Sep 14, 2009

SMS kepada Allah?

(Kita akan dapat apa yang kita nak, setelah keinginan kita sama dengan keinginan Tuhan...)

Geli tetek aku, begitulah kata perumpaman yang dapat aku gambarkan apabila Handphone yang berada dalam poket atas baju melayu aku bergetar yang menandakan telah masuknya SMS dari seorang hamba Allah kepada aku..

“Tolong beli kicap”

3 rangkap SMS yang di hantar ketika aku dalam perjalanan ke masjid, tidaklah mengembirakan aku kerana tumpuan aku kepada Allah akan terganggu, hampeh betul!.., nilah orang perempuan, kalau ye pun nak SMS, hantarlah lepas solat, barulah aku boleh solat dengan khuyuk dan khuduk.., akupun call isteri aku bagi ceramah sikit..

“berapa kali abang nak pesan?, jangan kirim apa-apa waktu abang nak solat, kalau nak apa-apa, kirim lepas habis solat.., faham?!”

Bini aku ketawa sambil mintak maaf, apa yang kelakar ntah? Katanya tak sengaja, dan janji lain kali tak buat lagi, dan juga berjanji di lain kali, akan SMS lepas solat jika ada apa-apa nak pesan..

Jadi aku pesan lagi sekali kat semua isteri orang yang baca blog aku,:

“TOLONG JANGAN SMS KIRIM BELI BARANG DAPUR WAKTU SUAMI NAK PERGI SOLAT”

Faham?!

Kalau nak SMS gak, tunggu lepas 15 minit, insyAllah, lepas dah solat, suami akan beli barang dapur yang korang kirim dengan senang hati, jika tidak, alamak!, dalam setiap rakaat ler nampaknya syaitan akan ingatkan barang yang nak di beli.., iman rukuk -tolong beli kicap, imam iktidal -kicap warna hitam, imam sujud -cap kipas udang, imam duduk antara dua sujud,-kenapa kicap asyik warna hitam?, imam sujud balik – apa salahnya jika kicap warna biru? Imam rakaat ke dua, korang dah bukak kilang kicap, imam bagi salam, korang tiba tiba sambung satu rakaat sebab asyik sangat berangan jadi jutawan kicap warna biru.., apa apa ntah?!

Habis sampai situ, harap semua isteri di luar sana mengerti penderitaan suami masing-masing, Ok, bercerita tentang SMS, korang perasan tak? Dalam solat, kita sebenarnya sentiasa menghatar ‘sms’ kepada Allah..

Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:

"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya."

Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:

"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’

"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya."

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:

"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..

"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

Contohnya dalam Al fatihah:

‘sms’ korang:

''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

‘sms’ korang:

''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku Mengagungkan-Ku."

‘sms’ korang:

''Raja di Hari Pengadilan.''

‘sms’ dari Allah:

"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."

‘sms’ korang:

''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.''

‘sms’ dari Allah:

"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

‘sms’ korang:

''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''

‘sms’ dari Allah:

"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

****

Lepas tu pulak, bila korang dah habis solat, maka korang akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan korang?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

Dada bergetar menandakan doa makbul? Aku juga pernah alami peristiwa ini, lepas solat, aku terus berdoa dengan tawajjuh pada Allah, mata ku pejam rapat rapat, dan tangan menggiggil tanda khuyuk dalam hati.. tiba tiba satu gegeran berlaku di dada aku, makin lama makin kuat.. oh, inilah agaknya pentanda bahawa doaku telah makbul..

“Jangan lupa, beli kicap”

Cis!, isyarat vibrate sms dari bini aku rupanya, hampeh! Lepas ni tak nak silent mode with vibration lagi! Geli tetek aku.

End!

Ps: Betul kata hadith, bahawa doa wanita lebih makbul dari lelaki…

Sep 10, 2009

Ikut nenek moyang?

(Lawak ceramah yang tak jadi:-ni bukan orang tempat lain, ni orang sini- semua pendengar tidak gelak-lalu ustaz ubah taktik, ni bukan orang sini, orang tempat lain,-barulah pendengar gelak semula)

Pada malam bulan ramadhan, ada benda yang tak sepatutnya berlaku telah berlaku, dan ini berlaku mungkin hanya kat tempat aku, atau mungkin juga berlaku kat tempat korang.. dan aku akan tulis kesalahan-kesalahan ini dalam nota ugama aku yang mana bergunalah ia jika dirujuk oleh AJK surau yang berkenaan..

Pertama yang aku tak paham, kenapa ada surau yang lepas habis solat isyak, terus solat tarawikh, eh? Mana pergi solat sunnat bardiah lepas isyak? Inikan sunnah Nabi?, atau memang Nabi tak solat sunnat lepas isyak di bulan ramadhan? Bukan ke amalan sunat di bulan ramadhan sama pahala dengan amalan fardu di luar ramadhan? Kenapa nak kena tinggalkan amalan yang dah istiqamah di luar ramadhan?, Tak faham aku..

Bila aku tanya, jawapan yang korang bagi, dari dulu lagi dah buat begini.., pulak?., sejak bila kita kena ikut nenek moyang dalam bab akhirat? Kalau kau tak nak buat, tak salah sebab benda ni sunnat, duduklahlah bersimpuh diam diam menghadam najis di perut, tapi tolonglah bagi peluang keemasan kepada orang lain yang dah lama istiqamah meneruskan keistiqamahannya.., dan tolonglah untuk bab bab ugama, jangan ikut nenek moyang, ikutlah Al quran dan sunnah..

Lepas tu pulak, sebaik selasai solat tarawikh 4 rakaat, kebanyakan surau masjid di Malaysia ni akan adakan tazkirah, dari dulu lagi aku tak setuju benda ni, yelah, bulan puasa ni sahaja yang ada solat tarawikh berjemaah, tapi korang nak jugak bertazkirah, yang mana keburukkannaya, solat terawikh yang patut dibuat 20 rakaat dah jadi 8 rakaat, sebab korang nak jimat masa kononnya atau aku sangka baik, korang nak sambung lagi balance kat rumah bersama isteri dan anak anak.., sambung baca baki Al quran satu juzuk.. selapas layan astro.., lantaklah..

Ok, belum labis lagi bab tazkirah, yang aku angin, Lepas solat tarawikh 4 rakaat, bila korang buat tazkirah, alahai.., tazkirah bukannya best pun, asyik duduk bantah membantah perkara politik tak sudah sudah, tapi korang berhujjah, bahawa tazkirah itu wajib, solat tarawikh itu sunnat, baik!, jika korang nak buat jugak, buatlah tazkirah jam 8, iaitu setengah jam sebelum isyak, lepas isyak terus bertarawikh 20 rakaat, yang nak buat 8, boleh balik awal selesaikan urusan masing masing.. kat mekkah takdepun ulamak arab tazkirah lepas solat 4 rakaat? Ke Nabi ada buat? tapi tu lah korang, bila dah niat tazkirah untuk betulkan orang, maka bila nampak ramai orang sikit, terus korang isi slot tazkirah yang kadang kadang buat aku naik angin, cerita bab politik sampai mencecah setengah jam!

Hampeh!

Satu lagi, jika korang nak jugak buat tazkirah di antara solat tarawikh, cuba bagi tazkirah yang power sikit, iaitu cuba cerita isi makna ayat Al quran yang baru di baca dan akan di baca lepas ni, baru jemaah dapat tahu makna Al quran dan dapat menambah kekusyukkan solat masing masing insyallah.. tak payahlan nak borak macam kedai kopi, baca Al quran sikit, lalu tafsir isu politik tanah air, “Nabi dulu di simbah air lada, kitapun sekarang di simbah gas pemedih mata bla bla bla..”

Aku tahu, ustaz ustaz dah biasa dapat elaun tiap kali tazkirah di luar ramadhan, paling kurang RM50, dan ada yang RM500, yang seribu lebih pun ada, itu urusan kau dengan Allah, (dan ada jugak yang free, alhamdulillah,) tapi tak payahlan nak marah aku jika lepas ni aku tak solat kat situ lagi, sebab aku nak berjemaah 20 rakaat kat tempat lain.. bukan sebab aku perasan bagus, tapi sebab aku tak baguslah aku kena solat 20 rakaat…

Dan yang paling hampeh adalah alasan korang untuk benarkan semua perkara ni, jawapan yang korang bagi:, dari dulu lagi dah buat begini..,

Pulak?., sejak bila kita kena ikut nenek moyang dalam bab akhirat? Bahaya beramal ikut nenek moyang.., nenek moyang tidak semestinya betul.., itu belum aku cerita bab dakwah dan solat berjemaah.., acu cuba try test aku nak tanya, kenapa tak nak buat dakwah dari rumah ke rumah?, kenapa tak istiqamah datang ke masjid, lantas terus korang cakap:

"nenek moyang kita tak buatpun.., "

"nenek moyang saya tahajjud tak tinggal, puasa hari hari, Al quran sebulan khatam, tapi tak buatpun dakwah pintu ke pintu! "

“Tok wan aku selalu solat isyak lambat lambat.., ok jer, bila mati ramai yang datang tahlil”

“Tok nyang aku dulu ustaz, tapi dia selalu solat berjemaah kat rumah dengan nenek aku, takde masalahpun, bila mati ramai jugak yang datang tahlil..”

“datuk aku belajar kat arab, takde pun dia buat dakwah rumah ke rumah.., bila mati ramai jer yang datang tahlil..”


Woi woi woi.., apa kena ramai datang tahlil dengan keredaaan Allah? Aduhai kawan.., tolonglah jangan jadi macam orang kafir zaman jahilliah yang bila Nabi seru mereka pada Allah yang satu, jawab mereka, : kita kena ikut ugama nenek moyang.., oh.., ingat nenek moyang kita takde salah ke? niyang rapik lagiler...

Dah, stop! malas aku membebel pada bulan puasa sebegini.., korang semua faham faham sendirilah, korang kan selalu dengar tazkirah.., jangan cari aku malam ni, sebab aku nak solat kat tempat lain pada 10 malam akhir ramadhan, harap maklum..,

Dan aku cadangkan, sempena 10 akhir ramadhan dan menjelang lallatul qadar, Ajk surau sekalian silalah ubah tarawikh dari 8 rakaat kepada 20 rakaat, ramadhan dah nak habis ni..

Lepas tu jika korang nak dengar jugak ceramah, apa kata kita buat lepas habis solat witir, kita borak bab ugama macam borak di kedai kopi, lantaklah korang nak cerita pasal air lada dan gas pemedih matapun, atau kisah pemijak lembu.., sebab kita memang borak kat kedai kopipun!.., dan amalan borak di kedai kopi jugak adalah amalan nenek moyang kita, kan?

Teh’ tarik kaw satu!

Woha!

Ps: Maka di tangah malam itu, kelihatanlah sebuah kereta mayat berlabuh di sebuah kedai kopi yang berkumandang lagu lagu hari raya yang ‘menghias’ 10 malam akhir ramadhan… dan ni bukannya tempat lain…

Sep 4, 2009

Apa yang korang Bantah membantah?

(Aku tak suka ‘kopi jantan’, tapi pada bulan tak puasa, jemaah solat subuh paling lengang dan jemaah solat maghrib paling top, tapi kenapa bulan puasa terbalik pula? Oh, ye, mungkin aku akan suka ‘kopi betina’..)

Apa yang best sangat sampai korang asyik duduk bantah membantah pada bulan puasa begini? Sampai mencecah tangga rumah aku, mencecah telinga aku, mencecah email dan blog aku, tak puasa ke? Tak takut batal pahala puasa ke?

Oh.., rupanya, korang sedang bantah membantah tentang isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Lepas tu pulak, tak cukup korang asyik duduk bantah membantah pada bulan puasa sebegini dengan macam macam isu hampeh tu, korang cuba libatkan aku pulak, tak kira melalui bertentang empat mata atau melalui emal dan blog, ada saja isu yang nak korang bantah membantah, nak libat aku dalam isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Lalu apa aku buat?, bolayan!!.., berambus korang semua, malas aku nak bantah membantah dengan bermacam macam isu yang remah temeh pada bulan puasa begini… lantaklah korang bersama isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Cuma aku nak cakap, isu yang korang bantah membantah tu tak penting langsung, isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku’ itu langsung tak membantu aku dalam meningkatkan iman, sedang maksud kita puasa adalah untuk meningkatkan keimanan melalui peluang Rahmat di bulan ramadhan..

Korang tahu tak apa maksud puasa? Aku tahu ramai yang tak tahu, jangan nak tipu pada bulan puasa sebegini, dan sebab korang tak tahu maksud puasalah yang buat korang sibuk dengan isu kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin di hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Baik, biar aku cerita secara ringkas tentang maksud puasa, tinggalkan sekejap isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Err, kat mana tadi?, ok, bab maksud berpuasa..

Apa maksud puasa?

Maksud puasa adalah untuk membawa sifat ketaatan malaikat ke dalam diri, yang mana, semua tahu sudah, bahawa malaikat adalah makhluk yang paling taat beribadat pada Allah dan melalui ‘jalan’ malaikat ini, iaitu berpuasa, atau senang cerita, tak makan, tak minum dan tak bersetubuh, maka insyAllah akan mudahlah sifat malaikat datang ke dalam diri di bulan puasa yang mana ketaatan di bulan puasa ini akan di bawa pula ke sebelas bulan yang lain, atau dalam erti kata lain, membawa ketaatan dibulan puasa ke luar bulan puasa.. itulah maksud puasa

Oleh sebab itu, untuk membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri, adalah melalui dua cara, pertama adalah dengan berpuasa dan kedua adalah melalui beriktikaf..

Melalui puasa, iaitu tahan lapar, dan tahan nafsu, maka nafsu akan tunduk lalu terbukalan jalan malaikat ke dalam diri, sementara melalui beriktikaf di masjid, maka suasana malaikat yang sentiasa beribadat dalam masjid juga akan meresap ke dalam jiwa orang yang beriktikaf, sebab itulah dalam hadith banyak cerita fadhilat tentang puasa di siang hari dan fadhilat beriktaf di malam hari, dan kedua dua amalan ini adalah pekej lengkap dalam membawa sifat ketaatan malaikat dalam diri.. faham?

Untuk itu, Puasa kena betul betul macam malaikatlah, jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan.., begitu jugak waktu beriktikaf, kena jugak jaga mata, telinga, mulut dan kemaluan… dan jika korang rujuk hadith, Nabi siap buat khemah dalam masjid lagi di bulan puasa.., dan amalan tidur di masjid sebelum tahajjud, bukanlah amalan kumpulan tabligh sri petaling sahaja, tapi semua orang Pas, Umno dan persatuan so call Islamic yang lain.., lengkapkan pakej ‘menjadi malaikat’ dengan berpuasa di siang hari dan beriktikaf di malam hari.., semua tak nak jadi syaitan bukan? Semua nak jadi macam malaikat.. dan sebagai bonus, Allah dah tangkap syaitan di bulan Ramadhan supaya tak ganggu korang berpuasa dan beriktikaf.., mudah kan? Lepas tu Allah tambah lagi bonus raya lebih dari dua bulan, seribu bulan beb…!

Tapi korang, walaupun syaitan dah kena ikat, korang masih asyik bantah membantah di sini sana dengan berbagai bagai isu yang langsung tak boleh meningkatkan iman, tambah dosa lagi ada.. ada masa jer terus bantah membantah isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Woi, korang semua, korang tahu tak? Sedang asyik korang bantah membantah dengan isu kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin di hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Maka.., korang tahu apa yang malaikat di langit sana asyik bantah membantah?

Ha! Itulah korang.., tak tahu… asyik dengan isu kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas - arghh malas dah aku nak paste..!

Mari sini aku cerita.., tentang apa perkara yang malaikat bantah membantah dilangit sana, di beritakan ketika Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah dalam suasana yang begitu indah lalu Allah bertanya kepada Nabi akan apakah perkara yang malaikat di Malail a’la sedang bantah membantah?

Maka Nabi menjawab, “Tidak tahu”.

Kemudian Allah meletakkan ‘tangan’Nya yang mulia ke atas dada Nabi Muhammad SAW sehingga kedinginan terasa sampai ke dalam dada Baginda. Dengan keberkatanNya maka tersingkaplah seluruh alam kepada Nabi Muhammad SAW.

Lantas Allah bertanya “ Ya Muhammad, sekarang beritahulah apa yang menyebabkan para malaikat bantah membantah?”

Maka Nabi menjawab, “para malaikat bertelingkah tentang amalan yang meninggikan darjat, amalan yang menghapuskan dosa, ganjaran yang diperolehi bagi langkah seseorang yang pergi untuk menunaikan solat berjemaah, kelebihan mengambil wuduk dengan sempurna ketika cuaca sejuk dan kelebihan duduk menunggu solat selepas menunaikan satu solat. Sesiapa yang dapat memelihara semua ini, akan hidup dan meninggal dunia dalam keadaan baik.”

*****

Maka duduk diam diam, berhentilah bincang isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Karang, lepas bukak puasa dengan kurma dan air teh tarik, terus korang pergi solat berjemaah di masjid, kasihan aku tengok masjid waktu maghrib di bulan puasa, lengang macam solat subuh, lepas solat, sambunglah makan balik.., tapi.. tak payahlah sambung bincang isu ‘kenapa kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa yang tak jadi rotan peminum arak selepas Wahida kahwin akhirnya di saat gula sukar di cari lalu muncul demostrasi jalanan membantah berita politik sampah hujung minggu yang merubah carta lagu popular setalah jatuh dua anak tangga lalu naik lima belas anak tangga hampeh ke jadah peduli apa aku!

Sekian.

Ps: errr, kenapa ye? kerajaan kedekut tak bagi bonus setelah minyak naik harga di bulan puasa, err, kenapa ye? tak jadi rotan peminum arak, eh? betulke Wahida dah kahwin? Eh? Tak joint demostrasi ke? Eh? Ada gula tak? Oh ye? lagu apa yang berada di carta radio, hampeh ke jadah! peduli apa aku!

Woha!