Seperti yang di jangka…
Hari ini ada watak yang bangun pagi di atas katil rumah
sendiri tapi esok watak itu ada yang bangun pagi di dalam penjara.
Dan ada cerita pada pagi hari ini akan watak yang bangun di
atas katil rumah sendiri tapi esok watak itu terbangun di dalam kubur.
Alangkah terkejutnya?
Namun mati itu pasti dan tiba tiba…
Begitulah kisah-kisah manusia bangun pagi hari ini yang
masih di penjara dunia namun besok ada antara kita yang mungkin akan bangun di
mahkamah akhirat maka sementara masih ada peluang menikmati saki baki kehidupan…
Sesiapa pun kita selagi masih hidup di atas muka bumi ini,
sama ada di dalam penjara atau di luar penjara, berpangkat tinggi atau orang
biasa, berlari sihat atau terdampar sakit.. selagi ada nyawa, maka nikmat
terbesar adalah tetap nikmat beragama…
Maka gunakan lah nikmat beragama hari ini untuk buat usaha
mendekatkan diri pada syurga Allah dan gunalah saki baki peluang menghirup
nafas hari ini untuk buat usaha menjauhkan diri dari Neraka Allah,
Sungguh Pintu Taubat masih terbuka di katil manapun kita
berada, katil rumah atau asrama atau penjara…
Namun di katil kerusi belakang keretamayat pintu taubat
sudah tertutup…
Insaflah.. gunakan peluang bertaubat selagi masih hidup
kerana Tiada sesiapa yang boleh tutup pintu taubat korang tapi saya boleh tutup
pintu kereta mayat.
Woha!
1 comment:
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... Semoga kita tergolong dari orang2 yang diterima taubatnya. amiinn
Post a Comment