Ilmu sains adalah anugerah dari Allah untuk manusia selesaikan pebagai cabang masalah hidup.
Dan InsyaAllah ilmu sains, fizik, logik semua ni turut
membantu meningkatkan Iman.
Teringat pesan ustaz waktu belajar agama muda-muda dahulu.
“Jaga barang jaga Iman.”
Contoh pergi iktikaf masjid telefon jangan letak merata rata
kalau hilang telefon nanti Iman Rosak kata ustaz… bila hilang terus buruk
sangka pada geng masjid, maka ustaz suruh simpan telefon elok elok sebab jaga
barang jaga Iman.
Nabi sendiri ajar ikat unta dan bertawakal… itulah maksud
“jaga barang jaga Iman” sebab ikat unta itulah sains dan tawakal itu untuk jaga
Iman.
Al faham ke idop?
Korang tahu tak bahawa si penipu berjaya tipu orang adalah
sebab si tertipu tidak celik sains?
Ramai orang kena tipu beli produk mengarut dan mahal seperti
filter water alkali konon boleh sembuh penyakit canser, gelang magnet konon
boleh tolak aura jahat, ubat kuat konon boleh besarkan zakar, tali tangkal
konon boleh bagi ilmu kebal , pil tajam minda konon boleh lulus UPSR, cicak
tokek konon boleh ubat HIV, air jampi konon boleh jadi kaya, dan sebagainya
yang mana, orang yang jual ambik kesempatan atas kebodohan pembeli dengan
mereka-reka cerita karut yang tiada asas sains.
Ada pakar motivasi yang mengatakan kita belum guna otak
100%, kita hanya guna 10% kononnya, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang ceramah
motivasi saya yang mahal atau produk kismis saya yang juga mahal untuk
menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, padahal ini adalah tipu, Allah buat
otak kita berfungsi 100%, cedera sikit otak, boleh lumpuh satu badan, sila
belajar bahasa English dan google benda ni jika mahu pandai..
Ada yang jahil sains kata manusia ke bulan tu tipu siap
berhujah, kenapa sekali jer pergi ke bulan? Padahal dah enam kali orang ke
bulan, korang jer tak tahu dan sekarang orang dah nak ke marikh, tapi korang
masih percaya bumi ni rata dan satelit tu CGI, adohai…
Bab perubatan pun sama, tak nak guna sains, vaksin ada babi
lah, hospital ajen dajjal lah, Who tuhan doctor, SOP tu ilmuniti, dan macam
macam, sedangkan pakar perubatan A quran arwah Datok Harun Din pun tak tolak
untuk pergi IJN rawat jantung.
Bila jahil sains, senanglah kena tipu dengan scammers, sebab
orang tamak dan jahil sains, jenis tolak logic matematik, akan mudah masuk skim
cepat kaya, percaya cari downline pyramid boleh jadi kaya, percaya goyang kaki
boleh dapat duit? dan tak pernah serik kena tipu jer memanjang. Adohai..
Punca jadi begini sebab salah merujuk, ada ke bab bumi rata
nak rujuk pada bomoh? bab vaksin nak rujuk Ustaz tak bertauliah? Atau selamba
Rujuk laman web sampah atau web teori konspirasi atau video arrivals yang boleh
dibuat oleh semua orang?!. Adohai..
Untuk atasi masalah ini, kita kena sedar diri bahawa kita
tak tahu semua benda, dan perlu ada penasihat sains yang pakar dalam bidang
masing masing. Rujuk ahli-nya: itu Allah firman dalam Al quran, kan?
Jadi.. Pemimpin mana mana Negara islam, selain perlu ada
penasihat ugama, perlu juga ada penasihat sains, (jika pemimpin tu jahil bab
sains), sama juga ustaz yang mengajar bab ugama, perlu ada penasihat sains
supaya ustaz tak ceramah dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal.
Contoh: ustaz cakap segitiga bermuda tu tempat jin, atau yahudi guna holly
water dan tuang dalam sungai untuk buat lidah ummat islam tidak boleh mengucap,
atau ustaz cakap dalam vaksin ada robot nak control manusia? dan lain lain
fakta yang tak masuk akal. Boleh pulak ada yang percaya, adohai..
Sains ni jangan anggap tabung uji dan kemia sahaja, atau
anggap sains tu sihir apake jadah?
Belajar kejuruteraan, matematik, menilai fakta, dan macam
macam lagi ilmu dunia adalah sains, sebab itu ada istilah sains computer, sains
memasak, sains rumah tangga dan lain lain.
Masyarakat kita memang ramai anti sains, terbukti apabila
mereka suka baca berita sampah, tengok cerita tahyul dan sembang kosong, lalu
percaya bumi ini rata, dalam vaksin ada robot, dan SOP itu adalah dajjal,
Maka selain kita mencegah mereka dari buat maksiat dan
menyeru kepada amal ibadat, kita mesti mencegah kawan kawan kita agar tidak
bodoh sains dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat, seperti scientific thinking.
Sesungguhnya, Benda sains, jika di layan dengan kejahilan
akan jadi tahyul dan sihir.., tapi benda merepek dan tahyul jika di layan
dengan sains, akan jadi common sense.
Akhir kata, ingat pesan paling common sense:
jaga barang jaga Iman.
Woha!
No comments:
Post a Comment