(kisah Atheis masuk islam, errr, bukan kisah Mr Bean, subtitle oleh Hamka keretamayat)
Nota: Aku perasan sibuk, err, sibuk layan peminat yang
mintak tanda tangan buku Kamar Sutera dan Permata Yang Hilang, tak nak blog tak
berupdate, aku share kisah yang agak kelakar oleh seorang mua’laf, aku cuba
cari kot kot dah ada kisah beliau dalam bahasa Malaysia, tapi tak jumpa, lalu
aku yang perasan sibuk, sempat jugak perasan rajin, telah translate sendiri kisah
dalam audio BI ini kepada subtitle BM, maaf sangat sangat jika BI aku hancur
buat translate jadi macam gampang.., layan..
How Ruben Abu Bakr Became a Muslim
(Di tulis dalam BM
oleh Hamka keretamayat)
Tersebutlah al kisah akan bermula segalanya pada tahun
pertama aku di Universiti. Tahun yang
mana banyak masalah datang bertimpa-timpa. Aku mengalami tahun penderitaan yang
mana banyak masalah besar datang melanda. Antaranya..,
Ayah dan Mak bercerai,
Anjing aku pulak mati pada hari yang sama, sedey..,
Boleh pulak aku kemalangan kereta sebanyak dua kali dalam
masa seminggu, Adohai..
Dan yang lebih sedih, kawan baik aku juga meninggal dunia
dalam tahun yang sama..
Dari segala kesusahan dalam tahun yang sama, maka timbul persoalan
dalam diri:
“Kenapa aku ada
disini?”
“Apa tujuan hidup aku?
“Kenapa aku kena bangun pagi? Kenapa aku kena kesah? Kenapa aku
tak duduk sajer di rumah tengok TV?”
Maka bermulalah aku bersoal jawab tentang maksud kehidupan,
yang mendorong aku untuk mengkaji hal hal agama..
Sebagai orang Australia, Agama pertama yang aku kaji adalah Kristien.
Kebetulan aku ada kawan yang beragama Kristien, akupun pergilah ikut mereka ke Gereja,
agak lawak jugak sebab semua orang datang dan menyanyi, aku pulak tidak faham sangat
apa isi lagu mereka, akupun bantai ikut sama ‘menyanyi’, Suara irama mereka agak
menusuk kalbu tapi aku rasa janggal semacam.
Kemudian, semua orang di sana pakat pakat memaklumkan bahawa
betapa Tuhan sayang pada aku.
“Tuhan sayang aku? anjing
aku mati bro! Adohai...”
Tapi aku terus juga kaji agama Kristien terutama perbezaan
pendapat dalam mazhab mereka, termasuk perbezaan
dalam aspek Katolik, Anglican, Baptist, paderi, pastor, dan tiap kali aku pergi
ke gereja dan bertanya tentang agama pada paderi, aku tengok mereka tidak membuka
kitab Bible dan berkata: “Jawapan ada disini.” Tapi mereka terus jawab soalan
aku direct guna pendapat mereka sendiri.
Dan aku mulai faham bahawa ada banyak tafsir yang berbeza dalam
setiap mazhab kristian dan setiap paderi mempunyai tafsir yang berbeza beza.
Paderi dari suatu gereja percaya begini, tapi paderi yang lain pulak tafsir
menolak kepercayaan paderi tadi, buat aku berpikir: Tidak patut terlalu banyak
tafsir yang berbeza dari satu bible kerana ini akan buat pengikutnya menjadi
bingung.
Pendek cerita, pada waktu itu jugak, tahun pertama kuliah,
aku ada bekerja part time di sebuah pam minyak, dan salah sorang kawan kat sana
beragama hindu dari India. Waktu bertukar shif kerja, aku sempat bertanya
tentang agama hindu:
“Bro, apa hal awak berurusan dengan manusia berkepala gajah?
Kenapa Tuhan ada kepala gajah?”
Dia menjawab, “Itu Ganesha.”
Aku soal balik,
“Kenapa tak pilih tuhan kepala singa atau kepala lain yang
lebih cool?”
Adohai, begitulah lebih
kurang debat yang sugguh deep tentang agama sewaktu layan pelanggan isi minyak.
Hasilnya? sekali lagi, aku jadi bingung susah nak faham bab
agama dan buat keputusan untuk kaji lebih mendalam agama yang lain pulak.
Kebetulan aku ada kawan beragama Mormon. Agak menarik agama ini
berbanding Mazhab Kristien yang lain. Gereja dari Latter Day Saints. Mereka
cukup tegas. Tidak minum alcohol dan juga kopi. Sayang sungguh tak boleh minum Cola,
sebab aku tahu sebenarnya orang Libanon suka minum air cola. Tapi apapapun, aku
tidak akan menganut agama ini secara semberono(membuta tuli), aku tak suka
hanya mendapatkan pengalaman rohani semata mata, aku ingin bukti yang lebih jelas.
Dan terus mengkaji..
Pendekkan cerita lagi, Aku sempat kaji agama Yahudi, Korang
percaya tak? Nama aku sebelum Abu Bakar adalah Ruben. jika korang pernah tengok
film Hollywood, ada watak Rubenstein, jadi
dah tentu mereka fikir bahawa aku seorang Yahudi sebab“Orang ini adalah salah
satu dari kita.” Tapi sekali lagi, aku tidak ‘bertemu’ dengan apa yang aku nak
cari dalam agama ini.
Akhir sekali, aku mengkaji agama Budha dan aku rasa inilah
agama yang akan aku pilih, agama ini nampak hebat. Apatah lagi ramai Mat saleh
yang menganut agama ini. Mereka juga ada unsur bersatu dengan alam yang buat
aku rasa cool... Tapi semakin aku mendalaminya, baru aku perasan bahawa itu bukan
agama dari tuhan, tapi lebih menjurus kepada perubahan gaya hidup yang berkonsep
mesra alam.
Satu hari, salah sorang kawan baik aku yang beragama Kristien
bertanya senarai semua agama yang sudah aku kaji, akupun bagitahu:
“Yahudi, Kristien, Taosisme, Budha, Hindu.”
Lepas tu dia soal?
“Islam tak kaji ke?”
Aku jawab, “Islam?! Mereka pengganas, mereka semua orang
gila! Apa ke jadah aku nak kaji agama orang gila yang jadi pengganas?”
Tapi, nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari tu aku
boleh pulak terus berjalan ke sebuah masjid.
Aku anggap ini adalah perjalanan
nekad. Lalu aku terus berjalan tanpa buka kasut, terus aku masuk dalam masjid
berjalan selamba atas sejadah, ada orang islam yang sedang solat, waktu dia sujud,
aku pulak berjalan depan beliau, waktu tu dah hampir dah nak pijak kepala dia, Subhanallah,
aku tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri aku, kegilaan apakah ini?
Aku tengok sekeliling, dan aku nampak sorang brother, (korang
kenal kot mamat ni, namanya Abu Hamza. Dia pernah datang ke sini dan berceramah
beberapa kali. Subhanallah, aku memanggilnya Abu Da’n, karena dia ada janggut
yang sangat lebat, masya Allah.)
Sewaktu dia berjalan ke arah aku, aku dah fikir:
“Hari ini aku akan mati. Ini adalah hari terakhir aku hidup.
Aku seorang jejaka hensem kulit putih akan mati hari ini. Adohai..”
Brother tu terus
berjalan macam orang arab berjalan di Gurun Sahara, dengan jubah yang besar, dan
janggot yang lebat. Aduh!! Aku akan mati.!
Tapi subhanallah, kata-kata pertama yang Brother itu ucapkan
adalah:
“Hari yang bagus bro, apa khabar sahabat?”
Subhanallah, aku sangat terkejut dengan keramahannya.
Pendekkan cerita, Sebagai orang Australia ,err, aku harap orang
Australia jangan terasa- tapi ini didikan pengaruh yang aku dapat di Australia.
Mak bapak membesarkan aku sebagai
seorang atheis. Mereka pulak dibesarkan sebagai Kristian yang mana mereka
dipaksa pergi ke gereja setiap minggu yang membuatkan mereka sangat anti hal ehwal
berkaitan agama. Jadi ketika aku lahir, mereka menanamkan di dalam otak aku bahawa:
“Tuhan tak wujud, Bila mati, habis! Jadi ulat! Tidak ada
akhirat, tidak ada Tuhan, itu semua bohong. Itu semua sampah!”
Begitulah aku dibesarkan sebagai atheis.
Jadi, selepas aku melihat Abu Hamza berdakwah kepadaku secara
face to face dengan penuh sopan santun, aku rasa sangat bersyukur. Karena aku perasan semalam aku tengok berita jam 5,
Nampak macam dia yang rampas kepal terbang malam tadi. Woha!
Okey, Orang Australia memang peramah, jangan salah paham,
tapi Abu Hamza adalah orang yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Waktu Abu
Hamza berborak dengan aku, kawan kawannya yang lain pergi buat air teh dan bagi
aku minum.. serius cakap, aku kena tahan
kencing tiap lima minit sebab banyak sangat minum teh! Tapi mereka terus bagi teh
siap dengan biskut, tak pernah aku dilayan macam ni dalam hidup yang membuatkan
aku berniat untuk datang lagi kesini makan biskut, dan juga agama, he he
Bila dah berkesempatan duduk dengan orang islam, aku ambil
kesempatan untuk bertanya hal hal agama,
Semua soalan yang pernah aku tanya
pada paderi dan ‘ustaz’ dari agama yang lain..,aku tanya pada mereka.
Subhanallah, hal yang paling menyentuh hatiku adalah, setiap kali aku bertanya,
mereka tidak jawab secara terus, tapi mereka mengambil Alquran dan berkata, “Lihat
ini bro.Baca ini, dan inilah jawapan yang anda cari”.
Tiap kali macam tu dan aku terus bertanya soalan yang lebih rumit
dan susah seperti, “Kenapa wanita kena pakai tudung? Kenapa lelaki boleh kahwin
4 tapi perempuan tak boleh? “
Pendek kata, aku ambik kesempatan itu untuk bertanya semua
persoalan yang kritikal yang mana aku rasa korang jika baru nak kenal islam pun
akan tanya jugak.
Setelah sekian lama bersoal jawab, dan mereka terus menjawab
pertanyaan aku dengan merujuk pada dalil dari Alquran, bukan dari pendapat mereka
sendiri hingga aku jadi ‘kecewa’ nak bertanya sebab dah habis idea... Adohai..
Dan pernah bila aku tanya pada seorang saudara islam akan
soalan yang.., (sebab aku dan banyak kali ulang alik ke masjid untuk bertanya
hal agama), aku tanya pada mereka,
“Apa pendapat korang tentang masalah ini?”
”Kenapa korang tidak
memberikan jawapan guna pendapat sendiri?”
Lalu salah sorang saudara islam di situ berkata: “Aku tidak
boleh memberi pendapat sendiri, sebab
ini sudah firman Tuhan.”
Subhanallah, jawapan itu sangat menyentuh hatiku. Aku
bertanya lagi, “Bolehkah aku pinjam satu Alquran?” Aku janji tak akan letak merata rata di lantai
atau selainnya yang tak senonoh, aku akan hormat kitab ini,
Pendek cerita, Aku bawa Alquran balik rumah dan mulai
membacanya. Apa yang aku perasan bila membaca Al quran ianya bukan macam buku
cerita, tapi terasa macam seseorang sedang memberiku perintah atau petunjuk.
Di suatu malam, aku buat keputusan untuk membuat upacara
rohaniah ala ala mistik.Aku mintak maaf jika cerita ni agak menyinggung..
Aku nyalakan lilin, buka jendela dan langsir, biar nampak macam
upacara mistik sikit, ketika itu malam musim panas di Melbourne. Dan aku duduk
di satu sudut dan perkata:
“ini kalilah, Ini malamlah”
Ya! aku tahu, aku telah kaji semua bukti kerohanian dalam
islam, juga semua bukti sains, tentang fakta bahawa gunung sebagai pasak bumi, bukti
kelahiran emberio dalam janin si ibu, dan macam macam lagi bukti yang
menakjubkan tapi aku nak cari sedikit bukti sikit sajer lagi, aku ni di ibarat
seperti orang yang nak terjun dari gunung, tapi tak berani, nak sedikit dorongan
jer lagi untuk melonjak..
Jadi, akupun terus duduk dan sungguh suasana terasa sangat
sunyi. Aku membaca Alquran.., lepas tu aku berhenti dan berkata:
“Allah, ini kalilah.Inilah masanya yang aku nak sangat masuk
islam, tapi aku nak sedikit bukti tanda kebesaran-Mu, sikit saja, tak payah
bagi tanda yang besar besar, mungkin kilat menyambar, mungkin ada sedikit retak
pada dinding , atau apa saha, Engkau pun tahu.., yang kecil. Kau cipta dunia ini, kan? .., ini kalilah.”
Aku pun terus duduk diam, menunggu bukti dari tuhan, mungkin
api lilin akan tiba tiba menyambar sentinggi 4 meter macam dalam filem. Lantas aku
berkata kepada tuhan:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, tak ada apa apa yang berlaku.
Sungguh, TAK ADA APA APA YANG BERLAKU!
Jujurnya, Aku rasa sangat kecewa. Tapi aku masih duduk disitu
dan berbisik:
“Allah, ini kalilah,
ini peluangMU, Aku masih duduk di sini, aku tak pergi mana manapun, baik, ini Peluang
kali ke dua . Mungkin Engkau sedang sibuk. Ada waktu siang, mungkin Kau sedang menyusun
hal dunia karena ada banyak ehwal yang terjadi. Kali ini mungkin hanya nampak
karpet bergerak, hanya sesuatu yang
kecil., lupakan saja tentang rumah retak atau lilin tadi, seekor burung yang kentut
di luarpun okey, aku tak kisah, apapun itu. Lantas sekali lagi aku berkata:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, benar-benar tidak ada apa-apa pun yang
terjadi,
Aku langsung takde peluang berkata:
“tengok, tu dia tanda
dah datang, rumah aku dah retak sikit! Adohai.. ”
Tapi hakikatnya, Sungguh tak ada apa apa yang berlaku, dan
aku sangat sangat kecewa dan berkecamuk.
Lalu aku fikir, Arghh, sudahlah, ini adalah kesempatan terakhir untuk
aku masuk Islam tapi belum benar ‘menemukan’ bukti. Dalam kecewa, aku ambil Alquran, buka dan baca:
Subhanallah, ayat pada page yang berikutnya, buat aku
tergamam:apa yang aku baca adalah:
“Untuk sesiapa yang
meminta petunjuk, tidakkah cukup petunjuk yang telah Kami adakan di sekeliling? lihatlah
bintang-bintang, lihatlah matahari, lihatlah air. Inilah tanda-tanda untuk
orang yang mahu berfikir.”
Subhanallah… Aku rasa sangat takut, terus aku tutup kepala
dengan selimut, tutup mata dan terus pura-pura tidur, sungguh aku rasa sangat takut.
Aku sangat tak sangka akan betapa sombongnya aku yang ingin
melihat bukti yang ajaib mengikut piawai aku, padahal sudah ada sekian lama bukti
bukti kebesaran Allah di sekelilingku sejak sekian lama..
Sungguh buktinya ada pada penciptaan dunia, pada makhluk
yang di cipta-Nya, semua ini adalah jelas bukti bagi kita semua..
Hari berikutnya aku terus buat keputusan untuk masuk agama
islam. (Untuk pengetahuan, sebelum itu, aku dah mengkaji islam selama lebih kurang 6 bulan), jadi aku terus ke masjid
dan berbisik dalam diri:
“Ini kalilah aku akan mengucapkan kalimah syahadat.”
Hari itu sudah dekat dengan solat isyak, jam lebih kurang
antara, 7 hingga 8 malam. Aku masuk ke
dalam masjid dan aku tidak percaya melihat begitu ramai orang islam, ada
sekitar 1000 orang di dalam masjid tersebut.
Aku berfikir :
“Subhanallah, lihatlah, betapa kuatnya mereka!”
(Rupanya malam itu adalah malam pertama di bulan puasa-Ramadhan
muslim! Woha!)
Jadi aku duduk disana dan aku rasa sangat gementar, kemudian Aku terus berdiri dan seseorang telah
membimbingku dengan berkata
“Kau harus mengucapkan kata-kata ini bro ‘asy-hadu‘”
“Ash apa? Bolah tak
buat dalam bahasa Inglish saja?”
Orang itu mengatakan, “Tidak, bahasa Arab dulu...”
Melihat kepada lautan
jenggut yang ramai depan aku, tersalah sebut bahasa arab karang, mati aku
nanti, adohai.., apatah lagi mereka semua melihat ke arah aku dengan mata bulat,
aku orang Australia tidak tahan sangat dengan tatapan mata yang sedemikian
rupa. Kami orang Australia tak ada bakat merenung orang, tapi orang islam
sangat berbakat dalam merenung! ..Oh.
Aku berdiri dan subhanallah, seiring aku mengucapkan
kata-kata itu, semua ketakutan menghilang dari mindaku. Terasa seperti sebuah
shower ada dalam kepalaku dan seseorang memasang air dinginnya. Terasa
seakan-akan aku telah dibasuh bersih. Aku ucapkan syahadat dan aku tak menduga
begitu banyak saudara muslim berdiri dan menghampiri dengan menjerit: “Takbir! Allahu Akbar!!” Lalu
mereka mulai menciumku dan memelukku. Aku tidak pernah dicium oleh begitu
banyak lelaki seumur hidupku, tapi itulah, itulah hari yang indah, Aku mengaku.
Hari itu adalah hari dimana aku mendapat lebih banyak saudara daripada yang
kubayangkan.
Sejak hari itu, aku tidak menoleh lagi..
Keluargaku agak bimbang bahwa aku akan menjadi sedikit pelik
tak macam mereka, mereka rasa mungkin aku akan menembak guna AK-47 dan meletupkan
bom., adohai. Tapi akhirnya mereka menyedari bahwa agama ini membuatkan aku
menjadi seorang insan yang lebih baik.
Sebelum masuk islam, Aku ada gelang anjing, (aku tak akan
tunjuk gambar) penampilan aku, dengan baju metalicca, dengan logo askar jerman,
kasut tinggi budak budak punk, dulu aku ingat cool sangat, tapi teruk bebenor
penampilan , Adohai.., tapi Alhamdulillah, selepas masuk islam, aku
berpenampilan dan berkelakuan baik lebih kurang macam sekarang.., tolong jangan
gelak, tak lawakpun.
Ayah aku adalah orang yang pertama sekali berkata sesuatu yang
sangat mengejutkan aku,:
Beliau ada bertanya tentang Al quran yang buat aku rasa
sangat seronok kerana aku kenal dia seorang yang sangat keras kepala.. tapi dia
berkata:
“Sejak kamu jadi islam, kamu sudah jadi insan yang lebih
baik, kamu dah jadi orang yang senang untuk di arahkan, ayah tak perlu susah
hati jika kereta tiba tiba rosak dijalanan sebab kamu akan datang tolong bila
ayah suruh”
Aku terus buat lawak dengan menjawab:
“Ayah, saya minum-mimum malam tadi, tak tahu pulak jika hari
ni masih Ok?”
Woha!
Video asal:
Ps: Allah tak perlu cipta dunia ini dengan perkara ajaib dan
pelik pelik untuk menarik perhatian atheis, cukuplah kejadian alam dengan logic
sains menarik perhatian orang beriman untuk menjadi lebih bertakwa... Allah
knows best.