Jan 30, 2006

Maut itu Nikmat?

(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!

Jan 26, 2006

Apa bayi buat dalam perut?

(temuramah secara maya)

Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

BERCAKAP DENGAN BAYI:

Ibu: Apa kabar kau?

Bayi: Kabar baik aku.

Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.

Ibu: Ada apa kat dalam?

Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.

Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.

Bayi: Apa itu darah haid.?

Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

Bayi: Cakap je lah..

Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.

Bayi: Tak faham aku..

Ibu: Kang ibu dah cakap….

Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal

Bayi: Basikal tu apa?

Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…

Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?

Tuhan kata panggilah dia: BONDA.

Tammat…

Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…

BERCAKAP DENGAN ENGKAU:

Aku: Apa kabar kau?

Engkau: Kabar baik aku.

Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..

Aku: Apa yang kau makan?

Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

Engkau:: Apa itu khazanah Allah..

Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..

Engkau:: Cakap je lah..

Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...

Engkau:: Tak faham aku..

Aku: Kang aku dah cakap….

Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.

Engkau:: Shafaat tu ape?

Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…

Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….

Sigh out….

Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…

Ps: Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….mayat kita juga akan di jumpai seseorang…

Jan 24, 2006

Kenapa Masjid kosong?

(untuk lelaki sahaja)

Apa sudah jadi pada Negara Islam Malaysia, tanah tempat tumpah darah aku dan ibuku…
Masjid kosong…

“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”

(Lagu :peristiwa akhir zaman)

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang (bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’…

Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Baru2 ni aku ada terima emal foward dari mat dan minah forward bertulis ‘petua rumah tangga bahagía’ dan salah satu isinya bertulis begini:

“Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.”

Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah…nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…

Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu…)

Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.
Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Jawab mamat tu :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya “macamanakah caranya nak jadi syaitan”
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi…(aku ada kitab ni kat rumah) shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi….

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat…

Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,

40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)

Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!

Banyak lagilah!!!

Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya…

Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,

La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abudullah bin Mattom) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,

Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan gi ke masjid, pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, Pengkalan Pasir,” tapi doa tak makbul, kenapa? Kerana umat ini telah tinggalkan cara hidup sunnah Nabi S.A.W. dan yang paling penting dan ketara: solat berjemaah.(amalan yang mula2 sekali akan di hisab, ok, yg ni lepas jugaklah yang lain2-inshaAllah)

Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,

Ada yang solah kat rumah,
Ada yang solat lengah2,
Ada yang solat pakai niat,
Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,
Ada yang tak solat,
Ada yang marah org solat
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!

APA PUNCANYA?

Puncanya sebab korang semua belum buat keputusan.
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi…
inilah masalahnya!

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,

macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersammaan 80 tahun….

Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000? Ada hadith yg bagitahu dalam seribu org islam satu je yg masuk syurga tanpa hisab, bahaya nih!!!

Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! Tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid…..

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….

Sekian.

Ps:sembahyang mayat adalah secara berjemaah....

Jan 21, 2006

Dimana Mulianya Wanita?

(Sebuah kenyataan..)

Di manakah terletaknya kemuliaan seorang wanita?
Pada rupanya?
Hartanya?
Keturunannya?

Jawapan yg korang akan ketemu di bawah nanti adalah jawapan yang sama untuk soalan “dimanakah terletaknya kemulian makanan?”
Jadi di sini, terdapat soalan yang berlainan tapi jawapannya adalah sama, iaitu di manakah terletaknya kemulian seorang wanita dan dimanakan terletaknya kemuliaan sesuatu makanan.

Ada tiga jawapan bagi soalan tersebut.
Kita pergi pada faktor2 yg memungkinkan kemulian seorang wanita dan makanan tadi:

1.kehalalan…(mestilah sah dr segi hukum)

2.Tukang masak yg bagus (keturunan yg baik)

3.Sedap dipandang (cantik paras rupa)

4.Harga yg mahal (tinggi maskahwin)

5.Kedai yang bersih (keluarga yag baik2)

6.Berzat (berilmu)

7.Senang disediakan (tidak cerewet)

8.Menyelerakan (mengghairahkan)

9.Tahan lama (tidak berharap, kebolehan berdikari)

10.Bemanafaat(boleh melahirkan anak, mendidik anak)

11.Dan lain-lain…

Jadi kesimpulannya sebagai menjawab solan diatas, makanan akan menjadi mulia apabila:
Ada orang 'berhajat' padanya yakni ada org makan dia. Nasi ayam Linda Onn pun kalau takde org makan, jadi hina dia, busuk , terbiar dan membazir…, tapi kalau nasi sejuk di beri pada ayam, dan di makan ayam, maka jadi mulia balik nasi sejuk tu, apa2 makananpun walau macamana enak sekalipun, hebatnya tukang masak, pelbagai aksesoripun dia, tapi kalau takde org nak makan dia, maka jadi hina dia, busuk, dan memudaratkan, sebab itulah sabda Nabi Muhammad s.a.w (lebih kurang) “kemulian wanita terletak dalam tiga perkara:

1.Cepat kahwin

2.Murah maskahwin

3.Cepat beranak.”

Dalam erti kata yang lain, wanita menjadi mulia bila ada org berhajat padanya.
Dalam Hadith riwayat Saidina Ali Karamallahuwajjah, 3 perkara kena cepat2,:
1. tanam mayat
2.Solat bila masuk waktu.
3. kahwinkan anak perempuan bila ada org berhajat padanya.

“Kain buruk lebih mulia dari wanita yang tak nak beranak (lebih kurang hadith)”

Jadi kemulian makanan ada tiga juga:

1.Cepat orang makan dia(tengan panas memang sedap makan)

2.Murah harganya (berpatutan)

3.Berkasiat(boleh menyihatkan tubuh)

Jadi org pempuan (bukan semua) kena beringat sebab sekarang ni dah jadi trend macam artis pulak bila wanita pakat2 lambat kahwin (nak bina karier dulu) lepas tu letak maskahwin mahal nak mampos!,(serba satu) kemudian tak nak beranak pulak (jaga kecantikkan)! Amboi,amboi, amboi….! hebatnya impian!!!
Artis Holywood, Bolywood bolehlah. Kalau pempuan cam gini boleh gak, tapi boleh blahhh!!!
Ramai org suka makan kat kedai yana ada ciri2 berikut.

1.Sedap

2.Cepat

3.Murah

Jadi kepada yang berkenaan terimalah pantun dua kerat aku ni:

KALAU SEDAP BAGITAU KAWAN, TAK SEDAP BAGI TAHU KAMI
KALAU MAHAL BAGITAHU KAMI, KALAU MURAH BAGITAHU KAWAN,

Ps:Ingatlah wahai wanita, Mengikut satu fakta yang aku tak ingat sumber kat mana, mayat wanita lebih cepat berulat dari laki2 tau!!.

Jan 17, 2006

Siapa Bigfoot?

(Jibon di kampung aku)

Pagi tadi aku dengar Era cerita pasal Bigfoot, siapa Bigfoot ni? Aku baca dalam Metro ada orang jumpa bigfoot kat kampung aku, teruja sungguh aku, Apsal bigfoot tu tak jumpa org kampung sendiri?, ceh!! …Berikut adalah temubual yang dibuat oleh seorang yang kecewa kerana tak dapt berjumpa dengan bigfoot…

Soalan: Adakah bigfoot itu golongan HANTU atau jembalang tanah?

Aku kata: Kalau bigfoot tu hantu, tentu dia boleh ‘ghaib’ dan menjelma kat kampung aku atau terbang sambil ketawa mengilai-ngilai, dah puas ketawa hantu tu patutnya buatlah apa yang patut, seperti menjelma menjadi perumpan cantik dan tumpang teksi, atau cekik leher orang, hisap darah , arghhhhh! buatlah apa yang patut hantu buat…tak payahlah nak sembunyi2 dalam hutan nu….

Soalan: Adakah bigfoot itu dari golongan JIN?

Aku kata: Kalau bigfoot tu Jin, apa kejadahnya dia buat begitu, sebab Nabi dah larang dia menjelma suka hati kat depan manusia, dan ada hadith yg benarkan dan halalkan kita bunuh jin kalau dia menjelma alam kita, tapi kalau jin tu jin jahat bermakna dia dah berjaya buatkan korang sibuk cerita pasal dia, dan Jin ni suka manusia cerita yg bukan2 pasal dia, ada sorang ustaz cakap jin ni bila dah rasuk badan manusia dia suka mintak dan suruh korang buat benda2 pelik, supaya korang percaya dan buat kerja-kerja bodoh, jin memang suka tengok manusia buat perkara yg bodoh2. ingat manusia ni adalah sebaik2 kejadian…maka ada jin yg cemburu, setan lagilah jeles, tu yg tak nak sujud kat Nabi Adam tu…

Soalan: Adakah bigfoot itu jelmaan Syaitan?

Aku kata: Kalu Bigfoot tu syaitan, setahu aku ( kalau salah tolong jolokkan ) syaitan akan menjelma dalam rupa ‘berjisim dan berjirim’ ni untuk goda manusia time jumpa Nabi atau para wali2, tapi kalau setakat kaki pancing, atau pengakap, memang tinggilah makam korang sampai syaitan boleh jelmakan diri dia macam tu, patutnya iman korang akan meningkatlah… tapi kalau iman umat akhir zaman ni, setakat syaitan bisik dalam hati, dah tergoda…(aku lah tu)

Soalan: Adakah kemungkinan bahawa bigfoot itu UFO?

Aku kata: Yang ni lagi best Kalau bigfoot tu UFO tentu dia ada piring terbang dan bolehlah dia datang rumah aku, culik aku buat penyelidikkan tentang manusia ( untuk pengetahuan korang aku ni manusia biasa ) dan dah tentu aku dapat melarikan diri ( sebab aku terer luar biasa ) dan bercerita kat korang tentang pengalaman diculik makluk asing, maka pasti UFO tu bengang gila, maka aku mintak supaya UFO tu tembak aku dengan pistor leser dia..Ha ha ha!

Soalan: Adakah bigfoot itu sejenis binatang purba?

Aku kata: yang ni kena tengok sama ada binatang ni makan secara menerkam, atau punyai taring, atau boleh hidup dua alam, dan tengok apa pulak yang dia makan, sayur ke nasi ke, daging ke, bukan apa boleh buat korban hari Raya Adha tahun depan pulak nanti.

Soalan: Adakah bigfoot itu golongan Manusia purba?

Aku kata: Kalau betullah dia ni manusia, maka kewajipan org islam untuk jumpa dia dan daqwahkan kalimah Allah, sebab ugama ni untuk seluruh alam, semua org dan sepanjang zaman. Tapi jika bila korang nak jumpa dia asyik lari dan sembunyi aje maka terlepaslah kewajipan korang untuk daqwah dia.
Satu lagi jika Bigfoot ni manusia, maka pasti dia pun akan jadi mayat.

SEKIAN.
Ada lain soalan boleh lah email kat aku.

Jan 16, 2006

Suratan atau Kebetulan?

(Jawapan kepada lagu)

La ni, lagu ni di update dan dikumandangkan semula dicorong2 radio (teringat zaman2 muda2 dulu). Lagu ni berbentuk soalan dan (mungkin) hingga ke hari ni tiada jawapan dari mana2 pihak untuk menjawab kekeliruan penyayi tersebut.

Penyanyi tersebut keliru tentang apa yg berlaku di dunia ini adakah suratan atau kebetulan. Korang jgn ingat bila aku cerita pasal lagu bermakna aku nak galakkan korang menyayi pulak, contok: kalau tukang kayu buat meja yang cantik dan kukuh, korang jangan sangka pembuat kayu tu orangnya cantik dan punyai tulang yang kukuh. Jadi sebagai menjawab soalan tadi cuba perhatikan dulu lirik lagu tersebut:

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan?
Atau sekadar satu kebetulan?

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati?

Hingga amat menakutkan

Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


JAWAPAN:

Satu org alim cakap dia dapat memberi ceramah subuh ini bukan kerana kebetulan dia datang ke Kuantan , tetapi adalah kehendak Allah SWT, kerana Allah SWT telah buat keputusan untuk dia datang ke Kuantan, bukan kebetulan dia datang ke Kuantan".
Kata beliau istilah "kebetulan" ni tidak pernah wujud kerana tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.
Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", maka yakin dia pada Allah SWT telah rosak.
Sekian,

Pembetulan:
SURATAN BUKAN KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
ItuLAH suratan dalam kehidupan!
BUKAN sekadar satu kebetulan!

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
WALAU SUDAH bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
APA YANG PASTI terjadi
AMAT SANGAT menepati!

TIDAK PERLU DITAKUTkan
Menghadapi masa depan
SEMUA TELAH DI PUTUS
Sebuah kehidupan yang tulus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
TAK PERLU KAU bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan KEBETULAN, kesilapan...

ps: Semua org menjadi mayat adalah suratan, bukan sekadar satu kebetulan...

Jan 12, 2006

Apa itu Korban?

(Sudah korbankah korang?)

Sempena Raya haji ni , aku nak Tanya korang, apa itu korban?
Sembelih Lembu?
Sembelih Kerbau?
Sembelih Kambing?
Sembelih Itik?,Angsa?
Sembelih anak?
Berindik telinga?
Berkhatan?
Adakah dengan ambil bahagian dalam korban Lembu menjadikan kita sudah berkorban untuk ugama?
Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s…
Pada mulanya baginda tidak tahu siapa sebenarnya tuhan, mula2 dia sangka tuhan adalah bulan tapi bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka dia kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari. Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit, Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”
Begitu taksub sekali beliau dengan tuhan….
Sehinggalah Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebanar iaitu, “Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”
Maka Sangat suka dan gembira Baginda atas perkara ini maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagia ‘khaililullah’(sahabat Allah)
Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pd malaikat utk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah s.a.w
Maka pd waktu nabi ibrahim duduk menjaga kambing datanglah malaikat lalu diucapkan
‘subhanallah!’
maka Sangat terkujut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut.
Maka baginda mintak org tu sebut sekali lagi tapi malaikat buat sharat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku. Nabi Ibrahim a.s kata, boleh tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pd Allah begitu tinggi sekali, dan bagitau niat sebenarnya yg dia saje nak test iman baginda.
Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun barulah Allah bagi anak, punyalah gembira baginda sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yg bakal lahir.Sekali bila lahir dpt anak lelaki, bukan main gembira lagi, lalu ketika itu tumpuanya pada anak melebihi pada Allah, maka Allah ingin nabi Ibrahim buktikan cintanya iaitu dengan meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun.

7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dgn hati yg berbunga2, maklumlah anak dah besar, boleh main lari2, ketawa2, pada waktu ini sekali lagi tumpuan, fikir nabi Ibrahim pd anaknya begitu tinggi sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun, menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam2 dan kata Siti Hajar (lebih kurang): “Allah yg sama jaga abg dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.

3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sgt rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pd anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s buktikan cintanya pada Allah mengatasi segala2-galanya iaitu dengan mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup2.

Tuan-tuan yang mulia,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI
ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANYA….

Baginda buat sungguh2, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau dan sembelih lagi anaknya tapi tak cedera sedikitpun . Baginda buat berkali2 sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu “cukuplah Nabi Ibrahin, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri,
Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langait yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyann Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)
Jadi, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pd hari raya korban, sunah tu!)
cuma...Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?
Ramai org datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong, kat opis aku ada satu org filipina yg tinggalkan keluarga dia selama sebelas bulan dan dia cakap, kalau nak dapat kebahagian dengan harta kena korbankan kebahagian dengan keluarga, jadi anda dan saya dan korang semua, untuk dapat kebahagian dengan Allah kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…
korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah pada Allah.
Korbankanlah rangcangan TV kegemaran korang. dan datanglah pada Allah
Korbankanlah PS2 korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah hoby korang dan datanglah pada Allah
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah pada Allah
Termasuklah aku sekali….isk..isk….

Ps: berkorbanlah sebelum menjadi mayat

Jan 7, 2006

Mengumpat dapat pahala?

(Biar betul..)

Korang pernah dengar tak 'mengumpat dapat pahala'..biasanya aku dengar dari parti pembangkang kerajaan, diorang cakap memang boleh pahala kalau kutuk kerajaan yang zalim,kononnya…lalu keluarkan dalil, nas dan fatwa. Aku malas nak ulas apa2 kau punya dalil,nas dan fatwa sebab korang ada otak boleh pikir, yang aku belajar ada golongan tertentu saja yang kita boleh umpat, contohnya orang yang aku akan ceritakan kat bawah ni..
certa benar...
Ada satu org pakcik tu kira hensemlah jugak waktu muda, org senang, ramai org hormat lepas tu kahwinlah pulak dgn gadis tercantik kat kampung dia, itu takde masaalah, cuma dia ni cukup anti dengan anak seudara dia yang buat kerja daqwah.
Cukup anti! bila anak saudara dia buat daqwah dari pintu ke pintu dia pun ikut sekali gak, dia pergi kat rumah org yang anak saudara dia jumpa tu dan sound:
"dia tu anak saudara aku, gila! ahli sihir dan macam2 lagilah!
tapi anak saudara dia penyabar orgnya...
Nak di takdirkan Allah maka anak saudaradia ni dpt 7 org anak, 3 lelaki, 4 perempuan. tapi yang laki2 mati kecik...maka bapak saudara dia ni berlagak nak mampus, dia kata anak saudara dia ni tuhan tak berkat, zuriat, lemah tak power dll. mentang2 dia ni ada 10 org anak lelaki..tu yang berlagak giler tuuuu.!
Allah Maha Kuasa , makhluk tak de kuasa! satu hari tu dia kena penyakit kusta...habis tubuh dia kudis2.
isteri dia yg cantik tu pun dah tak sanggup , akhirnya dia di letak dalam "reban".
Makanan diletak dalam mangkuk dan di sorongkan dgn kayu...
begitulah hari2 sampai dia pun dah mati..jadi mayat daa...
Tapi takde pulak org sanggup ambil mayat dia, nak ambil camne tarik tangan- putus tangan, tarik kaki- putus kaki...sadis sungguh...
terpaksa upah org dengan bayaran yang mahal. Lepas tu bila dah gali lubang nak tanam mayat dia nih, dah timbus, jalan beberapa langkah.
BUSHHHHHH!!!!
Mayat dia tersembur dari tanah. bumi tak terima, kena reject. di
cuba berberapa kali tapi still "bush!"gak. akhirnya mayat dia terpaksa di taruk jauh di hujung kampung dan ditutup dengan batu.
Begitulah nasib dia hinggakan Allah tulis nama dia dalam Juz Amma yang mana korang baca surah tu dia dan isteri dia akan terbakar dan korang pulak dapat pahala..

Sekian untuk hari ni

Jan 4, 2006

Benarkah Kerja itu Ibadat?

(Mencari Tahap dalam ibadat)

Korang pernah tak ajak kawan kau pegi solat jemaah, diorang jawab…alah, kerja pun ibadat gak! Benarlah kerja pun ibadat gak tapi ada tahap2 dia..meh sini aku nak cerita…

Tidak Allah cipta Jin dan Manusia hanyalah utuk ibadat.
Ibadat terbahagi kepada empat tahap:
1. IBADAT TAHAP NABI
Maksud: Ajak orang kepada Allah,
Cth: Daqwah, azan, nasihat, ceramah dll
Dalil:: Sesungguhnya Kamu sebaik2 Umat mengajak pdmakruf… (al – Quran)

2. Ibadat tahap KHALIFAH
Maksud: Buat akhlak baik dengan org(makhluk) kerana Allah.
Cth: Adil, iqram,sedekah, senyum, kasih saying, hormat dll
Dalil: Sesungguhnya manusia itu dicipta sebagai khalifah (al-Quran)

3. Ibadat tahap MALAIKAT
Maksud: Buat hubungan dengan Allah
Cth: Haji,puasa, solat,zikir,mengaji dll.
Dalil: Manusia boleh mencapai lebih tahap malaikat atau bawah tahap shaitan (hadith)

4. Ibadat tahap BINATANG
Cth: Makan,minum,seks, cari tempat teduh dll.
Dalil: Burung2 keluar perut kosong balik perut penuh sambil berzikir kepada Allah(hadith)

Nah sekarang korang dah tau maksud ibadat, memanglah kerja tu ibadat tapi ibadat tahap binatang, memang wajib kena buat tapi pandai2 lah korang bagi masa sebab tu turun surah ‘demi masa’

Tak paham lagi?
Ada sorang sahabat Nabi tengah buat rumah(ibadat tahap binatang) tiba 2 dgr azan lalu berhenti :
(Ibadat tahap malaikat) walaupun hanya tinggal seketul batu je lagi nak letak untuk siapkan rumah tu, lalu org munafik tegur, “kenapa tak siapkan ,satu batu je lagi…”sahabat tadi tak marah(ibadat tahap khalifah) dan kabor kat org tu “aku takut nanti Allah Tanya kat akhirat mana yang kau lebih utamakan , Allah atau batu?”(ibadat tahap nabi:daqwah) dan ajak org tu gi masjid…

Tak Paham lagi?
Kalau korang tengah kerja tu ibadat tahap binatanglah, wajib kau cari rezki utuk anak2. tapi bila dah dengar azan wajiblah kau pergi masjid, tu ibadat tahap malaikat. Dalam perjalanan ada org lemas mintak tolong, tak tolong jadi mayatlah pulak, maka kau wajib tolong dia ,itu ibadat tahap khalifah dan kau dapati dia org islam dan soheh tak sembahyang lagi, kau ajak dia sembahyang berjemaah sekali.haa …itulah ibadat tahap nabi.bukan capai tahap nabi ,ibadat tahap Nabi.

kesimpulannya:Kerja adalah ibdat tahap Haiwan(binatang)

Tak Paham lagi?
Nanti bila kau dah jadi mayat kau pahamlah…inshaAllah.

ps: bila jadi mayat?

Jan 2, 2006

Belajar Ugama dari Blog?

(selamat datang ke dunia 'kereta mayat'..)

Apa pendapat korang mengenai belajar ugama melalui blog?
Sebenarnya kita akan masuk shurga bila kita mendapat taufik dah Hidayat dr Allah.
Apa itu Taufik?
Apa itu Hidayat?
Pemain badminton negara ke?

Taufik ni adalah "kesedaran" yang Allah datangkan pada korang...

Manakala Hidayat pulak akan datang bila korang buat usaha atas kesedaran...

Allah akan bagi "kesedaran" dengan bermacam2 cara.,melalui blog boleh, TV boleh, tengok langit boleh, Sakit, Bini lari, dengar ceramah ugama, dengar lagu, Kemalangan,Muflis dll...Tapi korang haya dapat kesedaran belum dapat hidayat lagi.jadi untuk dapat hidayat korang kenalah lapangkan masa buat pengorbanan untuk usha atas kesedaran korang, Faham?
Hari ni ramai orang sedar penting sembahyang berjemaah tapi tak dapat datang masjid kerana tak buat usaha atas kesedaran..

Ramai perempuan sedar tutup aurat penting tapi tak dapat tutup aurat kerana tak dapat hidayat sebab tak buat usha atas kesedaran tu...
Orang yang tak buat usaha atas kesedaran, Lama2 Allah akan tarik kesedaran tu sehingga dia jadi tak sedar yang dia tu berada dalam keselahan.
Maka dia
kan kata "aku gi sembahyng masjid buat apa?Aku bukan nak pahala27, aku nak Allah, solat kat rumah pun boleh..." atau "zaman bila tutup2 ni, rimaslah iiiiiiiii!!!)
Maka jadilah percakapan mereka tu percakapan orang2 yang jahil(bodoh !)

Satu cerita...Cuba baca dengan penuh penghayatan.
Pada satu malam dekat kubur jam 2 pagi...suasana sunyi, dari jauh bunyi anjing ketakutan..dan kucing berkelahi, tiba-tiba kubur merekah, keluar bau yg busuk dan munculah mayat perempuan dengan kain kapan yang kekuningan merangkak menuju ke arah korang...sebelah matanya jatuh..dan giginya agak 'jo' serta darah hitam pekat mengalir dari mulutnya macam jo-on...
apa perasaan korang? seram tak? tentulah tidak sebab korang baca depan komputer waktu kerja ramai orang, cubalah baca cerita hantu ni kat kubur kampung nenek korang waktu malam sorang diri jam 2 pagi...baru baca "pada satu malam..." dan terketar2...meremang bulu roma, tempurung lutut berlaga...

Begitulah jugak dengan hadith nabi atau nasihat ugama...setakat baca internet, mana nak datang kesan nya...korang sedar tapi takde kesan,cubalah pergi majlis ugama kat masjid dengar ustaz cakap "semua orang akan jadi mayat..." meleleh air mata insaf...sebab tulah org alim mintak kita hidupkan bacaaan hadith kat masjid.

Jadi tujuan aku menulis dlm blog ini bukanlah nak berdaqwah ke apa sebab ni bukan cara Nabi, korang mungkin dapat kesedaran tapi hidayat akan datang bila korang buat usha atas kesedaran korang..., aku cuma menulis apa yang terbuku di dada, aku luahkan ketidakpuasan aku pada orang yang memutarbelitkan ugama. sebabb pakar sakit jiwa pernah bercakap kalau tak luahkan apa yang terbuku di hati korang maka korang boleh jadi sakit gila babi!...

Sekian untuk hari ini...