Ada orang cakap tak best duduk Kuantan sebab takde apa apa…
Izinkan saya berbeza pendapat..
Sepanjang pengalaman hidup yang dah merantau di semua negeri
di Malaysia…
Dalam seluruh tempat di dunia ini, bagi saya.. Kuantanlah
paling best!
Jangan baca ulasan ini, takut korang semua pindah sini, jem
pulak nanti..
Alkisahnya, saya lahir di Terengganu dan anak nelayan,
Kampung Chendering…
Pantai kampung saya cantik tapi tak panjang, tapi berpagi di
Kuantan pantainya cantik dan panjang, seawal pagi boleh terus ke Pantai
Kempadang, atau Pantai Cempaka, atau Pantai Anak Air, atau Pantai Sepat, atau
Pantai TC, atau Pantai Pelindung..
Aduh, nama pantai dah berderet, bayangkan berjalan kaki
sejauh dua tiga kilometer ditemani deruan ombak, sambil melihat matahari
terbit.. perghhhh…
Apalah kota tanpa pantai? hingga ada hadis sebut tengok
pantai dapat pahala, yang mana pantai ini sejak zaman Nabi adam tidak pernah
berubah rupanya.. sejauh pandangan mata dapat di tumpahkan…
Ok, tak nak pantai sebab terlalu landai, di Kuantan ada
banyak tempat hiking, seperti Bukit Pelindung, Bukit Sulai dan lain lain yang
ada laluan hutan, boleh jumpa air terjun, perghhhh,
Apalah indahnya kota tanpa air terjun?, berapa banyak dah
movie datang buat pengembaraan filem di tepi air Terjun Pandan, Puteri Gunung
Ledang dah sampai sini tahu?!
Tak nak pantai? Tak nak air terjun, Tak nak hiking? Nak
jogging di track ciptaan manusia, korang pergi Indera Mahkota, ada tasik
cantik, atau Taman Gelora, atau Taman Pelindung, banyak gila tempat jogging
view lawa area sini.
Malam-malam jika nak jogging santai, boleh mulakan di
Benteng, parking depan McD lepas tu jalan sampai Menara Kuantan, naik jejantas,
lepas tu redah terowong lukisan Art 3D, sampai Kuantan Pickers, terus ke Masjid
Negeri, tawaf Car Boot Sale, dan Padang bola, terang benderang area situ waktu
malam, meriah dengan orang, dan korang masih dapat bersenam.
Bulan puasa, padang sini penuh dengan orang ramai berbuka di
bawah lembayung senja. Chewah…
Jauh sikit dari Kuantan, Lepas solat Subuh, boleh panjat
Bukit Panorama tengok matahari naik dari puncak awan, turun bukit, boleh masuk
lombong bijih timah dalam bukit, lepas tu boleh masuk Gua Charas, air terjun
pelangi, eh? Ni makin jauh dari Kuantan, patah balik!
Okey, kembali ke Kuantan, lepas Subuh boleh sarapan pagi
nasi lemak di Restoran Zaman, atau nak nasi kerabu pergi Restoran Kemira
sebelah Petronas Tanjung Lumpur, atau nak nasi minyak sedap pergi Tanjung Api.
Nasi dagang depan Yayasan Pahang sangat sedap! Lempeng kelapa, keropok lekor
kawasan Tanjung Lumpur jangan lupa.
Makan tengah hari jangan lupa Patin Mabiq, Jaman Tori atau
Nasi kukus My Mama, ha ha ha
Nak makan ikan bakar?, Tanjung Lumpur syurganya, sotong
udang celop tepong bersepah sana sini, Food Court area Kuantan pun meriah,
Sudu, Kayangan, Tea Station, Jungle, Lepak Lu, macam macam lah,
Nak daging wagyu boleh jer cari kat Jalan Teluk Sisek, Lila
Wadi pun sedap situ, Ghalit pun ada wagyu jugak, kambing Guan Zau pun ada area
Tanjung Lumpur..
Sup gear box, nasi arab, shellout, semua bersepah area sini,,
Satar, keropok lekor, Opor, laksa, laksam, semua makanan mak
nenek ada,
Dah kenyang makan, boleh ajak anak-anak lepak zoo sambil
tengok Taman Dinasour terbesar di Malaysia.
Boleh juga merentas jambatan kayu (sekarang dah plastik)
sambil lepak tepi Pantai TC. Lagi bagus, dari Pantai TC panjat batu batu besar
terus sampai ke Pantai Pelindung yang terkenal dengan mee kari dan celup
tepung.
Rasa nak mandi air kolam boleh pergi WaterPark Gambang. Nak
tengok Zoo Safari pun ada sini. (Update: Tutup sementara semenjak PKP)
Nak kolam dalam sikit, masuk jer kolam MPK, semua anak saya
belajar berenang kat sini, bayar RM70, insyaallah mereka ajar sampai pandai!
Jauh sikit ada Pantai Chendor, Pantai Cherating, Pantai batu
hitam Balok, kereta boleh parking betul betul tepi pantai. Angin petang yang
redup, mandi air laut petang yang sejuk.. oh..
Nak jumpa superhero? Lepak TC malam malam, ada spiderman,
batman, predator, kamen rider, dan ultraman yang selalu berkeliaran di pantai
TC.
Nak Mall besar? Parking Kuantan City Mall dapat pergi East
Coast Mall, belum cerita pasaraya TMG yang bersepah serta LYC yang buka 24 jam!
Jam 3 pagi pun boleh shoping beli telur ikan, bayangkanlah…
Nak Car boot sale? Taman kerang, Taman Tas semua ada…
Kuantan juga gedung ilmu, ada kedai buku besar tepi pasaraya
Giant, dan Library Kuantan adalah sangat mesra pengguna, siap ada Taman Sains
percuma untuk anak anak, dan ada level penuh dengan komik untuk mereka yang
suka membaca, tahniah Perpustakan Kuantan!
Nak baca Buku Hamka keretamayat percuma? Boleh datang
Perpustakaan Kuantan!
Oh yer, Kuantan ada panggung wayang yer, geng Kelantan boleh
turun sini jika satu hari nanti filem Tok Janggut viral.
Geng Tabligh? Jemput datang Markas Dakwah di Masjid Mat
Kilau, memang wakaf dari Pendekar Mat Kilau, masjid hidup 24 jam InsyaAllah..
Kat kuantan juga banyak aktiviti seni, area Kuantan Pickers,
Periuk Ali Rusia, Nasi kandar bawah hotel tu, banyak aktiviti seni, ada geng
jual Tanjak Warisan, korang google Tanjak Kuantan, kawan saya lah tu ha ha
Kota Melaka ada Tower, KL ada KL Tower, Kuantan pun ada dik,
geng paracut siap terjun dari atas menara Kuantan.
Tepi sungai Kuantan ada bot tunggu korang ajak meronda, di
tebing sungai pula geng memancing sedang asyik memenuhkan tong ikan…
Akhir sekali, bandar Kuantan ni ingatkan saya pada Laila
Majnun. Pernah suatu masa, Qais melalui sebuah kota. Tanpa disangka-sangka dia
mengucup tembok kota tersebut. Orang lain yang melihat terkejut. Tindakannya
dipersoal, kenapa kau cium semua bangunan di kota ini?
Jawab Qais,
“Laila tinggal di kota ini, maka semua bangunan di kota ini
pernah melihat Laila, maka bukan bangunan ini yang aku kucup, tapi cinta hatiku
Laila yang pernah melalui jalan di kota ini.”
Perghhh, maka menjawab kenapa saya suka Kuantan,
Kerana di Kuantanlah saya bertemu cinta hati saya, lalu di
Kuantan ini, semua tembok dan bangunan menjadi saksi, sikit sajer lagi nak cium
restoran McD.
Oh Kuantan terindah,.. ada pantai, ada bukit, ada air
terjun, ada panggung wayang, ada masjid, ada syurga makanan, ada perpustakaan
mesra pengguna, ada masjid Mat Kilau, ada banyak kawasan lepak, dan paling
utama, ada kekasih saya sedang berkongsi udara sambil makan Kula Cakes!
Woha!
No comments:
Post a Comment