Apr 13, 2021

Ahli Syurga lawan Ahli Syurga?

Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.

Kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.

Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.

Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.

Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,

Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.

Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?

Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.

Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.

Lalu bermulah perperangan...

Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:

“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”

Lalu Aisyah menjawab;

“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."

Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.

Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…

Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.

Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.

Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.

Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!

Dalam hadith lain, Nabi bersabda:

Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu? Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.

Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.

Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?

Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”

Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.

Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:

”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”

Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap  pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.

Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:

"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”

Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?

Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.

Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?

Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?

Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.

Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.

Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"

Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.

Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.

Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?

Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."

Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,

Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar  tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.

Sesungguhnya mereka benar dalam  berjihad...

Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-

• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.

• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.

• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.

• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.

• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.

• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?

• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.

• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..

• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...

• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.

Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya petang tadi dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.

Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.

Link video penuh: https://www.facebook.com/Pahanglibrary/videos/183834570214217

2 comments:

Anonymous said...

Al Jamaah dan Bughat.

Al Jamaah adalah jamaah umat Islam atau disebut sawadul akzam umat dlm satu satu lokaliti / kawasan / daerah / negeri / negara, dgn dipimpin Ulil Amri yg dipilih / dibaiah mrk.

Bughat adalah golongan dlm jamaah umat tadi yg menderhakai / menentang dgn bersenjata terhdp Ulil Amri yg sah.

Sebelum kewafatan Saidina Uthman r.a. Al Jamaah umat Islam adalah satu sahaja dgn Saidina Uthman sbg Ulil Amrinya.

Selepas kewafatan Saidina Uthman r.a., umat Islam setempat membaiah Saidina Ali r.a. sbg Ulil Amri. Tp pengangkatan ini tidak diiktiraf oleh umat Islam dr daerah daerah lain, sbgmn di Syam dan Mesir, mrk mengangkat Saidina Muawiyah sbg Ulil Amri. Mk dgn itu Al Jamaah umat Islam sudah terpecah menjadi lebih dr satu. Demikian juga dgn kumpulan dr Saidina Talhah dan Zubair r.anhuma. Peperangan antara mrk dianggap sbg peperangan antara dua Jamaah yg berbeza / berlainan disbbkan perbezaan ijtihad dan pendapat. Kerana itu kita ASWJ tidak menganggap kumpulan yg menentang Saidina Ali r.a. sbg bughat. Demikian juga halnya penentangan Saidina Abdullah Ibnu AZ Zubair r.Anhuma. terhdp Khalifah Umayyah Abdul Malik Bin Marwan.

Ketahuilah juga, Para Ahli Badar selain syirik, apapun tindakan mrk sudah mendpt pengampunan. Dan Para Ahli Baiatul Ridwan pula sudah diredhai Allah swt. Saidina Talhah dan Zubair r.anhuma.

Sbgmn hari ini Al Jamaah umat Islam sedunia terpecah kpd entah berapa puluh, bahkan ratus. Masing masing dgn Ulil Amrinya yg tersendiri, Saudi dgn Raja Salmannya, Indonesia dgn Jokowinya, kita dgn YDPA kita, dan begitulah dgn negara negara lainnya. Mk ketaatan atau yg disebut golongan haraki sbg wala umat Islam hari ini adalah terhdp Ulil Amri dlm negaranya masing masing. Khusus kita, peringkat negara, Ulil Amri kita adalah YDPA dan peringkat negeri adalah Para Sultan negeri masing masing.

hamka said...

terima kasih tuan atas pencerahan yang sangat baik