Zaman awal Islam, Nabi berdakwah secara senyap senyap di rumah Arqam bin Abi Arqam. Kira Markas pertama umat islam lah..
Korang pernah terfikir tak? Kenapa nama lokasi rahsia
berdakwah Nabi ni unik, Arqam bin Abi Arqam? Siapa Sahabat ni? Kenapa takde
ceritanya dalam perang Badar, perang Uhud dan lain lain?
Alkisahnya, Dalam Bahasa Arab, perkataan ‘Abi’ bermaksud
‘Bapa’. Jadi nama sahabat tersebut menjadi Arqam anak lelaki bapa Al-Arqam!
Maka jika kantoi lokasipun susah nak cari Arqam yang mana
satu, lepas tu Abi Arqam yang mana satu?, perghhh, hebat sungguh catatan Islam
hingga bab markas rahsia, nama Arqam hilang dalam kisah sahabat..
Rupanya nama beliau adalah Abu Abdillah al-Arqam bin Abdu
Manaf, sertai semua perang zaman Nabi, orang ketujuh masuk islam, (ada yang
kata orang ke Sembilan), dan elok Panjang umur meninggal usia 83 tahun pada
tahun ke-53 Hijrah, jenazahnya disolatkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas dan
dimakamkan di perkuburan Baqi'.
Kisah ini saya dapat dari sahabat Pensyarah saya, Dr
Lukman..
Terus dia sebut.. ‘naruhodo!’ yang bermaksud, “oh begitu!”
Dr Luqman ni belajar Phd di jepun, dan di sana ada falsafah
berbunyi begini:
“Kalau kamu belajar sesuatu tetapi tidak sampai ke tahap
kamu menyebut ‘naruhodo!’, maka kamu tak belajar apa-apa…”
Di barat pula, ada falsafah berbunyi begini
“We all fear what we do not understand”
Selalu muncul ayat ni dalam filem bila nasihat diperlukan,
seperti dalam filem , Drama bersiri,
Superman, dan lain-lain.
“Kita takut apa yang kita tak faham”
Dalam Star Trek lagi best bunyi falsafah ini:
“We often fear what we do not understand; our best defense
is knowledge”
So moral dari tulisan ini adalah, apa yang kita takut,
belajarlah faham sampai Naruhodo!
Al kisahnya Dr Luqman cerita kisah betapa dia “takut” waktu
belajar di Jepun sebab Bahasa Jepun ni banyak yang dia tak faham, cara guna
Bahasa lurusnya macam robot, hinggalah dia jumpa komik yang ajar silibus berat
berat, buatkan dia dah tak “takut’ lalu menaruhodo kan diri ke kefahaman yang
melampau.
Pulang ke Malaysia, terus dia buat Komik cerita ilmu Fizik
yang berat berat. Saya tengok tajuknya takut saya baca:
“SURVIVAL STATICS”
Tapi oleh sebab ilmu ini di olah dalam bentuk komik, terus
saya serta merta me-naruhodo kan diri ke kefahaman yang lebih baik..
Anak saya baca dan cakap best!
Cadangan saya, korang beli buku ni bagi anak anak baca,
sekolah rendah pun takpe, agar ketakutkan anak pada Ilmu static yang Nampak
complicated direda seawall usia remaja, lalu bila anak masuk Universiti, semua
akan berkata..
Alahai.., naruhodo jer!
Woha!
(nak beli komik “SURVIVAL STATICS, link:
https://shope.ee/7A1Q7RH6q8
No comments:
Post a Comment