Aug 28, 2022

Katil Penjara ada peluang?

Seperti yang di jangka…

Hari ini ada watak yang bangun pagi di atas katil rumah sendiri tapi esok watak itu ada yang bangun pagi di dalam penjara.

Dan ada cerita pada pagi hari ini akan watak yang bangun di atas katil rumah sendiri tapi esok watak itu terbangun di dalam kubur.

Alangkah terkejutnya?

Namun mati itu pasti dan tiba tiba…

Begitulah kisah-kisah manusia bangun pagi hari ini yang masih di penjara dunia namun besok ada antara kita yang mungkin akan bangun di mahkamah akhirat maka sementara masih ada peluang  menikmati saki baki kehidupan…

Sesiapa pun kita selagi masih hidup di atas muka bumi ini, sama ada di dalam penjara atau di luar penjara, berpangkat tinggi atau orang biasa, berlari sihat atau terdampar sakit.. selagi ada nyawa, maka nikmat terbesar adalah tetap nikmat beragama…

Maka gunakan lah nikmat beragama hari ini untuk buat usaha mendekatkan diri pada syurga Allah dan gunalah saki baki peluang menghirup nafas hari ini untuk buat usaha menjauhkan diri dari Neraka Allah,

Sungguh Pintu Taubat masih terbuka di katil manapun kita berada, katil rumah atau asrama atau penjara…

Namun di katil kerusi belakang keretamayat pintu taubat sudah tertutup…

Insaflah.. gunakan peluang bertaubat selagi masih hidup kerana Tiada sesiapa yang boleh tutup pintu taubat korang tapi saya boleh tutup pintu kereta mayat.

Woha!

Billie Elish vs Tabligh?

 

Hari ni baru pakcik tahu ada penyanyi wanita bernama Billie Elish, dah lama tak tengok TV dan dengar radio. Orang dah tua, biasalah… tapi hari ni Tengok ramai cerita maka…

Google sikit, dalam hati doa janganlah rupa dan pakaian macam Britney Spears. Sebab Zaman muda dulu pakcik tak minat awek macam Britney yang try hard suara ghairah bersama baju seksi. Not my taste.

Sekali bila tengok Billie, alamak, ada iras crush pakcik waktu muda dulu.

Avril Lavigne!

Woha!


 

Di bilis Iblis kerana Billie Elish?

Ada baca Kisah Nabil beli tiket Billie Elish tapi lupa tarikh dan tak dapat pergi…

Ramai yang kecam…

Alkisahnya, bila kita dah plan nak buat benda tak elok, tapi tiba tiba tak menjadi, maka ucaplah Alhamdulillah…

Dalam Islam niat buat jahat belum berdosa, dan tiba tiba ada halangan maka bersyukurlah kerana Allah masih sayang pada kita.

Masih ingat zaman bujang ada awek ajak buat dosa, keluar rumah waktu ikat tali kasut saya dengar radio yang kuat dari sebelah rumah jiran, ada ustaz ceramah, jika kita nak buat dosa boleh, tapi buat dekat tempat yang Allah tak nampak!

Aduhhhh. Rasa membahang telinga terus cancel jumpa awek tu…

Banyaklah kisah saya nak buat dosa dulu dulu tapi sampai masa ada halangan, ada orang tegur, atau Allah lupakan, alhamdulillah…

Maka jika korang mencuri lalu kena tangkap, maka itu adalah peluang untuk bertaubat, geng berzina dalam hotel kena ketuk pintu dan di tangkap, maka itu peluang untuk kamu bertaubat, atau sebelum kena tangkap ada member bagi nasihat, bersyukurlah…

Kerana saling ingat mengingat itu memberi manfaat sesama Islam sebab kita manusia  mudah lupa…

Jika tiada yang ingatkan, maka mudahkan kita di BILIS IBLIS…

Woha!

Terima kasih sudi tegur salah dan silap abang selama ini, jangan biarkan orang tersayang di bilis Iblis. Take noted.

 

Anjing dan Pelacur

Jika ada pelacur bagi anjing minum air, pujilah perbuatan bagi minum air itu kerana dari kebaikkan yang kecil insyaAllah akan di bukakan jalan kebaikkan yang besar.

Maka jika ada orang terkejut dalam apa apa peristiwa dan menyebut “tiada Tuhan melainkan Allah” maka pujilah sebutan itu kerana dari kebaikkan yang kecil insyaAllah akan di bukakan jalan kebaikkan yang besar.

Alkisahnya, bila kita dah plan nak buat benda tak elok, tapi tiba tiba tak menjadi, maka ucaplah Alhamdulillah…

Dengar cerita Nabil bersyukur dan anggap Rahmat pula akan kejadian itu, La illa Ha Illallah!

Sungguh Dalam Islam niat buat jahat belum berdosa, dan tiba tiba ada halangan maka bersyukurlah kerana Allah masih sayang pada kita.

Nabi Muhammad SAW di tidurkan waktu remaja bila kawan ajak pergi konsert maksiat di mekah, maka hari ini, jika dah beli tiket tapi terlupa ucaplah yang baik baik, Alhamdulillah..

Masih ingat zaman bujang ada awek ajak buat dosa, keluar rumah waktu ikat tali kasut saya dengar radio yang kuat dari sebelah rumah jiran, ada ustaz ceramah, jika kita nak buat dosa boleh, tapi buat dekat tempat yang Allah tak nampak!

Aduhhhh. Rasa membahang telinga terus cancel jumpa awek tu…

Banyaklah kisah saya nak buat dosa dulu dulu tapi sampai masa ada halangan, ada orang tegur, atau Allah lupakan, alhamdulillah… La illa Ha illalah!

Maka jika korang mencuri lalu kena tangkap, maka itu adalah peluang untuk bertaubat, geng berzina dalam hotel kena ketuk pintu dan di tangkap, maka itu peluang untuk kamu bertaubat, atau sebelum kena tangkap ada member bagi nasihat, bersyukurlah…

Kerana saling ingat mengingat itu memberi manfaat sesama Islam sebab kita manusia  mudah lupa…

Bab kutuk Tabligh sesat kerana nabil pernah keluar 3 hari maka ketahuilah, Dalam Jemaah Tabligh ada macam macam jenis manusia dengan sejarah dosa pebagai cerita, tapi jika mereka bagi air pada anjing… atau terkejut sebut La illa haillah…

Alhamdulillah, percayalah dari kebaikkan yang kecil insyaAllah akan di bukakan jalan kebaikkan yang besar.

La illa haillah!

 

Salah Tabligh?

Isu Nabil sebut “OMG” bila dapat tahu terlepas tengok konsert dikecam dan dikaitkan Tabligh, maka Di ruang komen FB saya ada insan bernama Lutfi Nasir sedang yakinkan pembaca bahawa jemaah Tabligh sesat dengan guna hujah yang dipetik dari bahan bacaan tertentu.

Izinkan saya mencelah..

Dalam Islam jika nak tuduh sesuatu, wajib buat tiga perkara ini.

1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6

2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43

3. Rujuk Hadis Muslim no 47-

Keterangan:

1.Rujuk Surah Al hujarat ayat 6

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

2.Rujuk Surah An-Nahl ayat 43 yang bermaksud “Maka bertanyalah kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahui”

3. Rujuk Hadis Muslim no 47 yang berbunyi “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau hendaklah ia diam.”

Maka bab Tabligh ni saya dah turun siasat dengan bersama mereka selama 40 hari 40 malam, makan tidur bersama, dakwah rumah ke rumah bersama, masak sama sama, kena marah sama sama, kena sambut mesra sama sama, kena halau sama sama, susah senang bersama, maka saya Yakin jemaah ini tak sesat sebab depan mata saya orang tak pernah solat berubah jadi Istiqamah berjemaah.

Depan mata saya orang kafir masuk Islam. Depan mata saya orang PAS yang kafirkan UMNO bertaubat, depan mata saya orang benci agama berubah jadi ahli surau, depan mata saya orang benci Al Quran kembali hafal, arghhhh, banyaklah nak cerita maka saya dah kaji, saya dah tanya ulamak, dan saya setuju jemaah ini terus ada di seluruh dunia.

Jika ada kelemahan individu maka saya yang cerdik tak salahkan Tabligh sebab jika ada kelemahan individu Islam tak kan saya nak salahkan Islam? Bangang kan salahkan kereta jika driver mabuk?

Maka pesan saya kepada semua orang Islam jika nak pergi iktikaf di masjid bersama orang Tabligh abang keretamayat sokong, Nabi dulu pun iktikaf makmurkan masjid dengan dakwah dan taklim maka rujuk Al Quran..

“Hanya yang layak dapat memakmurkan masjid-masjid Allah… iaitu orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (Surah al-Taubah ayat 18)

Maka jemaah ni muncul balik lepas perang dunia ke-dua dan sudah 100 tahun mereka dipilih Alllah untuk memakmurkan masjid 24 jam, dan dijalanan memakmurkan masjid ini, telah berbondong bondong orang tak pernah solat bertaubat, orang kafir masuk Islam, hingga artis yang tak solat sudah ada yang terpilih untuk jaga solat jemaah.

Alhamdulillah

Maka pesan saya pada Lutfi nasir, jika betul Tabligh tu sesat buat sahajalah sumpah laknat setiap hari, “Ya Allah, hancurkan Tabligh sebab mereka sesat dan jika mereka tidak sesat maka laknatlah saya.”

Berani kerana benar.. dan jika kamu dijalan yang benar pasti Tabligh akan hancur..

dan saya pula akan berdoa..

“Ya Allah, Jika Lutfi Nasir tak dapat lihat kebaikkan Tabligh maka andai kata dia mati nanti, pilihlah anaknya dapat melihat kebaikkan Tabligh dan terpilih iktikaf serta tahajud dan dakwah lalu pahala anaknya mengalir pada arwah Lutfi Nasir kerana doa anak anak yang soleh itu sampai, Amin”

Salam sayang dari abang keretamayat.

Woha!

Kek untuk berzina?

Hebat betul bila ada pasangan kekasih, tidur sebilik, sekatil, letak bantal di tengah… dan mengaku tak buat apa apa…

Zina ni tak nanti berlaga lubang kencing, tengok tak buat apa apa di kira zina mata, pejam mata dekat kan telinga dengar suara kekasih berdengkur indah di kira zina telinga,

Sebab tu dalam Al Quran sebut jangan hampiri zina…

Analogi mudah..

Bercinta sebelum kahwin ni kena betul betul ‘puasa’, anggap makanan kegemaran korang sebuah kek, maka belum rezeki berbuka, jangan calit, atau cium, atau jilat, atau apa apa yang ringan, boleh batal puasa…

Tidur sebelah kek sambil berpuasa? Normal tak? Orang gila jer berpuasa sambil tidur sebelah makanan lazat..

Maka fahamlah, orang Islam selagi belum kahwin, korang sedang puasa seks.

Maka Dah tahu sedang puasa jangan gatal dekatkan diri dengan kek, tengok gambar kek, bayangkan makan kek, memang sedap rasanya tapi haram!

“Alahai abang mayat, calit sikit jer, letak kat bibir, bukan telan pun!?”

Teorinya begitulah, tapi banyaknya bila letak kek atas bibir lidah spontan jer menjilat. Puasa batal.

Lebih parah lepas seks sebelum kahwin, Ertrr, maksud saya lepas  makan kek tu, mula mula sedap sebab dah lapar tapi bila dah kenyang, makan pulak menyorok dan kena cepat, datang rasa tak sedap, ada yang baling kek!

Banyak kes dah berzina bergaduh pula sampai ada kes kekasih pukul kekasih, bunuh pun ada…

nauzibillah…

Maka Cara terbaik adalah jangan dekati zina! Orang puasa jangan dekati kek…

Jaga aurat, akhlak dan solat insyaallah selamat.

Jangan tunggu pakwe lempang baru nak sedar, sepatutnya pakwe nak pegang sikit pun korang terus cabut.

Semoga ada sinar buat semua wanita baik di luar sana. Wanita baik untuk lelaki yang baik. Wanita solat awal waktu untuk lelaki yang solat saf nombor satu.

Insyaallah…

Sungguh orang Islam akan gembira bila tiba waktu berbuka puasa, maka begitulah juga orang bercinta, ‘puasa syahwat’ akan tiba waktu berbukanya dan waktu itu gembira seakan makan kek hari jadi pertama kali!

Woha!

Eh? Lapar pulak bila cerita bab kek…. Gegadis sila take Notes!

Abang belanja kek kat sini, https://youtu.be/jeKuTBZw91w

Pesulap merah vs Bomoh?

Melihat Pesulap merah yang mendedahkan penipuan bomoh Indonesia hingga pihak bomoh buat report polis sebab susah cari makan…

Saya terus teringat James Randi.

Zaman tulis blog dulu saya selalu follow James Randi seorang pencabar bomoh, atau mana mana ahli sihir, atau mana mana pihak yang dakwa ada kuasa Magik.

Malahan di Malaysia, beliau adalah orang yang pernah kantoikan perubatan Cakra alam konon ada ilmu luar biasa boleh nyalakan lampu di badan pesakit, rupanya dalam selipar ada bateri.

James Randy sama macam pesulap merah, adalah bekas magician yang terkenal siap ada rekod dunia dan sudah bersara lalu James pernah cabar sebanyak satu juta USD pada siapa siapa yang ada magic betul untuk buat demo depan dia tapi tak ada satu orang pun berani sahut cabaran pakcik ini.

Malahan bab perubatan, James Randy juga cabar perubatan homeopathy sebanyak satu juta USD untuk buktikan keberkesanan perubatan,

Hari tu pernah tengok video James Randi kalah lawan sorang pencabar bab magic dan kena bayar satu juta tapi hujung hujung video prank April fool rupanya, Adohai…

Maka James Randi kekal menang mencabar sesiapa sahaja sampai sekarang..

Tapi baru saya tahu James dah meninggal dunia waktu PKP Covid hari tu… 92 tahun umur meninggal…

Balik kepada pesulap merah yang kena report polis oleh bomoh sebab bomoh tak suka orang yang kacau mereka cari makan.

Tiba tiba saya terfikir, jika bomoh ini handal, kenapa tak sihirkan sahaja pesulap merah atau santau dari jauh? Kan?

Woha!

Ps: Di Malaysia tiada pesulap merah atau James Randi tapi kita ada Jabatan agama yang bertindak menangkap ajaran sesat terutama bila ada pihak dakwa perkara merepek seperti dapat bercakap dengan Tuhan, mengaku Imam Mahdi, mengaku Nabi, atau dakwaan yang bertentangan dengan Al Quran dan hadis memang kena tangkap, dan disekolahkan kejalan yang benar, now you know!

Aug 27, 2022

Manusia paling banyak tarikh lahir?

Imam mahdi lahir 1937, dan akan jadi Imam mahdi pada tahun 87..?

Saya kecik lagi masa ni, tapi berita ni tersebar dalam pengikut Arqam, akhirnya ketua mereka ditangkap, di dakwah, dan bertaubat.

Menjelang remaja, saya dapat berita, Imam Mahdi dah lahir pada tahun 1960, dan menjalang Y2k, iaitu tahun 2000, semua alat elektronik akan rosak sebab computer faham tahun 99 sahaja, bila digital tukar pada 00, maka interfacial intelligence alat elektronik tak berfungis, maka negara kuat akan jadi lemah dan perang dunia ketiga guna pedang akan kembali, perghh dahsyat. Kebetulan waktu itu ada satelit Rusia dilancankar dan ada huruf KFR tercetak pada badannya, maka satelit itu adalah Dajjal mata satu sebab ada kamera, dan KFR adalah tanda Kafir di dahinya.

Ini adalah sebahagian kisah teori konspirasi yang terkenal zaman saya muda dahulu, oleh sebab Imam Mahdi lahir tahun 1960, maka dikatakan tahun 2000, beliau akan dilantik menjadi Khalifah Islam, kebetulan pula ada berita kaabah berkunci, tiada yang boleh buka kena tunggu Imam Mahdi.

Waktu itu dalam jemaah dakwah, boleh pulak karkun masa tu ada yang yakin dajjal akan keluar tahun 2000, Imam mahdi akan muncul lawan dajjal, dalam ceramah bayan magrib ada yang cerita pasal amirsab dunia dah meninggal, Imam mahdi akan jadi amirsab tabligh, dia akan mufakarah dari jemaah tabligh jika bukan Imam mahdi jadi amirsab!

Pergh dahsyat, hinggal Syura Terengganu datang bagi nasihat, jangan ceramah tentang masa depan yang kita tak tahu, ramalan ni bukan tepat, ceramah hanya apa ada dalam Al quran dan hadis, jangan tokok tambah ceramah dengan teori konspirasi, Nabi pun tak tahu bila kiamat, kenapa kita nak emosi paksa orang percaya ceramah kita tentang ramalan masa depan?

Lalu jemmah insaf, jemaah tabligh di larang bercakap isu semasa atau isu ramalan, hanya boleh berceramah atas langit (cerita dari wahyu) dan bawah bumi (kisah nabi dan sahabat yang dan meninggal) sahaja yang berligar sekitar enam perkara iaitu, Iman, Ibadat, Ilmu, Akhlak, Niat, dan Dakwah.., jangan keluar dari enam perkara.

Akhirnya masuk tahun 2000, dan semua ramalan teori konspirasi adalah palsu, betul kata amirsab tabligh, buang masa cakap teori konspirasi sebab saya pernah ada pengalaman ber muzakarah dengan orang kampung yang tahu semua konspirasi dunia, tapi esok solat subuh berjemaah, tak datangpun solat, bah kan solat berjemaah lima waktu pun fail, nampak sangat ilmu konspirasi tak menguatkan iman langsung.

Masuk tahun 2006, saya mula menulis blog keretamayat, sebagai nota ceramah kepada diri, dan antara saya kongsi adalah teori konspirasi ni jangan layan sebagai ilmu sebab semua orang boleh isi ruang kosong dengan cerita palsu.

Lepas tu heboh teori baru, Imam mahdi lahir tahun 1972, dan akan jadi Imam Mahdi pada tahun 2012, muncul pula peluru pandu Iran bertulis Ya Mahdi, maka terus ada yang susun jadual, kaabah berkunci Tarikh sekian sekian, dajjal muncul sekian sekian, 2010 dajjal keluar, lawan Nabi Isa, dan Imam mahdi semua, 2012 katanya…

Paling best ramalan gerhana dengan tepat padahal boleh rujuk kelendar falak jer, tapi ramai yang bertambah yakin.

Akhirnya, 2012 berlalu dan orang kafir siap buat filem kiamat 2012 ambik peluang kaut buat duit sebab konspirasi ni adalah sains fiksyen sahaja.., jika jual ada yang akan beli!

Kalaulah internet ni takde, teori kospirasi ni akan masuk ruangan karya fiksyen di perpustakaan, dan jika difilemkan akan masuk katogori Parallel Universe,

Tapi masalah bila masuk di internet, masuk Youtube, masuk Facebook, orang jahil akan anggap teori konspirasi adalah betul, sebab takde ruang fiksyen dilebelkan, adohai..

Maka mulalah merepek repek youtubers nak lakukan channel dengan kongsi teori konspirasi paling gempak!

Aduh..

Terkini saya dapat wasap bagitahu Imam Mahdi lahir tahun 1980, dan sekarang umurnya 42 tahun sedang tunggu Bait Nabi Isa, katanya usaha vaksin nak jadikan manusia tentera dajjal gagal sebab bau rokok tembakau telah selamatkan manusia, maka wujud konspirasi kerajaan nak haramkan rokok sebab itulah cara nak bagi vaksin berfungsi semula ubah otak manusia menjadi tentera dajjal.

Ada cerita pakcik yang dah lima tahun berhenti hisap rokok, Kembali hisap bila dengar berita ini, adohai..

Lepas tu ada yang ajak hijrah ke kedah, sanggup berhenti kerja, sebab nak dekat dengan gunung jerai yang mana jika ada serangan Dajjal, atas gunung Jerai katanya ada laluan Portal untuk berjumpa Imam Mahdi di Mekah.

Macam macam kan?

Ulasan abang,

Dunia akan kiamat, hadis akhir zaman itu benar, tapi tiada siapa yang tahu kecuali Allah.

Bagi saya, bab hadis akhir zaman, ia pasti akan berlaku, maka cara nak layan hadis ini adalah pastikan kita ada dalam watak baik, contoh akhir zaman nabi cakap agama akan jadi dagang, masjid akan jadi kosong sebab sikit sahaja yang datang, maka pastikan kita datang masjid, pastikan kita jadi yang sedikit, bukan sibuk tahu punca masjid kosong tapi tak datangpun, adohai..

Fikir dan renungkanlah…

Ps: Korang ada tak pengalaman kawan yang percaya Imam Mahdi lahir tahun 1937? Atau 1960? Atau 1972? Dan terkini 1980? Ada tak? Jika ada, itu tandanya kita dah tua, kiamat kecil pasti dekat!

Woha!

Tiga cabang bisnes yang bahaya?

Hati-hati bila nak Melabur kerana sifat tamak mudah mendorong kita ke jalan yang salah. Tiada anjing yang mampu dapat dua tulang dari bayang bayang.

Baik lah, rujuk gambar, Ini adalah gambaran ekonomi di Malaysia, servis adalah terbanyak diikuti dengan pembuatan kemudian barulah pada perladangan pembinaan dan pelombongan. Data ini elok kerajaan baru nanti kembangkan demi kebaikkan ekonomi negara.

Cuma saya nak bagi Tips bila kita rakyat marhain nak keluarkan duit untuk melabur, tolong baca pesanan ikhlas abang keretamayat yang insyaallah akan merubah masa depan korang jika selami, dalami, dan alami.

Tahukah anda?

Dalam bidang mana kita manusia akan tidak teragak-agak berbelanja langsung, hingga sanggup habis duit beribu ribu? Ratus ribu?

Ya, ada tiga tempat manusia sanggup habiskan wang iaitu kecantikan, kesihatan, dan pelaburan tambah wang.

Saya tengok kawan-kawan saya buat bisnes jika jual produk kesihatan memang orang sanggup bayar walaupun mahal.

Jika jual produk kecantikan, pemutih contohnya, Orang sanggup bayar walaupun mahal, jika ada produk boleh bagi tinggi, boleh bagi cerdik orang sanggup bayar padahal scam!

Dan yang ketiga orang sanggup habiskan duit untuk jadi cepat kaya maka sebab itulah ramai yang tersontot beli sijil Emas, beli saham sawit, beli hotel Mekah, beli RnR, macam-macamlah!

Saya jual buku taklah laju sangat sebab kecantikan otak orang tak nampak, (tahniah kepada yang sudi beli) tapi bila saya jual tanjak iaitu produk kecantikan, memang jualan laju sebab Tanjak akan mencantikkan wajah pemakai, insyaAllah.

Selalu juga orang beli tak tawar pun malahan ada yang datang terus tanya: Tanjak mana yang paling mahal saya nak beli? Perghhh!

Begitulah ekonomi kita berkembang maka pesan saya, hati-hati jika kita nak mengeluarkan wang untuk kesihatan, kecantikan ataupun pelaburan cepat kaya kerana banyak sangat ruang untuk menipu.

Produk Kesihatan pastikan ada kelulusan KKM, kalau nak masuk pelaburan cepat kaya elak kan so good to be true. Kalau produk kecantikan jenis sapu dan makan pastikan ada Kelulusan KKM bukan testimoni, biar ada bukti kajian sains secara ilmiah.

So produk kecantikan kena hati hati sebelum beli kecuali Tanjak.

Ya Tanjak akan menhensemkan si pemakai 100 peratus!

Orang tua botak, pakai tanjak akan kembali muda!

Orang beruban nampak lesu pakai Tanjak nampak macam pendekar!

Orang bersanding atas pelamin pakai kopiah vs pakai Tanjak? Mana lebih segak?

Maka marilah beli Tanjak abang keretamayat!

Woha!

Katalog kat ruang komen.

Eh? Jual produk kecantikan rupanya abang mayat, namun nasihat deep ini tolong jangan lupa iaitu:

“Tiada anjing yang mampu dapat dua tulang dari bayang bayang.”

Woha!

Pernahkah anda Di goda wanita cantik?

 Seram baca komen yang dikatakan orang agamawan, tapi jika datang wanita cantik, tak tolak rezeki…

Peringatan bersama..

Dalam hadis bagitahu, salah satu golongan yang dapat duduk lepak bawah lindungan Arash di Akhirat adalah pemuda yang menolak zina walau digoda wanita cantik bangsawan, pemuda itu berkata:

“Aku takut Allah…”

Bab zina, Nabi yusof lari hingga koyak baju…

Kawan saya cerita waktu bujang, geng lelaki bawa perempuan dan buat jamuan seks di rumah sewa, dia masuk tandas dan onani kerana teringat pesan ustaz, jika ada dua maksiat yang tak boleh elak, pilih yang ringan, maka dia onani, lepas tu hilang selera nak berzina.. selamatlah dia hari tu, sebab nak tegur rakan serumah tak mampu, cegah dengan hati jer, tak lama lepas tu geng tabligh datang bagi salam, berterabur lari bawak awek bohsia keluar ikut pintu belakang..

Dan ada kisah kawan tabligh hensem duduk rumah sorang sorang, tiba tiba ada budak perempuan masuk rumah, dan tak nak keluar selagi tak buat seks, dan akan jerit kena rogol jika dia tak nak berzina

Mengucap kawan tabligh tu, dapat ilham lalu masuk tandas, berak, dan sapu tahi kat muka lalu cakap kat awek tu, jom berzina, terus awek tu lari tak cukup tanah.

Woha!

Bukan semua agamawan gila seks, Tapi itulah, kita tak pernah kena goda dengan perempuan cantik, mohonlah doa agar tak kena ujian macam tu, elakkan zina seelak elakknya. Baca komen orang share siap cakap rezeki jangan di tolak jika budak bawah umur ajak buat seks, nauzubillah..

Jika suka sama suka, kahwinlah, carilah jalan yang halal, poligami juga halal, bantu pasangan masing masing...

Ya Allah, jauhilah diri kami dan anak keturunan kami dari dosa zina selama lamanya, kami insan yang lemah, hanya padaMu kami mengadu, berilah kami kesibukkan dalam buat ibadat hingga penat, sampai kami tak larat nak buat maksiat,

Amin...

Aug 26, 2022

Kisah Laki Bini berulang lagi?

 (copy paste status FB)

Video lucah punca bercerai..

Ada orang cuba korek apa sebab artis bercerai hingga sanggup share video yang dedah aib orang…

Berlegar berita ni semalam di media sosail…

Alkisahnya, jika ada video aib orang, jika peribadi janganlah sebarkan, jika jenayah, tunjuk pada pihak berkuasa macam polis atau pendakwa, serta peguam, dalam menegakkan kebenaran.

Sungguh Kita ni nampak macam hebat bukan sebab kita hebat sangat, tapi kerana Allah Yang Maha Hebat sedang tutup aib kita, 

Bayangkan jika Allah tunjukkan semua dosa yang kita buat ditempat gelap, yang buat cara sembunyi, yang kita dah lupa, atau yang kita tak sedar, habislah hebat kita bila orang dah Nampak aib kita.

Sebab tu ada ulamak cakap, bila ada orang puji kita, maka hakikatnya kembalikan  pujian itu kepada Allah dengan ucap Alhmdulillah, sebab  Allah sedang tutup aib kita,

“Ya Allah, syukurnya hari ini, kerana engkau masih menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku, maka ampunkanlah dosaku itu dan jadikan aku orang yang khauf dengan azabMU.

Akhir kata, ingat pesan Nabi:

“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)

So kepada yang mengenal diri ini, anak bini, sahabat, dan jiran, jika ornag cakap hal saya, tolong “cover line” sikit yer?

Woha!

Ps: Jom dengar doa khatam Al Quran bersama suara merdu ditepian pantai dekat rumah abang keretamayat, mana videonya? ini dia, https://youtu.be/NvoL63xHDZY



Ayah Demam Tik Tok

 

Saya demam panas. Anak perempuan tanya:

"ayah okey?"

Saya angguk, anak tanya lagi, "ayah okey?"

Saya angguk, dan anak tanya sampai tiga kali, barulah anak ubah soalan,

Saya nak dengar suara ayah, tak nak ayah angguk sahaja, angguk sahaja tak okey, kena ada suara..

"Okey, Ayah okey!"

"Alhamdulillah, seronok dengar suara ayah cakap 'okay', ada satu lagi..."

"Apa dia?"

"Boleh tak ayah bagi tazkirah ringkas pada saya, dua tiga tik tok pun cukup! nak dengar suara ayah.."

Peghhh, anak anak zaman sekarang, dua tiga tiktok tu maksudnya dalam lima minit, sebab satu tik tok seminit setengah.

"Baiklah, ayah akan bagi tazkirah dalam dua tiga artikel Facebook!"

Tidak! Facebook panjang berjala!

Woha!

 

Hari Jadi yang menjadi

 

Pagi ini Isteri peluk, ucap selamat Hari Jadi, rupanya birthday saya? sejak kahwin baru ada orang ucap tahniah di Hari jadi dan berikan hadiah, sambil peluk isteri menangis bagitahu tadi buka FB ada dua berita sedih.

Pertama memory setahun lepas FB cerita kisah isteri Syuib meninggal dunia...

Katanya tengok anak anak Syuib, teringat anak anak kita, terutama Iman Hamka OKU Autisme..

Mata saya turut berkaca, suami mana yang mampu kehilangan isteri?, Masuk tempat tidur tidak akan sama lagi, bangun pagi tidak akan sama lagi..

Sungguh bab Covid ni, semua orang ada pengalaman pahit, sahabat saya ramai yang pergi asbab Covidm termasuk  isteri sahabat saya yang meninggalkan anak yatim piatu.

انا لله وانا اليه راجعون.

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.

Ya Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Kemudian berita satu lagi, ibu kepada tiga anak bunuh diri kerana media sosial.

Isteri bagitahu kadang tengok orang kritik abang, takut nak baca komen, serangan dari anti vaksin, penyokong wahabi, geng PH, geng teori konspirasi, macam macam lah komen

Tapi Nampak abang masih relex dan tenang, sabar jer menulis, takut suami pendam dan meletop jer.

Kata saya media sosial ni keras, ramai orang stress sekarang, takpelah mereka nak cakap tak elok kat komen, selagi bukan jenayah, (ugutan) maka baik untuk mereka meluahkan perasaan terbuku, hak komen mereka nak gunakan, biarlah, sebab ramai juga yang puji dan beri komen menambah baik.

Namun Ada jugak abang block orang yang komen terang terang hina agama, simple jer, tak suka kita block, tak payah sakit kepala.

Abang tulis pun nota kepada diri, sambil pesan pada anak anak, mereka yang akan baca bila perlu nanti,

Komen hak mereka, sabar hak penulis- woha!

Kemudian, isteri buka video hari jadi saya tahun lepas..

Haha, dalam video tu ada Tazkirah ringkas tentang HARI JADI dan ISLAM yang saya pesan pada anak anak..

Maka kepada Siapa siapa nak sambut Hari Lahir Bersama keluarga, boleh tiru Tazkirah saya depan kek dalam video ini.

Lepas potong Kek, isteri buat kejutan lagi, suruh teka Tarikh lahir semua anak anak! Lima orang tu, susah yang amat!

Adakah saya akan Berjaya! Jika gagal adakah kena denda?

Kena tengok video ini sampai habis!

https://youtu.be/jeKuTBZw91w

Woha!

 

Nikmat hidup

 

JIka tidur kita tiada yang temankan, lewat bangun tiada yang kejutkan, pergi tidak ada yang tahu, balik tiada yang menanti, hilang tiada yang peduli,

Apakah ini?

Bagi sesetengah orang, itu adalah kebebasan, hidup sendiri tanpa siapa siapa di sisi adalah bebas. Dan bagi setengah orang pula itu adalah kesunyian yang menyakitkan.

Kita orang Islam, sunnahnya bekeluarga..

Yang mana dalam keluarga, Tidur ada orang temankan, lewat bangun ada orang kejutkan, pergi ada orang lambaikan, balik ada orang tunggu, hilang ada orang cari, susah senang bersama, inilah resam hidup bekeluarga.

Alhamdulillah..

Alkisahnya semalam hari lahir saya, anak perempuan dari asrama call, lepas tu menyanyi dengan kawan kawannya “selamat hari lahir papa”, “I love U papa”, “jaga diri baik baik Ayah .

Di rumah, isteri beli kek coklat ada pisang, kenyang makan dua ulas, Alhamdulillah.

Lepas isyak bini belanja makan nasi goreng kambing pulak, nikmat sungguh selera makan masih ada..

Ok, Semua anak dah ucap selamat hari lahir, tengok dekat FB personal, ramai yang ucap, (saya belum sempat balas), dalam group wasap pun ramai ucap, terima kasih semua.

Last, anak lelaki MRSM mesej ucap selamat hari jadi dan bagi link Shopee, katanya, belum ada duit nak belanja ayah hadiah, mampu bagi link shopee sahaja, ayah beli dulu, nanti orang dah kerja, ayah claim.

Woha!

Akhir kata, Tahniah kepada korang yang mana Tidur ada orang temankan, lewat bangun ada orang kejutkan, pergi ada orang lambaikan, balik ada orang tunggu, hilang ada orang cari, dan hari jadi walau anak belum bekerja, tapi tetap dapat hadiah link Shopee!!!

Woha!


Di goda wanita cantik

 

Saya di goda wanita cantik, terperangkap dalam bilik… apa perlu saya buat?

Alkisahnya…

Satu hari waktu kenduri kahwin adik ipar, waktu saya nak mandi tengah hari, masuk bilik untuk tetamu dan terkejut melihat ada perempuan asing yang cantik dalam bilik saya. Mungkin perempuan ni tumpang bilik untuk bersiap sebab al maklumlah waktu kenduri sanak saudara ramai tapi bilangan bilik terhad.

“maaf, tak tahu ada orang”

Kata saya dengan penuh bersalah dan cuba keluar bilik tapi tombol pintu macam terlekat,

Sambil saya cuba buka pintu, sambil juga terfikir siapa dia ni harap dia terus bersolek dan terima maaf dari saya tapi belum sempat saya dapat jawapan siapa wanita ini, tiba tiba perempuan tu peluk saya dari belakang, dan bergelut nak tarik badan saya mengadapnya.

Saya dah gelabah, tutup mata dan cuba keluar dari pelukkan bimbang perempuan tu jerit nanti semua orang tuduh saya nak rogol dia…

“ini sayalah bang..”

Laaa, bini saya rupanya, siapa suruh awak menggatal pinjam alat solek pengantin dan solek diri sendiri. Nampak macam artis mana dah tadi..

Woha!

 

Mandi wajib

 

Isteri call, katanya hari ni dia niat nak puasa tapi mandi wajib lepas azan subuh pagi tadi, boleh tak bang?

Saya cakap boleh, isteri balas, tapi itukan untuk puasa wajib sahaja, puasa sunat boleh tak?

Alamak, Saya pulak yang tiba tiba was was, nak jawab boleh takut ada pendapat kata hanya puasa wajib sahaja yang boleh kan?, puasa sunat tak boleh?,

Saya pun google cari jawapan ustaz ustaz bab ni, semua cakap boleh puasa ramadan tapi tak sebut boleh untuk puasa sunat.

Saya google lagi, cari dekat FB lepas tu Nampak video Reels, terlalai jap lepas tengok dua tiga video, adohai..

Sambung cari balik jawapan, ada bab tak boleh sebab masa mandi kena korek, ada yang cakap boleh jika mandi tak korek, ada cakap tak boleh sebab nanti keluar air mani meleleh lepas subuh dah batalkan puasa, lepas tu ada yang cakap jika pakai kondom maka boleh isteri puasa lepas mandi wajib, pening dengan jawapan.

Cari kat laman fatwa, cerita bab bulan ramadan sahaja, try tengok ustaz azhar idrus, boleh, dan tak sebut puasa apa, maka saya berijtihad, boleh puasa sunat walau mandi wajib lepas subuh. Nanti tengah hari waktu lunch, saya tanya geng ustaz.

Saya pun cakap dekat Siri, “Call my Wife”

Siri pun call, wife pun jawab salam, saya pun cakap:

“Awak puasa dulu, nanti abang tanya kawan ustaz, sebelum lunch abang bagi jawapan”

Isteri cakap, lama sangat tunggu jawapan abang, ternampak baki telor separuh masak yang abang belum pecahkan sebiji pagi tadi, selamat dah masuk perut saya.

Woha!

Moral of the story, video pendek macam Reels FB, Short Youtube, dan Tik tok, akan mudah melalaikan kita, adohai..

Ps: Saya dah tanya lima orang ustaz, jawapannya boleh, teruskan berpuasa jika belum makan telur tu.

Cara buat telor separuh masak, https://youtu.be/O4g0vC5n5lo


 

 

 

Di balik kebahagian ini?

Ada kawan lama ajak mengeteh, kemudian dia cerita pasal kehidupannya yang gagal, kerja lompat sana sini, rumah sewa kena halau, menyewa rumah lain lebih kecil tapi sewa mahal, kereta nak kena Tarik, anak anak derhaka, isteri tak layan, macam macamlah dia mengadu.

Lepas tu dia bandingkan hidupnya dengan hidup saya, katanya Nampak saya Bahagia, rumah dah beli, kereta dah habis bayar, anak anak sangat baik, isteri rajin, buku laku, ada followers, dan macam macam.

Lepas tu dia minta tips. Bagaimana nak Berjaya macam saya?

Saya tanya dia, bila last baca buku? Maka diapun cerita kisah dia tak suka membaca, last baca masa sekolah menengah dulu, tak boleh baca buku takde gambar katanya.. otak cepat penat..

Saya tanya pulak dia, bila last buat solat hajat 12 rakaat minta Allah bantu kita?

Dia kata tak pernah solat hanyat sampai 12 rakaat, biasanya dua rakaat sahaja.

Maka saya bagitahu, kamu Nampak hidup saya, Bahagia, rumah dah beli, kereta dah habis bayar, anak anak sangat baik, isteri rajin, buku laku, ada followers, dan macam macam. Itu semua dari Allah..

Tapi disebalik “kebahagian” ini, aku sendiri masih perlu tiap malam baca hadis Nabi Bersama anak bini sebab hati mudah lalai, dan hingga kini aku masih perlu baca buku untuk tambah ilmu hadapi hidup yang berliku,

last aku baca buku sebelum mengeteh dengan kamu, berjudul, : Why I Still Carry A Guitar by Cat Stevens/Yusuf Islam, dan minggu lepas, aku ada sikit masalah, aku yang tak pandai apa-apa, masih perlu buat solat hajat 12 rakaat, dan lepas doa, insyaAllah bertimpa timpa ilham datang selesaikan masalah. Esoknya masalah aku tu selesai dengan izin Allah.

Jadi jika orang yang terlihat “Bahagia” seperti aku masih perlu membaca buku, masih perlu baca hadis Nabi tiap malam, serta masih perlu solat hajat 12 rakaat bila ditimpa masalah, maka orang yang rasa down macam kamu, juga sangat perlu solat hajat untuk dapat ilham bertimpa timpa dari Allah,

dan jangan lupa baca buku untuk belajar semua perkara selagi mampu.

Sungguh baca buku ini ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi, pasti kita akan dapat baunya.

Baca Al quran jangan lupa baca makna, ada masa baca tafsir. InsyaAllah…

Bab solat hajat, saidina Ali bila susah, solat dua rakaat berkali kali, baru Allah bantu, maka apa salahnya kita solat sampai 12 rakaat menunjukkan kita bersungguh minta bantuan pada Allah.

OK, kisah ni dah lama. Sebelum PKP,

Pendek cerita, Minggu lepas kawan ni call nak pinjam duit, dan cerita masalah hidupnya, anaknya dah kahwin tapi tak pernah balik, isterinya tak layan dengan baik, kesihatannya tak bagus, rumah masih menyewa, kereta hutang masih banyak, kerja masih tak stabil, macam macamlah masalah hidupnya.

Saya teringat pernah bagi hadiah dua buku padanya, satu Kitab Taklim karangan Maulana Zakaria untuk dia baca Bersama anak bini, dan satu lagi buku berjudul “Bagaimana menghilangkan bimbang versi BM tulisan Dale Carnegie, buku tu sangat bagus untuk orang nak cari ilham selesaikan masalah, maka saya tanya, buku hari tu dah habis baca? Taklim ada buat?

Tahu apa jawapan dia?

“belum baca lagi.., Taklim anak bini tak nak duduk, buku tu lupa letak kat mana..”

Dua tahun berlalu.., teringat pesan penulis buku motivasi barat:

You can lead a horse to water but you can't make him drink' and yes, you can give someone an opportunity but can’t force them to take it.

Maka benar kata pujangga , Kita boleh bagi orang hadiah buku, tapi kita tak boleh paksa orang baca buku,

Maka saya tanya lagi, bila susah solat hajat 12 rakaat tak? Dia kata belum buat lagi…

Maka tuan puan yang baca catatan ini, ada orang terlihat bahagia tanpa ibadat macam orang kafir,

Tapi rahsia kejayaan orang kafir adalah mereka banyak baca buku…

Dan mereka tak solat hajat sebab yakin usaha pada diri tapi kita orang Islam, selain berusaha baca buku (belajar sesuatu) jangan lupa solat hajat kerana tanpa bantuan Allah, kita langsung tak mampu buat apa apa.

Maka… jika korang ternampak saya Bahagia kononnya, ada rumah banglo, ada MPV habis bayar, anak anak sangat baik, anak lelaki pandai ceramah agama, anak jadi Imam masjid, isteri cantik dan rajin layan tetamu, anak syurga makin hari makin positif, buku yang ditulis, ada followers ratus ribu di FB, badan sihat boleh daki gunung, Tanjak sejak filem Mat Kilau makin laris, dan macam macam nikmat, maka ketahuilah..

Semua itu dari Allah, yang boleh bagi pada sesiapa pun yang Dia Kehendakki..

Namun tak kira hidup saya berjaya atau gagal, Insyaallah tiap malam saya cuba luangkan masa baca buku Taklim hadis Nabi Bersama anak bini agar otak kita banyak maklumat betul,

Bila baca Al quran saya baca bersama makna, agar saya faham apa kehendak Allah, dan saya masih membaca buku baru setiap bulan bagi menambah ilmu, last buku saya baca berjudul “Jika hidup satu jam lagi karangan Richard Carlson (saya ada buat ulasan buku tu di Youtube), dan saya jika ada masalah, akan solat hajat 12 rakaat minta ilham dari Allah kerana saya manusia lemah tak mampu buat apa apa tanpa izin-Nya.

Maka sesiapapun korang di luar sana, jika korang ada masalah, jangan lupa cari ilmu (membaca! Membaca! Membaca!) dan solat hajat 12 rakaat sekurang kurangnya. Amin..

Harap korang dapat belajar sesuatu dari artikel ini. Jangan lupa beli buku saya.

Woha!

Ps: Semua kejayaan dari Allah, saya tak pandai apa apa, nasihat suruh membaca dan solat hajat adalah perintah agama, bukan saya reka reka, dan berlumba lumba buat baik juga perintah Allah, tiada kejayaan melainkan dengan izinNya. Semoga kita semua termasuk orang yang makbul hajat dunia akhirat.

Aug 25, 2022

Penyamar atau Pelawak?

Wanita mengaku hafal 15 juzuk Al quran, lepas tu mengaku ada 7 teman lelaki,  lepas tu buka baju separuh bogel, penonton yang sedang minum arak pun gelak tepuk tangan,

Kenapalah nak buat lawak hina islam di negara islam? Lepas tu melintas gambar ni, dengan lawak apa saya tak tahu, tapi Wanita islam bukakan tin arak kepada pelawak? Astarfirullahalazim.

Terus saya  teringat satu wawancara dari orang Kristian luar negara,

Katanya..

Islam fixes a lot of a problem no matter what you are currently facing.

And I'm not a muslim, I'm an orthodox christian.

But, if I had to bet on one religion as if I would bet on the stock market for the future, it had to be on islam.

Because muslim are intolerant. And I'm not saying it disrespectfully.

Because if you tolerant of everything, then you stand for nothing.

Christian are so tolerant now, that you can go to church, these girls who get f**k on Saturday night, and go to church on Sunday morning, and get f**k on Sunday night, and its all not a big deal.

You don't believe, they have gay pastors?

I'm not educated, but if the book says don't have it. Wtf. What do you belive in?

If you tolerant of everything, you stand for nothing.

I can walk through London with the T Shirt saying Jesus is Gay and nothing would happen to me.

If I did the same thing with the Islamic prophet I would be dead before the end of the street.

That's how much they believe and respect, and I respect people whose take up for what they believe in.

I respect because they believe, and they will defend. Muslim is the only people who would defend their religion. They will defend their believes, they refuse to be mocked. They refuse to be insulted. And I respect that about them.

That is amazing thing about that,

End copy paste, so tadi Nampak berita Wanita islam tu dah kena tangkap, semoga jadikan pengajaran buat kita semua di Malaysia yang Islam adalah agama rasmi, kita ada rukun negara. Nombor satu, Kepercayaan Kepada Tuhan. Maka janganlah buat lawak menghina agama islam.

Lebih baik jika mengaku hafal 15 juzuk Al quran, dan mengaku ada tujuh lelaki minat, lalu buat solat istiqarah tujuh kali.

Alhamdulillah!

Woha!

Hadis Daif is OK?

Saya tengok hari hari ada orang berbalah bab agama, isu Menara 15km, isu debat siapa menang, isu Tuhan di langit, lepas tu melarat kepada benda yang ulamak dah lama bincang, seperti hadis daif boleh amal untuk Fadhail, tapi ada yang tolak terus, Bidaah hasanah boleh amal selagi tak masukkan perkara yang salah, ada yang haramkan terus..

Malahan, saya yang bukan ustaz ini pun di serang mereka, siap PM bagitahu saya salah sebab kongsi Hadis Daif.

Bila saya baca komen, rupanya mereka anggap hadis daif tu palsu, lepas tu melarat kepada tahlil bidaah, baca yasin malam jumaat bidaah, Adohai.

Bila saya cakap, apa yang Nabi tak buat bukan haram? Mereka tanya, habis tu kenapa tak solat subuh empat rakaat? Mana ada dalil Nabi larang solat subuh empat rakaat?

Saya pun bagi dalil..

“Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat saya (Nabi SAW) bersolat (mengikut solat Nabi berpandukan hadis beliau), Barang siapa menambah lebih atau mengurangi dari ini, sesungguhnya telah berbuat zalim dan melampaui batas”. (Riwayat Abu Daud)

Nampak tak? Ada hadis larang solat subuh 4 rakaat, tapi takde hadis larang baca yasin malam jumaat, atau tahlil untuk mayat, tapi mereka pusing ikut lain pulak, agama dah sempurna tak boleh tambah tambah.

Bila kongsi kisah Umar tambah 20 rakaat tarawih dan kekal depan kaabah, atau kisah Tambah baca doa sebelum al fatihah, oleh Abdullah Ibn Umar, atau kisah Tambah baca ayat al ikhlas dalam setiap rakaat, oleh Anas bin Malik atau kisah Berzikir dengan ulang Surah Al Ikhlas banyak kali oleh Abu Sa’id al-Khudri, atau kisah Ganti mandi wajid dengan tayammun sebab cuaca sejuk oleh Amru bin Al-Ash, atau kisah Tambah solat wudhu lepas ambil wudhu, oleh Bilal Bin Rabah, atau sahabat mengada adakan solat sunat dua rakaat sebelum kena bunuh, oleh Khubaib Ibn ‘Adi al-Ansari atau kisah Menjadikan surah Al fatihah sebagai "ubat" ketika di sengat binatang, oleh Abu Sa’id al-Khundri, atau kisah Bertasawul kepada Nabi dalam perang,  oleh Bani Zuhl bin Syaiban.

Tapi bagi dalil, mereka pusing ikut lain pulak? Adohai..

Terkini, sakit hati sangat tengok AJK masjid baca hadis Fadail, ada hadis daif katanya, dan perli perangai saya macam AJK masjid tu..

Jawapan saya: Alhamdulillah,, pesanan Nabi supaya sampaikan walau satu ayat telah berjaya dicapai oleh AJK masjid itu. (Baca: hadis daif bukan palsu)

Ikut hadis Nabi, cerita dari bani Isreal yang bukan Islam pun boleh share, apatah lagi dari perawi Islam yang agak lemah, ulamak yang kaji hadis memang hebat, tak tolak terus hadis daif, sebab palsukan hadis daif juga berdusta atas nama Nabi, maka sedarlah kita ni bukan pakar hadis lepas tu was was hadis daif di anggap palsu, berkokok macam terer, Adohai…

Yang menyedihkan, sejak PKP, Jemaah dakwah bergerak rumah ke rumah makin kurang saya Nampak, mungkin kerana orang islam sibuk bergaduh perkara khilaf tak sudah sudah, hingga orang makin jauh dari agama.

Dari korang kacau orang baca hadis daif dalam Fadahil, atau orang buat bidaah hasanah yang ada asalnya, maka lebih baik kita bergabung dan bergerak hidupkan balik dakwah rumah ke rumah macam zaman Nabi.

Sebab sekarang ini, sejak PKP, jumlah orang datang masjid makin berkurang, solat jumaat pun dah ramai yang tinggalkan.. dan ada kisah orang islam murtad atau hina islam..

Saya sangat berharap para agamawan mengepalai sesi turun padang untuk bahaskan dan cari jalan terbaik agar masalah kemashalatan umat yang semakin jauh dari agama dapat dikembalikan. Bukan hanya sekadar berbalas hujah di sosial media sesama agamawan tentang ustaz mana terpaling sunnah kononnya,  atau ustaz mana terpaling silap fakta ceramah, atau tentang kepercayaan jaluran siapa sesat dan siapa betul, Adohai..

Alangkah cantiknya, jika Jemaah dakwah, Tabligh, PAS, Wahabi, Salafi, Aswaja, dan lain lain dapat iktikaf tiga hari sama sama di masjid, lepas tu buat dua Jemaah, satu Jemaah dalam masjid ajar agama, dan satu Jemaah luar masjid dekati orang ramai macam Nabi buat, alangkah cantiknya,

Sungguh Diluar sana ada macam macam golongan yang perlu di selamatkan, ada geng human rights, isu plurality, sekularisme, diskriminasi gender, Komunisme, feminism, atheism, agnosticism dan LGBT, serta folongan Takfiri.

Tahu tak? Dua tiga hari lepas, ada mamat buat content Tarik tudung orang perempuan, dan gelak, kelakar ke?

Teringat kisah pengusiran Yahudi Bani Qaynuqa' daripada Madinah, yang mana telah terjadi peristiwa seorang wanita Islam telah dijatuhkan maruahnya oleh lelaki Yahudi di pasar awam. Tudung Wanita itu di Tarik, dan, mereka pun ketawa beramai dalam keadaan wanita itu meraung meminta pertolongan. Lalu seorang muslim datang memukul lelaki Yahudi Kemudian lelaki itu dibunuh oleh orang Yahudi lain. Maka orang islam pun bergabung, keadilan di tegakkan, dan Yahudi diusir sepenuhnya daripada negara Islam.

Terkini, sedang sibuk kita perli bab hadis daif dan bidaah hasanah, ada perempuan melayu islam mengaku anak orang PAS, selamba hina islam, dengan mengaku hafal 15 juzuk, lalu buka baju separuh bogel, dan penonton tepuk tangan, Kelakar ke?

Perkara bergini kita kena bergabung turun padang, kita kena bagi idea dan solusi, bukannya perli AJK Masjid baca kitab Fadahil amal.

Fikir fikirkanlah.

Semoga kita semua WOHA sampai syurga,

Jom iktiaf tiga hari sambil berdakwah tiga hari!

Woha!

Aug 24, 2022

Bercakap dengan Malaikat Kubur?

Pada satu hari, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seseorang dikebumikan di dalam kuburnya, Malaikat Munkar dan Nakir mendatanginya, suaranya bagaikan guruh yang berdentum, mata mereka bagaikan meteor yang menusuk, giginya bagaikan tombak, ditangan mereka ada pemalu yang tidak mampu membawanya oleh sekalian manusia dan jin, mereka bertanya kepada manusia itu tentang Tuhannya, Nabinya, dan agamanya.".

Sahabat Nabi yang terkenal “samseng” sebelum masuk Islam, Sayyidina Umar Ibn Al-Khattab terus bertanya: “

Adakah mereka datang kepadaku dalam keadaan aku tetap tegas seperti aku sekarang ini?

Baginda menjawab “Ya!”.

“Jika begitu, aku akan membereskan mereka berdua, wahai Rasulullah”.

Woha!

Dahsyatkan? Akan keberanian Saidina Umar! Jika keimanan teguh didada, tak perlu risau Malaikat kubur…

Ada riwayat diberitahu oleh RasuluLlah SAW bahawa para syaitan takut dengan  Sayyidina Umar.

Ada juga riwayat dari Sahayatul Sahabah kisah Sungai Nil yang tiba tiba surut dan orang kampung korbankan perawan baru mengalir tapi zaman Saidina Umar hanya tulis surat atas nama Allah dan campak dalam sungai terus mengalir.

Kenapa Madinah Mekah takde gunung berapi? Sebab zaman Umar, Lava gunung berapi yang baru meletus masuk balik ke lubangnya kena halau macam kambing masuk kandang hanya guna surat dari Umar,

Dahsyatkan? Akan keberanian Saidina Umar! Jika keimanan teguh didada, syaitan lari, selamba pulas telinga singa, minum racun, maka logik Saidina Umar tak perlu risau Malaikat kubur…

Alkisahnya Nabi cerita, dalam kubur nanti, sewaktu malaikat kubur tanya soalan pada Saidina Umar, siapa Tuhan mu? Selamba Umar jawab:

“Tuhanku adalah Allah, lalu siapakah Tuhan kalian? Dan Muhammad adalah Nabiku, siapakah Nabi kalian? Dan Islam adalah agamaku, maka apakah agama kalian?”.

Terus Kedua-dua Malaikat berkata,

“Sungguh hairan, kami tak tahu sama ada kami yang sebenarnya diutus kepada kamu atau adakah kamu yang diutus kepada kami?!".

Woha!

Alkisahnya, Setelah Saidina Umat Wafat, Sayyidina Abdullah telah bermimpi berjumpa arwah ayahnya dan bertanya ehwal dalam kubur. Sayyidina Umar mengatakan bahawa beliau telah menyoal kembali malaikat yang datang kepadanya”.

Woha sekali lagi!

Moral of the story.. oleh kerana semua tahu bahawa soalan kubur untuk ustaz, mufti, ulamak adalah sama sahaja dengan artis, instafamous, FB selebrity, youtuber, nitizen dan lain lain…

Maka… Hendaklah kita belajar bercakap bab agama setiap hari supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama dalam kubur, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah!

Now you know!

 

XXXX

 

(update)

 

Anti Hadis Daif adalah golongan yang menyempitkan agama?

Alkisahnya, saya ni bukan ustaz, apa cerita popular di meja penceramah yang jelas tak bertentangan dengan akidah, saya share di FB sebagai nota kepada diri, semalam saya share kisah Saidina Umar yang mampu menyoal Malaikat Kubur.

Saya tengok ada 70 ribu People reached, 5.3K engagements dan 1.3K Reactions.

Tapi baca komen, ada konon pakar hadis persoalkan? Tak pernah dengar pun cerita ni? Dari mana dapat ni? Sahih ke?

Rupanya ada geng yang anti hadis Daif, di layan hadis daif ni , seolah olah sama macam hadis palsu. Di tuduh penglipur lara..

Saya rasa orang awam keliru bab hadis daif ni kononnya palsu kerana ada penulis buku yang kumpulkan hadis palsu dan hadis daif dalam satu buku.

Sah sah orang awam yang tak faham agama baca tajuk buku tu akan keliru, dan anggap hadis daif ni palsu padahal hadis Daif ni BUKAN HADIS PALSU, boleh guna dalam bab Semangat keagamaan.

Bila saya scroll FB, rupanya bukan sahaja orang awam, ustaz pun ada yang keliru bab hadis Daif.

Saya copy paste teguran Ustaz Iqbal vs Ustaz Shihabudin.

***

Dakwaan Ustaz Shihabudin bahawa apabila sesebuah hadith itu tidak sahih maka ia tidak boleh digunakan menunjukkan bahawa Ustaz tidak teliti dan kurang arif mengenai ilmu hadith dan gagal memahami selok-belok penerimaan Ulama terhadap hadith-hadith yang tidak berkait dengan Aqidah dan hukum-hakam sehingga dengan bermudah-mudah menghukum bahawa hadith yang tidak sahih hendaklah ditolak begitu sahaja walhal manhaj para Muhaddithin tidaklah sedemikan itu.

Seseorang yang tidak mahir dalam bidang hadith, hendaklah berwaspada dalam menyampaikan sesuatu yang dia tidak mahir dengannya. Hendaklah difahami bahawa sesebuah hadith yang da’if jiddan hatta palsu sekalipun, apabila Ulama Muktabar berselisih mengenai keda’ifan dan kepalsuannya, maka seseorang tidak boleh secara semberono menolak hadith tersebut seolah2 ia telah disepakati akan kepalsuannya.

Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi (j.1, ms.279) menukilkan bahawa Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata, “Adalah termasuk dalam keberbahayaan yang mudarat apabila memalsukan hadith yang sebenarnya bukan palsu”.

Seorang pensyarah universiti di Madinah Munawwarah bernama Prof. Dr. Khalīl Ibrāhīm Mulā Khāṭir, dalam kitabnya berjudul Khuṭūrah Musāwāh al-Ḥadīth al-Ḍaʻīf bi al-Mawḍūʻ, beliau menegaskan bahawa orang yang menyamakan hadith ḍaʻīf dengan mawḍūʻ ini telah melakukan jenayah ilmiah dan mendatangkan bahaya kepada umat.

(end copy paste-link asal teguran Usta Iqbal saya share nanti di ruang komen)

Jadi bayangkan jika seorang bertaraf ustaz pun boleh keliru bab Hadis Daif bukan tertolak, maka apatah lagi orang awam?, maka buku buku yang gabungkan Hadis Palsu dan Hadis Daif dalam satu himpunan perlu di elak sebab seolah olah memberi gambaran hadis Daif tu palsu, adohai..

Balik kisah saya semalam, saya tulis macam ni..

“Hendaklah kita belajar bercakap bab agama setiap hari supaya kebesaran Allah datang dalam diri kerana bila dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak bab agama’ yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama dalam kubur, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah!”

Lepas tu ada yang jawab:

“Kita kena banyak bercakap hal agama tapi kena pastikan hal agama yang kita cakap tu sahih.. Bukan amik kisah perlipurlara lepas tu sandarkan kat Nabi.. Tu da jadi berdusta namanya.. Lebih baik diam dari berdusta sebab Nabi dah bagi amaran siapa yang berdusta atas nama Nabi akan masuk neraka”

Wow, dah mari hujah dia, konon hadis Daif ni penglipur lara, padahal Imam al-Suyuti dalam Tadrib al-Rawi dah bagitahu “Adalah termasuk dalam keberbahayaan yang mudarat apabila memalsukan hadith yang sebenarnya bukan palsu”.

Maka saya jawab:

Nabi pesan sampaikan walau satu ayat, sebab kita kadang tak tahu mana yang betul hinggalah bila kita cakap ada orang tegur maka terbaikilah ilmu kita, tapi jika tak nak cakap sebab takut salah maka takde yang tegur lalu kita mati dengan kefahaman yang salah. Jangan malaikat kubur tanya nanti diam juga sebab takut salah.

Woha!