“Abang keretamayat, saya rasa pasangan saya semakin jauh dari saya, buat salah tak pernah minta maaf, apa saya buat semua dia tak puas hati dan entah kenapa bila kenang kembali masa yang dihabiskan bersamanya rasa sangat penat… tolong doakan kami dapat kembali hangat macam awal percintaan dulu..”
*****
Baiklah…
Abang doakan semua pasangan yang sedang bergaduh berjaya
mencari jalan pulang… dari keluhan awak saya faham Tiga perkara tanda hubungan
semakin jauh..
1. Buat salah tapi tak ada tanda nak minta maaf.
2.Rasa tak puas hati dengan kekurangan pasangan, sedang kan
tiada manusia sempurna..
3.Rasa penat bila buat aktiviti bersama kerana hari dah
tawar…
Itu Tiga tanda bab pasangan yang semakin menjauh , maka mari
kita renungkan tanda menjauh dari Tuhan pula…
Alkisahnya , Terdapat tiga tanda yang menunjukkan kita jauh
dari Allah…,
Pertama:
Kita suka menangguhkan taubat… cuba fikir, bila last buat
solat taubat? Apa? Tak dengar? Masa kem ibadat sekolah menengah dulu, okey..,
Solat Taubat mungkin susah bagi sesetengah orang, cuba check
lagi, bila last menangis dalam berdoa minta Allah ampunkan dosa? Menangis sebab
hidup susah cerita lain, ini menangis sebab dosa banyak? Bila buat? Jika ada
buat, alhamdulillah, korang belum jauh dari Allah.
Kedua:
Tanda kita jauh dari Allah, adalah bila Kita selalu tidak
berpuas hati dengan rezeki kehidupan, harta rasa sikit, kereta rasa kecik,
rumah rasa sempit, rezeki rasa tak cukup,pasangan rasa hodoh sangat, anak rasa
bodoh sangat jugak, dan mudah dengki tengok orang happy... geram tengok orang
Berjaya, lepas tu mengeluh “kenapa hidup aku susah sangat berbanding dengan
orang lain?”,
Banyak merungut… Itulah tanda korang jauh dari Allah, tapi
Jika takde sifat di atas, selalu bersyukur atas segala nikmat walaupun sekecil
nikmat, sentiasa bersabar walaupun sebesar besar ujian, alhamdulillah, korang
belum jauh dari Allah. Tahniah!
Ketiga:
Tanda kita jauh dari Allah, Kita beribadat dengan malas…
solat dengan malas, baca al quran dengan malas, zikir dengan malas…, sebab
taubat dan syukur itu akan mendatangkan kemanisan Ibadan…
Kesimpulanya, jika ada semua tanda itu, maka kita dah
terkena penyakit hati yang akan buatkan kita menjauh dari Allah, Dan bila hati
makin menjauh dari Allah tidaklah pelik segala urusan Dunia kita menjadi huru
hara..
Maka marilah kita segera bertaubat, segera bersyukur, dan
segera mencari kemanisan dalam ibadat InsyaAllah
Akan terbukalah jalan keindahan bak kata Zamani Slam..
Adanya engkau disampingku
Hilanglah jarak dan waktu
Kekasih perjalanan ini
Terlalu mengasyikkan
…. Kepadamu kasih
Sebenarnya jalan keindahan
Woha!
No comments:
Post a Comment