Rezeki petang semalam, rumah saya di datangi Pendakwah terkenal indonesia, Kiai ustaz Abdurrahman Lubis, saya sempat jamu Pak Kiai Teh Tarik dan Keropok goreng.
Pak Kiai rupanya datang bersama Jemaah dari Polopo Sulawesi, dan beriktikaf di surau dekat rumah saya selama tiga hari. Untuk kerja-kerja dakwah.
Lepas minum petang, saya ikut Pak Kiai berdakwah rumah ke rumah, dan malam itu dengar cermah dari Jemaah dakwah.
Banyak nasihat yang sangat menyentuh hati..
Antaranya.. ketahuilah tiga musuh utama kita, yang akan ikut kita ke mana sahaja, walaupun di Mekah, ataupun jalan Allah.
Apa tiga musuh utama manusia?
- 1. Syaitan
- 2. Nafsu
- 3. Tabiaat Buruk.
Bagaimana nak lawan musuh utama?
Untuk kalahkan syaitan, kena banyak buat Dakwah, sungguh syaitan akan lari terkentut kentut jika dengar seruan dakwah!
Untuk kalahkan nafsu, kena menyerah diri dalam mensyuarat agama, dan belajar taat kepada amir walaupun hati tak suka, sungguh sungguh Nabi sangat banyak bab lawan nafsu kepada sahabat melalui amalan mensyuarat.
Untuk kalahkan Tabiaat buruk, kena amalkan sunnah Nabi, kerana dari sunnah Nabi akan lahir akhlak yang baik?
Apa itu sunnah Nabi? Banyakkan dakwah, Taklim, ibadat dan khidmat, juga kurangkan makan, kurangkan cakap sia sia, kurangkan duduk dalam suasana dunia, dan tinggalkan terus harap dan minta kepada makhluk, tinggalkan perbuaan ambil barang tanpa izin dan jangan pernah membazir masa, harta, dan diri sendiri.
Panjang pesanan Pak Kiai. Petang ni saya ikut lagi, insyaAllah.
Bersukurlah ada saudara seagama yang sanggup datang dari jauh untuk ziarah kita, semoga ummat yang bertemu dan berpisah kerana Allah dapat Bersatu di bawah lindungan Arasyh di akhirat kelak.
Semoga Woha sampai syurga!
1 comment:
Alhamdulillah..
terima kasih atas perkongsiannya...
memang musuh yang terbesar tu.
Post a Comment