Sekali sekala tak kisah, tapi jika tiap tiap malam, terpaksalah kami menolak dengan alasan yang munasabah.
Antara alasan paling menjadi membatalkan hasrat mereka untuk tidur sekali adalah:
“Ayah takut ayah mengigau menjadi zombie dan gigit korang”
Woha!
“Kita kena hati-hati bila anak ada tumpang tidur dengan kita..., kita mungkin sangka si anak dah tidur, padahal mereka buat buat tidur, pernah student saya cakap:
"cikgu.., ayah saya rogol mak saya malam tadi"
Woha!
(pesan keretamayat, Amalkan tip mengigau jadi zombie, he he)
Tanya anak perempuan yang sedang mendukung beruang peluk, Jawab bini aku:
“Bonda takut ayah kamu mengigau jadi zombie dan berjalan keluar”
“oooooo”
Muncung mulut si anak sambil teruskan bermain.
Ps: Sila kagum dari jauh!
“bukak pintu!!”
Dum Dum Dum!
“bukak pintu, kenapa kunci pintu ni ayah?!”
Dum Dum Dum!
Dum Dum Dum!
“Apahal jiran sebelah ni? Anak dah mengamok masih buat tak tahu, ntah apalah mak bapak budak tu buat dalam bilik lama sangat sampai anak dah mengamuk tumbuk pintu macam tu sekali,.., errr agaknya, begitulah fikir jiran sebelah rumah kita ni kan?
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."
Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nur: 58-59)
“Bonda takut ayah kamu mengigau jadi zombie dan berjalan keluar”
“Habis tu... Bonda tak takut ke Ayah bertukar jadi zombie malam-malam masa tido?”
“Bonda pun jadi zombie jugak, zombie dengan zombie tak gaduh,”
Woha!
36 comments:
naper la aku tak terpikir alasan nie!!! hahahaha...
kena pandai pilih masa beb!! tapi kena jaga2 gak...
Assalam
Berape ratus, ribu kali dah dapat sebelum ada anak, anak pertama...anak kedua dan seterusnya he..he..tak puas-puas lagi!(Sambil senyum pada diri sendiri)
Itulah cara nak pujuk hati jika kantoi dengan anak. Woha!
Crying Fella
P/s: Guanergamok kalu ade 2-3 bini dok? he..he..jenuh take cover...dari rumah ker rumah. Well done bro. Nice, brave and an honest topic.
P?s:
point dia senang je.be creative
Dulu kau jugak ckp jgn momokkan anak dengan hantu. Skang ni sebab nak memantat tanak orang ganggu boleh pula momokkan dgn zombie.
Mana satu?
astaghfirullah.. jagalah sikit bahasa tu..
cinta03
Sila kagum dari jauh!
--------------
Crying Fella
P ramlee cakap bab poligami,kena pandai pembohong, kena pandai temberang! Adohai..
Anonymous keliru?
Mana satu?
Tahniah sebab baca entry lama jangan takutkan anak dengan hantu, dalam entry tu aku cerita tak suka layan cerita hantu kecuali zombie sebab zombie bukan hantu, tapi virus macam penyakit anjing gila.
Aku copy paste entry lama:
Walaupun aku tak suka dengar atau tengok cerita hantu, tapi aku suka tengok movie zombie!!! Yes! Mayat hidup makan orang, lepas tu orang yang dimakan jadi pulak mayat hidup…, dan aku lebih suka zombie yang boleh speed..macam ‘Dawn of the Dead’, '28 week later’, …..cuak betul... (zombie kampong pisang aku tak tengok lagi) dan aku suka tengok adegan yang brutal.. mayat lapah orang hingga orang tu jadi mayat yang ngeri.. aku suka tengok darah sana sini.., pecah perut, tarik usus keluar, otak berterabur, dan aku suka tengok manusia hilang akal, menangis, menggelabah..tak tahu nak buat apa bile di kepong zombie…hmmm baru nak mintak tolong kat tuhan..
Dan antara sebab aku suka tengok movie zombie punya style sebab: Hantu tu real.. maksud aku tak lah boleh ghaib, tak boleh terbang atau ketawa mengilai-ngilai…pergi curi baby orang.. serta takut pada azimat…bla bla bla.. ni biasanya hantu melayulah nie..oh..
Begitu jugak dengan ugama, aku tak suka dengan kenyataan hanya ustaz atau ulamak yang boleh berdakwah… huh samalah macam hantu melayu, hanya ustaz dan tok bomoh sahaja yang boleh bunuh hantu, mana best tengok cerita macam tu.. harap makhluk!!
Tapi cerita zombie best, Zombie ni boleh di bunuh oleh semua orang…so ada peluang nak bunuh zombie ni.. hanya pecahkan kepala otak dia… zombie tak kebal, boleh guna kapak, screw driver, penunu bunsen, paku, bucu meja, lesung batu dan apa sahaja, tak payah cucuk kat tengkuk supaya jadi perempuan cantik, cucuk sahaja kat otak zombie ni sampai pecah, terus zombie tu mampus!
Dan adegan yang biasa ada dalam filem zombie yang best adalah bila orang baik kena gigit dengan zombie dan selamat serta masih sedar diri, lalu suruh kawan dia bunuh sebelum dia jadi zombie, tapi kawan dia tak sampai hanti nak bunuh, lalu bila dah jadi zombie barulah kawan dia bunuh dengan menangis, kan best tu!
Dan cerita terakhir zombie yang aku tengok adalah "Land of the Dead", aku tengok 2 tahun yang lepas, dan cerita ni takpe aku tengok dengan anak aku, mudah terangkan konsep ‘orang sakit’, tapi anak aku tak minatpun, ok lah!
(end copy paste)
Ps: Zombie ni bukan hantu, tapi penyakit sains, jangkitan virus, sebab tu filem malaysia sikit sangat orang buat kisah zombie, sebab orang kita tak minat sains. bila cerita bab virus, ada yang menentang imunisasi, adohai..
Siapa yang bodoh sangat samakan zombie (sains) dengan hantu? (tahyul)?
Jangan hina diri sendiri, cuba komen bagi nama aku nak tahu orang islam ke orang kafir?
Harap orang islam tidak jahil bab sains dan tahyul, dan boleh bezakan macam hamka keretamayat.
Woha!
Jangan momokkan anak dgn hantu2 melayu yg bila kau kata "nakal2 nanti hantu datang gigit" or "ada hantu kat luar" yg mana budak2 kecik akan takut nak jalan kat tempat gelap wpn nak pergi tempat baik (masjid, surau, ceramah agama) sebab "takut la nak keluar. mak/abah cakap malam2 ada hantu nanti hantu gigit"
Aku tak rasa budak2 melayu takut dengan zombie, werewolf, frankenstein, dracula.. tp budak2 melayu takut pocong, pontianak, hantu kopek sampaikan nak ke dapur minum air tgh2 malam pun bukak lampu terang 1 rumah
Cerita melayu lawan hantu dengan jerit "allahuakbar" kuat2 byk2 kali. Lepas tu hantu kalah.
1) kenapa awal2 baca jampi serapah bukan2, dah tenat baru ingat "allahuakbar"?
2) kenapa x "allahuakbar" dari awal dan hantu 'mati' terus awal2 cerita?
Byk lagi "kenapa" tp malas nak tulis pjg2. Hehe..
tak silap aku, ada ayat alquran/hadis yang menegah untuk masuk bilik main masuk je..tak ketuk2 dulu bagitahu..tapi aku lupa la..
ada ke hamka?
lagi 1, kalau macam ni kisah suami isteri, dah macam mana agaknya aku nak lukis ni agak-agak...susah oo
keh keh keh
Assalam,
(“Bonda pun jadi zombie jugak, zombie dengan zombie tak gaduh)
Bagaimana anak 5 tahun kau kata adik pon nak jadi zombie juga!...he..he..apa alasan lagi?
Zombie budak-budak tak leh main ngan zombie tua-tua. Nanti kena makan. Woha!
10 tahun dari sekarang kita akan merindui kembali anak-anak kita dum..dum..dum...
Arrgghhhh...how good it is if time could be freeze, and children will always be whom they are. Will there be any chidren in heaven bro.?
I miss my children, semoga mereka menjadi dai'e yang diterima oleh Mu Ya Rabb.
Crying Fella
Cili Pedas
Cerita hantu sangat bosan...kan?
----------
nazha anua
ada hadis bab tu, bab bagi salam tu, so tak salah lah,
bab lukis tu jika ada peluang, kita bincang, aku suka lukisan kau:)
------------
Crying Fella
Nikmat paling besar, bila satu family dapat masuk dalam shurga..
weh sama lah, aku pun minat giler dengan cerita zombie, termasuk semua dalam list hang + zombie yang boleh berlari, orang cakap kalau suka tengok cerita zombie ni lahir bulan 12, hang bulan 12 jugak ker Hamka?
btw ader je orang tak puas hati dengan penulisan hang dan rajin pulak nak komen sambil kena type word verification ni, kalau dah tak suka dengan penulisan hamka, jangan la sangap nak baca, dah baca sangap plak nak komen sampai rajin bebeno nak type word verfication ni.... aku pon malas nak coment selalu sebab benda alah ni.... pysko betullah...
MINTA IZIN MASUK BILIK TIDUR
Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam soal PENDIDIKAN SEKS untuk anak-anak. Cuma kita mungkin terlepas pandang bahawa dalam perintah Allah dan panduan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. itu sebenarnya merupakan satu pendidikan seks.
Terdapat beberapa ASAS PENDIDIKAN SEKS UNTUK ANAK-ANAK,
ASAS 1 : MEMINTA IZIN MASUK KE BILIK IBU BAPA
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak."
Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah An-Nur: 58-59)
Jadi, ibubapa kenalah didik anak untuk minta izin (ketuk pintu) sebelum nak masuk bilik ibubapa dalam tiga waktu tersebut. Kenapa TIGA WAKTU tersebut?
•Sebelum solat Subuh - kerana ini waktu kebiasaan ibu bapa sedang tidur atau baru bangun tidur. Berkemungkinan ketika ini aurat ibu bapa sedang terdedah.
•Waktu tengah hari (sebelum Zohor) - kerana ini waktu biasa ibu bapa berehat atau tidur sebentar. Berkemungkinan sedang membuka/menyalin pakaian dan terdedah aurat.
•Selepas Isyak - kerana ini waktu biasa ibu bapa bersiap-siap untuk tidur atau berehat dalam bilik dan berkemungkinan aurat sedang terdedah.
Kita tahu bahawa aurat yang terdedah mungkin boleh membangkitkan nafsu (walaupun dengan mahram sendiri). Sebab itulah aspek AURAT ditekankan dalam ayat di atas. Selain itu, jelas Islam menitikberatkan hal berikut:
•adab meminta izin untuk masuk ke ruangan/rumah orang lain.
•adab menghormati waktu 'privacy' orang lain.
•adab memelihara kehormatan orang lain.
Dari Majalah Solusi...
Wallahu A'lam
wah, info yang bagus, aku edit tambah baik entry ni sekarang jugak, hihi
Haha. Alasan yg kreatif
Salam semua...
anak2 kecik masuk bilik tak ketuk ok lagi...ni adik ipar 25 tahun masuk bilik main terjah jer...walaupun masa itu bukan lar sedang bermesra tapi agak terkejut jugak lar...ada gak ketika bila kiter kunci dia ketuk sampai kiter bukak...skang dah berpindah baru lar rasa selesa sikit
saya tak suka blog ini, tapi bila tak suka saya kena komen guna word clarifying yang ada nombor dan bahasa tak faham, akhirnya berjaya komen.
cam comel jer saya ni kan?
setuju dengan mamat ni, rasa macam psyiko lah pulak>
btw ader je orang tak puas hati dengan penulisan hang dan rajin pulak nak komen sambil kena type word verification ni, kalau dah tak suka dengan penulisan hamka, jangan la sangap nak baca, dah baca sangap plak nak komen sampai rajin bebeno nak type word verfication ni.... aku pon malas nak coment selalu sebab benda alah ni.... pysko betullah...
setuju cerita hantu memang membosankan tapi rasanya cerita zombie sgt stereotype, cuma baru baru ni ada sedikit kelainan zombie dah pandai lari laju mcm 'World War Z'. Kalau ada cerita zombie jalan mcm orang kena parkinson memang akan dibakul sampahkan.
setakat ni aku rasa lebih banyak jumpa hantu, berbanding zombie...
pasal hantu ada kaitan dengan jin...
zombie kaitan dengan virus yang masih lagi diklasifikasikan dongengan cyber,
tu belum lagi aku sebut pasal pengundi hantu, hantu durian, burung hantu,kera hantu,ikan hantu, lagu berhantu,
Anak aku suka tgk citer zombie, baguslah ko tak tgk zombie pisang tu, sama juga zombie KL, Zombie Melayu cuma pandai buat lawak.. nanti tektik tak jalan lagi...
aku tau ko suka mayat...tapi mayat tak akan bangun untuk jadi zombie...
Serious. Awesome +Creative ! Hahahaha . Lucu ! :D
cerita pasal zombie... teringat akan asal usul zombie ni... sebenarnya, ada kisah benar asal zombie... penyakit ini dipanggil penyakit anjing gila.. atau dalam bahasa inggeris adalah Rabies....
penyakit ini merbahaya dan boleh berjangkit melalui gigitan (memang macam zombie punya infection)
antara tanda tanda penyakit anjing gila..
Early-stage symptoms of rabies are malaise, headache and fever, progressing to acute pain, violent movements, uncontrolled excitement, depression, and hydrophobia.[1] Finally, the patient may experience periods of mania and lethargy, eventually leading to coma. The primary cause of death is usually respiratory insufficiency(wikipedia)..
dan penyakit ni ada possibility untuk menghasilkan zombie apocalypse.
"Sure, I could imagine a scenario where you mix rabies with a flu virus to get airborne transmission, a measles virus to get personality changes, the encephalitis virus to cook your brain with fever"—and thus increase aggression even further—"and throw in the ebola virus to cause you to bleed from your guts. Combine all these things, and you'll [get] something like a zombie virus," she said.(national geography).
kalau hantu.. explaination cuma tertakluk pada hallucination, syaitan yang menyamar, jin dan manusia yang menyamar di funfair dan dalam movie...
antara national geographic dan Al Quran/ hadis nabi...'cuma'(adohai) .....hermmmmm
hehehehehe..tips yang hebat..tq share...boleh di guna pakai..
senyum senyum baca telatah komen korang, adohai..
protection tambahan...SELIMUT( pada yang mampu lah )
Ni lari dari tajuk ni.
Pada sesiapa yang tahu kat mana kedai on line yang ada jual set memanah. Tolong bagi link . pada En Azhar Jaffar313 boleh tak bagi sikit info.
Aku dah puas memanah dalam bilik nak memanah betul betul pulak.
Cantik gak alasan macam ni..huhu
dulu ada sejadah berdiri, sekarang ada kisah selimut berdiri, adohai..
bujang.... huhu.. :p
Assalamualaikum,
Anak yg umur 5 tahun tu mmg selalu ketuk pintu bilik kunun nak itu nak ini.
Cik Asben memang terus merajuk la lepas tu.
Aduhaiii.. tapi bab zombie tu mmg x leh pakai lagi dah sbb jenuh dah kata ke anak.. "zombie doesn't exist".
How laa??
Assalam
Carilah masa yang sesuai untuk pujuk(pay back time for the sake of Allah's greatest gift to a woman) Ehem...!jangan bagi ubat tidur sudah.Woha!
Hamka, aku masih tidak keluar lagi walaupun telah cuti sekolah
How laa?
Crying Fella
wah, ada pengkomen tolong jawab komen, alhamdulillah.
:)
gelak baca komen ibu sham
hahaha..adoyai
biasa nak kena tunggu anak tidur ---
tapi malangnya anak tidur lambat.
bila anak tidur, aku pun tidur. maka tiada apa-apa berlaku.
Post a Comment