Melihat Pesulap merah yang mendedahkan penipuan bomoh Indonesia hingga pihak bomoh buat report polis sebab susah cari makan…
Saya terus teringat James Randi.
Zaman tulis blog dulu saya selalu follow James Randi seorang
pencabar bomoh, atau mana mana ahli sihir, atau mana mana pihak yang dakwa ada
kuasa Magik.
Malahan di Malaysia, beliau adalah orang yang pernah
kantoikan perubatan Cakra alam konon ada ilmu luar biasa boleh nyalakan lampu
di badan pesakit, rupanya dalam selipar ada bateri.
James Randy sama macam pesulap merah, adalah bekas magician
yang terkenal siap ada rekod dunia dan sudah bersara lalu James pernah cabar
sebanyak satu juta USD pada siapa siapa yang ada magic betul untuk buat demo
depan dia tapi tak ada satu orang pun berani sahut cabaran pakcik ini.
Malahan bab perubatan, James Randy juga cabar perubatan
homeopathy sebanyak satu juta USD untuk buktikan keberkesanan perubatan,
Hari tu pernah tengok video James Randi kalah lawan sorang
pencabar bab magic dan kena bayar satu juta tapi hujung hujung video prank
April fool rupanya, Adohai…
Maka James Randi kekal menang mencabar sesiapa sahaja sampai
sekarang..
Tapi baru saya tahu James dah meninggal dunia waktu PKP
Covid hari tu… 92 tahun umur meninggal…
Balik kepada pesulap merah yang kena report polis oleh bomoh
sebab bomoh tak suka orang yang kacau mereka cari makan.
Tiba tiba saya terfikir, jika bomoh ini handal, kenapa tak
sihirkan sahaja pesulap merah atau santau dari jauh? Kan?
Woha!
Ps: Di Malaysia tiada pesulap merah atau James Randi tapi
kita ada Jabatan agama yang bertindak menangkap ajaran sesat terutama bila ada
pihak dakwa perkara merepek seperti dapat bercakap dengan Tuhan, mengaku Imam
Mahdi, mengaku Nabi, atau dakwaan yang bertentangan dengan Al Quran dan hadis
memang kena tangkap, dan disekolahkan kejalan yang benar, now you know!
No comments:
Post a Comment