“Asalamualaikum Abang kereta mayat, saya tengok orang ke masjid ni macam riak, pakai baju jubah dan serban nak tunjuk diri alim pergi ke masjid? Bukan Islam larang riak ke?”
****
Waalaikumuslam, saya jawab secara umum lah yer..
Korang sebenarnya sangat untung.., sebab?
Ok, abang mayat nak tanya pembaca yang lain sikit…
Jiran korang ada pergi surau tak solat berjemaah? Belah kiri
ke?
Belah kanan ke? Depan ke? Belakang ke? Ada tak?
Jika ada untunglah, sebab korang dah dapat berjiran dengan
ahli syurga.
Sebagai ahli syurga, mereka telah di beri dengan lima nikmat
yang besar!
Pertama, mereka ada masa lapang.
Memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi
masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang
dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah
dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada
soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang
jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat
berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat
Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun
dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah,
itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat
perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab
dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki,
semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar lag baru tapi
gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA, macam seekor
tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif,
terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi bala
kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima
(5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat
rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau
wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk
imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada
yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid,
berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang
ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang
mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH.
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah
arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid
jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang
setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan
dengki, semua disapa dengan kasih sayang, alhamdulillah.
Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat
sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, tuduh oraang riak, padagal dia
yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah
dengan sangka orang riak padahal dia tak faham ap aitu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli
syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi
suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat
tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai
baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat,
darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu
jalan lain, sebarkan salam. Itulah
Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau
pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk
korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid,
maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman,
Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau
supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar
beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?,
sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid,
tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan
jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu
diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan
(5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka
semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah,
jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli
masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid
dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat,
(2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas
kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih
korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak
korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan
solat dirumah. Jadi kepada wanita. Galakkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment