Petunjuk

10. Sihatkan aku

11. Ampunkan aku,

12. Salam selamat kepada Nabi

13. Salam selamat kepada kami dan orang soleh

Jadi abang mayat bagi kerja rumah sikit,

1. Dari 13 doa ini, mana doa yang wajib dibaca?, jika tak baca solat tak sah?

2. Senaraikan doa yang sunat?

3. Berikan contoh jalan yang di murkai?

4. Berikan contoh jalan yang sesat?

5. Berikan contoh jalan yang lurus?

6. Doa ini juga di baca oleh orang soleh, apa relevennya orang soleh meminta jalan yang lurus?

Cukuplah enam soalan, selamat mengadap ustaz dan kitab untuk menjawab.

Woha!

Apr 19, 2021

Kisah ringkas Datuk kita?

Kita ni anak cucu nabi adam, manusia pertama, DNA nabi adam ada dalam badan kita. Ahli sains namakan DNA ni: Y-chromosomal Adam -MRCA (most recent common ancestor) yang mana ahli genetik membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang hidup adalah berasal daripada seorang manusia yang tinggal di Afrika sekitar 338,000 tahun dahulu.

Sebagai cucu yang bermaruah, kenalah tahu seba sedikit tentang Atuk Adam kita.

(baca sampai habis dan korang akan menjadi cucu yang berbeza di hujung artikel)

Alkisahnya, Allah dah cipta makluk yang taat Allah macam robot, namanya malaikat, dan Allah telah cipta makluk yang derhaka pada Allah juga macam robot, nak membatah ker kerjanya, namanya iblis.

Sekarang Allah nak cipta pula makluk yang ada sifat taat macam malaikat dan sifat derhaka macam iblis dalam satu kejadian, iaitu manusia.

Malaikat dan iblis sama sama tak setuju penciptaan ini, tapi malaikat akhirnya taat sebab itu dah kehendak Allah, dan taat adalah sifat malaikat, tapi Iblis tetap tak setuju, adohai…

Semua tahu, Malaikat di cipta dari cahaya, iblis di cipta dari Api, dan untuk cipta manusia, Allah guna tanah.

Maka turunlah malaikat Jibrail ke bumi nak ambik tanah, tapi bumi tak bagi, Lepas tu turun lagi Malaikat Mikail dan Israfil pujuk bumi benarkan ambik tanah, bumi tetap tak setuju Allah cipta manusia dari tanah lepas tu akan buat kerosakkan atas bumi sebab manusia akan ada sifat iblis dalam diri.

Maka akhirnya turun Malaikat Maut give him an offer he can't refuse, terus bumi bagi.

Maka dalam riwayat mengatakan, Tanah Baitulmuqaddis jadi kepala, Tanah Mesir jadi telinga, Tanah Iraq jadi dahi, tanah Yaman jadi muka. Tanah Taif jadi lidah.

Tanah Kaabah tangan kanan,  Tanah Paris tangan kiri, Tanah Iran jadi perut, tanah Babylon jadi alat kelamin, Tanah Tursina jadi tulang, Tanah India jadi kaki.

Mata dan hati,  dicipta dari tanah Syurga, so kita semua ni keturunan Mix, bumi dan syurga.

Bila dah siap, Roh masuk dari kepala, mata terbuka NAbi adam terlihat nama Allah dan Muhammad dipintu Syurga, kemudian bersin, lalu mendengar ucapan Alhamdulillah yang terpacul dari mulutnya sendiri, semuanya datang dari Ilmu Ilham, yang mana ilmu ilham adalah kelebihan Nabi adam berbanding malaikat dan Syaitan.

Roh sampai perut, dah rasa lapar, roh sampai kelamin, terus nak bergerak padahal kaki masih keras, begitulah sikap manusia yang tak sabar terzahir.

Bila dah siap sepenuhnya, Allah perintah malaikat dan Iblis sujud hormat, Malaikat semua sujud, Iblis bantah.

Pendek cerita, Adam hidup di syurga, dan Malaikat yang banyak Tanya pada Nabi adam tentang ilmu di syurga kerana semua Adam tahu. Nama pokok, nama haiwan, sifat serangga semua Nabi Adam tahu, Bapa of National Geographic!

Namun hidup di syurga yang semua indah, lokasi indah, makan sedap, the best place untuk mengembara, tapi Nabi adam rasa sunyi, sebab tengok burung ada pasangan, rama rama ada kawan, tapi aku mengembara sorang sorang tak best jugak.

“Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan, Sayang engkau tak duduk disampingku kawan”

Eh? Menyanyi lagu Ebiet G lah pulak, sunyi bang, kenalah nyanyi sikit, huhuhuhu.

Lalu Nabi Adam minta diciptakan satu lagi makhluk sebagai teman, maka bangun pagi esok, Malaikat tak sabar nak Tanya Nabi adam, siapa tu tidur sebelah kamu? Kenapa tak sama? Kenapa cantiknya berbeza?

Adam dengan ilmu Ilhamnya, The Curse of Knowing, anugerah Allah, terus bagitahu ohhh, ini Hawa namanya, jantinanya wanita, isteri saya, dia ni lebih lemah dari saya, tapi jiwanya kuat, Bapa of Sains Wanita pulak, he he.

Tapi bersama dengan anugrah Hawa, ada larangan, Allah benarkan adam dan hawa buat apa sahaja dalam syurga, berjimak, mengembara, hiking, menyelam, makan, tidur, bekarya, menyanyi, berguling di kebun bunga, semua boleh tapi satu sahaja tak boleh, jangan makan buah dari pohon larangan.

Kat sini kita boleh belajar tentang takdir, iaitu Allah cipta manusia mahluk yang boleh buat pilihan dalam system kebarangkalian pilihan takdir., maka Iblis akan guna kelebihan ini untuk sesatkan manusia dengan kaedah pilihan yang berkadaran dengan kebarangkalian Takdir.

Di sisi allah, ada berjuta juta Universe hasil pilihan manusia, manakala disisi kita, pilihan kitalah yang membentuk universe tersendiri dan itulah hakikat takdir!

Pendek cerita syaitan datang untuk menggoda Nabi Adam makan buah tu agar takdir Nabi adam berubah, tapi orang lelaki memang cool!, orang lelaki tak mudah terpengaruh dengan anasir luar, tak terpengaruh dengan iklan murahan, tak terkesan dengan promosi jualan murah…, tapi tidak dengan perempuan, selamba je syaitan pujuk suruh makan buah larangan, Hawa percaya dan terus makan, ohhh perempuan memang mudah terpengaruh dengan pujukan, sebab tu jika seks dengan perempuan bawah umur di kira rogol, sebab mereka mudah dipujuk, maka janganlah bangga dapat mengorat awek pakai baju sekolah, adohai.. eh? Ni cerota pasal apa pulak ni?

Balik kepada kisah Hawa, hmmm, Tapi kan? ada bagus jugak perempuan ni sebab dia ingat kat laki dia, dia makan separuh je, lepas tu simpan separuh kat Nabi Adam… kalau laki korang pergi kedai mamak pekena roti canai dengan teh tarik, takdenya laki kau nak bungkus bagi bini dia tapi bini korang kalau ada jamuan kat opis dia, mesti bungkus bawa balik kat laki dia.., saya respect betul lah bini bab simpan makanan untuk laki, he he..

Maka marahlah Nabi Adam bila Hawa dah makan buah larangan, tapi, adohai..… orang lelaki kena pujuk rayu ngan perempuan cantik… habis tergoda! sama macam kau: sebab kaulah yang drive kereta pergi pasaraya dan pikul barang-barang yang di borong oleh bini kau, semuanya gara gara kau yang memang cair kalau perempuan macam bini kau datang pujuk kau…, siapa tak sayang bini kan?

Akhirnya syaitan datang jugak, sumpah dengan nama Allah boleh makan buah ni, hmmm, lelaki semua sama, Nabi Adam pun kena tipu jugak dengan iblis, sebab Iblis sebut nama Allah! maka Nabi adam percaya dan makanlah buah tu sama dan terdedahlah aurat serta aib mereka yang buatkan mereka tak layak lagi duduk dalam syurga lalu di buang ke dunia..,

Sampai dunia, Allah takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di bumi yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta dan mungkin masih ada saki baki dinasour belum pupus yang lapar, tapi…

Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada? Atau Siti Hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena virus Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa-jumpa?

Mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan dosa mereka. Simple.

Percayalah, Allah jaga kita, Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!

Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah?

Begitulah jugak alam ini, semuanya penuh dengan tanda kepada kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.

Balik kepada kisah Nabi adam dan Hawa, akhirnya mereka berdua taubat, lalu Allah ampunkan dosa, dan untuk kembali ke syurga, mereka diuji dengan perlu menjalani hidup sebagai hamba yang taat, sabar dengan semua ujian hidup, syukur dengan semua baki nikmat, ikhlas dalam semua amalan kebaikkan, dan bertaubat dari semua dosa.

Akhirnya Adam dan Hawa wafat,semua orang akan jadi mayat, yang mana jasad mereka kembali ke dalam bumi, namun roh mereka masuk ke dalam jasad baru yang dibuat dari tahah syurga sepenuhnya…, lalu hidup bahagia selamanya di syurga yang tidak ada buah larangan.

Manakala di Neraka wujud Pohon berduri bersama buah berduri yang mana itulah satu satunya makanan ahli nereka, bila makan, sakit perut yang lebih azab dari neraka…

Di tingkat tiga neraka, tinggalah Iblis dan Syaitan di azab siang dan malam.

Di neraka terbawah, adalah untuk orang munafik, yang pura pura islam, di azab siang dan malam.

Maka end of story, Nabi adam dan hawa kembali ke syurga dan hidup bahagia selamanya, manakala Iblis dan Syaitan masuk neraka bersama anak cucu Nabi adam yang tak ambik pengajaran dari kisah nenek moyang mereka.

Akhir kata:

Cukuplah sekali Datuk Adam dan Nenek Hawa makan buah larangan, jangan kita ke neraka makan buah neraka pulak, adehhhhhh…

Nota kaki.

(1) Kita semua di beri nikmat hidup yang pelbagai

(macam Nabi adam di syurga, kita ada negara yang aman, maka boleh melihat, ada kaki, ada akaun FB)

(2) Kita semua perlukan teman

(seorang ibu, seorang anak, seorang suami, seorang isteri, seorang kawan, jika takde, cukup Allah bagi saya)

(3) Kita semua ada benda yang dilarang buat

(macam makan buah larangan, kat dunia ni dilarang makan babi atau minum arak, atau hisap dadah, jangan buat yer)

(4) Kita semua mudah tergoda dengan Iblis tapi pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa masih di kandung badan.

 (tiada anak adam yang tidak buat silap, maka janganlah malu bertaubat kerana banyak dosa, tapi malulah buat dosa kerana sudah banyak bertaubat-woha!)

Maka atuk ku, Nabi adam, tunggu saya datang! Dan di syurga nanti boleh tak cerita pengalaman makan buah larangan, sedap dia macam mana? Ada macam musang king tak?

Woha!

Apr 18, 2021

Rahsia malam orang islam?

Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kenapa?

Ya betul, susah macam manapun hidup kita, selagi dunia ini berputar, maka munculah waktu malam, dan Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kenapa?

Kerana Allah Bersumpah demi waktu malam, bahawa Allah telah ciptakan malam untuk manusia berehat.

Jadi kepada mereka yang sedang penat dalam ujian hidup, gembiralah dengan malam kerana ada rehat didalamnya.

Rehat yang bagaimana?

Rehat dalam solat tahajjud yang dikerjakan dengan perlahan dan relax, dan doa panjang panjang sambil menangis.. perghhh, segala masalah pasti akan selesai!

Alkisahnya, Kita ni bila ada masalah, selalu sangat kita kurang punyai ilmu atau ilham cara terbaik nak selesaikan masalah, masalah semua orang ada, tapi jalan penyelesaian terbaik tu kita buntu, itu yang susah hati., normalah tu. Semua manusia macam tu.

Nabi dulu bila ada masalah Allah bantu dengan wahyu. Tapi sebelum wahyu nak datang, Nabi hari hari solat malam.

Maka kita yang berada di zaman Islam telah sempurna, lalu wahyu terhenti, tiba tiba sewaktu kita susah resah dengan ujian hidup, tapi.. ada tak rasa nak bangun malam dan mengadu pada Allah?

Ingatlah, walaupun wahyu telah berhenti, tapi “Kita ada Allah”

Kita ada Allah?

Ayat ni selalu orang sebut bila susah, atau ada orang zalimi kita, maka ada orang pujuk, “Kita ada Allah” tapi apa buktinya kita faham tentang kalimah “Kita ada Allah”?

Jawapannya, solat malam, solat tahajjud yang dikerjakan dengan perlahan dan relax, dan doa panjang panjang sambil menangis, baru betul “Kita ada Allah”!

Pengalaman hidup saya, samalah macm korang semua, akan tiba satu waktu, macam macam ujian hidup, hingga dada rasa sempit, hati rasa gelisah, langit rasa rendah, dan bumi macam nak telan kita, tapi takpe, hari masih siang, saya hanya perlu sabar jap, masuk waktu malam nanti, segala masalah saya akan selesai.

Ingat ayat ini: Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kenapa?

Sebab “Kita ada Allah”

Betul ni, Allah dah buat temu janji dengan semua manusia disepertiga malam, maka bila ada masalah, nak tidur pun tak lena, jadi jam tiga pagi, bangunlah, rendam telur dua biji dalam air panas, lepas tu mandi bagi badan rasa segar, lepas mandi pakai pakaian solat terbaik, macam hari raya, serban, jubah, minyak wangi, lepas tu telur tu pecahkan, makan macam sahur, minum air panas kegemaran, sebab nak solat nanti tak nak diganggu bunyi perut lapar.

Jadi dalam 3.30 pagi, dah start solat hajat 12 rakaat, lepas dua rakaat, salam, dan doa pendek nak masuk syurga, kemudian sambung lagi solat, lepas empat rakaat, duduklah berdoa panjang panjang, ceritakan semua masalah kamu pada Allah, cerita macam borak dengan kekasih, bisik-bisik sambil menangis, merayu, merintih,..

“Ya Allah, saya hamka, lelaki hina banyak dosa.., sob sob, banyak nikmat kau beri, tapi hari ni ada sikit ujian, sob sob.., saya yang akan penat mangadu nanti, sedang Kau Maha Mengengar, sob sob,, masalah saya begini, sob..sob..”

(30 minit kemudian)

Lepas dah habis mengadu, air mata pun dah kering, bangun dan solat lagi, faham makna bacaan sangat membantu, lepas tu doa lagi.

Habis 12 rakaat, boleh tutup dengan solat witir satu rakaat.

Dan pasti sangat pasti, sebaik habis solat, waktu itu rasa tenang setenangnya, malam menjadi sangat indah, bintang berkelip indah, bulan rasa macam dekat, udara sangat nyaman, dan bertalu talu ilham nak selesaikan masalah datang berduyung duyung, macam wahyu mengalir masuk otak, jika waktu sedih sebelum ini kita rasa takut nak hadapi hari esok, sekarang rasa tak sabar nak tempuhi hari esok.

Hari esok!, jalan mendekatkan diri ke syurga akan terbentang! Ayah bangunlah wahai semua jiwa yang sedang menderita, nikmatilah malam ini, dalam solat sepertiga malam. Nikmatilah malam ini, maka esok akan menjadikan langkahan kita semakin hampir ke syurga.

Pesan Nabi dalam hadis: “Sesungguhnya pada satu malam ada satu waktu, tidaklah seorang muslim itu memohon kepada Allah akan sesuatu kebaikan daripada urusan dunia dan akhirat, melainkan Allah SWT akan memperkenankannya. Demikian itu berlaku pada setiap malam.”

Pesan Allah dalam Al quran “Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah (solat tahajjud) padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan serta menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”

Jadi kepada semua orang yang PM saya cerita apa sahaja masalah anda, inilah jawapan yang Allah telah berilan dalam Al quran, saya tulis balik sini agar senang copy paste.

“Kita ada Allah”!

Selagi ada malam, maka semua masalah akan selesai.., kerana “Kita ada Allah”!

Woha!

Apr 17, 2021

Lima nikmat depan mata?

“Asalamualaikum Abang kereta mayat, saya tengok orang ke masjid ni macam riak, pakai baju jubah dan serban nak tunjuk diri alim pergi ke masjid? Bukan Islam larang riak ke?”

****

Waalaikumuslam, saya jawab secara umum lah yer..

Korang sebenarnya sangat untung.., sebab?

Ok, abang mayat nak tanya pembaca yang lain sikit…

Jiran korang ada pergi surau tak solat berjemaah? Belah kiri ke?

Belah kanan ke? Depan ke? Belakang ke? Ada tak?

Jika ada untunglah, sebab korang dah dapat berjiran dengan ahli syurga.

Sebagai ahli syurga, mereka telah di beri dengan lima nikmat yang besar!

Pertama, mereka ada masa lapang.

Memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.

Habis bab masa lapang..

Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.

Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.

Korang pulak yang kaya raya, kereta besar lag baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!

Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-

Nikmat kesihatan.

Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.

Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH.

Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang, alhamdulillah.

Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, tuduh oraang riak, padagal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham ap aitu shiar islam. Hampeh!

Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam.  Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!

Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:

“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?

Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..

Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!

Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.

Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!

Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?

Woha!

Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah. Jadi kepada wanita. Galakkan suami dan anak lelaki ke masjid. Alhamdulillah

Apr 16, 2021

Logo sebagai azimat?

"Salam, Dalam islam ada benda azimat ke? macam kayu kapal Nabi Nuh? Logo Capal nabi? ada ke dalam Islam benda benda azimat ni?"

****

Salam.., takde pulak dengar kisah sahabat guna kayu bahtera Nabi Nuh buat azimat, atau guna Batu yang digunakan Nabi Ibrahim melontar syaitan buat tangkal, atau serpihan tongkat Nabi Musa buat berubat, atau selipar Nabi buat logo, takde pulak saya yang jahil ini ada mendengarnya,

Apa yang saya faham:

Kisah Nabi Nuh ni Allah cerita bab istiqamah berdakwah 950 tahun siang dan malam sebagai pengajaran, bukan nak cerita bahan bina bahtera sebagai azimat.

Jika nak azimat jugak, ada jer kat rumah orang tua kita, atau mungkin rumah kita sendiri pun mungkin ada. Orang tua tinggalkan, Cuma kita tak perasan.

Barang ni barang baik, perempuan ada Haid tolong jangan pegang.

Lelaki pulak, jika nak pegang kena basuh muka dulu, lepas tu basuh tangan, sapu kepala sikit dengan air, dan lepas basuh kaki baru boleh pegang.

Tapi tolong pakai baju tutup aurat, barang ni daulat dia tinggi!

Lepas tu bila pegang dia punya kelebihan, tengok sahaja dah dapat pahala, belum lagi ‘berborak’ dengan kalimah di dalamnya. Syaitan pun takut barang baik ini!

Itulah raja segala azimat, Mukjizat Terbesar dari Allah kepada manusia.

Al quran! Selamat membaca kerana..

Kayu keranda Kokka tak dapat selamatkan kamu dari azab Kubur, surah Al Mulk Insya-Allah!

Apr 15, 2021

Lima Nikmat tersembunyi di meja makan?

Jika kita lihat satu keluarga, sedang makan di restoran, semua tutup aurat elok elok, dan mendapati di meja itu ada suasana kasih sayang, yang mana tiada kelihatan anak anak main telefon sewatu bersama, dan si ayah kelihatan menguasai meja, dibantu isteri tercinta, maka yakinlah kita bahawa keluarga itu sedang mendapat lima nikmat hidup yang besar.

Fahami lima nikmat hidup maka mudah kita utamakan ikut keutamaan, dan boleh kita lihat nikmat ini pada sebuah keluarga di meja makan restoran

Kelima, nikmat hidup terbesar adalah masa lapang, mereka ada masa lapang, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Keempat, nikmat hidup terbesar adalah pendapatan, mereka ada duit, kerana itu lah mereka boleh makan Bersama di restoran.

Ketiga, nikmat hidup terbesar adalah kesihatan, mereka semua nampak berselera, sebab tu tengok air semua manis manis, makanan semua lazat lazat, alhamdulillah nikmat dapat makan sedap.

Kedua, nikmat hidup terbesar adalah cinta, mereka semua tak bertengkar atau bergaduh, sebab jika ada masalah tentang cinta, mereka tak akan dapat makan Bersama.

Pertama, nikmat hidup terbesar adalah agama, ayah kelihatan menguasai meja, isteri bantu suami, dan anak anak respek pada ibu bapa, bila ayah berkata kata, semua anak mendengar, dan jika dipasang telinga, ayah rupanya sedang bagi tazkirah santai di meja makan.

Tahniah kepada keluarga itu, anda semua sedang mendapat lima nikmat hidup terbesar iaitu, MASA LAPANG, SUMBER PENDAPATAN, KESIHATAN, KEKELUARGAAN, DAN KEAGAMAAN.

Bab masa lapang, Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk tambah pendapatan, untuk tambah nilai cinta, untuk tambah keluasan syurga, hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi.

Bab sumber pendapatan, Bayangkan jika kita hidup miskin, susah, hutang keliling pinggan, aduh… menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, berhutang tidak haram, tapi jika tak bayar mati syahid pun tak dapat selamatkan diri dari dosa hutang, dan menjadi kaya juga tidak haram maka usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Rukun Islam ada dua tempat perlu oada harta iaitu zakat dan haji, maka jangan takut menjadi kaya, sebab takut Dengan wang kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi ingatlah dengan miskin kita boleh memdapat penderitaan secara percuma. Take noted.

Bab Kesihatan pula, Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, cinta dan agama akan bantu kurangkan beban penderitaan. Insya-Allah

Jadi mari usahakan Cinta dalam keluarga, bayangkan jika kita hidup tanpa Cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati.

Lats paling penting, bab agama, bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.

Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!

Eh? Tadi waktu nak bayar, dah ada orang bayarkan, Ohh.. Ok, anak anak, makan cepat cepat, jap lagi nak azan, kita solat berjemaah, awal waktu tempat azan di azankan.

Ps: Semoga saya sendiri dapat amal apa yang saya tulis, korang dapat amal apa yang di baca, dan kita semua woha sampai syurga! Woha!

 

Apr 14, 2021

Jodoh itu takdir Allah?

Pepatah melayu, Jika dah jodoh, memang tak lari gunung di kejar, tapi gunung tetap kena di daki. Jika sampai puncak, ada jodohlah, jika tak sampai, mungkin penat, pancit, sesat, bosan, cedera, atau apa sahaja alasan, maka waktu itulah jodoh tak sampai.

Jadi jangan tengok sahaja gunung jodoh, cubalah mencari ilmu untuk mendaki….

Cerita tentang jodoh teringat satu kisah, mungkin kisah israeliyyat (boleh digunakan untuk tujuan pengajaran) yang di campur aduk dengan dongeng melayu, (dongeng juga boleh digunakan untuk pengajaran) iaitu kisah burung Garuda nak pisahkan takdir berkenaan jodoh.

Alkisahnya, Pada satu hari burung garuda telah mengetahui seorang anak raja dari barat akan berkahwin dengan puteri raja dari timur, lalu burung garuda ini pergi menghadap Raja Sulaiman untuk sahkan adakah mereka ditakdirkan bertemu jodoh?

Bila Raja Sulaiman sahkan memang ada jodoh antara putera barat dari ROM dan puteri timur CHINA, maka burung garuda dengan angkuh nak ubah takdir berkenaan jodoh, dan bersumpah jika dia gagal dia akan hilangkan diri dari dunia ini.

Lalu burung Garuda pergi serang kapal Putera barat dan karam semua, hinggalah putera Barat terpaksa minta tolong pendekar melayu Merong Mahawangsa yang pandai manipulasi tenaga Jentayu Suria macam Meriam leser.

Tak mampu culik Putera ROM, Garuda serang China dan culik puteri timur yang akan di jodohkan dengan Putera Barat.

Puteri itu disembunyikan di sebuah mahligai berdiri atas Pulau terpencil.

Tapi dah kuasa takdir, anak raja itu mendapat nasihat dari Merong untuk belayar dengan perahu kecil berbentuk pisang. Kerana garuda tidak suka makan pisang maka kapal itu akan selamat.

Pendekkan cerita, Puteri timur di dalam mahligai pulau kapas bagitahu teringin nak makan pisang, maka burung garuda menyambar ‘pisang’ hanyut dan sembahkan pada puteri timur tanpa mengetahui bahawa anak raja barat ada dalam tu.

Kerana yakin bahawa anak Raja Barat itu telah terpisah, burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Sulaiman sembah maklum dengan takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Timur dan memisakah Takdir.

Apabila Raja Sulaiman mendengar percakapan takbur burung garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan wazirnya dengan seratus orang jin membawa mahligai di pulau yang garuda sembunyikan puteri tadi.

Bila mahligai dibawa, lalu keluarlah dari pintu mahligai puteri timur dan putera barat elok jer duduk bersama, maka malulah garuda sebab telah gagal pisahkan takdir Allah bab jodoh., dan terus menghilangkan diri. Mungkin pergi bunuh diri? Sebab dah tak jumpa sampai sekarang.

Jadi moral cerita ini, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA! Yakinlah! Tapi jika usaha dah di buat, jodoh tak sampai sampai, maka ajal akan sampai dahulu, tapi jangan bimbang, jika beriman, akan tetap ada jodoh di syurga selamanya, tapi jika mati tidak beriman, akan terseksalah di neraka dalam keadaan bujang selamanya walau di dunia banyak kekasih.

Woha!

Ps: Saya pernah daki bukit mencari jodoh dan jumpa lokasi persembunyian Puteri Timur itu di Terengganu, di situ rupanya Garuda pernah melanda, tak percaya? Rujuk video ini

https://youtu.be/ANLxs3zXmjM

Apr 13, 2021

Ahli Syurga lawan Ahli Syurga?

Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.

Kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.

Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.

Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.

Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,

Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.

Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.

Lalu bermulah perperangan...

Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…

Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”

Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.

Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap  pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.

Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:

"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?

Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar  tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.

Sesungguhnya mereka benar dalam  berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-

• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.

• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.

• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.

• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.

• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.

• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?

• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.

• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..

• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...

• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya petang tadi dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.

Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.

Link video penuh: https://www.facebook.com/Pahanglibrary/videos/183834570214217

Apr 12, 2021


 

Salam encik Hamka, Since anak bayi,pelbagai buku sudah di beli... yang mengeluarkan lagu, yang warna menarik.. tapi semua dia susah nak pandang, then bila ada suatu buku yang magis, yang halaman tiada warna.. Kisah Anak Bini Tulisan encik Hamka.

Tapi anak khusyuk membaca! wow!

Bagi tahun 2021.. kanak kanak memandang sebuah buku itu suatu perkara yang sukar sebab buku perlu bersaing antara Youtube, Tiktok, Video game, Main slime

Tapi Buku Encik Hamka ada magis.

Tak pernah boleh dia lama-lama khusyuk on sesuatu buku.. tapi since dapat pukul 5 tadi.. dia masih membaca, Dia kata.. banyak persoalan yang dia nak tanya.. yang ada di situ.

Terima kasih Encik Hamka.

********

(Jawapan saya, terus saya forward komen pembaca ini dalam group whatsapp anak-anak saya sambil komen:)

Anak orang baca buku ayah kulit ke kulit,  korang pulak sibuk main game sampai cable cas berbelit belit, malam ni jugak ayah install Google Family Link. Rasakan!

Woha!

.

.

.

.

.Ps: Buku Kisah anak Bini dan Kerana Dia Anak Syurga baru habis stok, saya sedang restock dan jangka hujung minggu ni dapat, siapa nak tempat boleh wasap 0199117163

Hitler dan Seni?

Kuantan makin cantik sekarang ini, banyak lukisan menghias dinding.

Bagi saya, Anak muda nak bekarya kita jangan larang, tapi galakkan mereka buat karya yang baik dan positif.

Rujuk Hitler bila karya seninya di tolak, (dua kali di tolak), punyalah bengang Hitler bila gagal jadi pelukis, akhirnya di ber'karya' dalam perang dunia ke dua! Aduh!

Jadi bab seni dalam jiwa anak muda, jangan di larang terus, tapi galakkan mereka salurkan kepada perkara yang baik-baik, maka dalam bab dinding bangunan jika kosong, selalu akan ada tangan yang lukis lukisan lucah atau tulis perkataan lucah, mudah mudahah dengan ada nya seni art kuantan ini, akan buat lokasi itu jadi meriah, sekaligus menjadikan kawasan sunyi yang biasa terdedah dengan jenayah, menjadi lebih selamat insyaAllah.

Alang alang saya dan anak syurga autisme jalan jalan tengok lukisan dinding, maka saya videokan hampir semua lukisan mural di Kuantan, dari Gambang sampai Teluk Cempedak, masuk lorong lorong hingga puncak Bukit Pelindung, gigih kami daki!

Jadi selamat nikmati lukisan indah dan bermesej dari Kuantan.

https://youtu.be/J-8PWyuTi84​

Dalam 100 emej lukisan, ada juga terselit lukisan saya berkenaan autisme di dinding bandar Kuantan, sila teka kat mana? (nak tahu kena tengok video)

Woha!


Apr 2, 2021

Guna Pisau Buktikan Tuhan Wujud?

Apa bukti Tuhan itu wujud?

“Saya jawab simple, lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan”

Tapi ada yang jawab, Kalau ambil logik macam tuan hamka, orang korea utara pun boleh cakap eternal presiden mereka, kim II-sung, datang dari heaven to earth, ketua perang menakluk dunia, presidents of the world, bla bla bla. Logik macam tu bagi saya bukan jawapan untuk persoalan tu.Jawapan yang sebenar, faith tak perlu bukti saintifik. That's y ianya dipanggil faith. Kepercayaan. No logic in faith but belief!

****

Itu komen korang, biar saya pertahankan jawapan saya..

Allah tak larang kita guna akal, sebab dalam penciptaan langit dan bumi terdapat tanda bagi orang yang berakal.. jadi bila ada orang tak percaya kepada Tuhan, kita gunalah keadah logic akal sepeti pisau Occam.

Bagi yang belajar,  semua tahu dalam dunia logic sains, bila kita nak explain sesuatu, kita kena guna kaedah yang simple dan paling ringkas tanpa ada ruang untuk manusia isi dengan teori konspirasi, atau isi dengan perkara ghaib, tahyul, ramalan dan lain lain perkara yang tak mampu dibuktikan dengan ujikaji.

Kaedah itu di kenali sebagai Pisau Occam. Kadang Pisau Occam di gunakan dalam mahkamah yang mana bukti paling jelas perlu digunakan.

Rujuk mahkamah islam, Saidida Ali mendawa baju besinya di curi, pencuri telah di tangkap dan bukan orang islam, saksi adalah anaknya, bila hakim buat keputusan, hakim kata bukti tak cukup, kanak kanak tak boleh jadi saksi, pencuri itu dibebaskan, maka pada waktu itulah pencuri tadi terkesan dengan kaedah macam Pisau Occam ni dan masuk islam.

Pertama hakim tu dilantik Saidina Ali, Saidina Ali pula Khalifah Islam, tapi dalam system yang adil, jika tak dapat buktikan tuduhan, maka penjelasan paling ringkas adalah benar, iaitu Baju Besi itu milik orang bukan islam dan Saidina Ali tersangka itu miliknya kerana serupa. Masalah selesai.

Sama jugak kejadian alam semesta, ada cakap semula jadi dan perlukan penjelasan panjang lebar, ada cakap bermula dengan letupan Big Bang tapi siapa yang cipta bahan letupan Big Bang?

Maka guna kaedah Pisau Occam ni, senang, alam ini dicipta Tuhan, habis cerita.

Jika ada yang Tanya, Siapa yang cipta Tuhan, Alah dah jawab dalam Al quran guna surah pendek sahaja.

Katakan Allah itu satu, Allah itu paling Berkuasa, Tidak berawal dan tidak berakhir, Dan tidak ada satupun yang setara denganNYA.

Simple!

Allah sendiri guna penjelasan paling ringkas, dalam menjelaskan sesuatu agar manusia faham, maka di Barat, pada abad ke 14, William Occam, seorang ahli Sains telah gunakan istilah Pisau Occam, untuk potong semua hujah tak masuk akal, dan pilih jawapan paling ringkas.

Sebagai contoh, Seorang penduduk melihat pohon hangus di tanah lapang, katanya dia nampak cahaya terang, dan anggap itu mungkin adalah UFO. Tapi dari segi Sains, kita kena gunakan kaedah Pisau Occam, yang mana sambaran petir adalah penjelasan yang patut dipilih karena menutup ruang untuk sebarang pengisian teori konspirasi, atau Sains Fiksyen.

Jadi bila ada orang Tak percaya pada Tuhan, mahu saya buktikan dengan ringkas, maka jawapan saya,

Lihatlah Nabi Muhammad, pada diri baginda penuh dengan kewujudan Tuhan.

Memang betul kamu boleh nafikan kewujudan Tuhan kerana tidak Nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad?

Ikut logic sains, orang yang lahir tempat jahat, (jahiliyyah) mustahil akan jadi orang terbaik sepanjang zaman? Ikut logic pulak, orang yang tidak pandai membaca mustahil akan mmapu tulis Al quran yang mudah dihafal walaupun tebal?,

Tapi Nabi Muhammad lahir di tempat ramai orang jahat namun dengan Bantuan Allah, Nabi Muhammad yang tidak pandai membaca, tapi dalam sejarah telah menjadi pemimpin dunia yang bijaksana, ketua perang terbaik, pakar motivasi, pakar bisnes, pakar perunding, pakar kehidupan, mampu menyatukan kaum yang bergaduh selama beratus tahun, mampu menawan negara demi negara, pengikut bertambah setiap hari sampai sekarang,

Kata katanya berhikmah, rupanya indah, akhlaknya mulia, sehingga seorang penulis barat yang bukan islam pun bila nak menulis buku tentang manusia paling berpengaruh dengan guna hujah sains, Nabi Muhammad lah orang paling layak duduk tempat pertama sebagai manusia paling berpengaruh dalam dunia ini

Maka, pesan saya: manusia mungkin boleh nafikan Tuhan kerana tidak nampak, tapi bolehkah kita nafikan kewujudan Nabi Muhammad yang satu sahaja seumpanya dalam dunia ini, kitab Al quran yang di bawanya pula penuh dengan common sense, logic sains. Siap cerita tentang Big bang, cap jari, rahsia cekeralawa, kegelapan laut dan pelbagai lagi common sense walaupun pada zaman tak ada internet.

Sebab tu jika ada orang tak percaya pada Tuhan nak bukti, maka saya akan copy paste ayat ini:

Saudara, Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.

Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.

Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.

Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.

Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?

Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kamu pilih nobody cares?

Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kamu nak hidup dengan pendapat nobody cares dan mati sebagai nobody cares itu pilihan kamu.

Lakum di Nukum Wali Yaddin.

***(habis copy paste)***

Akhir kata, jika korang kata tak susuai guna pIsau Occam dalam berhujah sebab Occam tu kafir, maka pinjam kata kata Albert Einstein:

"If you can't explain it simply, you don't understand it well enough."

Eh? Einstein pun kafir juga, maka sebetulnya, rujuk hadis Nabi:

“Permudahkanlah, jangan mempersulitkan”

I rest my case.

Woha!

Apr 1, 2021

Ulasan Justice League?

Batman pernah berkata: I'm Batman.

Alkisahnya, Jika kita ada kuasa super hero memang kita boleh cegah mungkar tiap malam, tapi kejahatan tak pernah habis.

Bukti dah ada dalam filem justice league yang cegah mungkar sahaja dan tidak amal makruf cara Nabi, contoh batman, mula mula lawan joker. Lepas tu Penguin, lepas tu Two Face, lepas tu Bane, tapi orang jahat makin ramai, lepas tu lawan pulak Superman, lepas tu lawan Doomsday, terkini lawan Steppenwolf dan macam macam nama orang jahat yang mana, setiap kali superhero kafir mencegah mungkar, orang jahat baru yang muncul lebih canggih dan kejam, dan orang jahat lama akan upgrade pulak sejata dan lawan superhero kafir sehingga ada superhero kafir yang mati masuk neraka, kasihan, dah lah hidup cegah mungkar siang malam, lepas tu mati masuk surat khabar muka depan dan masuk neraka, tak ke naya?

Tak pernah ke si superhero ni terfikir kenapa siang malam cegah mungkar tapi jenayah tak habis habis?

Jawapannya simple sahaja,

Orang buat jahat sebab tak takut kat Tuhan..!, dan bila tak takut kat tuhan, maka tak sembahyang, bila tak sembahyang maka senang buat maksiat sebab sembahyanglah yang mencegah mungkar!

Sesungguhnya, Solat akulah yang mampu mencegah maksiat aku, dan solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka, begitu jugak orang perempuan, solat merekalah yang mampu mencegah mereka dari bukak aurat..

Kerana itu Nabi tekankan sangat bab solat, dan kita di galakkan untuk ajak manusia kepada solat..

Boleh, insyAllah?!

*****

Tapi wahai Tuan Hamka Kereta Mayat, nanti di akhirat, dipercayai team neraka yg diketuai oleh syaitan adalah team yg paaaaaaling ramai pengikutnya berbanding team syurga yg diketuai oleh para Rasul. Adakah ini bermakna syaitan telah menang dlm perjuangannya didunia ini? Apakah rasionalnya yg Allah cuba ajarkan pd manusia akan perihal ini?

*****

Hamka said:

Ampunan Allah lebih besar dari semua dosa. Tak baca ke kisah nabi bagi syafaat selamatkan ahli neraka berbondong bondong. Dan endingnya Allah sendiri akan bagi shafaat:

Firman Allah: keluarkan dari neraka orang yang pernah sekali menyebut La Illa Ha illAllah!

Kemudian bila semua dikeluarkan, Allah berfirman lagi,

Keluarkan orang yang ada kebaikkan walaupun sebesar zarah!

Lalu keluarlah dari neraka berbondong bondong umat manusia.

Last Allah befirman lagi!

‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.

Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun..

Jadi kepada yang bertanya; Sungguh Akhirat belum berlaku di sisi kita dan janganlah pandang keampunan Allah itu kecik kerana pintu taubat masih terbuka.

Sekarang waktu kalahkan syaitan bukan tak usaha apa apa.

Jom kalahkan syaitan!

Woha!