May 31, 2021

Tanda dah dapat Sifat Sahabat?


 Saya ada lima anak yang suka bertanya macam macam soalan.

“Ayah, apa tanda orang beriman?”

“Tandanya, bila dengar cerita agama, bertamah keimanan, dengar nama Allah, rasa takut, bila buat baik, rasa gembira, bila buat jahat, rasa menyesal, itu semua tanda beriman”

“Ayah, apa tanda cinta pada Nabi?”

“Kita akan selawat tiap kali namanya di sebut, kita akan tiru Sunnah baginda, dan bila lihat orang ikut Sunnah, kiita rasa seronok, dan nak buat sama, rasa Ghibtah!”

“Ayah, apa tanda solat kita diterima”

“Dalam Alquran bagitahu, orang solat tidak berkeluh kesah, maka jika korang sabar, sukur tak merungut, itu tanda solat korang dan cegah korang dari buat dosa dan maksiat, Alhamdulilah”

“Ayah, apa tanda orang berilmu?”

“Tandanya, bila dia ada, masalah orang ramai akan selesai, Salman Parisi pandai perang, maka ilmunya selesaikan masalah perang Khandak, dulu kawan ayah pandai English, orang panggil dia Kamus bergerak, tak payah buka kamus jika dia ada, Nabi Muhammad SAW pula, Al quran bergerak, lagi hebat! Jadi kemana sahaja orang berilmu pergi,. Dia akan dapat selesaikan masalah orang, menjadi tempat rujuk”

“Macam Ayah lah!”

“Amin.., untuk berhadapan dengan lima anak ayah macam korang yang suka Tanya soalan bertubi tubi, ayah kena ada Ilmu sedikit sebanyak”

“Ayah, apa tanda orang dapat hakikat zikir?”

“Orang yang bila kita tengok dia, kita akan teringat Allah”

“Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikram?”

“Hmm, orang yang bila dia ada semua orang seronok sebab dia ringan tulang, dan bila dia takde, orang akan rindu sebab dia pandai ambik hati semua orang”

“Ok, Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikhlas?”

“Tandanya dia istiqamah, dan apa tindakan dia kita rasa aura yang baik”

“Macam mana tu?”

“Contoh jika dia ikhlas basuh pinggan, dia akan siapkan sampai singkipun berkilat”

“Ok, last ayah, apa tanda dapat hakikat dakwah?”

“Orang yang pergi mana manapun, dia yang akan pengaruhi orang, bukan orang pengaruhi dia, jika kawan dia tak solat, dia akan pengaruhi kawannya bersolat, jika rumah tu tak ada majlis taklim, bila dia datang, rumah itu akan berjaya hidupkan taklim, pendek kata dia macam penjual minyak wangi, orang akan dapat baunya yang wangi secara percuma”

“Okey, dah siap tugasan saya”

“Tugasan apa pulak?”

“Tadi Bonda cakap, jika nak main internet, kena jawab soalan Bonda, iaitu apa tanda dapat Hakikat enam sifat sahabat, tugasan selesai, terima kasih ayah!”

Woha!

May 29, 2021

Cara Mesyuarat ala Islamik?

Kata Maulana Sri Petaling, Bila Dajjal datang, dua golongan akan selamat, iaitu lelaki yang terlibat dengan lima amalan masjid, dan wanita yang terlibat dengan lima amalan rumah.

Apa lima amalam masjid? (1) Mesyuarat Dakwah, (2) Majlis Taklim, (3) Dakwah rumah ke rumah, (4) Ziarah kasih sayang, dan (5) Iktikaf di Jalan Allah.

Apa lima amalan rumah? (1) Mesyuarat keluarga, (2) Majlis Taklim, (3) Muzakarah Adab agama, (4) Halqah Al quran, (5) Menggalakkan ahli keluarga Iktikaf di Jalan Allah.

Panjang nak cerita, saya nak cerita tentang mesyuarat dalam rumah.

Simple sahaja, ketua keluarga akan kumpulkan semua ahli kelurga, dan minta mereka laporkan aktiviti semalam, dan bincang apa nak buat hari ni.

Bagus jika laporan boeh detail dengan lima nikmat hidup iaitu, (1) agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan, (4) Sumber rezeki atau ilmu,(4) Masa lapang.

Contoh saya kumpulkan semua anak (5) bini (1), dan Tanya mereka:

“Buat apa sepanjang hari ini?”

Kata isteri:

“AGAMA: saya ajar anak mengaji, ada baca makna Al Quran sikit.., CINTA pulak.., main dengan anak-anak, teman anak tengok kartun, masak sedap sedap untuk anak anak, KESIHATAN pula, saya berkebun kat belakang rumah, bersihkan rak belakang tu, SUMBER PENDAPATAN, jahit dua tanjak yang ditempah, dan bungkus buku Abang untuk di post minggu depan, MASA LAPANG pulak, tengok TV sambil lipat baju”

Kata Abang Long:

“AGAMA: buat Muzakarah lepas Zohor, CINTA pulak.. buat ayah gembira dengan tolong ayah bertukang tadi, petang tolong ayah buang sampah, KESIHATAN, jogging setengah jam keliling rumah, SUMBER ILMU, baca buku tokoh berpengaruh dan buat tugasan sekolah, MASA LAPANG, main game dengan anak syurga.

Kata Abang Ngah:

“AGAMA: Buat tazkirah lepas asar, solat berjemaah dengan ayah, CINTA pulak.. main basikal dengan anak syurga, tolong ayah susun buku di bilik belakang, tolong Bonda sidai baju, KESIHATAN, main basikal tadi, SUMBER ILMU, dengar ceramah di youtube sambil buat kerja sekolah, MASA LAPANG, tengok TV.

Kata Kak Lang:

“AGAMA: Baca taklim lepas Subuh, ajar anak syurga Iqra.., gant puasa, CINTA pulak.. peluk ayah dan bonda, tolong bonda masak.., lipat baju bersama Bonda..,  KESIHATAN, bersenam dalam bilik air sambil cuci bilik air, SUMBER ILMU, buat tugasan sekolah, MASA LAPANG, tengok TV.

Kata adik Chik:

“AGAMA:  Ajar anak Syurga ambik wudhu, CINTA pulak.. main mainan dengan anak syurga, KESIHATAN, main basikal, SUMBER ILMU, buat kerja sekolah yang cikgu bagi, MASA LAPANG, main game dengan anak syurga.

Kata adik Iman:

(tak mampu nak bercerita sebab OKU autism)

Ok begitulah laporan ringkas anak bini sepanjang hari, giliran ayah pulak:

“AGAMA: Alhamdulillah dapat solat di surau ikut SOP, CINTA pulak.. luangkan masa bersama anak bini buat kerja rumah, KESIHATAN, bertukang belakang rumah tadi, sempat jugak jalan jalan keliling kebun sambil berzikir, SUMBER PENDAPATAN, jual beberapa Ebook, jual Tanjak, buku dan update FB serta YOutube, MASA LAPANG, teman korang tengok TV sambil baca buku”

Baiklah, dari kisah perbualan saya dan anak bini di atas apa yang boleh kita semua belajar?

Betul, bahawa hidup ini ada lima (5)perkara paling penting iaitu;

Bagi Suami isteri: (1)AGAMA, sunggih hidup akan jadi murung hidup tanpa agama.(2)CINTA KELUARGA,  hidup akan jadi sangat kesepian jika tiada cinta dalam keluarga. (3) KESIHATAN, dah tentu sangat sukar bila sakit. (4) SUMBER PENDAPATAN, sangat susah bila lapar atau terpaksa meminta minta. (5)MASA LAPANG. Sangat rugi jika selalu sibuk....

Bagi anak anak: (1)AGAMA, (2)CINTA KELUARGA, (3) KESIHATAN, (4) SUMBER ILMU, (5)MASA LAPANG.

Habis anak bini bagi laporan, Tanya pula apa plan mereka nak buat dengan (1)AGAMA, (2)CINTA, (3) KESIHATAN, (4) SUMBER ILMU, (5)MASA LAPANG? Bagi hari esok? Tanya tiap seorang..

Lantik siapa jadi Imam, siapa bilal, siapa muzakarah, siapa khidmat, siapa baca taklim, tulis semua itu, termasuk masa melaksanakannya, lepas zohor ke, lepas isyak ke, tulis!..

Apapun jawapan anak bini, pastikan setiap hari, masa kita semua dihabiskan untuk kelima lima perkara ini dan selalulah melaporkan kepada orang tersayang tentang lima perkara ini yang mana jika tuan puan buat amalan ini, MAKA..  bermulalah Majlis Mesyuarat Keluarga di rumah tuan puan, dan Mesyuarat adalah Sunnah Nabi, maka berkat dan rahmat akan datang. InsyaAllah. Dan selamatlah kita dari fitnah dajjal, mudah mudahan.

Tahniah famili yang ada mesyuarat, doakan saya istiqamah, moga nikmat ini tersebar ke seluruh alam.

Semoga Woha sampai Syurga!

May 28, 2021

Keretamayat dah penat?



Driver keretamayat dah penat..

Tuan tuan.. Frontliner bila mereka kata mereka penat maka mereka memang penat. Bantu mereka dengan sama sama patuh SOP. InsyaAllah ujian datang dan pergi. Sabar dan tabah akan membuka Nusrah Allah.

Cerita bab penat.. masih ada yang kecam frontliner konon mereka buat-buat penat kerana ada yang sangka ini semua sandiwara konpirasi.

Astarfirullah...

Tak kena keluarga kita sedaplah mengecam.

Jangan bila keranda di usung baru nak bercucuran air mata.

Mujurlah malaikat tidak penat macam kita.. jika tak tentu malaikat penat tulis dosa korang yang kecam frontliner semua ni!

Semoga kita semua Woha sampai syurga!


May 27, 2021

Laksa paling Sedap?

 Dalam banyak banyak laksa, laksa apa paling tak best?, dah tentulah laksamana, sebab banyak bulu!

 Woha!

 Baik! Di musim PKP nak makan Laksa Kedah, Penang, Johor tak boleh rentas negeri, maka muncul lah seorang Laksmana dari Terengganu nak ajar korang masak Laksa Pantai Timur! Laksa Terengganu! Laksa kuah Lemak, Laksa kuah putih! Laksa Kuah Ikan Kaw!

 https://youtu.be/cChzw8TGtfQ

 Jom Tonton video ini dan selamat berlaksalah kita!


May 24, 2021

Ilmu Lipat Bumi?

Pernah dengar Ilmu Lipat Bumi?

Dulu selalu dengar kisah wali Keramat solat Subuh Di Malaysia tapi solat Jumaat di  Mekah lepas tu ada Pak arab nak makan durian, Wali Keramat ni dengan ilmu Lipat Bumi, balik ke Malaysia sekelip mata dan bawa durian ke Mekkah dan dapatlah pak arab sana makan lepas asar.

Kuasa Allah boleh buat apa sahaja, kerana Allah yang berkuasa menundukkan masa dan tempat. Dikatakan Nabi Khidir antara mereka yang ada ilmu melibatkan masa dan tempat ini.

Kisah Nabi Khidir ada dalam Al quran, Soheh! Tapi kiisah Pak arab makan durian yang di bawa oleh Wali Keramat? Sejauh mana kebenaran kisah wali Allah tu? Wallahulam, cerita mulut ke mulut sahajua.

Namun saya nak share “Ilmu Lipat Bumi” di video ini, kisah saya dan keluarga pergi Palestin, masuk Masjid Al Aqsa, lepas tu kami pergi ke Mekah, dan Madinah, semuanya berlaku dalam sehari sahaja, Jika tak percaya tonton video ini,. Tapi jangan tonton sekerat sebab ada Plot Twist di hujung Video.

https://youtu.be/eUUYeHgBHDs

Jom tengok Masjid Al Aqsa dari dekat dan seterusnya jom nikmati “ilmu lipat bumi”

Woha!

May 23, 2021

Gencatan Senjata ada Hikmah?

Tak sampai 24 jam persetujuan gencatan senjata, tentera Israel telah menyerang penduduk Palestine yang meraikan kemenangan di Masjidil Al-Aqsa, begitu berita melaporkan.

Jika rujuk sejarah, Gencatan Senjata ni akan untungkan Islam, begini kisahnya..

Rujuk rekod perang di Zaman Nabi dan kita akan mendapati Nabi Muhammad SAW menjadi ketua perang dengan jumlah tentera yang sedikit dan kelengkapan perang yang minimum tapi mampu tewaskan jumlah tentera yang besar lengkap bersenjata.

Untuk rekod, Nabi sertai 28 Perang.

1. Perang Waddan, Sebaik Hijrah Ke madinah, Nabi pergi bersama 70 sahabat ke Waddan untuk berdakwah dan berperang jika di serang, perjanjian damai berlaku antara Banu Damrah. Status perang: NC: No Combat.

2. Perang Buwat, Nabi dan 200 sahabat tunggu di Buwat untuk serang Umayyah bin Khalaf yang akan lalu di jalan itu, Umayyah ni terkenal kerana menyeksa Bilal, tapi Umayyah takut, dan ambik jalan lain maka perang tidak berlaku. Status perang: NC: No Combat.

3. Perang Safawan, orang kafir datang ke sempadan dan mencuri unta, Nabi ambik masa tiga hari bersama 70 sahabat untuk berperang, tapi orang kafir telah melarikan diri. Status perang: NC: No Combat.

4. Perang Zul Al-Ushairah, berlaku bila Nabi dengar orang kafir telah ambik harta orang islam di Mekkah yang hijrah ke Madinah,lalu nak jual ke Syam, Nabi pun tunggu di Zul Al-Ushairah bersama 200 sahabat. Bendera di pegang Hamzah R.A. Maka Rombongan dari Mekkah itu patah balik dan perang tidak berlaku, pada malam itu di riwayatkan Nabi memberitahu nasib Saidina Ali akan dibunuh pada masa hadapan. Status perang: NC: No Combat.

5. Perang Badar berlaku bila rombongan dari Mekkah yang nak jual harta orang islam ke Sham patah balik dan bawa 1200 tentera lengkap bersenjata naik unta, dan 100 tentera berkuda, semuanya bersedia untuk serang Madinah. Nabi Muhammad SAW pula tunggu di Badar bersama 313 sahabat, dua ekor kuda, dan 70 ekor unta yang kena naik bertiga, Nabi sendiri berkongsi naik unta bersama Ali. Tentera Islam pula ada yang tiada pedang bawa pelepah tamar, dan ada yang berkaki ayam .Dua bendera dibawa ke medan perang, satu di pegang Ali sebagai wakil Muhajirin, dan satu di pegang Saad mewakili ansar. 70 kafir mati, 70 di tangkap, baki larikan diri, pihak islam kematian 14 orang sahaja, Status perang: Win!

6. Perang lawan Yahudi Qainuqak dekat Madinah berlaku bila seorang perempuan islam yang sedang berjalan di hina oleh Yahudi hingga mengoyakkan bajunya, terus orang islam bunuh Yahudi tadi, perang pun berlaku, 700 Yahudi dengan 400 lengkap bersenjata telah di kalahkan, oleh tentera Nabi Muhammad SAW, asalnya Nabi nak bunuh mereka semua, tapi dengan pujukan Abdullah bin Ubay, semua Yahudi itu di halau. Status perang: Win!

7. Perang Tepung, Abu Sufyan lepas kalah perang Badar, bersumpah tak nak mandi selagi tak bunuh Nabi Muhammad SAW, dan telah datang serang hendap Madinah waktu malam bersama 200 orang pasukan berkuda yang bawa berguni guni tepung sebagai bahan makanan. Beberapa orang Ansar dibunuh, dan rumah orang islam di bakar, Nabi Muhamamd SAW kumpulkan 200 orang islam dan gempur mereka, Abu Sufyan lari mencicit dan di kejar orang islam sejauh lima hari lima malam. Sebab mereka banyak bawa Tepung sebagai makanan, maka mereka telah tinggalkan berguni guni Tepung untuk lajukan kuda mereka, sampai lah mereka Berjaya masuk ke Mekah, orang Islam bawa balik semua Tepung. Status perang: Win!

8. Penyerangan Al Kudr, berlaku bila Nabi dapat tahu Banu Salim berencana menyerang Madinah. Nabi gempur mereka dan Islam menang. 500 unta milik Banu Salim dirampas dan mereka ditakluk bawah pemerintah Nabi Muhammad SAW.

9. Perang Dhu Amarr berlaku bila Nabi Muhammad dapat informasi bahawa suku Banu Muharib dan Banu Thalabah berpakat nak serang Madinah, Nabi datang bersama 450 orang Islam, terus mereka menyerah dan masuk islam. Di sini juga berlaku peristiwa Nabi dihunus pedang oleh Ghwarath ibn al-Harith, dia Tanya Nabi siapa boleh selamatkan kamu? Nabi jawab: Allah terus pedangnya jatuh, dan Nabi pulak Tanya, Siapa boleh selamatkan kamu? Dia kata takde sesiapa, dan dia akhirnya masuk islam.

10. Perang Buhran berlaku kerana Banu Sulaym dari Buhran nak serang Madinah, Nabi tunggu mereka di sempadan Buhran bersama 300 orang tentera islam. Mereka semua nampak Nabi lari takut nak berperang.

11. Perang Uhud, inilah satu satunya perang yang di ketuai Nabi Muhammad SAW tidak mencapai kemenangan, status seri, masing masing berundur tiada yang bertahan di Uhud Bilangan asal  adalah1,000 orang tentera Islam tetapi hanya tinggal 700 orang sahaja kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua orang munafiq. Tentera kafir Quraisy pula seramai 3,000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan.

Awal perang Islam menang, sebab 50 pemanah atas bukit cemerlang, orang kafir 3000 lari tak cukup tanah sebab tak mampu lawan 650 orang islam bersama hujahan panah tapi, bila pemanah turun, ambik harta rampasan perang, orang kafir serang mendadak bersama 200 tentra berkuda, 70 orang islam syahid, Nabi sendiri parah gigi, Ubay bin Khalaf hampir dapat bunuh Nabi, tapi mati dilembing Nabi, Tentra islam naik bukit Uhud, dan tentera Kafir tidak kejar, Juga tekorban dalam perang adalah Hamzah singa Allah, dan Nabi tanam jenazah mereka bersama baju tanpa dimandikan. Balik Madinah orang munafik yang berundur awal gembira sebab tak sertai perang. Nabi hanya mampu berSabar.

12. Perang Hamra pula berlaku. Baru balik dari medan Uhud, terus Nabi Taskil pergi Gunung Hamra  sebab 3000 orang kafir sedang berkemah dan bersiap nak serang balik Madinah. Berat hati umat islam nak pergi sebab luka Uhud belum sembuh, tapi turun Ayat, Allah nak bantu orang islam, terus bersemangat tentra islam seramai 700 orang yang buatkan Abu Sufian gentar, dan berundur bersama 3000 tentera!, tiga orang kafir Berjaya dibunuh, tiga ditangkap, Status perang: Islam menang mudah! Tentera kafir cabut lari!

*****

Aduh, rasa penat pulak nak cerita semua perang Nabi, banyak lagi perang menarik, macam perang Parit, dan lain lain insyaAllah saya sambung lain kali, secara ringkas saya boleh bagitahu, status perang Nabi adalah, 13 win dengan berperang, 14 Win tanpa berperang kerana musuh menyerah, atau ajak berdamai, atau musuh undur tanpa perang, dan satu Seri(Perang Uhud)

Maka status perang Nabi Muhammad SAW adalah 27 Win dan Satu Seri. Wow!

Dari semua perang saya nak langkau ke perang yang berakhir dengan GENCATAN SENJATA, ianya berlaku pada perang Nabi yang ke 20. Nabi nak pergi Haji bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah tapi orang kafit tak benarkan, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu tiba tiba dapat berita Usman dah kena bunuh, Terus Nabi dan 1400 Jemaah Haji bersiap untuk berperang, orang kafir walaupun kawasan Mekah tu mereka ramai, rasa gerun dan ajak Nabi berdamai, maka berlakulah perjanjian Hubadiyyah, Gencatan Senjata,. Orang islam tak boleh serang mereka, dan di benarkan bergaul dengan aman damai.

,

Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di mekah 313 orang sahaja ikut pergi perang badar, 700 perang Uhud dan lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 1400 orang sahabat nak pergi haji, tapi lepas gencatan senjata, dua tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 10 ribu orang? Wow! Maka berlakulah penaklukan Mekah! Wow!

Gencatan senjata telah buatkan kerja dakwah jadi mudah, maka berbondong bondong orang masuk islam kerana terkesan dengan akhlak orang islam bila tidak bersama senjata. Dua tahun kemudian, waktu Nabi bagi khutbah terkahir, di anggarkan jumlah sahabat Nabi adalah 124 ribu, wow!

Dari 313 perang Badar, 700 perang Uhud, 1400 jemamh haji waktu  Perjanjian Hudabiyyah,temph tu dah dekat 20 tahun Nabi berdakwah, kemudian berlaku gencatan senjata, 4 tahun kemudian, bilangan Sahabat mencecah 124 ribu! Peghhhhhh.,

Dakwah lepas gencatan senjata sangai main peranan!

Sebab tu saya cakap awal artikel, Gencatan Senjata ni untungkan Islam jika orang islam ambik peluang ni untuk berdakwah dengan akhlak!

Tapi bila gencatan senjata, kita masih maki dan bergaduh, jauh lagilah perjalanan hidup.

Malu sikit kat Nabi kita, Bayangkan umur Nabi 53 tahun waktu perang Badar, hingga ke Perang Tabuk, umur Nabi 61 tahun, umur senja, umur pencen, umur KWSP dah boleh keluar semua caruman, tapi Nabi di zaman itu sedang sibuk berdakwah dengan akhlak yang terpuji.

Sedangkan kita umur 40 tahun usahkan nak ajak pergi berperang? Pergi berdakwah pun ramai yang menyorok. Adohai..

Malulah kita, Nabi start berdakwah umur 40 tahun, dan start berperang umur 53 tahun, dan buat perjanjian damai umur 58 tahun, bermakna: semakin tua umur Nabi, makin bersungguh nabi dalam mengembangkan agama. 4 tahun terkahir baki hayat berdakwah sepenuhnya!

Tapi di mana kita diumur pencen? Sibuk kembangkan agama? Atau hanyut dalam dunia sepi orang tua tua?, menangis bila anak anak tak balik ziarah sebab PKP?, bimbang harta berkurang atau terlantar sakit jiwa yang merebak kepada jasad?, waktu tu nak pergi masjid pun tak larat.

Maka pesan saya pada diri sendiri, sekarang, waktu sihat dan masih bekerja, janganlah lupa tanggung jawab pada agama, jangan tunggu waktu pencen untuk ubah dunia, jangan bertangguh tunggu pencen, sebab Hidup terlalu singkat untuk bertangguh. Gunakan peluang Gencatan senjata di Malysia untuk berdakwah pada cina dan india juga sesama islam yang dah jauh dari majsid!

Maka wahai Kerajaan, umumkan bantuan PKP3.0, hapuskan hutang kami, termasuk benarkan kami keluarkan semua KWSP, sebab kami nak pergi berdakwah sempena Gencatan senjata ini!

Woha!

May 22, 2021

Bagaimana Ganti Solat?

Assalamualaikum tuan hamka (kereta mayat) dirahmati Allah,

Saya ingin tumpang bertanya tuan. Maaf kerana mengambil masa dlm kesibukan tuan seharian..

Tuan hamka.. Sebelum ini, saya tidak mengerjakan solat bertahun2 lamanya.

Sekarang saya sudah sedar dan melakukan solat fardhu dan qada stp hari..

Setiap kali masuk waktu solat, saya mengqada sebanyak 4 kali, iaitu 2 sebelum dan 2 selepas solat fardhu..

Contohnya apabila masuk waktu asar, saya akan qada solat asar 2 kali dahulu, diikuti solat asar yg fardhu 1 kali, dan seterusnya disambung 2 kali lagi qada solat asar.

Jadi saya melakukan 25 kali solat stp hari dan 2 lagi solat adalah tahajud dan dhuha (dhuha dan tahajjud dilakukan kerana terpaksa membahagi2kan solat qada kerana ada yg tak larat nak buat terus seperti yg dinyatakan di atas).

Pengiraan di atas adalah selepas membuat kira2 jumlah solat yg telah ditinggalkan.

Dan saya perlu mengekalkannya selama 4-5 thn jika menurut pengiraan di atas tuan.. Barulah saya tak perlu menggada lagi solat2 yg tertinggal..

Buat pengetahuan tuan hamka, masuk bulan ke 3 saya sudah merasa tidak larat utk melakukan semua itu.

Dan terbaca yg Allah akan mengampunkan dosa2 hambaNya walaupun seperti buih di lautan jika melakukan solat dhuha.

Soalan saya.. bolehkah saya melakukan solat fardhu sahaja stp hari.. dan solat dhuha serta tahajjud tanpa mengqada solat2 yg lepas kerana Allah berkata tahajjud dan dhuha itu kelebihannya Allah akan mengampunkan dosa hambaNya..

Atau bagaimana pendapat tuan hamka? adakah sebarang jalan keluar utk saya kerana meniggalkan solat bertahun2 lamanya? 😢

Itu sahaja soalan saya tuan. Terima kasih. Moga Allah jua yg memberkati dan melindungi tuan dan keluarga dgn rahmatNya. Amin..

JAWAPAN HAMKA KERETA MAYAT

Soalan anda.. bolehkah saya melakukan solat fardhu sahaja setiap hari.. dan solat dhuha serta tahajjud tanpa mengqada solat-solat yang lepas kerana Allah berkata tahajjud dan dhuha itu kelebihannya Allah akan mengampunkan dosa hambaNya.. boleh ke?

Jawapan yang ulamak majoriti sepakati, tak boleh ganti dengan solat sunat Dhuha dan Tahajud sebab janji itu untuk orang yang solat lima waktu tak tinggal tapi masih buat dosa. Maka Solat Dhuha dan Tajajjud akan membantunya.

Maka untuk kes anda, solat Qadha tetap kena buat, tapi cara anda buat tu sampai tak mampu dan rasa penat, kira menyeksa diri, sebab solat hanya lima kali, tapi anda dah jadi 25 kali. Maka itu sikit tak betul sebab dalam islam ni pentingkan Qualiti bukan Quantiti.

Allah lebih suka amalan sikit tapi istiqamah dari banyak tapi tak istiqamah.

Maka cadangan saya, buat sahaja 10 kali sahaja sehari, lima kali solat fardu, dan lima kali solat qadha.

Lepas solat Fardu, ganti satu, simple macam tu jer yang penting istiqamah.

“Habis jika saya mati awal tak sempat qadha semua macam mana?”

Ok, mari belajar bab ZAHIRKAN NIAT kerana NIAT orang islam lebih baik dari AMALnya.

Jom rujuk satu kisah yang di ambil dari kitab, kejadian ini pernah berlaku pada zaman dahulu… , satu orang jahat telah bunuh 99 orang dan nak bertaubat, lalu berjumpa dengan satu orang abib tapi abib itu kata, kamu ni ahli neraka, maka si jahat ini bunuh lagi dan sudah jadi seratus orang dia bunuh.

Kemudian dia berjumpa dengan orang alim yang ke 101, dan orang alim itu kata , kamu masih boleh bertaubat dengan syarat kamu kena keluar dari kampong kamu yang ramai orang jahat tu ke kampong sebelah yang ramai orang baik, pergi belajar dengan ulamak di kampung itu cara menjadi orang baik yang bertaubat, maka si jahat ni ZAHIRKAN NIAT dengan MELANGKAH KE KAMPUNG BAIK.. dalam perjalanan, dengan izin Allah dia tiba-tiba mati.

Malaikat azab faham si pembunuh 100 orang ni adalah ahli Neraka.. tapi Allah buat keputusan bahawa dia adalah ahli SHURGA..

KENAPA?

Kerana dia mati dalam keadaan mengzahirkan niatnya, rujuk hadis, siapa yang mati waktu pergi menuntut ilmu maka di kira mati syahid! SubhanAllah!

Maka, perkara yang boleh kita belajar di sini adalah siapa-siapa yang menzahirkan niat untuk jadi baik, lalu menuju majlis ilmu untuk belajar jadi baik, maka sekiranya dia mati lepas mengzahirkan niatnya itu, dia di kira mati syahid dan jadi ahli shurga! Kenapa?

Kerana Allah MAha mengatahui hatinya dan tahu jika si dia hiduppun 1000 tahun lagi, si dia memang akan jadi baik dengan niatnya yang ikhlas!

Pembunuh di atas masuk shurga kerana dia mati dalam keadan mengzahirkan niat yang ikhlas!

Ada riwayat lain tentang seseorang yang mendapat ganjaran yang sungguh banyak di akhirat, dia menafikan, tapi di beritahu kepadanya dulu waktu di dunia dia telah menzahirkan niatnya iaitu ketika berjalan dengan sahabatnya maka dia berkata, kalaulah aku ada emas sebesar gunung ini, maka akan aku korbankan pada jalan Allah!

Lihat, dia hanya menzahirkan niat sahaja dan sudah takdir dia tak dapat harta yang sebanyak itu.. tapi kerana sudah mengzahirkan niat.. maka ianya di kira oleh ALLAH sebab ALLAH maha kaya!

Lihat beberapa contoh penzahiran niat oleh sahabat R.A:

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang kapir telah menangis sambil menzahirkan niatnya: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk agama!

Terkejut Raja Kafir lalu membebaskan sahabat tadi.

Ada kisah seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah si ibu masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anak yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis…,

Dia dipujuk orang, tapi dia berkata sambil menzahirkan niatnya: jangan ucap takziah pada aku.., tapi ucapkanlah tahniah…, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati..., aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!

Sebab itulah orang Tabligh hujung ceramah Taskil minta pendengar ceramah bangun bagi nama untuk tulis azam keluar ke jalan Allah, nak riak ke? Tidak! Inilah Sunnah yang Nabi ajar pada Sahabat, bangun bagi nama sebagai menzahirkan niat! Andai kata malam tu mati tanpa sempat keluar berdakwah, Yakinlah korang akan dibangkitkan Bersama Da'e Allah kerana Niat korang telah Allah terima.

Jadi kamu yang dah bertaubat sebab tinggal solat, zahirkan lah niat dengan qadha solat, cukup satu waktu tiap lepas solat fardu yang penting istiqamah (berterusan)

“Okey, berapa lama saya nak buat ni, seumur hidup?”

Ikhlaskan diri, jika mati esok, maka sampai esok sahaja kamu kena buat, tak lama pun, tapi ada kawan saya yang buat, satu hari dia berhenti qadha, saya tanya kenapa?

Katanya, malam tadi dia mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW, dan Nabi bagitahu dah cukup ganti solat, Subhanallah!

Maka teruskan Puan, ganti satu waktu sahaja tiap kali lepas solat fardu, InsyaALlah satu hari Ilham dari Allah akan sampai.., dan andai kata satu hari Puan mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW, bagitahu Hamka keretamayat kirim salam.

Woha!

Ps: Syukur Allah panjangkan umur kita hingga sampai PKP3.0, maka banyaklah masa kita duduk rumah, jadi.. kepada semua yang pernah tinggalkan solat, selamat qadha solat dan selamat bertaubat.

May 21, 2021

Terima kasih Barisan Hadapan?

Dulu saya kerja kilang, rezeki masing masing, ada sorang sahabat ni kerja sendiri, dan selalu perli, sampai bila nak jadi hamba orang? Bestnya pagi ni berselimut tapi korang yang makan gaji rempuh jalan jam, bestnya cuti lulus sebab saya bos sendiri. Kerja sendiri pendapatan tiada limit, makan gaji pendapatan terhad. Jangan buang masa jadi hamba orang, Macam macam hinaan.

 Kemudian datang Covid 19, Kilang saya kerja dulu pun dah tutup, dan orang kerja sendiri paling ramai terjejas, kawan tu siap call saya pinjam duit. Begitulah hidup, kita jangan sombong. rezeki masing masing, jangan kita hina sumber rezeki orang.

 Rujuk barisan depan, tengok Nurse, doktor semua yang kerja makan gaji sekarang ni lah yang jadi asbab bertungkus lama selamatkan nyawa pesakit Covid semua..

 Tapi sedih jugak, sebab saya tengok orang kecam KKM Sampai admin tutup komen. Ada yang tuduh KKM menipu data, Covid ni sandiwara, Vaksin ni palsu, Jururawat bantu doktor tipu rakyat, dan macam macam,

 Semalam saya tengok Majalah 3, menitik air mata tengok geng Jururawat, doktor, petugas hospital, driver ambulances, pembantu perubatan dan pak guard hospital yang dah macam orang super saiya tahap tiga dia punya berjuang dibarisan depan melawan covid ni.

 Ada jujurawat india menangis cerita mangsa Covid stage lima bertarung nyawa tanpa ahli keluarga, yang islam mati dia tak pandai nak ajar mengucap, bayangkan kita kat tempat pesakit tu.

Kubur yang tak boleh di ziarah.., mayat yang tak boleh dipeluk, atau di cium, insaflah.

 Semantara sihat dan kena PKP kat rumah ni, sabarlah, tak boleh cakap benda baik, berhenti kecam pun okey, diam lebih baik. Sebab ada orang jauh menderita di luar sana, kita bantu dengan jaga SOP dah jangan kecam, cuba tengok barisan depan pakai set full SOP, berat mata memandang, berat bahu memikul..

 Barisan depan negara ni, bila mereka cakap “penat”.., mereka memang penat, bantulah dengan jaga SOP, dan janganlah kecam mereka.. Nanti Allah Tarik nikmat, sekejap jer habis.

 Covid ni sekarang makin bertambah. Alat bantuan pernafasan semakin terhad. Katil dah penuh, ada pesakit Covid yang duduk atas kerusi, lepas ni kerusi dan penuh?, baring atas lantailah nampaknya..

 Kita bila kerja penat, tapi tengok baki kerja makin sikit, hilang rasa penat, tapi Doktor dan jururawat semakin sibuk, dan hari hari kes makin naik, penat nak piker satu hal, penat kena kecam lagi, adohai

 Apa kata kita belajar akhlak dengan barisan depan ni, sebab mereka dalam kesibukkan dan kepenatan, semua pesakit Covid perlu dilayan sama rata. Dalam borang masuk pesakit, tak ditanya apa dosa korang,

 Tak kira sama ada ibu tunggal, penzina, mat rempit, ibu kandung anak luar nikah, anti vaksin, pendosa atau siapa sahaja, Si doctor, nurse, dan lain lain kakitangan hospital di ajar untuk buat kerja mereka, di ajar untuk menunaikan hak pesakit, tanpa peduli apa dosa pesakit, malahan jika Firaun masuk hospitalpun mereka akan layan seperti mana pesakit berhak di layan.., biasa ada penjenayah yang cedara di tembak polis, pihak hospital tetap guna kaedah yang terbaik dalam menyembuhkan para pesakit..

 Doctor, nurse, dan lain-lain kakitangan hospital bukannya wakil tuhan untuk menghukum pendosa, nak kena marah ke, nak kena kecam ke, nak kena bedah tanpa bius ke, nak kena Jahit guna benang kasar atau jarum tumpul, pisau bedah berkarat, tidak!-tidak sama sekali…

 Mereka di Hospital niat hanya satu, nak tolong SEMUA rakyat Malaysia, tak kira apa agama, bangsa, dan dosa!

Tapi kita di luar Hospital, semua orang kita nak kecam! Hingga doctor dan jururawat pun kita nak kecam, adohai..

Saya teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Aisyah RA, yang mana apabila datang seorang yang jahat ke rumah baginda, dan Nabi suruh Aisyah berlindung dalam rumah sebaik sahaja ketibaan tetamu ini. Di sebalik dinding Aisyah dapati nabi melayan tetamu yang di katakan buruk perangai ini dengan baik sekali…

Apabila tetamu pulang, Aisyah RA tanya Nabi Muhammad SAW kenapa layan orang yang ‘jahat’ itu begitu baik? Lantas nabi bersabda lebih kurang maksud:

“Tak kan kerana kejahatannya, saya nak kena buang akhlak baik kita?”

Begitu lebih kurang, Nampak semua?! Nabi tidak menghukum pendosa sebelum tiba masanya..

Firaun yang buat salah banyak, mengaku tuhan dan telah bunuh beribu ribu bayi, tetapi apabila Allah hantar Nabi Musa berdakwah padanya, maka Allah perintahkan Nabi Musa bercakap dengan lemah lembut- sila rujuk Al quran. 

Tapi nitezen hari ini, suka benar menghukum, tanpa usul periksa, di hukum dengan cara menyebarkan aib pendosa kepada orang ramai, mencela mereka, viral bila ditiduh rogol sedang belum terbukti bersalah dan macam macam lagi. Masyarakat memang suka menghukum, seolah olah kita adalah wakil tuhan untuk menghukum manusia..,

Sesungguhnya Malaikat Mungkar hanya akan hukum manusia apabila manusia tu masuk dalam kubur dan Malaikat Malik Penjaga Neraka akan azab manusia hanya dalam neraka, pendek kata, selagi pintu taubat belum tertutup.., janganlah hukum manusia dengan kecam panjang berjela..

Ketahuilah, Allah Yang Maha Berkuasa, masih memberi makan kepada pendosa, dan masih buka pintu Taubat seluas luasnya kepada semua pendosa, kita hidup jangan sombong, Allah nak Tarik sekejap sahaja.

Insaflah, pesan kepada diri sendiri juga.Semoga kita semua selamat dari segala fitnah.

Kepada barisan hadapan, stay strong!

Ya Allah Bantulah kami semua, masukkan lah kami dikalangan orang yang terselamat dari azab api neraka. Amin

May 19, 2021

Nak Syahid.. Nak syahid?

“Bila perang, baguslah, boleh mati syahid”

Al kisahnya, Saya pernah tulis kisah Husin dan Hasan kembar yang hidup bahagia dalam salah satu buku saya. Semusim Di Syurga atau Semusim Di neraka saya tak ingat.

Ringkas cerita, Husin kena potong kaki, kena kencing manis, dan mati muda, tapi ada tinggalkan isteri cantik.

Hassan yang sihat kahwin dengan Balu Husin, Hassan bahagia dan rasa Husin hidupnya singkat serta menyedihakan kerana menderita kencing manis.

Satu Hari kampong Hassan kena serang komunis, anak isteri di rogol, dan Hassan di seksa, kaki Hassan kena potong, dan waktu terseksa dicederakan musuh, Hassan sedar, Husin yang mati awal, lebih bahagia darinya sebab waktu Husin mati isteri peluk, dan ajar mengucap.

Hasan diseksa dan sedang nazak. Tiada siapa nak peluk, atau nak suap dan nak ajar mengucap, adohai, sedihnya..

Arwah Husin dulu mayatnya dimandikan, disolat dan di tanam penuh hormat.

Tapi Hasan, mayatnya nanti akan menjadi makanan anjing.

Lalu kata Hassan, alangkah baiknya jika aku menjadi Husin.

Ya tuan tuan, bila ujian melibatkan perang, maka akan wujud orang yang ingin mati awal sebelum perang kerana hidup dalam perang adalah sangat dahsyat.

Dan ada Ujian hidup paling besar, bila kita berperang sasama sendiri hingga saling bunuh membunuh. nak Syahid macam mana tu? Sebab Dalam Islam jika membunuh, maka dosanya masuk neraka.

Tapi kuasa Allah, rujuk sejarah, Tiba tiba dalam episode kehidupan, Sahabat Nabi Muhammad SAW, yang kedua duanya dijanjikan Syurga, manusia paling faham agama, namun ujian telah datang, dan mereka akhirnya saling terlibat dalam perang bunuh membunuh, maka inilah dikatakan fitnah terbesar dalam sejarah Islam.

Rujuk Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Talhah r.a.

Kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan beribu ribu nyawa orang islam yang berpecah menyokong ketua masing masing.

Ulamak Sunnah waljamaah mensucikan keduanya, rupanya perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahankan hukum Qisas bagi mereka yang membunuh Khalifah terdahulu, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah baru yang menggantikan khalifah terdahulu, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.

Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri. Namun perang saudara, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.

Di riwayatakan, Talhah telah terkorban, dan Aisyah r.a serta Saidina Ali R.a sejurus selepas perperangan itu, mereka berdua menyesal dan berkata, alangkah baiknya jika aku mati 20 tahun dahulu.

Ya, begitulah dahsyatnya fitnah perang, sehingga orang hidup mencemburui orang yang telah mati sebelum perang.

Maka janganlah bercita cita nak berperang, jika ilmu belum penuh di dada. Nabipun bila musuh ajak berdamai, akan dahulukan perdamaian, rujuk perjanjian Hudabiyyah.

Ramai saya baca dekat komen nak mati Syahid, tak sabar bak berperang, tapi ingatlah nak berperang kena ada ilmu, Nabi ambik masa 23 tahun nak tawan Mekkah, Yahudi ambik masa beratus tahun nak tawan Palestin sampai sekarang belum dapat dapat, kita yang nak berperang? Ilmu apa yang ada?

Takut esok perang, Syahid ke mana? Kita ke mana? sebab Satu musuh pun kita tak bunuh, orang lain pulak yang mati waktu tolong kita, macam kisah orang tak pandai berenang tapi emosi dan terjun nak tolong orang lemas, akhirnya kelautlah kita.

Sebab tu dah duduk dalam negara aman, jangan mintak perang, sebab kita semua banyak yang tiada ilmu perang, main Pubg ke, Mobil Legend ke, tak membantu sebab dalam perang kena ada  Ilmu sabar dalam perang, ilmu jangan emosi dalam perang, ilmu strategi dalam perang.

Tau macam mana baca kompas? Tahu kesan jejak tapak kaki atas rumput? Boleh minum air lumpur?  Tau guna payung terjun? Berapa berat Ak47? Berapa jarak lontaran bom tangan yang sesuai untuk letupkan musuh? Boleh ke cabut pin Bom guna gigi?

Maka untuk berperang, kenalah ada ilmu, nak kalahkan yahudi?, rujuk sejarah, jika Nabi ambik masa 23 tahun untuk kosongkan Mekah dan Madinah dari Yahudi, maka kita semua kena berhijrah dari sekarang, mantapkan solat berjemaah, belajar susah di jalan Allah, belajar berdakwah, jangan sibuk nak bidaahkan sesama islam, jangan sibuk saya wahabi saya betul, kamu tak wahabi kamu salah, sama sama lapang dada, jangan gaduh sesama islam, dan disamping yang sama kuatkan sector pertanian agar negara kita tak bergantung kepada import pruduk jiran, kuatkan ekonomi, agar orang tak boleh boikot kita, kuatkan sains, agar kita boleh cipta senjata hebat, kuatkan common sense, agar otak kita boleh rancang straetegi perang.

Tapi itulah kita banyak gaduh sama sendiri, dalam politik lagilah, kita pernah ekonomi paling kuat di Asia, tapi sebab gaduh sesama islam, jatuh ekonomi antara yang tercorot, adohai...

Cuba tengok Palestin yang sedang berperang, bayangkan jika ada orang serang negara kita, letrik putus, air takde, internet takde, berapa lama korang boleh tahan hidup tanpa internet? Lepas tu makanan dalam peti ais berapa lama boleh tahan? Zaman jepun dulu nenek moyang kita ada tanam ubi kayu ganti nasik, tapi korang habis stok meggi pedas Korea korang nak makan apa? Biskut habis, anak menangis, korang pun tidur tak lena, nak keluar, sampah pulak bertimbung depan rumah lori tak ambik, nak ke hidup dalam negara berperang?

Jangan minta perang, lagi lagi bila kita sesama islam asyik bidaahkan sana sini, atau kafirkan sesame sendiri, memang betul syahid ni amalan paling afdal sebab ampunkan semua dosa KECUALI HUTANG!

Ya dosa Hutang tak bayar, dosa hutang tu tak mampu selamatkan orang mati syahid, jadi nak kena mintak maaf sesama islam dulu, nak kena bersatu, nak kena berdamai, nak kena bayar semua hutang, jangan caci mencaci, barulah layak berperang dan mati Syahid!

Ayoh umat Islam, berlapang dada, dan bersatulah.

Akhir kata, Rujuk kisah Perang sasama Islam di zaman sahabat, saya cuba ambik hikmah dari kejadian menyayat hati ini, kerana tidak berlaku sesuatu dalam dunia ini dengan sia sia, pasti ada Hikmah yang tersembunyi, maka saya ulas dengan ringkas sekadar termampu sahaja, maafkan saya, selamat menonton video penuh.

https://youtu.be/m4TDLuOKO4w

Jika ada salah dan silap, teguran dalam komen adalah amat di alu alukan.

Semoga kita semua Woha sampai Syurga.

 

May 17, 2021

Hadis Palsu tapi tidak Palsu?

Selamat hari guru kepada Guru hadis.

Saya harap akan ada guru hadis yang tulis buku bertajuk; HADIS PALSU YANG TIDAK PALSU, atau tajuk lebih kurang begini: DITUDUH HADIS PALSU TAPI RUPANYA TIDAK PALSU.

Sebab saya tengok waktu menulis, ada orang tegur saya hadis palsu itu ini, sebab ada hadis palsu ini maka muncul amalan bidaah! Kau kena tinggalkan hadis ini Hamka, hadis ni palsu!

Tapi bila saya semak, bukan palsu tapi hadis daif, adohai.., hadis daif bukannya palsu bang. Menuduh Hadis Daif adalah palsu juga mendustai hadis Nabi, Astarfirullah!

Ulama dahulu bila nak menilai satu hadis tidak tergesa-gesa untuk menghukumnya, dengan ketinggian ilmu mereka suatu hadis yang belom didapati siapa yang meriwayatkannya mereka tidak langsung mengatakan : "Itu bukan hadis, itu hadis palsu", tetapi mereka mengatakan : "Aku belom dapat makhraj hadis ini".

Itu namanya amanah ilmu, tapi pada zaman sekarang seseorang dengan mudah mengatakan itu bukan hadis walaupun ilmunya tidak sebanding dengan Asqalani , al-Iraqi dan lain-lain. Pakai Google jer, tak jumpa, terus hadis palsu! Perghhh!

Contoh: Hadis Jihad lawan nafsu lebih besar, ada yang tegur saya kata hadis ini palsu.

Saya rujuk ustaz pandai hadis katanya, dalam bahagian ke-13 daripada al-fawa'id al-muntakhah himpunan imam abu hafs umar bin ja'far al-basri ada menyebut hadis ini dengan sanad yang kuat.

Jadi Bukan terus senang senang tuduh palsu. Tentang perawi, saya copy ayat ustaz tersebut: Laith dalam sanad ini bukanlah Laith bin Aiman dalam hadis Al-Baihaqi tetapi ianya adalah Laith bin Sa’ad Al-Misri, seorang ulama’ yang thiqah. Justeru, hadis ini mempunyai sanad sahih. Pun begitu, jika kurang tepat dalam menyebut siapakah laith sebenar dalam riwayat ini, masih sahaja di sisi al baihaqi dan al iraqi, ia hadith dhaif.

Nampak tak? Tak jumpa dalil belum tentu palsu. Cari lagi InsyaAllah jumpa.

Hadis lain. Sahabat seperti bintang di langit, ada kata palsu, bila rujuk ustaz pakar hadis, katanya Mulla Ali Qari, As Sayuti, dan Al Munawi mengatakan Hadis Daif, dengan hujjah panjang lebar tak perlu saya copy paste.

Ada hadis tentang Nabi sebagai kota ilmu dan Ali sebagai pintunya, ada yang kata palsu jugak, sedangkan ada ulamak hadis kata ianya hadis hasan berdasarkan pandangan terkuat termasuk Ibnu Hajar al-Asqalani.

Hadis menghidupkan malam Aidulfitri dan Aiduladha juga di tuduh palsu, sedangkan daif dan boleh guna untuk Fadail Amal.

Hadis yasin jantung Al Quran pun dikatakan palsu, tapi bila dirujuk ulamak hadis, ada yang kata daif, dan ada yang kata hadis Hasan!

Hadis perbezaan pendapat adalah rahmat juga di tuduh palsu, tapi ada ulamak hadis guna kerana maksudnya disokong pula dengan hadis soheh lain yang hampir makna, juga memetik ulasan Umar Ibnu Aziz yang mengatakan dengan perbezaan pendapat datanglah Ruksah.

Next, Hadis Syurga bawah tapak kaki ibu, juga di tuduh palsu sedangkan Syeikh Ismail Muhammad Al Ajluni menilai sebagai daif, dan bila rujuk hadis lain yang hampir sama makna menjadi pulak hadis hasan oleh Imam As Suyuti dalam kitab Al Jami As Saghir.

Bila saya guna riwayat Israliyat, ada yang kata palsu, Adohai, Ulamak benarkan guna kisah Israiliyyat asalkan cerita tu tak bertentangan dengan Akidah, ada adab dia bila nak guna.

Banyaklah nak cerita bang, tak jumpa dalil jangan terus cop hadis palsu atau Bidaah, sabar, jangan gopoh gapah, saya akui bukan ustaz dan banyak tulisan saya dipetik dari Buznama (berita dari ustaz yang saya tak ingat namanya) tapi InsyaAllah apa yang kerap saya dengar, dan perkara tu tak bertentangan dengan Akidah dan Islam, saya tulis, tapi saya manusia dan akan buat silap, maka boleh tegur.

Jika betul Hadis palsu, ulamak sepakat, maka saya akan delete dan edit, sama sama kita belajar. Tapi jika ulamak berbeza pendapat status hadis, jangalah bergaduh, ada "rahmat" InsyaAllah.

Jadi mohon kepada guru hadis agar tulis satu buku yang jelaskan perbezaan pendapat ulamak muktabar tentang hadis daif. Semoga buku itu dapat memberikan jawapan terhadap hadis palsu yang disimpulkan dari satu pihak sahaja, sedangkan dalam konteks ilmu hadis, ia masih dalam ruang perselisihan para ulamanya, dan ceritakan jugak bab Hadis daif masih boleh guna untuk Fadhail Amal tanpa gunakan sebagai fatwa.

Okey, selamat hari guru.

Saya pun masih belajar, jika salah tegur elok elok, InsyaALlah saya belajar berlapang dada. woha!

********

Update: Dah ada rupanya buku seumpama itu berjudul: Menjawab Pertuduhan Buku "40 Hadis Palsu Popular" juga buku berjudul: Menjawab Pertuduhan Buku "Hadis Palsu & Daif Popular Dalam Masyarakat Melayu" karangan Nur Hidayat Muhammad.

InsyaAllah akan saya baca sebagai rujukan, Alhamdulillah, terima kasih ustaz sudi tulis buku yang berkenaan.

Israeel koyak?

 Nitezen Malaysia sedang serang Israel. Hairan Israel dari mana Malaysia dapat kekuatan untuk melawan mereka?

 Mereka tidak tahu, di Malaysia sekarang ini, jumlah orang solat Subuh dan Solat Jumaat adalah sama banyak.

Gentarlah kamu wahai Israel!

 Woha!


Ps: Dr Raghib As-Sirjani dalam bukunya Misteri Solat Subuh menulis mengenai seorang penguasa Yahudi berkata, "Kami takut kalau bilangan umat Islam melaksanakan solat Subuh berjemaah menyamai atau melebihi umat Islam melaksanakan solat Jumaat."


May 14, 2021

Kenapa Tiada yang bantu Palestin?

Anak Tanya: Ayah Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?

Begini kisahnya..

Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:

“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?

Maka wahai anakku, rujuk Kisah Sumayyah, adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.

Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan, Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.

Secara hakikatnya, Negara merdeka bukan kejayaan, Negara perang juga bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang, itulah kejayaan.

JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!

Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!

Sebab tu ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!

Jadi kita doakan, orang Palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..

Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapi ujian, sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi adakah kita mati beriman atau tidak? Itu yang besar!

Ingat tak kisah seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…

Kenapa?

Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.

Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”

Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.

Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?

Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!

Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati diserang musuh tapi sempat mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Nimat dapat beriman pada Allah! Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.

Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.

Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.

Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.

Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.

 “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Bab perang pulak…

Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.

Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.

Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga guna kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.

Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.

Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.

Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.

Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!

May 10, 2021

Pokok Untuk Nabi?

“Abang, jom tolong saya pindahkan pokok bunga dari dalam plastik ke dalam pasu”

Alkishanya, Melihat bini tanam pokok bunga, terus saya teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda yang mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada cerita tentang akhirat.

Sebagai contoh, hadis riwayat Ibnu Majah, Daripada Abu Hurairah r.a. beliau menceritakan bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam, lalu Baginda bertanya kepadanya:

"Wahai Abu Hurairah! Apakah yang kamu sedang tanam?"

“menanam tanaman untukmu Ya Rasullulah”,

"Wahai sahabatku Abu Hurairah, mahukah saya tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?"

"Bah kan ya Rasulullah"

"Bacalah, Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar, akan ditumbuhkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga.”

Baik, itu baru satu contoh sembang bab dunia, tukar kepada akhirat, ada kisah sahabat bercerita betapa untung beliau berniaga hari itu, lalu Nabi ubah topik tentang untung lagi orang yang solat sunnat selepas solat fardu. Conton lain: anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, bercerita kisah sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi ubah topik kepada kelebihan tasbih sebelum tidur akan mendapat kekuatan hamba, ada sahabat lain bercerita tentang unta betina bunting yang mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran, dan lain-lain.., anda boleh rujuk sendiri dalam kitab kisah sahabat.

Baik, sambung kisah tolong bini tanam pokok bunga, alkisahnya, apabila mahu tanam pokok bunga yang duduk dalam plastik sebelum dipindahkan ke dalam pasu, langkah pertama, kita kena sediakan bahan tanah campuran yang sesuai antara baja organik dan pasir. Bini saya cakap, nisbah tanah yang baik ialah 3:2:1 iaitu campuran nisbah tiga, bagi tanah, dua bagi bahan organik, dan satu lagi untuk pasir.

Eh? Kenapa saya ralit bercerita tentang perkara dunia pula ni?, dan eh? Sejak bila halaman keretamayat bertukar menjadi halaman pertanian? Bukankah halaman keretamayat adalah halaman kubur!

Fokus! Saya sepatutnya ikut sunnah Nabi, tolong bini buat kerja, sambil bercerita tentang agama, lalu saya ambil satu ranting yang sudah terpotong, lalu mengoyanggkan ranting itu sehingga daunnya gugur lalu berkata:

“wahai biniku,! mengapa kamu tidak bertanya,kenapa abang buat begini?"

Bini senyum sambil terus buat kerja, lalu saya menyambung..

“Beginilah Rasulullah lakukan dihadapan sahabatnya yang bernama Salman, semasa Salman r.a bersamanya dibawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon lalu mengoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya baginda bersabda,"Bahawasanya apabila seseorang Islam mengambil wudhuk dengan sempurna,kemudian ia melaksanakan solat lima kali pada setiap hari, maka dosa-dosanya akan gugur seperti mana daun-daun ini gugur."

Bini saya menambahkan senyuman, tangan sibuk membasuh pasu lama, lalu mendepakan tangan kiri dan mengoyangkan jari sebagai isyarat agar saya hulurkan sisa sisa pasu pecah untuk dijadikan lantai pasu lama. Saya terus menyambung cerita..

“Sayang tahu tak? AKAR POKOK YANG TUNJANG merupakan asas kepada kekuatan pokok, tanpa akar pokok tunjang, maka pokok akan tumbang..,"

Bini saya angguk angguk, bermakna dia sudah tahu..

“Begitulah ibaratnya IMAN dengan akar pokok tadi, iman merupakan asas pada ugama, tanpa iman, maka robohlah keislaman kita..”

Bini saya angkut pasu yang sudah di isi serpihan batu lalu bawa ke hujung pagar, saya mengikut dari belakang sambil mendukung beberapa bungkusan anak pokok, dan saya sambung bercerita.

“AKAR YANG BERCABANG pada akar tunjang pula adalah SUNNAH NABI, bukankah iman ada 77 cabang?”

Saya sambung lagi:

“Hadith riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh tujuh cabang dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” Jadi..., cabang akar pokok itu tadi umpama sunnah Nabi yang bercabang cabang itulah! Yang mana pokok yang kuat memiliki akar tunjang yang kuat dan banyak cabangnya, jadi individu islam yang kuat adalah teguh IMANnya dan banyak pula SUNNAH dalam diri”

Bini saya angguk, dan ambil pisau lalu hiris bahagian bawah plastic perlahan lahan sedang saya memegang bahagian atas plastik.., mulut saya masih lagi berkata-kata:

“BATANG POKOK pula merupakan tiang ugama, dan ini mewakili SOLAT dalam islam, tanpa solat, maka segala amalan lain jadi sia-sia, begitu jugak pokok tanpa batangnya, maka tiadalah dahan, ranting, daun dan buah.., Jadi, di sini.., DAHAN pokok pula mewakili ILMU dalam islam yang mana banyak ilmu, maka banyaklan dahan..”

Akar pokok bungapun terdedah, bini saya dekatkan pasu lalu saya letakkan anak pokok itu ke dalam pasu yang mana bini saya sudah siap-siap mencampurkan isi pasu itu bersama baja dan pasir..

Saya menyambung lagi:

“Tapi jika ilmu itu tidak ada hubungan dengan Allah, maka jadilah pokok itu banyak dahan tapi tidak berdaun, jadi macam pokok kering di padang pasir, tidak boleh dijadikan sebagai tempat bereduh, kerana DAUN pada pokok adalah mewakili kepada ZIKIR, yang mana lebat daun, maka banyaklah dahan atau anologinya, banyaklah ILMU DAN ZIKIR”

Bini saya menyiram sedikit air untuk menkedapkan tanah, apabila tanah itu semakin turun, saya campur pula dengan bahan tanah yang telah di gaul bersama baja organik serta pasir. Lidah saya terus bergerak-gerak...

“BUAH pada hujung dahan pula adalah sifat IKRAM MUSLIMIN yang ada pada diri orang islam yang menunaikan hak tanpa dirinya sendiri menuntut hak, seperti pokok yang memberi buah kepada orang yang berteduh.., langsung tidak menuntut hak.., manakala MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang mana jika ikhlas, tentulah orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tidak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam..”

Bini saya terus merumpai tanah bagi mengurangkan persaingan baja, air dan cahaya matahari. Saya pula melakukan kerja kerja penggemburan untuk melonggarkan tanah yang padat dan keras bagi menggalakkan pengudaraan tanah supaya pokok dapat tumbuh dengan subur. Sesekali saya membelek hujung daun kerana takut ada serangan serangga perosak yang dikenali sebagai kutu daun (aphids) dan koya (mealybug). Saya menyambung lagi analogi..

“ Akhir sekali, BIJI dalam buah tadi itulah DAKWAH, kerana.., jika biji itu diletakkan pada tempat yang betul, disiram dan di bajai, maka akan muncul lagi pokok baru bersama ribuan biji yang lain, begitulah perumpaan ummat islam yang berdakwah kerana mereka ibarat biji pokok yang subur yang di campakkan kemana sahaja, akan tumbuhlah cahaya islam serta keimanan ibarat pokok yang akarnya teguh, batangnya tegap, dahannya kuat, daunnya rimbung, buahnya lebat, dan manis pula rasanya serta subur pula benihnya, SubhanAllah..”

Wah, bini saya nampaknya kagum dengan penerangan saya tentang 6 perkara pada pokok dan kaitannya dengan sifat sahabat lalu berkata:

“Saya ingat, lepas raya nanti, kita beli lagi enam anak pokok dan pasu barulah bang, tak balance kedudukan hiasan pokok ni”

Woha!

Ps: Nak tahu sambungan Kisah ini? Semuanya ada dalam Ebook KISAH LAKI BINI DAN PUASA, saya nak bagi FREE Ebook ini kepada pembeli EBook MUDAHNYA HAFAZ YASIN dari Link ini. http://bit.ly/HafalYasin

Selamat belajar Mudahnya Hafaz Yasin, selamat membaca Kisah Laki Bini dan Puasa yang penuh tazkirah, dan selamat Ghibtah dari jauh! Woha!

http://bit.ly/HafalYasin

 

May 8, 2021

JIran anda ahli Syurga?

Sempena malam ni 27 Ramadan, abang mayat nak Tanya, ada tak Jiran korang pergi surau atau masjid untuk solat berjemaah hari hari? Belah kiri ke? Belah kanan ke? Depan ke? Belakang ke? Ada tak?

Jika ada untunglah, sebab korang dah dapat berjiran dengan ahli syurga.

Sebagai ahli syurga, mereka telah di beri dengan lima nikmat yang besar!

Cuba check, mereka pasti ada lima nikmat yang besr ini.

Pertama, mereka ada masa lapang.

Memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah lima waktu, alhamdulillah.

Habis bab masa lapang..

Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.

Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli masjid tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.

Korang pulak yang kaya raya, kereta besar lagi baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!

Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-

Nikmat kesihatan.

Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit-sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.

Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH.

Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang Jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang, alhamdulillah.

Abang mayat banyak jugak jumpa ada Orang takde sifat kasing sayang, dari jenis yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, tuduh orang riak, padagal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu syiar islam. Hampeh!

Syiar islam ni adalah ibadat yang sunnahnya kena buat secara terang terangan, bab Solat berjemaah, ada Nabi suruh solat dirumah sebab takut riyak? Nabi suruh solat berjemaah dimasjid agar semua orang kafir nampak, dan agar semua orang munafik Nampak! Bahawa orang Islam sedang memakmurkan Masjid kerana Allah.

Sebelum solat, Nabi suruh azan kuat-kuat! Siap Nabi sewa bangunan yahudi yang tinggi dan Bilal azan dari atas bangunan agar semua orang dengar, zaman sekarang siap pakai Speaker, alat pembesar suara, orang jahil anggap azan kuat ni riyak, tapi orang berilmu faham, azam kuat ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita!

Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Lepas tu nak pergi solat berjemaah, Nabi suruh pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar orang nampak, ambil wudhu dari rumah lagi biar nampak kesan wudhu, dan galakkan berjalan kaki ke masjid, dan Nabi galakkan pergi masjid dan balik masjid ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.

Orang jahil anggap pergi solat berjemaah ni riyak, tapi orang berilmu faham, pergi solat berjemaah ini adalah Syiar Islam-iaitu ibadat yang dibuat dengan rasa bersyukur dan bangga kerana Allah pilih kita! Dan mudah mudahan orang lain juga dipilih oleh Allah bila Nampak kita yang terpilih!

Rujuk rukun Islam ke tiga, Nabi suruh kita berpuasa secara terang terangan, malahan ada hadis, bila Puasa, kita kena bagitahu depan orang buat maksiat supaya berhenti buat maksiat kerana saya sedang berpuasa!.

Rukun Islam ke empat? Zakat bayar depan kaunter di masjid. Bukan sorok sorok bayar dalam tabung derma, biar Amil Zakat tahu siapa yang dan bayar dan siapa yang belum. Amil Zakat ni wujud zaman Nabi lagi tau tak?

Bila nak Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Jika kahwin empat secara senyap senyap takut orang cakap kita riyak sebab ada empat bini, padahal dah jadi fitnah bila keluar masuk rumah isteri kita, orang ingat sugar daddy, adohai..

Jika pergi majlis dakwah, bab menzahirkan azam dan niat ni mereka mintak korang berdiri dan tulis nama, biar malaikat dan orang soleh menjadi saksi niat baik korang, dan teringat nama korang dalam doa mereka yang mana jika ditakdirkan korang mati malam tu insyaAllah korang akan dikira sudah amal sebab mati dalam keadaan menzahirkan azam.

Namun ada ada benda yang tak elok untuk dikongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, khidmat, sedekah, kekayaan, kepuasan seks, kemawahan hidup, dan lain lain yang boleh mengundang riak.

Al faham ke idop?

Jadi balik kepada lima Nikmat tadi.

Semua abang mayat dah cover iaitu:

1. Masa lapang- digunakan ke masjid

2. Harta- Tak mengalang ke Masjid malah ada yang pandu kereta mewah ke Masjid.

3. Kesihatan-Mampu ke Masjid itu tanda sihat jasmani dan rohani

4. Kasih sayang- takde gaduh dengan orang, bertemu dan berpisah kerana Allah, berkasih sayang kerana Allah

5. Nikmat Syiarkan Islam- Dalam hadis akhir zaman, nabi cakap Masjid tak ramai datang, Alhamdulillah Allah pilih jiran korang dapat memakmurkan masjid.

Lepas tu Nabi pesan kepada jiran jiran yang,ternampak orang surau pergi balik ke masjid dengan pesanan ini:

“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang benar beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”

Nampak tak pesanan  Nabi kepada korang? Iaitu korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?

Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..

Baik, Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.

Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!

Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?

Woha!

Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah. Jadi kepada wanita. Sila Galakkan suami dan anak lelaki anda menjadi Ahli Syurga! Jom kejar Lallatu Qadar sampai Lailatul Jaezah!

Promosi:

Sempena ramadan dah nak pergi, Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, Klik sini:

http://bit.ly/HafalYasin

Okey, Saya nak buat kebajikan sikit, siapa yang beli dari Link ini, http://bit.ly/HafalYasin

Akan mendapat Ebook FREE secara PERCUMA KISAH LAKI BINI DAN PUASA karangan Hamka Keretamayat. (sah sehingga 1 Syawal sahaja)

Semoga Woha sampai Syurga!

May 7, 2021

Tiga Golongan akhir Ramadan?

Hari tu ada Mualaf cerita, dia masuk islam di sebuah masjid, malam tu di Masjid penuh orang, Jemaah melimpah sampai ke luar, semua takbir dan ucap tahniah pada dia.

Malam esok dia solat ke masjid itu lagi, masih penuh. Alhamdulillah.

Tapi dia hairan? Makin lama dia dalam islam, makin kurang Jemaah Masjid.

Dan sudah dekat sebulan dia masuk Islam, dia sedih sangat, sebab Saf tinggal depan sahaja, mana semua orang Islam pergi?

Rupa rupanya dia masuk Islam satu Ramadan! Woha!

“Bro, tahun depan panjang umur, bila tiba satu Ramadan, kamu datang lagi, Masjid akan kembali penuh! Bergembiralah!”

Balik kepada Ramadan Zaman Nabi dulu, adalah berbeza, akhir Ramadna masjid makin penuh siap Nabi buat khemah dalam Masjid untuk beriktikaf.

Nabi pesan, akhir Ramadan, kuatkan lagi beribadat, bangun malam, tahajud, Qiamulai!

Walau Nabi Muhamad SAW tak pernah jadi jurulatih sukan lumba lari merentas desa, tapi pesanan Nabi sangat releven kepada semua pelumba larian merentas desa.

Ingatkan masa sekolah dulu, masuk acara merentas desa jarak jauh?

Ada tiga jenis manusia yang masuk lumba tu, korang yang mana?

1.       Jenis pecut awal larian lepas tu makin perlahan dan pancit dan kalah. Berjalan sambal borak, Pengsang pun ada.

2.       Jenis kekal larian sama dari awal hingga akhir, tiba juga di garisan akhir tapi bukan sebagai pemenang.

3.       Jenis kekal larian juga tapi bila dah dekat nak garisan penamat, akan pecut tak ingat dunia, yang ni akan memang dan top ten!

Tahniah, jika menang top ten acara larian merentas desa!

Maka teknik yang sama kita nak guna dalam bulan puasa,, korang yang mana?

1.       Jenis 1 ramadan paling awal, solat Jemaah lima waktu, terawih sampai witir, tapi masuk 10 Ramadan, Jemaah tak cukup lima, tarawih pun dan skip, masuk akhir Ramadan, solat kat rumah, atau lepak depan TV tak peduli Lailatul Qadar. Ada yang Solat pun tinggal terus, Nauzubillah!

2.       Jenis kekal istiqamah 5 waktu berjemaah, tarawih sampai witir dengan Imam, tahniah!

3.       Sama macam No 2, Jenis kekal istiqamah 5 waktu berjemaah, tarawih sampai witir dengan Imam, tapi masuk 10 akhir Ramadan,dia tambah solat malam, dia tambah iktikaf, dia tambah baca Al quran, dia tambah sedekah, dia tambah tahajud, tambah semualah, terbaik!

Maka inilah tiga golongan yang Al quran sebut bila tiup sangkakala maka Umat terbahagi kepada tiga, Golongan kiri, Golongan Kanan, dan Golongan Yang Mendahului.

Maka pesan saya, cukup cukuplah acara meretas Daerah dulu jadi golongan Kiri,

Sekarang acara merentas Ramadan tinggal lima hari, Jom jadi Golongan Yang Mendahului.., Asabiqun!

Woha!

Ps: Sempena ramadan dah nak pergi, Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, Klik sini:

http://bit.ly/HafalYasin

Okey, Saya nak buat kebajikan sikit, siapa yang beli dari Link ini, http://bit.ly/HafalYasin

Akan mendapat Ebook FREE secara PERCUMA KISAH LAKI BINI DAN PUASA karangan Hamka Keretamayat.

Tahniah!

Semoga Woha sampai Syurga!

May 4, 2021

Baca yasin ayat 9?

Ada orang tak bagi baca ayat sembilan surah yasin untuk elak dari musuh kerana Nabi tak buatpun waktu perang.

Adohai... Bantuan Allah ni banyak cara. Ada waktu musuh cari Nabi tapi tak nampak. Ada waktu seribu malaikat datang bantu . Ada waktu bulan terbelah! Macam macam cara.

Kita baca dengan mintak pada Allah, jika dapat bantuan? Alhamdulillah!

Tak dapat pun alhamdulillah sebab baca ayat al quran satu huruf satu pahala, ayat sembilan yasin tu berapa huruf?

Ingat dulu orang tua ajar adab perjalanan.

Masa bertolak baca doa naik kenderaan.

Lepas tu baca tiga kali ayat kursi.

Lepas tu baca lima surah dari Kulya hingga Annas tanpa Tabbat.

Jalan rata baca Alhamdulillah

Jalan mendaki baca Allahuakbar.

Jalan menurun baca Subhallah.

Nampak berhala baca La Makbud Iallah!

Nampak geraja baca al kafirun.

Nampak masjid berselawat.

Nampak harta mewah baca La Aisya illa akhirah

Nampak wanita baca doa tunduk pandangan.

Nampak jambatan baca doa lindung azab titian sirat

Nampak tempat cantik baca subhaNallah!

Nampak tempat bencana baca istigfar.

Nampak manusia senyum dan bagi salam.

Nampak kubur bagi salam dan sedekah al altihah.

Nampak musuh baca ayat 9 surah yasin.

Dan banyak lagi!

Korang tak nak amal?, tak nak baca? Anggap bidaah dolalah korang punya pasal. Saya nak baca kerana Allah.. jika bidaah? Bidaah hasanah. Abang okey jer amal bidaah hasanah berbanding buat hal dunia tak berfaedah..

Pendek cerita bab baca ayat sembilan yasin ni ada hari menjadi dan ada hari tak menjadi. Tapi Alhamdulillah kerana dapat jugak pahala baca ayat Al Quran.

Kisahnya sebelum PKP hari tu waktu nak ke masjid Sri Petaling ada roadblock.

Okey, abang baca yasin ayat sembilan macam biasa, jalan lancar, polis terbuka hati nak skip kita. Tak ada salah apapun. Nak cepat jer.

Tapi polis bukan tak nampak? Sebaliknya terus tanya:

"Abang Hamka keretamayat kan?"

"Macam mana kenal?"

"Saya follow FB dan Youtube abang, teruskan berkarya"

"Alhamdulillah"

"Saya ada beli buku abang tapi takde tanda tangan"

"Lain kali beli online direct dengan abang"

"Baik abang mayat"

"Terima kasih abang polis"

"Sama sama abang mayat"

Tengok?! kami okey jer.. baca ayat yasin dan tak 'halimunan' pun takpe.. sebab baca kerana Allah, lepas tu saya panggil polis abang polis, dan polis panggil saya abang mayat, kita orang okey sama sama pinggil abang.

Woha!

Ps: Bagi abang tak salah minta tolong pada Allah sambil baca Yasin ayat Sembilan, atau lagi bagus baca seluruh Yasin.

Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan! Klik sini:

http://bit.ly/HafalYasin

Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah

http://bit.ly/HafalYasin