Jul 26, 2018
Peribahasa Malaysia Baru?
(Drama politik tanah air berdasarkan Kisah benar)
Aku sekarang sudah penat tegur salah laku jiran aku ini,
semua ini Bagai Menunggu Tol Simpang Renggam Dimansuhkan, Bagai Menunggu Harga
Minyak Turun, Bagai Menunggu PTPTN mansuh.
Masalah sekarang dia bela ayam tapi dibiarkan bebas datang
rumah aku dan berak di sini sana, dia janji nak kurung, tapi janji PH semua
ini!
Aku bukannyan Bagai KJ Dalam Umno atau King Maker Malang.
Aku tahu, Kalau Kerusi Tak Cukup Banyak, King Maker Usah Diduga! Tapi janji si
jiran Bagai Membuat Manifesto Di Dalam PRU. Konon nak buat reban khas untuk
ayamnya. Tapi tak! Habis PRU, Manifesto Dibuang. Bercakap bohong lama-lama jadi
menteri!
Dulu aku dan jiran aku ni, Macam AMANAH dengan DAP, rapat
macam adik beradik, tapi sejak dia bela ayam, aku dan dia dah jadi Macam PAS
dengan AMANAH. Asyik bergaduh sahaja.
Aku setuju dia nak bela ayam, tapi buatlah reban dulu, tapi
tak, jiran aku ini ibarat Diberi Tommy Thomas, Nakkan Richard Malanjum.
Harapkan PM, PM Makan Wangyu!
Ayam dia pulak, selain berperangai seperti Mat Sabu Masuk
Istana, boleh pulak si ayam tu berak merata rata macam DAP Naik Kerajaan.
Sungguh Aku rindu halaman rumah aku yang bersih macam dulu
dulu tapi kini aku dah jadi Bagai Umno rindukan PAS.
Janji si jiran ni konon nak bina reban ayam serap bau
sebenarnya guna Lidah Menteri, dah jadi amalan seperti Parti Kencing Berdiri,
Macai Kencing Berlari. Aku sembelih ayam ni semua karang, ada yang Lompat Mulut
BN, Masuk Mulut PH.
Aku tak nak Menang Jadi PH, Kalah Jadi BN. Tapi itulah:
Mendengar Manifesto Ditabur, Undi Pangkah PH buat apa?
Kadang kadang aku berlagak Bagai PAS Di Dalam Parlimen,
sambil tunggu janji nak bina reban ayam untuk ayamnya, tapi itu semua Indah
Manifesto Daripada Pelaksanaan! Tun M pun boleh Jadi PM Dua Kali, tapi ayamnya
berak rumah aku berkali kali.
Aku kini dah jadi seperti Macai Kepanasan, Alang-alang
Menjadi PM, Biar Sampai Jadi Jutawan. Alang-alang Kencing Biar Basah. Aku terus
tangkap semua ayam tu, walaupun ayamnya liar, tapi Sepandai-pandai Jamal
Melarikan Diri, Akhirnya Ditangkap Polis Indonesia Juga.
Lepas tangkap semua ayam aku letak dalam guni, aku pergi
berleter sikit dan suruh dia kurung ayam dalam pagar rumahnya, tapi jiran aku
tak mengaku ayam tu dia punya? Adohai, ayam itu kini di ibarat Sudah Kalah
Ditinggalkan Parti Komponen, Habis tu ayam siapa? Kita dua sahaja rumah area
sini?
Malas nak gaduh, aku pergi buang ayam tu dalam semak
belakang rumah, ingat aku tak berani buang ayam? Aku ni walaupun kecil tapi
Kecil-kecil Parti AMANAH tau!
Aku sedar, walaupun tindakan aku Bagai SST Menggantikan GST,
tapi aku harap ayam tu ada-lah biawak atau ular sawa sudi makan, atau ayam tu
mampu hidup bebas berdikari. Aku bukan pembenci haiwan, tapi aku pecinta
kedamaian.
Semenjak hari itu, jiran aku tak bertegur sapa dengan aku,
aku senyum dia masam, aku bagi salam, dia pusing punggung!
Akupun siasat, panggil anak dia, terus si anak datang, nasib
baik anaknya tak ikut perangai mak nya, anaknya tak jadi seperti Ke Mana
Tumpahnya BN Jika Tidak Ke PH.
Terus aku tanya anak dia, kenapa mak kamu dah tak nak
bertegur sapa dengan pakcik?
Kata anaknya, mak marah sebab pakcik buang ayam dalam tong
sampah besar tepi jalan siap kurung dalam guni.
Alamak, ini fitnah ni, aku tanya dari mana mak dapat berita?
Dari mana lagi?,
Alamak, aku dah agak! Jauh-jauh MP Keluar Dewan, Akhirnya
Kembali Ke Dalam Dewan Jua. Takkan Lari MP Dikejar, dah tentu dari group
whatsapp membawang, siap ada gambar aku sedang buang guni dalam tong besar.
Adohai. Guni tu banyak rumah aku makcik oiiii, aku ada buat
isi pisang, isi tanah, dan isi sampah, betul lah gambar tu aku buang guni sampah,
bukan guni yang di isi ayam hidup hidup.
Nampaknya aku dah kena fitnah oleh penduduk kampung, aku
seperti PH Menang, Pembangkang Bertaut.
Aku kini kesedihan sambil menunggu Menteri Menteri bersidang
agar Akta berita palsu diluluskan segera.
Woha!
(kredit kepada Afyan Mat Rawi atas Pepatah Malaysia baru)
Jul 19, 2018
Apa hukum sokong LGBT?
Komen dari penyokong Gay:
“encik Hamka, Dalam Al quran tuhan tak azab kaum nabi luth
kerana hubungan sesama sendiri, tapi Tuhan azab kerana mereka nak rogol
malaikat, jadi kesalahan kaum Nabi luth bukan sebab gay, tapi jenayah rogol”
Dalam hati aku:
Ni mesti baca Al quran tak habis, padahal sebelum malaikat
tu datang kampung Nabi Luth, malaikat tu ada ziarah Nabi Ibrahim, dan bagitahu
nak pergi azab kaum Nabi luth atas dosa mereka, sampai sana malaikat menyamar
jadi lelaki kacak dan jadi tetamu Nabi Luth, bila orang kampung tahu ada lelaki
kacak, terus mereka pun nak rogol, dan semua kena azab, bini Nabi Luth yang
bukan gay pun kena azab sebab dia yang bocorkan rahsia ada lelaki kacak datang
rumah.
Rupa-rupanya dalam Al quran nak bagitahu, bila azab menimpa
kaum gay, penyokong merekapun turut kena iaitu isteri Nabi luth.
Selain dari itu, Al quran juga nak bagitahu, bila isteri
derhaka, Nabipun tak boleh tolong, apatah lagi ustaz, imam muda, ketua usrah
atau penyokong LGBT.
Take note, now you know.
Jul 11, 2018
Kahwin budak dalam islam?
(Isu kahwin dengan budak. Adakah islam membenarkan Pedo?)
Apa itu pedo?
Pedo adalah seks dengan gadis yang belum baligh!
Bukan seks dengan gadis bawah umur, sebab maksud bawah umur
berbeza ikut negara, ada yang 18 tahun, ada yang 16 tahun, ada yang 14 tahun..,
itu bawah umur yang mana jika buat seks walaupun suka sama suka, akan di cas
rogol.
Tapi jika buat seks pada orang perempuan yang belum baligh,
maka itulah pedo dan pedo adalah haram dalam islam, Jadi memang tak bolehlah
nak berpedo selamanya wahai semua umat islam.
Masalah sekarang, bila ada seorang lelaki orang islam buat
jahat, contoh pergi buat seks pedo dengan bini dia yang bawah umur, maka
SALAHNYA adalah lelaki islam tu sorang, bukan salahkan Islam!
Islam tak larang kahwin dengan budak, tapi islam larang Pedo!
Faham tak?
Nampaknya aku kena salahkan korang jugak yang belajar agama
tak habis, sebab dalam bab hukum kahwin, memang boleh kahwin dengan kanak kanak
perempuan, tapi bila kahwin tak semestinya boleh jimak terus, jadi bab jimak
pulak hukumnya lain, seperti tak boleh jimak waktu haid, tak boleh jimak wanita
belum haid, tak boleh jimak ikut lubang jobor dan lain lain!
Al faham ke idop?
Bab dalil, Aku setuju dengan Dr Zakir Naik, yang bagitahu
Nabi Muhammad kahwin dengan Aisyah sewaktu umur 9 tahun dan tidur bersama selepas
Aisyah suci (baligh), hikmah perkahwinan mereka adalah Aisyah ni unik (manusia
terpilih) sebagai penghafal hadis wanita paling muda dan paling banyak.
Lagipun kahwin muda takde masalah zaman tu sebab wanita
zaman tu cepat matang dan baligh. Jangan lupa jugak fakta isteri pertama Nabi
berumur 40 tahun, bermakna Nabi bukan Pedo!
Tapi balik kepada zaman sekarang, zaman anak dara umur 25
tahun tapi tidur malam peluk anak patung teddy bear sambil hafal lagu korea,
hari minggu bangkit jam 11 pagi itupun mak kejut, masak apa semua tak pandai, setakat
masak air panas masin diclaim tom yam, lepas tu kemas bilik tak reti, rumah dibiar
bersepah, boleh ke nak buat bini?
Itu yang zaman sekarang, had umur boleh kahwin dinaikkan
ikut negara masing masing, tak sama sebab pemerintah lebih tahu hal ehwal
kematangan budak perempuan
Sama jugak zaman Nabi, orang islam ramai yang ada hamba
abdi, tapi zaman dah berubah, hukum memiliki hamba adalah harus, tapi zaman
sekarang jika korang pergi beli hamba dekat black market memang nak kena kecam.
Jadi kesimpulannya, dari segi hukum islam, boleh ada hamba,
boleh kahwin dengan budak, tapi tak boleh pedo walaupun dengan isteri, dan juga
hamba!
Tapi bab peredaran zaman, kana ikut undang undanglah, yang
mana kerajaan dah haramkan hamba atau haramkan kahwin dengan budak, kena
ikutlah.., lagi jika ada kes Pedo, memang lelaki tu kena hukum tak kira siapapun
dia, orang islam ke, bukan islam ke, wahabi ke, syiah ke, sunni ke, jika Pedo
kita kena tangkap dah hukum mereka.
“Ok, saya faham islam tak benarkan pedo, tapi Hamka, jika zaman
sekarang tak boleh kahwin dengan budak?, dan tak boleh ada hamba zaman sekarang?
Bermakna islam tak sesuai untuk sepanjang zaman?”
Wah…, dia pusing ikut situ pulak, aku bagi contoh simple, katakan
lepas 5 tahun, kerajaan baru gagal tunaikan manifesto, lalu rakyat merusuh, kemudian
berlaku perang antara pelbagai bangsa yang membuatkan Malaysia menjadi huru
hara, terus negara luar datang nak takluk Malaysia macam zaman perang dunia ke
dua, katakanlah Jepun datang takluk Malaysia, dan hapuskan semua bangsa cina
macam word war 2 dulu, lepas tu kita tahulah jepun ni akan buat kem hamba sex
untuk tentera dia, dah tentu lepas perang orang lelaki akan ramai mati, dan
jepun akan tangkap anak dara melayu untuk jadikan hamba seks.
Jadi waktu tu siapa yang dah jadi bini orang insya-allah
akan selamat, sebab jepun punya nafsu nak rogol anak dara sahaja, maka aku rasa
korang orang perempuan zaman tu rela dikahwinkan dengan sepupu sepapat walaupun
bawah umur, dan rela dipoligami, malahan jika qouta poligami lelaki melayu dah penuh,
korang sanggup jadi hamba orang islam daripada ditangkap tentera jepun dan
dijadikan habuan seks tentera mereka. Jadi sewaktu itu fahamlah korang tentang
hukum islam yang sesuai sepanjang zaman.
Amacam? Ganas tak contoh aku bagi? Asal korang faham, kita
semua puas hati. Woha!
Akhir kata. Balik isu kahwin dengan kanak-kanak, ada satu
benda yang aku tak puas hati, al kisahnya semalam aku pergi layan Ant Man dekat
panggung wayang, aku bawak anak umur 13 tahun, harga tiket kanak kanak adalah separuh harga tiket orang dewasa. Tapi waktu beli tiket, anak aku dikira dewasa dan
kena bayar harga dewasa sebab disisi kapatalis, 12 tahun sahaja had umur kanak-kanak, apa kejadah?!
Anak aku jika kahwin umur macam ni
korang kutuk islam teruk kahwinkan anak umur 13 tahun kerana masih budak budak,
tapi bila kapatalis nak untung lalu kenakan harga dewasa pada budak umur 13
tahun, semua diam tak bersuara? Apa ke jadah?! Hampeh!
Fikir-fikirkanlah.
Jul 10, 2018
LGBT dan Sains?
(Hujah guna logik sains yang popular: Hari ni kahwin, tak kan esok terus dapat anak? Jom kita siasat)
Ada orang cakap, geng LGBT ada hujah sains yang menyokong mereka,
manakala geng agama masih guna hujah zaman dulu menyebabkan generasi sekarang
sukar menerima pegangan agama.
Aku kata: Sejak bila agama kena guna hujah sains dalam membenarkan
hukum hakam?
Katakanlah, korang buat kajian, babi bagus untuk kesihatan,
makan babi kulit bertukar jadi warna pink, makan usus babi bagus untuk pencernaan,
sahur makan babi boleh kenyang sampai hari raya, katakanlah..
Maka pada waktu tu korang nak cakap perintah Allah haramkan
babi tak releven? Gitu ke?
Kita orang islam, apapun hujah sains tentang kebaikkan makan
babi, aku tetap tak makan babi!
Sebab?
Sebab…, Aku tak makan babi kerana taat perintah Allah, bukan
kerana hujah sains yang mesti kena selari dengan perintah Allah baru nak patuh!
Rujuk surah An Nur ayat 51: Kami dengar dan kami taat!
Aku solat berjemaah bukan sebab kajian sains cakap bila
bergeser badan sesama manusia pada waktu rukuk dan sujud hasilkan cas positif
dan macam macam hujah lagi, tapi aku solat berjemaah kerana itu adalah perintah
Allah! Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!
Aku sujud lama lama bukan sebab nak darah positif turun ke
kepala macam ada kajian sains cakap, tapi sebab waktu tu paling ‘hampir’ dengan
Allah. Aku sujud kerana Allah. Bukan sebab selari dengan sains, dan inilah
hakikat ikhlas!
Aku puasa sebulan bukan sebab nak reset perut, atau nak diet,
atau pulihkan imun badan ke apa istilah saintifik ke, Aku puasa kerana Allah. Bukan
sebab selari dengan sains, dan inilah hakikat ikhlas!
Jadi jika geng LGBT ada hujah sains yang menormalkan perlakuan
mereka, aku peduli apa? Allah dah larang aku akan patuh! Allah larang Gay, dan
azab mereka, kenapa kita nak lawan larangan Allah?
Dulu ada kaum yang Allah larang tangkap ikan hari sabtu,
ikut logic sains zaman tu, ikan paling banyak hari sabtu, jadi apa salahnya
kami tangkap ikan hari sabtu? Yer tak salah dari segi sains zaman tu, tapi
akhirnya mereka semua disumpah menjadi kera!
Sebab itulah, buznama selalu pesan..
Untuk kemajuan dunia, kita kena tengok ke depan.
Untuk kemajian agama, kita kena tengok ke belakang.
Al faham ke idop?
Bab Gay ada hujah sains yang membenarkan aktiviti mereka, kenapa
waktu derma darah pihak hospital tak nak ambik darah dari mereka yang buat
aktiviti masukkan zakar dalam lubang jubor? Kenapa? Korangpun boleh jawab, ..
Rujuk sejarah, nama penyakit AIDS awalnya dulu adalah GRID- (Gay-related
immune deficiency) sebab zaman tu, orang gay sahaja yang kena virus ni, tapi
bila dah merebak pada bukan gay, maka diorang tukar kepada AIDS. So mana eloknya
dari segi sains hubungan jenis? Mana eloknya aktiviti memasukkan zakar ke dalam
laluan najis? Tak perlu hujah sainspun nak jawab sebab Tuhan buat laluan najis
untuk najis keluar, simple..
Last hujah, meminjam kata kata Menteri Zimbabwe, pesalah gay
ni kita kurung dalam penjara yang sama, dan akan dibebaskan jika mereka berjaya
dapat anak. Barulah betul hujah sains!
Woha!
Ps: Hari ni kahwin, tak kan esok dapat anak? Kata pasangan
gay yang cuba berhujah guna konsep sains. Adohai…
Bacaan Selanjutnya bagi mereka yang nak tahu isu GAY |
Jul 4, 2018
Filem Tamil Pertama Saya?
(Ulasan Filem Tamil-Kisah Ikram Muslimin dan bahaya fitnah)
Pada suatu hari aku update facebook tulis macam ni:
“Nak cari cerita tamil ni tapi lupa tajuk, ada babak hero
nak kena bunuh, tapi dia tidur terbalik jadi kakinya luka, lepas tu mak hero
nak kena bunuh, orang jahat datang mak hero bagi makan sebab mak dia ni
pemurah, ketika makan orang jahat ni tercekik dan hampir mati, mak hero tepuk
belakang dia dan selamatkan si jahat ni, terus si jahat ni insaf..”
Tolong!
Tak lama aku dapat komen di facebook:
Khairool Nizam Abdul Aziz :“Mere insafi duniya taubatahe”
Aku pun search tapi cekala, tajuk tu tak wujudpun! Kena troll
rupanya, Aku check komen seterusnya:
Munirah Mohamad: “Bro, sebelum aku kecam kau baik kau dgr
nasihat aku ni...pg tido drpd cari citer xberfaedah ni...apehal kau nak tepuk
blkg pencuri tu mase dia tercekik ha?????!!!!!”
Mohamed Ikwan Sulaiman: “rumit jalan crita ni
saudara..tengok crita tamil yang lain jelah saudara..”
Yaya Suraya: “Halalkan
nasi yg ku curi dan ku makani..”
Mohamed Ikwan Sulaiman: “puas aku flashback dah,xpenah lagi
jumpa jalan crita ni..confirm tamil bukan Philippines?”
Roman Firmino: “sapadek with amma”
Adzam A. Kamrudin: “Bagus, bagi tauladan kat org Malaysia..
Org jahat dtg umah mesti kena sambut, bagi makan ke..”
Chandran Subramaniam: “Nama filem ni Marumalarchi.. lakonan
mamooty..legend filem malayalam Jgn ckp abg x payung”
Mohamed Ikwan Sulaiman: “malayalam laa.. bukan tamil?
saudara.. anda telah membantu ramai insan diluar sana.. harap anda dapat title
datok sri.. terima kasih saudara”
Chandran Subramaniam: “Filem tamil la.. tapi hero tu most
dlm filem malayalam..jarang berlakon dlm filem tamil..citer tu mmg baik la..dpt
dijadikan teladan”
Hamka: “Alhamdulillah.
Best giler ceriter ni. Lepas rindu kat mak hero tu... korang tengok tentu
nangis. Terbaik bang Chandran Subramaniam, terima kasih atas info, segala kerjasama didahulukan jutaan terima
kasih.”
Chandran Subramaniam: “Welcome bro”
***
Aku tengok dulu kat TV2 dua puluh tahun yang lepas, itu
tengok tak habis, sampai babak penjahat tercekik tu jer, mak suruh beli cili kering, sampai kedai ada awek ajak borak terus aku lupa dunia, jadi tanpa buang masa, terus aku layan filem ini semalam.
Filem ini ada versi penuh di Youtube, tapi takde subtitle
malay jadi korang tak akan faham sepatah haram, jadi biar aku cerita dari awal
sampai habis bagi save korang punya data tapi tetap dapat ambik iktibar dan pengajaran
yang sangat berguna, enjoy!
Watak utama:
Rasu: Hero cerita ni, ketua kampung yang baik hati, seorang
yang sangat kaya, budiman, suka sedekah, suka bantu orang susah hingga dianggap
dewa oleh orang kampung.
Velu: Driver dan pegawai peribadi Rasu, seorang anak yatim
yang dijaga oleh Rasu, sangat setia kepada Rasu dan sanggup mati demi Rasu.
Manimaran: ketua kampung sebelah yang handal berlawan.
Mannaru: Sepupu kepada Manimaran, seorang samseng kampung
yang juga handal berlawan.
Jayanthi: Awek kampung sebelah yang cun.
Awal cerita ditunjukkan akhak mulia Rasu yang mana bila
orang islam datang nak beli tanah hujung kampung untuk buat masjid, Rasu bagi free,
dan siap bagi duit untuk beli bahan binaan, bila orang islam nak bayar duit
jugak, Rasu cakap korang bayar guna doa sahaja, perghhh baik gila. Rasu juga
digambarkan suka beri makan kepada orang miskin dan anak yatim, ada juga gereja
yang mendapat bantuan makanan dari Rasu. Memang baik gila.
Bila ada orang kampung nak jual tanah kepada tauke arak
untuk bina kedai arak, Rasu beli tanah tu dah jadikan wakaf untuk buat benda
lain yang lebih baik, tauke arak itu dimalukan dengan dihalau dari kampung naik
keldai.
Nak jadi cerita, Rasu ajak drivernya Velu pergi beli hadiah
dekat mak Rasu di kampung sebelah, sebab orang kampung Rasu tak nak ambik duit
darinya dan selalu bagi free, Rasu tak nak rasuah jadi dia pergi pasar dikampung
sebelah. Di sana orang tak kenal dia.
Tiba tiba ada seekor ular sesat dalam pasar nak patut awek
cun si Jayanthi, nasib baik Rasu sempat tarik perempuan tu tapi Jayanthi menjerit
tuduh Rasu nak raba dia, terus orang kampung pukul Rasu, ketua kampung
Manimaran dan genster kampung Mannaru ikat Rasu dan pukul dengan kayu sampai
berdarah darah. Rasu cakap ada ular mereka tak percaya.
Tapi Manimaran masih baik hati, tak nak bunuh Rasu, dan
lepaskan Rasu balik Bersama Driver. Rasu kan baik hati, pesan pada Velu jangan
cerita kisah pada orang kampung dia kena pukul oleh orang kampung sebelah,
cakap sahaja kereta kemalangan.
Bila balik kampung, alangkan terkejutnya orang kampung tengok
Rasu berdarah darah, terus marah pada Velu sebab bawak kereta tak pandai, tapi Rasu
cakap dia yang bawak, dan masuk rumah berehat, bila Velu singgah minum air
dikedai, orang kampung marah dia sebab biarkan Rasu bawak kereta, lepas tu kecoh
kereta tak kemikpun?, dan orang paksa Velu cerita kisah sebenar.
Velupun bagitahu kampung sebelah yang pukul Rasu, terus
orang kampung bersiap nak pergi serang kampung sebelah.
Manakala dikampung sebelah, rupanya ada ular sedang mengganas
dipasar, terus ketua kampung si Manimaran rasa bersalah dan nak pergi malam itu
juga ke rumah Rasu ikut jalan pintas.
Sampai Rumah Rasu terus Manimaran sujud mintak maaf, mak
Rasu ajak makan nasi, dan layan Manimaran dengan sangat baik, Manimaran
menangis insaf sebab dah salah pukul orang yang paling baik dimuka bumi.
Sementara itu dikampung Manimaran, orang kampung Rasu dah
datang menyerang, Ibu bapa awek cun, mati kena bakar, si awek cun sempat diselamatkan
gangster kampung si Mannaru yang turut cedera kena tikam. Lebih tragis ibu bapa
ketua kampung si Manimaran juga telah mati dibakar.
Manimaran bila balik, sangat terkejut tengok mak dan ayahnya
dah jadi arang! dan bersumpah akan membalas dendam untuk bunuh Rasu dan semua
orang kampung Rasu!
Bila diketahui, awek cun si Jayanthi masih hidup, Manimaran
suruh awek cun tu pergi bunuh Rasu.
Caranya, awek cun tu datang mengadu nak bunuh diri sebab mak
bapaknya dah mati, jika Rasu tak selamatkan dia dari patukan ular, hanya dia
yang mati, tapi sebab dah selamatkan dia, satu kampung mati, Rasu kasihan dan
sanggup kahwin dengan Jayanthi.
Bila malam, Jayanthi ambik lesung batu dan
hempas atas kepala Rasu yang berselimut penuh, tapi malam itu Rasu tidur
terbalik, sebab risau fikirkan nasib orang kampung sebelah yang dibunuh beramai
ramai atas salah faham. Jadi kaki Rasu sahaja yang cedera dan Rasu maafkan
bininya, esok bila mak dia tanya, katanya jatuh katil. Terus Jayanthi insaf dan
sedar lakinya seorang yang sangat baik dan jatuh cinta selepas kahwin, ok dah
boleh masuk lagu tamil dan menyanyi tengah padang.
Sambung balik, cubaan bunuh gagal, Mannaru pulak datang letak
racun dalam kawah yang Jayanhi masak, lauk tu untuk anak yatim digereja dan
orang miskin dikampung, Velu makan dulu dan mati. Sebelum mati dia bagitahu
salah dia cerita kat orang kampung peristiwa hari tu sehingga kampung sebelah
habis terbakar, dan sekarang dia mati untuk selamatkan semua orang kampung,
semoga Rasu maafkan dia.
Orang kampung pulak salahkan bini Rasu atas makanan beracun dan
tuduh ini cara Bini Rasu nak balas dendam. Rasu halau Jayanthi suruh kawannya
pergi hantar ke kampung sebelah, padahal Rasu nak selamatkan bini dia dari
orang kampung dan Jayanthi disembunyikan ditempat khas aman dari kedua dua
kampung.
Tak puas hati cubaan meracun gagal, si Mannaru datang sebagai
musafir susah dan bawak parang nak bunuh mak Rasu, waktu tu Rasu takde dan Mak
Rasu baik hati, ajak Mannaru makan, bila tercekik mak Rasu bagi air dan
selamatkan dari tersedak, terus Mannaru teringat kat arwah mak dia, dan Mak
Rasu cakap panggil sahaja dia Mak, terus Mannaru menangis insaf dan anggap Mak
Rasu sebagai Mak beliau sendiri.
Hujung cerita, ada seorang sami datang mintak makanan dari
Mak rasu, Mak Rasupun hidang dan secara senyap senyap Sami ni letak racun dalam
makanan itu, bila Sami tu tak makan, Mak Rasu tanya kenapa? Sami tu cakap baru
ni ada kes makanan beracun dan dia takut nak makan, Mak Rasu buktikan makanan
itu takde racun dan makan, lalu mati.
Si sami ini rupanya tauke arak yang pernah kena halau dari
kampung dan beliau cerita kejayaan dia bunuh Mak Rasu pada genster kampung
sebalah si Mannaru yang dah anggap Mak Rasu ni Mak dia, terus Mannaru bunuh
tauke arak tu.
Last, hero bila tahu maknya mati maka menyerah diri pada
ketua kampung sebelah, si Manimaran supaya bunuh terus dia dengan pedang, habiskan
nyawa dia jangan libatkan orang lain. Manimaran dah sedia nak tikam tapi Rasu
tak elak lalu Manimaran campak pedang dan ajak Rasu bergaduh. Okey Manimaran
pandai berlawan tapi rupanya Rasu lagi hebat. Masukkan sound efeck tumbuk dan angin
bergelora dari dua orang yang sedang bergaduh depan masjid.
Pendek cerita, Manimaran kalah teruk, orang kampung semua
datang, dan terbongkarlah cerita sebenar, semuanya salah faham. Rasu maafkan
Manimaram, sangkanya Manimaran bunuh ibunya tapi tauke arak yang dah dibunuh
oleh Mannaru. Akhirnya Jayanthi datang peluk Rasu. Semua masalah selesai.
Amacam best tak?
Aku yang tak pernah tengok tamil rasa cerita ini sangat
bagus. Walaupun tak suka dengan cara editnya, tapi so far okey, Kadang kadang
bagi peluang juga untuk tengok filem yang lain dari kegemaran kita.
Sebab pengajaran itu ada di mana mana. Jika ikut islam ahlak
Rasu ni namanya Ikram Muslimim, iaitu menunaikan hak tanpa menuntut hak. Juga
nak tunjuk orang baik ni ujian dia macam-macam tapi bila bersabar akan ada
kebaikkan, juga tuntutan bila dapat satu berita jangan terus sebar dan fitnah,
kena siasat dulu, tengok jika perangai kita macam kedua dua kampung, terus
percaya dan terus hukum, memang yang menang jadi arang yang kalah jadi abulah!
Rujuk Surah Al hujarat ayat 6 yang bermaksud “Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu– sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
Panjang lagi nak cerita tapi korang boleh fikir sendiri.
Sekian ulasan filem Tamil pertama saya. Terima kasih kepada Chandran
Subramaniam yang bantu saya jajak nostalgia filem tamil ini. Semoga Rasu dan
Jayanthi serta kita semua dapat hidayat!
Woha!
Ps: Tajuk cerita Tamil ini Maru Malarchi tahun 1998, jika
nak tengok versi Hindi juga ada di youtube dengan Eng Sub, tajuknya Phool Aur
Aag (Flower and Fire) tahun 1999 lakonan Mithun dan Jackie Shroff, Now you
know.
Subscribe to:
Posts (Atom)