Penat solat tarawih sebab Imam baca surah panjang?
Lalu pergi berehat sambil fikir bila bulan puasa nak habis?
Nak tak dengar kisah Nabi Muhammad SAW di awal Islam,
usahkan nak solat 20 rakaat, sedang sujud satu rakaat terus orang kafir dah
baling najis dan perut unta atas belakang Nabi yang sedang sujud…
Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit
demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat
secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.
Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke
tempat lain, sebab masa tu Nabi dah hantar 83 orang ke Habsyah, terus orang
kafir jumpa Raja Habshah minta jangan terima orang islam.
Orang kafir juga ugut nak bunuh Nabi, tapi keluarga Bani
Hasyim dan Bani Abdul Mutalib tak bagi, maka Abu Lahab ketua orang kafir telah
buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib,
lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak
boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak
boleh buat hubungan social, sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam
tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu
Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung
di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
Tiga tahun yang penuh seksa…
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua
orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi
jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan
dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada
susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan
tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan
tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh
mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi
Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan
sikit sikit untuk bertahan hidup.
Jadi bagaimana Nabi dan penyokongnya mampu bertahan
menghadapi PKP zalim itu selama tiga tahun?
Di riwayatkan ada anak saudara Siti Khadijah dan
rakan-rakannya yang sentiasa berusaha 'menyeludup' masuk bekalan makanan ke
perkampungan Abu Talib itu dengan cara melepas unta di tengah malam bersama
makanan berisi gandum dan kurma, yang ajaibnya, unta itu dapat lepas sekatan
SJR orang kafir, dan dapatlah orang islam sedikit makanan, itupun dengan
catuan, sebiji kurma sehari, dan ada setengah biji dan banyak hari berlapar.
Namun ada riwayat cerita, bukan semua unta lepas SJR, ada
yang hilang dicuri puak lain di tengah jalan, semua ini adalah ujian Allah.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke
mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli
makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.
Maka kita waktu lapar puasa ingatlah kisah Nabi dan sahabat
diuji dengan sahur dan berbuka tanpa ada apa apa makanan…
Begitulah Allah uji generasi pertama umat islam dengan
kesusahan demi kesusahan dalam memperkuatkan keimanan mereka.
Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP
tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah,
dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa
memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis
SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad,
padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah
Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah,
dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, tahun itu juga Abu Talib yang
selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu
Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib
yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam.
Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam
neraka.
Bila ketiadaan Abu Talib, PKP dah habis tempoh jadi lebih
teruk sebab bila-bila masa orang kafir boleh bunuh Nabi, sebelum ni Abu Talib
gadai nyawa back up Nabi. Sekarang Nabi dah terdedah pada semua ancaman.
Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian
Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan
dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang
tersayang meninggal dunia berturut turut,
Dulu waktu PKP duduk rumah dilayan bini dengan mesra, hilang
penat, tapi sekarang.., Balik rumah dah tak de bini, bangun tidur dah takde
bini, makan sorang sorang, tidur sorang sorang, basuh baju sorang sorang, jemur
baju sorang-sorang, lipat kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang..,
siapa tak sayang bini ooii?
Jika kita tentu terfikir, Agaknya isteri ada di dapur? tapi
pergi dapur tiada orang, hmm, isteri ada kat bilik belakang kot? Tapi bila
pergi tiada orang jugak, dada bedebar debar, masuk bilik, katil kosong, baru
sedar, isteri dan seminggu meninggal, sedih woiiii, sampai terfikir isteri
macam masih hidup, sob sob sob…
Jadi tuan tuan Bayangkan kita jika PKP macam zaman Nabi,
dengan makanan takde, dengan ancaman bunuh, lepas tu orang tersayang satu demi
satu meninggal. Allahu.
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah,
Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah,
sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling
batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak
kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik
batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu
sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan
bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada
riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah,
ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun
saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif,
Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan
anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat
Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar
Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, Dan Allah hiburkan Nabi dengan
bawa Nabi rentas daerah sampai ke Palestin, naik kenderaan paling canggih
pernah wujud, lepas tu Nabi Rentas bumi, naik langit pertama, sampai langit ke
tujuh, dan di jalanan Nabi bertemu dengan Rakan seperjuangan, seronok Nabi
dapat borak dengan Nabi Nabi terdahulu, dan kemuncak bahagia, Nabi bertemu
Allah berkali kali, dan dihadiahkan solat lima waktu.
Capal yang pernah berdarah dibenarkan pijak Langit tertinggi
sewaktu Nabi bertemu Allah berbeza dengan Nabi Musa yang kena buka capalnya
sewaktu jumpa Allah.
Sewaktu Nabi berundur bertemu Allah kekasihnya, Nabi
Muhammad SAW telah berdialog dengan Nabi musa a.s tentang kurniaan Tuhan kepada
ummat akhir zaman, lalu dinasihat oleh Nabi Musa agar Nabi bertemu Allah semula
untuk dikurangkan perintah solat kerana 50 itu terlalu banyak,
Menurut tafsir Buznama, Allah Maha tahu kemampuan ummat
akhir zaman yakni solat 5 waktu sahaja, namun pertemuan Nabi kekasih Allah
digembirakan dengan peluang bertemu dengan Allah banyak kali dalam isu
penawaran waktu sembahyang yang telah ditakdirkan yang mana setelah beberapa
kali Nabi digembirakan bertemu dengan Allah, akhirnya solat dikurangkan kepada
5 waktu dan sekali lagi Nabi digembirakan dengan diberitahu walaupun ummat
Muhammad solat hanya 5 waktu tapi pahala masih sama dengan 50 waktu.
Subhanallah.
Apabila Nabi pulang ke dunia, Semua sahabat Nabi telah
menerima perintah solat dengan gembira, malahan ada yang memberitahu, jika Nabi
Muhammad SAW terima 50 waktu sehari semalampun mereka sanggup. Ini adalah
kerana yakin dan iman dalam diri sahabat sangat tinggi setelah bermujahadah PKP
selama tiga tahun.
Tapi korang yang membaca cerita ini, ada yang berfikir, kenapa
Nabi Muhammad SAW tak naik sekali lagi jumpa Allah untuk kurangkan solat hanya
sekali seminggu ke?, sekali setahun ke?,
Ini adalah kerana yakin dan iman dalam diri korang sangat
rendah kerana tidak pernah bermujahadah dalam berdakwah sebab sibuk layan FB
dan blog perasan bagus ‘berjihad’ cukup hanya bersandar pada kerusi dan
gerak-gerakan mouse, adohai.. PKP pun makanan masih penuh peti ais, internet
laju, mana nak mujahadahnya? Adohai..
Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari
sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin
ramai yang peluk Islam.
Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan
semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
Orang kafir bengang dan hantar 1000 tentera lengkap
bersenjata untuk bunuh Nabi dan orang Islam di Madinah.
Waktu tu bulan puasa dan Nabi bersama 313 sahabat sedia
gadai nyawa… perang berlaku dan Nabi
menang. Abu Jahal mati…
10 tahun kemudian, Nabi kembali ke Mekah bersama ratusan
ribu sahabat lalu menawan Mekah dari orang kafir, seluruh berhala di sekeliling
kaabah telah dimusnahkan, dan Mekah telah menjadi tanah haram untuk orang kafir
selamanya sehingga ke hari ini.
1400 tahun kemudian, Islam telah tersebar, tarawih dilakukan
secara terang terangan, tapi kita mengeluh kepenatan…
Dengar nama Nabi nak selawat pun malas, adohai..
Jom sempurnakan tarawih.
“SallalahuwasalamuAlahi”
Semoga kita dapat jumpa Nabi, peluk Nabi dan di ajak minum
air telaga Nabi.
Woha sampai syurga!