Copy/paste...
Apr 30, 2013
Gaji minimum, bagus?
(Menetapkan Gaji Minimum Adalah Idea Yang Buruk Bagi Rakyat-Posted
by Shahabudeen)
Please ‘enjoy and be educated’.
Copy/paste...
Soalan pembaca beberapa bulan yang lalu..
“Saudara Hamka, saya nak mengadu mengenai masalah gaji
minimum yang ditetapkan oleh kerajaan baru baru ini membuatkan kami pengusaha
pusat jagaan kanak kanak (setelah bermusyuarat dengan wakil semua pusat jagaan)
terpaksa menaikkan yuran dari RM180 kepada RM300 kerana gaji minimum seorang pengasuh
tanpa potongan KWSP wajib RM900 yang mana jika tidak patuhi, akan di denda. Akibatnya,
beberapa pusat jagaan kanak kanak terpaksa di tutup kerana tiada lagi ibu bapa
mahu menghantar anak mereka dan kami terpaksa membuang pekerja. Ternyata kesan
kerajaan menetapkan gaji minimum sangat menyusahkan peniaga kecil seperti kami,
tolong ulas isu ni di blog saudara kerana rasanya ramai juga orang politik yang
membaca blog saudara. Terima kasih”
Hamka said:
Aku pun terasa kesannya jugak sebab anak aku semua di hantar
ke sekolah swasta, tapi mereka naik yuran tak banyak, naik dari RM150 kepada
RM180, oleh sebab anak aku tiga orang sekolah kat situ, so aku kena tambah lagi
duit yuran, tapi takpe, bagi aku RM180x3 masih releven.., tapi anak aku yang
tadika, mereka naikkan dari RM150 kepada 240, alasan mereka adalah gaji minimum,
so aku pindahkan ke tadika lain, iaitu Tadika PASTI, yuran RM180, 7 pagi hingga
6 petang.., kira okeylah..
Bagi aku usahawan tadika jangan naik tinggi sangat yuran sampai
RM300 satu kepala hanya dengan alasan gaji minimum RM900, bayangkan mereka yang
ada anak 4 orang macam aku? Dah Kena bayar RM1200, yang mana sebelum ni hanya RM600…,
Adohai.., dah kena tukar tadika, nak pergi ke tadika KEMAS, hanya setengah
hari, petang nak kena upah orang lain pulak? Isk.
Alhamdulillah ada orang PAS kat tempat aku bukak tadika PASTI
dari 7 pagi hingga 6 petang dengan kos RM180 satu kepala, kira oleylah.., harap
dapat kekal yuran tu lepas PRU walaupun manifesto korang gaji minimum naik lagi
RM1100.., (what?) itu baru cerita bab jagaan anak, belum cerita kedai makan, naikkan
harga makanan sebab tukang order pun gaji RM900, tak ke naya? Nak salahkan
ushawan pun tak boleh sebab ternyata orang politik ni bukan pandai sangat bab
ekonomi sebab masing masing bagi manifesto terdesak nak memang, tapi kesannya
rakyat jugak yang tanggung.
So, sebelum aku tulis isu ni, aku ada baca dulu beberapa
pendapat di internet yang mana jika belum ada orang tulis, aku akan tulis, tapi
jika dah ada orang tulis dengan hujah yang bernas, aku akan copy/paste sahaja,
yang mana akhirnya aku jumpa artikel yang aku rasa sesuai untuk di baca hingga
habis, dan sila bersetuju di hujung entry.
Copy/paste...
Ahli politik adalah individu-individu yang mereka sangka
mereka mengenali masyarakat dan tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk
mereka. Selain itu, mereka juga sangat pakar dan mahir dalam ilmu untuk
memperdaya rakyat dalam menerima sesuatu perkara yang mereka mahukan ke atas
rakyat.
Dari situ berlumba-lumbalah ahli politik dari kerajaan dan
pembangkang untuk memperkenalkan gaji minimum pekerja. Kemahuan golongan
persatuan pekerja ini tidak dilayan pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir
kerana beliau mungkin tahu baik buruk polisi ini.
Atas desakan yang kuat, kerajaan Perdana Menteri sekarang
terpaksa akur dan menetapkan gaji minimum ini kepada pekerja.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kenapa penetapan
ini adalah satu idea yang nampak berniat baik tetapi sebenarnya sesuatu yang
buruk bagi masyarakat miskin dan orang berniaga.
1. Tidak Adil Bagi Semua
Jika benar kerajaan dapat meningkatkan pendapatan golongan
miskin dengan menetapkan gaji minimum, kenapa kerajaan tidak hanya menetapkan
gaji minimum ini kepada RM 5000 sahaja. Dengan mudah semua buruh akan mendapat
gaji tinggi dan semua orang pun akan gembira.
Bagaimana gaji meningkat ? Gaji meningkat apabila
produktiviti per kapita setiap rakyat di sesebuah negara itu meningkat. Apabila
produktiviti meningkat, pendapatan meningkat, perniagaan berkembang dan
seterusnya gaji pekerja akan meningkat dan ini meningkatkan taraf hidup rakyat
secara keseluruhan.
2. Memusnahkan Perniagaan Kecil
Jika buah epal dijual dengan harga RM 1.00 meningkat kepada
RM 2.00. Secara logik mudah, orang akan kurang membeli buah epal. Ini juga yang
akan terjadi kepada pasaran buruh di sesebuah negara apabila kerajaan
menetapkan gaji minimum.
Jika saya mempunyai 10 orang pekerja. Penetapan gaji minimum
mungkin hanya mempunya kesan kepada 2 orang daripada pekerja saya. Tetapi
peningkatan ini akan mengakibatkan saya untuk menaikkan gaji bagi kesemua
pekerja saya. Tidak mungkin pekerja yang sudah 5 tahun bekerja dengan saya akan
bersetuju dengan gaji pekerja yang baru masuk kerja bulan lepas.
Itu yang pertama, yang keduanya saya sebagai pemilik
perniagaan akan memilih untuk mengurangkan penggunaan pekerja sebagai langkah
untuk berjimat supaya saya tidak rugi dalam perniagaan yang saya sedang ceburi.
3. Peningkatan Jenayah dan Meningkatkan Pengangguran
Apabila peniaga mengurangkan bilangan pekerja kerana tidak
mampu membayar gaji minimum. Golongan buruh bawahan ini tidak akan mendapat
sebarang kerja dan ini akan meningkatkan pengangguran dikalangan masyarakat.
Seperti yang anda sudah ketahui, peningkatan pengangguran
akan menyebabkan kadar jenayah juga meningkat.
4. Beban yang terpaksa ditanggung oleh semua
Penetapan gaji minimum akan menyebabkan peningkatan harga
barang. Manakan tidak, kos pembuatan sesebuah barangan itu telah meningkat jadi
sudah tentu kos ini akan digilirkan kepada pelanggan yang akan membeli sesebuah
produk.
Dengan itu akan berlaku peningkatan harga barang serta
peningkatan kadar inflasi. Ini akan menyebabkan semua orang terutamanya
pengguna terpaksa menanggung kerugian
Dalam pasaran bebas, harga barangan dan gaji pekerja tidak
seharusnya ditetapkan oleh sesiapa samada ahli politik atau kerajaan. Ianya
seharusnya dibiarkan terapung dan bebas.
Pernah dalam satu pertikaian pada zaman Rasulullah, baginda
dipanggil untuk menetapkan harga roti di pasar. Baginda bersabda
“Aku tidak mahu darah mereka ini di tangan aku di akhirat
nanti”
(“An Islamic economic system largely supports a market
mechanism for coordination
of economic activity. This is based on a hadith reported by
Ibn Majah and Tirmidhi
on bread prices in Medina where the Prophet refused to
intervene to set prices (of
wheat) saying, “I don‟t want to have the blood of these men on my hands in the
hereafter” because there was a shortage due to natural
causes (drought).”)
Ini dengan jelas menunjukkan Islam sendiri mengakui dan
mengesahkan pasaran terbuka sebagai satu mekanisme yang terbaik dalam
pemerintahan dan hal-ehwal perniagaan dalam sesebuah negara.
Tidak banyak yang kita dapat buat sekarang. Polisi ini tidak
akan ditarikbalik dalam masa terdekat dan Pakatan Rakyat juga sedang berjuang
untuk meningkatkan lagi gaji minimum dalam manisfesto mereka.
Nyata kita telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli
politik kerajaan dan pembangkang yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup
menggadai masa depan ekonomi negara kita.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
End copy/paste, link asal klik sini.
Ps: Aku setuju dengan encik Shahabudeen yang mana nyata kita
telah terperangkap dikalangan kedua-dua ahli politik kerajaan dan pembangkang
yang mengejar undi tetapi secara bodoh sanggup menggadai masa depan ekonomi
negara kita. Adohai...
Apr 23, 2013
Kisah Laki Bini Orang Lain?
(Cerita hubungan yang halal orang lain apabila
dikongsi, boleh memeriahkan cerita rumah tangga kita sendiri, mudah-mudahan)
Semenjak aku menulis kisah Laki bini di FB
keretamayat, ramai yang hantar mesej serta email bagitahu sangat suka dan suruh
aku update hari hari, kisah bini part 1 aku tulis pada bulan puasa tahun lepas
dan hingga hari ini dah cecah part 300, (dah boleh buat buku-yeay!) tapi aku
manusia biasa yang mana bukan semua kisah dalam hidup aku menarik atau memberi
pengajaran, di tambah aku yang sibuk tolong bini (tebuk wall plug misalnya) dan
lain lain aktiviti (seperti mencegah orang bodoh tebuk lubang kapal bagi
mendapatkan air), maka tak sempatlah nak tulis hari hari, perasan sibuklah
pulak, adohai..
Untuk itu, aku pernah buka ruang kepada
pembaca yang ada kisah laki bini yang menarik untuk email atau pm aku yang mana
sekiranya memenuhi standard piawai yang aku tetapkan, maka kisah laki bini
korang akan terpampang di FB keretamayat yang beribu ribu orang follower(tak
takut eh mereka follow keretamayat? woha!).
Untuk membezakan kisah laki bini aku dan
orang lain, maka aku akan buat kurungan (kisah laki bini orang lain) yang
menandakan bahawa itu bukan idea aku, tapi dalam banyak korang kongsi cerita,
dari 300 part, hanya sekitar 30 part kisah laki bini orang lain, baki 280 part lagi
adalah kisah laki bini Hamka keretamayat.
Namun yang aku nak tegaskan, bila kisah
korang tak tersiar, jangan emal atau pm tanya akan bila cerita kami nak
disiarkan, adohai..
Aku tak janji nak siar semua cerita yang
korang kongsi, awal awal lagi aku nak mintak maaf kepada laki bini yang share
kisah korang tapi belum aku siar kerana aku ada tujuh alasan yang kukuh untuk
tidak menyiarkan kisah laki bini korang, antaranya.
- Aku perasan sibuk nak semak.
- Cerita korang tak best
- Terlalu lucah
- Bukan idea sendiri(copy paste)
- Sedang menunggu giliran.
- Sajer malas nak siar takut reputasi aku jatuh kerana cerita Korang best giler-woha!
- dan lain lain…
Sebagai panduan sebelum korang nak share
kisah laki bini lain kali, Cuba semak kisah laki bini yang pernah tersiar di FB
keretamayat di bawah, semua kisah ini adalah kisah laki bini orang lain, bukan
kisah Hamka dan bininya.., dan semua ini memenuhi syarat dan standard “kisah
Laki Bini”, andai ada yang copy paste dari penulis lain, korang sendirilah yang
bertanggung jawab sebab tak bagi kredit, siapalah aku nak semak originality
cerita..
Dan untuk makluman, 2 kisah yang last di
bawah adalah KISAH LAKI BINI TERBAIK pernah aku baca..
Layan….
1) Kisah
Laki bini Umno by Persona Non Grata.
Laki: “Sayang, betulke U sanggp buat apa
sahaja untuk pastikan Parti I memang PRU?”
Bini: “Confirm sanggup bang, I akan buat
apa sahaja untuk pastikan parti U memang sebab bila U menang, I pun akan banyak
dapat benefit.”
Laki: “Kalau begitu, apa kata U pakai tutup
aurat sebab I malu bila sebut nak perjuang islam tapi bini I tak tutup aurat.”
Bini: “Astarfirullahalazim…, ”
Ps: Ya Allah, berilah hidayat kepada semua
orang islam untuk menutup aurat, amin...
(Hamka said: Teringin lihat bini PM
bertudung buat kali yang pertama dalam sejarah…)
2) Kisah
Janda Yang Dahaga by Kamal Husin
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya.Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.
Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu...
Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut..beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...
Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga-Woha!

(Hamka said: Wah, sepenuh hati korang
mambaca nyer yer? tapi Kamal, ada pembaca cakap cerota ni bukan
original, dah lama.., hu hu)
3) Kisah Laki Bini PAS by Persona non Grata
(Hamka said: Aku belum mampu bergambar laki bini didepan orang ramai dengan menampakan muka, adohai..)
Seorang banduan yang
telah dipenjara selama 20 tahun tiba-tiba dapat melepaskan diri.Banduan
tersebut dengan bijak dapat meloloskan diri dari penjara dan melarikan diri
sehingga tiba di sebuah kampung.
Akhirnya dia menceroboh sebuah rumah yang
didiami sepasangan suami isteri muda. Banduan tersebut menceroboh dengan niat
untuk mencuri wang namun apa yang ditemuinya sepasang suami isteri yang sedang
enak tidur di dalam bilik.
Dia lalu memerintahkan si suami turun dari katil dan
mengikatnya di kerusi.Kemudian banduan tersebut mengikat si isteri di katil
sambil mencium lehernya lalu bergegas ke bilik air.
Sedang banduan tersebut
berada di bilik air si suami sempat berbisik kepada isterinya "Mama, papa
rasa banduan jahat tu kalau tengok baju dia. Mungkin dah lama dipenjara, lama
tak dapat perempuan agaknya kalau tengok cara dia cium leher mama tadi. Mama, kalau
dia nak rogol mama jangan la menolak, buat dia puas.Papa takut dia bunuh kita
nanti. Mama bertahan ye, i love u mama."
Si isteri menggeleng kepala lemah
sambil berbisik "Papa, dia tak cium leher mama, dia bisik kat mama.Dia
cakap dia gay dan papa seksi. Dia tanya mana lotion, mama cakap kat bilik air.
Papa bertahan ye, mama sayang papa jugak."
(Hamka said: aku gelak
baca cerita ni, tapi ada pembaca lain cakap cerita ni di tiru dari majalah English,
kantoi..)
5) Surat
Izin by Ramlee Samsuri
Bini - Bang, surat izin tu saya dah tandatangan
Laki- Hah? mana awak letak surat tu?
Bini - Atas rak tv, saya tak nak tunggu lama, takut terlambat.
Laki - (berlari ke arah rak tv- dan pengsan!)
rupanya surat izin untuk anak sertai camping di sekolah- woha!

(Hamka said: Aku pun nak pengsan!)
6) Bini
dan gambar by Persona non Grata
Bini: Abang selalu bawak gambar saya ke pejabat, kenapa?
Laki : Bila abang ada masalah di pejabat, tak kira betapa besar masalah tu, abang akan tengok gambar awak, dan masalah abang terus hilang!
Bini: Tengok!, abang kena terima betapa pentingnya saya dalam hidup abang.
Laki: ya.., Awak penting dalam hidup abang, sebab bila abang tengok gambar awak, terus abang terfikir, :masalah apa yang lebih besar dari ini?
Woha!
(Hamka said: Pesan Nabi, bila ada masalah, tengok orang yang lebih susah, maka kita akan menjadi lebih bersyukur.., amin..)

7) Mohabbatein
by Amir
"Hamka, semalam kamipun layan Mohabbatein, kesimpulan yang dapat aku simpulkan:
Dulu, aku mahu bini macam Aishwarya Rai, tapi hari ini, Aishwarya Rai dah jadi macam bini aku!"
WOHA!!!
"Hamka, semalam kamipun layan Mohabbatein, kesimpulan yang dapat aku simpulkan:
Dulu, aku mahu bini macam Aishwarya Rai, tapi hari ini, Aishwarya Rai dah jadi macam bini aku!"
WOHA!!!
(Hamka said: ada berita mengatakan
Aishwarya Rai dah kembali kurus, betul ke? Jika betul tolong bagitahu dia
supaya jangan duduk sebelah bini aku takut tertukar-WOHA!)
8) ATM
naik Gaji by Huda
"Bang, untunglah ATM dan PDRM, bertambah rezeki mereka,..rasa rugi pulak dulu menolak cinta seorang Kapten askar"
WOHA!
"Bang, untunglah ATM dan PDRM, bertambah rezeki mereka,..rasa rugi pulak dulu menolak cinta seorang Kapten askar"
WOHA!
(Hamka said: bagi yang tak tahu, cerita ni berlaku
masa kerajaan umum kenaikkan gaji ATM bulan lepas)
9) Tengok
dalam air sudah tahu jantan betina by rogayah
Salam hamka, akak nak cerita pasal laki akak bukan setakat tak kenal halia, lengkuas, atau kunyit, ikan pun dia tak kenal..
Satu hari tu akak ajak laki makan ikan celop tepung, sampai sana Laki akan tunjuk terer,
“Ni ikan Kerisi kan?”
Senyum senyum Makcik yang jual tu, baru makcik tu nak cakap, dia dah pintas.
“Ni mesti ikan jeket”
Adohai, malu akak sebab nak kena ajar jenis-jenis ikan pada Laki depan orang ramai.

(Hamka said: sabar kak, sabar, buruk buruk
pun laki kauuu jugak, adohai)
10) Sidai
Baju by Diana Nordin
Laki saya selalu tolong sidai baju.
Tapi saya selalu tak puas hati cara dia sidai sebab dia main "asal sangkut dan kering sudah".
Sedangkan kita sebagai bini, T-shirt mesti sidai dengan T-shirt, kain duduk area kain, seluar duduk depan supaya cepat kering.
Kalau saya sound, dia akan cakap :
"awak nak abang tolong sidai kain ke lipat kain? pilih salah satu je".
Saya pun terdiam, sebab kalau suruh dia lipat kain, adohaaaaiiiii...lagi pening kepala!

(Hamka said: Eh, samalah laki dia dengan
laki bini aku-woha!)
11) Lengkuas
oh lengkuas by Suriani Sue
Hari tu saya ada suruh laki saya pergi beli lengkuas, then saya tak ingat nak pesan suruh dia tanya tuan kedai yang mana lengkuas, dalam hati ni terdetik:
“masak lah, kejap lagi mesti dia bawak balik Halia macam Hamka keretamayat."
Tengok-tengok, mamang suami bawak balik Halia.
Epic Fail- Woha!

(Hamka said: aku akui, memang susah nak
membezakan antara halia dan lengkus… isk)
12) Serai
berai by Azam Halim
Pada suatu hari, Bini suruh laki mengambil
serai di tepian rumah. Laki pun pergi ambik dan kembali dengan wajah ‘mission
accomplished’ .
Kata bini: "daun die nak buat ape? ambek sampai akar la bang.., adohai.."
FAIL ! Woha!
Kata bini: "daun die nak buat ape? ambek sampai akar la bang.., adohai.."
FAIL ! Woha!
(Hamka said: teruk gila laki dia, aku pun tak teruk macam
tu, adohai..,)
13) Halia oh Halia by Aishah
Shah
Pada suatu hari, Bini suruh laki beli
halia, kunyit, dan lengkuas.
Sudahnya laki die beli halia, halia, dan halia cuma lain2 kaler.
Woha!
Sudahnya laki die beli halia, halia, dan halia cuma lain2 kaler.
Woha!
(Hamka said: teruk gila laki dia, Laki bini aku pun tak
teruk macam tu, he he he..)
14) Bergaduh
guna SMS by Farahana Md Yatim
Laki bini telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si Laki telah menulis satu nota pada bini...
" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "
...dan meletakkan nota itu di sisi bininya yang sedang
tidur.

Keesokan harinya si Laki terjaga dari tidur dan mendapati jam
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”
Woha!
di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya
terdapat satu nota bertulis...
" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI”
Woha!
(Hamka said: bini aku gelak berguling baca
cerita ni, tapi dik, cerita ni di cedok dari majalah English.., adohai)
15) Tolong
ingatkan aku by Rejim Mongol
Bila wife suh ingatkan contoh: "bang nanti ingatkan beli sabun ye.."
Bila wife suh ingatkan contoh: "bang nanti ingatkan beli sabun ye.."
Terus aku ingatkan dia ketika tu juga: "jangan lupa beli sabun tau!"
Hahahhahaha..
(Hamka said:“alamak, aku pun selalu jugak buat macam ni kat bini, baru nak post dekat kisah laki bini seterusnya kau dah potong line, adohai..”)
Hahahhahaha..
(Hamka said:“alamak, aku pun selalu jugak buat macam ni kat bini, baru nak post dekat kisah laki bini seterusnya kau dah potong line, adohai..”)
16) Undang
undang by P Ramlee
Bini: “Selamat pulang laki, hidangan sudah siap, jemput duduk.”
Laki: “Terima kasih, silakan duduk biniku.”
Bini: “Tak boleh kanda, dalam rumah ini ada undang-undang, kalau Suami makan, isteri mesti menjadi pelayan.”
Laki: “pelayan? Ini undang undang sangat baik, ini mengurangkan queen control”
Bini: “kejap, Dalam rumah ini semua orang tak makan, Ambil bau sahaja,”
Laki: “Ambil bau?Ini undang undang sungguh bijak, undang undang ini di namakan: ekonomi”
Lepas ambil bau kata laki: “Hmmm, sudah kenyang, badan sudah letih dan mahu berehat, selamat malam..”
Bini: Kanda, menurut undang undang dalam rumah ini, suami tak boleh tidur bersama isteri, suami mesti tidur di kandang kuda.
Laki: Inilah undang-undang yang terbesar sekali dalam segala undang-undang, undang-undang ini dinamakan: Family planning.

17) Pindah
by P Ramlee
Bini: “Apalah kita ni nak jadi bang?, dari hotel kita pindah ke bilik, dari bilik kita pindah ke bawah kolong, lepas ni kita nak pindah ke mana pulak bang?
Laki: “Pindah ke lubang kubur!”
Woha!
(Hamka Said: cuba teka, siapa laki bini dalam dialog diatas, he he..)

18) Apa
apa jer, by Shima Muhajir
Bini : “abang nak makan apa..?”
laki : “APA-APA la..”
Bini: “pergi kedai la beli APA-APA, nanti saya masak..”
laki : “APA-APA tu apa..?”
Bini : “ha..tau pun susah nak fikir..yang tadi suruh masak APA-APA tu kenapa..?”
laki : Adohai...
19) Setuju dari jauh by Asma Amirah Muhsin

Aku tengok jiran beli buku
PYHKD,
"eh kau beli jugak buku Hamka?"
"a'ah, best, aku dapat minggu lepas"
"weh aku nak beli jugak ah camni, mana boleh tgk je"
"ala kau baca je la yg aku punya ni"
"ehh, membaca tak sama dgn memiliki, memiliki lebih 'high class'"
Aku nak beli sekarang jugak, woha!
(Hamka said: ya, Aku setuju dari jauh, inilah kisah laki bini terbaik-woha!)

20) Laki bini dan keretamayat by Ryina Ikhwan
Suami aku suka usik aku dengan blog kereta mayat. katanya aku dengar semua cakap en kereta mayat tetapi tak dengar cakap suami sendiri... hihihi.. dia bagi contoh: kereta mayat suruh pembaca ziarah jiran, suami aku dah cakap lama tapi aku tak dengar... bila kereta mayat suruh ziarah jiran, cepat pula aku ajak suami aku ziarah jiran sebelah...
Lalu aku kata "contohnya (formal la pula) papa ajak mami gi rumah sebelah tapi mami tak gi... kereta mayat suruh mami gi ziarah jiran mami gi... sebab dia kata ziarah jiran tu amalan ahli syurga..kita nak masuk syurga kenala buat amalan ahli syurga iaitu ziarah sesama ahli syurga... mami bersemangat nak ziarah jiran sebab mami nak masuk syurga dan buat amalan ahli syurga... cuba papa ajak mami buat sesuatu then papa relate kan pula dengan kisah syurga ke neraka ke, kisah nabi ke..."
Suami aku kata'
"sama je... suami cakap apa tak nak ikut! Nanti pas ni papa buat blog van mayat pulak! tgk mami ikut ke tidak"
Bila aku kenang2 kembali betul juga cakap suami aku... aku tak dengar cakap dia tapi dengar cakap en kereta mayat... lalu semalam sambil ketawa terkekeh2 aku cium tangan suami aku lantas berkata dengan sengih mcm kerang busuk...
"mami minta maaf sebab tak dengar cakap papa selama ini..."
Suami aku tersenyum je... kemudian aku peluk suami aku erat2 sambil berbisik...
"ni kereta mayat yang suruh..."

(Hamka said: Kami laki
bini gelak berguling baca cerita ni, inilah kisah laki bini terbaik dari semua
kisah laki bini di atas, tahniah!)
Sekian, kisah Laki Bini Orang lain, kita kembali ke Stadio untuk ikuti pesanan penaja.., iaitu: dapatkan Permata Yang Hilang Kini dijumpai untuk lebih banyak kisah Laki Bini. layaann...
Apr 13, 2013
Hukum Pengundi atas pagar?
(((Sepuluh.. Sembilan katamu satu pun tak boleh
pakai. Sepuluh... sembilan janjimu satu pun tak boleh pegang, Mabuk
Engkau mabuk, Mabuk nama (harta), mabuk cinta (wanita),mabuk
kuasa (tahta) Mabuk Engkau mabuk...,
Lirik lagu Tam Spider lah pulak)))
Masalah besar yang melanda ummat islam hari ni adalah
meninggalkan kerja dakwah kerana sibuk bergaduh berebut tiga “Ta” yang mana
tiga “Ta” ini pernah di offer oleh orang kapir kepada nabi Muhammad SAW, dengan
syarat Nabi tinggalkan kerja dakwah. Ironi sungguh..
Apakah tiga “Ta” itu?
1) Tah-ta.
2) Har-ta
3) Wani-ta
Yang lebih celaka lagi bila mereka yang berjuang merebut tahta, harta dan wanita itu boleh pulak mengaku inilah cara mereka berdakwah kerana dakwah cara Nabi dah tak sesuai mengikut ijtihad mereka.., hampeh sungguh!

Antara alasan yang mereka suka pakai bila cerita bab ini
adalah..
“inilah cara yang sesuai untuk memilih pemimpin di zaman alaf baru ini..”
Aku kata: Korang jangan buat statement yang boleh batalkan ayat quran.., nak masuk neraka ke?
“dalam keadaan sekarang, kita terpaksa guna system demokrasi ini”..
Aku kata: Siapa paksa engkau? Hebat sangatkah yang memaksa?. Aku tengok nak lantik ketua usrah pun guna sistem demokrasi, nak lantik pengerusi masjid guna system majority? siapa paksa korang? Korang yang pilih untuk tak nak guna cara Nabi lepas tu mengaku terpaksa? Bila dah mabuk kuasa dan mabuk harta, akal sudah hilang arah., Lalu tafsir quran suka hati sajer guna fatwa kaum kera asal halal, harta-tahta- wanita, tak ke hampeh!!
Korang tahu tak?, Nabi bila orang kapir mahu lantik mereka guna cara orang kapir iaitu kami dengan secara majoritinya akan bagi kamu , harta-tahta- wanita dengan syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi..

Nabi serta merta tolak, malahan nabi bagitahu sekiranya
mereka orang kapir sanggup letak bulan dan matahari di tangan nabi, pun Nabi
tak akan tinggalkan kerja dakwah cara Nabi.
Tapi korang hari ini, tiga perkara itulah yang duduk berebut
dengan guna cara orang kapir (baca: Demokrasi) dan yakin 3 perkara itu boleh
bantu ugama kononnya..
“Dengan ada tahta, kita boleh paksa orang amal ugama, tak
ikut kita boleh hukum sebab ada kuasa.., dengan ada tahta, baru ugama maju,
sebab tu saya kena jadi ketua dulu baru boleh majukan ugama.” kata encik A yang
bodoh.
“Dengan ada harta, kita boleh majukan ugama, buat masjid
besar besar, beli senjata, dan tunjuk pada orang kapir kita ni mewah, dengan
ada harta, baru ugama maju”: kata encik B yang jahil pulak.
“Dengan ada wanita, kita akan guna sebagai jentera parti
untuk pujuk anak muda pilih parti kita, hanya parti kita yang boleh majukan
ugama”: kata encik C yang lebih bangang.
Apa punya singkat pemahaman ugama sampai sangup sekutukan
Allah dengan, harta-tahta- wanita? Korang tak tahu ke yang Allah boleh majukan
ugama tanpa bantuan sape sapepun, dan Allah dah letak tertib ugama akan maju
jika kita ikut sunnah Nabi, bukan ikut cara yahudi, dan kerana harta-tahta- wanita perkara itu sampai
sanggup kapir mengkapir, caci mencaci, laknat melaknati, hina menghinahi, doa
bala dan sebagainya yang membuatkan Allah tidak pandang pada korang sebab
menurut satu hadis dari Buznama: Allah tidak akan memandang kepada golongan
yang caci mencaci.., adohai..
Sebelum jadi mayat, mari kita duduk sekejap dan cuba belajar
fikir seperti Nabi berfikir, adakah sunnah fikir nabi ada kita ikuti? Hmmm..
(akupun sedang belajar), mari kita rujuk tawaran cara orang kapir untuk Nabi
supaya tinggalkan dakwah tabligh.
1) Wanita..
Orang kapir Mekah sanggup kumpulkan semua perempuan cantik, dan bagi nabi buat pilihan, nak yang mana satu? Petik jari saja, malahan bini merekapun sanggup di ceraikan asal Nabi tak buat kerja Dakwah..
Tapi nabi tolak.., nabi bukan gila seks.., kaki betina, bohjan besar, mat romeo! bukan, Naudzubillah!! Nabi seorang da’e yang teragung.., tak terkesan dengan godaan wanita..
Nabi bukan macam korang yang mana bila parti lawan korang gunakan jentera puteri ABC, korang hantar pulak jentara muslimah XYZ, bila musuh korang guna artis wanita untuk berkempen, , korang hantar pulak artis wanita yang berhijrah untuk berkempen, bila musuh korang lantik wanita ABC sebagi wakil bertanding, korang hantar pulak perempuan XYZ sebagai wakil bertanding.. dengan alasan strategi...

Strategi kepala hotak kau? Itu bukan strategi, itu eksploitasilah
mangkuk!
2) Harta.
Orang kapir mekah sanggup kumpulkan semua harta mereka dan buat Nabi menjadi orang yang paling kaya antara mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah tabligh, tapi nabi tolak harta, Nabi tetap buat kerja Dakwah tabligh tanpa sebarang upah.. Nabi bagi ceramah percuma, dalam memperjuangkan ugama nabi tak kutip derma. Dalam Al quran pun Allah suruh berdakwah tanpa kutip upah..

Nabi bukan macam korang yang mana fikir bila ada duit boleh
beli senjata nuclear dan bom orang kapir, atau boleh mansuhkan tol dan buat
rakyat terus kekalkan korang sebagai pemerintah, atau boleh bermewah dan tunjuk
pada orang kapir islam betul sebab mewah, ini semua fikir yang mensyirikkan
Allah.., hanya Allah yang memberi manfaat dan mudarat, Nabi sendiri pernah
Allah nak bagi emas sebesar gunungpun Nabi tolak, tapi korang fikir bila jadi
pemimpin akan dapat banyak duit, bila banyak duit boleh bangunkan islam, ada
Nabi fikir macam korang? Ada royalti minyak baru ugama akan maju? jangan
berhujah guna fatwa kaum kera boleh tak?
3) Tahta..
Orang kapir di mekkah sanggup lantik nabi Muhammad SAW jadi ketua mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah..
Hari ni cuba korang fikir dengan otak korang yang sempit tu, baguskan setuju dengan orang kapir, mula mula kita pura-pura tinggal kerja dakwah, lalau orang kapir suka tengok orang islam tak berdakwah dan lantik kita sebagi ketua, ini strategi bijak, lepas dah jadi pemerintah terus keluar hokum wajib dan haram, dengan sangka manusia akan berubah bila korang memerintah, padahal iman tak boleh di warisi walaupun dari parti so call islamk, dan sekejap sajer mereka memberontak, Nabi tahu hal ini, sebab tu nabi tak nak jadi ketua kepada majoriti yang tolak islam, sebab Nabi di hantar bukan atas maksud nak jadi raja!!
Kalaulah menjadi pemimpin dunia itu tugas sebenar Nabi, dah tentu Nabi Sulaiman a. s patutnya mendapat tempat penghulu segala Nabi kerana nabi sulaiman punya kerajaan yang paling besar dalam sejarah manusia, termasuk jin dan binatang!!
Lalu korang hari ini sanggup tinggalkan dakwah cara nabi dan guna teknik yahudi dalam memperjuangkan ugama? Tak ke hampeh?

Cuba rujuk dalam usrah korang, kenapa Nabi Muhammad SAW tolak tawaran lumayan dari orang kapir dengan
syarat tinggalkan kerja dakwah cara Nabi, dan nabi tolak. tapi korang hari ni
pilih untuk tinggal dakwah cara Nabi dan berebut tawaran cara orang kapir?
Kenapa? (sila jangan guna fatwa kaum kera-ok?)
Dah penat aku membebel, aku bukan ustaz dan blog ini adalah
nota ugama pesan kepada diri sendiri, mana yang baik ikut, yang salah silalah
tegur..
Demokrasi ni tak patut kita layan dengan emosi dan sentimen
hingga keluar fatwa tak undi aku masuk neraka, undi parti XYZ solat tak dapat
pahala dan sebagainya..
Mengundi 5 tahun sekali, kita pilihlah mana yang berkenan,
Tak payah nak emosi dan sentimen bila berkempen parti kegemaran korang sebab
aku tengok bila dah kempen maka banyak berlaku kesilapan dan dosa, pertama
korang akan cerita kelebihan makhluk, (syirik) dan kedua, korang akan hina
keburukkan makhluk, (menolak takdir) , ketiga, korang akan dedahkan aib pihak
lawan dan yang lebih bangang, jika parti korang buat silap, boleh pulak bela
sedangkan selemah iman mencegah maksiat dengan hati, tapi bila parti korang
buat maksiat, korang boleh setuju pulak? Mana pergi iman? Adohai...
Demokrasi ni tak salah jika kita duduk tengah tengah, kita
rahsiakan sokong yang mana, term undi adalah rahsia tu sangat bagus supaya
kerajaan dan pembangkang tak sombong serta perasan bagus sebab tak tahu lagi rakyat pilih yang mana,
ha ha.
Aku mengaku aku pengundi atas pagar sebab aku suka pandang
baik (ehem.. ehem..), jadi dua dua parti aku nampak ada baik, (dan aku jugak
ada pandang buruk dan nampak jugak keburukkan dua dua parti, adohai..), so
rahsiakan undi kita, biarkan parti ABC dan XYZ datang berlemah lembut merayu
undi, dalam mereka bercakap dengan lemah lembut pujuk aku undi parti mereka
dengan manifesto bombastik, aku boleh cerita tentang ugama dengan lebih ‘deep’
pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik bro.., politik! He he"
Kalau ada ustaz cakap, orang yang duduk atas pagar ni sesat
dan mati masuk neraka sebab tak bersama jemaah, korang jawab kepada ustaz
bangang tu.
“You dah hilang undi I bila you tuduh I ahli neraka, I pergi
mengundi tak pernah miss, lagipun ustaz, masa Saidina Ali(kerajaan) dan
Muwayiyah(Pembakang) berperang, ada sebahagian sahabat Nabi yang duduk atas
pagar tak menyertai mereka, antara mereka adalah Saad bin Abu Waqas r.a ,
adakah ustaz lagi terer dari sahabat Nabi dalam berijtihad?”
Berhenti sekejap telan air liur, dan kita sambung lagi:
“I tak declare sokong mana mana parti sebab I tak nak You
dan your enemy perasan bagus bila orang ramai datang bagi sokongan, so You dua
dua parti akan tunjuk baik, dan Rakyat akan dapat menafaat, lagipun ustaz bila
Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang duduk atas
pagar dalam perperangan ini? Jawab saidina Ali yang confirm lebih terer dari
You:
"mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya
dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat
dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat,
tiada pendirian dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas
r.a yang tidak menyertai perperangan di zaman itu, beliau ada hadith tersendiri
yang membenarkan tindakkan beliau,(rujuk ustaz yang lebih cerdik dalam parti
kau lain kali-bongok!).
Sekian aku membebel hari ni, lain kali aku mungkin akan
tulis bab bagaimana nak pilih calon pilihanraya dengan kaedah yang lebih
islamik yang tak pernah korang terfikir.., he he .
Tutup entry dengan tasbih kafarah.
Ps: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk
aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!-
Woha!
Apr 1, 2013
Teori Konspirasi-Rahsia bendera PAS dan BN terbongkar?
(Agak susah
nak menafsir logo parti yang bertanding untuk di kaitkan dengan yahudi sebab
tak ada logo segi tiga dan jangka lukis, woha! )
Berkatalah Laki pada bini menjalang PRU..:
“Bila abang tengok bendera PAS, abang teringat dengan ceramah dari Buznama yang mengatakan akan ada ummat islam yang berwajah terang seperti bulan purnama di padang mahsyar, mereka adalah golongan yang pergi ambil wudhu ketika azan berkumandang, manakala orang yang ambil wudhu sebelum azan, wajah akan terang seperti cahaya matahari, jika lebih lewat, dapat cahaya seperti bintang, dan lagi lambat sampai dah nak habis waktu, langung takde cahaya..”

PAS |
“so..?”
Kata Laki lagi:
“Bila tengok bendera BN pulak, teringat dengan neraca timbangan amal Mizan di padang Mahsyar, menurut Buznama, jika amal baik dan buruk sama banyak, belum tentu masuk shurga, kita perlu shafaat daripada Nabi..”
BN |
“then?”
Akhirnya jawab Laki:
”jadi oleh sebab terlalu banyak bendera bulan dan dacing berkibar, fikiran abang melayang jauh ke padang mahsyar.., so abang mintak maaf sebab terlupa beli barang yang awak pesan,”
Woha!
Ps: Alasan paling Rare menjelang PRU untuk memeriahkan
suasana Laki bini. Sila kagum dari jauh, He he.
Ps2: ”Bro, entry lepas cakap pasang bendera banyak ni,
membazirlah, buang masalah, tapi entry ni cerita kebaikkan pulak? (Adohai..,
susah cakap dengan orang slow ni, beginilah, semalam aku insaf tengok mayat
bergelimpangan di jalan raya, jadi hari ni apa kata korang ajak kawan kawan pakat
ramai ramai mati dalam keadaan ngeri supaya aku insaf hari hari-moral: bukan
semua benda yang menginsafkan itu baik.)
Ps3: Dalam penjimatkan kos bendera, pujian perlu di beri
kepada parti PAS dan BN kerana hanya menggunakan satu warna, jimat kos cetak.
Parti DAP, PKR, UMNO agak mahal kos cetak sebab banyak warna, sepatutnya waktu design
bendera kena fikir juga factor ekonomi sebab bila menang pilihan raya, lagi
banyak factor ekonomi nak kena jaga, adohai.
Bendera yang banyak warna-kos cetak meningkat |
Ps4: Tidak pernah dalam sejarah, orang kalah pilihan raya
sebab bendera sikit atau kecik, pengundi yang bijak mengundi bukan berdasarkan
jumlah bendera atau saiz bendara, maka bersederhanalah dalam memeriahkan
pilihan raya, jangan sampai tahap membazir sebab bila menang pilihan raya, lagi
banyak acara meriah yang perlu di tangani dengan berhemah. Isk.
Ps:5 Zaman Nabi, hanya satu bendera tegak, dan tegak itu
tanda menang, di zaman sekarang, 100 ribu bendera tegak, siang malam berjaga
takut bendera jatuh, tapi kalah jugak, pelik tapi benar, adohai.., orang kafir
yang reka demokrasi pun tak berperang bendera melampau lampau macam orang islam
yang tiru system mereka sekarang ini.
Ps6:Kat tempat aku, anak muda orang melayu sibuk pasang
bendera siang malam, lepas tu pakat pakat berjaga siang malam, sampai bergaduh
gaduh, belum menang lagi dah berebut tiang, tapi anak muda bangsa lain pulak
aku tengok sibuk belajar berniaga dan meluaskan hartanah tanpa mengharap kepada
kerajaan atau parti, ini agak deep. Sila take note.
Ps7: kesimpulannya, nak gantung bendara tak salah, tapi
jangan melampau dan membazir, Allah benci orang melampau dan Syaitan suka orang
membazir, gunakanlah tenaga dan masa gantung bendera itu untuk membuat benda
yang lebih berfaedah seperti berakhlak mulia sesama islam, misalnya. Amin.
Ps8: Selamat mengundi,
aku suka bila orang PAS atau orang BN datang rumah aku bawak Hamper pujuk aku
undi parti mereka, dalam mereka berlemah lembut merayu undi, aku boleh cerita
tentang ugama dengan lebih deep pada mereka, tapi undi tetap rahsia , politik
bro.., poltik! He he"
Ps9: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!- Woha!
Ps9: PRU akan datang nak undi parti mana ek? marilah pujuk aku undi parti korang dengan lemah lembut, jangan lupa bawak buah tangan ek?!- Woha!
Subscribe to:
Posts (Atom)