Oct 5, 2022

Berkahwin dengan Autisme?

Kawan saya ada mengadu masalah yang sama, isterinya cantik, masak pandai, tapi bila tetamu datang, isteri banyak duduk dalam bilik, balik kampung isteri berkurung, jenis tak boleh lama duduk luar, bila borak dengan saudara mara akan banyak bercerita diri sendiri, malam tidur awal, tak minat tengok drama kat TV, suka buat kerja rumah, suka mengaji tapi bersosial tak pandai, jenis pemalu dan gelabah, apa nak buat? Rasa stress dan ingin bercerai….. aduhhhh..

Jawapan untuk ini, dalam islam ada ajar:

Janganlah seorang laki-laki mukmin membenci isterinya yang beriman. Bila ada perangai yang tidak disukai, dia pasti redha dengan perangainya yang lain. (HR. Muslim)

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal Allah SWT menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Maka pesanan saya, walau agak pedih untuk hadam, cuba dengar dulu…

Alkisahnya, bila isteri ada masalah bab sosial, bab bergaul, cuba check tanda tanda autism, sebab saya pernah dengar ceamah dari pakar autism, memberitahu ramai orang dewasa yang ada masalah bergaul, bila jumpa dengan doctor, rupanya mereka ada MILD Autisme yang tidak di diagnose waktu kecil.

Autsime adalah Sejenis Kekurangan upaya yang kekal bab cara berfikir, yang mana ada orang kurang upaya penglihatan, kurang upaya pendegaran, manakala dalam katogori autsime, mereka ada kurang upaya bergaul, mereka cenderung kepada introvert (suka menyendiri)

Hey, saya juga Interovert, yang mana Orang introvert yang normal, mereka mampu suaikan diri walaupun tak suka bergaul, saya boleh jer berlakon selesa di mana mana, namun untuk Autisme, mereka memang sukar nak suaikan diri dalam majlis besar walaupun untuk olok olok. Otak mereka tak mampu nak bersosial secara normal (bukan semua Autisme sama masalahnya, kena check)

Jadi.., Bila kawan saya cerita perangai isterinya, dan saya bandingkan dengan anak autisme saya, saya rasa isterinya ada ciri ciri Autsime, maka jangan marah dia, jangan hukum dia, tapi belajarlah ilmu terapi untuk bantu dia sebab Autisme ni tak boleh disembuhkan tapi boleh di rawat, macam orang buta, tak boleh melihat tapi ada kaedah mereka boleh berjalan bila di pimpin, boleh membaca guna braille, dan lain lain. Mereka boleh menikmati hidup jika kita bantu mereka!

Sama jugak, kes isteri Autsime yang tak di diagnose sejak kecil sebab zaman dulu kesedaran autism ni kurang, muka cantik, (sebab autism bukan macam sindrom down), wajah manja dan mudah buat lelaki jatuh cinta, pakai purdah pulak, tapi bila dah kahwin, suami baru tahu perangai pelik isteri, eh? Kenapa dia bercakap dengan mertua macam kurang ajar? Eh? Kenapa dia menilai kejadian sudt berbeza? namun dengan ilmu, insyAllah isteri boleh di rawat dan suamipun tak stress bila tahu punca.

Boleh bawa jumpa doctor pakar terapi Autisme, mereka ada kaedah nak rawat semua ni, dan Insya Allah jika jumpa pakar ternyata bukan Autsime, boleh check kot ada ADHD, Disleksia, Hyper, lembam, anxiety, kemurungan, disorder, dan lain lain, sebab semua kepelikkan ada rawatannya, yang mana bila kita tahu punca, dan dengan ilmu tang betul, insya Allah, tak lah stress bila isteri pelik dari orang lain.

Pengalaman saya sendiri ada anak autsime, nak bagitahu, tanpa ilmu autism maka saya akan marah jika anak tak pandai membaca, tak pandai bermain, tak bergaul, tapi bila doctor sahkan Autisme, dan bila saya kaji serta dalami, maka Bahagia sahaja saya hadapi kerenah anak, alhamdulilah..

Jika ada orang pelik tengok anak saya, tiba tiba mengamuk kat pasar raya contohnya, terus saya cakap, “anak saya OKU Autisme, ada masalah emosi, maafkan kami atas sikap anak kami” bila kita cerita, ramai faham dan datang hulur bantuan.

Pernah datang dua tiga orang makcik yang ada pengalaman jaga anak OKU datang pujuk si anak, dan terdedahkan makcik di situ juga ada anak saudara autism lalu keadaan terkawal.

Terkadang Puan bini tegur, abang ni, semua orang nak bagitahu anak kita OKU, kan dia tak meragam tu?

Memanglah dia tak meragam sekarang, tapi abang nak sedarkan masyarakat tentang Autism, bila abang bagitahu ramai yang masih tak tahu, terus abang cerita sikit sebab masalah ibu bapa OKU rasa down bila masyarakat tak faham, jadi kita sebagai ibu bapa OKU ambik peluang untuk bagitahu semua orang bahawa anak kita OKU dan kita Okey.

Sungguh mendapat anak OKU bukan masalah besar, sebab semua orang ada ujian hidup masing masing. Abang bersyukur dengan ujian ini sebab pandang dari sudut positif, iaitu orang lain lagi teruk ujiannya, tapi masih kukuh keimanan, lagipun. Inilah hidup, pentas ujian, ingat pesan keretamayat: Ujian jangan di cari, jika datang terus disyukuri, InsyaAllah akan bertambah rezeki. Woha!

(Eh? Saya memetik kata kata sendiri? Kebenaran apakah ini?)

Bila fikir balik teguran Puan Bini yang rasa tak selesa bila saya bagitahu semua orang saya ni ada anak OKU, saya senyum sebab teringat filem Jackie Chan ada adik Autsim lakonan Sammo Hung, jadi oleh kerana Summo Hung susah dikawal perangainya walaupun berbadan besar dan dewasa, maka Jackie chan terpaksa berjalan berpimpin tangan dengan adiknya, di jalanan ramai orang gelak sebab sangka mereka gay.

Terus Jackie Chan bagitahu pada semua orang: “Ni adik saya, dia sakit”. Orang yang tak Tanya pun dia bagitahu. Ha ha.

Nampak kelakar, tapi itulah cara nak selesaikan masalah masyarakat membawang, so kepada semua ibu bapa OKU, dapat peluang berborak dengan orang awam, terus bagitahu masalah anak OKU kita dan kita Okey.

Dan Bro, jika bini pelik, jangan malu nak terima hakikat bini awak mungkin OKU autism, MUNGKIN! Bawa jumpa dokror, dan bincang elok elok, setiap kekurangan upaya, akan ada cara rawatannya,InsyaAllah bila tahu punca, maka mudahlah untuk selsaikan semua masalah.

Terkini saya jumpa kawan saya, Alhamdulillah masih kekal setia Bersama isterinya yang pelik, dan sebagai terapi diri katanya, dia ada kahwin muda dengan isteri baru yang manja, maka masalah selesai, Islam ada penyelesaian untuk semua.

Woha sampai syurga!

Alhamdulillah!

Ps: Autsime lebih ramai di kalangan lelaki, maka jika ada yang dapat suami pelik, orang datang rumah pun dia tak keluar bilik, ajak solat berjemaah dia solat sorang sorang, cepat merajuk dan susah di pujuk, bercakap tentang diri sendiri jer, sembang dengan orang macam kurang ajar, boleh juga jumpa doktor, banyak penyakit jiwa sekarang ini, semoga dipermuydahkan segala urusan https://youtu.be/0BUKlTBzOTQ

No comments: