Abang mayat sokong siapa? Will Smith atau Chris Rock?
Alkisahnya, Will Smith telah menampar Chris Rock secara live
di pentas Oscar 2022 apabila isterinya yang botak “dipuji” secara lawak, akan
menjadi hero dalam GI Jane part 2, dan dia tak sabar menontonnya.
Penonton gelak berdekah, sebab zaman sekarang, usaha
menghitamkan superhero sedang tranding, ada spiderman berkulit hitam,
supermanpun dengar cerita akan berkulit hitam, maka mungkin akan datang, G.I
Jane juga berkulit hitam? Hero Wanita yang kuat dalam tentera Amarica? Will
Smith juga gelak berdekah dengan lawak ini, sehinggalah isterinya bermuka duka,
terus Smith emo, naik pentas, terbayang wajah isterinya yang sedih, dan
terbayang kisah hubungan sulit isterinya yang ramai ornag buat lawak sebab
Smith maafkan demi anak anak, dan sekarang, isteri sedang sakit rambut gugur,
maka demi cinta gila, seorang lelaki itu akan sanggup buat apa sahaja walaupun
akan menyesal nanti,
Maka secarah tercipta, depan anak anak, depan orang ramai,
dan live secara langsung, seorang lelaki menyelesaikan masalah dengan membuat jenayah,
terus menampar orang yang buat lawak pada isterinya.
Ya, menampar orang adalah jenayah, anda boleh ditangkap dan
dipenjarakan. Malahan acu penumbuk, acah tampar hinga timbulkan ketakutan juga
adalah jenayah, ada akta hukuman untuk pelakuan itu, jadi janganlah kita
menyokong mana mana jenayah…
Pelik pulak baca komen nitezen Malaysia yang sokong Tindakan
Will Smith, sebab Bila saya baca komen di internet, ramai warga Amarika
mengecam Will Smith kerana emo, dan bertindak melampaui undang undang…
Lelaki sejati tak mudah emo, dan terus naik tangan, kemudian
menangis anggap diri adalah mangsa, sebab tu Denzel Washington berpesan lepas
kejadian kepada Will Smith:
‘At your highest moment, be careful, that’s when the devil
comes for you’
Will Smith siap ungkap perkataan ini waktu minta maaf, semua
orang bertepuk tangan, tapi Denzel Washington tidak tepuk, wajahnya sedih, dia
tak suka melihat kawan berkulit hitamnya yang berkata mahu lindungi my people,
tapi bertindak cara tidak bertemadun dengan menyerang my people, atas alasan
cinta.
Oleh yang demikian, Pujian harus di beri pada Chris Rock
yang sangat professional, the show must go on, he stayed composed dengan tidak
membalas serangan, tidak teruskan lawak yang orang tak suka, padahal boleh jer
dia cakap..
"Wow, Will Smith can't take a joke, but Chris Rock can
take a punch cause Christ took the punch more maturely than Smith took the
punchline so Wills relationship is open to everything but jokes”
"And this March, so when August, that was the real
meaning of entanglement, "
Bayangkanlah jika Crish Rock jawab macam tu, mahu
menggelumpur abang Smith kita….
Tapi begitulah, sejarah tercipta, Christ sangat profesianal,
tak membalas dan teruskan acara walaupun dia sedang dimalukan depan seluruh
dunia, Chris ada pengurusan stress yang sangat bagus manakala Smiith kena
hadirkan diri buat terapi uruskan stress, bimbang beliau bunuh diri jer nanti…
Baca komen citizen sana, ramai kecam Smith, sebab lawak itu
jika DI Malaysia memang sensitive, tapi di Amarica yang ada budaya roast battle
personal insult, lagi hina lagi lawak, dan kebebasan bersuara siap mereka
sendakan Trump dan Paderi, maka Smith tak patut sentap dengan emo terus bangun
menampar orang, boleh jer jerit saya tak suka, tolong berhenti, maka Rock pasti
akan stop sebab dia professional..
Saya tulis ni sebab saya pelik ada orang sokong keganasan,
sebab Islam tidak menyokong keganasan atau kebebasan suara yang melampau, ada
hukum dalam islam bahawa lawak menghina adalah salah, menampar orang juga
adalah salah, jadi budaya barat ni janganlah di tiru, maka saya tak sokong dua
dua.. sebab dua dua adalah salah, Cuma sorang emo dan sorang profesional…
Cuba fikir balik, suka ke jika Nabil buat lawak kepada
isteri M Nasir dalam Gegar Vaganza, terus M Nasir naik tampar Nabil? Lepas tu
Nabil saman M Nasir? Suka ke?
Tapi kejadian tu tak berlaku sebab Datok M Nasir lelaki
melayu sejati yang profesional, dia cakap tak suka, dan Nabi stop buat lawak
pasal isteri dia, akhirnya Nabil insaf dan mendapat hidayah keluar tabligh,
Alhamdulillah…
Kesimpulannya, Abang keretamayat tak sokong Will Smith atau
Chris Rock, tapi abang sokong Denzel Washington yang berpesan:
‘At your highest moment, be careful, that’s when the devil
comes for you’
Woha!
No comments:
Post a Comment