Sep 1, 2021

Ayah masuk Penjara?

“Ayah, betul ke dunia ini penjara orang islam, syurga orang kafir?”

“Ya, betul anakku, ada hadis Nabi cerita tentang dunia ini adalah syurga orang kafir”

“Apa maksudnya? Kita semua banduan ke?”

“Ya, kita banduan yang sedang diperhatikan, jika berkeluakuan baik, waktu keluar penjara dapat masuk syurga”

“Apa salah kita hinga menjadi Banduan?”

“Rujuk kisah Nabi adam yang buat salah, tapi Allah tak terus hantar ke Neraka, Allah hantar ke dunia jadi Banduan sementara, yang mana semua anak cucu Adam akan jadi Banduan di Penjara dunia ini, jika berkelakuan baik, akan dapat Kembali ke Syurga, dan jika berkelakuan jahat akan di hantar ke Neraka yang jauh lebih dahsyat dari Penjara dunia, jadi bersyukurlah dapat ‘penjara’ best macam ni”

“Tak adilah, Nabi adam buat salah kita semua kena tanggung”

“Dunia ini mana ada adil? Dunia ini penjara, dan penjara bukan tempat yang adil, di sini akan ada pelbagai ujian, yang mana ujian pertama adalah, berdamai dengan Takdir”

“apa maksud berdamai dengan Takdir?”

“Begini.., Tuhan boleh takdirkan kita  jadi binatang yang makan najis, Tuhan boleh takdirkan kita menjadi Syaitan yang masuk Neraka selamanya, Tuhan boleh takdirkan  kita jadi cacing dalam najis haiwan, tiba tiba dengan Ehsan Tuhan, Dia Takdirkan kita jadi manusia yang hidup dalam penjara dunia, berdamai dengan takdir ini dahulu, namun bersyukur lebih baik, bersyukur dicipta sebagai manusia, alhamdulillah”

“Syukur jadi manusia sebab dapat buat pilihan, kan Ayah?”

“Ya betul, Sebagai manusia, kita boleh pilih nak jadi banduan atau hidup bebas macam orang kafir, tapi setiap pilihan ada harganya”

“Kenapa kita kena pilih jadi banduan di penjara dunia?”

“Kerana kita memilih Islam, dan itulah ujian kepada oran islam, dunia menjadi penjara kita”

 “Bagaimana nak jadi banduan yang Berjaya?”

“Kena ada sifat Banduan yang baik, InsyaALlah Berjaya”

“Apa sifat Banduan yang Berjaya?”

“Pertama, Banduan mestilah yakin dengan rezeki, tiada banduan yang susah hati masuk penjara nak makan apa? Sebab kerajaan dan tangkap saya masukkan dalam penjara, maka Kerajaan kena sediakan rezeki saya, maka konsep sama pada umat islam, Allah hantar kita ke penjara dunia, maka rezeki kita dah ada, InsyaAllah”

“Oh, baru saya faham”

“apa kamu faham?”

“Biasa tengok dekat mahkamah lepas jatuh hukum, banduan akan menangis, baru perasan mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki nak makan apa dalam penajra, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara.”

“Betul, Jadi bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka kita pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki kita semua! Jangan nak risau sebab, Allah yang hantar kita ke penjara dunia, Maka Allah jugalah yang sediakan rezeki kita”

“menarik, Apa lagi  sifat Banduan yang Berjaya?”

“Kamu tahu kan? dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka suka nak pakai baju melayu ke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara, ada warna oren, ada warna ungu, ada belang hitan putih, maka pakaian orang islam tak akan sama dengan orang kafir, Wanita islam berpakaian cara islam, tutup aurat, lelakipun sama tutup aurat, tak akan sama pakaian banduan dan orang bebas, maka tak akan sama pakaian orang islam bakal ahli syurga dengan orang kafir bakal ahli neraka, tak sama!”

“Oh, sebab itu lah ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat” jadi kita kena berjubah ke ayah?”

“Tak semestinya korang kena berjubah atau berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, yang penting tak menyerupai orang kapir dalam bab berpakaan yang haram, contoh pakai baju seksi bagi Wanita, haram! Mereka orang kafir tak apa pakai seksi sebab dunia ni syurga mereka, kita orang islam, tutup aurat, perempuan pakai tudung, labuhkan baju, sebab dunia ini penjara kita, dan tutup aurat adalah pakaian kita sebagai banduan yang baik”

“Ada berepa ciri Banduan ayah? Yakin dengan Rezeki, pakaian cara islam? Lagi”

“Ada empat sahaja yang asas akan sifat banduan yang baiik”

“Ohh sikit sahaja,, maka yang ketiga?”

“ketiga, Kalau korang tengok banduan dalam penjara, meraka semua sangat rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara… mereka selalu bercerita tentang dunia indah luar penjara. Kadang-kadang mereka menangis bila terkenangkan dunia luar penjara”.

“Okey saya faham, orang dalam penjara seronok cerita tentang dunia luar penjara, maka kita orang islam mesti seronok bercakap hal akhirat, seronok cerita hari kematian, seronok nak keluar dari penjara dunia cepat cepat, tidak takut mati, tidak cinta dunia, begitu kan ayah?!”

“Bagus kamu dah faham, Alhamdulillah”

“Ok, yang last?”

“ Ayah nak bagi contoh, Pergilah mana-mana penjarapun meraka pasti ada undang-undang, yang mana banduan tak boleh sesuka hati nak tidur jam berapa, nak lepak waktu bersukan, nak tengok TV waktu tengah malam, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, ada waktu basuh baju, ada waktu dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut undang-undang, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nanti!”

“Okey, saya dapat ayah, Ini paling payah, tentu ramai orang islam yang terkantoi kat sini, yang mana jika dalam penjara ada undang undang yang wajib banduan patuhi, maka di dunia ini ada Hukum Hakam yang mesti orang Islam patuhi, kita tak bebas macam orang kafir, kita kena solat lima waktu SETIAP HARI, Puasa selama SEBULAN, Zakat SETAHUN sekali, dan Pergi Haji Sekali seumur hidup, juga kita wajib tolong orang susah, hormat ibu bapa, berkasih sayang sesama makluk, dan lain lain perintah Agama, semua tu kena follow jika nak jadi Ahli syurga waktu keluar dari penjara dunia ini, betul kan ayah?!”

“benar anakku, rukun islam, rukun iman, itu semua adalah undang-undang kita dalam penjara dunia ni, ada yang kita tak boleh buat, macam makan babi, minum air arak, berzina… dan banyak lagi larangan, oleh sebab itu, kejayaan kita kat ‘penjara dunia’ ini adalah bila kita dapat taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah, Ikut cara Nabi Muhammad SAW”

“Jika kita berkelakuan baik, akan dapat masuk syurga awal, kan ayah?”

“InsyaAllah, dan jika tak dapat keluar awal sebab dah takdir tempoh masa di penjara dunia, rujuk ayat Al quran, siapa bersyukur Allah akan tambah nikmat, maka ada Banduan yang diberi keistimewaan dan kemewahan dalam penjara, boleh makan sedap, Berkat kesyukuran dan kesabaran,  tapi siapapun kita, tetap rukun islam dan rukun iman kena follow sampai mati, yang penting kita bersyukur dapat hidup dipenjara dunia ini sebagai orang islam, inilah nikmat hidup paling besar!”

“Tapi Ayah, orang dalam penjara ada warden yang pantau mereka, kita di penjara dunia ni, siapa warden kita?”

“Warden kita adalah Hati kita, itulah tempat bagi IMAN dan TAKWA, yang mana ‘Warden kita tu’ nanti, akan dapat gaji kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik, sebab tu Nabi pesan, jika hati baik, maka baiklah semua anggota badan kita, maka pastikan Warden kita baik, maka baiklah nasib kita di akhirat”

“Tapi kan Ayah, bagaimana jika orang kafir pertikaikan logik hadis ini? Sebab Nabi cakap, dunia ni syurga orang kapir, dan penjara orang islam, tapi ada orang islam menjadi raja yang kaya raya di ‘penjara’ dunia, sedangkan orang kafir ramai yang susah, jadi pengemis pun ada, padahal dunia ini Syurga mereka, tapi jadi gelandangan pulak, macam mana tu?”

“Bagitahu mereka, jika nak di bandingkan kehidupan seorang raja islam dengan kehidupan seorang ahli syurga, dan jika ahli syurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja islam zaman sekarang, maka pasti ahli syurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara sebab tak bebas, penuh dengan undang-undang, tak boleh minum arak, tak boleh beristeri ramai, tak boleh makan banyak, adohai.., sungguh dunia ini adalah penjara bagi ahli syurga..”

“Ok, faham.., bermakna orang kafir..“

“Biar ayah habiskan, sesungguhnya, seorang ahli neraka jika di beri kehidupan mengemis seperti mana mana orang kafir yang gelandangan sekarang ini, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan syurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu…., hidup dibakar api siang dan malam, dapat jadi orang paling miskin atas dunia pun dah heaven anak oiii”

“Terima kasih Ayah! Syukur dapat hidup dalam penjara Bersama ayah”

Woha!

Ps: Siapa nak tanya beli kat mana meja PDPR tu, atau Rak tanjak tu, atau kerusi membaca tu, atau buku taklim itu, saya akan jawab kat komen, sungguh penjara dunia tak salah nak hias sikit sikit rumah, bagi cantik sikit ruang taklim , atau hakikatnya, ruang penjara masing masing, now you know.

link kitab taklim https://invol.co/cl5mi9t

No comments: