Sep 7, 2017

Zombie berasal dari pahlawan Islam?

(Tanya sama abang keretamayat-Zombie ni nak burukkan islam kah?)

(babak dari episod pertama walking dead)
Copy paste FB sharing

Ada orang tanya aku, betul ke perkatan Zombie atau “mayat hidup” tu berasal dari pahlawan Islam Brazil yang bernama Zumbi, beliau tanya sebab ada baca sharing di facebook kisah seorang pahlawan Islam pada abad ke-16. Iaitu bila Portugis membawa masuk hamba Afrika yang majoritinya beragama Islam ke Brazil untuk bekerja di ladang tebu sekaligus menyebarkan Islam di sana, lalu tentera Salib pun cuba menghapuskan orang Islam tapi gagal kerana ada seorang pahlawan Islam bernama Zunbie.

Menyedari akan bahaya perkembangan Islam ini maka pihak Portugis melancarkan peperangan terhadap Panglima Zombie dan berjaya dibunuh. Kemudian Karakter Zombie pula dibunuh berulang-ulang sehingga sekarang. Nama pahlawan ini diburukkan dengan imej mayat hidup yang memakan daging manusia. Dari novel, lagu sampailah ke filem, karakter asal Zombie telah diburukkan sedemikian rupa.

Sekarang ini apabila menyebut nama Zombie, orang dah tak terbayang tentang pahlawan Islam tapi terbayang tentang mayat hidup yang meratah daging manusia.

Betul ke semua ni abang kereta mayat? Betul ke Zombie berasal dari pahlawan Islam?

Jawapan aku:

Bagus kepada yang bertanya, aku cuba jawab sesopan mungkin sebab aku dah tua, jika aku masih muda macam dulu memang aku maki siap-siap orang tulis konspirasi ni sampai korang lebih sanggup jadi zombie dari dengar bebelan aku.

Sebagai penulis kita kena adil dalam mengakaji sejarah, jangan sebab nama pahlawan tu Zunbie, kita terus isi plot hole untuk wujudkan konspirasi bahawa Zombi dalam filem sekarang ni hasil sentimen kebencian Portugis kepada pahlawan bernama Zunbi, adohai..

Nampak sangat si penulis terdesak menulis gaya motivasi orang yang mencipta teori konspirasi: iaitu bila mereka nak percaya bahawa wujudnya satu “big picture” di dunia ini, lalu bila big picture itu kehilangan bibit-bibit tertentu, maka mereka isikan lubang-lubang itu dengan naratif syok sendiri yang cuba di hubung kait sebagai fakta,

Padahal jika rujuk sejarah, Zombi berasal dari perkataan nZambi yang wujud pada abad ke 8, berasal dari bahasa Kongo yang bermaksud "roh orang mati", yang mana ada sihir di zaman itu konon boleh hidupkan semula orang mati tanpa perasaan hanya bergerak gerak,

Idea itu kemudian dikembangkan oleh George Romero dalam filem Zombie pertama berjudul "Night of the Living Dead" tahun 1968, filem hitam putih, dan idea cerita itu pulak datang dari novel klasik puntianak:"I am Legend".

Sejak filem tu hit, maka berlumba lumba filem zombie dikeluarkan sehingga ada drama bersiri "The Walking Dead" yang nak masuk season 8, dan di anggap sebagai drama terbaik dalam mengambarkan zombie, tapi pengarah filem ini dah tak nak guna perkataan zombie sebab dah bosan dengan perkatan "zombie", sekarang mereka tukar "The Walker", Jadi mana releven lagi tuduhan konon perkatan zombie diguna barat untuk burukkan islam itu?

Akhir kata: nak menulis sejarah jauh lebih susah dari menulis teori konspirasi, menulis sejarah perlukan kajian, tanggung jawab, dan amanah, lagi-lagi sejarah tu melibatkan negara Brazil, kena rujuk buku yang betul, sumber yang betul, rujuk mezium mereka, lepas tu nak dakwa filem Zombie memburukkan Pahlawan Zunbi kena ada bukti, pereka watak zombie tu masih ada, George A. Romero yang di kenali sebagai bapa kezombian Amarica ada email, boleh email tanya, banyak tanggung jawab bila nak dedah fakta atau auta. Bukan semudah abc.

I rest my case.


Ps: “A zombie film is not fun without a bunch of stupid people running around and observing how they fail to handle the situation”- George A. Romero
Post a Comment