Pepatah melayu, Jika dah jodoh, memang tak lari gunung di kejar, tapi gunung tetap kena di daki. Jika sampai puncak, ada jodohlah, jika tak sampai, mungkin penat, pancit, sesat, bosan, cedera, atau apa sahaja alasan, maka waktu itulah jodoh tak sampai.
Jadi jangan tengok sahaja gunung jodoh, cubalah mencari ilmu
untuk mendaki….
Cerita tentang jodoh teringat satu kisah, mungkin kisah
israeliyyat (boleh digunakan untuk tujuan pengajaran) yang di campur aduk
dengan dongeng melayu, (dongeng juga boleh digunakan untuk pengajaran) iaitu
kisah burung Garuda nak pisahkan takdir berkenaan jodoh.
Alkisahnya, Pada satu hari burung garuda telah mengetahui
seorang anak raja dari barat akan berkahwin dengan puteri raja dari timur, lalu
burung garuda ini pergi menghadap Raja Sulaiman untuk sahkan adakah mereka
ditakdirkan bertemu jodoh?
Bila Raja Sulaiman sahkan memang ada jodoh antara putera
barat dari ROM dan puteri timur CHINA, maka burung garuda dengan angkuh nak
ubah takdir berkenaan jodoh, dan bersumpah jika dia gagal dia akan hilangkan
diri dari dunia ini.
Lalu burung Garuda pergi serang kapal Putera barat dan karam
semua, hinggalah putera Barat terpaksa minta tolong pendekar melayu Merong
Mahawangsa yang pandai manipulasi tenaga Jentayu Suria macam Meriam leser.
Tak mampu culik Putera ROM, Garuda serang China dan culik
puteri timur yang akan di jodohkan dengan Putera Barat.
Puteri itu disembunyikan di sebuah mahligai berdiri atas
Pulau terpencil.
Tapi dah kuasa takdir, anak raja itu mendapat nasihat dari
Merong untuk belayar dengan perahu kecil berbentuk pisang. Kerana garuda tidak
suka makan pisang maka kapal itu akan selamat.
Pendekkan cerita, Puteri timur di dalam mahligai pulau kapas
bagitahu teringin nak makan pisang, maka burung garuda menyambar ‘pisang’
hanyut dan sembahkan pada puteri timur tanpa mengetahui bahawa anak raja barat
ada dalam tu.
Kerana yakin bahawa anak Raja Barat itu telah terpisah,
burung garuda pun terbang pergi menghadap Nabi Sulaiman sembah maklum dengan
takburnya mengatakan ia telah menangkap Puteri Raja Timur dan memisakah Takdir.
Apabila Raja Sulaiman mendengar percakapan takbur burung
garuda itu, ia pun menitahkan Raja Jin yang bernama Harman Shah, menghantarkan
wazirnya dengan seratus orang jin membawa mahligai di pulau yang garuda
sembunyikan puteri tadi.
Bila mahligai dibawa, lalu keluarlah dari pintu mahligai
puteri timur dan putera barat elok jer duduk bersama, maka malulah garuda sebab
telah gagal pisahkan takdir Allah bab jodoh., dan terus menghilangkan diri.
Mungkin pergi bunuh diri? Sebab dah tak jumpa sampai sekarang.
Jadi moral cerita ini, JODOH AKAN DATANG PADA KITA SEPERTI
MANA MAUT AKAN DATANG PADA KITA! Yakinlah! Tapi jika usaha dah di buat, jodoh
tak sampai sampai, maka ajal akan sampai dahulu, tapi jangan bimbang, jika
beriman, akan tetap ada jodoh di syurga selamanya, tapi jika mati tidak
beriman, akan terseksalah di neraka dalam keadaan bujang selamanya walau di
dunia banyak kekasih.
Woha!
Ps: Saya pernah daki bukit mencari jodoh dan jumpa lokasi
persembunyian Puteri Timur itu di Terengganu, di situ rupanya Garuda pernah
melanda, tak percaya? Rujuk video ini
No comments:
Post a Comment