Feb 18, 2019
Bila anak OKU mengamuk?
(Bila anak OKU mengamok di kedai makan atau dalam pasar raya, apa ibu bapa patut buat?)
Ada baca satu keluhan, kisah ibu bapa kepada anak OKU
mengadu sedih, bila anak autism mengamok dalam pasar raya dan semua orang
pandang sinis macam kami si ibu bapa tak reti jaga anak, dalam sedih dan malu,
si ayah dukung anaknya yang sedang meronta
terus bawak masuk kereta, saya sebagai ibu, terus tinggalkan troly yang penuh
barangan belum di bayar kerana kami terlalu malu.
Dalam kereta, suami menjerit jerit marah kepada takdir,
kenapa dia dapat anak memalukan sebegini, apa dosa dia? Saya bukan buat jahat
kenapa dapat anak OKU? Sampai rumah, saya bawa anak masuk dalam rumah, suami
keluar mencari ketenangan, memang selalu macam ini, saya pening kerana terpaksa
layan anak OKU dan layan suami yang tak boleh terima takdir, apa nak buat
Hamka?
Hari tu di restoran, anak meragam, satu kedai pandang hina
pada kami, terus bayar makan walaupun tak sempat habis, dan dalam kereta suami
mengamok marahkan takdir, apa nak buat?
Oh.., berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Suami puan kena pergi jumpa doctor pakar, takut stress
murung susah jugak, Puan pun sama, dan anak OKU ikutklah schedule rawatanya,
insyaAllah.
Saya sebagai bapa kepada anak OKU pernah alami peristiwa di
atas, anak meragam, mengamuk, menangis ditempat awam, terus saya bagi tahu
kepada orang ramai, “anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami
atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan.
Contoh bini pujuk anak, dan saya bisik kepada orang situ supaya pura pura nak
ambik si anak, maka anak rasa sedikit takut dan sedikit mudah dipujuk.
Tapi ada hari tak jalan jugak, mengamok nak beli semua
permainan, terpaksa dipujuk dalam keadaan dia menggelumpur dan gigit badan kita,
terima sahaja, senyum, dugaaan ini untuk dekatkan diri dengan syurga.
InsyaAllah.
Tapi memang bagitahu terus kepada orang di situ:
“Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan kami atas
sikap anak kami”
Waktu hantar anak masuk MRSM minggu lepas, anak OKU meragam
dalam Dorm, isteri sedang sibuk kemaskan almari anak, terus saya bagitahu
kepada ibu bapa di situ, “Anak saya OKU, autism, ada masalah emosi, maafkan
kami atas sikap anak kami”
Lalu datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga
anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak
saudara autism lalu keadaan terkawal.
Kadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu
anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?
Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan
masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus
abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak
faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa
anak kita OKU dan kita Okey.
Mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada
ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini yang abang rasa
hidup abang lebih adventure bila ada anak OKU. Inilah hidup, pentas ujian,
ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri,
InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!
(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)
Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila
saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat
filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo
Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan
terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak
sebab sangka mereka gay.
Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya,
dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.
Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah
masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak
dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.
Balik pada suami kepada Puan yang mengadu diatas akan kisah
suamiya yang salahkan takdir, suka saya pesan:
Jangan pernah tanya soalan KENAPA Allah Uji kita, sebab
nanti akan dapat jawapan yang salah.
Contoh bila kita tanya: Kenapa saya yang di uji? Kenapa anak
saya OKU, apa dosa saya? Tuhan tak sayang saya ke?
Tengok?!, dah bermula jawapan yang salah bermain di kepala.
Jadi jangan pernah tanya KENAPA kepada Allah dalam masalah
kita, sebab dulu sewaktu Allah cipta manusia, malaikat pun bertanya KENAPA
Allah cipta makhluk yang akan menumpahkan darah? Lalu Allah tegur: Aku lebih
Mengetahui!
Maka samalah ujian yang menimpa hidup kita, jangan tanya
KENAPA saya diuji sebegini rupa sebab Allah Maha Mengetahui, jadi nak tanya
soalan apa?
Jawapan yang betul, tanyalah BAGAIMANA.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Perghhhhh!
Saya ulang.
Tanya diri, Tanya Allah:, BAGAIMANA dengan nikmat yang ada,
saya nak Syukuri ujian ini.
Lalu kamipun mulai mendapat jawapan yang betul, pertama
tama, Allah uji sebab kami mampu hadapi ujian ini, dan pada masa yang sama
Allah masih banyak bagi nikmat lain sebagai bahan untuk kami hadapi Special
Request from God,
'Special Request' bermaksud:-
Janganlah kita mengaku beriman sebelum kita di uji, Dan
kerana itu Allah menguji kita, kerana Allah sayang pada kita, kerana kita
‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan
yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan
kita dari azab api neraka yang panas membara dan apabila beginilah caranya
untuk Allah masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, bukankah
penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?
Mungkin kerana itu para Sahabat dan ulamak rasa 'Special’
apabila di uji atau menderita kerana faham hakikat ini.
Perghhh!
JAdi Puan, bersabaralah dan pesan pada suami:
“Hidup ini bukan hanya di dunia, ada kehidupan di alam
barzah, di padang Mahsyar, di Telaga Kausar, di Neraca Timbangan, di titian
sirat dan Pintu Akhiat. Kita Nampak anak OKU macam beban dalam kehidupan di
dunia, tapi di akhirat, anak OKU akan banyak membantu kita dengan syarat kita
tempuhi ujian ini dengan hati penuh kesyukuran”
Nikmat mana lagi yang aku dustakan?
Ps: Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa
kami, alangkah ringan-nya penderitaan ini...
Ps2: Sekiranya apabila beginilah caranya Allah nak
selamatkan kami dari azab api nereka dan masukkan kami ke dalam syurga yang
kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.
(gambar: anak OKU saya sedang Kame Hame Ha saya yang baru
nak belajar sabar, adohai)
Feb 13, 2019
AES itu Maqasid Syariah?
(Korang pernah dengar kisah ustaz Hidung belang vs Ikan
Belang?)
Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah-ceramah agama dalam
memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.
Kata ustaz masa ceramah yang aku dengar masa aku masih kecik
(sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman
nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka.
Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam
Harimau, lalu Tanya ustaz:
“Apa hukum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau,
mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”
Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:
“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam
tu”
Kitapun jawab:
“Tapi ustaz, tadi saya dah jual 10 kilo, dan saya ingat nak
hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”
Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak
haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya, dan jika detail lagi, ikan ni
bertaraf Tahalul siyasi serta Maqasid
Syariah”
Woha!
Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam
ni! Faham tak? Tanya ustaz tu pada aku yang masih kecik. Aku diam waktu tu
sebab tak faham tapi bila dah dewasa aku angguk laju laju sebab boleh jumpa
ustaz sebegini dalam parti politik.
Imbas kembali, korang tentu pernah dengar ceramah ustaz lain
yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan
sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi,
haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan,
kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, zaman PM k 4 banyak
ceramah sebegini.
Masuk PM ke 6, ustaz
yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung
guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan, dan macam
macam lagi, nampak?
Sekarang masuk PM ke 7, AES haram zaman PM ke 6 tapi
sekarang dah jadi Maqasid Syariah.
Nampak? Faham tak? Kita sekarang di akhir zaman maka boleh tengok
depan mata perkara begini? jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua
dah bulu dah panjang bersepah, patut lagi faham.
Jadi AES ni betul ke ikut Maqasid Syariah?
Maqasid bermaksud tujuan, manakala Syariah adalah
undang-undang Islam.
Maqasid Syariah merujuk kepada undang-undang Islam,
dilaksanakan untuk menjaga 5 perkara asas iaitu menjaga agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta melalui kaedah Hudud, Qisas, dan Takzir
Dalam islam, hukuman mati kepada golongan murtad adalah bertujuan
menjaga agama. Memang maqasid syariah.
Hukuman qisas yakni bunuh balas nuh dikuatkuasakan untuk
menjaga nyawa manusia supaya orang tidak sesuka hati membunuh.
Hukuman jenayah arak pula untuk menjaga akal. Hukuman
jenayah zina untuk menjaga keturunan dan hukuman terhadap perompak dan pencuri
pula adalah bertujuan untuk menjaga harta.
Semua Hukuman tersebut lebih kepada mencegah kemungkaran
yang lebih besar berlaku. Hudud dan qisas bertujuan untuk memberi amaran keras
kepada penjenayah supaya berfikir seratus empat belas kali sebelum melakukan
sesuatu jenayah. Automatic dapat mencegah penjenayah daripada berleluasa.
Adapun AES adalah di bawah hukuman takzir yang bertujuan
untuk menjaga nyawa, TAPI….
Jika nak buat, kena letak papan tanda besar-besar di kawasan
berisiko berlaku kemalangan. “AWAS! KAWASAN OPERASI AES!” yang mana akan
mencegah orang bawak laju, dan akan saman hanya orang yang benar benar degil, Bukan
curi curi ambik gambar sebab hari tu curi curi mengintai orang buat maksiat
korang tak benarkan sebab tak islamik, habis tu mencuri curi orang bawak laju
tanpa diberi amaran, islamik ke?
Difahamkan papan tanda AES sudah ada sejak zaman PM ke 6, tapi ramai yang tak tahu dan tak perasan sebab
kecik sangat. Justeru, di zaman Pm ke 7 perlu ada penambahbaikan supaya ia
benar-benar menepati maqasid syariah.
Lagi satu, operasi mengendap secara sembunyi-sembunyi juga
boleh dimansuhkan kerana ia tidak menepati maqasid syariah.
Akhir kata apa apa nak buat bila sebut maqasid syariah dah
tentu kena Tengok niat.
Apa tujuan buat AES?
Sungguh AES akan menepati maqasid syariah sekiranya ia
bertujuan bagi mengurangkan kemalangan dengan cara yang betul, bukan bertujuan
untuk menambah saman atau takut membazir simpan dalam store.
Apa ke jadah! Habis tu Tol tak mansuh sebab takde store ke?
Woha!
Feb 11, 2019
Ijazah Palsu jadi Menteri?
(dua golongan di Malaysia, anda yang mana?)
Dulu penyakit fake degree ni selalu diguna oleh kaki scam
skim cepat kaya jual produk palsu, waktu tu kita jadi dua golongan di Malaysia,
sama ada kita kena tipu dengan skim cepat kaya, atau kita tak kena tipu, tapi
kenal dengan orang yang kena tipu dengan skim cepat kaya.
Semua rakyat marah, lagi lagi orang tak ada PHd mengaku ada
Phd, takde ijazah mengaku ada ijazah, apa kejadah?
Sekarang terkantoi Menteri pulak ada fake degree.
Tapi penyokong Menteri boleh pulak berhujah, takpe ijazah
palsu asalkan amanah? Apa ke jadah? Tanda orang tak amanah adalah menipu nak
koner ke mana pulak? Adohai..
Ada pulak hujah, Nabi takde degree, korang dulu waktu exam
pun meniru, 1mdb lagi teruk, bla bla bla..
Wait, wait wait…,
Hari tu budak tahfiz tak ambik degree bukan main korang
kritik, sekarang menteri fake degree korang boleh bela pulak, dulu Ahmad Maslan
pointer 3.5 korang kutuk, sekarang fake degree berhujah ke laut korang nak back
up pulak.
Islam itu adil, mana mana parti politik yang menipu fake
degree kita kena ambik tindakan, mereka kena letak jawatan dan dihukum.
Adil ke? bila pemimpin kumpulan lain buat silap, politik
korang ajar, boleh mengumpat, pemimpin mesti ditegur,
Tapi bila pemimpin korang buat silap yang sama, politik
korang ajar, tak elok sangka buruk, tak elok buka aib orang, adohai..
Cara islam ke tu? Double standard?, bias?, sentimen?
Kalau ikut hadith, Inilah yang di katakan pagi beriman
(sebab menentang kemungkaran parti lawan) tapi petang kafir (sebab menyokong
kemungkaran parti sendiri)
Selemah lemah iman mencegah dengan hati, tapi korang siap
sokong lagi maksiat penipuan, ke mana iman korang? Adohai...
Orang yang benar adalah mereka yang apabila terbukti
bersalah, maka mereka mengaku bersalah dan membaiki kesalahan. Jadi tolong
letak jawatan dan tunjukan contoh pada rakyat Malaysia, bahawa menipu itu
adalah tanda tidak amanah dan menipu itu adalah salah.
Kepada Menteri yang tiada degree nak belajar boleh apply My
Brain.., eh? Dah takde bantuan My Brain?
Okey, boleh sambung belajar dan dapat boucer buku, boleh
beli buku secara percuma untuk ulang kaji, eh? Takde dah ke Baucer buku?
Okey, takpe, boleh sambung belajar percuma sebab PTPTN dah
mansuh.., eh? Belum mansuh?
Errr, kena masuk gua jap, cari idea.
Woha!
Ps: Zaman penulis, masih ada baucer buku, My Brain, dan
hutang belajar tak perlu sebab dapat biasiswa kerana keputusan cemerlang.
Penulis adalah pemegang Ijazah.
Feb 7, 2019
Mahu Jadi Penulis?
(Hamka kereta mayat telah menulis 13 judul Buku)
Kisah satu:
Bayangkan diri anda berada di tebing sebuah sungai, dan
nampak dataran di seberang sungai lebih cantik dan indah daripada daratan yang
anda sedang berdiri. Anda termenung melihat keindahan di seberang sana tapi tak
sanggup nak ke sana sebab tak pandai berenang, atau pandai berenang tapi takut
basah, atau tak tahu air dalam setakat mana, takut ada buaya dan macam macam
lagi alasan.
Jadi sedarlah bahawa Sungai itu adalah PUNCA MASALAH anda
gagal berjaya, dan Tebing sana adalah masa depan anda, hanya mampu perhatikan
dari jauh. Di seberang sanalah ada buku anda yang sudah siap di tulis, tersusun
indah di almari kedai buku.
Analogi Sungai ini bukan saya tangkap muat, tapi ada dalam
Hadis Nabi, kisah pemuda mandi lima anak sungai dan tiada kotoran lagi,
badannya bersih sebersih bersihnya lalu Nabi bagitahu itulah perumpamaan orang
berjaya solat lima kali setiap hari.
Bila saya kaji tebing anda, sungai dan tebing sana, saya
dapati memang ada lima Sungai yang buatkan korang gagal nak capai kejayaan masa
depan.
Dalam kes sekarang, gagal nak jadi penulis Buku.
Jadi Lima Sungai itu ada depan mata tapi anda tak tahu cara
nak ke seberang, lalu saya kaji lagi ada hadis lain pula akan bagaimana cara nak
seberangi ke lima-lima sungai ini. Rupanya ada Lima Kisah menarik dari Hadis
dan Al Quran untuk kita bedah kitab sebagai motivasi dalam penulisan.
Menarik bukan?
Banyak nak cerita, tapi panjang sangat, siapa yang berminat
boleh sertai bengkel penulisan yang akan saya adakan di Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang pada 9hb Feb 2019.
Woha!
Bersama peserta Bengkel di UMP Pekan |
Kisah 2
Sewaktu melawat orang sakit di Hospital, ada sorang sahabat
tu mengaku:
“Saya sudah faham hakikat hidup sekarang ini, Tuhan dah
bukakan untuk saya”
“Apa yang awak faham?”
“Faham bahawa hidup ini penuh dengan nikmat, saya disinipun
sedang dipenuhi nikmat walaupun lumpuh”
“Alhamdulillah”
“Tapi…”
“Tapi kenapa?”
“Saya takut dengan kefahaman yang sebenar ini, bermakna umur
saya dah tak lama, saya akan mati segera”
Okey, panjang lagi perbualan, Cuma nak bagitahu, siapa yang
tak takut mati? Ramai yang takut mati, takut sakit, takut miskin dan
sebagainya, namun kita kena terima hakikat, mati itu pasti dan tanpa ragu ragu,
hari ini boleh jadi hari terakhir kita.
Jadi sahabat itu tanya saya apa persiapan saya untuk mati
secara tiba tiba?
Okey, yang penting dalam sehari jangan pernah tinggal solat,
jangan lengahkan solat, berjemaah semampu mungkin, lepas tu cuba luangkan masa
untuk baca sedikit ayat Al quran dan sentiasa berzikir di waktu lapang dengan
cara mensyukuri segala nikmat bertalu talu.
Lepas tu teruskan hidup seperti biasa, dijalanan jika ada
peluang buat baik, bersedekah atau berdakwah, jangan bertangguh, dan setiap
hari maafkan orang, dan jangan bergaduh dengan siapa-siapa dan sila buat baik
kepada sesiapa sahaja, so dah boleh mati hari ini.
“Itu sahaja?”
Sebagai tambahan, boleh tinggalkan ilmu yang bermanfaat
untuk dibaca oleh orang lain dan menjadi sumber pahala walaupun dalam kubur.
“Contoh yang kau buat?”
Saya menulis buku isu isu agama, dan terkini saya tulis buku
terakhir jika saya mati iaitu kisah ayah kepada anak yang perlu di baca
mengikut umur kerana ayah sudah masuk kubur dan hanya mampu bercerita melalui
surat.
“apa tajuk buku tu?”
Ngeteh di kubur ayah. Nah saya hadiah sebijik.
“terima kasih”
Lalu kamipun berpisah, moga dia bersedia untuk mati hari
ini, saya juga bersedia untuk mati hari ini, dan kepada anda semua, sebelum
mati, elok tulis kisah hidup sendiri dan kongsi kepada anak anak atau orang
tersayang.
Sungguh tiada sesiapa yang boleh tulis buku kisah hidup
sendiri sebaik diri sendiri. Hidup ini adalah tempat mencipta kenangan dan membina
pahala.
Kenangan kita adalah sangat mahal sebab iainya tidak boleh
diundur, tapi boleh dikekalkan momen idah tersebut dalam buku, terutama hal
keluarga. Hal perkahwinan, cerita adik beradik, kisah hadapi masalah dan cara
penyelesaian yang tak terduga, semua itu mestilah diingat sampai bila-bila.
Tanpa dokumen dalam bentuk buku bercetak, semua itu terhapus
dek masa, memori hilang, hangus terbakar hancur kerana banjir, dan lenyap
bersama mayat yang reput maka wajarlah semua itu dibukukan.
Saya sendiri telah menulis 12 buku kisah hidup. (dah boleh
mati?, huhuhu)
Ada terbitan Karangkfaf, Tarbiah sentap, Dubook, Write and
Barve, Terfaktab, dan lain lain,
Ada best seller dan masih diulang cetak, menghias almari
buku di kedai buku juga menghias almari dirumah rumah mereka yang mahu menimba
ilmu dari kisah hidup orang lain.
Jadi masa sangat singkat, menulislah kisah hidup sendiri,
jadikan ianya sebuah kenangan bermakna atau berbuah buah pahala.
Maka untuk itu, saya yang pernah menulis buku tebal, tapi
pemalu, telah sanggup menebalkan muka untuk membuat bengkel menulis kisah hidup
sendiri secara kreatif pada Sabtu 9hb Feb ini bertempat di perpustakaan awam
Kuantan, harga Rm60 sahaja
Whatsapp: 0199117163.
Ps: Siapa ada buku saya dan belum bertanda tangan, boleh
walk in pada hari kejadian, yang belum ada boleh datang beli, saya ada jual
pada hari kejadian, bawa duit lebih sikit, boleh walk in terus masuk bengkel
dan dapatlah kita bertentang mata-Woha!
Ps2: Di hujung bengkel ada penerangan tentang penerbitan
buku, cara nak pikat penerbit, kos cetak sendiri, hal ehwal royalty dan lain
lain, dan disampaikan oleh penerbit buku sendiri. InsyaAllah
Subscribe to:
Posts (Atom)