May 30, 2020

Kesilapan dari Kasim Selamat?


Waktu P Ramlee kena kahwin paksa dengan Sabariah. Mak mertuanya yang jahat telah beri RM5000.

(Tak jahat sangat, sebab masih bagi kahwin free dan bagi modal untuk mulakan hidup, fair enough bak kata orang putih)

Jadi.. pada tahun 1962 wang RM5000 itu banyak mana? Saya check kalkulator infalsi wang RM5000 di tahun 1962 lalu dibandingkan dengan tahun 2020 anggarannya adalah RM28000.

Baik! bayangkan korang di tempat Kassim Selamat. Kemahiran korang pandai cipta lagu, menyanyi suara merdu dan sangat berbakat dalam bermain alat muzik.

Halangan korang satu sahaja. Tak boleh jadi penyanyi kelab malam sebab mak mertua tak izinkan.

Tapi korang boleh ajar kelas vokal, atau kelas muzik atau jadi DJ radio atau mungkin cuba bidang baru?

Jadi dengan modal RM28000. Mula mula korang bayar deposit rumah sewa dalam RM2000 dengan bulanan dalam RM500. Rumah kecik tak apa sebab baru nak start up.

Lepas tu korang beli kereta Viva paling murah bayar muka RM5000 dan bulanan RM300.

Maka baki yang ada adalah RM20, 200.

Beli asas hidup dapur, katil, telefon, dan lain lain katakanlah RM5000.

Maka baki terkini adalah RM15200.

Sekarang dah boleh cari kerja... cukup tak cari kerja dengan wang RM15,200?

Sangat cukup dan kerja akan selalu ada untuk orang yang rajin dan jujur.

Okey sikit nasihat saya wang RM15 ribu tu simpan separuh siap siap dalam tabung haji ke, ASB ke agar dapat pulangan faedah setiap tahun. Simpan RM7200.

Maka baki kat poket ada RM8000.

RM8000 tu cukup untuk pasangan baru kahwin untuk hidup tiga bulan tanpa bekerja insyaAllah.

Jadi ada masa tiga bulan untuk cari kerja atau labur buat bisnes baru.

Bila dah dapat kerja atau sebelum start bisnes baru saya nasihat laburkan sedikit wang untuk belajar uruskan wang agar kita menjadi celik kewangan.

Sungguh sangat penting ilmu bijak menguruskan wang sebab ramai penduduk malaysia hari ni muflis dengan hutang keliling pinggang sebab masuk neraka wang.

Apa itu nereka wang? Ia ada depan mata tapi sebab tidak celik wang maka tak nampak dan bila dah masuk dalam neraka wang baru sedar tapi dah terlambat...

Nak belajar uruskan wang di tahun 2020 ini tak sampai pun RM100. Jauh lebih murah dari beli telefon, iaitu pekej yang pernah saya belajar hanya RM97 sahaja..siap dengan 17 video, ebook, FB group, video live dan banyak lagi ilmu dengan harga RM97 sahaja.

Tapi jika malas belajar maka menjadilah nasib korang seperti Kassim Selamat.

Sebab?

Kassim Selamat dan Sabariah tidak celik kewangan langsung!

Dapat RM28000, Simpan langsung tak, tapi mereka berjoli sakan, berdansa dan berpesta, makan mahal di hotel, dan berjudi di race track kuda dengan harapan menang wang besar tapi takdenya nak menang main judi ni, makin kalah adalah.

Akhirnya duit tinggal sikit dan terpaksa menyewa bawah rumah.

Sangkaannya nanti takpe, duit habis, boleh start kerja. Tapi baru start kerja buruh sekali dapat berita bini waktu balik kampung mati beranak pulak, dan apa Kassim Selamat buat? Move on? Tidak! Dia menangis dan serahkan diri kepada takdir semata mata hingga akhirnya menjadi manusia buta.

Tak boleh bayar sewa, dia di halau cara baik,

Lalu di jalanan dia dipungut orang kaya, akhirnya bersama keluarga baru si buta Kassim Selamat mulakan hidup baru, dapat kerja jadi penyanyi semula, hinggalah sorang peminatnya telah sudi sembuhkan matanya kerana peminatnya ada suami seorang doctor.

Bila celik mata semula, Kassim Selamat mendapati isteri doctor itu adalah bekas isterinya lalu di cucuk matanya dengan garpu kerana terlalu sedih.

Begitulah tragisnya kisah Kassim selamat yang nak bagitahu bahawa semua manusia di beri kejayaan dan kegagalan, dan tugas manusia adalah untuk uruskan kejayaan dan uruskan kegagalan,

Tapi ramai orang mungkin boleh urus kejayaan, namun tak ramai boleh urus kegagalan, maka jangan jadikan kegagalan uruskan kita, tapi kitalah yang kena pandai uruskan kegagalan.

Kisah Kassim Selamat ini pulak nak bagitahu, Kassim Selamat adalah seorang yang gagal serba serbi, gagal mengurus kejayaan dan gagal mengurus kesusahan. Aduh!

Waktu dia ada modal RM28000, Kassim selamat tak buka akaun bank, dia tak menyimpan, dan wang yang ada bukan nak guna untuk cari bisnes jual nasi lemak ke, jual tanjak ke, ajar main muzik ke, tapi wang itu dia buat joli sakan, pergi pub, makan mahal di hotel, dan paling tak boleh blah,berjudi di race track kuda dengan harapan menang dan wang berganda, aduh.

Fail uruskan kejayaan buatkan dia sewa bawah rumah, dan bila dapat berita bini mati, bukan nak siasat ke, mungkin berita palsu kot, atau balik ziarah kubur dan nak cium tangan mak mertua ke, semua dia tak buat, tapi dibantainya menangis siang malam, sampai jadi buta, dan nyawanya pada waktu itu adalah alat muzik, pun diberi pada orang nyawanya lalu berjalanlah dia dalam hujan membawa diri entah ke mana. Fail uruskan kegagalan paling targis.

Tapi Kassim Selamat dapat peluang kedua, dipungut orang kaya yang mudah kesian, lalu dia dapat kerjaya menyanyi semula, dapat celik mata semula, tapi itulah, disalahkan pulak Tuhan kenapa jadikan mak mertuanya seorang manusia, kan lebih baik jika tuhan jadikan mak mertuanya haiwan?

Tapi kalau Mak mertuanya haiwan, dapat anak haiwan, kahwin dengan haiwan lagi teruk nak uruskan kehidupan. Aduh..

Lepas tu Kassim Selamat ni cepat sentap, bila doctor tu ungkit pasal nikmat mata dapat free, dicucuknya mata itu dengan garpu.

Aduh..

Tapi itulah kisah Kassim Selamat, jika masa di undur kembali, tak perlupun salahkan Tuhan jadikan mak mertuanya manusia, Kassim selamat hanya perlu ada ilmu kewangan yang betul.

Ilmu Kewangan ni dalam Al quran pun ada cerita, rujuk kisah Nabi Yusof dalam Al quran, yang beliau ada ilmu tafsir mimpi seorang raja yang melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus. Apa maksudnya?

Maka jawab Nabi Yusuf, negara akan di landa kemarau tujuh tahun, jadi waktu negara subur tujuh tahun, simpanlan hasil tanaman separuh agar musim kemarau tujuh tahun rakyat tak susah.

Dari kisah ini fahamlan kita bahawa ekonomi dunia akan selalu naik turun, ekonomi kitapun sama, lagi lagi dengan wabak Covid 19 ini, maka menyimpanlah separuh harta kita agar dapat digunakan waktu susah tanpa perlu kita meminta minta atau menyusahkan orang.

Nasihat simpan duit ni selalu pakar mat saleh suruh buat, rupanya dalam Al quran dah cerita lama bab persiapan musim ‘kemarau’ yang dalam kes kita ni kemarau wang akibat wabak covid 19.

Wang itu penting dalam hidup hingga Rukun Islam yang wajib ada dua tempat perlu pada wang, iaitu zakat dan haji, Tuhan juga bagitahu tangan memberi lebih baik dari yang meminta, dan Tuhan puji orang yang hidupnya taki menyusahkan orang.

Jadi.., Jika Kassim Selamat simpan separuh wang, dan melabur wang yang ada ke tempat yang betul, ajar anak orang kaya main alat muzik ke, atau buat lagu dan jual ke, atau buat lagu nasyid ke, atau tambah skill baru ke, atau apa-apalah, bukannya pergi main kuda, aduh..

Cerita tentang ilmu kewangan dan Islam ini , saya sebenarnya terpanggil nak menulis inipun selepas menonton tujuh belas video pengurusan kewangan oleh Afyan Mat Rawi yang dapat percuma bila beli Ebook BMW beliau.

Ada tujuh pekej hebat seperti 17 video, ebook PKP, FB group, video live dan banyak lagi ilmu dengan satu harga yang sangat murah, Kassim Selamat boleh beli celah gigi jer, RM97 dari RM28000.. baru 0.3 percent pelaburan dan ada kawan saya yang melabur dalam Ebook ini dapat 25000 dalam masa kurang sebulan. Perghhh!

Dan antara kelebihan beli Ebook ini adalah peluang buat duit dari rumah goyang kaki walaupun korang sewa bawah rumah macam Kassim Selamat

Saya sendiri dah join, modal dua angka dalam kurang seminggu dah dapat empat angka, rezeki anak untuk raya, Alhamdulillah.

Akhr kata, alangkah eloknya kalau Kassim dan Sabariah dulu beli ebook ini dan tonton 17 video kewangan Bijak Merancang Wang ini kan?

Klik sini untuk beli sebelum naik harga. lepas ni naik harga RM200 jangan pulak kata abang keretamayat tak payung!

Klik sini:


Yang tak nak beli ebook, tak nak tonton video kewangan, bolehlah tonton kisah Kassim Selamat versi warna di sini.


Habis tonton, insaf tentang ilmu kewangan, klik sini balik


Woha!

May 28, 2020

Selamat hari raya di rumah?

(Belaja sikit gambar raya tahun PKP ini)


"Abang, saya dengar ustaz ceramah, suami yang simpan janggut akan dapat bidadari khas sebanyak bulu janggut. Kira abang dapat sejemput jer lah"

"Apalah sangat sejemput bidadari itu berbanding awak ketua bidadari"

"Terima kasih abang"

Ps: Diharap status ini tidak akan membuatkan ramai isteri mencukur janggut suaminya.

Woha!


Masing masing bersyukur nikmat ada jari




"Elok kita ada 4 orang anak lelaki, jika abang mati esok esok dah ada 4 orang boleh tolong angkat keranda"

"Kena tambah lagi dua lelaki"

"Kenapa?"

"Keranda abang berat, cukup 6 orang boleh buat coffin dance"

Woha!

Bunga memang sekuntum.

Gambar ini nampak biasa sahaja. Tapi jika diperhartikan dengan mata penuh simpati maka akan terlihat Pengorban seorang ayah sebagai ketua keluarga.

Ayah yang nampak tenang walaupun penat. Menyembunyikan kerisauan ekonomi di sebalik.senyuman.

Lihat gambar ini, betapa si ayah masih tersenyum riang. Tapi lihat kakinya. Hanya berselipar sebelah.

Sanggup satu kaki berkaki ayam demi kebahagiaan anak anak.

Sila.insaf dari jauh.

Ps: Susah woi raya PKP ni sendiri ambik gambar sendiri berlari masuk barisan sampai tercabut selipar.



May 24, 2020

Solat Raya di rumah?


Kenapa kena solat raya walaupun di rumah? Benda sunat jer kot.. tak payahlah susah susah.

(Baca sampai post credit, ada kejutan untuk yang tidak mahu bersolat raya)

Relax bro? Sabar. Jangan ambik keputusan tak nak solat raya dulu.

Kita dah berpuasa sebulan sepanjang siang dan sudah bertarawih sebulan sepanjang malam maka kemuncak amal adalah solat sunat hari raya di pagi. Best part ni!

"Tak buat tak apa kot? Bukannya dosa"

Bro...buat dapat pahala sempurna sebab sunat muakad. jika tak buat rugi sangat sangat walaupun tak dosa.

Korang tahu tak? Dalam hadis cerita pada pagi hari raya Aidilfitri, Allah menghantar para malaikat ke setiap tempat dibumi yang ada orang islam Lalu mereka akan menyeru umat islam untuk pergi solat raya dan bagi tahu ada hadiah besar menanti lepas dengar khutbah raya.

Masa tu dada kita lapang dan berbunga bunga sangat tapi tahun ni PKPB tak boleh solat di masjid. Hu hu

Tapi takpe, kita buat solat raya di rumah. Mulakan dengan mandi sunat hari raya, pakai baju baru, wangi wangi sikit dan sarapan sedap sedap. Lepas tu dah kenyang kita duduk bertakbir di ruang solat.

Tahun ni tak de bimbang tertinggal solat sebab imam cepat kerana kitalah Imam. Haha.

Jam 8 ke atas dah boleh start solat.

Semua dah siap? Ayah jadi imam. Dua rakaat sahaja iaitu 7 takbir rakaat pertama, dan 5 takbir rakaat kedua.

Siap solat ayah kena berkhutbah sambil berdiri dan pegang tongkat.

Rukun khutbah ada lima sahaja iaitu (1) Memuji Allah, kemudian (2)Selawat ke atas Nabi, lepas tu (3)pesan supaya semua ummat islam bertaqwa, lepas tu khatib ada (4) baca beberapa ayat Al-Quran dan akhir sekali Khatib (5) berdoa kebaikkan untuk semua orang islam.”

Sunat jugak sebelum khutbah pertama takbir 7 kali.

Kemudian berkhutbah sambil berdiri

Lepas tu duduk berdoa dalam hati ramai ramai.

Sambung khutbah ke 2, mulakan dengan takbir 5 kali dan ending khutbah doa ramai ramai, menangis lagi bagus.

Waktu kita khusyuk berdoa tu, sama sama renung sebuah hadis yang ada bercerita bahawa waktu kita solat hari raya Allah akan bertanya kepada para malaikat,

“Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah menyempurnakan kerjanya?”

Para malaikat akan berkata,
” Wahai Tuhan dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya.”

Lalu Allah berfirman,
“ Sesungguhnya Aku jadikan kamu sebagai saksi, wahai malaikatku, sesungguhnya Aku jadikan keredaan dan keampunanKu sebagai ganjaran puasa bulan Ramadhan dan ibadat malam mereka.”

Lalu malaikatpun bergembira.

Kemudian Allah akan berfirman kepada semua manusia waktu berdoa lepas.solat raya:

"Wahai hamba-hambaKu! Pohonlah daripadaKu.
Demi kemuliaan dan keagunganKu, kamu tidak memohon sesuatu daripadaKu pada hari ini iaitu dalam perhimpunan kamu untuk kepentingan akhirat melainkan Aku pasti akan menunaikannya dan begitu juga untuk kepentingan dunia yang kamu mohon nescaya Aku akan mengurniakan yang baik bagimu.
Demi kemuliaanKu, Aku akan tutup keaiban-keaibanmu selama mana sengkau mengingatiKu.
Demi kemulian dan keagunganKu, tidaklah aku menghina kamu dan tidak juga memalukan kamu di kalangan orang yang orang-orang kapir.

Bersurailah dalam keadaan kamu di ampunkan dan telah Ku tukarkan segala keburukkan kamu kepada kebaikkan.
Sesungguhnya kamu telah meredakan daku dan Aku juga telah reda dengan kamu.”

Maka gembiralah para malaikat dan bersuka rialah mereka dengan segala yang di kurniakan Allah kepada umat ini apabila mereka telah selesai solat hari raya.

Kita pun dah habis solat raya bergembiralah sambung makan, ziarah saudara mara, selfie? Video call, FB live, dan enjoy hidup sebagai muslim.

Kenapa enjoy? Sebab kita sedar janji Allah iaitu selepas solat hari raya aidilfitri, bahawa semua orang islam yang berjaya berpuasa dan bertarawih telah di ampunkan segala dosa-dosanya dan menjadikan mereka dalam keadaan ‘fitrah’ yakni suci dari sebarang dosa dan noda…

Maka ucapan selamat hari raya aidilfitri benar benar di rasai firrahnya.

Alhamdulillah.

Ok, sampai sini dulu coleteh saya, nak pergi pinjam tongkat khutbah jumaat kat masjid, baru feel khutbah tu sampai

Woha!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Post credit.

(Syaitan terlepas dan tersenyum sebab ada sebelas bulan untuk mereka menggelumangkan manusia dengan dosa lalu menjerumuskan kita semua ke lembah neraka..)
.
.
.

Bersambung... Puasa enam Strikes Back! Woha!

May 21, 2020

Nikmat di sebalik PKP?


Antara nikmat hidup yang saya dapat (buat masa ini) adalah mempunyai anak bini yang taat dan patuh.

Anak paling besar form 5, kemudian Form 3, Form 2, Year 6, dan Year 1.

Atau di tukar pada pandangan lebih berhakikat makrifat, saya ada anak SPM, PT3, Next PT3, UPSR, dan OKU Autisme. Lengkap semua ada.

Jika jantina, empat lelaki, satu perempuan.

Alkisahnya, di musim PKPB ini…

Kami mulakan hidup dengan Bini masak sahur, dan kejut saya, saya akan kejut anak anak, mula mula lembut urut kaki, lepas tu geletek perut, dan jika masih tak bangun, saya akan simbah air!

Ada anak yang terus bangun panggil nama, dan ada anak yang basah lencun baru bangun. Ha ha!

Tapi saya waktu simbah air tu tak marah pun, saya cakap lemah lembut:

“bangun sayang, jangan buang masa ayah kejut kamu tak bangun-bangun, berapa rakaat tahajjud ayah rugi jika asyik follow up kamu bangun ke tak”

Sambil cakap, samial saya curah air ke wajah mereka. Terus bangun insaf.

Kemudian kami akan bertahajjud asing asing dan bersahur berjemaah.

Lepas Sahur solat Subuh berjemaah. Juru Azan, Imam, pembentang sejadah, pemberi makan sisa makanan pada kucing, pembasung pinggang, semua dah ada nama sebab dah dimesyuaratkan semalam, maka semua ada tugas dan tahu peranan masing masing.

Lepas solat, baca hadis Nabi, sorang satu hadis, ada enam beranak, maka enam orang bermakna 6 hadis. Anak OKU jer kami biarkan tidur sebab dia belum faham dunia ketuhanan.

Habis Taklim (Bacaan hadis) saya akan buat syarah sedikit atau tazkirah dengan merujuk kepada dalil dari sekitar hadis yang di baca tadi.

Kemudian kami akan bermesyuarat, saya akan bagitahu maksud mensyuarat adalah untuk sempurnakan tazakar (kehendak) agama dan bagaimana Allah ambik kerja dari kita.

Kelebihan Mesyuarat, tidak akan menyesal di akhirat dan dapat pahala kerana Sunnah serta janji Allah akan bantu umat islam yang bermesyuarat.

Lalu mesyurat dimulakan dengan Karkuzahri (laporan semalam), masing masing kena ceritakan apa yang mereka buat semalam, seperti baca surah apa? Tugasan semalam terlaksana tak? Ada berdakwah tak? Baca buku cerita sikit moral, dan apa mereka buat waktu lapang.

Waktu ni saya akan tegur mana mana kesilapan anak, best dapat tegur anak yang dah solat subuh, baca hadis dan mendengar dengan pasrah. Mereka sangat mendengar cakap bila di tegur dari seorang ayah dalam majlis agama sebegini.

Habis semua bagi laporan maka kami akan bagi kerja (takazar) kepada semua anak, jadi ada jawatan Imam, Bilal, Azan, Khidmat, jemur baju, jaga kucing, layan adik OKU makan, ajar mengaji adik, lipat sejadah, Tazkirah lepas asar, Muzakarah lepas zohor, serta banyak lagi dan semua itu akan di gilir gilirkan.

Habis menyuarat, kami akan berjalan keliling rumah ambik vitamin D sambil habiskan zikir 300, iaitu 100 untuk Allah, 100 untuk Nabi, dan 100 untuk diri kita sendiri yang terdiri daripada, Tahlil, Selawat dan Istigfar.

Lepas tu infardi amal hinggalah berkumpul balik waktu solat untuk tazkirah sifat sahabat, muzakarah adab, dan sebagainya.

Petang lepas asar kami sekali lagi keliling rumah sambil zikir 300, dan waktu ni anak digalakkan bersukan walaupun bulan puasa.

Lepas berbuka, mengaji dan Tarawih 20 rakaat sebab anak remaja semua dah baligh, saya cukuplah jadi Imam witir.

Kemudan moreh depan TV sambil layan kartun, dan habis moreh saya suruh anak anak sambung mengaji habiskan satu juzuk (bukan semua anak mampu-huhuhu, dua orang sahaja yang berjaya sehari sejuzuk) dan lepas tu semua berehat untuk sahur esok.

Jadi, Kepada cikgu cikgu anak saya yang follow FB saya, sungguh sepanjang PKP ni saya dah ajar semua anak ilmu berceramah dan ilmu bermuzakarah pelbagai jurus ilmu, lepas ni boleh lantik anak saya berceramah jika cikgu kekurangan pentazkirah-woha!

Terutama anak sulung saya yang belajar di MRSM, form 5, kepada cikgu MRSM sekolah anak saya tu, habis PKP nanti, nak suruh dia jadi Imam, pentazkirah, ajak muzakarah, semua dia boleh cikgu. Jika dia tolak, cikgu sebut nama saya, tentu dia akan terus setuju- woha!

Alhamdulillah atas nikmat anak yang taat dan patut (setakat ini)

Sungguh PKP ini memberi peluang untuk saya seorang ayah mengajar ilmu pada semua anak anak.

Ayah dah boleh mati kot, Salam sayang dari kubur nnati dan korang semua ni anak anak ayah, bila ayah dah up lambung lambung pada mata dunia, tolonglah cover line sikit yer.

Woha!

Ps: Saya tulis ni korang ingat saya hebat? Tak pun.., ada kawan kawan saya jauh lebih hebat, saya tengok anak dia siap di ajar jadi Mualim dan Maulana sepanjang PKP ni, sehari 3 juzuk, siap ada latihan memanah dan berdakwah, dan saya tengok jadual keluarganya lebih padat tanpa TV dan internet, Tarawih mereka satu juzuk 20 rakaat, sedang tarawih anak saya hanya surah terpilih, lalu saya malu pada diri sendiri jadi tulisan ini untuk muhasabah diri bahawa saya tak hebat manapun, semua rezeki dari Allah.

Perjalanan masih jauh namun saya tetap bersukur dengan nikmat hidup di zaman PKP yang memberi peluang untuk bersama anak bini dan ajar mereka agama. Semoga penulisan ini meberi kebaikan kepada kita semua. Amin.

Link lain dari penulis Hamka Keretamayat, boleh follow:






Jom belajar Bijak mengurus Wang :


May 13, 2020

Kereta pertama Saya?

(Selamatkan diri dari Neraka Wang dengan membaca kisah ini)


Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi.

Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.

Rumah sewa pulak, jika dapat tuan rumah yang tidak berperi kemanusian. Kita mintak tangguh bayar di tunjuknya kereta mewah boleh beli, kenapa sewa tak boleh bayar? Aduh!

Lalu di halaunya kita walaupun sedang PKPB tak boleh nak rentas negeri.. aduh. Dah lah pakai baju hitam putih, kat luar pulak hujan lebat dan ada road block bersama polis garang, sedih gila..
Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.

(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)

Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.

ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.

(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)

Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.

Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.

Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.

Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.

Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.

Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami tujuh beranak.

Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.

Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya.

Rumah pertama saya sekarang dah buat rumah sewa, rumah kedua juga buat sewa dan rasa sangat best bila penyewa mintak tangguh bayar saya kata, ok jer, sedang PKP ni, saya faham..

Rumah ketiga adalah banglo mini atas tanah lot, bolehlah anak syurga saya berlari keliling rumah tiap tiap hari, taklah bosan sangat dia waktuPKP ni.

Jadi isu Neraka wang ni memang nak kena belajar, dan bagaiman jika saya cakap modal nak belajar tak sampai pun seratus ringgit, rezeki korang sebab ada pakar kewangan dah tulis panduan nak uruskan wang dengan sangat baik, saya sendiri beli ebook tu baca dan suruh anak anak baca agar mereka semua tak buat kesilapan neraka wang!

Dengar kata harga asal RM299. Tapi si Afyan ni buat promosi dalam masa dua tiga hari ni, hanya RM 57. (JIMAT Lebih 80%)

Baik korang klik, baca, dan bersetuju di hujung ebook, Woha!





Ps: kereta terakhir tak payah cerita sebab semua tahu sudah: kereta Mayat. Woha!

May 2, 2020

PKP-Cara khusyuk solat?


Tiap kali lepas solat, kami buat muzakarah, salah sorang dari anak akan jadi Amir Muzakarah, Si amir akan minta cadangan tajuk untuk di muzakarahkan, ada pelbagai cadangan, dan hari ni amir pilih tajuk: Bagaimana nak Khusyuk dalam solat.

Amir cerita, Maksud solat adalah membawa ketaatan dalam solat ke luar solat hingga mampu mencegah maksiat, bermakna, jika solat masih buat maksiat, maka solat tak mencapai maksud, jangan tinggalkan solat sebab buat maksiat, tapi khusyukkan solat hingga mampu cegah maksiat melalui cara membawa ketaatan dalam solat ke luar solat.

Kemudan, Amir Mesyuarat minta setiap ahli muzakarah kongsi ilmu tentang cara Khusyuk dalam solat.

Antara ilmu yang dikongsi dari anak bini tadi:

1. Hafal makna Al fatihah dan semua lafaz arab dalam solat

2. Sedar Allah sedang berdialog dengan kita kerana Solat ini adalah bercakap dengan Allah

3. Fikir kebesaran Allah waktu solat

4. Sedar Allah Maha tahu apa ada dalam hati, Alah Maha mendengar setiap bisikan, dan Allah Maha Nampak apa yang otak kita gambarkan

5. Solat dengan sangkaan, ini solat terakhir

6. Bayangkan diri kita hanya habuk jika dibandingkan dengan galaxie ciptaan Allah.

7. Solat dengan gambaran sedang solat atas titian sirat, jika lalai akan jatuh dalam neraka

8. Jika Imam baca tak tahu makna, bayangkan bentuk huruf yang di baca dengan niat tengok huruf al quranpun dapat pahala (anak darjah enam bagi idea ni, menarik)

9. Bayangkan Nabi sedang lihat kita solat

10.Bayangkan arwah atuk dan nenek sedang tengok kita solat

11.Bagi wanita, bayangkan kejap lagi darah Haid, maka solat ini adalah terkahir dan bimbang jika mayti waktu Haid tak berpeluang lagi untuk solat

12. Bayangkan pahala solat seperti rezeki berkat, seksa kubur angkat, tangan kanan terima kitab, titi sirat pantas kilat, masuk syurga tanpa hisab.

13. Waktu rukuk dan sujud wujudkan perasaan seolah olah di beri peluang rukuk dan sukud dalam kubur dan padang mahsyar

14.Segerakan solat awal waktu, berjemaah, tempat azan di azankan.

15. Redha jadi imam Solat dengan niat nak belajar khusyuk

16.Bandingkan nikmat solat pada orang yang tak pernah solat, lalu rasa bersyukur sebab Allah pilih kita untuk solat

17.Kena rasa dapat solat adalah hadiah dari Allah, maka solat dengan gembira

18....

19...

20...

Ada lagi tak?

Sedang sedap muzakarah, bini cakap cukuplah setengah jam, sebab dah tiba waktu berbuka puasa, nanti lepas tarawih sambung muzakarah bab Penawar bagi hati pulak,

Maka sampai sini dulu, jika tuan tuan ada idea dan ilmu tentang cara untuk khusyuk dalam solat, sila kongsi dalam komen, boleh kami dan kita semua guna waktu muzakarah lain kali.

Woha!

May 1, 2020

PKP-Kita semua orang Tabligh?


Pada satu hari, sebelum covid 19 melanda negara, ada orang tabligh yang masuk hospital kerana kemalangan dan kakinya putus.

Di Hospital, selain doktor rawat kakinya, beliau juga di datangi pakar sakit jiwa berbangsa cina, yang memujuknya agar bertabah dan jangan bunuh diri.

Tapi Dr cina tu agak terkejut dengan sifat redho dan sabar pada pendakwah yang putus kaki, usahkah nak bunuh diri, malahan bersyukur pada anggota lain yang tidak putus, siap pendakwah tu pula dakwah doktor tu tentang kebesaran Allah. Katanya: Cukuplah Allah bagi saya dan hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Dari cerita ni, kita boleh tahu, jika betul didikan agama, kos upah Doktor berpuluh ribu untuk pujuk hati pesakit pun dapat di jimatkan. Kan? Woha!

Insya-Allah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Cukuplah Allah bagi kita, dan nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi kini, banyak dengar kisah jururawat puji kerjasama orang tabligh waktu dikuaratin, takde yang merungut, malah saling bagi kerja sama dan pandai mencari ketenangan dengan majlis taklim, muzakarah, zikir dan ibadat.

Jadi sempena PKP berpanjangan, jom kita cari ketenangan dirumah dengan gaya orang tabligh, kerana kita semua orang tabligh.

Woha!