1. Tauhid (Kalimah Tayyibah)
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan s
ampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya: Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku."
2. Ibadat (Solat Khusyu' & Khudu')
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mamp
u."
3. Ilmu & Zikir
"Wahai manusia, berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil (dosa-dosa kecil).
Sesungguhnya masa itu berputar sebagaimana keadaannya pada hari Allah menciptakan langit dan bumi (12 bulan). Janganlah kamu memanipulasi bulan-bulan haram (An-Nasi') demi melanggar perintah Allah. Nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku ini."
4. Ikramul Muslimin (Muliakan Sesama Muslim)
"Anggaplah jiwa, darah, dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci sebagaimana sucinya bulan ini dan kota ini. Kembalikan harta amanah kepada pemiliknya. Janganlah kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
Segala urusan yang melibatkan Riba dibatalkan (termasuk riba bapa saudaraku Abbas bin Abdul Muttalib). Tuntutan dendam darah zaman Jahiliyyah dibatalkan semuanya (dimulai dengan darah Ibnu Rabi'ah bin al-Harith).
Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia daripada yang lain kecuali dengan Taqwa.
Layanilah wanita/isteri kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah, kerana mereka adalah amanah dan teman kamu yang setia. Dan dengarlah serta taatlah kepada pemimpin kamu, sekalipun yang memimpin kamu itu seorang hamba dari Habeysh (Ethiopia) yang berkulit hitam jika dia memimpin dengan Kitabullah."
5. Ikhlas Niat
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan (Hisab amalan). Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku semata-mata kerana mengejar dunia. Bertakwalah"
6. Dakwah & Tabligh (Khuruj Fi Sabilillah)
"Sampaikanlah kata kataku ini kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir (yang menerima berita) lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang mendengar terus daripadaku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
