Saya ada lima anak yang suka bertanya macam macam soalan.
“Ayah, apa
tanda orang beriman?”
“Tandanya,
bila dengar cerita agama, bertamah keimanan, dengar nama Allah, rasa takut,
bila buat baik, rasa gembira, bila buat jahat, rasa menyesal, itu semua tanda
beriman”
“Ayah, apa
tanda cinta pada Nabi?”
“Kita akan
selawat tiap kali namanya di sebut, kita akan tiru Sunnah baginda, dan bila
lihat orang ikut Sunnah, kiita rasa seronok, dan nak buat sama, rasa Ghibtah!”
“Ayah, apa
tanda solat kita diterima”
“Dalam
Alquran bagitahu, orang solat tidak berkeluh kesah, maka jika korang sabar,
sukur tak merungut, itu tanda solat korang dan cegah korang dari buat dosa dan
maksiat, Alhamdulilah”
“Ayah, apa
tanda orang berilmu?”
“Tandanya,
bila dia ada, masalah orang ramai akan selesai, Salman Parisi pandai perang,
maka ilmunya selesaikan masalah perang Khandak, dulu kawan ayah pandai English,
orang panggil dia Kamus bergerak, tak payah buka kamus jika dia ada, Nabi
Muhammad SAW pula, Al quran bergerak, lagi hebat! Jadi kemana sahaja orang
berilmu pergi,. Dia akan dapat selesaikan masalah orang, menjadi tempat rujuk”
“Macam Ayah
lah!”
“Amin..,
untuk berhadapan dengan lima anak ayah macam korang yang suka Tanya soalan
bertubi tubi, ayah kena ada Ilmu sedikit sebanyak”
“Ayah, apa
tanda orang dapat hakikat zikir?”
“Orang yang
bila kita tengok dia, kita akan teringat Allah”
“Ayah..,
apa tanda orang dapat hakikat Ikram?”
“Hmm, orang
yang bila dia ada semua orang seronok sebab dia ringan tulang, dan bila dia
takde, orang akan rindu sebab dia pandai ambik hati semua orang”
“Ok,
Ayah.., apa tanda orang dapat hakikat Ikhlas?”
“Tandanya
dia istiqamah, dan apa tindakan dia kita rasa aura yang baik”
“Macam mana
tu?”
“Contoh
jika dia ikhlas basuh pinggan, dia akan siapkan sampai singkipun berkilat”
“Ok, last
ayah, apa tanda dapat hakikat dakwah?”
“Orang yang
pergi mana manapun, dia yang akan pengaruhi orang, bukan orang pengaruhi dia,
jika kawan dia tak solat, dia akan pengaruhi kawannya bersolat, jika rumah tu
tak ada majlis taklim, bila dia datang, rumah itu akan berjaya hidupkan taklim,
pendek kata dia macam penjual minyak wangi, orang akan dapat baunya yang wangi
secara percuma”
“Okey, dah
siap tugasan saya”
“Tugasan
apa pulak?”
“Tadi Bonda
cakap, jika nak main internet, kena jawab soalan Bonda, iaitu apa tanda dapat
Hakikat enam sifat sahabat, tugasan selesai, terima kasih ayah!”
Woha!
No comments:
Post a Comment