Terbaca berita ada lelaki Guna Kereta Sewa Dan Berlakon Kaya, kemudian Tipu perempuan waktu memikat?
Nak mengorat memang kena ada kereta mewah ke?
Ada juga baca berita peniaga sewa kereta mewah dan ajak
orang join bisnes dia yang Berjaya sebab dia pakai kereta mewah, dan kereta
mewah tanda Berjaya?
Ingat balik, memang ada geng MLM naik kereta (jenama saya
lupa) ajak mengeteh dan melabur, tapi saya tak terkesanpun.
Alhamdulillah sampai hari ni, belum pernah kena tipu dalam
mana mana bisnes MLM.
Bagus jugak tak minat kereta mewah ni sebab bagi saya kereta
ni bukan isu jenama, asal praktikal, tak beban, cukuplah boleh gerak, okey dah.
Walau saya ni kaki movie, tapi filem Fast and Furious tu langsung tak minat,
saya tak suka tengok hero naik kereta mewah atau motor besar, saya suka hero
baca buku (woha!)
Saya rasa orang yang bergantung pada jenama kereta mewah ini
sedikit lemah Iman. Saya rasalah! Iman saya pun lemah jugak, huhuhu..
Sebab Dia macam terpaksa bergantung kepada jenama untuk
nampak hebat. (ada unsur syirik-pesan pada diri sendiri)
Paling tak tahan, berlagak sombong bila ada kereta mewah,
malas nak cerita lah, dia punya feel berlagak waktu semua orang pandang dia,
tak boleh blah, lagi nak remmm minyak, lagi nak pasang muzik kuat, nak bawak
laju, padahal nobody care.
Lepas tu nak kena pulak ada awek seksi bodoh duduk sebelah,
adohai, itu yang saya cakap peminat kereta ada sikit masalah Iman korang
janglah marah yer?
Belum cerita geng beli kereta jenama tempatan dan hias dengan
ribuan ringgit supaya nampak macam kereta luar Negara, saya sekali tengok dah
tahu itu kereta wira, lepas tu sanggup habis ribuan ringgit nak tukar wira
kepada evo three?, adohai, lepas tu bunyi macam ribut, dengan lowed kena
perlahan area Bumper siap turun, lepas tu warna macam kereta macam budak tadika
baru dapat calour, cermin hitam, plat dengan nombor ‘perasan unik’ yang
membuatkan JPJ susah nak baca, last-last kena saman.., tak kira ada masalah
keimanan ke?
Nak cerita ke kereta mewah tak pergi masjid?
Nak cerita ke kisah orang bujang ikat perut pakai kereta
mewah, kemudian masuk neraka wang dan jadi muflis?
Ingat lirik lagu Altimet? Beliau perli sikap orang muda nak
bergaya beli kereta mahal tapi duduk rumah sewa dan bertambah malang bila PKP.
Kereta mewah tak boleh bergerak jauh, masa tu baru kita sedar yang penting
rumah sendiri, sedikit besar dan selesa.
"Kalau tinggal rumah sewa tapi beli kereta mewah ..
Amboi, amboi."
Bab kereta mewah, Inilah Neraka Wang bak kata Afyan Mat
Rawi, ramai orang muda tersilap beli kereta mewah dan masuk neraka wang hinga
terperangkap dalam hutang seumur hidup.
(korang kena baca ebook dia pasal cara uruskan wang termasuk
dalam bab kereta, jika nak ubah nasib sebab Allah tak akan ubah nasib kita
melainkan diri kita sendiri mengubahnya.)
Sambung kisah saya, kisah kereta pertama saya.
ALkisahnya, Kereta pertama saya adalah Dahaitsu Charade,
beli waktu bujang, harga RM2500, bayar cash. Sayang betul, rupanya tak ada satu
pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere.
Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
(gambar kereta ni saya ambik dekat forum carigold)
Kereta ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah
bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan
bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu
hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta
macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap
cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok
dan teruskan perjalanan.
Kenapa saya beli kereta buruk ni? Tak macam kawan kawan yang
beli kereta baru bayar bulan bulan RM800 ke RM1000.
Sebab saya beli rumah dulu, tak ada siapa ajar saya buat
kerja yang bukan bukan macam tu, tapi saya yang gatal nak beli rumah seawal
umur 24 tahun, sebab masa tu harga mampu saya bayar, walaupun saya kerja kilang
waktu itu, kira layak beli rumah sebab saya tak ada komitment lain.
Bila bini mengandung, kesian kat dia kena air hujan kat
kaki, baru saya jual kereta Charede dan beli kereta proton wira second Hand
yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya jual Wira,
dan beli Proton Exora, cukuplah kami tujuh beranak.
Tapi kereta Exora kuat minyak, maka saya perlukan kereta
kedua untuk urusan kerja, saya beli Axia kompang.
Dijalanan orang cakap: “penulis pakai Axia jer?”
Dah ini kereta yang mampu saya pakai dan bayar bulan bulan,
asalkan praktikal, saya tak kisah pun, Nobody care.
Apa-apapun, nak minat kereta biar berpada pada, ukur Iman
dalam dada, kenapa nak kereta mewah? Kenapa nak Warna paling terang, bunyi
eksos paling kuat? Muzik speaker baling bergegar bass? Bumper paling lowed,
Awek seksi duduk sebelah? Kenapa?
Mungkin Ada orang dia cuba jadi orang pertama pakai kereta
BMW dalam keluarga, ada orang dia nak jadi orang pertama ada kereta Ferarri
dalam keluarga.
Alkisahnya, pernah saya baca kisah orang kaya yang ada
kereta mewah, waktu sakit nak mati, harapan dia agar dapat tulis satu buku
tentang kisah hidup dia.
Maka saya terfikir, antara menjadi orang pertama ada kereta
mewah dalam keluarga, lebih baik saya jadi orang pertama ada BUKU dalam
keluarga.
Maka terlihatlah saya menaiki sebuah kereta Axia, paling
murah di Malaysia, Bersama Buku tulisan saya yang dah masuk 12 bijik!
Sesungguhnya, Kereta ‘mewah’ saya ini akan sampai setakat
pagar kubur, tapi buku saya harapannya, insyaAllah menjadi bekalan kebaikkan
Bersama doa anak yang soleh serta sedekah jariah.
Woha!
Ps: Hidup ini tak perlu cari kereta mawah semata mata.
Sungguh Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi
diukur melalui kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah
bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat, dan
dibukukan pengalaman itu, tak percaya? baca buku KISAH LAKI BINI! (Woha sampai
syurga!)
No comments:
Post a Comment