Sep 29, 2021

Raja Romantik?

Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.

Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan bintang bintang di langit.

Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.

Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.

Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.

Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati, kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.

Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.

Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.

Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.

Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat kepada si isteri.

Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan lain lain keperluan.

Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.

Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.

Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:

“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab dapat baby boy!”

Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.

Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada saya.

Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang sepatutnya.

Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di makan oleh isteri musafir.

Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak rakyat dengan tangan sendiri.

Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis sebegitu rupa?

Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘ itu masak.

Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:

“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”

Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api, “saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.

Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:

“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”

Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?

Siapakah nama Raja orang islam ini?

Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.

Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?

Pemimpin berjiwa rakyat?

Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina Umar, tapi janji politik ni, adohai..

Akhir kata…

Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil, sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.

Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.

Fikir fikirkan lah.

Woha!

Sep 28, 2021

Plot Twist anti vaksin?

Ada anti vaksin cakap tujuan cucuk vaksin adalah agenda dajjal nak cipta tentera yang patuh macam robot sebab dalam vaksin ada nanobot 5G yang mampu control otak.

Anti vaksin yang sorang lagi cakap siapa siapa cucuk vaksin, Dua tahun lagi semua akan mati.

Maka bila Dajjal datang nak perintah dunia sekali dia tengok dunia ni dipenuhi anti vaksin.

Kira Anti vaksin jadi tentera Dajjal ke?

Woha!


Sep 27, 2021

Vaksin dan Islam?

“Ayah, vaksin ni apa sebenarnya?”

“Vaksin ni adalah virus lemah yang masuk tubuh dan aktifkan pertahanan badan jadi kuat yang mana bila virus kuat datang, maka virus tu tak mampu lawan pertahanan badan sebab dah ada pengalaman lawan virus jenis itu.”

“Vaksih dari sudut islamik macam mana pula?”

“Baik, Vaksin ni macam ujian dalam ibadat, bila kita mampu lawan ujian kesukaran dalam ibadat, maka Iman kita akan kuat, dan bila Iman kuat, waktu datang ujian besar nanti, selamba kita redha dengan ujian”

“Ujian dalam ibadat ni macam mana?”

“Contohnya ibadat solat, bila masuk waktu, rasa malas, rasa nak lengah lengah, rasa beban, tapi kita lawan, kita bangun terus, ambil wudhu, tinggalkan game, tinggalkan tik tok, teruskan solat, maka ujian masuk waktu solat Ketika sedap main game telah kita atasi maka akhirnya kita akan dapat kekuatan Iman, yang mana andai esok-esok, masuk hospital pakai alat bantuan pernafsan, orang lemah Iman terus tinggalakn solat sebab waktu sihatpun lengahkan solat, tapi kita yang Iman kuat, InsyaAllah solat pakai mata pun sanggup buat, apalah sangat solat sambil pakai alat bantuan pernafasan”

“Cucuk vaksin dos ke tiga apa pula maksudnya?”

“Ujian dalam solat pun ada tingkatnya, ujian solat untuk orang bujang satu hal, bila dah kahawin ada anak bini, ujian dah naik lagi, bila anak pulak sakit atau ada masalah derhaka, ujian naik lagi, tapi walau besar macam manapun ujian, maka tetap solat itulah perumaan macam vaksin banyak dos, meningkatkan lagi keimanan hingga setiap ujian besar datang, selamba sabar tanpa mengeluh pun, malahan, kuat lagi ujian hdup, orang yang kuat Iman, selamba bersyukur pada setiap ujian dengan berkata..”

“Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini... Alhamdulillah.”

“Pandai! Sambung lagi sikit”

“Dan apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam syurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.  Alhamdulillah.”

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat? Mana vaksin dos ke tiga? Makhluk semua tu tak bagi manfaat dan mudarat, namun ikhtiar pertintah Allah, dan tawakal lepas ikhtiar adalah sunnah, jadi masukkan saya dalam list booster vaksin.

Woha!

Janganlah kamu?

Janganlah kamu mengeluh kerana banyak yang kamu Hajati masih tidak dikabulkan.

Tapi Bersyukurlah kerana banyak yang kita ada, masih belum Allah ambil.

Dunia hanya pinjaman, Akhirat kekal Abadi.

Kata kata di atas adalah petikan dari Hamka (Kereta Mayat)

Eh? Saya memetik kata kata sendiri?

Kebenaran apakah ini?

Woha!

Sep 26, 2021

Rukun Iman dan enam Sifat?

“Salam Hamka kereta mayat, saya nak tahu siapa yang susun rukun Iman? Kenapa letak Nabi nombor empat? Jika ikut Al quran, sepatutnya Nabi bukan nombor dua ke?, banyak dalil ayat Al quran" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada (1)Allah dan (2)RasulNya”. Jadi kenapa susunan rukun Iman, Nabi nombor empat?”

“Salam saudara, yang susun rukun Iman adalah allah sendiri, ianya di petik dari Al quran, contoh ayat An Nisa:136, ..dan sesiapa yang kufur ingkar kepada (1) Allah dan (2) Malaikat-malaikatNya, dan (3) Kitab-kitabNya dan (4) Rasul-rasulNya dan juga (5) Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."

“Dalam ayat tu takde pun beriman kepada Qada' dan Qadar?”

“Ada dalam ayat lain, rujuk Al Hadid: 22: Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula sombong dengan apa yang diberikan kepada kamu dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”

“Kenapa Allah tak masukkan Qada’ dan Qadar sekali dengan ayat An Nisa tadi?”

“Sebab al quran ni untuk orang berakal, kena baca dan fikir sikit, dan kena baca semua ayat dan tak boleh ambik separuh separuh, dan juga rujuk hadis banyak dalil bab rukun enam ni”

“Itulah saya rasa macam susunan Rukun Iman, patut Nabi nombor dua.., tak apa kan jika saya susun sendiri rukun Iman?, (1)Percaya kepada Allah, (2) Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, (3) Percaya kepada Malaikat-Malaikat, (4) Percaya kepada Kitab-Kitab, (5) Percaya kepada Hari Akhirat (6)Percaya kepada Qada' dan Qadar. Boleh kan saya susun macam tu? Tak rosak kan akidah saya?”

“Selagi percaya kepada enam rukun Iman ini, InsyAllah tidaklah rosak akidah, Cuma bila suasana belajar rukun Iman di Malaysia, ikut susunan Sunal wal Jamaah senang, kita follow lah”

“Sebab saya fikir macam ni, kita percaya Tuhan ada, Kemudian Nabi datang bagitahu, jadi satu percaya kepada Allah, kedua percaya kepada Nabi, kemudian Nabi bagitahu dapat info dari Malaikat, maka ketiga percaya kepada Malaikat, dan Malaikat turunkan wahyu berupa kitab, maka kita percaya kepada kitab, dalam kitab cerita tentang Akhirat dan takdir, maka percaya kepada Akhirat dan takdir. Itu yang saya faham ikut logik, susunan macam tu lebih logik”

“Jika nak ikut logic, saya suka guna pendekatan enam kesepurnaan agama”

“Apa tu?”

“Apa saya belajar, enam jalan kesempurnaan agama adalah (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”

“Cuba detailah lagi”

“Juga di kenali dengan sifat sahabat yang enam iaitu, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.

“Jadi?”

“Kita belajar rukun Iman, bukan setakat hafal, kita kena buktikan, maka yang pertama, Percaya kepada Allah, dibuktikan dengan usaha atas Hakikat Dua Kalimah Sahadah, Yakin Allah berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa, yang bagi manfaat dan mudarat hanya Allah, La Ila Haillah!”

“Okey, rukun Iman pertama dan cover, yang ke dua, Beriman pada Malaikta macam mana?”

“Usaha atas Hakikat solat, kerana Solat ni Malaikat Jibril sendiri tak mampu bawa sebagai wahyu , Nabi sendiri naik ke langit ambik perintah solat dalam peristiwa Israk Mikraj, yang mana dijalanan Nabi melihat pada setiap lapisan langit ada malaikat sedang berzikir, ada malaikat sedang mengaji, ada malaikat sedang berdoa, ada malaikat sedang rujuk, ada malaikat sedang sujud, bermakna solat ini adalah membawa sifat ketaatan malaikat dalam solat, menjadikan kita khusyuk, dan dalam solat ada kekuatan tujuh lapisan langit! Seterusnya ketaatan dalam solat dibawa keluar solat menjadikan kita Tawadhuk, InsyaAllah”

“Okey, masuk akal, jadi rukun Iman ke tiga, beriman pada kitab adalah usaha pada hakikat Ilmu dan Zikir?”

“Pandai, maka seterusnya bab Ikram Muslimin, sungguh pada Nabi dan rasul ada bersamanya sebaik baik akhlak, lantas tunaikan lah hak sesama manusia kerana itu adalah sebaik baik akhlak, dan ikutlah Nabi dalam berahklak, Insyaallah”

“Okey, macam mana pulak Hakikat Ihklas dan Percaya pada Hari akhirat?”

“Sungguh orang ikhlas, tak akan harapkan keuntungan dunia, hanya harapkan janji Allah di Akhirat, maka hanya orang percaya pada hari akhirat sahaja akan mampu tunjukan sifat paling ikhlas dalam beramal”

“Tinggi, dan bab akhir, percaya kepada qada’ dan qadar?”

“Semua itu, takdir baik dan takdir buruk, atau ujian senang dan ujian susah, semua itu.., akan dapat kita selami sewaktu buat kerja dakwah, yang mana akan sampai depan kita manusia yang suka dan senyum, juga akan sampai depan kita manusia yang membenci dan mencaci, juga akan tiba waktu kita buat sehabis baik, pun tiada orang ikut, (macam Nabi Musa dakwah Firaun) dan ada waktu kita cakap sikit sahaja, orang berbondong bondong ikut (macah ahli shir firaun dan Nabi Musa)…

Maka yakinlah bahawa Ilmu Qada dan Qadar ini akan dapat kita faham, bila kita terlibat dalam kerja dakwah yang mana di siang hari kita berdakwah dengan sungguh sungguh ajak orang kepada Allah acam kita mamu bagi hidayah, namun di malam hari kita menangis nafikan semua usaha kita, sebab yang bagi Hidayah hanyalah Allah, sungguh tiada kekuatan dan kemampuan melainkan dengan izin Allah.

Lalu bersyukurlah dengan segala baki nikmat, walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabarlah dengan segala baki ujian, walaupun sebesar besar ujian, insyaAllah, hakikat beriman pada qada dan qadar akan tercapai..”

“Tinggi ni abang mayat”

“Kredit kepada bayan dari Buzmana”

“Buzamana tu siapa”

“Bayan dari ustaz ustaz yang saya tak ingat Namanya”

Woha!

Ps: selamat usaha atas enam perkara, sekaligus usaha atas rukun Iman, Now you know.

Ps2: Saya pernah tulis (1)enam perkara dan Al Fatihah, (2)enam perkara dan Azab kubur, (3)Enam perkara dan Golongan bawah Arash, (3) enam perkara dan Tamsilan Pokok, (4)enam perkara dan penyakit hati, (5) Enam perkara dan penawar bagi hati, serta yang terkini (6) Enam perkara dan rukun Iman. Alhamdulillah, cukup enam bab. Kena scroll artikel lama jika nak membaca, terima kasih sudi tegur typo abang keretamayat.

Kejutan paling terkejut?

Hidup ini penuh kejutan.

Menteri datang melawat? Itu satu kejutan.

Lepas lawatan menteri itu mungkin akan ada sesetengah pihak kena pindah lokasi kerja ke daerah yang dia tak suka. Mungkinlah jika ada salah laku.

Bayangkan jika Polis buat lawatan mengejut?

Kena pindah ke penjara ke? Alamak..

Bayangkan pula Ambulance buat lawatan mengejut?

Kena pindah ke wad berapa? Stage berapa? Alamak...

Tapi jika kereta mayat buat lawatan mengejut? Lagi Alamak...

Sebab?

Bila.keretamayat buat lawatan mengejut maka Lokasi tanah perkuburan islam itu sudah tentu tapi nasib dalam kubur menjadi lembah neraka atau taman syurga itu belum pasti.

Yang pasti si mati akan sangat terkejut.

Maka ingatlah sampai masa nanti malaikat maut akan datang melawat orang yang kita sayang secara mengejut. Jadi sementara mereka masih hidup call ucap I Love You. Minta maaf jika ada salah laku dan paling penting bagitahu.

Abang keretamayat kirim salam.

Woha!

Sep 25, 2021

Kutu itu Haram?

Kawan whatsapp, dah bayar hutang RM200. Terima kasih yer.

Terus saya buka akaun Maybank2u, tiba-tiba nampak ada pengeluaran duit sehingga RM100 sejurus selepas kawan saya masukkan RM200, alamak akaun kena Hack ke?

 Tertulis kat situ, ESI PYMT DEBIT.

Perkara pertama yang terlintas dalam kepala, rugilah beberapa jam dalam hidup sebab nak kena bercakap dengan robot operator Maybank , nak trace lagi dan nak dapatkan semula duit yang 'keluar' tersebut. Kalau dapat pun, mesti ambil masa yang lama.

Fikirkan balik, Bila masa beli barang harga solid RM100 ni? Adakah ini kerja scammers? Macam pernah dengar kisah duit yang ditolak tanpa persetujuan kita siap boleh keluar tanpa menggunakan TAC serta no phone, adakah akaun saya kena hack?

Tapi semua tahu falsafah keretamayat, membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan Scammers, maka saya terus buat carian google dulu. Apa benda ESI PYMT DEBIT ni.

Rupa rupanya, ESI PYMT DEBIT ini adalah main kutu versi halal yang di buat oleh Maybank.

Ya, main kutu boleh jadi haram, sebab berlaku penindasan, dan peluang ketidak jujuran yang luas, malahan di sisi undang undang mengambil deposit dari orang tanpa perniagaan adalah kesalahan, maka si Bank Harimau ni buat app Kutu versi halal siap siap dalam Maybank2u iaitu MY GOALS.

Cara nak main, korang google, mudah jer, buat set goal, dan Maybank tolong potongkan siap siap, jika nak berhenti, bila bila masa jer, ni jika jualan buku berkurang terdesak nak duit, bolehlah ambik duit “kutu” tanpa perlu bergaduh dengan Jemaah “kutu”.

Woha!

Dari kejadian ni saya belajar empat perkara:

1. Hukum main kutu adalah haram jika tidak disertakan akad, dan nama lain bagi kutu adalah hutang tertangguh yang mana hutang adalah sangat bahaya bila tidak membayar.

2. Manusia mudah lupa, saya sendiri set goal, saya sendiri lupa.

3. Jika berlaku masalah, membacalah, jangan terus emosi tanpa siasat, nasib baik saya siasat dulu,kalau tak dah tentu kena maki pegawai bank dan akhirnya saya yang malu sendiri.

4. Melancong anak bini tahun depan? Korang doalah kami Berjaya.

Amin.

Rukun Negara dan agama?

Selamat Hari Malaysia…

(Bacaan yang bakal merubah masa depan anda-woha!)

Malaysia ada sistem pendidikan yang agak bagus!

Alkisahnya, Pelancong luar negara bila datang Malaysia, mereka puji rakyat kita bagus sebab sangat bersopan santun dan 90 peratus rakyat kita pandai cakap English!

Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!

Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!

Bila ada pergaduhan politik, tukar kerejaan baru ni, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau hidup pelbagai bangsa tapi masih kekalkan keamanan, ini buatkan pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.

Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!

Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!

Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!

Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew atau lain lain NGO.

Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua bijik, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!

Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!

Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!

Lepas tu Malaysia antara negara yang aktif di media sosial. Celebrity internet ramai. Tentera bawang pun cekap, Bermakna kelajuan dan capaian internet kita bagus!

Cuma, ada sikit masalah pada Pendidikan negara, sebab Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?

Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?

Ada rakyat Malaysia percaya makcik mimpi. Percaya pada Ayah pin, percaya pada ajaran sesat.

Ada rakyat Malaysia percaya bumi ni rata? Orang tak pernah ke bulan, Serius!

Ada rakyat Malaysia percaya tahyul, tangkal, bomoh.

Ada rakyat Malaysia percaya pada manifesto dan janji ahli politik.

Ada rakyat Malaysia percaya pada skim cepat kaya,

Ada rakyat Malaysia percaya pada temberang ‘pakar’ motivasi.

Ada rakyat Malaysia percaya pada janji air liur, ceramah jual air liur.

Paling parah, Ada rakyat Malaysia anti vaksin tanpa ilmu dan percaya pada teori konspirasi, siap dari kalangan pendidik pun anti vaksin, adohai..

Maka pesan saya, jom kita semua balik kepada Rukun Negara.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, kita balik pada akidah yang betul, yakin yang betul, insyaAllah tak kena tipu. Banyakkan baca Tafsir Al quran, dan kitab Taklim, biar hati cerah sikit dengan Nur Al quran dan Nur Hadis.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, kita sangka baiklah, jangan anggap Raja kita ni ejen dajjal ke, konspirasi ke, sungguh Taat Ulum Amri adalah perintah Allah. Jika kita tak nak taat kepada Ketua Negara, maka Syaitan akan jadi ketua kita, lalu mudahlah kita kena tipu. Tolong Banyakkan luang masa baca buku yang betul,dan ber kawan dengan kawan yang positif, semua itu akan bantu kita menjadi rasional.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN, Kenalah follow, barulah kita tak terdedah pada Scammer yang akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa hak kita dalam perlembagaan, kena banyak membaca bahan berilmiah.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, Sila patuh SOP, Fahami kehakiman, fahami sebab akibat, banyakkan baca berkenaan Sebab serta akibat dari kegalalan patuhi undang undang.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN, ini penting yang mana semua rakyat Malaysia kena ada etika menulis, atau etika membawang, yang mana semua tu nak kena jaga hati dan perasaan sesame kita,yang mana kalau kita ni kurang membaca, maka kita miskin kosa kata, maka kita akan miskin dalam berkata-kata, hingga bila kita bercakap, orang tahu kita bodoh.

Eh? Semua bab Rukun Negara ada kaitan dengan membaca, Iqra Ayat pertama Al quran, hayatilah..

Selamat hari Malaysia. Selamat jadikan kira rakyat Malaysia sebagai Rakyat membaca.

Sungguh Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!

Woha!

Sep 24, 2021

Potong Kuku Laki?

Kisah laki Bini: Pernah tak potong kuku pasangan masing masing?

Terfikir sekejap, seandainya bini saya pergi dulu bertemu Tuhan, tentu tiap kali saya tengok kuku panjang, saya akan teringat arwah bini. Tentu tiap kali saya potong kuku sendiri, saya akan teringat bini saya dan mungkin kuku saya akan basah dengan linangan air mata.

Atau jika saya kahwin lain, dapat bini muda yang tak nak potong kuku macam bini lama, tentu saya bertambah sedih teringat bini lalu potong kuku sambil bercakap seorang diri, siap dengan lagu tema kami laki bini.

Atau jika bini baru potong kuku, tapi tak kikir kuku bagi halus dan lembut macam arwah bini pertama, tentu rasa rindu pada arwah bini pertama bertambah hangat, sehangat air mata yang mengalir.

Mungkin kerana itulah, Rasulullah SAW, Nabi kita, selalu teringat pada Khatijah isteri pertama, dan kadang kadang memuji Khatijah di hadapan Aisyah isteri muda. Hingga Aisyah rasa cemburu.

Apa yang kita tak tahu, pengorbanan dan layanan Khatijah pada Nabi sangat tinggi, hingga Allah kirim salam kepadanya.

Jadi begitulah, kuku yang sentiasa tumbuh dan tak terpisah pada badan, tiap kali terpandang, akan teringat pada arwah isteri yang sangat bak hati.

********

“yelah yelah, saya potong lah kuku kaki abang tu jap lagi”

Woha!

Ps: Ketip kuku selalu hilang? pakai beg ni, ha ha, Link Shopee, https://invol.co/cl5yn11

VIP di Masjid?

4 Pesanan Maulana kepada pendakwah. Lakukan empat perkara ini maka kamu akan dapat mengelak dari Fitnah dunia.

1.Jangan bincang isu politik.

2.Jangan bicang isu perbezaan Mazhab.

3.Jangan Mintak derma.

4.Jangan adakan perbezaan Darjat, tiada VIP di masjid, semua sama.

Baik Maulana, semoga kita semua, termasuk juga semua AJK masjid faham dan hadam.

Woha!

Sep 19, 2021

Kereta mewah rumah sewa?

Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?

Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?

Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta mewah tanda Berjaya?

Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.

Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam mana mana bisnes MLM.

Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah. Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat, saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero baca buku (woha!)

Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini sedikit lemah Iman. Saya rasalah! Iman saya pun lemah jugak, huhuhu..

Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk nampak hebat. (ada unsur syirik-pesan pada diri sendiri)

Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah, malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia, tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak laju, padahal nobody care.

Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah, adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang janglah marah yer?

Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah keimanan ke?

Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?

Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?

Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP. Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.

"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah .. Amboi, amboi."

Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga terperangkap dalam hutang seumur hidup.

(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)

Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.

ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade, beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.

(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)

Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.

Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.

Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.

Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.

Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.

Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira, dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.

Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.

Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”

Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan, asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.

Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed, Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?

Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri dalam keluarga.

Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku tentang kisah hidup dia.

Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam keluarga.

Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!

Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.

Woha!

Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata. Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai syurga!)

Upin Ipin Agenda propaganda?

Terkejut Kak Ros mendengar berita itu, lalu masuk ke bilik membuka album gambar melihat wajah arwah ibu dan ayahnya. Air mata bergenang di pipi.

Kemudian Upin dan Ipin masuk menangis merindui arwah ayah dah ibu mereka.

Apa agenda utama dari kisah Upin dan Ipin?

Mereka berdua adalah anak yatim piatu yang sangat kuat dan tabah, selalu ketawa dan ceria walau dalam hati, kerinduan pada arwah ibu dan ayah sangat kuat, tapi hidup mesti diteruskan.

Opah jahit baju, Kak Ros jual kuih, Upin Ipin kadang bantu Tok dalang berniaga, rezeki di cari bersama, waktu main mereka main betul betul, waktu solat mereka solat betul betul, waktu belajar mereka belajar betul betul. Itulah agenda utama kisah Upin dan Ipin.

Semalam saya dan anak isteri baca taklim, baca hadis bab Ikram Muslimin, Pesan Nabi, Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim kerana rasa kasih sayang semata mata kerana Allah, maka Allah akan memberinya pada tiap rambut yang diusap oleh tangannya akan pahala. (Riwayat Imam Ahmad),

Anak tiba tiba bertanya, jika Ayah jumpa Upin Ipin anak yatim, sorang botak, sorang ada satu rambut, kira dapat pahala sikit ke ayah?

Anakku, Jika ikut sains, kanak kanak normal ada rambut lebat, jika botak, maka ada sejenis penyakit, tak silap ayah nama penyakit botak di kalangan kanak kanak ni adalah Kebotakkan Alopecia, yang mana semua rambut di kulit kepala gugur dan kekal botak sampai bila bila. Dalam 0.1% penduduk bumi hadapi masalah kebotakkan Alopecia termasuk Upin dan Ipin.

Jadi, Anakku, Allah Maha Kaya, perumpaan pahala sebanyak rambut tu adalah galakkan mengusap kepala anak yatim dengan mesra, ada rambut ke, tiada rambut ke,botak Alopecia ke, pahala tak pernah habis kerana Allah Maha Kaya.

Alhamdulillah, jawab anak kerana saya terus usap rambut mereka.

Maka bersyukurlah kita rakyat Malaysia, kerana masih ada kanak kanak hebat dan kuat macam Upin Ipin, yang tabah dan ceria teruskan hidup, walapun ada penyakit botak Alopecia, walaupun Opah kerja kais pagi makan pagi, walaupun Kak Ros masih belajar tapi sanggup tolong Opah jual kuih, walaupun anak yatim piatu, dan terkini Upin IPin di tuduh Agenda Propaganda Malaysia pula, namun Upin Ipin, anak yatim yang tabah, sampaikan pesanan:

“Hai kawan kawan, Waktu main, kita main betul betul, waktu belajar, kita belajar betul betul. Waktu cari duit, kita cari duit betu betul, waktu solat, kita solat betul betul,”

“Betul Betul Betul”

Woha!

Ps: rupa rupanya, Propaganda baik- tahniah Upin Ipin!


Sep 18, 2021

Kisah Tikus Makmal yang mulia?

 

Cucuk Vaksin tanda anda seekor Tikus Makmal?

Alkisahnya, Dari jauh kelihatan seorang doktor sedang berdiri di sisi katil memegang beberapa keping gambar imbasan x-ray. Kepala doktor itu botak, cermin matanya dijatuhkan ke  hujung hidung dan ditangannya memegang telefon sambil menyemak beberapa fakta.

Di atas katil pesakit kelihatan seorang lelaki yang wajahnya seperti saya. Umurnya sekitar 40-an, hensem tiada tapi manis ada.

Selang beberapa bunyi beep dari mesin canggih di bilik sebelah, doktor pun bersuara:

“Encik Hamka, saya dah kaji gambar tompokan darah yang isteri awak ambil di bilik air pagi tadi. Saya nak tanya, awak ada makan apa-apa sewaktu bangun pagi?”

Eh? Rupanya orang itu adalah saya? Apa cerita ni? Tompokan darah? Apa ni?

“Doktor, pagi tadi saya makan dua biji telur separuh masak dan buah tembikai.”

Doktor tiba tiba tersenyum sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket. Beliau mencabut cermin mata dan disangkut di poket baju.

“Encik Hamka, silap kami juga tak buat analisis awal, budak housemanship tak sabar nak tengok dinding perut pesakit kanser lalu dengan tergesa-gesa menjolok perut encik dengan endoscope. Mungkin encik tak pernah dijolok, itu yang pengsan. Encik sebenarnya sihat walafiat, tompokan darah itu adalah luka pada gigi. Apabila gusi dan buah tembikai bercampur dengan ubat gigi, memang nampak macam darah.”

“Alhamdulillah, ingatkan saya ada kanser dan nak mati tadi.”

“Pihak kami minta maaf sebab kebetulan hari ini saya nak ajar budak praktikal tentang luka perut jadi sewaktu awak pengsan kami guna visual dalam perut awak sebagai bahan pelajaran untuk doktor pelatih, maafkan kami.”

“Tak apa doktor, segala yang berlaku ada hikmahnya. Saya bersyukur kerana masih diberi kesihatan oleh Allah dan saya tak marah akan pelakuan doktor menjadikan saya sebagai bahan latihan kepada bakal-bakal doktor. Saya juga tidak akan viral menyalahkan doktor guna pakai loaksi dalam perut saya sebagai bahan mengajar tentang bagaimana dinding perut manusia berfungsi kepada budak-budak housemanship kerana saya sedar bakal-bakal doktor itu akan mendapat ilmu dan menggunakannya pada masa hadapan untuk menyelamatkan ribuan manusia. Demi kebaikan semua, biarlah saya berkorban”

“Wah, tak pernah saya dapat pesakit macam Encik Hamka, biasanya orang suka cari salah doktor dan viralkan sambil memburukkan kerajaan.”

“Doktor, dosa menfitnah orang lain ini besar, dosa sendiri pun tak habis taubat, nak tambah dosa menfitnah pula?”

“Bagus orang macam awak ni, jarang jumpa, sepsis rare”

“Doktor dah cucuk Vaksin yang baru tiba di Malaysia tu?”

“Mestilah dah, macam awak cakap jugak, awak rela bertahan sekejap waktu saya suluh perut sambil mengajar budak budak pelatih, maka saya ambil vaksin untuk menilai sendiri keberkesanannya pada manusia, jika saya selamat, maka akan selamatkan orang ramai insyaAllah, jika saya mati lepas vaksin, maka cari sukatan lain, agar semua orang selamat, dan kematian saya tidak sia sia sebab dalam kejayaan, pasti akan ada yang tekorban”

“wah, macam merdeka kan, nak menang dari penjajah, berapa ramai yang telah terkorban”

“Betul, dan untuk lawan Covid ni, pengorbanan dari semua pihak sangat penting, berapa ramai dari kita berterima kasih bila vaksin yang sampai pada kita dah melepasi tahap ketiga keberkesanan,”

“Ya, mereka yang awal awal volunteer jadi manusia terawal suntik vaksin sedangkan keputusan belum ada, adalah wira, mereka rela bekorban demi kemaslahan ummat sejagat, Tapi pelik sekarang ini, kes mati lepas vaksin sangat kecil berbanding kes kematian tanpa vaksin, pun masih ada manusia tak bersukur dan anggap wira kemanusia sebagai tikus makmal, Selfish betul golongan anti kajian malmal ini,! Tak tahu bersyukur!”

“Doakan yang baik baik, semoga pintu hidayah terbuka, tahniah bila awak faham bahawa bekorban untuk kebaikkan ummat di masa hadapan adalah sunnah”

“Benar, betapa banyak darah dan air mata Nabi serta sahabat yang telah terkorban demi keselesaan kita beragama hari ini, sungguh dalam kelembutan sejadah, keamanan solat lima waktu, al quran yang dah siap bercetak, buku agama bersusun susun, solat di bawah kipas nombor lima siap dengan pengingin air cond, di seballik semua itu tidak terkira betapa banyakknya mengalir darah dan air mata sahabat”

“Bagi mereka yang mahu berfikir”

*********

Hidup perlukan pengorbanan, dan sebaik baik pengorbanan adalah pengorbanan yang memberi kebaikkan pada ummat.

Sejauh mana kita mahu bekorban hari ini demi kebaikkan dunia dan akhirat?

Renung renungkanlah.

Semoga Woha sampai syurga!


Bila tarikh merdeka?

Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.

Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan Tarikh.

Orang pertikaikan: 

"Benarkah kita sudah merdeka?"

Woha!

Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!

Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO adalah British, begitulah kata mereka!

Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!

Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH, PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.

Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.

Alkisahnya, Sejarah berulang…

Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk Filem Leftenan Adnan)

Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)

Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang. (Rujuk Filem Bukit Kepong)

Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.

Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…

Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)

Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka 1957  hingga 2018.

Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.

Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise: Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)

Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.

Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..

Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana  tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)

Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis.  Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…

”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)

Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody oleh Mohd Nur Azman Naim)

Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk, Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.

UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.

Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah, dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”

Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan drama, berikut adalah markah jujur dari saya.

(1) Leftenan Adnan (5/10)

(2) Sarjan Hasan (10/10)

(3) Bukit Kepong (10/10)

(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)

(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)

(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak tengok, tunggu paid review)

(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)

Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata penyokong PH.

”Tak minat politik. Semua parti sama jee”

Woha!

Sep 17, 2021

Mimpi c/p dari FB

“Abang keretamayat, tolong ulas mimpi makcik dapat tahu masa depan!”

*******

Alkisahnya, sebelum PKP hari itu, pada satu hari, saya sedang nyenyak tidur, tiba tiba Smart Phone saya bergetar korus lagu Cromok ‘I’m not belong here’, saya capai telephone, tolak butang hijau dan dengar suara sorang lelaki, saya cam itu adalah suara seorang sahabat saya, setelah berbalas salam dan bertanya tujuan, rupanya dia nak tanya pendapat tentang mimpi seorang blogger dapat melihat tanda kiamat.

Katanya,

“Hamka, ada baca tak kisah Blogger yang ada berdialog dengan bishop?, jiran dia, dan Bishop tu cerita bahawa kiamat akan berlaku 2012, saya rasa macam ada kebenaran tentang apa yang si bishop tu cerita dan terangkan, semua yang dia cakap tu logic, dan buat saya sedar dan berfikir, dan yang saya paling pelik ialah pasal makhluk yang paling agung dan suci yang akan dilepaskan dari rantainya..., semua ada ciri ciri Dajjal, terus membuat saya seram sejuk la sebab dia kata 2012 tahun akan datang muncul makhluk tu.”

Saya pejam celik celik cuba hadam kata kata kawan saya tu, sekarang depan mata saya terlihat dua anak lelaki saya sedang berlari-lari bermain-main, kat tangan ada objek mainan, sorang umur empat tahun, sorang nak masuk tiga tahun. saya melilau mencari sorang lagi anak saya, pusing kepala 120 darjah, baru nampak ada kat belakang kerusi rupanya sedang sepahkan surat khabar, umur baru setahun lebih.., mana isteri saya? Bisik dalam hati..

Sahabat dalam tepon sambung cerita:

“Lepas tu kan Hamka.., nak dijadikan lebih ketidaktentuan saya ni... beberapa hari lepas saya menonton kat youtube..50 siri The Arrivals..malay subtitle.. Saya sambil menonton tu berdebar-debar...dan bergenang air mata... betapa selama ni rupanya dajjal dah memerintah dunia...dan kita sekarang dah ada kat fasa akhir pemerintahan dajjal laknatullah tu... ish...terkejut giler saya...”

Aduhhh, saya sambil dengar kawan cerita, sambil cuba sedarkan diri sebab suasana rumah ni, bukan rumah saya, tapi anak anak macam dah biasa kat rumah ni, apa hal telah berlaku pada saya?

Saya sekarang tengok anak perempuan saya umur dua tahun sepahkan surat khabar, terus saya tengok kat mulut dia takut-takut termakan sesuatu yang bukan makanan, air liurnya nampak meleleh, saya dekati dia, kemudian sapu air liur itu dengan hujung bajunya, kalau bini saya nampak tentu kena tegur.. Mana bini saya?

Sahabat dalam telefon teruskan cerita:

“Jadi Hamka, saya rasa orang-orang yang berpengaruh macam Hamka ni... patut galakkan orang-orang Malaysia ni tengok the arrivals tu dari Part 00 sampai Part 51. Saya ni risau.. kalau orang Islam tak sempat tahu kewujudan dajjal sekarang... makin sesat dan tak sedar lagi, Sekurang-kurangnya..kita dah tunjukkan bukti-bukti hadis Nabi Muhammad saw dan kebenaran Al-Quran kepada rakan-rakan kita... Dan kalau diorang tak nak ambil tindakan drastik tu kita tak dapek nak nolong...”

Dajjal apa pulak ni?  tapi saya masih selamba dan kelihatan cool, baru bangun tidur.., dalam asyik dengar cerita, anak nombor dua saya menangis, si abanglah yang usik, saya jenggilkan mata pada anak sulung saya dan terus pasang telinga..

“Hamka, kalau boleh, tolonglah sebarkan tentang pemerintahan dajjal yang dah bertapak dalam fasa akhir ni, gunakan blog keretamayat kau itu, ini peluang kau berdakwah... dan kalau orang kristian tengok the arrivals pun mereka akan tahu mereka telah ditipu berkurun lamanya.... baik masuk islam je...lagi selamat..”

Sambil pasang telinga, Saya terdengar suara isteri dari dapur, juga suara wanita wanita lain, wanita kaya yang nampak sungguh bersih juga ada barangkali. Anak saya sudah berhenti menangis dan mulai menyambung permainan, menghabiskan tenaga libido.., oh! Baru saya synchronize bahawa saya sebenarnya kat rumah orang, bersempena kenduri pertunangan anak saudara bini saya, lepas solat tadi, saya tertidur keletihan dan kekenyangan kerana baru habis majlis Akikah anak perempuan saya serentak dengan majlis pertunangan anak saudara sabit,

Abang ipar saya ni ada bela banyak lembu, dan sempena pertunangan anak sulung dia, saya tumpang satu bahagian sebab anak saya perempuan, eh!, Anak bongsu (setakat cerita ini di tulis) sedang menangis pulak, saya hampirinya, dan tepuk-tepuk pujuk. Sedang telinga terus menerima gelombang dari handphone..

Cerita sahabat tu tiba ke fasa seterusnya, katanya..

“Video “the arrivals” tu ada 50 siri... dia cerita tentang kita sebenarnya sekarang hidup dalam pemerintahan dajjal...yang 40 hari tu... dia sertakan banyak bukti kebetulan, konspirasi pertubuhan rahsia dunia, hadis, ucapan ulamak,

Awal-awal video memang dia banyak tunjukan ape yang dah jadi kat dunia ni, tentang pertubuhan rahsia, konspirasi dunia, perang, sejarah & sebagainya..., saya tak terus ambil bulat-bulat la...lalu saya pun jumpa pakcik google & ingat-ingat balik sejarah yang penah saya baca & belajar...memang baca kebetulan... yang kompem betul tu memang betul la...tapi yang samar-samarpun nampak macam betul... tu yang saya nak kongsi dengan orang yang lebih open pemikiran dia...nak tau ape pendapat & pandangan...

banyak kali jugak la saya tunjuk ape-apa bahan internet ni kat orang yang lebih pandai ilmu agamanya dari saya, tapi jawapan yang saya dapat, jangan pecaya bende kat internet ni bulat-bulat...lalu saya pun biarkan ia berlalu..dalam hati "kalau saya percaya bulat-bulat, tak payah la saya tanya kepada tuan" Saya pernah bertanya kepada jakim tapi sampai sekarang takde berita... Saya andaikan movie maker ni seorang yang peka & banyak melancong ...”

Anak saya masih menangis, saya selak lampin dan intai bontot, manalah tahu kot-kot ada tahik ke apa?, takde, tapi lampin dah berat, kencing banyak dah ni, saya dukung dia dan cari bini saya sambil terus pasang telinga..

Kawan terus bercerita:

“Hamka, Semakin hari saya semakin risau, gusar dan resah. Betapa takutnya saya dengan berbagai-bagai perkara yang terjadi di sekeliling kita yang mana orang Islam tak perasan. Saya ingin meminta jasabaik Hamka untuk menggunakan pengaruh siber Hamka, bagi menyebarkan tentang perkara ini agar kita tak menyesal bila orang Islam terlanjur melakukan dosa sebab mereka tak tahu akan kebenaran di sebalik apa yang sedang mereka lakukan adalah dosa, Maaf, saya sedang tension..tension dengan DAJJAL!!!

Hamka, mungkin Hamka dah diberitahu tentang kajian dua orang Islam barat tentang kewujudan Dajjal yang telah bertapak di dunia kita telah mencapai 1000 tahun di Britain + 83 tahun di Amerika + 10 tahun dalam proses ke Jerusalam."

Sedang rancak kawan bercerita, masa tu bini saya datang ambik anak dan gerakkan mulut tanpa suara bertanya dan angkat kening yang bermaksud;

“Abang cakap dengan siapa? Serius sangat muka tu?”

Saya kepit telefon dengan bahu, dan guna dua tangan saya buat Bahasa isyarat yang bermaksud:

"Kejap, abang sedang cakap dengan kawan abang, nanti abang bagitahu siapa dia, , pergi tukar lampin anak dan tengok anak kita yang dua orang lagi tu, abang sibuk ni, sedang menambah ilmu di dada, dah-dah jangan buat muka konfius, pergi kemas barang, jap lagi nak balik kuantan.”

Bini saya angguk tanda paham, walaupun Bahasa isyarat saya merapu, mungkin isteri saya ada menggunakan kuasa gelobang magnetik.(tipu)

Sahabat tu cerita lagi tentang Dajjal:

“Hamka, Kita ada masa lagi 10 tahun lagi dalam dunia ni nak elakkan diri dari pengaruh Dajjal... Sejak beberapa hari ni saya makin tak lena tidur.. Dalam video tu ada beritahu, Friendster dan facebook adalah salah satu cara dajjal nak mencari Imam Mahdi. Sebab Dajjal tak sempat tengok muka nabi Muhammad, jadi dia tak kenal wajah nabi..sebab wajah Imam Mahdi macam wajah nabi kan sebab dia keturunan nabi...

Lepas tu.., beberapa hari ni, kalau saya buka akaun facebook saya, dia akan keluarkan sekeping demi sekeping foto kita, dia akan kotakkan/fokus wajah sorang-sorang dia suruh tag/namakan... Saya terkejut, dan fikir memang betul lah dajjal sedang mengenalpasti wajah-wajah manusia sebab dia nak tau mana yang bernama Muhammad..yang ada iras nabi kita.. Ya Allah... takutnya...

Lagi satu, dalam video tu, ada cakap, masa dajjal perintah dari Britain dunia kena ikut matawang euro selama 1000 tahun. Masa dajjal perintah dari US, kita semua kena pakai USD.. dan bila ke Israel, sejak tahun 2000, kita mula kena guna matawang israel..tapi dia pandai tak pakai currency yang betul.. dia pakai ATM/credit card/segala jenis loan bank.. Dia nak duit kita tak nampak, kita ada kad je.. atau hutang je.. biar kita bergantung pada dia satu hari nanti... sebab semua bank-bank besar dunia Dajjal pegang , ini yahudi durjana punya.. so, nak dijadikan bukti kukuh pulak...Minggu ni.. matawang USD jatuh mendadak.. dan bakal jatuh lagi... Memang betul lah kata video tu... Sebab dia nak hilangkan kuasa Amerika pulak..nak ganti ke Jerusalam... kat tanah suci Yahudi tu...”

Sedang asyik pasang telinga, Tiba-tiba, saya teringat, dari bangkit tidur tadi dan sedang asyik bersembang, saya belum solat asar rupanya, oh, alangkah laghanya saya, nanti saya kena azab dalam kubur baru tahu, kena azab kerana solat lengah-lengah, di panah kilat dan petir, di pukul lalu daging di badan tanggal dan tulang temulang terbenam dalam tanah, tempat yang cedera bertambah sakit seperti di jirus air panas.. oh oh oh!

Kawan saya masih gigih bercerita: “Malam tadi punya berita, Iran dah lancarkan peluru berpandu QIAM, bertulis YA MAHDI atas dia... Saya rasa mereka antara tentera-tantera Imam Mahdi yang mula bersedia nak menentang tentera Dajjal... Sebab kat Israel dah ada tentera yang bernama KAFIR... Ya Allah...seram saya...

Hamka, tolonglah tulis kisah ni di blog, Saya pun takut, sebab persediaan saya belum cukup nak menempuh dugaan besar macam tu... “

“kejap Bro, Panjang gila kau cerita, aku baru bangun tidur, mamai lagi ni, sekarang baru jelas, kau dah tengok video Arrival dan percaya itu tanda Dajjal nak keluar?”

“Ya betul, Video tu kejap jer Youtube delete sebab Youtube ejen Dajjal, dia tak nak orang tahu rahsia dia, tapi penerbit tu ada kod rahsia dan akan sebarkan lagi, jika Youtube delete, saya boleh bagi link baru”

“Memanglah Youtube delete sebab video tu petik filem Matrix, Filem Lord Of The Rings, penerbit Arrival tu dah cetak rompak karya orang, memanglah kena delete, siapa dajjal sekarang ni? Pencuri hak karya orang atau Youtube yang nak pengguna dia bermoral?”

“Eh? Hamka, kau tak percaya semua video tu?”

“Memang Tak Lah sebab video tu adalah TEORI KONSPIRASI yang boleh di reka oleh semua orang, yang percaya adalah bodoh, atau senang diperbodohkan.

Blog aku tak de cerita-cerita ramalan ni, biarlah tukang tilik jer yang meramal masa depan dunia dan mati masuk neraka, aku tak nak campur..

Pesan tok guru aku, banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

Dan aku tak nak terlibat dengan dosa orang yang quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, dan jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)

Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang! (aku pulak quote ayat al quran..)

Ok, aku teringin sangat nak bebel panjang lebar, tapi aku kat rumah abang ipar, lepas ni kita ngeteh, aku ulas betul betul bagi kau faham! Maaf letak telefon, aku sangat-sangat perasan sibuk, Bye!”

Tamat panggilan, terus saya bersiap nak solat Asar, tiba-tiba terdengar suara dari hati saya sendiri..

"Hamka, bukankah kau sudah solat asar tadi sebab dan buat jamak takdim?”

"ye tak ye juga”.

Lalu saya pergi ke dapur minum teh tarik yang bini saya buat, sebelum berangkat pulang, saya bersalam dulu dengan abang ipar, kemudian, dari dalam kereta, anak bini lambai tangan insyarat 'bye’ kepada ipar duai dan anak buah, lalu saya membunyikan hon sejurus menghilang dari pandangan mata mereka....

Sekian.

Ps: Kejadian berlaku sekitar 2008, dan pada tuhun 2012, kiamat telah berlaku dalam filem Hollywood, dan Youtube masih delete siapa siapa guna keratan filem tanpa izin walaupun dengan niat berdakwah, Youtube tetap akan delete. Now you know.

Woha!

Alat kaji Vaksin?

Satu hari dalam group Whatsapp.

“Awas semua, Yahudi ni Mereka percaya 100% Imam Al Mahdi akan memerintah dunia dan akan mengheret mereka ke muka keadilan dan dihukum serta dirampas semua kekayaan mereka, maka Yahudi telah menggunakan roh roh jahat Peraun untuk menjadikan manusia buta agar Imam Mahdi gagal dilahirkan, Lalu dijadikan vadsin sebagai tangkal yang dimasukkan ke dalam badan manusia”

“Admin, tolong remove orang gila ni”

“Siapa gila? Perlaksanaan vadsin diwujudkan dengan adanya wabak yang meluas, Vuris direkacipta agar vadsin dapat dilaksanakan”

“Kau gila sebab teruk sangat bila yakin yahudi boleh cari Imam Mahdi dan gagalkan Imam Mahdi, padahal janji Allah lebih besar, rujuk ayat al quran: Allah perancang dan Allah sebaik baik pereancangan, boleh jadi syirik jika yakin yahudi ni mampu bunuh Imam mahdi”

 “Aku ada hak nak menyuarakan pendapat aku di group ni. Dalam Vadsin memang ada cip, Malaysia akan jadi ujikaji zombie, baca komik yahudi dah heboh plan yahudi cipta vadsin sebagai konpirasi terancang dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat penyebaran viris zombie ”

“Serius? guna komik sebagai rujukan, kita rujuk Al Quran kau rujuk komik? Dulu Mamat Khalid buat filem Werewolf From Bangladesh, ada Mamat Bangla jadikah hujah konspirasi? Kau doctor ke? Al quran suruh tanya pada yang pakar, bab makan ubat baik doctor yang bercakap, bukan rujuk komik”

“aku bukan doktor, tapi aku ada ramai kawan-kawan doktor.”

“siapa nama doctor kawan kau tu, mereka ada journal perubatan berimpak tinggi tak?”

“Kau nak tegur aku, kau doctor ke?”

“Aku jual barang barang untuk doctor, ada alat ni semua boleh kaji kuman dan virus, nak link alat kaji virus: https://invol.co/cl5sope

“left group”

Woha!

Ps: Apa gila guna komik sebagai hujah? Saya harap dia belilah set permainan doctor tu bagi anak dia main, agar bila besar anak dia jadi doctor pakar dan dapat berhujah dengan dia. Tak salah jadikan anak pandai walau bapaknya bodoh. Klik sini: https://invol.co/cl5sope

Sep 16, 2021

Jangan berdakwah dengan hujah dari mimpi?!

Itu pesan tok guru saya masa awal belajar agama duhulu.

Masa tu tahun 1998, lagi dua tahun nak masuk Y2K.

Konspirasi zaman tu adalah, computer akan reset pada tahun 2000, sebab sebelum ni robot computer hanya faham dua digit mewakili 00 hingga 99, bermaksud 1900 hingga 1999 yang mana bila digit belakang bertukar jadi 00, maka computer akan pening antara 2000 atau 1900?, dan ejen dajjal akan ambil peluang ini untuk hack semua system peluru nuclear, dan lancarkan, malahan semua jet yang dikawal guna computer akan dirampas oleh tentera dajjal, lalu perang dunia ketiga akan Meletus.

Kemudian dalam ceramah agama, ada ustaz yang taksub dengan konspirasi ini hebahkan Imam Mahdi dah lahir sekarang dah 38 tahun, lagi dua tahun Nabi isa akan turun baiat Imam Mahdi, Kaabah dah berkunci, Imam Mahdi sahaja boleh masuk, Salji dekat Madnah, tanda Dajjal nak dekat, Rusia hantar satelit ada KFR pada tulisannya, bermakna kafir. Gerhana berlaku dua kali tanda Kuasa Dajjal makin kuat.

Menambahkan lagi perisa, ada ustaz lain yang gunakan mimpi dia kuatkan hujah teori konspirasi, dia Nampak Singapore serang Malaysia, Indonesia serang Malaysia, perang kaum berlaku di Malaysia, dan katanya Imam mahdi adalah orang melayu sebab bani jawi keturunan Nabi Ibrahim, Imam mahdi bagitahu dalam mimpinya. Lepas tu dikatanya tun Mahadir ejen freemason ilmuniti dajjal, dahsyat.

Ya tuan tuan dan puan puan, teori konspirasi pernah ramalkan, Tahun 2000 dunia akan kiamat. Ada yang berhenti kerja, tak nak sekolah, beli barang dapur banyak, dan menyorok sebab buat apa lagi kerja? Buat apa lagi Belajar? Sedangkan kiamat lagi dua tahun?

Mereka lupa hadis Nabi suruh tanam pokok walau esok kiamat..

Saya waktu tu baru nak belajar-belajar agama, belajar iktikaf di masjid, belajar berdkawah rumah ke rumah, ada peluang saya tanya pada tok guru saya tentang berita teeri konpirasi ini, betul ke?

Tok guru cakap, saya mimpi jumpa Nabi suruh ikut Jemaah Tabligh, tapi saya tak akan gunakan hujah mimpi dalam ceramah saya, lepas tu ada sorang lagi sampuk, saya pun jumpa Nabi, peluk saya sebab saya keluar tabligh, kemudian sorang lagi berkata mimpi jumpa Nabi dan tanya apa tanda ahli syurga? Jawab Nabi, orang yang ada kelengkapan itikaf di masjid. Dalam hati saya, arghh, sudah, sayapun ada jumpa Nabi suruh dakwah rumah ke  rumah.

Diam semua! Kata tok guru! Walau apapun mimpi kamu, jangan guna dalam ceramah, jangan sebarkan sebab pesan tok guru saya (wow, tok guru atas tok guru)

Jangan cakap ramalan! Berdosa meramal masa depan sebab orang akan berjudi nasib, dan judi itu haram, berapa ramai orang yang dah berhenti kerja, tak nak pergi sekolah bila ramalan perang dah dekat!? Tinggalkan cakap hal ramalan!

Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja

Cakap sekitar enam sifat sahabat, dan Banyakkan cerita atas langit dan bawah bumi sahaja.(atas langit: akhirat, bawah bumi: kisah Nabi dan sahabat, ehem, ehem)

Dan jangan quote ayat Al quran dan hadith untuk membetulkan teori konspirasi, salah tafsir masuk neraka, jangan mencemar kesucian Al quran dengan teori konspirasi yang karut marut dan tak masuk akal (rujuk Asbabun Nuzul)

Dunia ni dalam perancangan Yahudi? Bagaimana dengan ayat : Wamakaru wamakarallah wallahu khairulmakirin - Ali Imran(54) yang bermaksud, Mereka merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perancang!

Kita Sekarang ni buat kerja Nubuwah sahaja, dakwah dari pintu ke pintu, kerja jihad perang orang kafir ni belum tiba masanya sebab mereka masih belum melarang kita berdakwah.

Saya angkat tangan, tanya, apa dalil kita hanya perlu buat kerja Nubuawah sahaja? Kenapa tak Nubuwah sambil jihad.

Kata Tok guru dengan ayat paling klise bermakan dalam:,

Selagi subuh tak ramai macam solat jumaat, jangan berharap nak pergi berjihad!

Tiba tiba Di luar masjid, kelihatan sepohon pokok yang baru nak membesar, tak lama kemudian, pohon itu mulai membesar, daunnya mulai lebat, lepas tu berbuah, kemudian, buah di petik orang, lepas tu berbuah lagi, di petik lagi, juga sesekali bergoyang dipukul ribut, kadang kadang buahnya buruk lalu jatuh, juga di timpa hujan, dan angin kencang, kini, tak lama kemudian, daun daunpun mulai berguguran, dan lepas tu, tiada daun lagi, hanya ranting ranting yang tinggal, akhirnya di tebang JKR..

Ops!, prosa di atas adalah kesan khas cinematography bagi menggambarkan masa yang telah berlalu selama 22  tahun.

Ya 22 tahun kemudian..

2021, masih ada orang percaya teori konspirasi padahal teori itu boleh ditulis oleh mana mana penipu, dan siapa percaya orang penipu adalah bodoh.

2021, masih ada orang percaya mimpi tentang ramalan masa depan, padahal Agama dah sempurna, Tiada lagi Nabi baru kerana maksud agama sempurna adalah Nabi dan wahyu tidak diperlukan lagi untuk selesaikan masalah ummat terbaik kerana, Khairun Ummatan wasata al wasatiyyah mampu atasi apa jua masalah akhir zaman dengan berpegang pada Alquran dan sunnah.

2021, bilangan orang islam lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat subuh berjemaah masih tak sama dengan orang lengkap dua dos cucuk vaksin pergi solat Jumaat.

Renung renungkan.

Di tulis oleh orang yang berguru dengan orang yang mimpi jumpa Nabi tapi tak benar gunakan mimpi sebagai hujah.

Woha!

Cerai sebab Vaksin?

“Abang keretamayat, apa hukum suami cakap. Jatuh talak jika pergi cucuk vaksin, sedangkan isteri dah cucuk vaksin secara senyap senyap?”

“Oh, adohai, Kasihan Wanita bila dapat suami yang tak cerdik, apa korang tak nak ke bagi isteri tunaikan rukun islam kelima ke? Sekarang nak pergi Haji wajib vaksin, suami boleh pulak lafaz cerai taklik? Tak berdosa kau halang bini pergi umrah?

Mohon Menteri Hal Ehwal Wanita yang lama pergi mengadu pada Menteri Hal Ehwal Agama yang baru akan isu ni, Ada Fatwa terkini tak yang saya terlepas pandang? Sebab dalam islam, setahu saya,  tiada ketaatan dalam hal yang membahayakan nyawa kecuali waktu jihad perang.

Data setiap hari adalah sangat jelas, kes kematian sebab tak vaksin sangat tinggi, tapi kata anti vaksin jangan cucuk vaksin sebab ada jugak yang mati! Memanglah semua akan mati, makan tak makan semua mati, tapi kenapa makan jugak? Sebab usaha untuk hidup itu perintah Allah.

Jika perang zaman dulu.

Negara di serang anak panah.

17 juta pahlawan pakai baju besi. (80 mati)

11 juta pahlawan pakai baju besi Bersama perisai. (4 mati)

12 ribu tak pakai baju besi (semua mati)

Berjuta juta tak pakai baju besi tapi berlindung belakang pahlawan pakai baju besi, selamat buat sementara waktu tapi anak panah masih belum berhenti.

Logik anti vaksin, 84 orang mati tu sebab kelemahan baju perisai. Maka jangan pakai perisai?

Serius?

Sebab itulah saya pernah tulis berpuluh puluh tahun yang lepas, jika nak cari pasangan, nak cari kawan, nak cari menantu, nak cari rakan bisnes, tolong tanya soalan ini, insyAllah soalan ini akan dapat kita pilih kawan sebagaimana pesan Nabi, pilih kawan yang jual minyak wangi agar kita dapat wanginya.., jangan berkawan dengan penjual arang kerana akan terkena asapnya.

Maka saya pesan pada diri sendiri, bila nak cari menantu kelak,  atau bila ada orang berkenan kat anak kita dan datang nak merisik, biasa kita tanya:

Kerja apa? (Boleh terus bayangkan masa depan anak dengan status pekerjaan suami)

Duduk di mana? (Boleh jangka berapa kali anak balik ziarah, jika PKP dalam dareah yang sama mana tahu?)

Anak siapa?(Nak tahu dengan keturunan mana kita berbesan?, jika anak Dato ke boleh selamatkan perniagaan papa)

Bukan apa, Tanya soalan waktu merisik ni sebab nak tahulah jugak latar belakang kehidupan bakal menantu sebab mereka nanti nak hidup dan nak jaga anak cucu kita, jadi saya rasa akan datang, mungkin kita boleh tanya bakal menantu beberapa soalan terkini:-

-Bumi ni rata ke Sfera? (boleh tengok cara dia berfikir normal ke tak)

-Betul ke orang ke Bulan? (boleh tahu cara dia menilai sains)

-Pernah kena tipu oleh scammer Multi Level Marketing? ( Boleh tahu level otak dia)

-Apa pendapat anda tentang Abu Bakar dan Umar? (boleh tahu Syiah ke tak)

-Sambut Maulud Nabi boleh tak? (boleh tahu dia wahabi ke tak)

-Nak beranak kat rumah ke kat Hospital? (boleh tahu jika dia menyokong ajaran sesat bidan haram)

-Apa pendapat anda tentang Tun, Abah, Anwar, Hadi, Najib dan Ismail Sabri,? (boleh tahu dia macai politik mana)

-Pernah jumpa hantu?(boleh tahu tahap mistik yang dia percaya)

-Anak nak hantar sekolah tak? (boleh tahu ilmu anti kemodenan ke tak)

-Ada takaful atau Hibbah tak? (Boleh tahu tahap tawakal jenis sembang ke laut ke? Aduhh)

-Hisap rokok tak? (Jika jawab khilaf.. hmmm)

-Apa pendapat Menteri tipu ijazah? (Boleh tahu tahap kejujuran etika dia level mana)

-Jika dapat anak OKU nak buat kad tak? (Boleh tahu jenis berdamai dengan takdir ke atau tak boleh terima hakikat)

-Apa pendapat tentang Bapuk? (Tengok dia sokong LGBT ke apa)

-Buat pinjaman guna sistem Bank islam ke?(Boleh tahu kefahaman dia tentang ekonomi dan comon sense)

-Apa pendapat tentang dakwah pint uke pintu macam Jemaah Tabligh? (Boleh tahu level agama dalam dada dia)

--Anak nanti nak cucuk vaksin ke tak? (boleh tahu sama ada dia hantu teori konspirasi, dan mungkin akan lafaz cerai jika anak kita pergi cucuk vaksin, nauzubillah!)

.

.

..

.

Okey, begitu lah lebih kurang soalan-soalan asas untuk menilai tahap pemikiran bakal menantu korang, tapi jika dia jawab satu jawapan khas.

InsyaAllah dia masih boleh di selamatkan.

Nak tahu apa jawapan yang membuatkan si dia boleh diselamatkan?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Pakcik, makcik.., saya sebenarnya ada baca buku Hamka Kereta Mayat.

Woha!

Ps: Buku tinggal lima tajuk sahaja (1) Ngeteh di kubur ayah (2) Kisah Laki Bini (3) Kerana dia Anak syurga (4) Semusim di Syurga (5) Kisah Anak Bini.

Siapa cepat dia dapat. Manakala..

Buku (6) Semusim di Neraka, (7) Menangakap Dajjal, (😎 Hantu Terakhir, (9) Permata yang hilang, (10) Kamar Sutera, (11) Almond Gay, ....itu semua dah habis dan telah bertukar menjadi kenangan terindah di celah celah almari masyarakat Malaysia menemani PKP terindah sekalian.

Sila Kagum dari jauh!

Sep 15, 2021

Cikgu tolak Vaksin?

Nak jadi cikgu ni tolong jadi bijak, sebab nak ajar anak murid jadi bijak, cikgu kena jadi bijak dulu. Rosak masa depan anak murid jika dapat cikgu yang bodoh dalam menerima fakta, dan guna testimoni sebagai kebenaran, apa ke jadah?

Jika tidak bijak, cukuplah cikgu ada kemahiran CELIK SAINS, iatu tahu membezakan mana satu fakta dan mana Auta.

Alkisahnya, Saya pernah jumpa cikgu sains yang cakap, orang ke bulan tu konspirasi, adohai..

Bila borak katanya kenapa sekali jer orang ke bulan? Nampak sangat tak membaca, padahal sudah enam kali orang mendarat ke bulan dan jumlah orang pijak kaki ke bulan seramai 12 orang, sebab tu bila ada cikgu cakap, gambar ke bulan ini adalah tipu, saya tanya balik, ni gambar pendaratan yang ke berapa?, lepas tu orang tu cakap, eh, bukan sekali jer ker orang ke bulan?, adohai cikgu, tak tahu tu tanya, bukan berlagak pandai! Orang dah nak ke Marikh cikgu oiiii..

Sebab ada cikgu tak celik sains lah, maka dengar cerita ramai jugak cikgu kena tipu melabur beli produk mengarut dan mahal seperti filter water alkali konon boleh sembuh penyakit canser, gelang magnet konon boleh tolak aura jahat, dan sebagainya yang mana, orang yang jual cara MLM ambik kesempatan atas kejahilan cikgu bab sains dengan mereka-reka cerita karut yang tiada asas sains.

Masa saya kecik dulu, pernah dengar cikgu mengajar mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, tapi bila saya kaji, rupanya fakta tu tipu, sebab Tuhan buat otak kita berfungsi 100%, cedera sikit otak, boleh lumpuh satu badan, sila kaji bab ni jika korang tak pernah ambil tahu.

Jadi sekarang, dah ada cikgu anti vaksin? Tak tahu apa hujah mereka? Harap hujah mereka tak sama dengan anti vaksin tegar yang guna hujah ulamak penipu, doctor ejen dajjal, vaksin ada babi, hospital fremason, Who tuhan doctor, SOP tu ilmuniti, dan macam macam, sedangkan pakar perubatan Al quran arwah Datok Harun Din pun tak tolak untuk pergi IJN rawat jantung. Jadi harap cikgu ada hujah yang setaraf sains dan data jika nak tolak perubatan moden.

Akhir kata, kepada semua cikgu, saya harap semua ada asas sains yang kukuh supaya tak mengajar dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal. Jangan sampai anak murid balik sekolah bagitahu: ayah, tadi cikgu bagitahu bumi ini rata, atau cikgu cakap dalam vaksin ada robot nak control manusia? dan lain lain fakta yang tak masuk akal. Tolong, harap tak ada cikgu macam tu!

Maka kepada 2500 cikgu yang tolak vaksin tu, boleh bagitahu apa hujah anda hingga sanggup menolak kaedah sains paling ampuh dalam pandemik?

Tulis jawapan anda dalam 250 patah perkataan.

Woha!

Anti Vaksin bertanjak?

“Abang kereta mayat, saya betul betul nak minta tolong untuk betulkan sikit pemahaman geng geng antivaks bertanjak”

*******

Apa, Antivaks bertanjak?

Abang pun bertanjak juga dan cucuk vaksin dengan keyakinan hanya Allah berkuasa, Vaksin takde kuasa, yang bagi manfaat mudarat hanyalah Allah, namun ikhtiar juga perintah Allah, Tawakal lepas ikhtiar adalah Sunnah.

Ini bukti video saya cucuk vaksin siap dengan bertanjak lagi.

https://youtu.be/-ouDCAC_OtI

Masalah geng anti vaksin, mereka anggap vaksin ni racun, dan risau kesan “racun” vaksin macam vaksin ni ada kuasa dahsyat giler, macam vaksin ni bapak segala racun, mana pergi Allah berkuasa segala galanya?, kena tulis ni kisah Umar minum racun sebotol, kisah Khalid minum racun sebotol bila orang cerita kehebatan racun, tapi racun tu tak bagi mudarat langsung bila yakin betul, kena tulis jugak hujah Imam syafee benarkan minum sedikit racun untuk tujuan perubatan, tapi sekarang ni 0.3ml dia punya gentar, adohai.., di mana Allah dalam hati kalian wahai ummat islam?

Malas lah nak tulis kisah Umar minum racun, Khalid Minum Racun, dan Iman Syafie punya fatwa bab berubat dengan racun sebab dosa tolak ulamak, tolak hadis ni besar dosanya, saya tulis lain kali jika ada yang benar benar ikhlas mahu belajar, sekarang kita berhujang guna asas akidah sahaja.

Alkisahnya, lepas saya buat video ni, ada orang share video orang buat video macam saya, dan mati lepas upload video kerana vaksin, Alhamdulillah impian orang yang takutkan saya tidak tercapai, sebab saya masih sihat wal afiat, dan mereka kata, takpe, tunggu lepas dua tahun, semua yang cucuk vaksin ni akan meninggal.

Astarfirullah..

Syirik tu bila yakin vaksin boleh bunuh kita, itu yang Khalid pedang Allah tersentap bila orang kafir bawa botol racun dekat poket untuk bunuh diri jika kena tangkap, terus Khalid Al walid cakap, racun tak boleh bagi mudarat, hanya Allah bagi mudarat, dan minum sebotoll.

Terlopong orang kafir tengok keyakian orang islam yang selamba minum racun, terus ramai ramai orang kafir masuk islam.

Jadi siapa sini yakin vasin ada kuasa boleh bagi mudarat, maka mereka sama syirik macam orang kafir kena tangkap zaman Kahlid Al Walid itu.

Kisah Umar khalifah ke dua islam pulak, sedang lepak masjid, orang kafir datang bagi hadiah racun paling bahaya untuk bunuh musuh, kata Umar, musuh saya adalah nafsu saya lalu minum dengan yakin betul, Allah kuasa, racun tiada kuasa, maka terkejut orang kafir tengok Umar langsung tak mati, dan terus takut nak berperang.

Dalam kitab pulak, Kata as-Syafie :

“Sesungguhnya meminum ubat yang mengandungi sebahagian racun di dalamnya, dan yang kebiasaanya kesembuhan akan terhasil daripada ubat itu: maka dia tidak berdosa apabila meminumnya, kerana dia tidak meminumnya untuk memudaratkan dirinya dan bukan juga untuk menghilangkan kewarasan akalnya”

Jadi bila Imam Syafee pun dah bagi fatwa, mufti dan ulamak pun dah bagi fatwa, siapalah kita nak pertikaikan lagi?

Tapi yang cucuk vaksin, jangan samakan vaksin ni racun, vaksin ni adalah Teknik merangsang antibody melawan virus, dan yang cucuk vaksin juga syirik jika yakin vaksin boleh panjangkan umur kita, semua ini ikhtiar sahaja, sedangkan ajal maut ini di tangan Allah, bukan ditangan vaksin, mati itu pasti, macam makan jugak, makan tak makan tetap mati, tapi kenapa kita makan? Sebab ikhtiar, so cucuk vaksin tak cucuk vaksin tetap mati, tapi kenapa cucuk?, sebab iktiar dengan yakin yang betul bahawa Allah kuasa makhluk tiada kuasa.

Logik tak, geng anti vaksin kata, vaksin ini agenda Dajjal, tapi jika lepas 2 tahun semua yang vaksin mati, nanti dajjal datang, tinggal anti vaksin jer hidup, so mereka jadi tentera dajjal ke macam mana? Logic tak? Langsung tak boleh hadam.

Logik tak, bila hadis bagitahu dajjal tak boleh masuk mekah, sekarang ni anti vaksin tak boleh masuk mekah sebab tak vaksin, ni plan nak duduk kat luar kota Mekah bersama dajjal ke bagaimana? logik tak?

Akhir kata, Doktor dan Nurse serta Frontliner cakap penat sebab pesakit ramai, lepas tu nak cucuk vaksin bagi ramai lagi sakit agar mereka tak boleh rehat? Logic tak?

Fikir fikirkanlah.

Akhir kata, saya cucuk vaksin, dengan keyakinan, vaksin makhluk, yang tak boleh bagi manfaat dan mudarat melainkan dengan izin Allah, sungguh Allah kuasa, makhluk takde kuasa!

Dan saya juga bertanjak!

Woha!

Sep 14, 2021

Ustaz K kena bunuh?

Elok orang islam ambil tahu hal ini, sebab ini adalah kisah benar.

Alkisahnya, satu hari ada orang datang jumpa ketua kampung bagitahu orang kampungnya tak pandai agama, perlu bantuan ustaz area sini atau siapa siapa yang pandai untuk pergi mengajar. Sebab kampungnya ramai mualaf sekarang baru masuk islam.

Oleh sebab Ustaz K ada asas agama yang baik, maka ketua kampung suruh Ustaz K keluar berdakwah di sana, pergi ajar orang kampung sana yang sudah bersedia nak belajar.

Baiklah ketuaa kampung, Ustaz K faham bahawa nak ajar orang yang nak belajar agama ni senang, lagipun ini adalah perintah Allah, sebarkan kebaikkan, maka Ustaz K pergi ke kampung sana bersama geng ustaz juga seramai sepuluh orang, kira jemaah ustaz-ustaz lah ni, sebab ada antara mereka hafiz 30 juzuk.

Selang masa ke sana, elok dijalanan, dah dekat nak sampai, Ustaz K dan sahabatnya dikepung oleh orang kampung sana. Eh kenapa ni?

Rupanya orang kampung tu yang pura pura masuk islam, dan ambik peluang ni untuk bunuh geng ustaz. Depan mata ustaz K, Sembilan kawanya ditikam hingga mati.

Ustaz K pelik juga, kenapa beliau tak di bunuh?

Rupanya ada musuh lama yang nak seksa sebelum bunuh, maka ustaz K di ikat pada tiang salib di tengah padang, dan dipukul hingga ramai orang datang untuk melihat ustaz K diseksa sampai mati.

Bila dah puas kena pukul, sebelum di bunuh, Ustaz K di tanya, apa permintaan terakhir?

Ustaz K cakap, nak solat dua rakaat buat kali terakhir.

Ustaz K dibenarkan solat, dan Ustaz K solat dengan kelajuan normal, Habis solat, ustaz K cakap,

"Seandainya bukan karena dikira takut mati, maka aku akan menambah jumlah rakaat solatku."

Kemudian Ustaz K kembali disalib, dan dihujani anak panah pada seluruh tubuh kecuali beberapa anggota penting, agar Ustaz K mati terseksa.

Dalam keadaan kesakitan akibat dipanah, datang pula algojo memotong kelua dua lengannya, lalu ketua orang kafir bertanya:

"Sukakah engkau bila Nabi Muhammad menggantikanmu sementara kau dilepaskan rehat bersama keluargamu?"

Jawab Ustaz K: "Demi Allah, Aku tidak rela bersenang lenang bersama anak isteriku menikmati kesenangan dunia, sementara Rasulullah terkena musibah walau dicucuk oleh sepotong duri!"

Lalu beliaupun mati dibunuh!

Kematian Ustaz K sangat mengkagumkan seorang saksi, tidak pernah dalam hidupnya melihat seorang yang hidup beragama mampu bersolat dengan penuh tenang dan Khusyuk sebelum dijatuhkan hukaman mati.

Solat itu adalah pemandangan rohani yang sangat kuat melekat pada saksi itu hingga akhirnya saksi itu masuk islam.

Kisah ini berlaku zaman Nabi, Ustaz K adalah Khubab bin Adi, seorang sahabat Nabi.

Saksi kejadian ketika itu adalah Said bin Amir

Alkisahnya, Said yang melihat hukuman ini, bukan buatkan dia rasa takut nak masuk islam, tapi terus gelisah memikirkan agama apa yang sanggup buat orang seperti Khubab sanggup korbankan nyawa walau diseksa sedemikan rupa, kemudian sebelum mati dapat pula solat dengan penuh kepuasan, maka Said lepas gelisah siang dan malam, akhirnya buat keputusan, agama yang benar sahaja yang akan menjadikan penganutnya rela mati diseksa, dan tenang dalam solat sebelum mati, lalu pendek cerita: Said pun masuk islam.

Moral cerita, ketika kita rasa hidup ini sangat teruk, hingga ada yang selamba tinggalkan solat, ketahuilah mereka-mereka yang hidup di zaman Nabi, ujian hidup mereka bukan biasa biasa, mereka diseksa, keluarga dibunuh, dipulaukan, dibiar kelaparan, serta pelbagai ujian hidup, tapi bagaimana susahpun hidup mereka, solat tetap dijaga.

Sungguh Darah Sahabat telah mengalir.., namun kita dalam kelembutan sejadah, dibawah kipas nombor lima, dan deruan air cond yang menyamankan badan, mengeluh macam macam.

Sampai solat pun kita lengah lengahkan.

Lepas tu mengeluh:

“Kenapa hidup aku susah sangat woi?”

Tak tahu nak woha ke tak ni?

Adohai..

Akhir kata, usahkan nak cerita bab jaga solat, Cuma nak tanya, pernah tak sekali seumur hidup kita?, pernah tak kita dapat menikmati solat selazat solat terakhir Khubaib bin Adi? Yang mana orang kafir tengokpun rasa nak masuk islam?

Fikir fikirkanlah.

Beksin tu apa?

Selalu tengok geng anti vaksin tulis BEKSIN-BEKSIN-BEKSIN?

Katanya dia benci vaksin, maka sengaja di eja salah, sebab nak zahirkan perasaan benci.

Adohai, macam budak budak.

Bila benci panggil “mak kau hijau”

Kita semua dah dewasa, Nak menulis biar ada etika, jika benci jangan sengaja salah ejaan, dalam  islam ajar bawa ketaatan dalam solat ke luar solat, iaitu walaupun kita benci firaun, kita benci Abu lahab, tapi bila kita baca, kita sebut betul betul, jika sebut salah sebab benci, maka solat kita batal.

Maka bawalah ketaatan dalam solat ke luar solat, sebut nama sesiapa sahaja dengan betul, walaupun musuh, tulis dengan betul, tunjuk akhlak yang baik, jika benci lawan dengan hujah, bukan dengan salah eja.

Siapa lepas ni tulis BEKSIN lagi dekat ruang komen, dia adalah antivaxx HIJAU!

Woha!

link asal: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/402848267863918

Sep 3, 2021

Taliban tu jahat ke baik?

Al kisahnya, Ketika Malaysia negara Islam bertukar Kerajaan secara aman, di Afghanistan juga negara islam sekarang ini sedang bertukar Kerajaan, beribu-ribu orang awam mati termasuk kanak kanak waktu perang rampasan kuasa, dan dengar berita airport sesak sebab beribu ribu rakyat lari takut dengan pemerintahan Taliban.

Ketakutan rakyat mereka berasas, atau ada unsur ‘keabsahan’ kerana zaman pemerintah Taliban dulu, banyak kisah tak elok kita dengar, ingat kisah Malala?

Al kisahnya, pada tahun 2012, ada tentera Taliban yang tahan bas sekolah, lalu dengan senapang di tangan telah naik bas yang membawa budak budak perempuan, dan mencari pelajar yang bernama Malala, jika tidak ada yang mengaku, beliau akan tembak semua pelajar dalam bas itu. Pihak Taliban itu juga bersumpah nak membunuh ayah kepada Malala jika tak menyerah diti.

Kemudian dengan penuh keberanian, berdirilah seorang gadis berusia 15 tahun, mengaku dirinya Malala, lalu serta merta Malala ditembak dua das, satu di leher dan satu di kelapa.

Kenapa Taliban marah sangat kepada Malala?

Ini adalah kerana Malala menulis kisah bencana di sekolahnya dalam blog yang boleh di baca oleh semua orang, tajuk karangan Malala pula bukan “banjir di sekolah saya" macam tugasan kita kat sekolah dulu, tapi kisah ngeri berjudul "Taliban di sekolah saya", yang mana Malala share kisah betapa susahnya nak pergi sekolah sebab sekatan dari Taliban untuk budak perempuan belajar macam lelaki.

“tak benarkan ke sekolah satu hal, tapi diroboh pula sekolah apa kejadah?”

Begitulah lebih kurang petikan luahan perasaan Malala di blognya.

Tapi umur beliau panjang, lepas koma kena tembak, keajaiban berlaku, Malala dihantar ke sebuah hospital dan sembuh sepenuhnya.

Jadi Cerita Malala ni memang heboh seluruh dunia, dan dengan berkuasanya Taliban di Afghanistan, maka ramai orang perempuan di sana share dimedia sosial, betapa mereka susah hati sebab hak Wanita akan hilang katanya, mereka akan mati kena bunuh lepas ni, mereka akan kena kurung, tak boleh kerja, tak boleh sekolah.

Lepas tu keluar berita Taliban janji, akan benarkan bersekolah. Namun banyak berita tersebar Taliban dah ulang balik perangai lama, buat rakyat lari tinggalkan negara.

Jadi.., balik pada tajuk: Taliban ni baik ke jahat?

Sungguh Takdir Allah malam tadi, baca Taklim dengan anak bini, baca hadis yang menjawab soalan ini, Alhamdulillah.

Maha suci Allah, yang takdirkan saya baca hadis ini seterusnya menjawab soalan: Taliban baik ke  jahat?

Hadis tu berbunyi begini:

Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah S.A.W.

Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :

Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T (3) tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma Dia memperkenankan (2)dua perkara sahaja dan (1) satu lagi ditolak.

1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.

2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana . Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.

3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka, Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan.

Habis baca anak terus tanya, “Kenapa Allah tolak 1 dari 3 doa Rasulullah?”

Anakku,

Bab orang islam bila miskin, atau lapar, atau susah, dan bila mereka berdoa untuk dapat bantuan, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada mereka  jadi kaya, atau orang kaya datang bantu, itu yang sedang berlaku zaman Covid ini, orang islam susah, dan ada orang datang bantu, doa Nabi yang pertama telah makbul.

Bab kedua, jika berlaku bencana kemarau, orang islam pun doa, maka Allah boleh takdirkan bantuan sampai, sama ada kemarau hilang, atau orang kaya datang bantu, rujuk zaman Covid, orang islam solat hajat minta bantuan, tak sampai setahun, Allah bagi ilham pada manusia temukan Vaksin, Alhamdulillah, doa Nabi yang kedua telah makbul.

Doa ketiga, Nabi nak Allah halang orang islam buat jahat, Nabi nak Allah halang orang islam bergaduh, maka doa ini Allah tak makbul sebab dunia ini darul asbab, iaitu Allah bagi peluang siapa sahaja nak buat apa apapun boleh, nak buat jahat boleh, nak buat baikpun boleh. Nak bergaduh boleh, Nak berdamaipun boleh.

Sebab tu dalam dunia ini, ada orang islam yang baik, dan ada orang islam yang jahat. Ada orang islam selamatkan maruah Wanita, ada juga orang islam rogol pelajar, rogol anak, bunuh orang, hingga orang kafir datang tanya saya:

“Kenapa Allah tak halang ustaz rogol budak? Kenapa orang islam bergaduh? Allah tak boleh halang ke orang islam bila bergaduh? Kenapa ada orang islam merompak? Allah tak boleh lumpuhkan tangan ke? Allah lemah ke?

Okey, Bayangkan doa Nabi makbul, Allah akan halang orang bergaduh, tapi orang kafir mahu, halang semua kejahatan, okey, bayangkan Allah halang orang dari buat jahat seratus peratus, bayangkan dunia macam tu?

Bayangkan orang terpandang Wanita cantik, tiba tiba buta, orang nak pergi rogol, tiba tiba mati pucuk, orang nak mencuri tiba tiba lumpuh, orang tidur masuk waktu solat, tiba tiba malaikat kejut, angkat, dan dirikan suruh solat. Orang nak tambah makan, tiba tiba pinggang terbalik sebab dah makan lebih dari had?

Best ke hidup macam tu? Jadi robot? semua orang buat baik sahaja sebab jika buat silap, tangan jadi keras, kaki jadi lumpuh, mata jadi buta? nak macam tu? tiada peluang taubat? buat salah terus terhukum?

Apa jadi jika hidup macam tu? Tak ada kebebasan memilih? Semua kena ikut program macam robot?

Dunia ni Darul asbab, Semua pilihan hidup Tuhan benarkan, nak makan babi pun Tuhan tak lumpuhkan mulut, nak berzina Tuhan tak terus potong kemaluan, Nak minum arak Tuhan tak terus ulser kan mulut, perempuan nak seksi takde tiba tiba kena sopak, takde! Orang nak bergaduh takde tiba tiba lumpuh, takde!

Saya ulang, semua Kejatan serta kebaikkan Tuhan Izinkan sebab dunia ini darul asbab,  tapi ingat, hidup ini ujian. semua perbutan itu ada mahkamah menanti lepas mati.

Nak Beragama pun macam macam pilihan manusia buat, dan Tuhan tak terus halang, ada yang sembah batu, sembah kayu, sembah anak Tuhan, sembah duit, tak sembah apa apapun ada, tiada yang tiba tiba tak percaya tuhan jadi gila, takder, tapi ingat, hidup ini ujian, semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.

Maka perkara yang sama dalam jenayah, nak bunuh orang, nak rogol, nak mencuri, ustaz buat jahat, artis rogol peminat, usyaz raba followers, serta ORANG ISLAM BERGADUH, semua tu takde tiba tiba lumpuh atau kena sawan, korang boleh bebas buat jenayah sana sini, tapi ingat, hidup ini ujian. semua itu ada mahkamah menanti lepas mati.

Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi indah dengan pelbagai pilihan baik, Indah macam Malaysia mungkin? Tukar Kerajaan tanpa tumpah daarah, negara islam juga.

Maka kerana bebas memilihlah dunia ini menjadi neraka dengan pelbagai pilihan buruk, Negara sedang berperang contohnya, nak buat jahat sangat senang waktu perang.

Tapi ingat, adil ini bukan di dunia, adil itu di akhirat, siapa buat baik besar kepala mancis pun Allah akan balas, buat jahat besar kepala mancis pun Allah akan tuntut! Ingat tu!

Doa Nabi di tolak itu nak bagitahu, bahawa  Tuhan tak kawal manusia macam robot, Tuhan cipta manusia dengan kuasa memilih, bagi akal, bagi fikiran, bagi nafsu, dan dengan akal fikiran semua manusia sangat percaya negara terbaik adalah Negara yang ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah. Tapi Bila Allah bagitahu akhirat nanti ada system keadilan, ada mahkamah, yang akan hukum orang bersalah, tak nak terima pulak? Adohai..

Hari ni bila Hitler bunuh sejuta Yahudi termasuk wanita dan kanak kanak lepas tu Hitler pergi bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi mahkamah Akhirat ada sedia menanti.

Hari ni jika anak kecik kita kena culik dengan ustad jahat, lepas tu dia liwat dan rogol, lepas tu dia tanam mana mana, lepas tu dia bunuh diri, nampak macam lepas di mahkamah dunia, tapi akhirat, ustad tu tak boleh lari sebab Mahkamah Allah sangat adil.

Hari ni jika orang tak bayar hutang kita, hingga kita hidup susah dan melarat, dan orang tu kita tak tahu lari ke mana, nampak macam dia lepas mahkamah dunia tapi dia tak akan dapat lari dari mahkamah akhirat, itu pasti! dan itulah keadilan!

Hari ni kita fitnah orang mencuri dan merompak, kita bagi bukti palsu, kita jaja cerita, kita susahkan dia naik turun mahkamah, kita rampas harta dia sebab kita tuduh dia mencuri, dan akibat fitnah kita, dia terpaksa kena naik turun mahkamah bertahun tahun sebab fitnah kita, tiba tiba kita mati kena Covid,

Nampak macam kita dah Berjaya susahkan dia, tapi Akhirat menanti, Mahkamah Allah ada menanti, dan dosa susahkan orang, Allah bagi orang tu sendiri nak ampunkan ke tidak, itu yang merangkak di akhirat nanti sebab penat minta maaf.

Dan orang orang yang sedang memperokol olokkan Islam, hina Allah, kutuk agama islam, tapi masih kekal sihat, dapat makan, belum lumpuh, juga masih boleh melihat kerana Allah sangat rasional dan memberitahu tahu dalam Al quran, mereka akan diberikan tempoh (untuk enjoy) dan dikirimkan utusan. (untuk menegur)

Dan jika hina pulak utusan Allah, tidaklah terus Allah azab mereka, bagi lagi mereka peluang untuk berfikir, kadang diuji sikit susah agar ingat kita ni lemah, tapi orang sombong tetap nak lawan Allah.

Tak lama kemudian semua mati kecuali Allah!

Maka Kematian adalah Keadilah terbaik ciptaan Allah, semua akan mati, dan semua akan masuk mahkamah Allah.

Mangsa rogol, mangsa bunuh, mangsa fitnah, mangsa hutang tak bayar, semua akan dapat keadilan di akhirat.

Balik kepada soalan, Taliban ni baik ke jahat?

Jawapannya, terpulang pada amalan dia, ada kisah Taliban yang tembak Malala dalam bas, itu Taliban jahat, ada kisah Wanita kena rogol, dan Taliban datang tangkap perogol, itu Taliban baik.

“Tapi encik Hamka.. Mungkin Taliban jahat itu adalah tentera yahudi atau tentera amarika yang menyamar nak burukkan islam? Mana tahu? Semua ni kospirasi Dajjal!”

Ya lah, jika mat rempit ragut beg tangan awek kau, dan seret tengah jalan lalu awek kau mati, maka mat rempit tu sebenarnya bukan orang islam, tapi yahudi yang menyamar menjadi mat rempit dengan niat nak burukkan islam sebab dalam dunia saya, semua orang ialam adalah baik?. Mana tahu? Adohai..

Bro, terimalah kenyataan, bukan semua orang islam baik, memang ada orang islam yang jahat. Dan ini adalah fakta.

Rujuk Al quran dan hadis, ramai jugak orang islam yang masuk neraka, sebab mereka buat jahat, membunuh sesama islam dengan kejam, hukumnya masuk neraka, sebab tu dalam Al quran ada ayat dakwah sesama islam.

Ayat “wahai orang beriman” dituju kepada orang islam, supaya taat perintah Allah ikut cara Nabi, kerana orang islam yang jahat, mereka dah tak ikut cara Nabi, bunuh dengan kejam bukan cara Nabi, dalam perang Nabi pesan jangan bunuh kanak kanak, sekarang dalam perang sesama islam, boleh pulak seksa sampai mati budak budak kecik. Adohai.

Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan hukum hudud untuk orang islam yang mencuri, berzina, menfitnah, membunuh dan lain lain.

Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk menyedapkan sentiment saya.?

Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata kerana sentimen!

Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.

Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup.

Sekarang banyak bukti sahih yang di rakam dan didokumentasikan menunjukkan ada sebahgian orang Islam yang menjadi pengganas dan membunuh sesama islam, yang ajak jihad seks, yang  seksa budak budak, ustaz rogol pelajar dan sebagainya.

Samada saya suka atau tidak, memang ada sebahagian orang Islam yang buat  kerja jahat itu. Bukannya saya kena reka cerita yang menyedapkan hati:  oohh, sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam.

Ini adalah emosi dan sentimen semata-mata. Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian. Memang akan ada ramai orang islam yang masuk neraka, Hinnga ada hadis cerita Nabi turun padang  bagi syafaat untuk bantu orang islam yang berdosa agar keluar dari neraka.

Nak tengok orang islam masuk neraka mungkin tak sempat, tapi jika korang pergi penjara dan tengok kes jenayah yang tak masuk akal, ada tak orang islam yang buat?, ada, dan banyak. Ustad ularmak pun ada kes rogol jika kau tak tahu!

Moral of the story: Taliban baik atau Jahat? Biarlah amalan mereka yang menentukan, Pintu Taubat terbuka buat semua yang masih hidup.

Kita di sini, Terimalah hakikat bahawa dalam dunia ini, ada orang islam yang baik dan ada orang islam yang jahat, dan yang baik tak selamanya baik, dan yang jahat tak selamanya jahat, pilihan di tangan kita.

Sungguh setiap orang disediakan Tuhan akan pintu Taubat masing masing, gunakan sebaiknya sebelum pintu kereta mayat terbuka.

Kita jangan sibuk nak tutup pintu Taubat siapa siapa, Tapi saya boleh tutup pintu keretamayat korang!

Woha!

Ps: Ada yang tanya, beli kata mana kitab Taklim tu? saya tak jual, saya jual buku saya sahaja, ada 5 tajuk tazkirah santai tapi sampai, jika nak beli Taklim, ini, link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t