Mar 27, 2024

Islam agama membunuh?

(Baca ini dan kagumlah di hujungnnya)

Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca tulisan ini, saya nak jawab sikit bab islam agama bunuh orang.. jika betul dakwaan ini, kenapa masih ada orang bukan islam di Malaysia yang di perintah oleh Raja Islam?

Patut bulan puasa ni, dah kena bunuh orang islam berapa orang? Padahal di Malaysia, orang mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta jauh lebih ramai… malahan kita ada pergerakan dakwah, ajak orang bukan islam masuk islam, bukti kami nak selamatkan tuan puan…

Baiklah, Pihak yang menuduh pula agama Kristian, tak baca sejarah ke? Hitler agama apa? Perang dunia dimulai siapa? Mujur ada bekas pedari yang kaji bab ini dah masuk Islam, (boleh search di youtube, banyak kisah paderi masuk islam dan dah jawab dan bab agama islam ni pengganas ke? Jawapan semua dah ada.. saya tak perlu ulas detail…

Cuma Saya nak kongsi sikit POV indahnya Rukun islam.. kita tengok nanti kat mana dalam Rukun islam itu perlu bunuh orang bukan islam? Ada tak?

Alkisahnya, ada orang bukan islam yang terlihat bahagia tanpa perlu kepada panduan dari Nabi Muhammad.. wow..

Sementara itu, ada pula  orang Islam yang hidup bahagia bersama panduan dari Nabi.. Alhamdulillah..

Eh? Apa rahsia kebahagiaan mereka?

Bila kaji balik, rupanya Orang bukan Islam itu terlihat bahagia sebab mereka adalah geng yang bangun awal pagi, geng 5 AM club. 

Bayangkan 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad SAW dah ajar orang Islam untuk bahagia dunia akhirat dengan cara bangun awal sebelum subuh solat tahajud, sementara orang bukan islam baru temui rahsia awal pagi dan buku 5 Am Club baru juga dihasilkan dan mereka memuji muji hasil penemuan hidup indah awal pagi!?

Okeylah better late than never.. maka tahniah Kepada orang bukan Islam tersebut yang mulakan hidup seawal lima pagi, dan tahniah kepada orang Islam yang mulakan hidup sebelum subuh lagi dengan solat tahajud, nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi mereka yang Istiqomah.. sekarang kita target subuh macam jumaat yer? Alhamdulillah..

Kemudian orang bukan Islam terlihat bahagia bagi mereka yang mengamalkan meditasi setiap hari dengan fokus  bersendirian selama lima ke-10 minit atau buat Yoga atau bertafakur, dan mereka mendapati cara itu boleh menghilangkan resah gelisah dan kemurungan. Banyak kes kemurungan dapat di atasi melalui meditasi..

Sementara itu orang Islam 1400 tahun dahulu lagi dijanjikan hidup bahagia bagi mereka yang menjaga solat, memang ada ayat Al-Quran yang memberitahu manusia itu bersifat resah gelisah kecuali orang yang menjaga solatnya, wow!

Maka tahniahlah kepada orang bukan islam yang terlihat bahagia kerana kerap bermeditasi mencari ketenangan dan alhamdulillah kepada orang Islam yang Istiqomah solat lima waktu, Sungguh ketenangan hati adalah milik kalian.. alquran memuji orang islam yang menjaga solat kerana sifanya mudah bersyukur bila senang, dan mudah sabar bila susah, Alhamdulillah..

Di sudut lain pula ada orang bukan Islam yang terlibat bahagia dengan menjaga makan dan minum serta amalkan hidup sihat dengan banyak berjalan dan bersenam yang mana Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu kepada orang Islam bab jaga makan, berhenti sebelum kenyang serta mengamalkan puasa Isnin dan Khamis juga puasa sebulan Ramadhan dan banyak hadis kelebihan berjalan kaki ke masjid ataupun tawaf serta Sae yang mana semua itu memberi kesihatan kepada rohani dan jasmani, tahniah!

Bulan puasa ni seronok lain macam, tarawih 20 rakaat pun sedap, mengaji sedap, lapar dan dahaga tak rasa beban langsung, InsyaAllah bila mana Allah bagi hidayat hingga Maher Zain menyanyi lagu merayu agar Ramadan jangan pergi..

Di waktu lain ada orang bukan Islam mengaku bahagia dalam memberi kebaikan kepada orang lain seperti bagi sumbangan  atau buat Yayasan, tahniah!

Dan alhamdulillah Nabi kita pun dah ajar dalam ibadat zakat dan sedekah serta hidup tolong menolong, Iqram muslimin yang mana semua itu akan buatkan kita lebih bahagia ! Alhamdulillah..

Satu lagi orang bukan Islam terlihat bahagia bila dapat melancong atau mengembara mencari maksud hidup atau mengenal diri dengan cara pergi ke tempat-tempat yang jauh dari kampung halaman selama berbulan bulan! Tahniah!

Manakala ehem ehem!

Nabi kita dah ajar kewajipan orang Islam untuk pergi haji yang mana perjalanannya jauh perlu merentasi pelbagai benua dan kita akan ziarah Mekah, Madinah, berbulan bulan yang mana nikmat mengembara ini akan memberi ketenangan kepada para-para musafir, Alhamdulillah!

Nampaknya semua rukun Islam memberi menafaat kepada orang bukan islam yang mahu amalkan tapi sayang lah sebab mereka hanya bahagia di dunia, tapi mati masuk neraka.. itu POV keimanan kami..

Sedangkan janji Allah kepada semua orang Islam yang amalkan semua rukun itu dengan ikhlas akan bahagia di dunia dan akhirat ..

Maka itulah sahaja lima rukun islam yang wajib di amalkan oleh semua ummat islam dan kami Bahagia melakukannya, sementara lima rukun ini juga sedang “diamalkan” oleh orang bukan islam yang terlihat Berjaya dan bergaya…

Eh? Takdepun dalam rukun tu kena bunuh orang kafir? Kalau ada, dan berapa ramai orang bukan islam kena bunuh di bulan puasa ini…? 

Malahan orang bukan islam boleh meniaga kampung kami, boleh bersekolah Bersama kami, boleh bekerja Bersama kami, kita dah merdeka 60 tahun maa, mana pernah perang sebab beza agama?

Tapi tak nafikan, mana mana agamapun ada orang jahat, sebab itu ada juga dalam islam Gerakan Tabligh yang ajak orang Islam Kembali makmurkan Masjid.. sebab manusia ni tak sama dalam menghargai nikmat agama, nikmat keluarga, nikmat merdeka, nikmat ada kerja, nikmat kesihatan, dan nikmat masa lapang.. banyak yang kufur nikmat, maka pesan memesan sangat memberi manfaat kepada sesama manusia..

Maka jika ada orang bukan Islam yang terbaca artikel ini, atau kepada semua kawan cina dan India yang kenal saya, jika baca ini maka saya seru  anda semua  untuk belajar luangkan masa kenal agama Islam (jangan tengok orangnya, tapi tengok agamanya) sementara masih hidup kerana banyak bukti common sense bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dan sangat membahagiakan, hingga tiada kata secantik Bahasa untuk dipersembahkan akan segala kenikmatannya..

Akhir kata, Semoga Allah berikan kebaikkan kepada kita semua, terutama di beri Hidayah dan kemanisan Iman.

Robbana atina fidunia Hasanah Wafil akhirrati Hasanah waqina azza Bannar!

Semoga Woha sampai syurga.

Mar 19, 2024

Guru di potong Kepala kerana Hina Islam?


Alkisahnya Semalam viral kisah seorang individu berbangsa cina telah hina Islam di FBnya, lalu ada individu-individu melayu islam pergi kutip dan paksa dia post video permohonan maaf di FB dia.

Ingat beberapa tahun lepas, kisah Guru di potong Kepala kerana Hina Islam… jika tak silap berlaku di Perancis..

Kisahnya begini, ada seorang guru Pendidikan moral dalam kelasnya telah tunjukkan kartun telanjang yang menghina Nabi orang islam, Cikgu tu tunjuk kartun tu depan murid murid konon kebebasan bersuara.

Pelajarpun lapor pada bapa mereka, dan salah sorang bapa pelajar tak setuju tindakan guru tunjuk gambar kartun bogel Nabi depan anak perempuannya, lalu si bapa luahkan kemarahan di Youtube dengan bagitahu nama guru dan lokasi sekolah dan minta polis ambik tindakan.

Polis ada panggil Guru itu dan siasatan telah dijalankan, namun tiada apa apa tindakan dikenakan kepada guru itu.

Seminggu kemudian, datang seorang Remaja Islam ke sekolah itu dan menunggu guru itu keluar. Remaja itu sempat bertanya kepada beberapa pelajar yang mana satu cikgu Pendidikan Moral?

Lepas di kenal pasti, remaja itu pun ikut cikgu tu yang sedang keluar dari pagar sekolah, dan telah menikam guru itu hingga mati dan telah memotong kepala guru itu.

Kemudian gambar kepala guru di sebarkan di Internet..

Terus Polis jejak IP internet, dan  tahu lokasi pembunuh, terus polis serbu rumah remaja itu dan cuba menahan tapi remaja itu menyerang polis dengan pisau lalu Sembilan das tembakan kemudian, remaja itu mati ditempat kejadian, dari telefon milik remaja itu, ada gambar mayat guru tanpa kepala.

Kejadian ini terus menjadi tajuk hangat seluruh dunia.

Hingga ada orang kafir Tanya, Dalam islam orang hina Islam kena bunuh ke?

Ya, Dalam Islam, ada fatwa mengatakan sesiapa yang menghina Allah, harus dibunuh dan diperangi.

Tetapi, Dalam Islam juga ajar, proses melaksanakan hukuman mati, tidak terletak pada semua orang.

Al gojo perlu dilantik dengan mesyuarat, hakim juga perlu dilantik dari orang yang bijaksana, yang benar-benar layak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, lebih-lebih lagi hukuman bunuh.

Islam itu adil dan perlu terlihat adil, sepatutnya Guru itu perlu dihadap ke muka pengadilan. Perlu ada Hakim. Perlu kemukakan bukti dan saksi. Jika terbukti sangaja nak menimbulkan perang antara agama maka kena jatuhkan hukuman yang sesuai.

Okey, katakanlah terbukti tali barut anti islam nak lagakan kaum, dan perlu di jatuhkan hukuman bunuh, dan andai kata hakim putus hukuman pancung..

Dalam hukum islam, Pedangnyanya wajib tajam dan harus panjang. Algojo-nya terlatih. Dibuat di tempat yang bersih. Mayatnya tidak dihina dan ditanam dengan baik.

Jadi kepada bukan islam yang baca berita semacam ini, tolong jangan anggap perbuatan remaja itu mencerminkan ajaran islam ke seluruhnya.

Ada ke di negara islam, tangkap orang meragut, dan jam itu juga nampak orang islam terus potong tangan pencuri?

Tengah malam Tangkap artis berzina, tak payah bawa ke Pejabat Agama, terus buat hukuman sebat malam tu juga seratus sebatan? Ada ke? 

Dengar orang murtad? Tanpa dakwah dia kembali kepada islam, terus penggal kepala? Ada ke Islam ajar macam tu?

Jika ada yang buat hukaman serta merta, itu bukan Islam yang adil, itu memang orang panggil ekstrimislah. Pengganas!  rujuk kes pengganas dalam agama, Orang kafir pun mereka bunuh, orang islam yang tak setuju dengan mereka pun kena bunuh, Astarfirulalazim…

Padahal, Sistem mahkamah Islam, ada Ulama' dan Mujtahidin yang dah susun elok dah prosedur-prosedur undang-undang Islam. Nak kena mengajilah.

Orang kafir zaman sekarang tak boleh lagi pukul rata guna alasan 'tak faham Islam' atau ‘tak kenal islam’ atau, “mana ada islam baik?”.

Padahal bab kejahatan, memang ada segelintir orang islam pun yang jahat, orang kafirpun ada yang jahat, ada yang anti islam tembak orang sedang solat Jummat, ada yang bom orang islam pada 2011, hingga 70 mati, di Norway kalua tak silap kejadian tu..

Jadi jahat ni semua agama ada, sebab tu Nabi kami bagitahu orang islam yang jahat pun masuk neraka, sebab orang islam juga tak terlepas dari dosa. Hari hari Nabi kami ajar orang islam bertaubat melalui Istigfar dan solat taubat, sekarang bulan Ramadan, Nabi kami ajar bahawa Ramadan ini adalah bulan keampunan, dan ajak ummat sibukkan diri berpuasa sepanjang siang dan bertarawih sepanjang malam biar sampai penat dengan ibadat hingga tak larat buat dosa… nampak tak?

Akhir kata, pihak berkuasa kena cepat dan tegas bab 3R.. jangan atas alasan kebebasan bersuara, maka sensitivity tak di jaga, hingga nitizen mengecam di media sosial, takut ada yang menghasut lalu berlaku peristiwa tak sedap untuk di dendang..

Jadi semalam, bila ada seorang individu berbangsa cina telah hina Islam di FBnya, lalu ada beberapa individu-individu melayu islam yang berpuasa di siang hari dan bertarawih di malam hari pergi kutip dan paksa dia post video permohonan maaf di FB dia. Elok jer nampak video tu suruh budak cina tu minta maaf, takde adegan nak pukul atau potong kepala macam kat Perancis tu..

Jadi..

Selamat datang ke Malaysia negara islam, yang mana Negara kelima paling Bahagia menurut kajian dari Mental State of the World., Negara pilihan utama untuk bersara bagi Rakyat jepun, dan Negara kerjaya 3D paling meriah dengan warga asing, dan Negara paling selamat di Asia mengikut kajian Amerika Syarikat dan Negara pilihan Dr Zakir Naik seorang pakar perbandingan agama untuk berhijrah ke Malaysia dengan hujjah, Negara ini aman dan Purata penduduk muslim di negara Malaysia mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain.

Woha!

Mar 14, 2024

Berita gembira untuk semua?


Dua berita gembira di awal Ramadhan.

Alkisahnya anak sulong saya tak balik bertarawih macam biasa, yang mana biasanya anak saya akan jadi Bilal tarawih, akan bacakan selawat dan puji sahabat selang waktu tarawih, tapi anak tak balik.

Sebab anak saya dapat jadi Imam tarawih selama sebulan di sebuah surau yang tak jauh dari kampusnya, AJK sana dah lantik anak saya menjadi Imam tarawih selama sebulan sebab berkenan dengan suara si anak, maka rezeki dialah dapat upgrade dari bilal kepada Imam…. Alhamdulillah..

Jika ada yang tanya apa tips nak jadikan anak jinak dengan masjid, nak anak solat subuh di masjid, nak anak istiqamah lima waktu berjemaah, jawapannya hidupkanlah bacaaan Taklim (hadis Nabi) di rumah seawal anak atas riba lagi.. Baca fadhilat Amal karangan maulana Zakariya, dan bulan puasa ni boleh baca Fadhilat Ramadan, InsyaAllah akan sangat melembutkan hati anak isteri bila mendengar suara Nabi dalam Bahasa yang mereka fahami..

Okey, itu berita gembira yang pertama, dan berita gembira kedua, Tanjak yang anak saya pakai  tu masih boleh ditempah, isteri saya jahitkan, kos pos dalam Rm15, harga tanjak ikut jenis kain, pos biasanya tiga hari sampai seluruh Malaysia, maka masih sempat nak kacakkan suami dan anak anak dengan tanjak karangan isteri hamka keretamayat

Woha!

https://wa.me/60199117163?text=tanjak

https://wa.me/60199117163?text=2ebook

Tawaran hingga 1 syawal sahaja


Feb 25, 2024

Doa guna nama Malaikat?

 Malam nisfu Syaaban, berdoalah banyak banyak..

Guna ilmu yang ada sebagai modal dalam berdoa…

Contohnya dari kecil kita belajar tentang 10 malaikat, maka boleh guna kerja malaikat sebagai modal dalam berdoa..

“Doa modal tugas malaikat? Apa tu?”

Okey, saya doa, kamu aminkan, boleh?

InsyaAllah..

Jom doa!

*****

“Ya Allah, Kami beriman dengan Mu, dengan Malaikat, dengan Kitab, dengan Nabi, dengan Hari kiamat, dan dengan Takdir…

Ya, Allah, 

Kami dengar Hadis Malaikat Jibril akan turun pada Malam Al qadar untuk menyampaikan Rahmat kepada orang yang sedang bertahajjud, jadikanlah diri kami dan keturunan kami termasuk hamba yang bertahajjud di malam Al qadar lalu dipeluk Rahmat yang dibawa malaikat Jibril,,

Ya Allah, Takdirkan dalam senarai Rezeki yang  Malaikat Mikail jaga untuk Kami, rezeki yang luas, jika jauh dekatkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika dilangit turunkanlah, jika dibumi, keluarkanlah, jika haram, sucikanlah..

Ya Allah, sewaktu kami hidup ini, takdirkahlah Malaikat Raqib sentiasa sibuk mencatat kebaikkan kami, dan Malaikat Atid tidak sibuk kerana kurangnya dosa dosa kami, takdirkanlah kami orang yang sentiasa berbuat baik sepanjang hidup, yang mana andaikan jika Malaikat Raqib ada sifat penat, biarkan dia penat menulis amal kebaikkan kami…

YaAllah, jangan panjangkan umur kami hingga menjadi tua nyanyuk menyusahkan orang, jangan panjangkan umur kami sampai kiamat, hingga terdedah kepada fitnah dajjah, jangan panjangkan umur kami hingga terdengar tiupan Sangkakala oleh Malaikat Israfil yang sungguh dahsyat, maka matikanlah kami jauh sebelum kiamat besar, mati dalam husnul Khatimah..

Ya Allah, menjalang mati nanti, izinkanlah Malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa kami, mencabut dengan lemah lembut sambil membawa berita gembira..

Ya Allah, di kubur nanti, izinkanlah Malaikat Munkar bertanya soalan Kubur dengan lemah lembut pada kami, dan kami dapat jawab semua soalannya, dan biarkan Malaikat Nakir yang bertugas mengazab dalam kubur tiada kerja, semua dengan IzinMu yang Allah, permudahkanlah urusan kami semua bersama Malaikat Kubur..

Ya Allah, di akhirat nanti, jangan takdirkan kami bertemu dengan Malaikat Malik penjaga neraka yang bahan bakarnya manusia serta batu-batu, jangan jadikan kami dan keturunan kami bahan bakar api neraka! Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah.. Jauhilah kami dari api neraka!

Ya Allah, Akhir sekali, kau Izinkanlah Kami bertemu Malaikat Ridwan yang bertugas menjaga syurga, Izinkanlah kami masuk syurga tanpa hisab, izinkanlah kami masuk syurga bersama keluarga tanpa teringgal seorangpun! 

Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah.., perkenankah doa kami.

Amin…


klik sini untuk belajar mudahnya menghafaz Yassin https://tazkirahustazustazah.com/?aff=hamka&p=7021

Jan 30, 2024

Solat 42 rakaat?

 

Alkisahnya Saya pernah cerita pergi berdakwah rumah ke rumah, tiba tiba nampak tuan rumah sedang kopak buah kelapa guna p*rang..

Saya pun bagi Salam dan tuan rumah terus bertanya soalan dengan a*gkuh..

“Solat berapa rakaat setiap sehari dan siapa ketua kamu?”

Spontan saya jawab: tujuh belas rakaat.. dan ketua saya Nabi Muhamad”

Terus dia bertenang dan berkata..

“Benar, silakan dakwah saya…”

Alhamdulillah tiada kejadian di ****** parang.. ujian orang berdakwah rumah ke rumah…

Akisahnya Tular video seorang hamba Allah bagitahu yang beliau solat Subuh 4 rakaat, solat Zohor 12 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 5 rakaat, dan Isya 17 rakaat.

Apa nasib jika brother potong kelapa yang bertanya? Takut ada yang terp*tus kepala…

Apa-apapun, dah ada ustaz jawab, Hamba Allah tu betul, sebab dia jawab ikut Mazhab Hanafi..

Bagi yang tak tahu, ustaz cakap, Ikut mazhab Hanafi, solat-solat sunat rawatib adalah wajib, sedangkan Mazhab syafee hukumnya adalah sunat

Hujah Mazhab Hanafi ialah hukum Rukun fardu adalah hukum yang datang dari dalil Qat'ie dari hadith-hadith Mutawatir. 

Manakala yang wajib adalah hukum yang datang dari dalil Zonni seperti hadith-hadith Ahad.

Pernah kan ada yang cakap tak nak Qunut sebab Mazhab syafee tak sesuai bagi mereka dan ada yang pilih Hanafi.. sebab lebih sunnah..

Jadi.. jika naik ikut Mazhab Hanafi kenalah wajibkan ibadah sunnah. Witir jangan tinggal..

Sebab mazhab Hanafi wajibkan ibadah sunnat muakad dalam pandangan Mazhab kita..

Al faham ke tidak?

Contohnya solat sunat yang diwajibkan oleh mazhab Hanafi sebab ada dalil Nabi walaupun ketika bermusafir  tak akan tinggalkan solat sebegini..

2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor, 4 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 4 rakaat sebelum dan selepas Isyak. 

Manakala bagi solat witir, dalil yang mereka guna adalah, 

"Solat witir merupakan satu KEWAJIPAN keatas setiap Muslim, siapa yang mahu solat witir secara lima rakaat, maka dia boleh lakukannya, siapa yang mahu melakukannya secara tiga rakaat maka lakukanlah, jika dia mahu secara satu rakaat maka lakukanlah." - riwayat Nasie. 

Maka betullah apa yang hamba Allah tu cerita ikut mazhab Hanafi..

Kita kat Malaysia, jawab jer 17 rakaat yang wajib…

Dan nak tambah sikit sebab sekarang musim panggilan Haji, jangan keliru pulak antara rukun dan wajib haji.

Kita belajar wajib jika tertinggal tak sah tapi di waktu ibadah haji kena tahu bezakan rukun dan wajib..

Yang mana rukun haji jika tertinggal haji rosak dan tak sah, tapi wajib haji jika tertinggal haji tetap sah cuma kena bayar dam.

Faham ke  tak ni?

Sebelum korang suruh lukis, abang dah buat video siap siap untuk bezakan rukun dan wajib..

Lepas tonton wajib like, share dan subscribe!


Woha!

Jan 11, 2024

Azam apa tahun baru?

Tahun 2023, berapa kali kita berpeluang pergi ke tanah perkuburan Islam?

Tahun 2024, akan berapa kalilah pula kita akan diberi peluang mengingati kematian?

Syukur atas nikmat baki umur… bermakna kita masih sempat buat usaha dekatkan diri pada syurga dan jauhkan diri dari neraka..

Adakah kesempatan rezeki sampai ke 2025 menziarahi kubur?

Atau 2024, kita pergi kubur dan tidak pulang selamanya?

Sungguh Hanya Tuhan yang tahu akan tahun mana kita mati.. yang mana sampai masanya, tidak akan terlebih satu nafas atau kurang satu nafas, walaupun kelihatan kaki kita melangkah pergi kerja, atau pergi melancong, atau pergi kedai, atau pergi masjid, tapi hakikatnya, kita menuju ke tanah perkuburan islam..rupa rupanya, langkahan kita adalah langkahan maut.

Woha!