Sep 17, 2015
Bila Alien Mencari Tuhan?
(Blogger Detective nie berkata: Anyway hamka, Semoga syiar
islam kita dapat tegakkan semula suatu hari nanti., Agak-agak rajin, sila buat
ulasan movie PK lakonan amirkhan.. Agak deep. Kata aku dua minggu kemudian,
baiklah!)
ULASAN FILEM PK oleh Hamka Keretamayat
Sekonyong-konyongnya, lantas terlihatlah sebuah pesawat
berbentuk aneh yang telah tersesat ke dalam awan di sebuah kawasan lapang di
benua India, dan dari pesawat tadi, turunlah seorang (atau seekor?) makhluk
asing yang mempunyai raut wajah seperti Aamir Khan, berjalan dalam keadaan
berbogel macam bayi yang baru dilahirkan.
Sebagai ‘bayi yang baru lahir’, maka surrounding authortylah
yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau islam.
Akarian, selepas alat kawalan kapal angkasanya hilang kena curi, maka seekor alien berwajah
Aamir Khan ni mencuri pakaian dari dua ekor penzina yang sedang buat projek
dalam kereta.
Untuk kembali pulang ke angkasa, seekor Alien ni perlu
belajar bahasa orang bumi, caranya dengan pegang tangan orang lama-lama. Tapi
siapa larat nak tangan di pegang lama lama tak buat apa-apa macam transfer USB
gaya Yoga. Tapi akhirnya ada seekor perempuan pelacur yang sanggup menerima
layanan pelik, iaitu tak perlu berzina, cukup tangan di pegang oleh seekor
alien ini selama berjam-jam untuk transfer bahasa tempatan.
Ok, masalah bahasa dah selesai, walaupun bercakap macam
gampang sebab guna dialek pelacur tempatan tapi misi mesti di teruskan untuk
mencari alat kawalan kapal angkasa yang di curi orang.
Pendek cerita, bila dia mengadu masalah hilang barang pada
semua orang di jalanan, respon yang diterima:
"hanya tuhan sahaja yang
mampu tolong kamu"
Ok, misi berubah. Kena cari Tuhan dahulu, dah jumpa Tuhan,
baru minta tolong kepada Tuhan carikan alat kawalan kapal angkasa.
Tapi di mana nak cari Tuhan?
Tanya pada orang di jalanan. Yang membuatkan semua orang
kata dia ni dah “PK” yang bermaksud “Mabok”.
Oleh sebab semua orang panggil dia PK, maka PK faham namanya
di bumi adalah PK.
“My name is PK, where is God?”
Pendekkan cerita lagi, PK akhirnya jumpa kedai menjual Tuhan (berhala) area situ. Rupanya
tuhan ada dijual secara runcit, banyak jenis dan pelbagai saiz pulak tu.
Adohai..
Dengan menggunakan duit curi, PK beli sebuah ‘tuhan’
(patung) kecil, itu yang paling murah tapi rasa kena tipu sebab tuhan tu tak
bergerak, di sangkanya tuhan kecil tu sudah habis habis bateri. Maka berdialoglah PK dengan penjual patung
itu. Selepas ini PP.
PK : kenapa tuhan ni tak function? , habis bateri ke? Tolong
masukkan bateri lagi.
PP: Kamu gila ke
apa?, tuhan ni mana pakai bateri.
PK : habis tu kenapa tidak function?
PP: Malas layan orang
mabuk!
PK: Siapa cipta tuhan kecil ini?"
PP: tentulah saya!
PK: Siapa tuhan sebenarnya? Jika kamu yang cipta tuhan ni,
siapa pula cipta kamu?"
PP: Tuhan cipta saya.
PK: jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan
pula?
PP: kamu mahu
rosakkan bisnes saya ke? Berambus!
Nasib baik Raja Namrud tak ada waktu itu, kalau tak, dah
tentu PK ni kena bakar api macam Nabi Ibrahim a.s.
Imbas kembali:
Raja Namrud: Siapa pecahkan semua tuhan (berhala) yang
kecil?
Nabi Ibrahim: Patung yang besar tu, tengok kat tangan ada
kapak.
Raja Namrud: Berhala itu mana boleh bergerak!
Nabi Ibrahim: Habis tu, kenapa kamu sembah tuhan yang tak
bergerak!
Raja Namrud: Bakar!
Tamat Imbas kembali.
PK yang keliru kerana terlalu banyak Tuhan di dunia ini,
akhirnya membuat keputusan mencari Tuhan dengan mencuba semua agama, masuk
kuil, masuk gereja, bersembahyang di masjid lantas membuatkan aku teringat
kepada mualaf seperti Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr
Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari
Tuhan, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya berjumpa dengan agama Islam.
Di sini suka aku berpesan kepada orang bukan islam, dalam
bab dunia, dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua
dokumentasi, baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan
analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori
dan hokum. Fakta tetap fakta.
Tapi dalam bab agama, kita tidak kaji dan siasat, kita
tidak rujuk semua dokumentasi, kita abaikan data, tiada perbadingan
analisis, dan tolak kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita menolak fakta
dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek
moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..
Sambung balik, akhirnya PK jumpa dengan orang yang mendakwa
boleh berhubung dengan Tuhan.
Tapi bila tengok orang datang mengadu masalah di suruh
selesaikan masalah dengan cara yang salah, PK gelar orang ni ada masalah
"wrong number".
Sebab jika betul dari Tuhan, maka cara penyelesaian akan
menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.
Rupanya di hujung cerita, orang tu ada memiliki alat kawalan
kapal angkasa PK dan tipu itu konon hadiah dari tuhan.
Akhirnya PK berjaya bongkar kesalahan mamat ni kerana
rupanya seorang conman, manusia biasa, yang guna sentiment agama sebagai modal
untuk tipu orang yang jahil lalu mendapat duit dan pengaruh. Adohai, bab duit ni, tuhan pun orang
main-mainkan.
Rujuk Al quran, Nabi tak kenakan cas dalam berdakwah bang,
" wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang
harta benda sebagai upah dalam menyampaikan ugama, tiadalah aku harapkan upahku
melainkan dari Allah semata-mata" (Hud:29)
Last, PK dapat balik alat kawalan kapal angkasa dan kembali
ke langit, dari langit PK datang, kepada langit PK pulang setelah ‘berjumpa’
Tuhan, namun sebelum PK pulang, sempat PK berpesan:
"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang
menciptakan kita. Dan Tuhan yang kita cipta. Berhentilah menyambah Tuhan yang
kita cipta. Kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan kita."
PK Aamir Khan Movie part 2
PK sewaktu entry ini ditulis, belum ada part 2, tapi jika
ada mungkin kisahnya begini.
Sebaik beliau naik ke angkasa, maka akan berjumpa dengan
ketua beliau yang akan mintak laporan sepanjang mengembara di bumi, kenapa lama
sangat turun baru balik?
Jadi PK akan bercerita tentang pengalamanya mencari Tuhan.
Maka berkatalah PK.
Tuan, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun
yang terbesar ada 4 iaitu:
Christian
2.0 billion
Islam
1.2 billion
Hindu
811 million
Budda
360 million
Dalam hidup manusia yang beragama, mereka adalah makhluk
yang logic, mereka bersetuju bahawa mereka ini adalah sebahagian dari alam
semesta. Mereka bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’.
Dan mereka
bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Jadi mereka
percaya dunia dan mereka di cipta oleh Tuhan.
Untuk pengtahuan tuan, Dunia manusia ini menjadi semakin hari
semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard,
seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan
genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang manusia
beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang
yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, ianya
bukan datang secara semula jadi, tapi
dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu mencullah ISO, Internasional
Standard of Organitation.
Contoh lain yang orang agama percaya, Jika kita kumpulkan
bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi,
kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir,
berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan
menjadi Smart phone?
Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.
Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api,
angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan
berevolusi menjadi tumbuhan dan binatang lalu di tengahnya, datang kausa “kun
fayakun” yang menjadikan manusia sebaik
baik kejadian yang mana tiada mana mana binatang mampu mengatasi manusia di
dunia.
Jadi, orang agama percaya pada Tuhan yang mengaturkan
evolusi dan Kun Fayakun, macam telefon juga berevolution dalam ciptaan manusia,
dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan,
dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, telefon bukan berevolution
sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi,
maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya iaitu Tuhan.
Saya pernah berborak dengan manusia, bertanya kenapa kamu
percaya adanya Tuhan?
Jawab mereka:
“ Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari
selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh mungkin tak
berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap
bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang
sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang
dan malam, bagi garisan khatulistiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan
12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan
Disember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semesta yang buatkan berlakunya
taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat
musim yang konsisten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan
musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity
bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?
Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big
bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan,
kita semua ada smart phone?
Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta
yang Maha Kuasa?
Guna Common sense, adakah smart phone itu tiba tiba sahaja
ada?
Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di
cipta oleh yang Maha Kuasa.
Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa
yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, manusia tu suruh saya bayangkan kes aduan
rakyat yang sudah bersedia nak selesaikan masalah rakyat, tapi perlu tunggu
arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan
lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang
atas lagi, so, bila dia boleh bekerja?
Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox,
adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang
atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas,
dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di
cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi
konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih
dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya
SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling
tinggi!
Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat
Tuhan yang anti paradox, Tuhan mestilah berlawanan dengan semua makhluk dan
kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta,
Dia satu dan paling atas.
Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan
bersifat abadi dan kekal selamanya.
Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling
memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.
Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik,
maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.
Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan
adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.
Jadi, kepada semua alien sekalian, jika nak cari Tuhan,
pastikan Tuhan itu anti paradox, iaitu Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak
berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan
sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari
ciptaan-NYa
Sebagai makhluk yang di cipta, maka sifat kita adalah saling
berhajat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita
lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan
jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan,
keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan
berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa
tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan
akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau
mengabaikannya.
Di dunia, saya ada jumpa manusia lelaki yang nak bunuh diri
kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup
berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin
bunuh diri dalam keadaan sedih.
Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang
berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.
Dan saya juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana
katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada
sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya
dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.
Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus
asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.
Begitulah manusia di dunia ini, ada yang mati kerana tidak
jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati
kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak
bertemu Tuhan.
Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu
datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan
bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk
mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic
sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.
Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk
bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini,
dan kemana saya selapas ini.
Maka di sarankan untuk mencari Tuhan carilah seorang wakil
tuhan atau Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia,
bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin,
beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.
Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling
berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi
pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai
mengambil hati, dan pandai serba serbi.
Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca
itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan
keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan
mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?
Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan
dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan
arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang
miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu
manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses
kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang
sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.
“sudah PK, panjang sangat laporan kamu, macam nak berdakwah
pulak saya rasa, jadi apa agama paling make sense untuk hidupan manusia?”
Lepas di tanya oleh kutua alien, jawab PK:
“agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka
hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi
dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia
hanya merujuk satu kitab.
Lagipun tuhan orang Islam adalah satu, paling berkuasa,
tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak
akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian
dari ciptaan-NYa.
Nabi yang di utus Tuhan orang Islam juga paling common
sense. iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, Nabi ini
juga yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha
untuk hidup
Malahan Nabi orang islam termasuk dalam senarai nombor satu
orang paling berpengaruh, kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai
mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil
hati, dan pandai serba serbi.
Selain itu, dalam Kitab Nabi orang Islam juga banyak ayat
yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..
Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain
disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba
tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan
memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan
mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab.
Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu
bukan English!
Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan
suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung,
tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang,
baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat
tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya
pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca
ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab.
Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang
hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial
nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang
mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah
hafalpun ada di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka orang Islam ada sistem yang
boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan
setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
Carilah sebuah kitab yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal
dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.
Ternyata, hafalan Kitab al quran oleh ramai orang Islam,
adalah Mukjizat dari langit.
“tapi kenapa mereka saling bergaduh dan membunuh antara satu
sama lain?”
Tanya Ketua PK kepada PK.
Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam,
but something wrong with (some) muslims "
Hasil kajian saya, ada dua punca kenapa sesama islam pun
bergaduh:
Pertama, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah
habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca
Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya,
dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:
Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara
spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk,
tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,
Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis
apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
“kena baca semua makna ke PK?”
Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al
quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, Bro,
Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan,
ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah
dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan
ada kemanisan.. faham?
Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup
dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk
satu juzuk?
Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di
telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab
tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan..,
sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei
atau dilwana dulhaniya la ja ya jangge atau K pop?”
Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab sudah khatam Al
quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang
islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila
azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang
berlaku.. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran
betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di
ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga
PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun
berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas
dan fatah, Wahabi dan salafi and
counting, terbaru PAS dan GHB, adohai..
Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi
kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca
makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah
bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’ Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat
hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik..,
tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al quran, apa
kes?
Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang
tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al
fatihah pun tak tahu, Adohai..
“Okey, tidak hayati makna Al quran punca orang islam saling
bergaduh, satu lagi?”
Tanya ketua PK kepada PK, Laju PK jawab:
Hadis!
Kedua, Hadis!, ini banyak mendatangkan masalah sebab hadis
ni keaslian dia tidak macam al quran, lalu muncul golongan anti semua hadis,
golongan anti hadis daif, golongan hadis palsu, golongan ambik hadis separuh,
golongan hadis pakai otak, golongan tokok tambah hadis, dan macam-macam lagi,
lantas dari pelbagai perbezaan ini, di tambah dengan kejahilan memahami ayat al
quran, maka orang islam pun berpecah kepada sunni, syiah, wahabi, salafi,
pengganas, ajaran sesat, ajaran songsang dan macam macam fahaman lagi.
“habis tu yang mana paling betul?”
Di sinilah kena guna akal, kerana dalam kejadian penciptaan
langit dan bumi, terdapat tanda bagi orang yang berakal, so carilah golongan
yang berpegang pada Sunnah Wal Jemaah.
“Apa itu sunnah wal jamaah?”
Carilah golongan yang aman damai dan paling ramai dalam
islam, dan paling mirip kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sababat baginda.
“Jadi..”
Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam
berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat,
tabi'in, dan tabi’ tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni,
manakala 8% pula menganut aliran Syiah, lagi 2% lain lain fahaman.
Ahli sunnah menolak keganasan, mereka hidup aman damai
walaupun berbeza mazhab, saling hormat menghormati, tidak mengkafirkan golongan
lain dengan membabi buta. Jika saya kembali ke bumi lagi, InsyaAllah saya akan
memilih Sunni dalam Islam.
Woha!
Akhirnya PK kembali ke bumi dan hidup sebagai seorang Islam yang
aman damai.
Sekian ulasan filem PK lakonan Aamir Khan oleh Hamka
keretamayat, Semoga Allah terima kita sebagai ahli Sunnah wal Jamaah, amin.
Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu
dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya
mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)
Sep 7, 2015
Manusia berasal dari Berok?
(“Apa pendapat anda
tentang teori evolusi yang mengatakan manusia berasal dari berok, kerana dalam
islam mengatakan manusia berasal dari Nabi adam.”-masa untuk Teori darvin vs Teori Hamka Kereta Mayat )
Son Goku-Mahkluk yang boleh berubah menjadi berok di waktu Bulan Purnama- Woha! |
Dalam dunia islam, ada dua perkara yang di patuhi oleh
pengikut islam, satu adalah berkenaan ‘hokum hakam’ yang arahannya jelas dari
Al quran dan hadis, satu lagi ‘pendapat ulamak’ juga dari ayat Al quran dan
hadis tapi lebih kepada ayat yang tersirat,
Lalu muncullah pelbagai mazhab kerana perbezaan pendapat
ulamak, tapi perbezaan pendapat ini, tidaklah sampai perlu bergaduh, contohnya
dalam semua mazhab Sunnah wal jamaah, setuju, HUKUM solat adalah wajib lima
kali setiap hari, tapi PENDAPAT ULAMAK berbeza cara ambil wudhu dan solat. No
problem. Tak perlu gaduh gaduh.
Walaupun mungkin sudah ada percobaan-percobaan untuk
menentang teori evolusi ini, namun percobaan itu hanyalah bantahan bawah tanah.
Tidak akedemik, atau hujah tak kuat. Jadi belum ada teori penguat yang dapat
mengalahkan teori evolusi Darwin. Maka dari itu teori evolusi Darwin masih
digunakan dalam rujukan sains.
Teori Darwin mudah, korek bumi, cari tulang orang zaman
dulu, yang mana bila gali, mereka jumpa tulang berok besar, DNA pun lebih
kurang sama, so secara teorinya, oleh sebab tulang manusia macam sekarang ni
tak jumpa berjuta tahun dahulu dalam bentuk fosil, yang ada hanya tulang
dinasor dan beruk bersaiz manusia, maka hmmm, mungkin, secara TEORInya, nenek
moyang manusia adalah berok. Simple.
Jadi, sebagai sebuah teori, maka akan ada banyak lah
kelemahannya, sebab itu di panggil teori, antara kelahaman yang tercatat dalam bukunya, The
Origin of Species, Darwin menulis:
"Jika setiap spesies berasal dari spesies lain secara
bertahap, mengapa dimana-mana kita tidak menemukan jenis yang kemungkinan besar
merupakan perantara? Kesulitan ini cukup membingungkan saya dalam waktu
lama."
Nampak?, dari tulang besar berok, tiba tiba terus pada
tulang manusia, mana tulang yang agak match, so itu salah satu kelemahan yang
boleh diterima sebab “belum jumpa”.
Macam orang tua yang berevolusi dari bayi, tapi di jalanan
kita jumpa kanak-kanak, remaja, orang dewasa, tapi dari berok, kepada manusia,
makhluk apa yang kat tengah tengah? Jika berok ada? kenapa makhlok yang kat
tengah pengantara evolusi takde?
Jadi sebagai orang Islam, yang nyawa kita dah tak lama
hidup, naik kapal terbang boleh terhempas, dan mati, maka senang ikut Al quran.
Manusia berasal dari Nabi adam, simple.
So dalam Islam, manusia berasal daripada Nabi adam, adalah
jelas dan terang, HUKUMnya wajib percaya, dan tiada pendapat ulamak yang boleh
batalkan hujah ini. Simple.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi”. Malaikat bertanya “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal Kami senantiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya
Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Jadi, dari ayat ini: (Surah Al-Baqarah Ayat 33-39)
Malaikat bantah dengan sebut: “Adakah Engkau hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah?”
Jadi soalan malaikat ni merujuk kepada makhluk sebelum
manusia pertama tapi suka buat bencana dan menumpahkan darah.
Jadi kat sini, ehem, ehem, akupun nak buat teori jugaklah,
sebab bila nak padukan dengan teori Darwin, aku tak boleh nak guna term ‘wajib
percaya’ pada orang kapir, tak adil dalam membahas fakta, maka aku akan lawan
teori Darwin dengan teori atas kertas dulu, pembuktian melalui data
berdokumentasi, kita buat lain kali bila ada penaja atau derma untuk dana
research “The Origin of Species”.
Okey, sambung balik.
Teori aku, oleh sebab Allah cipta Jin sebelum manusia, maka
aku agak, makluk yang menumpah darah yang disebut oleh malaikat adalah sejenis
jin, Jin berok! Yang Darwin jumpa tulang berok macam orang itu, Jin berok yang
punya-Woha!
Jin ni walaupun di cipta dari api, tapi boleh juga duduk
atas dunia menjadi makluk berdaging, macam binatang atau gergasi, itu yang ada
kisah sahabat bunuh ular, lepas mati ular itu menjadi api, so makluk berdaging
yang menumpahkan darah adalah jin berok, ini teori aku guna untuk tolak teori
Darwin.
Jadi manusia pertama adalah Nabi Adam a.s yang di cipta oleh
Allah dengan sebaik baik kejadian, Jin berok ni jika rujuk sejarah bentuk dia
teruk benor, nama pun tak best, seperti australophithecines, Homo habilis dan
Homo erectus.
Nak menyedapkan lagi teori aku, sebelum Allah turunkan Nabi
adam a.s, semua jin berok ni telah pupus di makan Diego, sejenis Harimau taring
panjang (Smilodon), sebab dagingnya sangat sedap jika di makan mentah-mentah.
Ok tak? Jika aku tolak Teori Darwin dan guna teori Hamka
keretamayat sebagai hujah, sebab Teori Darwin bertentangan dengan Firman Allah,
sedangkan teori Hamka kereta mayat selari dengan Al quran. Kan?!
Akhir kata, tak perlu bergaduh dalam perbezaan pendapat,
kerana ada Rahmat di sebaliknya, sama jugak, tak perlu bergaduh dalam perbezaan
teori, kerana:
Aku petik ayat Al quran surah Ali Imran190-191:
“Sesungguhnya dalam
penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat
tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat
Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: Ya Tuhan kami,
tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka
peliharalah kami dari siksa api neraka.”
Sekian.
Ps: Ada yang bantah teori aku kerana katanya, DNA dalam tulang berok yang dijumpai, sama macam DNA manusia, aku kata, dalam Al quran juga ada cerita kisah segolongan kaum yahudi yang buat dosa dan di sumpah menjadi berok. Agaknya tulang berok itu kot yang korang jumpa, patutlah DNA sama-Woha!
*****
Update: Ada kesilapan dalam explain term Teori dan Hukum, Untuk dunia biasa, betul aku cakap, tapi untuk sains, lain fahamannya, baca penerangan di bawah, aku akan betulkan balik nanti, terima kasih kepada Doktor!
Mohd Syamirulah Rahim
The Theory of Evolution is a theory, but guess what? When scientists use the word theory, it has a different meaning to normal everyday use. That's right, it all comes down to the multiple meanings of the word theory. If you said to a scientist that you didn't believe in evolution because it was "just a theory", they'd probably be a bit puzzled.
In everyday use, theory means a guess or a hunch, something that maybe needs proof. In science, a theory is not a guess, not a hunch. It's a well-substantiated, well-supported, well-documented explanation for our observations. It ties together all the facts about something, providing an explanation that fits all the observations and can be used to make predictions. In science, theory is the ultimate goal, the explanation. It's as close to proven as anything in science can be.
Some people think that in science, you have a theory, and once it's proven, it becomes a law. That's not how it works. In science, we collect facts, or observations, we use laws to describe them, and a theory to explain them. You don't promote a theory to a law by proving it. A theory never becomes a law.
This bears repeating. A theory never becomes a law. In fact, if there was a hierarchy of science, theories would be higher than laws. There is nothing higher, or better, than a theory. Laws describe things, theories explain them. An example will help you to understand this. There's a law of gravity, which is the description of gravity. It basically says that if you let go of something it'll fall. It doesn't say why. Then there's the theory of gravity, which is an attempt to explain why. Actually, Newton's Theory of Gravity did a pretty good job, but Einstein's Theory of Relativity does a better job of explaining it. These explanations are called theories, and will always be theories. They can't be changed into laws, because laws are different things. Laws describe, and theories explain.
Just because it's called a theory of gravity, doesn't mean that it's just a guess. It's been tested. All our observations are supported by it, as well as its predictions that we've tested. Also, gravity is real! You can observe it for yourself. Just because it's real doesn't mean that the explanation is a law. The explanation, in scientific terms, is called a theory.
Evolution is the same. There's the fact of evolution. Evolution (genetic change over generations) happens, just like gravity does. Don't take my word for it. Ask your science teacher, or google it. But that's not the issu we are addressing here. The Theory of Evolution by Natural Selection is our best explanation for the fact of evolution. It has been tested and scrutinised for over 150 years, and is supported by all the relevant observations.
Next time someone tries to tell you that evolution is just a theory, as a way of dismissing it, as if it's just something someone guessed at, remember that they're using the non-scientific meaning of the word. If that person is a teacher, or minister, or some other figure of authority, they should know better. In fact, they probably do, and are trying to mislead you.
Hamka (Kereta Mayat)
Good explanation, i accept was wrong in term to discribe 'theori' and 'law, I need to correct some mislead here, both are based on tested hypotheses, also empirical data; Furthermore, both scientific laws and scientific theories could be shown to be wrong at some time if there are data to suggest so. But, law lebih kepada matematik yang mana tiada ruang untuk pembetulan, sebab jelas formulanya di situ, manakala teori lebih kepada explain, sebab tu aku "boleh" masukkan secara 'pendapat peribadi' asal usul manusia, tapi sepatutnya, kena ada bukti sokongan, jadi dalam kes aku, untuk jawab soalan umat islam yang keliru, dalam tempoh setengah jam, itu yang mampu aku terangkan base tiga ayat Al quran, lain kali, insyaAllah, dengan pencerahan dari pembaca, aku mungkin boleh memberi "pendapat peribadi" dengan lebih make sense, Amin.
Mohd Syamirulah Rahim
Yeap btul bro hamka, cumanya bidang evolution ni sgt luas merangkumi pelbagai aspek, dari mendelian sampai epigenetic. Hipotesis "manusia berasal dari monyet" hanyalah satu fragment kecil dalam aspek evolusi yang in fact, still open for intepretation seperti teks ibnu khaldun yang saya lampirkan. I agree with you, adalah mustahil nak explain mengenai evolusi yang sangat luas ini dalam tempoh setengah jam, namun tidak bolehlah terlalu simplistik mengatakan "manusia dari beruk" itulah segalanya mengenai evolusi.
Orang malaysia kita sahaja yang bila sebut "evolusi" benda pertama muncul di kepala adalah "manusia dari beruk". Padahal di barat, pendidikan evolusi bermula dari sekolah rendah lagi diajar mengenai mendelian law.
Justeru adalah sangat tidak adil, untuk reject evolution secara keseluruhan, apatah lagi mengatakan ianya "just a teori", padahal dengan teori inilah para saintis dari seluruh dunia dapat mengkaji dan membawa banyak manfaat, contohnya seperti memahami dan melawan penyakit virus (h1n1 etc), menghasilkan ubat-ubatan khususnya antibiotik melawat evolving superbugs, memahami penyakit2 genetik dalam aspek biological evolutionary, dsb. Sikap reject secara keseluruhan ini menjadikan umat Islam ketinggalan apabila kita hanya menjadi consumer, menikmati kecanggihan teknologi Barat dek kerana takut mengkaji bab evolusi sebab ianya "sesat".
Hamka (Kereta Mayat)
Terima kasih atas pencerahan dari doktor, dulu waktu saya kena 'serang' kes vaksin, (sebab saya sokong vaksin), jelas sikap sesetangah orang islam yang tidak adil dalam menilai fact, nampaknya saya pun kena banyak membaca dan mengakaji jika mahu 'menolak' atau 'menerima' sesuatu. pesan pada diri sendiri, terima kasih doktor Mohd Syamirulah Rahim
Mohd Syamirulah Rahim
No probs bro hamka. Bab evolusi ni actually saya x kisah sgt kalau org salah faham sbb misunderstanding mengenainya dah terlalu menular susah nk ubah, plus mudarat dia tidaklah terlalu besar. Cumanya kalau awal2 lagi budak sekolah dimomokkan (even oleh cikgu) bahawa evolusi ni teori sesat, maka lambat lah malaysia kita nak lahirkan pakar2 dalam bidang genetik dsb buat kajian mengenai virus, hasilkan ubat-ubatan sendiri n halal.
Berlainan dengan vaksin, geng antivaksin ni secara direct merupakan sebuah humanity threat, apabila diorg jeopardize herd immunity dgn dakyah diorg, so sbb tu yg ni mmg kena tentang habis-habisan. Salute kat bro hamka sbb geng antivaksin ni byk guna hujah dan alasan agama, tp dlm masa yg sama tak ramai golongan agama nk speak up utk kepentingan vaksin ni. Kipidap dongibap!

Subscribe to:
Posts (Atom)