Sep 21, 2017

Buku paling Best Seller-Kisah laki Bini?


Alhamdulillah syukur, Buku KISAH LAKI BINI mendapat anugerah Best Seller dari Karang Kraf pada 16hb September 2017.

Jadi untuk itu, aku copy paste komen lima yang best best dari pembaca tentang buku ini.



Abang Ohsem sudah lama dengar pasal penulis Hamka Kereta Mayat tapi belum pernah membaca buku-buku tulisannya. Pemilihan buku 'Kisah Laki Bini' sebagai bahan bacaan mudah bagi Abang Ohsem kerana Abang Ohsem juga sudah berbini. Jadi apa yang disampaikan oleh Hamka memang mudah dihadam.

Penceritaan dalam buku ini dipersembahkan dalam bentuk situasi perbualan di antara suami isteri yang diselang seli dengan gaya penceritaan berkaitan keagamaan dan politik yang
'ringan'. Antara dialog yang Abang Ohsem suka:

Lady Driver

Sedang asyik bini memandu laju, ada sebuah lagi kereta yang memandu perlahan macam pemandu perempuan. Bila dah potong, tengok-tengok rupanya lelaki. Terus bini cakap, "Kenapalah lelaki ni bawa kereta macam orang perempuan!"

Pesanan: Perempuan sama perempuan pun saling kutuk, adohai...

Itu baru satu. Kalau baca lagi dialog-dialog lain korang pasti akan tersenyum sendirian. Sebelum ABang Ohsem tutup short review ini, Abang Ohsem nak quote kata-kata Hamka yang Abang Ohsem suka dalam buku ini:

Kerisauan sebenar bukan untuk dunia. Bantulah pasangan anda selamat dari azab api neraka. Semoga Woha sampai syurga. Woha!

Ulasan 2:  Oleh @lina.kama

Jadi kiranya, aku dah ketagih tulisan makhluk ni. Maka aku cuba lagi satu buku. Mula2 aku hampir frust tonggeng. Hampir 1/3 ms yg awal menjunamkan jangkaan aku. Tulisan yg terlalu santai termerapu dan termeleret ke lembah x tau tujuan. Tp, pada pertengahannya, klimaksnya hingga hujungnya terpadat debat2 agama dan hubungan kita dan Tuhan. Mula2 aku tercari2 mana kisah besar laki bininya?? Ya, ianya dihujung.. Ketika kisah peperangan Muawiayah dan Ali, di situlah aku jumpa bagaimana penulis menterjemahkkan hubungan kisah laki bini. Dan yg bonusnya, ini bukan kisah laki bini sebenarnya . ha!!! Teruja kan nak baca kan?
Great job! @hamka_keretamayat



Ulasan 3: Nik Surina Ramli

"Kisah perjalanan 3 hari dari Terengganu ke KL utk menghadiri majlis perkahwinan adik bongsunya. Mcm2 peristiwa berlaku. Tayar pecah, langgar beruk, baiki kereta, kemalangan sbb sondol kereta org, kena kejar polis, kena pijak waktu demonstrasi, masuk wad, sesat sampai Putrajaya....haha mcm2 lah.

Paling sweet sepanjang perjalanan suami isteri dan 4 org anak main teka teki dan bercerita mcm2, Ultraman, Naruto, Dragon Ball. Kisah2 Nabi pun ada juga.

383 mukasurat. Baca setgh hari pun blh hbs sbb x bosan."



Ulasan 4: Email: Hamka. Minta blur kan nama saya.


Terima kasih atas tulisan kamu di dalam buku Kisah Laki Bini ini. Rumahtangga saya hampir musnah angkara orang ketiga dan keterujaan saya mengenali orang baru. Saya lupa diri,berbulan saya abaikan suami saya. Walhal dulu saya yang paling tercinta dan paling amat sayangkannya. 8 tahun kami bersama bercinta sehingga ke jinjang pelamin.

Semasa saya dalam dunia lupa diri, suami menghadiahkan saya buku Kisah Laki Bini ini. Ayat-ayat kamu telah buat saya tersentak, tersedar. Lupa saya pada kemesraan kami selama berumahtangga,lupa saya pada gurau tawa jerit pekik di dalam rumah dan kereta dan lupa juga saya pada keluarga, saudara mara,sahabat yang sentiasa mendoakan kemesraan, keromantikan kami berpanjangan. Kami pasangan yang sempoi,mereka kata.

Tapi saya rosakkan segalanya. Betapa sabarnya suami saya menunggu hari terakhir saya bersama orang baru untuk kembali kepadanya. Kami hampir ke pejabat agama untuk mengakhiri segalanya.

Puas saya berfikir masak-masak sedalamnya mengapa mahu mencari jalan malang sedangkan bahagia itu sudah di depan mata. Saya lupa diri dengan keseronokan dan kebebasan. Saya akhirnya kembali ke pangkuan suami dan kami baru balik dari honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan kami yg ketiga dan percintaan kami yg kelima. Ya,masih baru lagi di dalam alam rumahtangga.

Mesranya di dalam kereta dan rumah kembali hangat sama seperti Hamka dan Pn Isteri. Gelak tawa mengilai menjerit kembali bergema. Lawak-lawak bodoh yang saya teramat benci semasa lupa diri, kembali saya dambakan. Mahu dengar acap kali.

Saya bertaubat. Saya hanya mahukan suami saya yg seorang itu. Tiada dua. Tiada ganti. Moga dengan izin Allah,kami dapat bersama hingga akhir hayat.

Terima kasih Hamka, sedikit sebanyak telah menyedarkan saya dengan tulisan kamu. Moga Allah sentiasa merahmati kamu sekeluarga.

Ps: Ya Allah terima kasih atas peluang kedua yang diberikan. Saya tak tau mampu ke saya sesabar dia jika saya di tempatnya. Terima kasih Hamka.


Ulasan 5: IG Oyin Cronaldo



Its been a very, very long time since i last read a BM book, especially a non-fiction one! still 3/4 way to go and i have to stop because its just wrong to continue my enjoyment without giving a shout out to Firdaus Hussamuddin for gifting me this (thank you hun)! Funny like crazy, full of thoughtful religious reminders and hadith interspersed with mentions of his favourite My Chemical Romance, Avril Lavigne lyrics, and Kingdom of Heaven reviews. The best fictional non fiction (as how the author loosely describes it) ive read in a long time.

*****

Okey banyak lagi komen jika nak copy paste boleh google atau hasgtag di internet, terima kasih kepada semua pembeli dan pembaca, semoga tulisan saya memberi manfaat di dunia dan di akhirat.

Sila kagum dari jauh!

Woha!

Sep 15, 2017

Mayat bercakap ketika mandi?

(baca ini sebelum mandikan mayat ayah)

Terima kasih duhai anakku, jika korang semua memang sudah berniat dari awal nak mandikan mayat ayah.‘Sejuk’ perut mayat ayah bila dapat tahu korang ada berniat begitu.

Korang tahu tak? waktu korang kecik, Bila bonda sibuk, sorang-sorang ayah mandikan korang semua, sorang sorang ayah tolong basuhkan berak, sorang sorang ayah tolong pakaikan baju seluar, tapi sekarang ayah dah jadi sekujur mayat dipembaringan, terima kasih banyak banyak sebab beramai ramai mandikan ayah dan bersihkan najis dipunggung mayat ayah, eh kita mandi bersama-sama tapi hanya ayah yang basah seorang. Macam pepatah mandi bersama basah seorang pulak, hu hu.
Terima kasih juga kerana kafankan mayat ayah beramai ramai.

Apa-apapun, tahniah sebab faham memang Afdalnya, anak anak yang mandikan dan kafankan mayat ayah, agar aib ayah, hanya anak-anak yang tahu.

Pesan ayah, sewaktu wudhukan mayat ayah, dan oleh sebab rukun wadhu ada (4) empat anggota sahaja yang wajib di cuci, maka tolong fokus pada empat anggota itu akan pesanan ayah ini.
Mula mula:

(1)          Waktu basuh muka ayah, doa dan niatkan dalam hati supaya wajah ayah bercahaya di padang mahsyar nanti supaya Nabi Muhammad SAW kenal ayah dan mengaku ayah sebagai ummat-nya.

(2)          Waktu basuh tangan kanan ayah pula, tolong doa dan niat dalam hati supaya tangan kanan ayah bercahaya lalu layak melalui tangan kanan, Allah memberi kitab catatan kebaikkan sebagai pentanda awal ahli syurga. Selepas itu, sewaktu basuh tangan kiri ayah, doa dan niat dalam hati agar tangan kiri ayah turut bercahaya sehingga tidak layak mengambil buku cacatan keburukan dari tangan kiri.

(3)          Kemudian, waktu menyapu kepala ayah, doa dan niatkan dalam hati agar ayah layak mendapat lindungan di bawah Arash yang mana tiada lindungan lain yang dapat meredakan kepanasan padang Mahsyar melainkan lindungan Allah.

(4)          Akhir sekali, waktu basuh kaki ayah, doa dan niatkan supaya ayah dapat melintas titian sirat sepantas kilat.

Dan korangpun, sebelum korang solat lagi, sewaktu nak ambil wudhu, kalau boleh dah khusyuk waktu ambik air sembahyang dengan doa yang korang buat pada mayat ayah.

InsyaAllah, orang yang khusyuk waktu ambik air sembahyang, akan khusyuk  lah ia waktu sembahyang

Dah khusyuk sembahyang itu, maka InsyaAllah, kubur ayah akan bercahaya berkat doa dan amalan anak yang soleh.


Amin.


Sep 7, 2017

Zombie berasal dari pahlawan Islam?

(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)

(babak dari episod pertama walking dead)
Copy paste FB sharing

Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.

Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh. Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa.

Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang meratah daging manusia.

Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie berasal dari pahlawan Islam?

Jawapan aku:

Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.

Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah, jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..

Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,

Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud "roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,

Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968, filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik puntianak:"I am Legend".

Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie, tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat untuk burukkan islam itu?

Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A. Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.

I rest my case.


Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid people running around and observing how they fail to handle the situation”- George A. Romero

Sep 6, 2017

Apa beza Raya Haji dan Puasa?

(3 perbezaan besar Raya Haji dan Puasa, baca dan berterima kasihlah jika baru tahu)

Jangan kecam orang yang tulis status bodoh kerana beliau sedang menambah kejahilan orang yang malu bertanya.

Raya puasa yang lepas di dinding Facebook ada orang tulis status bodoh tapi tak sempat aku nak print screen beliau dah delete lepas kena tegur.

Seingat aku statusnya bertulis begini:

"Aku pelik betul kenapa hari puasa takbir sehari sahaja. Sedangkan raya haji seingat aku takbir berhari hari. Sibuk sangat ziarah sampai lupa takbir raya ke?"

Aku pun jawab:

"Bagi yang tak tahu, Memang takbir raya puasa sunnat sampai solat raya dan takbir raya haji sunat sampai raya ke empat. Now you know"

Tak nak mengaku salah beliau jawab komen:

"Apa salahnya takbir raya puasa berhari hari tak haram pun?"

Lepas tu ramai yang komen membodohkan dia dan akhirnya beliau delete.

Ok. Itu yang pertama, hal kedua rujuk gambar di bawah yang sempat aku print skrin.


So, Bagi yang tak tahu

Hari raya puasa sunat makan sebelum solat. Hari raya haji sunat makan selepas solat. Now you know.
Antara alasannya raya puasa dan sebulan tak sarapan pagi, maka pagi syawal sambutlah dengan sarapan sebelum raya, jadi solat kena lewat sikit, juga untuk bagi peluang orang bayat zakat fitrah sebab lepas solat dah tak boleh bayar, berkenaan raya haji pulak, solat dicepatkan agar kalau boleh makan daging korban terus lepas solat nanti, dan amalan ini ada dalam hadis Nabi.

Okey, itu dua perkara, Dan yang ke tiga.

Selalu Raya puasa orang bujang rimas di tanya penduduk kampung:

“bila nak kahwin?”

Tapi bila balik Raya haji jangan bimbang, orang dah tak tanya soalan begitu, sebaliknya orang akan tanya:

“ada buat korban tak?”

“berapa bahagian?”

“raya berapa buat korban?”

“buat korban kat mana?”

Begitulah lebih kurang soalan di musim raya haji, tapi paling epik:

“Bila nak buat korban lembu untuk kenduri kahwin?”


Woha!