Dalam sejarah Islam, ada kisah romantic dari Raja Islam yang mungkin kita terlepas pandang.
Bayangkan di malam hari, di tengah padang pasir, ada
pasangan kekasih sedang berjalan pulang ke rumah sambal melihat keindahan
bintang bintang di langit.
Di wajah mereka ada tanda kepuasan menjadi hamba Allah
kerana mereka baru pulang dari berkhidmat kepada rakyat.
Alkisahnya, Raja orang islam ini, di malam hari akan buat
rondaan dengan berpakaian seperti rakyat, untuk melihat sendiri masalah rakyat.
Di jalanan, sewaktu meronda, Raja orang islam ini tiba tina
ternampak di tengah padang pasir ada khemah yang baru di dirikan, rasa ingin
tahu siapakah pemilik khemah itu, Si Raja mendekati.
Di luar khemah ada seorang lelaki yang sedang susah hati,
kerana dari dalam khemah terdengar suara perempuan menjerit kesakitan.
Si Raja mendekati lelaki itu dan bertanya khabar, tapi
lelaki itu bagaitahu: Jangan sibuk jaga tepi kain orang.
Si Raja bertanya siapakah dalam khemah? Kata lelaki itu
isterinya nak bersalin tapi tiada siapa nak bantu.
Si Raja tanya ada Wanita lain tak dalam khemah? Katanya
isteri sorang sahaja, dan mereka adalah musafir yang ada hajat untuk bertemu
Raja bagi minta sedikit bantuan kewangan.
Raja terus berlari balik rumah, dan ceritakan masalah rakyat
kepada si isteri.
Terus isteri berkemas dengan bawa gandum, minyak, periuk dan
lain lain keperluan.
Kemudian mereka berdua meredah kepekatan malam berlari ke
tengag padang pasir untuk bantu musafir tadi.
Sampai sana, isteri Raja masuk bantu isteri musafir dan raja
pulak, hidupkan api, letak periuk, letak air, letak gandum, letak minyak, dan
kacau sampai masak. Kelihatan asap asap keluar dari janggut Raja sewaktu si
Raja mmebesarkan api dengan cara meniup kuat kuat.
Tak lama kemudian, terdengar suara bayi menangis memecah
sunyi, dan isteri raja berkata dengan kuat:
“Wahai Raja orang islam, bagitahu temanmu, tahniah sebab
dapat baby boy!”
Terus musafir kat luar tu terkejut dan gelisah kerana orang
yang dia halau awal tadi adalah seorang Raja, kemudian Raja datang lagi bantu
masak manakala isteri raja bantu isterinya bersalin.
Tapi Raja menenangkannya, jangan risau, tak perlu takut pada
saya.
Esok, datang jumpa saya, akan saya berikan bantuan yang
sepatutnya.
Raja kemudian hulurkan makanan ke dalam khemah untuk di
makan oleh isteri musafir.
Bila semua selesai, raja dan isterinya pulang ke rumah
dengan wajah berseri-seri kerana telah dipilih oleh Allah, untuk tunaikan hak
rakyat dengan tangan sendiri.
Rupanya bukan malam itu sahaja Raja buat begitu, malam yang
lain, ada kisah raja sewaktu sedang meronda di waktu malam, mereka terjumpa
dengan sebuah keluarga yang mana di dapati anak-anaknya sedang menangis
meraung, dan di luar rumah terdapat periuk yang dinyalakan api, apabila di
tanya Raja kepada si ibu akan apakah gerangan derita si anak-anak menangis
sebegitu rupa?
Jawab si ibu, bahawa anak-anaknya sedang menderita kelaparan
dan beliau sedang menipu anaknya dengan memasak bekas kosong hanya untuk
menghiburkan anaknya supaya anaknya nanti tertidur sambil menunggu ‘makanan‘
itu masak.
Terus Raja berlari pergi ke BAITUL MAL dan bergegas kembali
membawa sekarung makanan yang dipikulnya sendiri, walaupun ada orang menawarkan
diri untuk menolong, tapi di bantah oleh raja Islam dengan soalan:
“Adakah kau nak pikul dosa saya kat akhirat kelak?.”
Kemudian Raja sendiri memasak makanan untuk keluarga
tersebut dan menurut saksi yang melihat Raja memasak sambil meniup bara api,
“saya lihat asap keluar dari celah-celah janggutnya yang tebal”.
Maka makanlah seisi keluarga itu dengan gembira tanpa
menyedari bahawa orang yang menolongnya adalah Raja orang Islam, ketika
keluarga itu makan, Raja lepak berehat sambil berkata:
“Tadi saya telah lihat mereka menangis, sekarang saya lepak
sekejap kerana ingin melihat mereka ketawa gembira..”
Wah…, wujud lagikah Raja berjiwa rakyat macam ni?
Siapakah nama Raja orang islam ini?
Alkisahnya, Namanya adalah Saidina Umar, jajahan takluknya
sangat besar dan kebanyakkannya kekal sampai sekarang dan Namanya termasuk
dalam senarai sejarah barat sebagai 100 manusia paling berpengaruh di dunia.
Jadi kepada semua pemimpin di Malaysia, ada tak yang bercita
cita nak jadi pemimpin macam Saidina Umar?
Pemimpin berjiwa rakyat?
Hari tu pernah dengar pemimpin DAP nak jadi macam Saidina
Umar, tapi janji politik ni, adohai..
Akhir kata…
Setiap orang akan ditanya tentang hak orang bawahannya, jika
tidak di tunaikan, azab akhirat menanti kerana mahkamah Allah sangat adil,
sungguh seorang ibu akan di tanya tentang hak anak anak, seorang suami akan di
tanya tentang hak anak anak seta hak bini bini, seorang majikan akan di tanya
tentang hak pekerja, seorang pemimpin akan ditanya tentang hak rakyat.
Buya Hamka pernah berkata, “Kalau hidup sekadar hidup, babi
di hutan pun hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
Fikir fikirkan lah.
Woha!
No comments:
Post a Comment