MEMANAH DAN SUNNAH
.
Nabi Muhammad SAW galakkan sahabat belajar memanah, maka
insyaAllah belajar memanah adalah sunnah.
.
Ada orang pandang rendah sukan memanah sebab tak berpeluh
sangat, Pilihan masing masing, namun ketahuilah, Memanah ni adalah senjata yang
boleh membunuh, manakala belajar memanah adalah belajar mahirkan diri guna
senjata membunuh dengan panahan paling tepat, maka jangan pandang rendah ilmu
memanah.
.
Antara adab penting waktu belajar memanah, jangan kutuk kawan
yang belum pandai memanah. Dan jika ada kawan pandai tapi tersasar jangan kutuk
juga sebab belajar memanah adalah usaha, sasaran memanah adalah takdir.
.
InsyaAllah setiap pemanah dapat pahala bagi setiap panahan yang
disertakan zikir.
.
Di akhir zaman ramai orang mengikuti aktiviti dan gaya hidup
barat. maka Beruntunglah jika kita dapat mengikut aktiviti kehidupan Sunnah
Rasulullah dalam sukan memanah
.
Setiap sasaran panah, adalah rezeki dari Allah, yang mana semua
orang ada rezeki masing masing, jangan salahkan orang lain, alat, cuaca, dan
lain lain dalam memanah.
.
Berlatih banyak akan tepatkan sasaran, namun yakinlah bahawa
bukan kita yang memanah tepat. Semua atas izin Allah
.
Main panah insyaAllah dapat pahala sunnah, dengan niat yang
betul kerana Allah.
.
Ada kawan cerita dia suka memanah dan berkuda, dalam mimpi jumpa
Rasulullah terus borak Tips memanah dan berkuda katanya, semoga kita semua
dapat mimpi jumpa Rasulullah dan dapat borak panjang, Amin…
.
Woha!
No comments:
Post a Comment