Zaman sekarang ni, Tengok kat media sosial, ramai orang persoal tarikh kemerdekaan.
Teringat pakcik zaman muda dulu, orang tak pertikaikan
Tarikh.
Orang pertikaikan:
"Benarkah kita sudah merdeka?"
Woha!
Kenapa? Sebab katanya UMNO ni masih British!
Jadi semenjak “merdeka”, UMNO yang kuasai Malaysia, UMNO
adalah British, begitulah kata mereka!
Terus teringat Zaman pakcik dulu, orang PAS anti betul
dengan UMNO, kafir katanya! Kita tidak merdeka selagi UMNO yang jadi PM!
Tapi bukan PAS sahaja tak suka UMNO, DAP, PKR, BERSATU, PH,
PR, PN, Tun M pun tak suka UMNO.
Bagi yang tak tahu sejarah negara, biar pakcik buat
ringkasan, senang esok esok nak jawab subjek sejarah.
Alkisahnya, Sejarah berulang…
Zaman dulu, British cukup lama memerintah Tanah Melayu. Ramai
orang melayu tak suka, maka bila datang Jepun, ada melayu sokong, katanya bila
jepun memerintah, plastic murah, maka perang berlaku, British kalah. (Rujuk
Filem Leftenan Adnan)
Jepun memerintah tanah melayu selama tiga tahun, dan Jepun
jauh lebih kejam dari British, orang melayu bergabung dengan British lawan
Jepun, (Rujuk filem Sarjan Hassan)
Kemudian datang pula Komunis memerintah tahan Melayu selama
dua minggu, dan rakyat mendapati Komunis jauh lebih kejam dari jepun, sekali
lagi British dan orang melayu, dan bangsa lain bergabung, akhirnya menang.
(Rujuk Filem Bukit Kepong)
Beritish memerintah sampai habis sumber bumi kita, lombong
semua di jarah, penyakit wabak merebak, vaksin tak ada, melayu pun ramai tak
suka British, komunis masih ada sebagai pembakang.
Akhirnya Umno Minta merdeka dari British lalu…
Akhirnya Malaysia merdeka, semua bangsa Bersatu bangunkan
Malaysia. (Rujuk filem: Hati Malaya-saya belum tengok, katanya filem tu tentang
UMNO dapatkan kemerdekaan, ada masa nanti saya akan tonton)
Umno bergabung dengan MCA ,MIC, dan beberapa parti kecil
lalu membentuk Barisan Nasional dan memerintah Malaysia dari awal Merdeka
1957 hingga 2018.
Waktu itu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip
top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang
sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Penulis buku pun hidup mewah
zaman Vaucer buku. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama
melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama
pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.
Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS
tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka
UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan
DAP membentuk parti baru Bersatu, maka akhirnya Umno kalah. (Rujuk Filem Rise:
Ini Kalilah-tapi serius saya belum tengok-woha!)
Dengan kejatuhan UMNO, Masa tu di media sosial, ramai
penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana
nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.
Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..
Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?,
yang mana tak sampai dua tahun, kerajaan
baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba
ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak
adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai
sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu
buat Perikatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain
parti. (Ada ke orang buat Filem pasal kehebatan kerajaan PN? Jika ada bagitahu
yer, saya nak masukkan dalam catatan sejarah)
Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru
alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka
sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan
gosip artis. Jika ditanya tentang parti
kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…
”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)
Sambung story, Perikatan National takbir Malaysia waktu
Pandemik Covid, awalnya cemerlang, kes turun, negara jadi contoh, namun bila
UMNO kerusi terbanyak serta pembangkang bagi cadangan yang baik untuk negara
tak diendahkan oleh Bersatu, maka Umno marah, rakyat pun marah, hari hari hari
orang kutuk pemerintah dengan hashtag Kerajaan gagal. (Rujuk video lagu parody
oleh Mohd Nur Azman Naim)
Akhirnya, Perikatan hilang Majority bila UMNO walk the talk,
Tarik diri, dan kini Malaysia Kembali ke tangan UMNO.
UMNO dan PAS juga dah bergabung dalam MN.
Dari British kita di jajah, kepada British Kembali di jajah,
dan dari UMNO kita merdeka dan Merdeka terkini, UMNO Kembali PM, mungkin lepas
ni akan ada filam “Rise: Malu apa Bossku?”
Apa-apapun ini bukan ulasan politik tapi ulasan filem dan
drama, berikut adalah markah jujur dari saya.
(1) Leftenan Adnan (5/10)
(2) Sarjan Hasan (10/10)
(3) Bukit Kepong (10/10)
(4) Hati Malaya (Belum tengok, nanti saya tengok)
(5) Drama melayu pukul 7 petang kisah cinta anak Datuk kaya
bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang (belum tengok, mungkin bisnes
jual madu dan bilangan pekerja itu adalah lebah pekerja, masuk akal 250 ribu
lebah pekerka jika ada ladang madu-tahniah)
(6) Rise, ini kalilah (belum tengok, tak ada keinginan nak
tengok, tunggu paid review)
(7) Malu Apa Bossku (Belum ada yang berani buat)
Sekian ulasan filem politik dengan meminjam kata kata
penyokong PH.
”Tak minat politik. Semua parti sama jee”
Woha!
No comments:
Post a Comment